The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Publications, 2022-11-26 06:38:42

BM Tingkatan 4 (B)

BM Tingkatan 4 (B)

Edisi Guru

Modul 360°

EkstLranagkah 4
Penyelesaian
Lengkap Tingkatan

• DSKP Buku B KSSM
• KBAT
• PAK-21 • Berdasarka n DSKP
• Sesuai digu n aka n u ntuk

Pentaksira n Bilik Darja h
(PBD)

Bahasa Melayu

Azmi W.S. Skrip Audio
Nur Marisya Pendengaran Pendengaran

Kandungan Skrip
Pendengaran

Rekod Pentaksiran Bahasa Melayu Tingkatan 4 ........................................................................ ii - iv

Tema 1 Merealisasikan Impian ...................................................................................................... 1 - 4

Tema 2 Insan Terdidik, Negara Sejahtera ............................................................................ 5 - 8
CONTOH
Tema 3 Memetik Bintang ............................................................................................................... 9- 12

Tema 4 Menjulang Harapan di Bumi Bertuah .................................................................... 13 - 15

Tema 5 Memacu Produktiviti ...................................................................................................... 16- 19

Tema 6 Dunia Pelancongan ....................................................................................................... 20 - 22

Tema 7 Demi Kedamaian ............................................................................................................ 23- 25

Tema 8 Dalam Lipatan Kenangan .......................................................................................... 26 - 28

Tema 9 Sayangi Malaysiaku ....................................................................................................... 29 - 31

Tema 10 Bahasa Bugar, Sastera Kekar ................................................................................. 32 - 35

Tema 11 Ekonomi Dinamik, Negara Berwibawa ............................................................... 36 - 39

Tema 12 Asli dan Kontemporari .............................................................................................. 40 - 43

Tema 13 Segalanya Bermula di Sini .......................................................................................... 44- 45

Tema 14 Sihat dan Bersih Pilihanku ........................................................................................ 46 - 48

Tema 15 Angin Perubahan Membadai ................................................................................... 49 - 53

Tema 16 Dipimpin untuk Memimpin ...................................................................................... 54 - 56

Jawapan Semua laman sesawang dalam

buku ini boleh dicapai pada QR

September 2021

REKOD PENTAKSIRAN
BAHASA MELAYU TINGKATAN 4

Sekolah : Kemahiran Standard Pembelajaran M.S. TP Tandatangan
Nama : Guru dan Tarikh
Tingkatan :CONTOH Mendengar dan
Ber tutur S.P.1.1.1 Mendengar, mengenal, menyebut, dan mengenal 1
Tema pasti perbezaan sebutan perkataan, rangkai
Tatabahasa kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai ujaran
TEMA 1 dengan jelas dan betul.
Merealisasikan Impian Menulis
Mendengar dan S.P.5.1.1 Mengenal pasti dan menggunakan bentuk kata 2
TEMA 2 tunggal dan kata majmuk dengan betul mengikut
Insan Terdidik, Negara Ber tutur konteks.
Sejahtera Mendengar dan
S.P.3.1.1 Menulis untuk membina ayat dengan 3
TEMA 3 Ber tutur membezakan makna, istilah, maksud rangkai
Memetik Bintang kata, dan ungkapan yang betul mengikut konteks.
Menulis
TEMA 4 S.P.1.1.2 Mendengar, memahami dan menuturkan ayat 4
Menjulang Harapan di Membaca dalam pelbagai ujaran dengan betul.
Bumi Bertuah
Tatabahasa S.P.1.1.1 Mendengar, mengenal, menyebut, dan mengenal 5
Mendengar dan pasti perbezaan sebutan perkataan, rangkai
kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai ujaran
Ber tutur dengan jelas dan betul.

Membaca S.P.3.2.1 Menulis untuk meramal sesuatu perkara 6
yang dibaca, didengar dan ditonton dengan
Seni Bahasa memberikan justifikasi menggunakan ayat yang
gramatis.
Mendengar dan
Ber tutur S.P.2.1.1 Membaca teks syarahan dan pidato dengan 7
sebutan dan intonasi yang betul, nada yang
Mendengar dan sesuai serta kepantasan yang wajar.
Ber tutur
S.P.5.1.2 Mengenal pasti dan menggunakan pelbagai kata 8
Membaca terbitan dengan betul mengikut konteks.

Tatabahasa S.P.1.2.1 Mendengar dan memberikan respons dengan 9
mengutamakan aspek kejelasan, nada, dan
kefasihan dengan betul.

S.P.2.2.1 Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan 10
maklumat tersurat dan tersirat dengan betul
daripada pelbagai bahan primer.

S.P.4.1.2 Memahami dan mengapresiasi puisi moden dan 11
puisi tradisional dengan menyatakan respons
peribadi yang sesuai terhadap karya.

S.P.1.5.3 Bersoal jawab dalam situasi untuk meningkatkan 12
kebolehpasaran diri dalam bidang pendidikan
dan kerjaya dengan yakin.

S.P.1.3.1 Mendengar, menyebut semula dan menyusun 13
fakta serta hujah daripada pelbagai situasi
dengan betul, tepat dan bermakna.

S.P.2.2.1 Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan 14
maklumat tersurat dan tersirat dengan betul
daripada pelbagai bahan primer.

S.P.5.2.1 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata 15
nama dengan betul mengikut konteks.

ii

BM Tingkatan 4 Tema 1

Mendengar dan Bertutur Buku Teks m/s 8 – 9

SP: 1.1.2 Mendengar, memahami dan menuturkan ayat dalam pelbagai ujaran dengan betul.

Dengar, faham, dan tuturkan bahan yang diujarkan dengan teliti. Kemudian, laporkan secara lisan.

Baru-baru ini, saya berpeluang melawat Rumah Panjang Annah Rais yang terletak di Padawan.
Rumah Panjang Annah Rais merupakan antara rumah panjang masyarakat Bidayuh yang masih kukuh
berdiri hingga kini. Para penghuninya masih mengamalkan budaya dan tradisi zaman dahulu. Padawan
sebenarnya terletak berhampiran dengan sempadan Kalimantan, Indonesia. Rumah panjang ini telah
menjadi destinasi pelancongan popular kerana jaraknya dengan bandar raya Kuching tidak begitu jauh,
iaitu kurang daripada 60 kilometer.
Untuk ke Rumah Panjang Annah Rais, saya telah memilih pakej pelancongan harian yang disediakan
oleh agensi pelancongan. Apabila sampai ke Rumah Panjang Annah Rais Bidayuh, saya dan pengunjung-
pengunjung yang lain diraikan dengan banyak tarian untuk menyambut kedatangan tetamu. Saya juga
diajak menari tarian tradisional bersama-sama. Perkara yang paling seronok, saya dapat melihat budaya
dan cara hidup tradisional orang Bidayuh. Semasa di Annah Rais, saya juga berpeluang melihat penghuni
rumah panjang menghasilkan produk kraf tangan termasuk daripada manik tradisional Bidayuh yang
dijual untuk menambahkan pendapatan.
Penduduk kampung di sini ramah. Saya tentunya akan datang lagi dan membawa keluarga saya
untuk lawatan akan datang, selain mempromosikan tempat ini kepada kawan-kawan saya yang lain di
Semenanjung Malaysia.
CONTOH
Rumah panjang 120 pintu Rumah Panjang Annah Rais Tradisi Ngayau atau pemburu
di Kampung Annah Rais itu dibina pada tahun 1818. Namun kepala cukup sinonim dengan
menjadi destinasi pelancongan begitu, struktur rumah panjang kehidupan penduduk Bumi
popular. Pelawat boleh melihat ini masih kukuh, malah kini Kenyalang pada suatu ketika
penduduk kampung membuat dilengkapi kemudahan asas dahulu. Tradisi ini sebagai
kraf tangan, memetik dan seperti bekalan air dan elektrik. lambang martabat sosial
memproses lada, termasuk cara seseorang individu dalam
lada dikeringkan di beranda kelompok tersebut. Semakin
rumah panjang, yang dipanggil banyak kepala musuh
‘awah’. dipenggal dan disimpan, lebih
tinggi penghormatan diberikan
kepadanya. Tradisi ini sudah
tidak diamalkan lagi.

