i TEMA 1 Amalan Gaya Hidup Sihat Praktis 1 Sistem Bahasa 1 Praktis 2 Pemahaman Petikan 2 Praktis 3 Sistem Bahasa 3 Praktis 4 Pemindahan Maklumat 4 TEMA 2 Beringat Supaya Selamat Praktis 1 Sistem Bahasa 5 Praktis 2 Sistem Bahasa 6 Praktis 3 Pemindahan Maklumat 7 Praktis 4 Penulisan 8 TEMA 3 Cahaya Perpaduan Praktis 1 Sistem Bahasa 9 Praktis 2 Pemahaman Petikan 10 Praktis 3 Novel 11 Praktis 4 Penulisan 12 TEMA 4 Seni Bersendikan Budaya Praktis 1 Sistem Bahasa 13 Praktis 2 Pemahaman Petikan 14 Praktis 3 Sistem Bahasa 15 Praktis 4 Penulisan 16 TEMA 5 Jati Diri dan Kewarganegaraan Praktis 1 Sistem Bahasa 17 Praktis 2 Pemahaman Petikan 18 Praktis 3 Novel 19 Praktis 4 Pemahaman Petikan 20 Praktis 5 Penulisan 22 TEMA 6 Sains, Teknologi dan Inovasi Praktis 1 Sistem Bahasa 23 Praktis 2 Pemahaman Petikan 24 Praktis 3 Novel 25 Praktis 4 Pemindahan Maklumat 26 Praktis 5 Penulisan 27 TEMA 7 Teknologi Amalan Hijau Praktis 1 Sistem Bahasa 28 Praktis 2 Sistem Bahasa 29 Praktis 3 Penulisan 30 Praktis 4 Penulisan 31 TEMA 8 Sektor Pertanian Pesat Membangun Praktis 1 Sistem Bahasa 32 Praktis 2 Pemahaman Petikan 33 Praktis 3 Sistem Bahasa 34 Praktis 4 Pemindahan Maklumat 35 TEMA 9 Ekonomi dan Pengurusan Kewangan Praktis 1 Sistem Bahasa 36 Praktis 2 Pemahaman Petikan 37 Praktis 3 Sistem Bahasa 37 Praktis 4 Pemindahan Maklumat 38 Praktis 5 Penulisan 39 TEMA 10 Pelancongan Praktis 1 Sistem Bahasa 40 Praktis 2 Sistem Bahasa 41 Praktis 3 Pemindahan Maklumat 42 Praktis 4 Penulisan 43 Kandungan CONTOH
ii TEMA 11 Sejarah dan Warisan Praktis 1 Sistem Bahasa 44 Praktis 2 Sistem Bahasa 45 Praktis 3 Pemahaman Petikan 46 TEMA 12 Sukan dan Rekreasi Praktis 1 Sistem Bahasa 47 Praktis 2 Pemahaman Petikan 48 Praktis 3 Pemahaman Petikan 49 TEMA 13 Pengantarabangsaan Industri Negara Praktis 1 Sistem Bahasa 50 Praktis 2 Pemahaman Petikan 51 TEMA 14 Wadah Ilmu Praktis 1 Sistem Bahasa 52 Praktis 2 Pemindahan Maklumat 53 Praktis 3 Penulisan 54 TEMA 15 Bahasa dan Kesusasteraan Praktis 1 Sistem Bahasa 55 Praktis 2 Pemahaman Petikan 56 Praktis 3 Pemahaman Petikan 57 Praktis 4 Pemindahan Maklumat 58 TEMA 16 Kerjaya Praktis 1 Sistem Bahasa 59 Praktis 2 Pemahaman Petikan 60 Praktis 3 Pemindahan Maklumat 61 TEMA 17 Integriti Praktis 1 Sistem Bahasa 62 Praktis 2 Penulisan 63 TEMA 18 Pentadbiran dan Politik Praktis 1 Sistem Bahasa 64 Praktis 2 Sistem Bahasa 65 Praktis 3 Novel 66 Ujian Akhir Sesi Akademik 67 Jawapan CONTOH
1 Praktis 1 Sistem Bahasa Soalan 1 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 Haliza . mukanya dengan kerap agar kelihatan bersih dan berseri. A mencuci C melukis B melapik D menggilap Soalan 2 – 3 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 2 I Dengan bersenam, seluruh anggota akan segar apabila perjalanan darah menjadi bertambah lancar. II Sayur-sayuran yang dijual di gerai itu sangat segar. III Badan Zahar kembali segar selepas dia mandi air sejuk. IV Kita perlu minum dua liter air segar pada setiap hari untuk menggantikan air yang keluar daripada badan. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 3 I Puan Suhaida amat mengambil berat akan kesihatan anaknya. II Kamal mengambil bekal yang disediakan oleh ibu lalu dimasukkan ke dalam beg sekolahnya. III Dia mengambil bahagian dalam sukaneka yang dianjurkan oleh sekolahnya. IV Mengambil makanan yang tinggi serat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan meningkatkan fungsi usus. A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 4 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 4 “Obesiti dalam kalangan penduduk di Malaysia semakin membimbangkan disebabkan pengambilan diet yang tidak seimbang,” kata Doktor Bakri kepada para hadirin Bengkel Pengurusan Berat Badan. A Mereka yang mendengar ceramah daripada Doktor Bakri bersependapat bahawa obesiti semakin membimbangkan kerana mereka tidak mengamalkan pemakanan seimbang. B Doktor Bakri memberitahu para hadirin Bengkel Pengurusan Berat Badan bahawa sikap mereka yang tidak mahu mengambil makanan seimbang menyebabkan kadar obesiti di Malaysia semakin meningkat. C Obesiti semakin meningkat dan mudah berlaku dalam kalangan penduduk yang tidak prihatin terhadap makanan seimbang. D Punca yang menyebabkan kadar obesiti semakin meningkat ialah sikap penduduk yang tidak menjaga pemakanan. Soalan 5 Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 5 Kita dinasihatkan untuk mengambil buahbuahan pada setiap hari dan dalam kuantiti yang betul. A di setiap hari dan dalam kuantiti B pada tiap hari dan di dalam kuantiti C pada tiap-tiap hari dan di dalam kuantiti D pada setiap hari dan dalam kuantiti Tema 1 Amalan Gaya Hidup Sihat CONTOH
