i TEMA 1 Kesihatan dan Kebersihan Praktis 1 Sistem Bahasa 1 Praktis 2 Sistem Bahasa 2 Praktis 3 Pemahaman Petikan 3 Praktis 4 Pemindahan Maklumat 4 TEMA 2 Menimba Ilmu Praktis 1 Sistem Bahasa 5 Praktis 2 Sistem Bahasa 6 Praktis 3 Pemahaman Petikan 7 Praktis 4 Pemindahan Maklumat 9 TEMA 3 Kerjaya ke Mercu Impian Praktis 1 Sistem Bahasa 10 Praktis 2 Pemahaman Petikan 11 Praktis 3 Novel 12 TEMA 4 Integriti Amalan Kita Praktis 1 Sistem Bahasa 13 Praktis 2 Pemahaman Petikan 14 Praktis 3 Pemahaman Petikan 15 Praktis 4 Penulisan 17 TEMA 5 Bahasa dan Sastera Praktis 1 Sistem Bahasa 18 Praktis 2 Pemahaman Petikan 19 Praktis 3 Novel 20 Praktis 4 Pemindahan Maklumat 21 TEMA 6 Teladani Sejarah Hargai Warisan Praktis 1 Sistem Bahasa 22 Praktis 2 Sistem Bahasa 23 Praktis 3 Novel 23 Praktis 4 Penulisan 24 TEMA 7 Indah Seni Gah Budaya Praktis 1 Sistem Bahasa 25 Praktis 2 Pemahaman Petikan 26 Praktis 3 Sistem Bahasa 27 Praktis 4 Pemindahan Maklumat 28 TEMA 8 Utamakan Keselamatan Praktis 1 Sistem Bahasa 29 Praktis 2 Sistem Bahasa 30 Praktis 3 Novel 31 Praktis 4 Penulisan 32 TEMA 9 Sukan dan Rekreasi Praktis 1 Sistem Bahasa 33 Praktis 2 Pemahaman Petikan 34 Praktis 3 Penulisan 35 TEMA 10 Selamat Datang ke Malaysia Praktis 1 Sistem Bahasa 36 Praktis 2 Pemahaman Petikan 37 Praktis 3 Sistem Bahasa 38 Praktis 4 Novel 39 Kandungan CONTOH
ii TEMA 11 Perpaduan Praktis 1 Sistem Bahasa 40 Praktis 2 Pemahaman Petikan 41 Praktis 3 Sistem Bahasa 42 Praktis 4 Penulisan 43 TEMA 12 Negaraku Jati Diriku Praktis 1 Sistem Bahasa 44 Praktis 2 Pemahaman Petikan 45 Praktis 3 Sistem Bahasa 46 Praktis 4 Penulisan 47 Praktis 5 Penulisan 48 TEMA 13 Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan Praktis 1 Sistem Bahasa 45 Praktis 2 Pemahaman Petikan 50 Praktis 3 Sistem Bahasa 51 Praktis 4 Penulisan 52 TEMA 14 Berbudi kepada Alam Praktis 1 Sistem Bahasa 53 Praktis 2 Pemahaman Petikan 54 Praktis 3 Penulisan 55 TEMA 15 Sains, Teknologi dan Inovasi Praktis 1 Sistem Bahasa 56 Praktis 2 Pemahaman Petikan 57 Praktis 3 Penulisan 58 TEMA 16 Pelestarian Alam Praktis 1 Sistem Bahasa 59 Praktis 2 Pemahaman Petikan 60 Praktis 3 Penulisan 61 TEMA 17 Era Baharu Industri Praktis 1 Sistem Bahasa 62 Praktis 2 Novel 63 Praktis 3 Penulisan 64 TEMA 18 Pentadbiran dan Politik Praktis 1 Sistem Bahasa 65 Praktis 2 Pemahaman Petikan 66 Ujian Akhir Sesi Akademik 68 Jawapan CONTOH
1 Praktis 1 Sistem Bahasa Soalan 1 – 2 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 Emak menutup makanan dengan tudung saji agar tidak lalat. A dirayapi C dibanjiri B dihinggapi D dikelilingi 2 Kesedaran awal punca dan tanda kemurungan berupaya mencegah dan merawat masalah ini daripada semakin melarat. A akan C terhadap B tentang D daripada Soalan 3 – 4 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 3 I Semua kenderaan diminta memberi lalu kepada peserta-peserta yang terlibat dalam acara merentas desa itu. II Khatijah tidak lalu makan sejak menghidap penyakit kronik. III Peristiwa yang lalu jangan dikenang lagi. IV Aisyah mengutip sampah lalu dibuang ke dalam tong sampah. A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja 4 I Dia berjalan perlahan-lahan kerana habis tenaga. II Separuh daripada wang sakunya habis untuk membeli makanan kegemarannya. III Sarapan yang dihidangkan di atas meja itu habis dimakan oleh adik. IV Makanan perlu dimasak dengan sempurna agar semua kuman habis mati. A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 5 Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 5 Puan Suhaida membawa untuk anaknya segelas susu sebagai hidangan sarapan pagi. A membawa anaknya segelas susu B membawakan anaknya segelas susu C dibawakan segelas susu untuk anaknya D membawa untuk anaknya segelas susu Soalan 6 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 6 Kes keracunan makanan di sekolah yang disebabkan oleh kaedah penyediaan makanan yang tidak bersih semakin meningkat dari tahun ke tahun. A Dari setahun ke setahun, kes keracunan makanan di sekolah semakin meningkat. B Kes keracunan makanan akibat makanan yang tidak bersih meningkat dari setahun ke setahun. C Peningkatan kes keracunan makanan disebabkan oleh cara penyediaan makanan yang tidak bersih. D Penyediaan makanan yang tidak bersih menyebabkan kes keracunan makanan dalam kalangan murid di sekolah meningkat dari setahun ke setahun. Soalan 7 Pilih peribahasa yang paling sesuai. 7 Amalan pengambilan makanan yang sihat seharusnya dipupuk sejak peringkat awal usia kanak-kanak. Hal ini demikian kerana A serampang dua mata. B melentur buluh biarlah dari rebungnya. C ke manakah tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? D sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Tema 1 Kesihatan dan Kebersihan CONTOH
