The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Publications, 2024-04-02 11:05:31

PENDIDIKAN MORAL T5

PENDIDIKAN MORAL T5

Kandungan Format Instrumen SPM Mulai Tahun 2021 Mata Pelajaran Pendidikan Moral (1225) Bidang 5: Insan Bermoral UNIT 1 Norma Masyarakat Global Membentuk Keharmonian Sejagat 1 UNIT 2 Ukir Nama di Mata Dunia, Jati Diri Berpisah Tiada 7 UNIT 3 Kerohanian Membentuk Individu Bermoral 13 UNIT 4 Penggunaan Sumber dan Penyebaran Maklumat demi Kesejahteraan Sejagat 18 Bidang 6: Jati Diri Moral UNIT 5 Integriti Pemacu Kecemerlangan Organisasi 23 UNIT 6 Pembangunan Negara Bertunjangkan Integriti 28 UNIT 7 Berperikemanusiaan Pemangkin Kesejahteraan Global 33 Bidang 7: Moral dan Kenegaraan UNIT 8 Penglibatan Diri Peneraju Komuniti 38 UNIT 9 Kerjasama Masyarakat Global 43 UNIT 10 Pengurusan Kewangan Secara Beretika Menjamin Keharmonian Hidup 48 UNIT 11 Malaysia Unggul di Mata Dunia 53 UNIT 12 Malaysia dalam Hubungan Antarabangsa 58 Penilaian Akhir Tahun 63 Jawapan CONTOH


Bil Perkara Keterangan 1 Jenis instrumen Ujian Bertulis 2 Jenis item • Subjektif Respons Terhad • Subjektif Respons Terbuka 3 Bilangan soalan Bahagian A: 50 markah 5 soalan (Jawab semua soalan) Bahagian B: 10 markah 2 soalan (Jawab satu soalan sahaja) Bahagian C: 40 markah 2 soalan (Jawab semua soalan) 4 Jumlah markah 100 markah 5 Konstruk • Mengingat • Memahami • Mengaplikasi • Menganalisis • Menilai • Mencipta 6 Tempoh ujian 2 jam 30 minit 7 Cakupan konteks Standard kandungan dan standard pembelajaran dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM (Tingkatan 4 dan 5) 8 Aras kesukaran Rendah : Sederhana : Tinggi 5 : 3 : 2 9 Kaedah penskoran • Analitik • Holistik 10 Alatan tambahan Tiada Format Instrumen SPM Mulai Tahun 2021 Mata Pelajaran Pendidikan Moral (1225) CONTOH


1 Bahagian A 1 Gambar di bawah menunjukkan kempen ‘Earth Hour’. “Earth Hour” ialah kempen yang digerakkan oleh World Wide Fund for Nature (WWF) bagi mencetuskan kesedaran tentang perlunya kita bertindak untuk menyelamatkan bumi. Aktiviti semasa kempen “Earth Hour” ialah tindakan menutup semua suis elektrik selama satu jam untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat dunia tentang kesan pemanasan global dan perubahan iklim kepada bumi. (Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada https://www.earthhour.org) (a) Berdasarkan satu nilai universal, terangkan kepentingan ‘Earth Hour’ dalam kelestarian alam sekitar. [3 markah] (b) Sebagai anggota masyarakat global, bagaimanakah cara anda dapat merealisasikan kempen ‘Earth Hour’? (i) (ii) [4 markah] (c) Pada pendapat anda, ramalkan kesan sekiranya anggota masyarakat global tidak mengamalkan penjimatan tenaga elektrik dalam kehidupan. (i) (ii) (iii) [3 markah] Unit 1 Norma Masyarakat Global Membentuk Keharmonian Sejagat Bidang 5 Insan Bermoral CONTOH