TP Pernyataan Pencapaian
1-2 Murid boleh mendengar dan memahami ujaran dengan agak terhad. Murid boleh menyampaikan maklumat tentang Rumah Panjang Annah Rais dengan
3-4 penggunaan ayat yang kurang gramatis dan penggunaan istilah yang agak terhad.
5-6 Murid boleh mendengar dan memahami ujaran dengan yakin dan baik. Murid boleh menyampaikan maklumat tentang Rumah Panjang Annah Rais
dengan baik. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang betul.
Murid boleh mendengar dan memahami ujaran dengan yakin, baik, dan jelas. Murid boleh menyampaikan maklumat tentang Rumah Panjang
Annah Rais dengan tekal, terperinci, dan mampu menjadi rujukan kepada rakan-rakan. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan
penggunaan istilah yang luas dan tepat.

4

Tema 2 BM Tingkatan 4 Tema 2

Insan Terdidik, Negara Sejahtera

Mendengar dan Bertutur Buku Teks m/s 16 – 17

SP: 1.1.1 Mendengar, mengenal, menyebut, dan mengenal pasti perbezaan sebutan perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan
dalam pelbagai ujaran dengan jelas dan betul.

Dengar petikan yang diujarkan dengan teliti. Kenal pasti perbezaan sebutan perkataan dalam petikan dengan
jelas dan betul. Kemudian, cari maksud perkataan tersebut dan bina ayat seperti contoh yang diberikan.

KBAT Menganalisis, Mencipa
CONTOH
“Pei Shan ada di luar. Mak ajak dia masuk, dia tidak mahu,” ujar emak dari luar pintu bilik.

Damia ternampak Pei Shan berdiri di bawah sebatang pokok yang rendang. Wajah Pei

Shan nampak tidak ceria seperti selalu.

“Aku mengganggu engkaukah?” tanya Pei Shan. Audio 1

“Masuklah dulu. Takkan nak bercakap di luar. Dah hujan renyai-renyai …,” ujar Damia pula.

“Tidak mengapalah. Di sini pun tidak apa,” balas Pei Shan dengan suara yang sedih.

“Kenapa ni, lain macam nampaknya. Engkau ada masalah?” soal Damia.

Pei Shan menggangguk.

“Mia! Ajak Pei Shan masuk ke dalam rumah. Mak dah hidangkan nasi ni,” laung emak dari muka

pintu.

“Mari kita masuk. Kita makan dulu. Hari ini, mak masak rendang ayam. Sedap tu. Lepas kenyang

barulah dapat idea untuk menyelesaikan masalah,” ujar Damia sambil menarik tangan Pei Shan.

“Aku minta maaf kerana menyusahkan engkau. Aku selalu menceritakan masalah aku. Hanya

engkau yang memahami perasaanku,” ujar Pei Shan.

“Janganlah cakap macam tu. Kita kawan baik,” balas Damia.

“Aku kecewa dengan keputusanku. Ibu dan ayah mahu aku berjaya macam orang lain, namun aku

telah menghampakan mereka,” ujar Pei Shan.

“Engkau seharusnya menerima keputusan itu dengan reda dan mencuba lagi pada masa akan

datang. Janganlah terlalu menekan diri. Apa kata kita belajar bersama-sama. Dengan itu, kita dapat

berbincang dan bertukar-tukar pendapat,” kata Damia.

“Hmm … bagus juga cadangan engkau itu,” kata Pei Shan.

“Macam mana sekarang?” soal Damia.
“Baru tenang fikiran aku. Terima kasih, Mia. Hujan dah reda, aku balik dulu,” balas Pei Shan.

Perkataan : rendang

Maksud 1 : Banyak daun dan cabangnya (berkenaan pokok); rimbun

Ayat : Ayah membentang tikar di bawah sebatang pokok yang rendang.

Maksud 2 : Lauk yang dibuat daripada daging, ayam, dan lain-lain serta dibubuhi rempah dan dimasak

dengan santan kelapa hingga kering.

Ayat : Kai Jun memang suka makan masakan orang Melayu terutamanya rendang.

TP Pernyataan Pencapaian
1-2 Murid boleh mendengar, mengenal, menyebut, dan mengenal pasti perbezaan sebutan perkataan dengan agak terhad. Murid boleh membina ayat
3-4 menggunakan kata yang dikenal pasti tetapi tidak gramatis.
5-6 Murid boleh mendengar, mengenal, menyebut, dan mengenal pasti perbezaan sebutan dengan yakin dan baik. Murid dapat membina ayat menggunakan
kata yang dikenal pasti dengan gramatis.
Murid boleh mendengar, mengenal, menyebut, dan mengenal pasti perbezaan sebutan perkataan dengan yakin, baik, dan jelas. Murid dapat membina
ayat menggunakan kata yang dikenal pasti dengan tekal, terperinci, dan mampu menjadi rujukan kepada rakan-rakan. Penggunaan ayat yang
gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang luas dan tepat.

5

BM Tingkatan 4 Tema 2

Tatabahasa Buku Teks m/s 24 – 25

SP: 5.1.2 Mengenal pasti dan menggunakan pelbagai kata terbitan dengan betul mengikut konteks.

Berdasarkan teks syarahan pada halaman 7, kelaskan kata terbitan yang berhuruf tebal bagi setiap
kategori bentuk yang terdapat dalam petikan. Kemudian, bina ayat dengan kata terbitan yang diberikan.

KBAT Menganalisis, Mencipta

Awalan Kata Terbitan Apitan

terlebih, penganjur, bertajuk, Akhiran dimuliakan, sekalian,
berfaedah, terbaik, membesar, mengucapkan, kebaikan,
memupuk, diperoleh, terdorong jutaan, galakan, bacaan, ruangan, mendapatkan, pengetahuan,
tempahan melakukan, penyediaan,
menyediakan, pencahayaan,
menambahkan, mengetahui,
berfikiran, kecenderungan,
pemikiran
CONTOH
1 berfikiran
Kita seharusnya memiliki semangat dan berfikiran positif agar berupaya melawan perasaan negatif
seperti tiada keyakinan diri dan stres.

2 pemikiran
Remaja perlulah berusaha untuk membangunkan diri sendiri agar dapat membentuk pemikiran dan
keperibadian yang unggul.

3 penyediaan
Dengan penyediaan persekitaran yang kondusif, negara akan terus mengalami perkembangan ekonomi
yang menggalakkan.

4 menyediakan
Ibu bapa seharusnya menyediakan persekitaran yang selamat untuk anak-anak membentuk sahsiah
diri mereka.

5 disediakan
Pelbagai bahan bacaan seperti karya sastera disediakan di pusat sumber untuk menggalakkan murid-
murid membaca.

6 pengetahuan
Guru merupakan orang yang menyampaikan ilmu pengetahuan kepada kita tanpa mengenal jemu.



7 mengetahui
Dengan membaca surat khabar, saya dapat mengetahui perkara-perkara yang berlaku di dalam dan
luar negara.

TP Pernyataan Pencapaian
1-2 Murid tidak berjaya mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga kata terbitan awalan, akhiran, dan apitan yang terdapat dalam petikan serta dapat
3-4 membina ayat bagi setiap kata terbitan yang diberikan tetapi tidak gramatis.
5-6 Murid berjaya mengenal pasti tiga kata terbitan awalan, akhiran, dan apitan yang terdapat dalam petikan serta dapat membina ayat bagi setiap kata
yang diberikan dengan gramatis.
Murid berjaya mengenal pasti lebih daripada tiga kata terbitan awalan, akhiran, dan apitan yang terdapat dalam petikan serta dapat membina ayat bagi
setiap kata terbitan yang diberikan dari pelbagai laras bahasa dan konteks dengan gramatis dan terperinci.

8

BM Tingkatan 4 Tema 3

Seni Bahasa Buku Teks m/s 32 – 33

SP: 4.1.2 Memahami dan mengapresiasi puisi moden dan puisi tradisional dengan menyatakan respons peribadi yang sesuai
terhadap karya.