2 BM Tingkatan 2 Tema 1 Praktis 2 Sistem Bahasa 1 Dalam bahan di bawah, terdapat kesalahan-kesalahan ejaan. Kenal pasti dua kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Petua untuk Menjamin Makanan Selamat Cuci dengan bersih peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan 1 Basuh tangan anda sebelum dan selepas menyediakan makanan 2 Lindungi kawasan dapur dan makanan daripada dicemari oleh serangga, tikus, makhluk perusak dan haiwan lain 3 Pastikan makanan dimasak dengan sempurna terutamanya daging, hasil ayam dan telor 4 (i) (ii) 2 Baca arahan dengan teliti dan jawab semua soalan yang diberikan. Nyatakan jenis-jenis ayat di bawah sama ada ayat penyata, ayat seruan, ayat perintah atau ayat tanya. Kemudian, tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. (i) Objektif kem kesihatan ini adalah untuk menerap gaya hidup sihat. (ii) Minum air secukupnya. (iii) Apakah manfaat makan sayur-sayuran? (iv) Wah, banyak kelebihan menjaga kesihatan dan kebersihan diri! (v) Kita perlu menjaga kebersihan diri, pakaian dan persekitaran agar hidup sihat. (vi) Cuci tangan dengan sabun dan air yang bersih. CONTOH
3 BM Tingkatan 2 Tema 1 Praktis 3 Pemahaman Petikan Baca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. Soalan 1 – 5 berdasarkan bahan di bawah. PANTUN ALAM REMAJA 1 Elok rupanya kumbang jati, Dibawa itik pulang petang; Tidak terkatakan besar hati, Melihat ibu sudah pulang. 2 Dibawa itik pulang petang, Dapat di rumput bilang-bilang; Melihat ibu sudah pulang, Hati cemas menjadi hilang. 3 Ayam kinantan terbang mengekas, Hinggap di ranting bilang-bilang; Melihat bonda pulang lekas, Hatiku besar bukan kepalang. 4 Kita menari keluar bilik, Sebarang tari kita tarikan; Kita menyanyi adik-beradik, Sebarang nyanyi kita nyanyikan. 5 Hanyut batang berlilit kumpai, Terdampar di ujung Tanjung Jati; Bonda pulang bapa pun sampai, Kita semua berbesar hati. 6 Ramai orang bersorak-sorak, Menepuk gendang dengan rebana; Alang besarnya hati awak, Mendapat baju dengan celana. 7 Mahulah kami hendak melapun, Lapun dibawa orang menjaja; Jangan marah kami berpantun, Budak kecil biasa manja. Dipetik daripada ‘Pantun Alam Remaja’, antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Kementerian Pendidikan Malaysia 1 Antara yang berikut, yang manakah ialah antonim bagi besar hati? A Bangga B Gembira C Sukacita D Dukacita 2 Sebarang tari kita tarikan Unsur gaya bahasa yang terdapat dalam baris pantun di atas ialah A inversi. B simile. C anafora. D epifora. 3 Berdasarkan rangkap pertama pantun di atas, mengapakah anak-anak berasa gembira? A Anak-anak melihat ibu sudah pulang. B Anak-anak dapat menyanyi bersama-sama. C Anak-anak menunggu kepulangan ibu dan ayah. D Anak-anak menerima baju dan seluar daripada ibu. 4 Berdasarkan rangkap keempat Pantun Alam Remaja, antara perkara berikut yang manakah dilakukan oleh adik-beradik tersebut? A Adik menari keluar dari bilik. B Abang menari keluar dari bilik. C Adik menyanyi dan abang menari. D Menari dan menyanyikan lagu bersamasama. 5 Apakah mesej yang ingin diungkapkan melalui rangkap terakhir pantun? A Ibu bapa hendaklah mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak. B Anak-anak harus dimanjakan oleh ibu bapa. C Adik-beradik harus saling mengasihi. D Anak kecil memang suka bermanja. Info KOMSAS – Gaya Bahasa Repetisi – terbahagi kepada tiga: • Anafora – pengulangan kata pada awal ayat • Responsi – pengulangan kata pada tengah ayat • Epifora – pengulangan kata pada akhir kata CONTOH
4 BM Tingkatan 2 Tema 1 Praktis 4 Pemindahan Maklumat (Rumusan) Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Amalan mandi merupakan suatu amalan yang sangat penting dalam kehidupan. Pada setiap hari, banyak kotoran dan bakteria halus yang sukar kita lihat hinggap pada kulit dan bulu halus di tubuh kita. Hal inilah yang mewajibkan kita menjaga kebersihan dengan mandi sekerap yang mungkin. Mandi bukan sahaja dapat menyegarkan badan, malah dapat menghilangkan kotoran atau daki yang semakin menebal dan melekat pada badan. Dari sudut saintifik pula, mandi juga memainkan peranan dalam meningkatkan sistem imun badan. Beberapa kajian menunjukkan bahawa mandi dapat membantu penghidap kencing manis menurunkan paras gula dalam badan. Apabila seseorang itu berendam dalam air yang hangat selama setengah jam, paras gula dalam darah dapat diturunkan sekitar 13 peratus manakala sekiranya berendam selama 10 minit pula dapat membaiki kesihatan jantung. Mandi air panas sekitar 20 hingga 34 darjah Celsius dapat membuka liang roma untuk mengeluarkan toksik daripada badan. Mandi dengan air sejuk pula dapat menghilangkan stres dan meredakan ketegangan. Cara ini berlawanan dengan amalan mandi air panas kerana salur darah menjadi sempit dan meningkatkan aras gula dalam darah. Oleh itu, penghidap kencing manis tidak digalakkan mandi air sejuk. Sebagai remaja yang aktif bersukan, bermain, berekreasi, dan berjalan ke sana sini bersama-sama rakan, mereka perlulah rajin membersihkan diri. Selain dapat menjaga kebersihan diri, kita juga akan berasa lebih yakin dan gembira bersama-sama keluarga dan rakan. • hinggap – melekat • imun – terlindung daripada sesuatu penyakit tertentu kerana ada antibodi • berendam – berada di dalam air • stres – tekanan Kuasai Kosa Kata CONTOH
