6 Suraya Sulaiman 6Tahun 6 Dicetak oleh: Swan Printing Sdn. Bhd. (274710-X) Lot 5249, Jalan BS7/1, Kawasan Perindustrian Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Sel. D.E. Lot 1 & 2, Jalan BS 7/1A, Taman Bukit Serdang, Seksyen 7, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. • Bhg. Penjualan: 03 – 8959 2001/ 3001/ 4003 • Faks: 03 – 8957 3611 • Bhg. Editorial: 03 – 6150 3009 • Faks: 03 – 6150 1007 • E-mel: [email protected] • Laman Web: www.pep-publications.com Sem. M’sia: RM6.50 Sabah/ S’wak: RM6.90 ISBN 978-629-7560-36-6 9 786297 560366 1 set Kertas Model UPSA (Ujian Pertengahan Sesi Akademik) 4 set Kertas Model UASA (Ujian Akhir Sesi Akademik) KSSR Semakan Kertas Model 3 Format 3 Persembahan 3 Standard soalan UASA TERKINI Koleksi kertas model ini ditulis khas untuk murid-murid Tahun 4, 5 & 6 yang bakal menduduki peperiksaan UASA. Ciri-ciri unggul © PEP Publications Sdn. Bhd. Semua hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula atau dipindahkan dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, baik dengan cara elektronik, mekanik, penggambaran ataupun sebaliknya tanpa izin yang bertulis terlebih dahulu daripada PEP Publications Sdn. Bhd. Dicetak oleh: Swan Printing Sdn. Bhd. (274710-X) Lot 5249, Jalan BS7/1, Kawasan Perindustrian Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. PEP Publications Sdn. Bhd. (811705-T) Lot 1 & 2, Jalan BS 7/1A, Taman Bukit Serdang, Seksyen 7, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. • Bhg. Penjualan: 03 – 8959 2001/ 3001/ 4003 • Faks: 03 – 8957 3611 • Bhg. Editorial: 03 – 6150 3009 • Faks: 03 – 6150 1007 • E-mel: [email protected] • Laman Web: www.pep-publications.com Dicetak oleh: Swan Printing Sdn. Bhd. (274710-X) Lot 5249, Jalan BS7/1, Kawasan Perindustrian Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Sel. D.E. Lot 1 & 2, Jalan BS 7/1A, Taman Bukit Serdang, Seksyen 7, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. • Bhg. Penjualan: 03 – 8959 2001/ 3001/ 4003 • Faks: 03 – 8957 3611 • Bhg. Editorial: 03 – 6150 3009 • Faks: 03 – 6150 1007 • E-mel: [email protected] • Laman Web: www.pep-publications.com Sem. M’sia: RM6.50 Sabah/ S’wak: RM6.90 Judul-judul dalam siri ini Bahasa Melayu English Matematik (dwibahasa) Sains (dwibahasa) Sejarah Subjek Tahun Berorientasikan format UASA 100% Berdasarkan topik-topik dalam buku teks Boleh dileraikan dan dikerjakan secara berasingan Jawapan lengkap BAHASA MELAYU BAHASA MELAYU Tahun Kertas Model 4 5 6 Ujian Akhir Sesi Akademik Ujian Akhir Sesi Akademik Kertas Model 00-Cv Kertas Model UASA BM.indd 3 20/4/2023 10:17:55 AM
1.1 UPSA Set 1 BAHASA MELAYU – TAHUN ENAM ARAHAN: 1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan nama kelas kamu pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan kamu hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas ujian ini. 4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. Kertas ujian ini mengandungi 12 halaman bercetak. UJIAN PERTENGAHAN SESI AKADEMIK (UPSA) (Tema 1 – Tema 5) Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1 – 10 10 B 1 5 2 5 C 1 10 D 1 20 50 Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Jumlah KM UASA BM T6 Set 1.indd 1 4/17/23 9:56:13 AM CONTOH