Deklamasikan sajak, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. KBAT Mengaplikasi

Bangkitlah

Anak-anak yang sedang lena Anak-anak
bangkitlah esok apa yang akan kaumakan?
matahari sudah tinggi tanah atau batu atau debu?
di puncak gunung. kau mahu terus nangis
tanpa air mata?
Lihat jernihnya pagi ini
burung-burung berterbangan di udara Kalau tidak
dan pepohon hijau merendang daunnya bangkitlah
apa kau masih belum bangkit? matahari belum lagi rembang
dan burung-burung belum lagi menjamah awan!
Bangkitlah
jangan sesal nanti Rejab F. I
madu bumi yang kekeringan
isi laut kekosongan
dan perut belantara menjadi ladang.
CONTOH
(i) Apakah maksud rangkap keempat sajak Bangkitlah?
Rangkap keempat sajak Bangkitlah bermaksud golongan remaja akan menghadapi masalah dan masa
hadapan mereka akan gelap sekiranya mereka masih leka dan malas berusaha.

(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk menyedarkan golongan remaja
yang masih leka? KBAT Menilai

Antara usaha yang dapat dilakukan untuk menyedarkan golongan remaja yang masih leka ialah
mengadakan kem atau seminar kesedaran kepada remaja. Selain itu, ibu bapa juga boleh membimbing
mereka menceburi bidang berdasarkan minat dan kemahiran mereka.

(iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.
Dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut ialah kita hendaklah merebut peluang yang
ada dengan memperoleh kehidupan yang baik. Selain itu, kita janganlah leka kerana kelekaan akan
menyebabkan kita ketinggalan dalam arus kemajuan.



TP Pernyataan Pencapaian
1-2 Murid mampu membaca, namun kurang memahami dan hanya dapat mengenal pasti maksud tersurat dan tersirat daripada sajak secara terhad.
3-4 Murid mampu membaca, memahami, dan mengenal pasti maksud tersurat dan tersirat daripada sajak dengan baik.
5-6 Murid mampu membaca, memahami, dan mengenal pasti maksud tersurat dan tersirat daripada sajak pada tahap tekal dan terperinci. Murid mampu
memberikan maksud tersurat dan tersirat dengan tepat dan rasional.

11

BM Tingkatan 4 Tema 4

Membaca Buku Teks m/s 46 – 47

SP: 2.2.1 Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat dan tersirat dengan betul daripada pelbagai bahan primer.

Baca, kenal pasti isi-isi tersurat tentang manfaat pokok kunyit dan cadangkan cara mempromosikan
manfaat kunyit. KBAT Menganalisis, Menilai

Kunyit atau Curcuma longa ialah tumbuhan tropika yang banyak terdapat di selatan dan tenggara Asia.
Penduduk negara tertentu seperti India, China, Malaysia, dan Indonesia banyak menggunakan kunyit dalam
kehidupan harian. Tumbuhan ini biasanya tumbuh hingga satu meter tinggi dengan batang yang pendek dan
daun yang berumbai.
Pokok kunyit banyak digunakan dalam masakan sebagai rempah ratus yang popular. Daun kunyit
selalu digunakan dalam masyarakat Melayu, seperti pais tempoyak ikan patin. Selain itu, daun kunyit juga
dijadikan sebagai pembalut untuk membakar ikan, ayam atau daging. Selain digunakan dalam masakan,
kunyit digunakan sebagai bahan rawatan dalam perubatan tradisi India. Kunyit juga dijadikan sebagai
pewarna dalam industri tekstil dan sebagai bahan aktif dalam industri farmaseutikal.
Komponen aktif kunyit ialah kurkumin. Ada banyak laporan yang menyatakan bahawa kurkumin
berkebolehan untuk membentuk halangan biokimia yang mengaktifkan rawatan dalam sistem tubuh manusia.

Potensi antikanser kurkumin makin galak dikaji di makmal penyelidikan
untuk mencari cara terbaik untuk merawat kanser yang menjadi pembunuh
utama populasi manusia. Kurkumin dikenal pasti sebagai bahan yang dapat
menghalang penghasilan tumor dan mampu menyekat pembentukan
tumor. Selain itu, kurkumin juga berpotensi untuk menyekat pembentukan
karsinogenesis pada kulit, perut, kalon, dan hati berdasarkan kajian yang
dilakukan terhadap tikus makmal.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kunyit Rempah Sepanjang Zaman’
oleh Khairul Adli Nikman, Dewan Kosmik, April 2017

Manfaat pokok kunyit
Pokok kunyit memiliki seribu satu kebaikan. Pokok kunyit banyak digunakan dalam masakan sebagai

rempah ratus yang popular. Selain itu, daun kunyit dijadikan sebagai pembalut untuk membakar ikan, ayam

atau daging. Kunyit digunakan sebagai bahan rawatan dalam perubatan tradisi India. Kunyit juga dijadikan

sebagai pewarna dalam industri tekstil. Kunyit dijadikan sebagai bahan aktif dalam industri farmaseutikal.

Kurkumin yang terdapat dalam kunyit dikenal pasti sebagai bahan yang dapat menghalang penghasilan

tumor dan mampu menyekat pembentukan tumor.
CONTOH
Cara mempromosikan manfaat kunyit
Antara cara untuk mempromosikan manfaat kunyit ialah mengedarkan risalah tentang manfaat kunyit
kepada orang ramai. Selain itu, media massa boleh menyiarkan dokumentari tentang khasiat kunyit untuk
pengetahuan orang ramai. Seterusnya, pameran tentang kunyit juga boleh diadakan untuk membolehkan
masyarakat umum mengetahui kelebihannya. Pengiklanan secara meluas dalam pelbagai media juga antara
cara mempromosikan manfaat kunyit.

TP Pernyataan Pencapaian
1-2 Murid mampu membaca, mengenal pasti, dan menjelaskan sekurang-kurangnya dua isi tersurat, tetapi tidak mampu menjelaskan isi tersirat daripada
3-4 bahan di atas. Penggunaan ayat yang kurang gramatis dan penggunaan istilah yang agak terhad.
Murid mampu membaca, mengenal pasti, dan menjelaskan tiga isi tersurat dan satu isi tersirat daripada bahan di atas. Penggunaan ayat yang
5-6 gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang betul.
Murid mampu membaca, mengenal pasti, dan menjelaskan lebih daripada tiga isi tersurat dan tiga isi tersirat daripada bahan di atas. Murid boleh
memberikan contoh dan mencadangkan penyelesaian dengan tekal, terperinci, dan mampu menjadi rujukan kepada rakan-rakan. Penggunaan
ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang luas dan tepat.

14

BM Tingkatan 4 Tema 5

Menulis Buku Teks m/s 66 – 67

CONTOHSP: 3.4.1 Menulis kerangka karangan dengan menyusun dan menganalisis isi penting secara terancang.

Baca karangan di bawah. Kemudian, tulis kerangka karangan berdasarkan karangan tersebut.