5 Praktis 1 Sistem Bahasa Soalan 1 – 2 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 Nek Sinah mengajarkan cucunya cara kelongsong ketupat. A melipat B menekat C menenun D menganyam 2 Murid perlu perhatian dalam pelajaran dan terus menimba ilmu untuk menaik taraf kehidupan diri dan masyarakat. A menekankan B menumpukan C meningkatkan D menggandakan Soalan 3 – 5 Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu megandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 3 Murid-murid disarankan menimba ilmu selagi ada kesempatan untuk berbuat demikian demi untuk masa depan mereka. A demi masa depan B masa depan demi C demi pada masa depan D demi untuk masa depan 4 Pelbagai bahan-bahan bacaan yang sesuai harus disediakan oleh ibu bapa untuk memupuk minat membaca anak-anak mereka. A Pelbagai bahan bacaan B Berbagai bahan-bahan bacaan C Berbagai-bagai bahan-bahan bacaan D Pelbagai bahan-bahan bacaan 5 Kem Cemerlang Akademik itu mampu meningkatkan keupayaan dan kemahiran menjawab soalan dengan sasaran mencapai keputusan cemerlang di dalam peperiksaan. A capai keputusan cemerlang di dalam peperiksaan B mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan C tercapai keputusan cemerlang di dalam peperiksaan D mencapai keputusan cemerlang di dalam peperiksaan Soalan 6 – 7 Pilih peribahasa yang paling sesuai. 6 Seseorang yang berusaha bersungguhsungguh akan memperoleh ilmu yang dipelajari kerana . A ada gula ada semut B usaha tangga kejayaan C malas bergarit perut perit D di mana ada kemahuan, di situ ada jalan 7 Kita perlu rajin menuntut ilmu kerana . A ilmu pelita hidup B alah bisa, tegal biasa C sambil menyelam minum air D kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya Tema 2 Menimba Ilmu CONTOH
6 BM Tingkatan 2 Tema 2 Praktis 2 Sistem Bahasa 1 Dalam bahan di bawah, terdapat kesalahan-kesalahan ejaan. Kenal pasti tiga kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Kempen Galakkan Membaca 10 minute JOM MEMBACA • Memperkukuh dan meningkatkan budaya membaca dalam kalangan rakyat serta menzahirkan hasrat untuk menjadikan negara sebagai sebuah negara yang berbudaya membaca. • Membentok masyarakat ilmu bertaraf dunia dengan tumpuan membaca untuk pengetahuan dan pembudayaan amalan membaca. (i) (ii) (iii) 2 Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Kanak-kanak hari ini lebih cenderung menghabiskan masa menggunakan komputer, tablet atau telefon di waktu lapang sehingga mengabaikan perkara lain. (ii) Pakar motivasi tersebut berkongsi beberapa tip yang boleh ibu bapa lakukan bagi menggalakkan anak-anak membaca. CONTOH
7 BM Tingkatan 2 Tema 2 Praktis 3 Pemahaman Petikan Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. BAHAN 1 Info KOMSAS – Nilai Murni Sesuatu perbuatan atau tingkah laku yang baik dan terpuji dalam diri watak. 1 Tamatlah kitab dikarang orang, akalnya pendek ilmunya kurang, daripada sangat hajatku gerang, diperbuat juga sebarang-barang. 2 Melepaskan hati yang terbuku, pengajaran kepada sekalian anakku, mudah-mudahan betul tingkah dan laku, perangai yang baik biar terpaku. 3 Dengarkan tuan ayahanda berperi, kepada anakanda muda bestari, nasihat kebajikan ayahanda beri, amalkan jangan malas dan ngeri. 4 Ayuhai anakanda muda remaja, jika anakanda menjadi raja, hati yang betul hendak disahaja, serta rajin pada bekerja. 5 Kerja kebajikan janganlah malas, zahir dan batin janganlah culas, jernihkan hati hendaklah ikhlas, seperti air di dalam gelas. 6 Menuntut ilmu janganlah segan, ilmu yang benar jangan yang bukan, iaitu ilmu yang kebajikan, di kitab ini sudah disebutkan. 7 Hendaklah anakanda mengaji selalu, dari yang lain lebihkan dulu, had syarak jangan dilalu, tidaklah anakanda beroleh malu. 8 Segala perbuatan dengan berilmu, maka kebajikan boleh bertemu, jika sebarang-barang diramu, akhirnya anakanda jatuh tersemu. 9 Ilmu itu besar faedahnya, membezakan hak dengan batilnya, mengetahui rakyat benar salahnya, supaya dihukumkan dengan adilnya. 10 Jika ilmu tidak diendah, sebab anakanda capak permudah, rakyat datang membawa gundah, anakanda tercengang tunduk tengadah. 11 Hendak menghukumkan tiada tahu, hendak diam hati tak mahu, berpeluk tubuh tangan ke bahu, mengeluh mengucap mengata Allahu. 12 Terkadang duduk mendiamkan diri, sepatah tidak mengeluarkan peri, penat duduk bangkit berdiri, lalu masuk ke dalam puri. 13 Orang berdakwa duduk menanti, serta dengan bersakit hati, hairan takjub tidak mengerti, sebab bicaranya belum pasti. 