2.1 UASA Set 2 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) 2 Kertas ujian ini mengandungi 12 halaman bercetak. BAHASA MELAYU – TAHUN ENAM ARAHAN: 1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan nama kelas kamu pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan kamu hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas ujian ini. 4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1 – 10 10 B 1 5 2 5 C 1 10 D 1 20 50 Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Jumlah KM UASA BM T6 Set 2.indd 1 4/14/23 8:57:41 PM CONTOH
2.2 UASA Set 2 Soalan 1 dan 2 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1. Encik Micheal dan keluarganya ________ ke hospital selepas mendapat tahu bahawa keadaan ayahnya semakin serius. A bermula B bergegas C berlumba D bergerak [1 markah] 2. COVID-19 ialah virus yang dapat menyebabkan jangkitan pada ________ pernafasan manusia. A saluran B bersalur C penyalur D menyalurkan [1 markah] Soalan 3 Pilih ayat yang betul. 3. A Peserta lelaki yang mendeklamasikan sajak yang bertajuk “Nusa Tercinta” itu adalah abang saya. B Malaysia ialah negara yang unik kerana masyarakatnya terdiri daripada masyarakat majmuk. C Makanan segera ialah tidak berkhasiat untuk kesihatan badan manusia. D Objektif utama Kem Keluarga Ceria adalah untuk mengeratkan hubungan di antara ahli keluarga. [1 markah] KM UASA BM T6 Set 2.indd 2 4/14/23 8:57:41 PM CONTOH
2.3 UASA Set 2 Soalan 4 hingga 6 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. 4. Apakah tajuk yang difokuskan dalam pertandingan koir yang dianjurkan oleh Persatuan Pendidikan Muzik SK Seri Permai? A Kemerdekaan negara B Kejayaan SK Seri Permai C Perpaduan di Malaysia D Persatuan Pendidikan Muzik [1 markah] 5. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. A Persatuan Pendidikan Seni ialah penganjur untuk pertandingan koir di SK Seri Permai. B Hafiz dan kawan-kawannya memilih lagu berirama malar segar dalam pertandingan koir. C Kebanyakan ahli kumpulan koir kelas Hafiz kurang memberikan sokongan semasa latihan koir untuk pertandingan koir itu. D Kumpulan koir kelas Hafiz memakai kostum yang cantik dan telah menjadi johan dalam pertandingan koir itu. [1 markah] 6. Berikut ialah sikap ahli kumpulan koir kelas Hafiz sebelum pertandingan koir berlangsung kecuali A menepati masa semasa berlatih. B menghormati rakan dalam pasukan koir. C rajin berlatih pada setiap hari. D membuat persediaan yang rapi. [1 markah] Persatuan Pendidikan Muzik SK Seri Permai telah menganjurkan pertandingan koir bersempena dengan sambutan Bulan Kemerdekaan. Pertandingan koir itu bertemakan perpaduan di Malaysia. Pertandingan koir itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid. Setiap kelas telah menghantar satu pasukan untuk pertandingan koir tersebut. Hafiz dan rakan sekelas telah mendaftarkan diri dalam pertandingan tersebut. Mereka berjumpa dengan Cikgu Norizan untuk membincangkan lagu-lagu pilihan kelas mereka. Bukan itu sahaja, mereka gigih berlatih setiap hari selepas waktu persekolahan untuk persediaan yang rapi. Mereka juga saling menghormati ahli kumpulan koir dan membantu sepanjang latihan dan pertandingan. Pada hari pertandingan, mereka mengenakan kostum yang cantik dan mempersembahkan lagu kemerdekaan dengan persembahan yang menarik. Akhirnya, pasukan koir kelas Hafiz telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut. KM UASA BM T6 Set 2.indd 3 4/14/23 8:57:41 PM CONTOH