Pendidikan Moral Tingkatan 5 Unit 1 2 2 Keratan akhbar di bawah berkaitan dengan misi kemanusiaan gempa bumi di Turkiye. SHAH ALAM – Kumpulan pertama Misi Kecemasan Gempa Bumi Syria-Turkiye akan mula berlepas pada malam Isnin bagi membantu mangsa yang terjejas akibat gempa bumi yang melanda sempadan Syria-Turkiye. Pengurus Besar Syria Care, Muaz Abd Muein berkata, misi selama 16 hari itu disertai oleh 11 petugas, terdiri daripada empat wakil Syria Care; enam wakil Pertubuhan Bantuan Perubatan Kecemasan (TEMS) merangkumi doktor, penolong pegawai perubatan, jururawat terlatih dan paramedik serta seorang wartawan Sinar Harian. Menurutnya, kumpulan itu akan turut membawa kira-kira 200 kilogram barang dan ubat-ubatan untuk diserahkan kepada mangsa gempa bumi di lokasi terjejas. “Kita mempunyai empat objektif utama dalam misi kali ini, antaranya menyediakan penempatan sementara kepada mangsa-mangsa tragedi yang kehilangan rumah. Pasukan kita di sana sebenarnya telah digerakkan sejak hari kedua lagi dan menyediakan penempatan untuk mangsa. “Selain itu, bantuan yang kita terima juga akan digunakan untuk membaik pulih rumah yang boleh dibaiki. Ketiganya, pasukan kita sediakan makanan yang siap dimasak untuk mangsa-mangsa yang ditempatkan di penempatan sementara. (Sumber: Dipetik dari Sinar Harian, 13 Februari 2023) (a) Berdasarkan keratan akhbar di atas, jelaskan perasaan anda. [2 markah] (b) Huraikan kebaikan misi bantuan kemanusiaan tersebut terhadap masyarakat global. [4 markah] (c) Sebagai masyarakat global, bagaimanakah anda dapat memastikan misi bantuan kemanusiaan tersebut berjaya dalam kehidupan sejagat? [4 markah] CONTOH


Pendidikan Moral Tingkatan 5 Unit 1 3 3 Gambar di bawah menunjukkan kaedah pembayaran tanpa tunai. eWallet atau Dompet Digital berfungsi seperti dompet fizikal kita, iaitu menyimpan wang, kad debit, kad kredit dan juga maklumat akaun bank kita dalam satu aplikasi. Untuk lebih terperinci, eWallet bertujuan untuk menggantikan dompet fizikal supaya kita tidak perlu membawa dompet atau beg tangan ke mana-mana. (a) Selain pembayaran tanpa tunai eWallet, nyatakan dua aplikasi yang menjadi pilihan masyarakat global pada hari ini dalam membuat pembayaran. (i) (ii) [2 markah] (b) Jelaskan kelebihan kaedah pembayaran di atas kepada masyarakat global dalam memajukan perkembangan teknologi. [4 markah] (c) Sejauh manakah amalan pembayaran tanpa tunai dikatakan dapat memantapkan norma masyarakat global dalam kehidupan sejagat? [4 markah] CONTOH


Pendidikan Moral Tingkatan 5 Unit 1 4 Bahagian B 4 Grafik di bawah menunjukkan kepakaran perubatan dalam mencipta vaksin COVID-19. (a) Selain kepakaran perubatan, terangkan norma masyarakat global yang lain dalam bidang kesihatan. [2 markah] (b) Penglibatan perkongsian kepakaran perubatan seluruh dunia dikatakan dapat menjadikan masyarakat global lebih sejahtera dan harmoni. Jelaskan. [8 markah] CONTOH


Pendidikan Moral Tingkatan 5 Unit 1 5 5 Situasi di bawah menunjukkan norma masyarakat global. Joseph baru pulang dari luar negara, Jerman setelah sepuluh tahun menetap di sana. Ketika berada di Malaysia, dia berasa agak janggal untuk menanggalkan kasutnya apabila pergi ke rumah ibu bapanya. (a) Nyatakan contoh norma masyarakat global dalam aspek sosiobudaya yang perlu diamalkan dalam kehidupan seharian. [2 markah] (b) Bagaimanakah pertimbangan moral dapat membantu anda mengamalkan sikap menghormati norma masyarakat global dalam kehidupan harian? Jelaskan. [8 markah] Bahagian C 6 Keratan akhbar di bawah berkaitan dengan kejadian tanah runtuh di Batang Kali. KUALA LUMPUR: Kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali dekat sini pada 16 Disember lalu merupakan kejadian kedua terbesar membabitkan jumlah mangsa maut selepas runtuhan Kondominium Highland Towers pada 1993 yang mengorbankan 48 nyawa. Tragedi pada kira-kira jam 2.30 pagi itu membabitkan 92 mangsa, dengan 61 daripadanya terselamat manakala 31 lagi terkorban, selepas berlaku runtuhan tanah hingga menimbus kawasan perkhemahan. Kejadian menyayat hati itu meragut 18 nyawa individu dewasa dan 13 kanak-kanak, dengan 20 mayat ditemukan di sektor A, satu di sektor B dan 10 lagi di sektor C di kawasan perkhemahan tersebut. (Sumber: bh.com.my, 26 Disember 2022) CONTOH