2 BM Tingkatan 1 Tema 1 Praktis 2 Pemahaman Petikan Baca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. Soalan 1 – 5 berdasarkan bahan di bawah. Menara tinggi banyak bertingkat, Di sana tiada bilik bersekat, Tiada bertangga naik melekat, Mata-mata menjaga segenap pangkat. Yang ada sedia panji-panji bendera, Hingga sampai ke kemuncak menara, Banyak ada ia bersaudara, Yang ada pula bersama gara. Selalu dipandang dilihat adanya, Tinggi rendah dijerat pangkatnya, Besar kecil ikat binanya, Terlalu kuat pula asasnya. Ikatnya licin di luar di dalam, Gelapnya di dalam seperti malam, Air tak tiris seperti kolam, Ikat tingkatnya tak nampak alam Dipetik daripada ‘Syair Pohon Buluh’, antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia 1 Antara berikut menunjukkan keadaan menara yang terdapat dalam rangkap pertama syair di atas, kecuali A tinggi dan banyak bertingkat. B tiada bilik yang bersekat. C bertangga untuk naik ke atas. D terdapat mata-mata yang menjaga di setiap pangkat di menara itu. 2 Ikatnya licin di luar di dalam, Gelapnya di dalam seperti malam, Air tak tiris seperti kolam, Ikat tingkatnya tak nampak alam. Berdasarkan baris syair di atas, apakah kata hikmat yang sesuai? A Berfikir sebelum bertindak. B Bersatu teguh, bercerai roboh. C Hidup ini adalah suatu perlumbaan. D Kata mesti dikota, janji mesti ditepati. 3 Nilai yang terdapat dalam Syair Pohon Buluh ialah A perpaduan dan keadilan. B perpaduan dan kerajinan. C kesungguhan dan keadilan. D keprihatinan dan bekerjasama. 4 Gelapnya di dalam seperti malam Apakah unsur gaya bahasa yang terdapat dalam baris syair di atas? A Simile. B Metafora. C Hiperbola. D Personifikasi. 5 Berdasarkan rangkap ketiga, apakah nasihat yang ingin disampaikan oleh penyair? A Masyarakat perlu bersatu untuk menjadi satu unit yang kuat. B Masyarakat perlu bermuafakat agar hidup aman, sentosa dan sejahtera. C Masyarakat perlu hidup bersatu padu tanpa mengira kaum, pangkat, kedudukan atau status. D Masyarakat dinasihatkan supaya hidup secara bermuafakat, saling menghormati CONTOH antara satu sama lain.
3 BM Tingkatan 1 Tema 1 Praktis 3 Sistem Bahasa 1 Dalam bahan di bawah, terdapat kesalahan-kesalahan ejaan. Kenal pasti dua kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Manafaat Bersenam ✧ Mengurangkan dan mengekalkan berat badan ✧ Menguatkan tulang dan otot untuk memudahkan pergerakan ✧ Mengurangkan risiko penyakit diabetis ✧ Meningkatkan kesihatan jantung ✧ Meningkatkan daya ketahanan badan ✧ Membantu tidur dengan lebih lena (i) (ii) 2 Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Generasi muda perlu dilatih lebih awal demi untuk menghindari risiko penyakit dengan menggalakkan amalan gaya hidup sihat. (ii) Tidak ramai yang memilih untuk bersenam pada waktu pagi oleh kerana masih berasa mengantuk. 3 Baca arahan dengan teliti dan jawab semua soalan yang diberikan. Nyatakan pola ayat bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS). (i) Senaman berjalan kaki aktiviti kecergasan fizikal. (ii) Yoong Wei aktif dalam kokurikulum. (iii) Taman rekreasi itu di Putrajaya. (iv) Makanan seimbang akan menyebabkan otak kita cerdas. CONTOH
4 BM Tingkatan 1 Tema 1 Praktis 4 Pemindahan Maklumat (Ringkasan) Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang manfaat makan sarapan pagi. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Pengambilan sarapan pagi merupakan satu kemestian yang tidak boleh dipandang enteng. Ramai tidak menyedari kepentingan sarapan kepada kesihatan. Apabila kita bangun daripada tidur, paras glukosa dalam darah menjadi agak rendah. Jadi, dengan pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang sewaktu sarapan akan membekalkan tenaga mencukupi bagi memulakan hari dengan lebih cergas. Karbohidrat diambil pada waktu pagi merangsang paras glukosa dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B yang diperkaya dalam roti dan bijirin semasa sarapan dapat memberikan kesan positif kepada otak. Kesan lebih ketara dalam kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan yang kaya dengan karbohidrat kompleks, mereka boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan baik. Kajian Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia 10 hingga 12 tahun mendapati, mereka yang mengambil sarapan kurang menghadapi masalah berat badan berlebihan. Kajian yang diterbitkan Jurnal Penyelidikan Obesiti mendapati 78 peratus responden berjaya mengurangkan dan mengekalkan berat badan dengan pengambilan sarapan secara berterusan. Banyak kajian mendapati bahawa sarapan mampu meningkatkan ingatan dan tumpuan seseorang, malahan dapat menurunkan tahap kolesterol jahat, iaitu lipoprotein berketumpatan rendah di dalam darah. Kolesterol ini amat membahayakan kesihatan diri kerana boleh menyebabkan pemendakan lemak dan menyempitkan salur darah. Selain itu, pengambilan sarapan juga dapat mengurangkan risiko penyakit kronik. Oleh hal yang demikian, mereka yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi dalam darah disarankan mengambil sarapan supaya metabolisme badan dan komposisi kolesterol di dalam darah dapat dioptimumkan. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kepentingan Sarapan Pagi’ oleh Nasuha Badrul Huzaini, Berita Harian online, 18 Julai 2015 Tip Menulis Ringkasan 1 Baca dan fahami kunci soalan. P K L Punca Faktor Sebab Kesan Akibat Implikasi Impak Langkah Cara Tindakan 2 Baca dan gariskan tajuk di bawah petikan. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Menangani Emosi dengan Bijaksana’ oleh Alias Ismail, Dewan Siswa, Oktober 2017 3 Kenal pasti isi penting. Tiada huraian – seperti Tiada contoh – contohnya, misalnya 4 Baca secara laju sambil gariskan kehendak soalan dan nomborkan isi. 5 Baca dengan teliti untuk mencari isi berdasarkan kehendak soalan sehingga cukup. 6 Menulis satu ringkasan lengkap dalam satu perenggan. CONTOH
5 Praktis 1 Sistem Bahasa Soalan 1 – 2 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 Dalam suasana yang itu, suara kita sukar didengari. A riuh B bingit C kacau D meriah 2 Pengguna laman sosial supaya mengamalkan kawalan kendiri ketika menggunakan laman sosial dalam talian. A ingat B diingati C teringat D diingatkan Soalan 3 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 3 “Pemakaian kerusi keselamatan kanakkanak boleh mengurangkan risiko kecederaan jika berlaku kemalangan,” kata penceramah itu kepada peserta bengkel. A Peserta bengkel mengatakan bahawa risiko kecederaan jika berlaku kemalangan boleh berkurang dengan adanya kerusi keselamatan kanak-kanak. B Penceramah itu memberitahu peserta bengkel bahawa risiko kecederaan boleh dikurangkan dengan pemakaian kerusi keselamatan kanak-kanak sekiranya berlaku kemalangan. C Perserta bengkel diarahkan oleh penceramah itu untuk meletakkan kerusi keselamatan kanak-kanak di dalam kereta untuk mengelakkan kemalangan. D Penceramah itu meminta peserta bengkel supaya berhati-hati dan meletakkan kerusi keselamatan kanak-kanak sekiranya berlaku kemalangan. Soalan 4 – 5 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 4 Konvoi berbasikal boleh bertukar menjadi tragedi jika para peserta-peserta tidak berhatihati. A para peserta B para orang peserta C para-para peserta-peserta D para peserta-peserta 5 Pakailah tali pinggang keledar sebagai langkah jaga keselamatan diri supaya tidak tercampak keluar ketika kemalangan berlaku. A Pakailah tali pinggang keledar sebagai langkah menjaga B Memakailah tali pinggang keledar sebagai langkah menjaga C Memakailah tali pinggang keledar sebagai langkah jaga D Pakailah tali pinggang keledar sebagai langkah jaga Soalan 6 Pilih ayat-ayat yang betul. 6 I Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa kebenaran dari guru. II Isu buli harus ditangani dengan segera kerana kesannya pada murid amat membimbangkan. III Orang ramai perlu berhati-hati ketika berada di tempat-tempat yang berkemungkinan menjadi sasaran peragut. IV Sikap tidak mematuhi peraturan jalan raya harus kita hindari. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja Tema 2 Beringat Supaya Selamat CONTOH
6 BM Tingkatan 1 Tema 2 Praktis 2 Sistem Bahasa 1 Dalam bahan di bawah, terdapat kesalahan-kesalahan ejaan. Kenal pasti tiga kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Tips Menghadapi BANJIR Sebelum banjir ✓ Simpan dokumen penting dan barangan berharga di tempat yang selamat ✓ Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda Semasa banjir ✓ Pindah segera ke pusat pemindahan dan pindah pada waktu siang ✓ Jangan sentuh mana-mana kabel elektrik ✓ Guna air bersih dengan efisen ✓ Berhati-hati dengan haiwan berbisa seperti ular ✓ Pastikan makan makanan yang dimasak ✓ Dapatkan rawatan segera jika mengalami cirit birit dan muntah Selepas banjir ✓ Dengar pengumuman radio atau tunggu arahan daripada pihak berkuasa. Jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan ✓ Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan yang mungkin berbahaya (i) (ii) (iii) 2 Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Laporan kaji cuaca amat terpenting kerana mampu menyelamatkan nyawa kita. (ii) Semua murid harus berwaspada ketika berada di makmal komputer. CONTOH