2.4 UASA Set 2 Soalan 7 hingga 10 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalansoalan yang berikutnya. BAHAN 1 BAHAN 2 Encik Kumaran ialah guru kaunselor SK Pantai Dalam. Beliau hendak memupuk semangat kasih sayang terhadap keluarga dalam kalangan murid Tahun 6 Gigih. Molly dan Amna telah ditugaskan untuk membentangkan tajuk, “Cara-cara Membalas Jasa Ibu Bapa” dalam sesi perkongsian ilmu. Mereka bekerjasama menghasilkan satu peta minda untuk memudahkan pembentangan kumpulan. Antara bahan yang disediakan oleh mereka termasuklah gunting, pensel warna, dan gam. Mereka mematuhi kehendak Encik Kumaran dan menyelesaikan pembentangan dengan sempurnanya. Mendengar nasihat Menghormati dan menghargai jasa CARA-CARA MEMBALAS JASA IBU BAPA Belajar bersungguhsungguh Memberikan hadiah sebagai tanda penghargaan Membuat kerja rumah dengan sempurnanya Meluangkan masa menemani mereka pada masa lapang KM UASA BM T6 Set 2.indd 4 4/14/23 8:57:42 PM CONTOH
2.5 UASA Set 2 7. Encik Kumaran ingin melahirkan murid-murid yang A mematuhi arahan guru di sekolah. B mempunyai nilai cinta akan keluarga. C membuat pembentangan kumpulan dengan baiknya. D menghasilkan peta minda yang cantik dan menarik. [1 markah] 8. Penjodoh bilangan yang sesuai untuk perkataan yang bergaris di atas ialah A biji. B bilah. C botol. D bentuk. [1 markah] 9. Perkataan sempurna dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan A sesuai. B selidik. C sensasi. D sistematik. [1 markah] 10. Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas. A Encik Kumaran sangat mementingkan nilai perpaduan dalam kalangan muridmuridnya. B Molly dan kawan-kawannya menyelesaikan pembentangan kumpulan mereka dengan baik. C Kita perlulah mengurangkan masa untuk menemani ahli keluarga pada masa senggang. D Kita perlu belajar dengan tekun sebagai salah satu cara untuk membalas jasa kedua-dua orang ibu bapa. [1 markah] Antara bahan yang disediakan oleh mereka termasuklah gunting, pensel warna, dan gam. KM UASA BM T6 Set 2.indd 5 4/14/23 8:57:42 PM CONTOH
2.6 UASA Set 2 1. (a) Penganjur Kempen Jom Sihat yang diadakan di Taman Seri Permai ialah . [1 markah] (b) Apakah aktiviti yang telah dilakukan oleh Khai Man dan datuknya semasa menyertai Kempen Jom Sihat? [2 markah] Soalan 1 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. PEMAHAMAN PETIKAN DAN TATABAHASA SERTA RESPONS KRITIS DAN KREATIF Cuaca pada pagi Sabtu itu sangat cerah. Khai Man dan datuknya telah menyertai Kempen Jom Sihat yang dianjurkan oleh Kelab Rekreasi Ipoh di Taman Seri Permai. Pada pagi Sabtu itu, mereka telah mengikuti acara senamrobik dengan gembira. Mereka juga melakukan pemeriksaan kesihatan dan mengunjungi pameran kesihatan yang dijalankan oleh kakitangan Klinik Kesihatan Ipoh. Pegawai kesihatan yang berada di Taman Seri Permai itu juga turut berkongsi pelbagai kaedah penjagaan kesihatan. Mereka juga mempromosikan produk organik yang berkhasiat dan baik untuk kesihatan. Khai Man dan datuk berasa amat gembira kerana memperoleh ilmu pengetahuan yang bermanfaat. “Datuk teringin berkongsi ilmu pengetahuan tentang penjagaan kesihatan ini kepada nenek kamu,” ujar datuk kepada Khai Man. KM UASA BM T6 Set 2.indd 6 4/14/23 8:57:42 PM CONTOH
2.7 UASA Set 2 (c) Gariskan satu kata penguat yang terdapat dalam ayat yang diberikan. Khai Man dan datuk berasa amat gembira kerana memperoleh ilmu pengetahuan yang bermanfaat. [1 markah] (d) Pilih dan tandakan (✓) pada ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. “Datuk teringin berkongsi ilmu pengetahuan tentang penjagaan kesihatan ini kepada nenek kamu,” ujar datuk kepada Khai Man. Datuk memberitahu Khai Man bahawa dia berhasrat untuk memberitahu cara-cara penjagaan kesihatan kepada nenek. Khai Man menyatakan bahawa datuknya akan membantu nenek meningkatkan tahap kesihatan dengan perkongsian ilmu pengetahuan tersebut. [1 markah] KM UASA BM T6 Set 2.indd 7 4/14/23 8:57:42 PM CONTOH