Ekopelancongan di Malaysia mampu dimajukan kerana kekayaan produk ekopelancongan dan
biodiversiti yang terdapat di negara kita memang menjadi tarikan utama terutamanya pelancong
asing yang memang gemar akan hutan hujan tropika. Keadaan ini telah menjanakan pertumbuhan
ekonomi seterusnya menyumbang pendapatan kepada negara. Antara destinasi ekopelancongan yang
popular ialah Taman Negara Kuala Tahan (Pahang), Taman Negara Pulau Pinang di Pulau Pinang, Pulau
Perhentian dan Pulau Redang di Terengganu, Taman Negara Gua Mulu di Sarawak, Santuari Gajah Kuala
Gandah di Pahang, Pulau Sipadan dan Pulau Mabul di Sabah, dan destinasi-destinasi lain. Persoalannya,
apakah usaha untuk memajukan ekopelancongan di Malaysia?
Antara usaha yang boleh dijalankan bagi memajukan ekopelancongan ialah mempergiat usaha
mempromosikan Malaysia sebagai destinasi ekopelancongan. Kerajaan melalui Lembaga Penggalakan
Pelancongan Malaysia (LPPM) wajar menyediakan maklumat lengkap tentang sesuatu destinasi
menarik yang terdapat di negara ini, khususnya di tempat-tempat baharu yang dikenal pasti boleh
menjadi daya tarikan yang menguntungkan. Maklumat-maklumat yang boleh dipromosikan adalah
seperti aktiviti-aktiviti dan pengalaman yang ditawarkan, tarikan-tarikan yang boleh mendorong
pelancong untuk melancong ke destinasi tersebut, pengangkutan dan kos yang diperlukan untuk sampai
ke destinasi ekopelancongan tersebut, dan tempat-tempat penginapan yang boleh didapati di kawasan
ekopelancongan tersebut. Jika maklumat yang lengkap sampai ke pengetahuan pelancong, mereka
tentunya akan datang melawat negara kita pada suatu hari kelak. Tuntasnya, promosi yang telah diatur
sudah pasti akan menarik kehadiran pelancong ke Malaysia dan merancakkan sektor ekopelancongan
di Malaysia.
Di samping itu, langkah menaik taraf kemudahan infrastruktur juga perlu diambil bagi menjamin
kepuasan dan keselesaan pelancong semasa berada di negara kita. Semakin tinggi kemudahan
infrastruktur yang disediakan semakin tinggi jumlah kedatangan pelancong ke kawasan ekopelancongan
tersebut. Contohnya, menaik taraf dan menyelenggara infrastruktur seperti jalan perhubungan ke
kawasan pelancongan dan jalan-jalan pertanian, membina jeti untuk aktiviti sungai, tandas, tapak
khemah, kemudahan untuk pendakian berbatu, membina tukun tiruan bagi aktiviti menyelam, dan
banyak lagi. Jika tempat pelancongan selesa dan lengkap, hal ini akan mendorong seseorang pelancong
itu tinggal lebih lama di negara ini sekali gus membolehkan negara memperoleh lebih banyak mata
wang asing. Ringkasnya, dengan adanya usaha seperti ini, taraf kehidupan masyarakat kampung dapat
dinaikkan seterusnya membantu meningkatkan pendapatan negara dengan menarik lebih ramai
pelancong berkunjung ke negeri ini.
Selain itu, penguatkuasaan undang-undang juga perlu bagi memastikan medium ekopelancongan
tidak diganggu. Penguatkuasaan secara tegas dapat memastikan aktiviti yang memberikan kesan negatif
kepada flora dan fauna dapat dikurangkan. Contohnya, Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) demi
memastikan hutan negara dapat dilindungi selain memastikan pembangunannya yang mampan dan
Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) untuk membanteras kegiatan pemburuan haram.
Tegasnya, usaha ini akan menjamin ekopelancongan dapat berterusan.
Usaha menambahkan hutan simpan kekal juga merupakan antara usaha penting untuk memajukan
kegiatan ekopelancongan. Hal ini demikian kerana pengekalan hutan membolehkan flora dan fauna
terus wujud dan kegiatan ekopelancongan dapat dikekalkan. Misalnya, pihak berkuasa hendaklah
mewartakan lebih banyak kawasan hutan simpan kekal seperti Taman Negara, Hutan Simpan Belum,
dan Hutan Simpan Bako. Lantaran itu, negara akan dipandang tinggi oleh masyarakat antarabangsa
kerana berupaya mengekalkan keseimbangan flora dan fauna.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai usaha yang dapat dirancang dan dilaksanakan untuk
meningkatkan sektor ekopelancongan di negara kita. Oleh itu, semua pihak hendaklah tampil dan
menunjukkan iltizam yang tinggi untuk membantu kerajaan mempromosikan Malaysia sebagai
destinasi ekopelancongan yang hebat, bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan

17

CONTOH BM Tingkatan 4 Tema 5

dapat sagunya. Dengan adanya kerjasama dan kesungguhan daripada semua pihak yang terbabit,
industri ekopelancongan di negara ini akan terus berkembang dan menjadi penyumbang utama kepada
pendapatan negara jika diusahakan secara lebih profesional.

Pendahuluan Usaha-usaha memajukan ekopelancongan KBAT Mencipta

Isu : Industri ekopelancongan mampu dimajukan
• K esan Kemajuan dalam industri ini menjanakan pertumbuhan ekonomi seterusnya menyumbang
pendapatan kepada negara
• Contoh Taman Negara Kuala Tahan (Pahang), Taman Negara Pulau Pinang di Pulau Pinang, Pulau

Perhentian dan Pulau Redang di Terengganu, Taman Negara Gua Mulu di Sarawak, Santuari Gajah
Kuala Gandah di Pahang, Pulau Sipadan dan Pulau Mabul di Sabah, dan destinasi-destinasi lain
• A ya t arahan terdapat banyak usaha yang boleh dilakukan untuk memajukan ekopelancongan


Isi 1 Kerajaan mempergiat promosi ekopelancongan

• Huraian isi Kerajaan melalui Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) wajar
menyediakan maklumat lengkap tentang sesuatu destinasi menarik yang terdapat di negara ini

• Con toh Maklumat-maklumat tentang aktiviti-aktiviti dan pengalaman yang ditawarkan, tarikan-
tarikan yang boleh mendorong pelancong untuk melancong ke destinasi tersebut, pengangkutan
dan kos yang diperlukan untuk sampai ke destinasi ekopelancongan tersebut, dan tempat-tempat
penginapan yang boleh didapati di kawasan ekopelancongan tersebut
• Huraian contoh Mendorong seseorang pelancong datang melawat negara kita pada suatu hari kelak

jika maklumat yang lengkap sampai ke pengetahuan pelancong
• Pen egasan promosi yang telah diatur sudah pasti akan menarik kehadiran pelancong ke Malaysia
dan merancakkan sektor ekopelancongan di Malaysia

Isi 2 Menaik taraf kemudahan infrastruktur

• Hu raian isi Menjamin kepuasan dan keselesaan pelancong semasa berada di negara kita

• Contoh Menaik taraf dan menyelenggara infrastruktur seperti jalan perhubungan ke kawasan

pelancongan dan jalan-jalan pertanian, membina jeti untuk aktiviti sungai, tandas, tapak khemah,
kemudahan untuk pendakian berbatu, serta membina tukun tiruan bagi aktiviti menyelam
• Hur aia n contoh Tempat pelancongan yang selesa dan lengkap akan mendorong seseorang
pelancong itu tinggal lebih lama di negara ini sekali gus membolehkan negara memperoleh lebih
banyak mata wang asing
• Penegasan taraf kehidupan masyarakat kampung dapat dinaikkan seterusnya membantu
meningkatkan pendapatan negara

18

BM Tingkatan 4 Tema 5

Isi 3 Penguatkuasaan undang-undang

• Hu raian isi Memastikan medium ekopelancongan tidak diganggu
• Co ntoh Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) dan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta
716)
• Hu rai an contoh Dapat memastikan aktiviti yang memberikan kesan negatif kepada flora dan fauna
dapat dikurangkan
• Pe negasan menjamin ekopelancongan dapat berterusan

Isi 4 Usaha menambahkan hutan simpan kekal

• Hu raian isi Pihak berkuasa hendaklah mewartakan lebih banyak kawasan hutan simpan kekal
• Co ntoh Taman Negara, Hutan Simpan Belum, dan Hutan Simpan Bako

• Hu rai an contoh Pengekalan hutan membolehkan flora dan fauna terus wujud dan kegiatan
ekopelancongan dapat dikekalkan
• Penegasan negara akan dipandang tinggi oleh masyarakat antarabangsa kerana berupaya

mengekalkan keseimbangan flora dan fauna

Kesimpulan

Kesimpulan Terdapat pelbagai langkah yang dapat dirancang dan dilaksanakan untuk meningkatkan
sektor ekopelancongan di negara kita
C ad angan Semua pihak hendaklah tampil dan menunjukkan iltizam yang tinggi untuk membantu
kerajaan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang hebat

H ar apan Kerjasama dan kesungguhan semua pihak yang terbabit, industri ekopelancongan di negara
ini akan terus berkembang dan menjadi penyumbang utama kepada pendapatan negara jika diusahakan
secara lebih profesional
CONTOH
Aktiviti PAK-21 Jalan Galeri

1 Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan.
2 Setiap kumpulan diminta membina rangka karangan berdasarkan petikan karangan yang diberikan.
3 Setiap kumpulan diberikan masa untuk mengadakan perbincangan dan menyiapkan tugasan.
4 Setelah masa yang diberikan berakhir, setiap kumpulan diminta mempamerkan hasil tugasan mereka.
5 Ahli daripada kumpulan lain diminta bergerak mengikut kumpulan untuk melihat hasil dapatan yang dipamerkan dan mendapatkan

maklumat.
6 Ahli daripada kumpulan yang lain boleh menulis komen di atas hasil kerja kumpulan lain.
7 Guru boleh membincangkan hasil dapatan setiap kumpulan dan komen yang diberikan oleh ahli kumpulan lain.