Pendidikan Moral Tingkatan 5 Unit 1 6 (a) Sebagai anggota masyarakat global, bagaimanakah anda dapat membantu sukarelawan dalam misi kemanusiaan kejadian tanah runtuh di Batang Kali. Jelaskan jawapan anda berdasarkan nilai-nilai universal yang dipelajari. [4 markah] (b) Berdasarkan tindakan yang anda ambil, huraikan kesan positif kepada masyarakat global. [8 markah] (c) Ramalkan kesan sekiranya masyarakat global mengabaikan kelestarian alam sekitar. [8 markah] CONTOH


7 Bahagian A 1 Gambar dan maklumat berikut menunjukkan individu yang telah berjaya mengharumkan nama negara. “Dengan kejayaan terbaharu ini, Mohd Azizulhasni yang terkenal dengan julukan ‘The Pocket Rocketman’ selayaknya dipanggil Raja Pecut Dunia.” Berdasarkan ranking terkini yang dikeluarkan oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) pada 9 Februari, ikon berbasikal trek negara itu mengumpulkan 1 600 mata untuk berada di tangga teratas dalam acara pecut individu. (a) Berdasarkan satu nilai universal, terangkan sifat yang boleh dicontohi daripada kejayaan individu di atas. [3 markah] (b) Pada pendapat anda, mengapakah individu di atas perlu berkongsi kejayaannya dengan masyarakat? (i) (ii) [4 markah] (c) Bagaimanakah kita dapat mengharumkan nama negara pada peringkat antarabangsa seperti individu di atas? (i) (ii) (iii) [3 markah] Unit 2 Ukir Nama di Mata Dunia, Jati Diri Berpisah Tiada Bidang 5 Insan Bermoral CONTOH


Pendidikan Moral Tingkatan 5 Unit 2 8 2 Petikan berikut berkaitan dengan festival muzik. Tiga festival muzik antarabangsa, iaitu Rainforest World Music Festival (RWMF) 2019, Festival Muzik Jazz Borneo ke-14 dan Rainforest Festival Fringe akan diadakan di negeri ini pada Julai depan. Festival berkenaan akan mempamerkan pelbagai muzikal dan persembahan tarian dari dalam dan luar negara serta terbuka kepada orang awam. Festival ini nanti bukan sahaja mempamerkan muzikal serta persembahan tarian dari Sarawak tetapi juga dari luar negara seperti Singapura, Taiwan, Jepun dan banyak lagi. Malah muzikal dan tarian yang dipamerkan nanti menggambarkan persembahan yang berkelas tinggi dari segi kesenian dan kebudayaan yang dapat kita tonjolkan dari Sarawak. (a) Mengapakah acara muzik ini diadakan di Malaysia? [2 markah] (b) Jelaskan dua kesan penganjuran acara antarabangsa kepada negara kita. (i) (ii) [4 markah] (c) Selain acara di atas, nyatakan tiga acara lain yang boleh memperkenalkan nama negara di mata dunia. (i) (ii) (iii) [3 markah] (d) Nyatakan satu bentuk kebudayaan yang boleh diketengahkan pada peringkat antarabangsa. [1 markah] CONTOH


Pendidikan Moral Tingkatan 5 Unit 2 9 3 Petikan berikut berkaitan dengan suatu aktiviti memartabatkan bahasa Melayu. PIDATO ANTARABANGSA BAHASA MELAYU 2019 PABM merupakan satu-satunya pertandingan pidato bahasa Melayu peringkat antarabangsa yang diadakan di dunia bertujuan untuk memartabatkan citra dan kedaulatan bahasa Melayu di persada dunia. Sebanyak tiga kategori dipertandingkan dalam PABM, iaitu kategori Alam Melayu, kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia dan kategori Antarabangsa. Bagi kategori Alam Melayu, dimenangi oleh Amirul Iqmal Razlan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), manakala juara kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia ialah Moustapha Koutoub Sano, penuntut UIAM dari Guinea, sementara Qurbanov Ozad Nurmuhammad Ugli dari Uzbekistan State University of World Languages dinobatkan pemenang kategori Antarabangsa. (a) Berdasarkan satu nilai universal, wajarkah program di atas diadakan secara berterusan? Jelaskan pandangan anda. (i) (ii) (iii) [3 markah] (b) Terangkan kebaikan pertandingan ini kepada peserta luar negara yang menyertainya. (i) (ii) [4 markah] (c) Terangkan langkah yang perlu diambil kira untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu pada peringkat antarabangsa. (i) (ii) (iii) [3 markah] CONTOH