2.8 UASA Set 2 Soalan 2 Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Dalam perjalanan bercuti ke Melaka, adik yang duduk di tempat duduk belakang kereta ayah tidak memakai tali pinggang keledar. Bukan itu sahaja, adik juga memainkan lagu melalui telefon pintarnya dengan bunyi yang kuat sehingga mengganggu tumpuan ayah semasa memandu kereta. Sebagai abang, apakah tindakan yang akan kamu lakukan? [5 markah] KM UASA BM T6 Set 2.indd 8 4/14/23 8:57:42 PM CONTOH
2.9 UASA Set 2 PENULISAN PERENGGAN C Grafik di bawah menunjukkan aktiviti bergotong-royong yang dilakukan oleh sebuah keluarga. Tuliskan pendapat kamu tentang kebaikan aktiviti bergotong-royong. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. KM UASA BM T6 Set 2.indd 9 4/14/23 8:57:42 PM CONTOH
2.10 UASA Set 2 [10 markah] KM UASA BM T6 Set 2.indd 10 4/14/23 8:57:42 PM CONTOH
2.11 UASA Set 2 PENULISAN KARANGAN Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. PERSEDIAAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KM UASA BM T6 Set 2.indd 11 4/14/23 8:57:42 PM CONTOH
2.12 UASA Set 2 [20 markah] KM UASA BM T6 Set 2.indd 12 4/14/23 8:57:42 PM CONTOH
J1 Ujian Pertengahan Sesi Akademik (UPSA) Set 1 1. C 2. C 3. B 4. C 5. B 6. A 7. A 8. A 9. B 10. D 1. (a) Terengganu (b) Cara ayah Faris memeriksa keadaan kereta sebelum bertolak ialah ayahnya memeriksa tekanan angin semua tayar dan lampu keretanya berfungsi dengan baik. Ayah Amirul juga membuka bonet kereta untuk memeriksa bahagian enjin kereta. (c) rosak (d) Ibu menyatakan kepada Faris supaya memeriksa keadaan kereta terlebih dahulu sebelum bertolak ke sesuatu destinasi supaya keselamatan semua orang terjamin. (3) 2. Sebagai kawan baiknya, saya akan sentiasa menemani Molly yang murung itu. Saya juga akan menasihatinya supaya mengurangkan pemakanan yang tidak sihat dan mengambil makanan yang seimbang agar tubuhnya sihat. Pada pendapat saya, cara-cara untuk mengeratkan hubungan dengan jiran ialah kita harus memberikan bantuan kepada mereka seperti membantu jiran mengangkat barang yang berat semasa mereka berpindah. Kita patutlah bertegur sapa dengan jiran supaya saling mengenali sesama jiran. Kita juga wajarlah mengamalkan budaya ziarahmenziarahi semasa perayaan agar merapatkan hubungan sesama jiran tetangga. # Idea yang sesuai dan berkaitan diterima. Karangan Berformat Sabtu, 25 Mac 2023 7:00 pagi Saya terus membersihkan diri selepas bangun tidur. Selepas itu, saya membantu ibu menyediakan sarapan bersama-sama dengan keluarga saya. 7:15 pagi Saya menumbuk cili merah sebagai ramuan untuk memasak sambal di dapur. Ibu memasak bubur yang enak sebagai sarapan kepada ahli keluarga. 7:30 pagi Kakak menyusun pinggan di atas meja makan dengan berhati-hati. Adik pula menghiris bawang dengan cermat sebelum memasak telur dadar. 7:45 pagi Ayah juga membancuh jus buah-buahan yang berkhasiat di dalam jag untuk kami. Kami berasa sangat gembira kerana dapat bersarapan bersamasama pada hujung minggu itu. Karangan Tidak Berformat Pada hari Sabtu yang lalu, saya bangun pada pukul 7:00 pagi. Selepas mandi, saya membantu ibu menyediakan sarapan bersama-sama dengan keluarga saya. Kakak menyusun di atas meja makan dengan berhati-hati. Adik pula menghiris bawang dengan cermat sebelum memasak telur dadar. Saya menumbuk cili merah sebagai ramuan untuk memasak sambal. Ibu memasak bubur yang enak sebagai sarapan kepada kami sekeluarga. Ayah juga membancuh jus buah-buahan yang berkhasiat di dalam jag untuk kami. Kami berasa sangat gembira kerana dapat menjamu selera bersama-sama. Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Set 2 1. B 2. A 3. B 4. C 5. D 6. A 7. B 8. C 9. D 10. D 1. (a) Kelab Rekreasi Ipoh. (b) Aktiviti yang telah dilakukan oleh Khai Man dan datuknya semasa menyertai Kempen Jom Sihat ialah mereka telah membuat senamrobik, melakukan pemeriksaan kesihatan, dan mengunjungi pameran kesihatan. (c) amat (d) Datuk memberitahu Khai Man bahawa dia berhasrat untuk memberitahu caracara penjagaan kesihatan kepada nenek. (3) KM UASA BM T6 Jawapan.indd 1 4/14/23 8:33:11 PM CONTOH
J2 2. Sebagai abang, saya akan meminta adik memakai tali pinggang keledar dengan segera untuk tujuan keselamatan. Saya akan menasihatinya agar merendahkan bunyi lagu supaya ayah dapat memberikan tumpuan memandu kereta ke Melaka. Pada pendapat saya, kebaikan aktiviti bergotongroyong ialah aktiviti tersebut dapat meningkatkan tahap kebersihan dan keceriaan di sekeliling rumah. Aktiviti ini akan merapatkan hubungan antara ahli keluarga kerana mereka bekerjasama menyempurnakan sesuatu tugasan. Akhir sekali, aktiviti ini dapat menjamin kesihatan kita kerana suasana yang bersih mampu melahirkan tubuh badan yang sihat. # Idea yang sesuai dan berkaitan diterima. Karangan Berformat 19, Jalan Tun Hilman, 50050, City Jaya One, Kuala Lumpur. 17 Ogos 2023. Menemui adindaku Jefri yang berada di Alor Setar, Kedah. Semoga berada dalam selamat sejahteranya. Adinda, Baru-baru ini, kakanda telah membantu sekolah melakukan persediaan sambutan Hari Kemerdekaan pada hari Jumaat yang lalu. Murid Tahun 6 telah menghias pentas dengan bendera Malaysia secara tersusun. Beberapa orang murid perempuan meletakkan pasu bunga yang berwarna-warni di bawah dewan sebagai hiasan. Murid-murid juga menyusun kerusi agar kelihatan kemas untuk menyambut Hari Kemerdekaan. Kami juga membantu guru menggantungkan Jalur Gemilang pada pintu-pintu di dewan untuk menceriakan suasana. Terdapat juga murid yang menampalkan poster-poster bertema kemerdekaan pada dinding dewan. Keadaan di dalam dewan itu sungguh cantik. Sampai di sini sahaja warkah kakanda pada kali ini. Sekian, terima kasih. Salam sayang, Jasmin Karangan Tidak Berformat Hari ini hari Sabtu. Sekolah saya telah melakukan persediaan untuk sambutan Hari Kemerdekaan. Pada pagi itu, kami telah dibahagikan tugasan di dewan sekolah. Murid Tahun 6 telah menghias pentas dengan bendera Malaysia secara tersusun. Beberapa orang murid perempuan meletakkan pasu bunga yang berwarna-warni di bawah dewan sebagai hiasan. Murid-murid juga menyusun kerusi-kerusi agar kelihatan kemas untuk menyambut Hari Kemerdekaan. Kami juga membantu guru menggantungkan Jalur Gemilang pada pintu di dewan untuk menceriakan suasana. Terdapat juga murid yang menampalkan poster-poster bertemakan kemerdekaan pada dinding . Keadaan di dalam dewan sungguh cantik untuk sambutan Hari Kemerdekaan itu. Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Set 3 1. D 2. C 3. C 4. B 5. D 6. D 7. B 8. C 9. A 10. C 1. (a) pencemaran alam sekitar. (b) Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar ialah sikap masyarakat yang tidak bertanggungjawab, aktiviti pembakaran hutan secara haram yang berleluasa, kelemahan undang-undang sedia ada dan sebagainya. (c) kasihan; sengsara (d) Ibu berpesan kepada Ahmad supaya menjadi seorang insan yang menyayangi dan menghargai alam sekitar. (3) 2. Sebagai pengawas sekolah, saya akan mengarahkan mereka supaya senyap dan berdiri tegak sebagai tanda menghormati guru besar. Saya juga akan mencatat nama mereka dan melaporkan masalah tersebut kepada guru bertugas. Pada pendapat saya, permainan tradisional Malaysia penting untuk melambangkan identiti sesuatu kaum kerana permainan tersebut diwarisi oleh nenek moyang sejak zaman dahulu. Permainan ini menyatupadukan masyarakat berbilang kaum melalui proses permainan di sekolah atau di luar sekolah. Malahan, permainan ini penting kerana berjaya menarik perhatian warga asing melancong ke Malaysia. # Idea yang sesuai dan berkaitan diterima. KM UASA BM T6 Jawapan.indd 2 4/14/23 8:33:11 PM CONTOH
J3 Karangan Berformat No. 17, Jalan Bahagia 1/2, Taman Bahagia, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman. 17 Februari 2023. Menemui sahabatku Suraya yang berada di Kuala Lumpur dengan selamat sejahteranya. Saudari, Baru-baru ini, saya telah mengunjungi Pameran Sains dan Teknologi di sekolah. Setelah kami memasuki dewan, guru-guru telah mengedarkan risalah kepada kami. Kami melihat beberapa kumpulan sedang membentangkan hasil projek secara profesional kepada muridmurid. Cikgu Nora pula menanyakan soalan dengan sopannya kepada petugas di kaunter pertanyaan. Sementara, murid-murid pula menonton rancangan televisyen yang berkaitan dengan ilmu astronomi dengan penuh minat. Selain itu, Encik Aziz pula menerangkan keistimewaan dan fungsi mesin penyedut habuk kepada pengunjung. Kami berasa sangat gembira pada hari itu. Sampai di sini sahaja yang dapat saya ceritakan. Sekian, terima kasih. Yang benar, Sulaiman Karangan Tidak Berformat Pada hari Rabu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan Pameran Sains dan Teknologi. Saya dan rakan-rakan telah mengunjungi pameran tersebut di dewan sekolah. Setelah kami memasuki dewan, guru-guru mengedarkan risalah kepada kami. Kami melihat beberapa kumpulan sedang membentangkan hasil projek secara profesional kepada murid-murid. Cikgu Nora pula menanyakan soalan dengan sopannya kepada petugas di kaunter pertanyaan. Murid-murid pula menonton rancangan televisyen yang berkaitan dengan ilmu astronomi dengan penuh minat. Manakala, Encik Aziz menerangkan keistimewaan dan fungsi mesin penyedut habuk kepada pengunjung-pengunjung. Kami berasa sangat gembira pada hari itu. Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Set 4 1. D 2. B 3. C 4. C 5. D 6. A 7. D 8. B 9. D 10. C 1. (a) tablet (b) Perkara yang akan dilakukan oleh Salman selepas balik dari sekolah ialah dia asyik melayari Internet dan bermain permainan dalam talian. (c) menyiapkan; diberikan (d) Salman berjanji kepada ibunya bahawa dia tidak akan bertangguh untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh gurunya pada setiap hari. (3) 2. Pada pendapat saya, saya akan terus meninggalkan kelas tuisyen dan meminta pertolongan daripada ibu bapa. Kemudian, saya akan menghubungi talian kecemasan 999 untuk meminta bantuan pihak bomba untuk memadamkan kebakaran itu. Pada pendapat saya, kepentingan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kehidupan kita adalah dapat menambah ilmu pengetahuan tentang isu-isu semasa melalui Facebook dan Twitter. Kita dapat menjimatkan wang dan masa seperti menghantar e-mel penting secara percuma kepada seseorang. Kita juga dapat mengeratkan hubungan dengan keluarga melalui panggilan video dalam talian. # Idea yang sesuai dan berkaitan diterima. Karangan Berformat LAPORAN