7 BM Tingkatan 1 Tema 2 Praktis 3 Pemindahan Maklumat (Ringkasan) Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang cara-cara mengelak menjadi mangsa sindiket Macau Scam. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Beberapa tahun kebelakangan ini, sindiket Macau Scam tersebar luas di rantau Asia termasuk Malaysia. Terdapat beberapa modus operandi yang digunakan oleh anggota sindiket Macau Scam. Antaranya dengan membuat panggilan telefon dan menyamar sebagai pegawai mahkamah ataupun polis. Setelah panggilan dibuat, pemanggil akan mendakwa kononnya nama, nombor kad pengenalan, dan nombor akaun bank mangsa telah digunakan untuk transaksi melibatkan dadah serta pengubahan wang haram. Sindiket Macau Scam juga menggunakan sistem suara melalui protokol Internet (VoIP) yang kelihatan seolah-olah panggilan daripada pihak berkuasa. Pada tahun lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) pernah mendedahkan kewujudan institusi di luar negara yang melatih anggota khas sindiket Macau Scam. Lantaran itu, masyarakat umum dinasihatkan berwaspada apabila menerima panggilan telefon daripada nombor talian tempatan atau asing apatah lagi nombor yang menggunakan VoIP. Golongan yang menerima panggilan seperti ini tidak sepatutnya panik dan terus menurut arahan yang diberikan oleh anggota sindiket Macau Scam. Sebaliknya, mereka harus membuat panggilan kepada pihak polis ataupun institusi kewangan yang berkaitan untuk membuat pengesahan. Jangan angkat telefon daripada nombor yang tidak dikenali. Tamatkan segera panggilan jika panggilan itu kedengaran pelik. Jika telefon telah diangkat, beritahu mereka bahawa kamu memerlukan masa untuk berfikir terlebih dahulu. Jangan terlalu tergopoh-gapah membuat keputusan. Jika mereka mula memaksa atau mengugut, kamu boleh terus meletakkan telefon. Orang ramai turut dinasihatkan agar sentiasa menggunakan nombor talian rasmi organisasi yang ingin dihubungi untuk pengesahan serta tidak membalas panggilan dengan menggunakan nombor talian yang digunakan oleh anggota sindiket. Orang ramai juga haruslah sentiasa ingat bahawa pihak berkuasa tidak akan menghubungi kita melalui telefon sekiranya kita didapati melanggar mana-mana undang-undang negara. Begitu juga dengan pihak bank yang tidak akan bertanyakan butiran peribadi pelanggannya melalui telefon. Oleh itu, jangan berikan maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, nombor akaun bank, nombor kad debit kepada sesiapa pun. Sekiranya tertipu, mangsa harus tampil ke hadapan untuk membuat aduan bagi membolehkan pihak polis mengambil tindakan selanjutnya. Setiap laporan yang dikemukakan akan menjadi data yang penting bagi pihak polis untuk menilai keseriusan sindiket ini serta mengatur strategi bagi memerangi jenayah terancang ini secara total. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Elak Ditipu Sindiket Macau Scam’, Dewan Masyarakat, Bil. 03/ 2021 • modus operandi – cara untuk melakukan sesuatu • transaksi – urus niaga • mengugut – menakut-nakutkan supaya melakukan sesuatu Kuasai Kosa Kata CONTOH
8 BM Tingkatan 1 Tema 2 Praktis 4 Penulisan Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Aku Pemadam Api Medium pemadam kebakaran Mengelakkan api merebak Diletakkan di pejabat Sedia berkhidmat Pelbagai jenis Mudah dilihat dan di laluan keluar pejabat Memadamkan api pada peringkat awal kebakaran Pendahuluan Aku ialah alat pemadam api Isi 1 Badanku mengandungi medium pemadam kebakaran Isi 2 Penting untuk memadamkan api pada peringkat awal kebakaran dan mengelakkan api merebak Isi 3 Dibeli untuk diletakkan di pejabat – meletakkan aku di tempat yang mudah dilihat dan di laluan keluar pejabat Penutup Bersedia untuk berkhidmat – tiada kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa CONTOH
9 Praktis 1 Sistem Bahasa Soalan 1 – 2 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 Farah menjemput Shi Ai masuk ke dalam rumah sambil antara satu sama lain. A berbual-bual C bersalam-salaman B tegur-menegur D berpeluk-pelukan 2 Amalan saling bekerjasama dan menghormati sangat penting membina masyarakat Malaysia yang aman dan harmoni. A untuk C supaya B kerana D sebagai Soalan 3 – 4 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 3 Siti agak berat terima bantuan yang dihulurkan oleh pemuda itu. A agak berat-berat menerima bantuan B agak keberatan menerima bantuan C agak keberatan terima bantuan D agak berat terima bantuan 4 Penduduk Kampung Murni terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. A terdiri dari pelbagai kaum dan etnik B terdiri daripada bagai kaum dan etnik C terdiri daripada berbagai kaum dan etnik D terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik Soalan 5 Pilih ayat-ayat yang betul. 5 I Perpaduan kaum akan mudah tercapai melalui muafakat. II Jika jiran ditimpa kesusahan, kita hendaklah menjadi orang pertama untuk membantu mereka. III Di antara aktiviti yang sesuai diadakan untuk memupuk perpaduan kaum ialah gotong-royong. IV Anak-anak perlu diasuh untuk menjalinkan hubungan yang baik sesama dengan jiran. A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 6 – 7 Pilih peribahasa yang paling sesuai. Hubungan akrab antara kaum di Malaysia menyebabkan masyarakat negara ini mampu hidup bekerjasama dan tolong-menolong dalam kehidupan harian. 6 Keadaan hubungan ini tepat dengan peribahasa A bagai aur dengan tebing. B bagai anjing dengan kucing. C seperti dakwat dengan kertas. D seperti cincin dengan permata. 7 Peribahasa yang berikut boleh dikaitkan dengan sikap yang ditunjukkan oleh masyarakat di atas, kecuali A bagai pahat dengan penukul. B bukit sama didaki, lurah sama dituruni. C berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. D hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Tema 3 Cahaya Perpaduan CONTOH