Pendidikan Moral Tingkatan 5 Unit 2 10 Bahagian B 4 Gambar dan maklumat berikut menunjukkan individu yang wajar dijadikan contoh. Dr. Wan Wardatul Amani Wan Salim – Anak kelahiran Gelugor, Pulau Pinang ini telah berhijrah ke Amerika Syarikat untuk mendalami bidang sains dan teknologi pada usia 18 tahun. Beliau mula bekerja sebagai pencuci kanta di sebuah makmal sebelum menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan elektrik, kejuruteraan bioperubatan dan kejuruteraan biologi. Beliau terpilih untuk mengetuai projek SporeSat, sebuah projek NASA Small Satelit yang dilancarkan pada tahun 2014 dan menjadi rakyat Malaysia pertama yang melancarkan satelit pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) ke angkasa lepas. (a) Apakah yang anda faham dengan maksud individu glokal? Jelaskan. [2 markah] (b) Berdasarkan petikan di atas, jelaskan peranan individu tersebut untuk menggalakkan masyarakat Malaysia agar sentiasa berusaha untuk mencipta kecemerlangan pada peringkat antarabangsa berdasarkan nilai universal yang telah dipelajari. [8 markah] CONTOH


Pendidikan Moral Tingkatan 5 Unit 2 11 5 Petikan berikut berkaitan dengan produk tempatan. Produk kita setanding produk luar negara SHAH ALAM: Sudah tiba masanya rakyat Malaysia membuang persepsi negatif terhadap produk tempatan yang sering dilabel sebagai tidak setanding dengan barang import. Salah faham terhadap kualiti produk Malaysia perlu diperbetul dengan menyahut saranan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM). Ramai yang tidak sedar bahawa Malaysia turut mempunyai produk tempatan yang disangka berasal dari luar. Mungkin kerana nama jenama yang digunakan langsung tidak membawa imej tempatan, ramai menganggap jenama-jenama ini merupakan produk luar negara. Kempen ini juga bertujuan untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat bagi membantu pengusaha tempatan dengan membeli pelbagai bentuk barangan, produk dan perkhidmatan buatan tempatan. Di samping itu, kempen ini membantu pengeluar untuk memasarkan dan mempromosikan produk buatan tempatan serta perkhidmatan masing-masing. Sinar Harian, 1 September 2020 (a) Nyatakan perbezaan barangan buatan Malaysia dan barangan import. [2 markah] (b) Pada pandangan anda, mengapakah rakyat Malaysia perlu mengutamakan penggunaan barangan buatan Malaysia berbanding barangan import? [8 markah] CONTOH


Pendidikan Moral Tingkatan 5 Unit 2 12 Bahagian C 6 Pernyataan berikut berkaitan dengan usaha mempromosikan pelancongan negara. “Ketika ini, semua usaha mempromosikan pelancongan dalam dan luar negara lebih terarah kepada penggunaan platform dalam talian seperti laman web dan media sosial dengan pengaplikasian transaksi tanpa sentuhan. Pada peringkat domestik, Tourism Malaysia akan meneruskan ekspedisi (familiarization trip) bersama rakan media ke beberapa destinasi pelancongan menarik untuk liputan sewajarnya. Untuk peringkat antarabangsa, sesi webinar dan kerjasama bersama agensi pelancongan luar negara diteruskan. Pejabat Tourism Malaysia di luar negara juga akan memfokuskan platform digital bagi meneruskan kerjasama dengan penggiat industri yang membabitkan negara pasaran masing-masing,” katanya. Selain itu, katanya, inisiatif secara ‘business to business’ (B2B) dan ‘business to customer’ (B2C) secara dalam talian menjadi fokus utama dalam meneruskan usaha mempromosikan pelancongan menerusi kerjasama dengan agensi berkaitan. MyMetro, 5 Februari 2021 (a) Adakah anda bersetuju bahawa industri pelancongan negara dikatakan dapat meningkatkan ekonomi negara? Berikan alasan anda. [4 markah] (b) Bincangkan kepentingan sektor pelancongan negara terhadap pembangunan ekonomi negara. [8 markah] (c) Bagaimanakah cara-cara pihak kerajaan untuk membangunkan industri pelancongan di Malaysia? Bincangkan. [8 markah] CONTOH