TP Pernyataan Pencapaian
1-2 Murid hanya mampu menulis kerangka karangan dengan menyusun dan menganalisis isi penting secara terhad.
3 - 4 Murid mampu menulis kerangka karangan dengan menyusun dan menganalisis isi penting secara terancang dan betul.
5 - 6 Murid dapat menulis kerangka karangan dengan menyusun dan menganalisis isi penting secara terancang dan tepat.

19

BM Tingkatan 4 Tema 6

Seni Bahasa Buku Teks m/s 74 – 75

SP: 4.2.1 Menggunakan peribahasa dan menghubung kait maksudnya dengan betul mengikut konteks.
Pilih dan lengkapkan peribahasa yang sesuai berdasarkan konteks cerita.

• pengayuh sudah ada di tangan, perahu sudah ada di air • sambil menyelam minum air

• jauh perjalanan, luas pemandangan • serampang dua mata

• ibarat orang mengantuk disorongkan bantal • sediakan payung sebelum hujan
CONTOH
Saya akan mendaki Gunung Janganlah awak risau. Jika segala persediaan
Kinabalu pada hujung bulan ini. telah dibuat, awak tentu mampu melakukannya.
Walaupun saya telah menjalani Peribahasa ada mengatakan (1) pengayuh
latihan mendaki Gunung sudah ada di tangan, perahu sudah ada di air
Lambak dan Gunung Ledang,
tetapi saya masih khuatir akan , awak hanya menanti masa
kemampuan saya. Banyak untuk melakukannya.
pendaki yang gagal ke puncak
kerana mengalami kejang otot
setelah mendaki separuh jalan.
Mampukah saya?

(2) Jauh perjalanan, luas pemandangan. Terima kasih atas ingatan awak.
Saya perlu (3) sediakan payung
Pendakian ini pasti akan menambahkan ilmu dan sebelum hujan

memperkayakan pengalaman awak. Oh, ya! Jangan lupa untuk mengelakkan kejadian
sediakan krim panas untuk mengelakkan kejang otot dan yang tidak diingini. Menawan
jaket untuk menahan suhu di bawah 7ᵒC. Saya doakan agar puncak Gunung Kinabalu
awak berada dalam keadaan yang cergas dan sihat serta merupakan impian saya sejak
berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu. kecil. Saya harus yakin bahawa
impian saya pasti akan menjadi
kenyataan.

TP Pernyataan Pencapaian

1-2 Murid tidak dapat mengaitkan situasi di dalam ayat dengan peribahasa yang sesuai atau tepat.

3 - 4 Murid berjaya mengaitkan situasi di dalam ayat dengan peribahasa yang sesuai dan tepat.

5-6 Murid berjaya mengaitkan situasi di dalam ayat dengan peribahasa yang sesuai dan mampu mencadangkan peribahasa seerti atau situasi yang lain
bagi menggambarkan peribahasa yang sama.

21

BM Tingkatan 4 Tema 6

Tatabahasa Buku Teks m/s 76 – 77

SP: 5.2.2 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata kerja dengan betul mengikut konteks.

Kenal pasti kata kerja transitif aktif yang terdapat dalam petikan tersebut. Kemudian, bina tiga ayat dengan
menggunakan kata kerja tersebut mengikut konteks. KBAT Menganalisis, Mencipta

Pada era milenium ini, industri pelancongan di Malaysia semakin pesat membangun. Keadaan ini telah
menjanakan pertumbuhan ekonomi dan merancakkan aktiviti perniagaan. Perkembangan pesat industri
pelancongan ini menjadikan pelancongan satu daripada industri penting di Malaysia. Memandangkan
Malaysia mempunyai potensi yang besar dalam industri pelancongan, pelbagai inisiatif yang efisien perlu
diambil bagi memajukan industri pelancongan di negara kita.
Antara cara untuk memajukan industri pelancongan di negara kita termasuklah memperlengkap
kemudahan pengangkutan awam di negara ini. Hal ini demikian kerana pengangkutan awam berfungsi
sebagai kenderaan utama bagi pelancong untuk sampai ke destinasi tertentu. Dalam hal ini, kemudahan
pengangkutan awam seperti bas, sampan, bot, dan kapal perlu diperbanyak.
Selain itu, bas persiaran juga perlu diperbanyak untuk kemudahan pelancong. Di Kuala Lumpur, bas
persiaran dua tingkat, iaitu KL Hop-On-Hop-Off yang berkhidmat untuk membawa pelancong mengunjungi
40 destinasi menarik di Kuala Lumpur telah memudahkan pergerakan pelancong. Namun begitu, pihak
berkenaan harus memastikan kemudahan pengangkutan tersebut berada dalam keadaan sempurna dan
selamat bagi mengelakkan tragedi kemalangan berlaku.
Usaha menyediakan kemudahan penginapan seperti inap desa, calet, dan hotel perlu diperbanyak
dengan harga yang berpatutan supaya tidak terlalu membebankan pelancong. Tambahan pula, layanan yang
mesra kepada pelancong juga harus diberikan oleh pihak pengurusan tempat penginapan. Di samping itu,
agensi pelancongan harus ditubuhkan untuk menyalurkan maklumat kepada pelancong melalui Internet,
iklan, dan lain-lain. Tindakan ini membolehkan pelancong mendapat maklumat seperti kedudukan geografi
dan iklim di negara ini. Secara tidak langsung, mereka akan tertarik dengan keindahan sesuatu tempat dan
berminat untuk melancong ke negara kita.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Langkah Memajukan Industri Pelancongan di Malaysia’,
Dewan Siswa Bil. 12, 2019
CONTOH
Kata Kerja Transitif Aktif

• menjanakan • merancakkan • menjadikan • mempunyai
• memajukan • memperlengkap • membawa • mengunjungi
• memudahkan • memastikan • mengelakkan • menyediakan
• membebankan • menyalurkan • membolehkan
• mendapat • melancong

1 Kepelbagaian biologi seperti terumbu karang, penyu, dan kehidupan marin yang lain merupakan
khazanah semula jadi yang menjadikan Pulau Layang-layang terkenal.
2 Kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha bagi memajukan sektor pelancongan di negara kita.


3 Kita harus melancong di dalam negara terlebih dahulu sebelum melancong ke negara luar.



TP Pernyataan Pencapaian
1-2 Murid tidak berjaya mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga perkataan bagi kata kerja transitif aktif yang terdapat dalam petikan. Murid membina
3-4 ayat menggunakan kata kerja yang dipilih tetapi tidak gramatis.
5-6 Murid berjaya mengenal pasti lebih daripada tiga perkataan bagi kata kerja transitif aktif yang terdapat dalam petikan. Murid membina ayat
menggunakan kata kerja yang dipilih dengan gramatis tetapi laras dan konteks yang tidak berbeza.
Murid berjaya mengenal pasti lebih daripada lima perkataan bagi kata kerja transitif aktif yang terdapat dalam petikan. Murid membina ayat
menggunakan kata kerja yang dipilih dengan gramatis, laras, dan konteks yang berbeza.

22

BM Tingkatan 4 Tema 8 Buku Teks m/s 110 – 111

Membaca
SP: 2.3.3 Membaca dan membuat kesimpulan daripada bahan dengan betul.

Baca bahan dengan telitinya. Kemudian, buat kesimpulan. KBAT Mencipta

CONTOH
Muzium Diraja Istana Negara dahulunya merupakan tempat bersemayam rasmi Yang di-Pertuan
Agong dan Raja Permaisuri Agong sejak tahun 1957 hingga tahun 2011. Tuanku Abdul Rahman ibni

Almarhum Tuanku Muhammad ialah Yang di-Pertuan Agong pertama yang bersemayam di istana

tersebut, iaitu bermula pada 27 Ogos 1957 dan Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin
ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah ialah Yang di-Pertuan Agong terakhir yang
bersemayam di situ hingga 15 November 2011.
Muzium Diraja Istana Negara mula dibuka kepada orang ramai pada 1 Februari 2013 hingga kini.
Bangunan muzium ini telah dibina sejak tahun 1928 sebagai sebuah rumah agam bagi jutawan Cina

yang dikenali sebagai Chan Wing. Kediaman dua tingkat dengan 13 buah bilik ini dibina di atas Lot
No. 62, Seksyen 69, Kuala Lumpur dengan kos berjumlah $150 000.00. Kediaman ini turut memiliki
halaman yang luas dengan persekitaran yang cantik dan dipagari dengan pagar dawai berserta tiang

konkrit setinggi 15 kaki serta dibina sebuah pondok pengawal. Seni bangunan ini berkonsepkan
gaya Palladian, iaitu lambang kemewahan dan kehebatan. Pada tahun 1980, Istana Negara sekali
lagi melalui proses pengubahsuaian untuk membina beberapa ruang khas seperti balairung seri,

dewan menghadap, dewan persidangan, bilik duta, bilik menteri, bilik mesyuarat raja-raja, dan bilik

singgahsana kecil.