10 BM Tingkatan 1 Tema 3 Praktis 2 Pemahaman Petikan Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. BAHAN 1 (a) Soalan i – Soalan berdasarkan petikan (b) Soalan ii – Soalan berdasarkan komponen sastera (c) Soalan iii – Soalan berdasarkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)/ jawapan sendiri Panduan Jawapan Menara tinggi banyak bertingkat, Di sana tiada bilik bersekat, Tiada bertangga naik melekat, Mata-mata menjaga segenap pangkat. Yang ada sedia panji-panji bendera, Hingga sampai ke kemuncak menara, Banyak ada ia bersaudara, Yang ada pula bersama gara. Selalu dipandang dilihat adanya, Tinggi rendah dijerat pangkatnya, Besar kecil ikat binanya, Terlalu kuat pula asasnya. Ikatnya licin di luar di dalam, Gelapnya di dalam seperti malam, Air tak tiris seperti kolam, Ikat tingkatnya tak nampak alam. Dipetik daripada ‘Syair Pohon Buluh’, antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia Pantun Empat Kerat (Muhibah dan Perpaduan) Petang hari pergi ke pekan, Pulang membawa sebungkus laksa; Hidup muhibah perlu diamalkan, Di negara Malaysia berbilang bangsa. Cantik bergugus buah papaya, Masak dipetik satu per satu; Walaupun berlainan bangsa budaya, Kerana muhibah hidup bersatu. Air mengalir dalam terusan, Mengairi sawah beratus relung; Bekerjasama segala urusan, Tanda bersatu bergotong-royong. Tuan Puteri dari kayangan, Senyuman manis seperti madu; Bermacam keturunan bukan halangan, Untuk membina bangsa yang padu. Enak nian air kelapa, Penawar sakit mujarab sekali; Kebudayaan asal tidak dilupa, Kebudayaan nasional mereka banggai. Koleksi Pantun Berjimat Cermat, 2007 Edu Tech Publisher BAHAN 2 (a) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2 di atas, nyatakan cara-cara untuk memupuk perpaduan kaum. [3 markah] (b) Berikan dua nilai yang terdapat dalam Bahan 1. [3 markah] (c) Semangat perpaduan dapat dipupuk melalui peranan yang dimainkan ibu bapa. Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bagi memupuk perpaduan kaum dalam kalangan anak-anak mereka? [4 markah] KBAT CONTOH
11 BM Tingkatan 1 Tema 3 Praktis 3 Novel Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1. (i) Sejambak Bakti, karya Rejab F. I (ii) Pelari Muda, karya Ghazali Ngah Azia (iii) Destinasi Impian, karya Mohd Ismail Sarbini (iv) Formula Termodinamik, karya Obasiah Haji Usman Persoalan merupakan idea kecil yang bertujuan untuk menghidupkan dan memperkukuh tema. Berdasarkan sebuah novel di atas, buktikan pernyataan tersebut dengan menghuraikan dua contoh peristiwa yang sesuai bagi persoalan seperti yang telah ditetapkan. Persoalan Kasih ibu yang tiada batasnya. Ego dan sombong merugikan diri sendiri. Pembohongan akan terbongkar akhirnya. Sikap iri hati akhirnya membawa padah. Novel Sejambak Bakti Formula Termodinamik Pelari Muda Destinasi Impian CONTOH
12 BM Tingkatan 1 Tema 3 Praktis 4 Penulisan Lihat gambar dan maklumat di bawah dengan teliti. Kemudian pilih satu daripada tiga soalan yang dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan. ZIARAH-MENZIARAHI MEMUPUK SIKAP BEKERJASAMA MENGURANGKAN KES JENAYAH SALING BERTUKAR MAKANAN RUMAH TERBUKA HARI SUKAN SEMANGAT KEJIRANAN JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT 1 Jiran sepakat membawa berkat. Namun begitu, semangat kejiranan semakin terhakis dalam kalangan masyarakat khususnya di bandar. Jelaskan punca-punca masalah ini berlaku. 2 Semangat kejiranan dalam kalangan penduduk di kawasan perumahan semakin luntur. Bincangkan langkah-langkah untuk menghidupkan kembali semangat kejiranan tersebut. 3 Anda sebagai wakil Pegawai Daerah diminta memberikan ceramah kepada penduduk kampung. Tajuk ceramah anda ialah ‘Faedah Semangat Kejiranan’. Tulis ceramah itu selengkapnya. Artikel tentang hanya kasih pada yang jauh Artikel tentang hubungan erat sesama jiran CONTOH melahirkan masyarakat berkualiti