14 Terkadang dihukumkan dengan biladah, bukannya syarak bukannya ‘adah, ambil lekas jalan yang mudah, supaya jangan berhati gundah. 15 Jika demikian apa jadinya, hukum tak betul dengan jalannya, di hadapan majlis diterimanya, di belakang kelak diumpatnya. 16 Jika yang benar kita hukumkan, di belakang jangan kita hiraukan, umpat dan puji kita biarkan, kepada Allah kita syaksikan. 17 Jika anakanda jadi menteri, orang berilmu anakanda hampiri, lawan mesyuarat lawan berperi, supaya pekerjaan jadi ugahari. 18 Hendaklah periksa adabnya wazir, di dalam kitab sudah terukir, hendaklah jauhkan pekerjaan mungkir, supaya jangan jadi tergelincir. Dipetik daripada ‘Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah)’, antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Kementerian Pendidikan Malaysia CONTOH
8 BM Tingkatan 2 Tema 2 BAHAN 2 Daun pintu kayu meranti, Ditukang teman di petang redup; Ilmu itu pelita hati, Penyuluh jalan panduan hidup. Duduk di titi ketika bertemu, Pada waktu bulan mengambang; Jangan berhenti mencari ilmu, Kerana ilmu selalu berkembang. Parut kelapa buah melaka, Lalu digulung kuih ketayap; Ilmu jika tidak diteroka, Umpama burung tidak bersayap. Mengait kuini untuk berjamu, Simpan seraga di dalam almari; Alam ini jendela ilmu, Banyak perkara kita pelajari. Pohon mengkudu tanam sejajar, Reput dahan kerana dedalu; Pengalaman memandu kita belajar, Daripada kesalahan masa lalu. Merenung bulan jauh berangan, Hajat bertemu di Danau Toba; Jauh berjalan luas pandangan, Banyak ilmu boleh ditimba. Dipetik daripada Pantun Menuntut Ilmu, Amir Naim, Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 2, KSSM (a) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, apakah kebaikan ilmu? [3 markah] (b) Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam Bahan 1 dan Bahan 2. [3 markah] (c) Pelbagai ilmu pengetahuan dan maklumat baharu dapat ditemui melalui tabiat membaca. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh pihak sekolah untuk memupuk minat membaca dalam kalangan murid? [4 markah] Strategi Menjawab Soalan (a) Soalan 1 – Soalan berdasarkan petikan Murid perlu memahami tema dan persoalan yang terdapat dalam Bahan 1 dan Bahan 2. (b) Soalan 2 – Soalan berdasarkan komponen sastera Murid perlu mencari persamaan nilai yang terdapat dalam kedua-dua bahan tersebut. (c) Soalan 3 – Soalan berdasarkan kemahiran berfikir Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) memerlukan murid memberikan jawapan sendiri (di luar petikan/ pendapat yang logik). KBAT CONTOH
9 BM Tingkatan 2 Tema 2 Praktis 4 Pemindahan Maklumat (Rumusan) Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangnya hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Membaca merupakan satu bentuk perlakuan yang terbit daripada sikap yang positif terhadap ilmu pengetahuan. Perlakuan dan sikap positif terhadap pembacaan hanya dapat tumbuh dalam persekitaran sosial terutama keluarga dan rumah tangga yang memberi penilaian tinggi kepada kegiatan membaca dan intelektual lain. Membaca banyak memberikan manfaat. Membaca merupakan satu keperluan dan cara yang paling mudah untuk seseorang individu mengetahui apaapa sahaja yang terdapat di muka bumi ini melalui pelbagai bentuk dan cara sama ada melalui bentuk cetak atau dalam talian. Membaca penting untuk seseorang itu ¹menimba ilmu pengetahuan dan memperoleh maklumat. Mereka juga ²dapat menguasai dan memahami kosa kata dengan lebih mendalam. Melalui pembacaan, kita ³boleh meneroka dunia tanpa sempadan. Melalui pengalaman dan kajian yang telah diterbitkan, kita boleh menjelajah ke bulan untuk mengetahui segala ilmu yang ingin kita miliki. Kita tetap perlu membaca pada zaman teknologi maklumat kerana dengan cara ini sahaja kita ⁴dapat memahami pemikiran, teknologi, cara hidup, dan kekuatan bangsa lain di seluruh dunia. Membaca ⁵boleh mengembangkan daya imaginasi, meningkatkan pengetahuan tentang perkataan, dan memperoleh ilmu pengetahuan. Membaca ⁶meningkatkan minda dan menyediakan ilmu pengetahuan dan intelektual seseorang untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan. Pelajar yang gemar membaca secara tidak langsung ⁷pencapaian akademiknya akan lebih cemerlang. Pelajar yang kurang membaca akan menghadapi masalah ketandusan kosa kata untuk membina ayat bagi mengungkapkan idea. Membaca juga dapat membantu seseorang melatih mindanya untuk berfikir secara kritis, kreatif, dan positif. Mereka akan lebih cekap berfikir dan ⁸dapat menjanakan idea untuk membuat keputusan. Mereka yang memiliki minat pembacaan yang tinggi ⁹lebih menguasai bidang penulisan. Kalau tidak pun mereka ¹⁰dapat mengisi masa lapang dengan lebih berfaedah. Oleh hal yang demikian, pemilihan bahan bacaan tidak kurang pentingnya. Justeru, pelbagai usaha perlulah dilakukan agar pembacaan menjadi isu budaya. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Perjalanan ke Hujung Dunia dengan Membaca’ oleh Kamal Sujak, Dewan Siswa, Disember 2015 • tumbuh – terbit, terjadi, timbul • intelektual – cerdik pandai • meneroka – menyelidiki untuk mengetahui sesuatu • cabaran – sesuatu yang menguji kemampuan dan ketabahan seseorang Kuasai Kosa Kata Petikan membincangkan manfaat membaca. Antara manfaat membaca ialah (1) . Selain itu, dengan membaca kita dapat (2) . Tambahan pula, membaca membolehkan kita (3) . Seterusnya, membaca (4) untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan. Pencapaian akademik juga akan (5) . Di samping itu, membaca dapat (6) . Akhir sekali, masa lapang (7) melalui membaca. Konklusinya, amalan membaca harus dijadikan tabiat agar masyarakat yang celik ilmu dapat dilahirkan. CONTOH
10 BM Tingkatan 2 Tema 3 Praktis 1 Sistem Bahasa Soalan 1 – 2 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 Shida berhasrat untuk bidang perubatan sekembalinya ke tanah air pada bulan hadapan. A menduduki C menyelami B mendalami D menelaah 2 Syahid menjadi jurujual di sebuah pasar raya menunggu keputusan peperiksaan SPM. A sambil C apabila B kerana D sementara Soalan 3 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 3 Ismail membuka sebuah bengkel membaiki basikal di tanah pusaka dengan berbekalkan sedikit modal. A Dengan berbekalkan sedikit modal, Ismail membuka sebuah bengkel membaiki basikal di tanah pusaka. B Sebuah bengkel membaiki basikal dibuka oleh Ismail tanpa modal di tanah pusaka. C Ismail menggunakan sedikit modal untuk membaiki bengkel basikalnya. D Ismail membaiki basikal di tanah pusaka dengan berbekalkan sedikit modal. Soalan 4 – 5 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 4 “Masalah kekurangan tenaga mahir di syarikat ini dapat akan kita atasi,” kata pengurus. A dapat mengatasi kita B akan dapat kita atasi C akan dapat kita mengatasi D dapat akan kita atasi 5 Strategi baharu yang lebih menyeluruh kerajaan akan lancarkan supaya bilangan tenaga kerja mahir dapat ditingkatkan. A akan lancarkan kerajaan B akan kerajaan lancarkan C akan dilancarkan oleh kerajaan D kerajaan akan lancarkan Soalan 6 Pilih ayat-ayat yang betul. 6 I Semua orang pasti mempunyai sebuah citacita. II Saya meminati bidang perakaunan dari sejak kecil lagi. III Pelajar boleh bekerja sambilan pada masa cuti persekolahan untuk menimba pengalaman dan pengetahuan baharu. IV Aina menemui Guru Bimbingan dan Kaunseling kerana masih belum dapat menentukan kerjaya pilihannya. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 7 Pilih peribahasa yang paling sesuai. 7 Mizan berjaya dalam bidang perniagaan kerana dia gigih berusaha dan sentiasa mencari peluang untuk memajukan diri. Hal ini menepati peribahasa A diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat. B belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam. C baik berjagung-jagung sementara padi belum masak. D jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Tema 3 Kerjaya ke Mercu Impian CONTOH
11 BM Tingkatan 2 Tema 3 Praktis 2 Pemahaman Petikan Baca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. Soalan 1 – 5 berdasarkan bahan di bawah. Pantun Budi 1 Tenang-tenang air di laut, Sampan kolek mudik ke tanjung; Hati terkenang mulut menyebut, Budi yang baik rasa nak junjung. 2 Yang kurik kundi, Yang merah saga; Yang baik budi, Yang indah bahasa. 3 Bunga melati bunga di darat, Bunga seroja di tepi kali; Hina besi kerana karat, Hina manusia tidak berbudi. 4 Bunga cina di atas batu, Jatuh daunnya ke dalam ruang; Adat dunia memang begitu, Sebab emas budi terbuang. 5 Anak beruk di tepi pantai, Pandai melompat pandai berlari; Biar buruk kain dipakai, Asal hidup pandai berbudi. 6 Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa; Indah tampan kerana budi, Tinggi bangsa kerana bahasa. 7 Padang Temu padang baiduri, Tempat raja membangun kota; Bijak bertemu dengan jauhari, Bagai cincin dengan permata. Dipetik daripada sajak ‘Pantun Budi’, antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Kementerian Pendidkan Malaysia Info KOMSAS – Gaya Bahasa Rentetan kata-kata yang menarik, indah, dan kreatif dalam sesebuah karya. 1 Berdasarkan rangkap pertama, budi baik seseorang A akan dihormati orang. B akan dipandang tinggi. C akan dipandang mulia. D akan sentiasa dikenang dan disebut orang. 2 Berdasarkan rangkap keempat pantun, apakah pengajaran yang dapat diperoleh? A Kita haruslah menghargai budi yang ditabur oleh seseorang. B Kita mestilah ikhlas menabur budi agar kehidupan lebih sejahtera. C Kita tidak seharusnya memandang kekayaan melebihi budi bahasa. D Kita hendaklah berbudi bahasa kerana amalan tersebut dipandang mulia. 3 Budi yang baik rasa nak junjung Unsur gaya bahasa yang digunakan oleh pengarang dalam baris pantun di atas ialah A sinkope. C simile. B inversi. D metafora. 4 Maksud rangkap kelima ialah A berbudi bahasa melambangkan ketinggian budi pekerti seseorang. B orang yang tidak berbudi akan dipandang hina dan disamakan dengan besi yang berkarat. C walaupun miskin, seseorang itu masih dipandang mulia jika bersopan dan berbudi bahasa. D sudah menjadi resam hidup, iaitu seseorang lebih mementingkan kekayaan daripada budi bahasa. 5 Antara berikut ialah nilai yang terdapat dalam pantun ini, kecuali A mengenang budi. B kebijaksanaan. C budi bahasa. D ketabahan. CONTOH