Kesimpulan
Kes imp ulannya, bangunan bersejarah yang mempunyai nilai estetika yang tinggi patut dipelihara dan
diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi. Dengan terdapatnya bangunan bersejarah, generasi

muda akan lebih menghargai dan peka akan perkembangan sejarah di negara kita. Hal ini akan membentuk

sebuah masyarakat yang menghayati warisan dan khazanah negara. Oleh yang demikian, semua pihak

haruslah berganding bahu dan bekerjasama antara satu sama lain dalam usaha pengekalan dan pemeliharaan

bangunan bersejarah ini agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

TP Pernyataan Pencapaian
1-2 Kesimpulan tidak lengkap. Murid hanya mampu menulis kesimpulan berkaitan usaha memelihara dan memulihara bangunan bersejarah secara terhad.
3-4 Penggunaan ayat yang kurang gramatis dan penggunaan istilah yang agak terhad.
Kesimpulan lengkap. Murid mampu menulis kesimpulan berkaitan usaha memelihara dan memulihara bangunan bersejarah dengan baik menggunakan
5-6 maklumat yang terdapat di dalam bahan di atas. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang betul.
Kesimpulan lengkap. Murid mampu menulis kesimpulan berkaitan usaha memelihara dan memulihara bangunan bersejarah dengan sangat baik
menggunakan maklumat yang terdapat di dalam dan di luar bahan-bahan di atas. Murid boleh memberikan contoh dan mencadangkan penyelesaian
dengan tekal, terperinci, dan mampu menjadi rujukan kepada rakan-rakan. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan
istilah yang luas dan tepat.

28

BM Tingkatan 4 Tema 9

Tatabahasa Buku Teks m/s 118 – 119

SP: 5.2.4 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata tugas dengan betul mengikut konteks.

Kategorikan kata hubung yang terdapat dalam petikan. Kemudian, bina ayat menggunakan kata hubung
tersebut mengikut konteks. KBAT Menganalisis, Mencipta

Tahukah Anda? ASAL USUL BENDERA MALAYSIA

Pada 29 November 1949, Majlis Raja-Raja dengan kerjasama Majlis

Perundangan Persekutuan telah mengadakan pertandingan untuk
CONTOH
memilih reka bentuk bendera bagi kerajaan yang bakal dibentuk

pada Mei 1948. Seramai 373 karyawan telah mengambil bahagian.

Pada 15 November 1949, hanya tiga reka bentuk yang berjaya dipilih

ke peringkat akhir dan ciptaan Encik Mohamed bin Hamzah (arkitek

Jabatan Kerja Raya Negeri Johor) telah dipilih sebagai pemenang. Reka

bentuk bendera tersebut telah dibuat beberapa pindaan, iaitu bulan

sabit dan bintang yang pada asalnya berwarna putih digantikan dengan

warna kuning bagi melambangkan warna diraja. Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan

King George VI pada 19 Mei 1950. Pada 26 Mei 1950, buat pertama kalinya Bendera Persekutuan Tanah

Melayu telah dikibarkan di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja

Melayu serta pegawai-pegawai King George VI. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dan

berkibar secara rasmi pada 31 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor seiring dengan berkumandangnya lagu

Negaraku yang buat kali pertama diperdengarkan kepada umum. Setelah berkibar megah sejak tahun 1950,

pada malam 31 Ogos 1997 sempena sambutan 40 tahun kemerdekaan negara, Tun Dr. Mahathir Mohammad

yang merupakan Perdana Menteri Malaysia ketika itu telah mengukir sejarah dengan mengumumkan nama

baharu bagi bendera Malaysia, iaitu sebagai Jalur Gemilang.

Kata Hubung Kata Hubung Kata Hubung Kata Hubung
Gabungan Pancangan Relatif Pancangan Pancangan Keterangan
Komplemen
• dan • yang • setelah
• serta • untuk • sejak

1 Sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri pada tahun ini amat bermakna bagi saya kerana pasukan
pancaragam sekolah saya terpilih untuk membuat persembahan.
2 Kami menyaksikan acara perbarisan dan perarakan sambil mengibarkan Jalur Gemilang dengan
penuh bersemangat.
3 Setelah mencuba nasib di luar negara selama sepuluh tahun, Azlina mengambil keputusan untuk
pulang berkhidmat di negara asalnya.
4 Sejak kecil, ibu bapa hendaklah menyemai semangat patriotisme dalam jiwa anak-anak.



TP Pernyataan Pencapaian
1-2 Murid berjaya mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga kata hubung yang terdapat dalam petikan, tetapi tidak berjaya mengkategorikan kata hubung
3-4 tersebut. Murid dapat membina ayat dengan menggunakan kata hubung yang dikenal pasti tetapi tidak gramatis.
5-6 Murid mampu mengenal pasti kata hubung yang terdapat dalam petikan dan berjaya mengkategorikan kata hubung tersebut. Murid dapat membina
ayat yang gramatis dengan menggunakan kata hubung yang dikenal pasti.
Murid mampu mengenal pasti kata hubung yang terdapat dalam petikan dan berjaya mengkategorikan kata hubung tersebut. Murid mampu membina
ayat yang gramatis dan terperinci dengan menggunakan kata hubung yang dikenal pasti.

30

BM Tingkatan 4 Tema 9

Menulis Buku Teks m/s 124 – 125

SP: 3.6.1 Menganalisis kesalahan bahasa dan kejituan idea dalam pelbagai teks.
Analisis kesalahan bahasa dalam petikan di bawah dan betulkannya. KBAT Menganalisis

Saban tahun, kita akan menyambut Hari Kemerdekaan di tanggal 31 Ogos. Banyak kebaikan akan
diperoleh kita apabila menyaksikan pelbagai acara-acara sambutan yang gilang-gemilang ini. Sambutan
Hari Kemerdekaan adalah penting agar supaya dapat mengukuhkan jati diri rakyat Malaysia. Seterusnya,
melalui sambutan Hari Kemerdekaan, kita dapat mengekalkan perpaduan di antara kaum di negara
kita. Negara yang harmoni dan sejahtera hanya akan dapat dibentuk jika semua kaum ini dapat bersatu
padu, saling hormat-menghormati, bekerjasama, dan bertoleransi. Hal ini selaras dengan hasrat
kerajaan demi untuk membentuk perpaduan kaum. Pelbagai kaum yang menyertai perbarisan bersatu
padu menjayakan temasya yang hebat ini. Justeru, kesepakatan ini mampu melahirkan perasaan
kecintaan, bak kata pepatah bagai aur dengan tebing. Selain daripada itu, sambutan Hari Kemerdekaan
mampu membentuk generasi yang bersyukur. Hal ini wujud bila belia dipertontonkan kisah tentang
kepayahan pejuang negara berjuang menentang penjajah. Kesedaran timbul apabila generasi kini
merasakan kepayahan menuntut kemerdekaan. Laungan Merdeka! Merdeka! semasa sambutan Hari
Kemerdekaan mampu menaik semangat cintakan negara di dalam diri masyarakat.
CONTOH
Kesalahan Pembetulan
di pada
diperoleh kita kita peroleh
pelbagai acara-acara pelbagai acara/ acara-acara
agar supaya agar/ supaya
di antara antara
saling hormat-menghormati saling menghormati/ hormat-menghormati
demi untuk demi/ untuk
selain daripada itu selain itu
bila apabila
merasakan merasai
menaik menaikkan
cintakan cinta akan
di dalam dalam

TP Pernyataan Pencapaian
1-2 Murid tidak dapat mengenal pasti semua kesalahan ejaan, tanda baca, dan kesalahan nahu yang mudah yang terdapat dalam petikan. Murid hanya
3-4 mampu mengedit kesalahan tersebut secara terhad.
5-6 Murid mampu mengenal pasti sekurang-kurangnya lapan kesalahan ejaan, tanda baca, dan kesalahan nahu yang mudah yang terdapat dalam
petikan. Murid mampu mengedit kesalahan tersebut dengan betul.
Murid mampu mengenal pasti semua kesalahan ejaan, tanda baca, dan kesalahan nahu yang mudah yang terdapat dalam petikan. Murid mampu
mengedit kesalahan tersebut dengan betul tanpa mengubah maksud asal ayat.