PERTANDINGAN KUIZ KEUSAHAWANAN Pada 13 Mei 2023, Persatuan Keusahawanan Sekolah Kebangsaan Serdang telah mengadakan pertandingan kuiz keusahawanan di dewan besar. Pertandingan itu berlangsung dalam suasana yang meriah. Sebelum kuiz bermula, guru bertugas telah menyediakan dan menyusun hadiah di atas meja untuk para pemenang. Peserta-peserta beratur dengan tertibnya untuk membuat pendaftaran nama di kaunter pendaftaran. Pada pukul 9:00 pagi, guru bertugas mengedarkan kertas-kertas soalan kuiz kepada murid-murid dengan sistematiknya. Selepas itu, murid-murid mengeluarkan alat-alat tulis dari kotak pensel sebagai persediakan menjawab soalan kuiz. KM UASA BM T6 Jawapan.indd 3 4/14/23 8:33:11 PM CONTOH
J4 Guru bertugas mengambil gambar muridmurid di sekeliling dewan sebagai kenangan. Pertandingan tersebut tamat pada pukul 11:00 pagi. Laporan disediakan oleh, Gavin ………………………………. (GAVIN ENG ) Setiausaha, Persatuan Keusahawanan, Sekolah Kebangsaan Serdang. Karangan Tidak Berformat Sekolah saya telah mengadakan pertandingan kuiz keusahawan. Murid-murid melibatkan diri secara aktif dalam pertandingan tersebut. Pertandingan tersebut dijalankan di dewan sekolah. Terdapat dua orang guru menyediakan dan menyusun hadiah-hadiah di atas meja untuk para pemenang. Peserta-peserta beratur dengan tertibnya untuk membuat pendaftaran nama di kaunter pendaftaran. Cikgu Lim mengedarkan kertas-kertas soalan kuiz kepada peserta dengan sistematiknya. Selepas itu, para peserta mengeluarkan alatalat tulis dari kotak pensel sebagai persediakan menjawab soalan kuiz. Cikgu Muadz mengambil gambar suasana di sekeliling dewan sebagai kenangan. Pertandingan tersebut tamat pada pukul 11:00 pagi. Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Set 5 1. D 2. C 3. B 4. C 5. A 6. A 7. C 8. A 9. D 10. B 1. (a) batu kerikil (b) Perkara yang perlu dilakukan oleh pemain sebelum memulakan permainan batu seremban adalah menimbang buah untuk mendapatkan mata yang menentukan giliran bermain. (c) cekap (d) Kekuatan otot tangan serta koordinasi tangan dan mata kanak-kanak dapat diuji melalui permainan ini. (3) 2. Tindakan yang patut saya lakukan adalah mencari maklumat tentang pemilik dompet itu melalui kad pengenalannya atau menyerahkan dompet itu kepada pihak polis supaya dompet itu dapat dipulangkan semula kepada pemiliknya. Grafik menunjukkan suasana di sebuah zoo. Ketika cuti sekolah, ibu bapa sering membawa anak-anak berkunjung ke zoo. Faedah yang diperoleh apabila berkunjung ke zoo adalah dapat menambahkan pengetahuan tentang haiwan dalam kalangan kanak-kanak. Selain itu, ahli keluarga juga dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama serta dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. # Idea yang sesuai dan berkaitan diterima. Karangan Berformat Selamat pagi Tuan Pengerusi majlis, para pengadil yang bijaksana, serta hadirin sekalian. Tajuk syarahan saya ialah, “Langkah Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar”. Hadirin sekalian, Aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dapat mengekalkan ekosistem alam. Misalnya, aktiviti menanam pokok dapat mengelakkan hakisan tanah. Program kitar semula juga dapat menyelamatkan pokok-pokok dan habitat haiwan. Kita juga hendaklah menjaga kebersihan kawasan sungai. Jangan buang sampah sarap ke dalam sungai. Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan yang tegas terhadap pihak yang membuang sisa toksik ke dalam sungai. Aktiviti ini boleh mengancam hidupan akuatik. Kesimpulannya, masyarakat di negara ini harus bertanggungjawab untuk menjaga alam sekitar demi mengekalkan ekosistem alam. Karangan Tidak Berformat Kita hendaklah menjaga alam sekitar dengan baik. Aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dapat mengekalkan ekosistem alam. Aktiviti menanam pokok dapat menghijaukan alam sekitar. Program kitar semula barangan terpakai juga dapat mengurangkan masalah pencemaran. Selain itu, kita hendaklah menjaga kebersihan kawasan sungai. Jangan buang sampah sarap ke dalam sungai. Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan yang tegas terhadap pihak yang membuang sisa toksik ke dalam sungai. Aktiviti ini boleh mengancam hidupan akuatik. Kesimpulannya, masyarakat di negara ini harus bertanggungjawab untuk menjaga alam sekitar demi mengekalkan ekosistem alam. KM UASA BM T6 Jawapan.indd 4 4/14/23 8:33:11 PM CONTOH
6 Suraya Sulaiman 6Tahun 6 Dicetak oleh: Swan Printing Sdn. Bhd. (274710-X) Lot 5249, Jalan BS7/1, Kawasan Perindustrian Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Sel. D.E. Lot 1 & 2, Jalan BS 7/1A, Taman Bukit Serdang, Seksyen 7, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. • Bhg. Penjualan: 03 – 8959 2001/ 3001/ 4003 • Faks: 03 – 8957 3611 • Bhg. Editorial: 03 – 6150 3009 • Faks: 03 – 6150 1007 • E-mel: [email protected] • Laman Web: www.pep-publications.com Sem. M’sia: RM6.50 Sabah/ S’wak: RM6.90 ISBN 978-629-7560-36-6 9 786297 560366 1 set Kertas Model UPSA (Ujian Pertengahan Sesi Akademik) 4 set Kertas Model UASA (Ujian Akhir Sesi Akademik) KSSR Semakan Kertas Model 3 Format 3 Persembahan 3 Standard soalan UASA TERKINI Koleksi kertas model ini ditulis khas untuk murid-murid Tahun 4, 5 & 6 yang bakal menduduki peperiksaan UASA. Ciri-ciri unggul © PEP Publications Sdn. Bhd. Semua hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula atau dipindahkan dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, baik dengan cara elektronik, mekanik, penggambaran ataupun sebaliknya tanpa izin yang bertulis terlebih dahulu daripada PEP Publications Sdn. Bhd. Dicetak oleh: Swan Printing Sdn. Bhd. (274710-X) Lot 5249, Jalan BS7/1, Kawasan Perindustrian Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. PEP Publications Sdn. Bhd. (811705-T) Lot 1 & 2, Jalan BS 7/1A, Taman Bukit Serdang, Seksyen 7, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. • Bhg. Penjualan: 03 – 8959 2001/ 3001/ 4003 • Faks: 03 – 8957 3611 • Bhg. Editorial: 03 – 6150 3009 • Faks: 03 – 6150 1007 • E-mel: [email protected] • Laman Web: www.pep-publications.com Dicetak oleh: Swan Printing Sdn. Bhd. (274710-X) Lot 5249, Jalan BS7/1, Kawasan Perindustrian Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Sel. D.E. Lot 1 & 2, Jalan BS 7/1A, Taman Bukit Serdang, Seksyen 7, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. • Bhg. Penjualan: 03 – 8959 2001/ 3001/ 4003 • Faks: 03 – 8957 3611 • Bhg. Editorial: 03 – 6150 3009 • Faks: 03 – 6150 1007 • E-mel: [email protected] • Laman Web: www.pep-publications.com Sem. M’sia: RM6.50 Sabah/ S’wak: RM6.90 Judul-judul dalam siri ini Bahasa Melayu English Matematik (dwibahasa) Sains (dwibahasa) Sejarah Subjek Tahun Berorientasikan format UASA 100% Berdasarkan topik-topik dalam buku teks Boleh dileraikan dan dikerjakan secara berasingan Jawapan lengkap BAHASA MELAYU BAHASA MELAYU Tahun Kertas Model 4 5 6 Ujian Akhir Sesi Akademik Ujian Akhir Sesi Akademik Kertas Model 00-Cv Kertas Model UASA BM.indd 3 20/4/2023 10:17:55 AM CONTOH