13 Bahagian A 1 Gambar dan maklumat berikut menunjukkan aktiviti kerohanian yang dijalankan di institusi pemulihan. “Memang benar dalam kalangan banduan ini ada yang pernah menjadi pembunuh, perompak dan segala perbuatan jijik, tetapi ini tidak bermakna pengakhiran mereka adalah di neraka.” Penjara bukan sekadar tempat untuk menjalani hukuman, malah merupakan ‘ruang terbaik’ untuk pemulihan rohani dengan mengenang kembali kesilapan, memohon keampunan dan menilai sejauh mana hubungan dengan Tuhan serta keluarga. (a) Berdasarkan satu nilai universal, mengapakah institusi pemulihan menekankan amalan kerohanian ketika berada dalam tahanan? [3 markah] (b) Pada pendapat anda, apakah kesan jika amalan kerohanian ini diabaikan dalam program pemulihan tahanan? (i) (ii) [4 markah] (c) Apakah perasaan anda apabila melihat tahanan di institusi pemulihan ini menjalani program pemulihan? Jelaskan. (i) (ii) (ii) [3 markah] Unit 3 Kerohanian Membentuk Individu Bermoral Bidang 5 Insan Bermoral CONTOH


Pendidikan Moral Tingkatan 5 Unit 3 14 2 Pernyataan berikut berkaitan dengan penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak. Pengaruh gajet terhadap kanak-kanak membimbangkan “Laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2017 oleh Institut Kajian Umum (IKU) Kementerian Kesihatan, sebanyak 50.1 peratus murid sekolah menengah berusia 13 hingga 17 tahun menghabiskan masa lebih tiga jam menonton televisyen dan bermain permainan di komputer. Tinjauan juga mendapati sebanyak 85.6 peratus remaja ialah pengguna Internet dan 29 peratus dalam kalangan mereka sudah ketagihan Internet. Peralatan untuk mereka melayari Internet ialah telefon pintar sebanyak 94 peratus, komputer 62 peratus dan peranti tablet 31 peratus.” BH Online, 27 November 2019 (a) Setujukah anda, penggunaan teknologi yang melampau mampu mengubah sikap individu? Huraikan pandangan anda. [3 markah] (b) Apakah kesan kepada remaja jika menggunakan teknologi secara berlebihan dan pada cara yang salah? (i) (ii) (iii) [4 markah] (c) Nyatakan cara untuk mengurangkan ketagihan terhadap penggunaan teknologi yang negatif dalam kalangan remaja masa ini. (i) (ii) (iii) [3 markah] CONTOH


Pendidikan Moral Tingkatan 5 Unit 3 15 Bahagian B 3 Gambar berikut menunjukkan situasi seorang anak melawan cakap ibunya. (a) Berdasarkan situasi di atas, wajarkah perbuatan tersebut? [2 markah] (b) Jelaskan implikasi yang akan berlaku terhadap hubungan kekeluargaan sekiranya perkara ini tidak diatasi dengan baik berdasarkan nilai-nilai universal. [8 markah] CONTOH


Pendidikan Moral Tingkatan 5 Unit 3 16 4 Gambar berikut menunjukkan sekumpulan remaja ditangkap di sebuah kelab malam. Empat remaja di bawah umur ditangkap di kelab malam (a) Selain masalah sosial di atas, nyatakan contoh lain yang melibatkan golongan remaja pada hari ini. [2 markah] (b) Berdasarkan nilai universal yang telah dipelajari, jelaskan punca penglibatan remaja dalam aktiviti sosial di atas. [8 markah] CONTOH