31

BM Tingkatan 4 Tema 10

Menulis Buku Teks m/s 134 – 135

SP: 3.5.1 Mengolah pelbagai bahan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai.

Berdasarkan bahan grafik di bawah, tulis ulasan tentang keburukan penggunaan bahasa rojak.

KBAT Mencipta

Daniel 4G 1:01
Awak dah lunch?
Belom lagi! Nak makan ape? Makan kat kedai ke tapau?
Apa kata makan burger? Burger lagi? Tak boring ke u? Makanan tu high kolesterol tau!

x leh ke?
‌⎹‌ menaip
CONTOH
Isu pencemaran bahasa melalui penggunaan bahasa rojak dalam kalangan masyarakat semakin
meruncing dewasa ini. Amalan bahasa rojak bermakna tabiat suka mencampuradukkan perkataan
bahasa Inggeris semasa menggunakan bahasa Melayu. Media massa merupakan antara punca yang
menyebabkan pencemaran bahasa ini berlaku. Isu ini harus ditangani segera kerana bakal meninggalkan
kesan membimbangkan pada jangka masa panjang.
Pencemaran bahasa akan menjejaskan martabat bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana penggunaan
bahasa rojak bukan sahaja sudah semakin sebati dalam kalangan masyarakat khususnya generasi Z,
bahkan bagai api dalam sekam yang membakar senyap sehingga menjejaskan martabat bahasa Melayu
itu sendiri. Penggunaan bahasa rojak yang berleluasa dalam kalangan remaja terutama di media sosial
merupakan satu bentuk kehilangan bahasa sekiranya tidak dibendung akan beransur-ansur menghakis
kekuatan bahasa itu sendiri. Oleh itu, masalah penggunaan bahasa rojak dan slanga di media sosial perlu
ditangani segera bagi memartabatkan bahasa Melayu dalam masyarakat.
Kesan penggunaan bahasa rojak yang paling ketara ialah akan menjejaskan pembelajaran dalam
Bahasa Melayu di sekolah. Apabila tatabahasa dan pemahaman bahasa Melayu pelajar terpengaruh dengan
penggunaan bahasa rojak, kemahiran dalam penulisan pelajar serta jati diri mereka turut akan terjejas.
Hal ini demikian kerana bahasa rojak ini terbawa-bawa kepada penggunaan rasmi seperti karangan,
surat rasmi, dan memo hingga menyebabkan mutu penguasaan bahasa Melayu terus merosot dan lemah
serta terhakis. Jelaslah bahawa pembelajaran di sekolah akan terjejas kerana penggunaan bahasa rojak.
Selain itu, penggunaan bahasa rojak akan menjejaskan keberkesanan komunikasi dalam masyarakat
sekali gus menimbulkan salah faham. Hal ini demikian kerana kebiasaan menggunakan bahasa rojak
seperti bahasa yang kurang sopan ketika berkomunikasi di laman media sosial boleh menimbulkan salah
faham dan akhirnya menyebabkan pergaduhan. Jelaslah bahawa penggunaan bahasa rojak menjejaskan
kemahiran berbahasa.
Kesimpulannya, sebagai warganegara yang cinta akan negara, setiap rakyat perlu mempertahankan
kelangsungan bahasa kebangsaan. Oleh itu, golongan masyarakat tanpa mengira umur perlu terus
menggunakan bahasa Melayu dengan baik di samping memartabatkan penggunaan bahasa Melayu
tanpa mengira keadaan. Keaslian bahasa Melayu perlu terus dipelihara agar kekal menjadi wahana
komunikasi utama di negara ini tanpa dicampuradukkan dengan bahasa-bahasa lain. Bak kata pepatah
“yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa”.

TP Pernyataan Pencapaian
1-2 Murid hanya mampu menulis ulasan secara terhad berdasarkan grafik yang diberikan. Terdapat banyak kesalahan ejaan. Penggunaan ayat yang
3-4 kurang gramatis dan penggunaan penanda wacana yang agak terhad.
5-6 Murid mampu menulis ulasan dengan baik berdasarkan grafik yang diberikan. Penggunaan ayat yang gramatis dan penggunaan ejaan dan penanda
wacana yang betul.
Murid mampu menulis ulasan dengan sangat baik berdasarkan grafik yang diberikan dengan tekal, terperinci, dan mampu menjadi rujukan kepada
rakan-rakan. Penggunaan ayat yang gramatis, indah, serta menarik dan penggunaan ejaan dan penanda wacana yang sesuai.

33

BM Tingkatan 4 Tema 12

Menulis Buku Teks m/s 164 – 165

SP: 3.5.2 Mengolah maklumat daripada pelbagai bahan dalam bentuk grafik yang sesuai dan menarik.

Baca petikan di bawah dengan menggunakan teknik ACID. Kemudian, olah maklumat daripada petikan dalam
bentuk grafik yang sesuai dan menarik. KBAT Mencipta

Pembuatan gambus bermula daripada pemilihan kayu. Kayu diambil daripada
batang pokok yang ditebuk di bahagian tengah. Kayu yang dipilih hendaklah berkualiti.
Selepas kayu dipotong, kayu tersebut akan dibelah menggunakan mesin untuk
dijadikan kepingan badan gambus. Kemudian, kayu yang sudah menjadi kepingan
papan yang nipis itu akan direndam dalam air semalaman. Langkah ini penting untuk
memastikan kayu tersebut benar-benar kuat dan tahan lama. Setelah papan direndam,
kerja-kerja melayurkan papan dilakukan. Melayurkan papan di atas api ini bertujuan
untuk membengkokkan papan. Kerja-kerja ini perlu dilakukan dengan berhati-hati.
Sekiranya tersilap langkah, papan yang lembut dan nipis ini akan patah. Papan yang
patah tidak boleh digunakan lagi dalam pembuatan gambus. Sesudah kerja-kerja melayur papan, papan
tersebut akan dikikir hingga menjadi tajam di bahagian hujungnya. Papan inilah yang akan menjadi
badan gambus. Beberapa keping papan diperlukan untuk membuat badan gambus. Dengan menggunakan
paku dan gam, setiap keping papan ini akan dicantumkan berpandukan acuan khas. Papan akan disusun
mengikut dua jenis warna secara berselang-seli bagi menambahkan kecantikan rupa bentuk gambus. Untuk
menguatkan struktur binaan gambus, apit-G digunakan untuk menetapkan kedudukan papan tersebut.
Seterusnya, bahagian badan dan muka akan diketam untuk memperhalus badan dan muka gambus. Gambus
yang separuh siap ini akan dibiarkan sehari untuk memastikannya betul-betul kukuh. Selepas itu, penutup
gambus akan dibuat. Penutup gambus ini mempunyai motif kerawang yang diukir. Ukiran yang siap itu akan
ditampalkan pada penutup gambus. Seterusnya, kerja-kerja kemasan gambus dilakukan. Akhir sekali, tali
dipasang pada hujung leher hingga kekuda gambus. Gambus akan diuji bunyi supaya tidak sumbang.
CONTOH
Pemilihan kayu Proses Pembuatan Gambus Direndam dalam
Membelah kayu air semalaman

Melayur Pembuatan badan Mengetam
gambus

Membuat penutup Kekemasan Pemasangan tali
gambus gambus dan uji

bunyi

TP Pernyataan Pencapaian

1-2 Murid tidak berjaya mengolah maklumat daripada petikan yang diberikan. Murid menggambarkan idea menggunakan bentuk grafik yang kurang
sesuai.

3 - 4 Murid berjaya mengolah maklumat daripada petikan yang diberikan. Murid menggambarkan idea menggunakan bentuk grafik yang sesuai.

5-6 Murid berjaya mengolah maklumat daripada petikan yang diberikan. Murid menggambarkan idea menggunakan bentuk grafik yang sesuai dan
menarik.