12 BM Tingkatan 2 Tema 3 Praktis 3 Novel Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2. (i) Meniti Impian, karya Osman Ayob (ii) Jejak MONPUS, karya Zulaiha Paikon (iii) Jalan ke Puncak, karya Juri Durabi (iv) Darah Titik di Semantan, karya Arman Sani Pengarang menerapkan pelbagai nilai melalui contoh peristiwa dalam hasil karya mereka untuk mendidik pembaca. Berdasarkan sebuah daripada novel yang anda pelajari, kemukakan dua contoh peristiwa lain yang bersesuaian dengan nilai yang terdapat dalam contoh peristiwa yang diberikan. Novel Nilai Contoh Peristiwa Meniti Impian Baik hati Pak Yusuf sangat menyokong minat Zahar dalam bidang pertukangan perabot. Jejak MONPUS Kasih sayang Qistina memberikan pendidikan yang mencukupi kepada Zahar supaya menjadi insan yang berguna. Jalan ke Puncak Kasih sayang Abang Mail selalu mengambil berat tentang projek yang diusahakan oleh adiknya, Laiman. Darah Titik di Semantan Kerjasama Lajis bekerjasama dengan Pak Uda Ismail untuk mendirikan bengkel senjata berdekatan dengan rumah Pak Uda Ismail. CONTOH
13 Praktis 1 Sistem Bahasa Soalan 1 – 2 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 Pihak kerajaan dan swasta perlu bekerjasama bagi Kempen Budi Bahasa di semua peringkat negeri. A berjaya C menjayai B menjayakan D kejayaan 2 Kita perlu beratur mengikut barisan dan tidak boleh giliran orang lain. A memotong C menyelang B menyampuk D mencelah Soalan 3 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 3 “Sikap saling menghormati dapat diwujudkan jika kalian mengamalkan sikap bertoleransi,” kata Cikgu Lina kepada murid-muridnya. A Murid-murid meminta Cikgu Lina supaya bersikap saling menghormati untuk mewujudkan sikap bertoleransi. B Cikgu Lina memberitahu murid-muridnya bahawa jika mereka mengamalkan sikap bertoleransi, sikap saling menghormati dapat diwujudkan. C Murid-murid dan Cikgu Lina bersikap saling menghormati untuk mewujudkan sikap bertoleransi. D Cikgu Lina menyeru murid-muridnya agar saling menghormati demi mewujudkan sikap bertoleransi. Soalan 4 – 6 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 4 Perangai budak itu amat baik sekali. A baik amat sekali B telah baik sekali C tersangat baik sekali D amat baik sekali 5 Pengawas harus tegas semasa bertugas dan bukannya pilih kasih sebab takut dimarahi kawan. A kerana takut dimarahi kawan B oleh sebab takut kawan marah C oleh kerana takut dimarahi kawan D sebab takut dimarahi kawan 6 Program Kem Kepimpinan itu melibatkan murid sekolah yang terdiri dari pengawaspengawas sekolah. A oleh pengawas-pengawas sekolah B daripada pengawas sekolah-sekolah C daripada pengawas-pengawas sekolah D dari pengawas-pengawas sekolah Soalan 7 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 7 I Doris cuba menjadi seorang yang amanah dan tepat. II Inspektor Roslan menembak tepat pada kaki penjenayah itu. III Ahli-ahli lembaga koperasi tiba tepat pada masanya untuk menjalankan tugas mereka. IV Pelantikan Jamil sebagai bendahari persatuan satu keputusan yang tepat. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 8 Pilih peribahasa yang paling sesuai. 8 Nilai integriti, jujur, dan amanah perlu ditanamkan dalam diri setiap murid untuk menghentikan gejala rasuah. Hal ini demikian kerana . A sediakan payung sebelum hujan B bagaimana acuan begitulah kuihnya C melentur buluh biar dari rebungnya D ingat sebelum kena, jimat sebelum habis Tema 4 Integriti Amalan Kita CONTOH
14 BM Tingkatan 2 Tema 4 Praktis 2 Pemahaman Petikan Baca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. Soalan 1 – 5 berdasarkan bahan di bawah. Pantun Nasihat 1 Tanam balik buah peria, Buah peria mahal sekali; Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali. 2 Ketua-ketua raja duduk, Jangan ditimpa papan; Diketahui ganja itu mabuk, Apakah sebab maka dimakan? 3 Meninjau berpadi masak, Batang kapas bertimbal jalan; Hati risau dibawa gelak, Bagai panas mengandung hujan. 4 Pulau di balik Pulau Gosong, Pandan di Jawa diranggungkan; Jangan kata terdorong-dorong, Badan dan nyawa menanggungkan. 5 Hangus bertih berwarna merah, Mari dituang ke dalam kain; Suami yang letih usah dimarah, Kelak terbang ke bunga lain. 6 Anak Cina membawa surat, Dari Perak langsung ke Deli; Hidup di dunia biar beradat, Bahasa tidak dijual beli. 7 Pisang kelat digonggong helang, Jatuh ke Lubuk Inderagiri; Jikalau berdagang di rantau orang, Baik-baik membawa diri. Dipetik daripada ‘Pantun Nasihat’, antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Kementerian Pendidikan Malaysia Info KOMSAS –Pengajaran Perutusan yang ingin disampaikan oleh pengarang kepada pembaca. 