13 Praktis 1 Sistem Bahasa Soalan 1 – 2 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 Bangunan warisan perlu kerana mempunyai nilai seni dan estetik yang tinggi. A dipelihara C diwarisi B diawasi D dipupuk 2 Karya sastera yang bermutu dapat membentuk peribadi dan meningkatkan seseorang. A daya cipta C daya gerak B daya fikir D daya tahan Soalan 3 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 3 Permainan tradisional menjadi ejen penting untuk mengeratkan silaturahim antara satu sama lain. A Untuk mengeratkan silaturahim antara satu sama lain, permainan tradisional menjadi ejen penting. B Permainan tradisional dapat mengeratkan silaturahim jika menjadi ejen antara satu sama lain. C Ejen penting permainan tradisional ialah mengeratkan silaturahim antara satu sama lain. D Silaturahim antara satu sama lain ialah ejen penting dalam permainan tradisional. Soalan 4 Pilih maksud peribahasa yang paling sesuai. 4 Biar mati anak, jangan mati adat. Maksud peribahasa di atas ialah A adat resam tidak boleh dilanggar. B sesuatu yang tetap utuh, tidak berubahubah. C sukar menyelesaikan tugas yang tidak dibuat dengan betul. D kita harus mematuhi peraturan atau budaya di sesuatu tempat. Soalan 5 – 6 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 5 Permainan tradisional semakin lama semakin tidak mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. A makin lama semakin tidak dapat B semakin lama makin tidak mendapat C semakin lama semakin tidak mendapatkan D semakin lama semakin tidak mendapat 6 Persatuan Silat akan dibentuk bagi galakkan para murid cintai seni pertahanan diri dan memeliharanya daripada pupus ditelan zaman. A menggalak para murid cintai B menggalakkan para murid cintai C menggalakkan para murid mencintai D galakkan para murid cintai Soalan 7 Pilih ayat-ayat yang betul. 7 I Makin dewasa, makin terserlah keayuan gadis Kadazan itu pada mata Amin. II Jamilah memilih sepasang baju kebaya yang amat cantik untuk menghadiri majlis anugerah di syarikatnya. III Banyak terdapat bangunan bersejarah yang menjadi tumpuan pelancong di Melaka. IV Semua kaum-kaum mempunyai budaya dan tradisi masing-masing. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja Tema 4 Seni Bersendikan Budaya CONTOH
14 BM Tingkatan 1 Tema 4 Praktis 2 Pemahaman Petikan Baca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. Soalan 1 – 4 berdasarkan bahan di bawah. “Kalau macam tu, Zah pun boleh buat sendiri hadiah untuk Cikgu Zaleha,” kata emak memujuk. “Macam mana?” “Menganyam.” “Anyam apa?” “Raga, bakul atau tudung saji kecil buat hiasan di dalam rumah. Cikgu Zaleha itu perempuan, tentu dia gemar menyimpan hasil-hasil kerja tangan, tambahan pula daripada muridnya yang paling disayangi,” kata emak lagi. Kali ini lebih bersungguh-sungguh memberikan cadangan. Azizah terdiam. Di hatinya terfikir juga akan kebenaran kata-kata emaknya. “Modalnya?” tanya Azizah, hampir menyetujui cadangan yang diberikan oleh emaknya. “Modalnya tak mahal, cuma perlu beli pewarna. Dua botol pewarna harganya seringgit. Kalau nak buat raga, gunakan tiga warna.” “Kalau buat tudung saji, berapa warna, mak?” tanya Azizah, tertarik. “Tiga warna pun boleh.” “Zah ada seringgit lapan puluh sen. Mak bagi dua puluh sen, ya? Zah nak buat tudung saji yang paling cantik untuk Cikgu Zaleha. Kalau cukup duit, Zah nak buat tudung saji dalam empat warna. Tentu cantik, kan mak?” kata Azizah dengan riang dan yakin. Emak tersenyum puas hati kerana dapat menyelesaikan masalah anaknya itu. Dipetik daripada cerpen ʻHadiah (... atas kejayaan para guru menghasilkan Aku)ʼ, antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia Info KOMSAS – Pengajaran Perutusan yang ingin disampaikan oleh pengarang kepada pembaca. 1 Berdasarkan petikan cerpen di atas, mengapakah emak Azizah mencadangkan Azizah membuat sendiri hadiah untuk Cikgu Zaleha? A Emak Azizah berpendapat bahawa Cikgu Zaleha yang merupakan seorang perempuan tentu gemar menyimpan hasilhasil kerja tangan. B Emak Azizah tidak mahu Azizah menghabiskan wang yang banyak untuk membeli hadiah untuk gurunya. C Emak Azizah mahu Azizah menghadiahkan sesuatu yang istimewa untuk gurunya. D Emak Azizah boleh mengajarkan cara menganyam bakul kepada Azizah. 2 Perwatakan emak Azizah yang digambarkan dalam petikan adalah seperti berikut, kecuali A prihatin. B penyayang. C gigih berusaha. D bijak menyelesaikan masalah anaknya. 3 Apakah pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan cerpen? A Kita perlu memberikan hadiah kepada guru sempena sambutan Hari Guru. B Kita hendaklah menghargai jasa dan pengorbanan guru. C Kita hendaklah berjimat cermat dengan menabung. D Kita perlu mengembangkan potensi diri sendiri. 4 Cerpen Hadiah (… atas kejayaan para guru menghasilkan Aku) membawa tema A keyakinan terhadap bakat yang dimiliki. B kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. C kegigihan dan kecekalan akan membuahkan kejayaan. D kepatuhan dan kesetiaan seorang anak CONTOH terhadap ibunya.