41

BM Tingkatan 4 Tema 14

Tema 14 Sihat dan Bersih Pilihanku

Mendengar dan Bertutur Buku Teks m/s 190 – 191

SP: 1.8.1 Merumus isu semasa dengan kritis dan bernas secara jelas menggunakan ayat yang betul dan gramatis.

Teliti bahan di bawah. Kemudian, rumuskan isu yang terkandung dalam bahan dengan jelas, kritis, dan bernas.

KBAT Menganalisis, Menilai
CONTOH
Keracunan Makanan Boleh Membunuh, Statistik keracunan makanan antara
Segera Dapatkan Rawatan tahun 2016 – 2017

Gejala Neurologi: Tahun Jumlah kes
– Kebas mulut 2016 17 480
– Sukar bernafas 2017 13 868

TANDA-TANDA

Loya Muntah Sakit Demam
Perut Cirit-birit
Apakah kesan (komplikasi) daripada

keracunan makanan?
Keracunan makanan boleh mengakibatkan
kematian jika tidak mendapat rawatan awal.
Selain itu, keracunan makanan juga boleh
mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh
atau sakit sendi-sendi yang berpanjangan.

Rumusan isu
Kes keracunan makanan di Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun. Mereka yang keracunan
makanan akan mengalami gejala yang begitu teruk sehingga sakit perut, muntah, dan cirit-birit sehingga
terpaksa dirawat di hospital. Cara pemprosesan makanan dan minuman yang tidak bersih ataupun makanan
tidak dimasak dengan baik menjadi punca utama keracunan makanan. Intihanya, semua pihak perlu
bertanggungjawab dalam memelihara kebersihan makanan. Pengusaha makanan dan pengusaha kantin
harus memainkan peranan penting menjaga kebersihan makanan untuk mengelakkan gejala keracunan
makanan dalam kalangan murid sekolah. Orang ramai juga perlu sentiasa mengamalkan keselamatan
makanan dengan memilih premis makanan yang bersih untuk membeli makanan serta mengamalkan
konsep ‘lihat, hidu, dan rasa’ sebelum makan untuk mengelakkan memakan makanan yang telah rosak.

TP Pernyataan Pencapaian

1-2 Murid hanya mampu merumus isu keracunan makanan secara terhad. Penggunaan ayat yang kurang gramatis dan penggunaan istilah yang agak
terhad.

3 - 4 Murid mampu merumus isu keracunan makanan secara jelas. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang betul.

Murid mampu merumus isu keracunan makanan secara jelas, kritis, dan bernas menggunakan ayat yang betul. Murid boleh memberikan contoh
5 - 6 dan mencadangkan penyelesaian dengan tekal, terperinci, dan mampu menjadi rujukan kepada rakan-rakan. Penggunaan ayat yang gramatis,

bertatasusila, dan penggunaan istilah yang luas dan tepat.

46

Jawapan

Tema 1 Merealisasikan Impian Tradisi Ngayau atau pemburu kepala cukup sinonim
dengan kehidupan penduduk Bumi Kenyalang pada suatu
Mendengar dan Bertutur ketika dahulu. Tradisi ini sebagai lambang martabat sosial
seseorang individu dalam kelompok tersebut. Semakin
Jawapan murid banyak kepala musuh dipenggal dan disimpan, lebih tinggi
penghormatan diberikan kepadanya. Tradisi ini sudah tidak
Tatabahasa diamalkan lagi.

CONTOHKata tunggal Tema 2 Insan Terdidik, Negara Sejahtera
di, ayah, -nya, dia, dan, abang, ke, sekolah, kerana, mahu,
mereka, bahasa, dengan, baik, alam, yang, fokus, pada, Mendengar dan Bertutur
akademik, sentiasa, cemerlang, dalam, aktif, aktiviti, esei,
puisi, pantun, enam, untuk, cekap, oleh, para, fakulti, itu, 1 Perkataan : rendang
kosisten, semester, juga, tahun, ketika, tamat, kerja, jenis,
praktikal, berita, pihak, bakat Maksud : Banyak daun dan cabangnya (berkenaan
pokok); rimbun
Kata majmuk
sekolah kebangsaan, mata pelajaran, ditemu duga, mencuba Ayat : Ayah membentang tikar di bawah sebatang
bakat pokok yang rendang.

Menulis Maksud : Lauk yang dibuat daripada daging, ayam, dan
lain-lain serta dibubuhi rempah dan dimasak
1 Yahya dan peserta-peserta lain berlari dengan pantas ke dengan santan kelapa hingga kering.
garisan penamat acara lumba lari 200 meter.
Ayat : Kai Jun memang suka makan masakan orang
2 Persaingan sengit untuk mencapai kejayaan dalam Melayu terutamanya rendang.
akademik telah menyebabkan Ramlah berasa tertekan.
2 Perkataan : reda
3 Semua pihak harus berganding bahu bagi memastikan
gejala sosial dapat dikurangkan. Maksud : Membenarkan (melepaskan dan lain-lain)
dengan ikhlas; mengizinkan; merelakan
4 Kem Kepimpinan itu diadakan untuk mengasah bakat
kepimpinan selain membina sahsiah terpuji dalam Ayat : Walaupun berat hati, dia reda dengan
kalangan murid. pemergian anaknya.

5 S. Karthikgesan mengharumkan nama negara apabila Maksud : Mula berkurang; hampir berhenti (berkenaan
berjaya merangkul tiga hadiah utama dalam Pertandingan hujan ribut atau angin)
Inovasi dan Reka Cipta (IIDEX) 2019 peringkat
antarabangsa. Ayat : Selepas setengah jam berteduh di bawah
hentian bas, hujan pun reda.
Mendengar dan Bertutur
Menulis
Rumah Panjang Annah Rais terletak di Padawan. Rumah
Panjang Annah Rais merupakan antara rumah panjang Pemanfaatan unsur Teknologi Maklumat dan Komunikasi
masyarakat Bidayuh yang masih kukuh berdiri hingga kini. (TMK) dalam bidang pendidikan boleh meningkatkan kualiti
Rumah panjang Annah Rais dibina pada tahun 1818. Namun proses PdP dalam kalangan guru dan murid. Penggunaan
begitu, struktur rumah panjang ini masih kukuh, malah kini buku teks digital merupakan inisiatif yang paling efektif
dilengkapi kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik. untuk menggantikan penggunaan buku teks bercetak pada
Para penghuninya masih mengamalkan budaya dan tradisi masa hadapan. Tambahan pula, guru dan murid mungkin
zaman dahulu. Rumah panjang ini telah menjadi destinasi akan memberikan perhatian terhadap penggunaan buku
pelancongan popular kerana jaraknya dengan bandar raya digital, memandangkan situasi kini mengehadkan pergerakan
Kuching tidak begitu jauh, iaitu kurang daripada 60 kilometer. untuk mendapatkan sumber bacaan yang berbentuk fizikal.
Pengunjung yang melawat ke Rumah Panjang Annah Penggunaan buku digital yang meluas semasa isu COVID-19
Rais akan diraikan dengan banyak tarian untuk menyambut masih berlaku hingga kini mungkin merupakan transisi
kedatangan mereka. Para pengunjung juga diajak menari daripada penggunaan buku teks bercetak kepada buku
tarian tradisional bersama-sama. Penghuni rumah panjang teks digital dalam sistem pendidikan di Malaysia. Dengan
menghasilkan produk kraf tangan termasuk daripada penggunaan teknologi dalam sistem pendidikan di Malaysia,
manik tradisional Bidayuh yang dijual untuk menambahkan murid dapat mengakses bahan-bahan yang berkaitan dengan
pendapatan. Rumah panjang 120 pintu di Kampung Annah mata pelajaran atau pendidikan melalui platform yang mudah
Rais itu menjadi destinasi pelancongan popular. Pelawat boleh untuk dicapai tanpa mengira masa dan lokasi. Penggunaan
melihat penduduk kampung membuat kraf tangan, memetik buku digital merupakan satu kaedah Pembelajaran Abad Ke-
dan memproses lada, termasuk cara lada dikeringkan di 21 (PAK-21) yang lebih bersifat interaktif.
beranda rumah panjang, yang dipanggil ‘awah’.
Tatabahasa


Awalan
terlebih, penganjur, bertajuk, berfaedah, terbaik, membesar,
memupuk, diperoleh, terdorong

J1


Click to View FlipBook Version