1 Berdasarkan rangkap ketiga, mengapakah perasaan sedih dan risau tidak boleh dibiarkan berpanjangan? A Akan membinasakan diri sendiri. B Akan menyusahkan ahli keluarga. C Akan terjerumus ke arah keburukan. D Akan mengalami masalah kemurungan. 2 Berdasarkan rangkap keempat pantun, apakah pengajaran yang dapat diperoleh? A Jangan melakukan perbuatan yang boleh memudaratkan diri sendiri. B Kita hendaklah mempunyai budi bahasa yang baik. C Kita mestilah pandai menyesuaikan diri apabila berada di tempat orang. D Kita hendaklah sentiasa menjaga tutur kata agar tidak menanggung sengsara. 3 Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali. Unsur gaya bahasa yang digunakan oleh pengarang dalam baris pantun di atas ialah A responsi. C inversi. B anafora. D metafora. 4 Apakah persoalan yang terkandung dalam rangkap terakhir pantun? A Sentiasa melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan. B Kepentingan menjaga percakapan dan pergaulan. C Kepentingan berbudi bahasa dalam kehidupan bermasyarakat. D Kebijaksanaan menyesuaikan diri walaupun di mana-mana sahaja. 5 Semua nilai berikut terdapat dalam pantun ini, kecuali A baik hati. B rasional. C hormat-menghormati. D kebersihan mental dan fizikal. CONTOH
15 BM Tingkatan 2 Tema 4 Praktis 3 Pemahaman Petikan Baca bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. BAHAN 1 PANTUN BUDI 1 Tenang-tenang air di laut, Sampan kolek mudik ke tanjung; Hati terkenang mulut menyebut, Budi yang baik rasa nak junjung. 2 Yang kurik kundi, Yang merah saga; Yang baik budi, Yang indah bahasa. 3 Bunga melati bunga di darat, Bunga seroja di tepi kali; Hina besi kerana karat, Hina manusia tidak berbudi. 4 Bunga cina di atas batu, Jatuh daunnya ke dalam ruang; Adat dunia memang begitu, Sebab emas budi terbuang. 5 Anak beruk di tepi pantai, Pandai melompat pandai berlari; Biar buruk kain dipakai, Asal hidup pandai berbudi. 6 Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa; Indah tampan kerana budi, Tinggi bangsa kerana bahasa. 7 Padang Temu padang baiduri, Tempat raja membangun kota; Bijak bertemu dengan jauhari, Bagai cincin dengan permata. Dipetik daripada ‘Pantun Nasihat’, antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Kementerian Pendidikan Malaysia BAHAN 2 PANTUN EMPAT KERAT (BUDI) Terang bulan terang di paya, Anak kambing memakan rumput; Jika tak kenang kepada saya, Nama yang baik tidak tersebut. Anak merak mati tersangkut, Mati dipanah Seri Rama; Resam di dunia juga disebut, Orang yang mati meninggalkan nama. Anak itik terenang-renang, Air pasang tenang-tenangan; Budi sedikit bila kan hilang, Itu menjadi kenang-kenangan. Anak ikan berlima-lima, Mati ditimpa punggur berdaun; Kasih tuan saya terima, Sebagai hutang seribu tahun. Dipetik daripada ‘Pantun Empat Kerat (Budi)’, Anwar Ridhwan (Penyelenggara) Hati Mesra Pantun Melayu Sebelum 1914, 2024 CONTOH Dewan Bahasa dan Pustaka
16 BM Tingkatan 2 Tema 4 BAHAN 3 Kempen Budi Bahasa Amalan Kita (a) Berdasarkan Rangkap 1 Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan kepentingan budi yang baik. [3 markah] (b) Berikan dua pengajaran yang terdapat dalam Bahan 1. [3 markah] (c) Kita mesti menghargai jasa dan budi yang dicurahkan oleh orang lain terhadap kita. Pada pendapat anda, bagaimanakah anda membalas budi baik seseorang? [4 markah] Teknik Menjawab Soalan KBAT S = Siapa BA = Buat Apa M = Mengapa (agar, untuk, supaya, demi, kerana, seperti, contoh) Tulis dua isi utama + 1 isi sampingan dengan ayat yang lengkap jika markah yang diperuntukkan ialah 4 markah. Tip menjawab soalan KBAT KBAT CONTOH
17 BM Tingkatan 2 Tema 4 Artikel tentang masalah disiplin berpunca daripada keluarga bermasalah Praktis 4 Penulisan Teliti semua soalan karangan yang berkait dengan tema yang diberikan di bawah. Kemudian pilih satu daripada tiga soalan tersebut dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 180 patah perkataan. TEMA: MASALAH DISIPLIN MURID PONTENG SEKOLAH MEMBULI DATANG LEWAT VANDALISME 1 Masalah disiplin murid semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya masalah disiplin dalam kalangan murid. 2 Anda dan rakan sedang berbual tentang cara-cara untuk mengatasi masalah disiplin dalam kalangan murid di kantin sekolah. Tulis perbualan anda itu selengkapnya. 3 Ibu bapa berperanan dalam membentuk sahsiah anak-anak bagi menghindari mereka daripada terjebak dengan masalah disiplin di sekolah. Berikan pendapat anda. CONTOH