15 BM Tingkatan 1 Tema 4 Praktis 3 Sistem Bahasa 1 Dalam setiap bahan di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. (i) Tarian Ngajat sangat popular dalam kalangan orang Iban di Sarawak. Tarian Ngajat dipersembahkan dalam sambutan Hari Gawai sebagai symbol kesyukuran. (iii) Ambuyat diperbuat daripada sagu rumbia dan amat terkenal di Sabah, Labuan, dan Sarawak. Pada kebiasaannya, ambuyat dimakan bersama-sama sebagai hidangan makan tengahari bagi menggantikan nasi. (ii) Tarian Ngajat dipersembahkan dengan alunan pelbagai jenis peralatan musik tradisi seperti gong, gendang, tawak, bebendai, engkurumong, dan sape. (i) (ii) (iii) 2 Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Batu seremban adalah sejenis permainan tradisional yang digemari oleh kanak-kanak perempuan. (ii) Adat dan budaya tradisi yang baik wajar dipertahankan, dijaga, dan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi yang lain. CONTOH
16 BM Tingkatan 1 Tema 4 Praktis 4 Penulisan Lihat gambar dan maklumat di bawah dengan teliti. Kemudian pilih satu daripada tiga soalan yang dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan. PERMAINAN TRADISIONAL ✐ Warisan pusaka dan lambang identiti Warisan pusaka dan lambang identiti negara ✐ Mengisi masa lapang Mengisi masa lapang ✐ Mengeratkan silaturahim Mengeratkan silaturahim ✐ Menajamkan fikiran ✐ Permainan anjung Permainan anjung ✐ Permainan laman Permainan laman ✐ Menjanakan sumber ekonomi melalui Menjanakan sumber ekonomi melalui pelancongan 1 Anda telah menyertai pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Permainan sekolah anda. Tajuk syarahan anda ialah ‘Usaha-usaha Menarik Minat Masyarakat terhadap Permainan Tradisional’. Tulis teks syarahan anda selengkapnya. 2 Berikan pendapat anda tentang langkah memelihara permainan tradisional di negara kita. 3 Huraikan manfaat permainan tradisional berbanding permainan moden masa ini. Artikel tentang permainan tradisional jangan dilupakan CONTOH Artikel tentang lupakan gajet buat seketika
17 Praktis 1 Sistem Bahasa Soalan 1 – 3 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 Media massa memainkan peranan penting untuk menyuburkan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. A dan C kerana B dengan D antara 2 Selain mempertahankan negara, Angkatan Tentera Malaysia juga menghulurkan bantuan masyarakat. A pada C kepada B daripada D ke 3 Para sanggup berkorban demi negara Malaysia yang tercinta. A ilmuwan C usahawan B perajurit D sukarelawan Soalan 4 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 4 Generasi muda perlu memupuk dan menyemaikan budaya kesukarelawan agar mereka mampu tampil menghulurkan bantuan apabila diperlukan. A Budaya kesukarelawan perlu dipupuk dan disemaikan oleh generasi muda agar mereka mampu tampil menghulurkan bantuan apabila diperlukan. B Generasi muda telah menghulurkan bantuan untuk memupuk dan menyemaikan budaya kesukarelawan. C Generasi muda memberikan bantuan yang diperlukan supaya budaya kesukarelawan boleh dipupuk dan disemaikan. D Budaya kesukarelawanan perlu dipupuk dan disemai oleh mereka ketika memberikan bantuan. Soalan 5 – 6 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 5 Usaha pembentukan akal dan sahsiah yang terpuji dalam kalangan remaja memerlukan komitmen yang tinggi oleh remaja itu sendiri. A perlukan komitmen yang tinggi oleh remaja B memerlukan komitmen yang tinggi dari remaja C memerlukan komitmen yang tinggi daripada remaja D memerlukan komitmen yang tinggi oleh remaja 6 Semua murid-murid yang menyertai Kem Jati Diri dikehendaki berkumpul di padang sekolah. A Semua murid B Setiap murid-murid C Semua orang murid D Semua murid-murid Soalan 7 Pilih ayat-ayat yang betul. 8 I Remaja unggul adalah remaja yang mempunyai personaliti yang matang. II Remaja memerlukan bimbingan dan perancangan terarah untuk mereka melaksanakan aktiviti berfaedah. III Golongan remaja mampu memberikan sumbangan kepada negara. IV Remaja perlu sedar bahawa mereka ialah aset yang amat bernilai untuk negara. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja Tema 5 Jati Diri dan Kewarganegaraan CONTOH