Pendidikan Moral Tingkatan 5 Unit 3 17 Bahagian C 5 Petikan berikut berkaitan dengan isu penderaan kanak-kanak. Sebanyak 3 875 kes penderaan fizikal kanak-kanak direkodkan di negara ini termasuk penderaan seksual, emosi dan pengabaian sehingga September tahun ini. Bagi penderaan seksual kanak-kanak, sebanyak 1 373 kes direkodkan, emosi (131 kes) manakala pengabaian kanak-kanak pula mencatatkan 1 251 kes. Bagi 2019 pula, sebanyak 6 061 kes penderaan fizikal manakala 2018 pula 5 578 kes direkodkan. Antara langkah yang dilakukan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mengelakkan berlakunya penderaan adalah dengan menyediakan sistem semakan pesalah jenayah seksual dalam daftar kanak-kanak dan senarai semak panduan infografik bagi pemilihan pengasuh. Selain itu, program keselamatan kanak-kanak Sahabat B.I.J.A.K: Selamat dan Lindung, program pendidikan keselamatan keluarga (Peka), peluasan talian kasih, iaitu 15999 dan WhatsApp serta pelantikan pembantu pelindung. (a) Pada pandangan anda, wajarkah golongan kanak-kanak ini diberikan bantuan? Justifikasikan jawapan anda. [4 markah] (b) Nyatakan impak penderaan terhadap kanak-kanak untuk jangka masa panjang. [8 markah] (c) Pelbagai pihak wajar memainkan peranan masing-masing untuk membendung peningkatan masalah penderaan dalam komuniti terutamanya kanak-kanak daripada terus berleluasa. Bincangkan. [8 markah] CONTOH


18 Bahagian A 1 Gambar berikut berkaitan dengan tindakan dalam penerimaan berita palsu. (a) Berdasarkan nilai universal, mengapakah masyarakat perlu mengamalkan pemikiran yang matang dalam menerima dan menyebarkan sebarang berita yang disampaikan melalui pelbagai media? [3 markah] (b) Jelaskan kesan penyebaran maklumat yang tidak tepat kepada pihak yang berikut: Individu (i) (ii) Negara (i) (ii) [4 markah] (c) Terangkan kaedah yang betul untuk menyebarkan maklumat kepada masyarakat bagi mengelakkan penerimaan maklumat yang salah. (i) (ii) (iii) [3 markah] Unit 4 Penggunaan Sumber dan Penyebaran Maklumat demi Kesejahteraan Sejagat Bidang 5 Insan Bermoral CONTOH


Pendidikan Moral Tingkatan 5 Unit 4 19 2 Pernyataan berikut berkaitan dengan isu penggodaman dalam Internet. Apa itu penggodaman? Penggodaman ialah satu pencerobohan yang dibuat oleh individu ataupun kumpulan yang dipanggil penggodam ataupun ‘hacker’ ke atas komputer pelayan tanpa mendapat keizinan daripada pelayan rangkaian komputer tersebut. Antara isu yang timbul yang melibatkan salah laku dalam penggunaan Internet ataupun jenayah siber adalah dengan terjadinya gangguan perkhidmatan dan percubaan merosakkan komputer oleh individu tidak bertanggungjawab. Perbuatan seperti mencuri data dan penggodaman maklumat-maklumat sulit oleh penggodam ataupun ‘hacker’ boleh mengganggu komputer seseorang dengan mencuri datadata atau merosakkan sistem komputer dengan sengaja. (a) Pada pendapat anda, apakah kesan penggodaman maklumat yang berlaku secara berleluasa? (i) (ii) (iii) [3 markah] (b) Berdasarkan nilai universal, jelaskan kepentingan individu menjaga maklumat peribadi dengan baik. [4 markah] (c) Nyatakan dua cara untuk menjaga maklumat peribadi daripada digodam oleh penjenayah. (i) (ii) [2 markah] (d) Apakah contoh maklumat yang kerap digodam? [1 markah] CONTOH


Pendidikan Moral Tingkatan 5 Unit 4 20 Bahagian B 3 Maklumat berikut berkaitan dengan kes panggilan palsu oleh ‘scammer’. Pesara rugi hampir RM50 000 ditipu ‘scammer’ Kes penipuan terhadap mangsa itu bermula selepas dia menerima panggilan daripada seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai kakitangan sebuah agensi di Putrajaya pada 15 April lalu berkaitan tunggakan cukai yang kononnya dihadapi mangsa dan perlu diselesaikan. Wanita berusia 60 tahun tersebut mendakwa dia terpaksa berbuat demikian selepas diarahkan seorang pegawai polis dari Bukit Aman bagi tujuan menyelesaikan kes berkaitan tunggakan cukai berjumlah RM17 600 yang perlu diselesaikan segera. Selepas maklumat itu diserahkan, mangsa mendapati wang dalam akaun bank berkurangan hampir RM50 000. (a) Berdasarkan situasi di atas, wajarkah perbuatan tersebut? [2 markah] (b) Pada pendapat anda, apakah tindakan yang akan anda lakukan sekiranya mendapat panggilan daripada individu di atas? Jelaskan berdasarkan nilai universal yang dipelajari. [8 markah] CONTOH


CONTOH


Click to View FlipBook Version