18 Praktis 1 Sistem Bahasa Soalan 1 – 3 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 Karya sastera disampaikan dalam bentuk yang dilengkapi teks, grafik, dan audio. A multimedia B multilateral C multibahasa D multidimensi 2 Lai Yee merujuki kamus untuk bahan-bahan daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. A terjemah B diterjemah C menterjemah D menterjemahkan 3 Siew Ling bertutur dalam bahasa Melayu dan tiada kedengaran pelat Cina ketika bercakap dalam bahasa Melayu. A fasih C pakar B pintar D mahir Soalan 4 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 4 Kita tidak wajar mengabaikan penggunaan bahasa Melayu agar jati diri kita sebagai rakyat Malaysia tetap unggul. A Penggunaan bahasa Melayu rakyat Malaysia tetap unggul sekiranya kita tidak mengabaikan. B Penggunaan bahasa Melayu tidak wajar kita abaikan agar jati diri kita sebagai rakyat Malaysia tetap unggul. C Kita sebagai rakyat Malaysia tidak wajar mengabaikan penggunaan bahasa Melayu agar tetap unggul. D Jati diri tetap unggul kerana kita tidak mengabaikan penggunaan bahasa Melayu. Soalan 5 – 6 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu megandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 5 Graduan dinasihatkan menguasai lebih dari sejenis bahasa agar peluang untuk mendapatkan pekerjaan menjadi lebih tinggi. A kelebihan kepada sejenis B kelebihan pada sejenis C lebih daripada sejenis D lebih dari sejenis 6 Pertandingan mencipta puisi yang diadakan di sekolah bertujuan untuk mengembangkan potensi berbahasa secara kreatif dalam kalangan murid. A bertujuan mengembang potensi B bertujuan memperkembangkan potensi C bertujuan mengembangkan lagi potensi D bertujuan untuk mengembangkan potensi Soalan 7 Pilih ayat-ayat yang betul. 7 I KOMSAS diperkenalkan dan dilaksanakan di dalam pengajaran Bahasa Melayu sejak tahun 2000. II Pembacaan karya sastera akan dapat memperluaskan perbendaharaan kata kita. III Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pentadbiran semasa zaman keagungan Kesultanan Melayu Melaka. IV KOMSAS dijadikan sebagai satu instrumen perpaduan dalam kalangan murid yang pelbagai etnik. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja Tema 5 Bahasa dan Sastera CONTOH
19 BM Tingkatan 2 Tema 5 Praktis 2 Pemahaman Petikan Baca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. Soalan 1 – 5 berdasarkan bahan di bawah. PANTUN KASIH SAYANG 1 Buah mengkudu kusangka kandis, Kandis terletak dalam puan; Gula madu kusangka manis, Manis lagi senyuman tuan. 2 Asap api di Tanjung Tuan, Kuala Linggi bakaunya rendah; Harap hati kepada tuan, Langit tinggi kupandang rendah. 3 Anak udang meniti batang, Berasa dahan terlampai; Melihat bulan dipagar bintang, Bagaikan rasa hendak dicapai. 4 Jalan-jalan sepanjang jalan, Singgah-menyinggah di pagar orang; Pura-pura mencari ayam, Ekor mata di anak orang. 5 Bila masa dipanggil maut, Cinta tidak berharga lagi; Asam di darat ikan di laut, Sampai masa berjumpa lagi. Dipetik daripada ‘Pantun Kasih Sayang’, antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Kementerian Pendidikan Malaysia 1 Apakah nilai yang terdapat pada rangkap kedua? A Berdikari C Kegigihan B Rasional D Kasih sayang 2 Buah mengkudu kusangka kandis, Gula madu kusangka manis, Unsur gaya bahasa yang digunakan oleh pengarang dalam baris pantun di atas ialah A responsi. C epifora. B inversi. D anafora. 3 Apakah persoalan yang terdapat dalam rangkap ketiga pantun ini? A Persoalan perpisahan hanya sementara. B Persoalan keinginan untuk memiliki gadis yang cantik. C Persoalan menggunakan helah untuk mendapatkan sesuatu hajat. D Persoalan perwatakan yang menarik menyebabkan kita disukai ramai. 4 Berdasarkan rangkap keempat, apakah pengajaran yang dapat diperoleh? A Kita mesti reda dengan ketentuan Tuhan. B Kita mesti ikhlas dalam setiap perhubungan. C Kita hendaklah menyayangi antara satu sama lain. D Kita harus berusaha dengan gigih untuk memiliki orang yang disayangi. 5 Apakah tema bagi pantun di atas? A Kepentingan kasih sayang. B Kepentingan nilai kejujuran. C Perasaan cinta dan kasih antara lelaki dengan perempuan. D Sindiran terhadap sikap manusia dalam kehidupan seharian. CONTOH
20 BM Tingkatan 2 Tema 5 Praktis 3 Novel Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2. (i) Meniti Impian, karya Osman Ayob (ii) Jejak MONPUS, karya Zulaiha Paikon (iii) Jalan ke Puncak, karya Juri Durabi (iv) Darah Titik di Semantan, karya Arman Sani Pengajaran merupakan peringatan atau pedoman yang terkandung dalam sesebuah novel yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam membentuk keperibadian pembaca. Berdasarkan sebuah daripada novel di atas, nyatakan tiga pengajaran yang dapat dikaitkan dengan perwatakan watak utama yang terdapat dalam novel tersebut. Bagi setiap pengajaran yang diberikan, mesti disokong dengan contoh peristiwa yang sesuai. Pengajaran daripada Perwatakan Watak Utama Darah Titik di Semantan Watak Utama Datuk Bahaman Jejak MONPUS Watak Utama Zahar Jalan ke Puncak Watak Utama Laiman Meniti Impian Watak Utama Zahar CONTOH
CONTOH