18 BM Tingkatan 1 Tema 5 Praktis 2 Pemahaman Petikan Baca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. Soalan 1 – 4 berdasarkan bahan di bawah. DATUK PENGHULU : Begini, Pak Mail. Encik Musa datang ke sini kerana ada tugas. PAK MAIL : Oh, begitu! Apa halnya, Encik Musa? ENCIK MUSA : Begini, Pak Mail. Saya datang ini untuk menyampaikan penghargaan negara kepada keluarga Pak Mail kerana kematian Sarjan Akhbar semasa bertempur di sempadan dahulu. Kami bersimpati benar dengan keluarga Pak Mail, terutamanya kepada Puan Fauziah dan dua orang anaknya. PAK MAIL : Terima kasihlah, Encik Musa. Kami memanglah sedang menghadapi masalah sekarang ini, terutamanya dalam hal persekolahan Hayati. Hari ini dia pulang dari asrama. ENCIK MUSA : Mengapa begitu, Pak Mail? PAK MAIL : Masalah belanja, Encik Musa. Nampaknya saya terpaksa mencari satu punca tetap untuk membantu persekolahannya. Saya sudah pun memberitahu Tuk Penghulu akan hal ini. DATUK PENGHULU : Betul, Encik Musa. Saya akan berikhtiar untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh Pak Mail sekarang. Pak Mail tentu tidak dapat mengharapkan pencen bulanannya yang sedikit itu untuk menyara keluarga. PAK MAIL : Betul, Tuk. ENCIK MUSA : Begini, Pak Mail. Kedatangan saya ini juga untuk menyampaikan sekeping cek yang bernilai sepuluh ribu ringgit untuk Puan Fauziah. Di manakah Puan Fauziah sekarang, Pak Mail? Dipetik daripada drama ‘Hadiah’, antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia Info KOMSAS – Perwatakan Perwatakan ialah sifat-sifat yang digambarkan oleh pengarang pada watak yang diwujudkan dalam karya. 1 Encik Musa datang ke rumah Pak Mail kerana beliau A ingin menyampaikan sekeping cek yang bernilai sepuluh ribu ringgit untuk Puan Fauziah. B bimbang akan Puan Fauziah dan dua orang anaknya selepas kematian Sarjan Akhbar. C ingin menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarga Pak Mail. D berasa simpati terhadap kematian Sarjan Akhbar. 2 Berdasarkan petikan drama, yang berikut merupakan perwatakan Pak Mail, kecuali A bertanggungjawab. B berbelas kasihan. C berbudi bahasa. D gigih berusaha. 3 Apakah pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan drama? A Kita hendaklah reda dengan ketentuan Tuhan. B Kita hendaklah taat akan perintah ibu bapa. C Kita haruslah cinta akan bangsa dan negara dengan sepenuh hati. D Kita hendaklah menghargai jasa individu yang telah berkorban demi bangsa dan negara. 4 Apakah masalah yang dihadapi oleh Pak Mail? A Kematian Sarjan Akhbar menyebabkan Pak Mail terpaksa menggunakan pencen bulanannya yang sedikit itu untuk menyara keluarga anaknya, Fauziah. B Anak Pak Mail, Fauziah menghadapi kesempitan hidup selepas kematian suaminya, Sarjan Akhbar. C Cucu Pak Mail, Hayati menghadapi masalah dalam hal persekolahan. D Pak Mail kehilangan seorang menantu yang amat dikasihinya. CONTOH
19 BM Tingkatan 1 Tema 5 Praktis 3 Novel Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1. (i) Sejambak Bakti, karya Rejab F. I (ii) Pelari Muda, karya Ghazali Ngah Azia (iii) Destinasi Impian, karya Mohd Ismail Sarbini (iv) Formula Termodinamik, karya Obasiah Haji Usman Watak utama yang terdapat dalam sesebuah novel penting dalam kelangsungan penceritaan. Berdasarkan sebuah novel di atas, huraikan tiga perwatakan bagi watak utama yang boleh diteladani oleh pembaca. Sejambak Bakti Watak utama Razali Pelari Muda Watak utama Kamarul Destinasi Impian Watak utama Johari Formula Termodinamik Watak utama Amir CONTOH
20 BM Tingkatan 1 Tema 5 Praktis 4 Pemahaman Petikan Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. BAHAN 1 ENCIK MUSA : Begini, Puan Fauziah. Kami datang untuk menyampaikan sekeping cek bantuan untuk keluarga puan. (Bangun untuk menyampaikan cek itu). Jadi terimalah cek ini. (Mengunjukkan sekeping cek). FAUZIAH : (Sambil menerima) Terima kasih, encik. (Mengesat air matanya). ENCIK MUSA : Nampaknya tugas kami dah selesai. Kami minta diri dulu, Pak Mail. PAK MAIL : Terima kasih, Encik Musa, Tuk. Bantuan ini amat besar ertinya kepada kami sekeluarga. ENCIK MUSA : Saya harap wang itu dapat membantu persekolahan anak-anak Allahyarham. Allahyarham telah berjasa kepada negara, jadi sewajarnyalah keluarga beliau mendapat penghargaan. DATUK PENGHULU : Kami balik dululah, Pak Mail. PAK MAIL : Baiklah, Tuk. Terima kasih banyak-banyak. Dipetik daripada drama ‘Hadiah’, antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia BAHAN 2 CONTOH
CONTOH