The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Publications, 2023-05-27 20:56:32

KM Vision UASA BM Y6

KM Vision UASA BM Y6

Dicetak oleh: Swan Printing Sdn. Bhd. (274710-X) Lot 5249, Jalan BS7/1, Kawasan Perindustrian Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Sel. D.E. Lot 1 & 2, Jalan BS 7/1A, Taman Bukit Serdang, Seksyen 7, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. • Bhg. Penjualan: 03 – 8959 2001/ 3001/ 4003 • Faks: 03 – 8957 3611 • Bhg. Editorial: 03 – 6150 3009 • Faks: 03 – 6150 1007 • E-mel: [email protected] • Laman Web: www.pep-publications.com Sem. M’sia: RM6.50 Sabah/ S’wak: RM6.90 6 年 级 掌握UASA模拟测验 SesiAkademik Ujian Akhir Kertas Model Vision Sulaiman bin Anwar Jeffrey Ng 6 ISBN 978-629-7560-50-2 9 786297 560502 Kertas Model Vision UASA 1 set Kertas Model UPSA (Ujian Pertengahan Sesi Akademik) 4 set Kertas Model UASA (Ujian Akhir Sesi Akademik) Berdasarkan topik-topik dalam buku teks. Jawapan yang lengkap disediakan. 掌握UASA模拟测验 SesiAkademik Ujian Akhir Kertas Model Vision KSSR Semakan Format Terkini UASA BAHASA 国文 MELAYU © PEP Publications Sdn. Bhd. Semua hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula atau dipindahkan dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, baik dengan cara elektronik, mekanik, penggambaran ataupun sebaliknya tanpa izin yang bertulis terlebih dahulu daripada PEP Publications Sdn. Bhd. Dicetak oleh: Swan Printing Sdn. Bhd. (274710-X) Lot 5249, Jalan BS7/1, Kawasan Perindustrian Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. PEP Publications Sdn. Bhd. (811705-T) Lot 1 & 2, Jalan BS 7/1A, Taman Bukit Serdang, Seksyen 7, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. • Bhg. Penjualan: 03 – 8959 2001/ 3001/ 4003 • Faks: 03 – 8957 3611 • Bhg. Editorial: 03 – 6150 3009 • Faks: 03 – 6150 1007 • E-mel: [email protected] • Laman Web: www.pep-publications.com Dicetak oleh: Swan Printing Sdn. Bhd. (274710-X) Lot 5249, Jalan BS7/1, Kawasan Perindustrian Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Sel. D.E. Lot 1 & 2, Jalan BS 7/1A, Taman Bukit Serdang, Seksyen 7, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. • Bhg. Penjualan: 03 – 8959 2001/ 3001/ 4003 • Faks: 03 – 8957 3611 • Bhg. Editorial: 03 – 6150 3009 • Faks: 03 – 6150 1007 • E-mel: [email protected] • Laman Web: www.pep-publications.com Sem. M’sia: RM6.50 Sabah/ S’wak: RM6.90 PEP PUBLICATIONS SDN BHD (811705 – T) 本系列书籍 Judul-judul dalam siri ini: 国文 Bahasa Melayu 英文 English 华文 Bahasa Cina 数学 Matematik 科学 Sains 历史 Sejarah 科目 Subjek 年级 Tahun 4 5 6 年 级 Tahun 国文 Setiap set boleh dileraikan 00-Cv KM Vision UASA BM amend.indd 3 2/5/2023 1:18:31 PM


1.1 – 1.12 1 2 3 4 5 KANDUNGAN Jawapan J1 – J4 2.1 – 2.12 3.1 – 3.12 4.1 – 4.12 5.1 – 5.12 Set Set Set Set Set Set01 Kndungan Krtas MdelUASA BM6.indd 2 13/04/2023 5:44 PM CONTOH


1.1 UPSA Set 1 BAHASA MELAYU – TAHUN ENAM UJIAN PERTENGAHAN SESI AKADEMIK (UPSA) (Tema 1 – Tema 4) Kertas ujian ini mengandungi 12 halaman bercetak. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1 – 10 10 B 1 5 2 5 C 1 10 D 1 20 JUMLAH 50 1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan nama kelas kamu pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan kamu hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas ujian ini. 4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. ARAHAN: Set1 Krtas MdelUASA BM6 .indd 1 14/04/2023 3:04 PM CONTOH


2.1 UPSA Set 2 BAHASA MELAYU – TAHUN ENAM UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) Kertas ujian ini mengandungi 12 halaman bercetak. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1 – 10 10 B 1 5 2 5 C 1 10 D 1 20 JUMLAH 50 1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan nama kelas kamu pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan kamu hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas ujian ini. 4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. ARAHAN: Set2 Krtas MdelUASA BM6.indd 1 12/04/2023 1:58 PM CONTOH


2.2 UASA Set 2 Soalan 1 dan 2 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1. Encik John dan keluarganya _______ ke hospital selepas mendapat tahu bahawa keadaan ayahnya semakin serius. A bermula B bergegas C berlumba D bergerak [1 markah] 2. COVID-19 ialah virus yang dapat menyebabkan jangkitan pada _______ pernafasan manusia. A saluran B bersalur C disalurkan D menyalurkan [1 markah] Soalan 3 Pilih ayat yang betul. 3. A Peserta perempuan yang mendeklamasikan sajak yang bertajuk “Nusa Tercinta” itu adalah kakak saya. B Malaysia ialah negara yang unik kerana masyarakatnya terdiri daripada masyarakat majmuk. C Makanan segera ialah tidak berkhasiat untuk kesihatan badan manusia. D Objektif utama Kem Keluarga Ceria ialah untuk mengeratkan hubungan antara ahli keluarga. [1 markah] Set2 Krtas MdelUASA BM6.indd 2 12/04/2023 1:58 PM CONTOH


2.3 UASA Set 2 Soalan 4 hingga 6 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Persatuan Pendidikan Muzik SJK(C) Taman Keladi telah menganjurkan pertandingan koir bersempena dengan sambutan Bulan Kemerdekaan. Pertandingan koir itu bertemakan perpaduan di Malaysia. Pertandingan koir itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid. Setiap kelas telah menghantar satu pasukan untuk pertandingan koir tersebut. Hafizul dan rakan sekelas telah mendaftarkan nama dalam pertandingan tersebut. Mereka berjumpa dengan Cikgu Norsiah untuk membincangkan lagu-lagu pilihan kelas mereka. Bukan itu sahaja, mereka gigih berlatih setiap hari selepas waktu persekolahan untuk persediaan yang rapi. Mereka juga saling menghormati ahli kumpulan koir dan membantu sepanjang latihan. Pada hari pertandingan, mereka mengenakan kostum yang cantik dan mempersembahkan lagu kemerdekaan dengan persembahan yang menarik. Akhirnya, pasukan koir kelas Hafizul telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut. 4. Apakah tajuk yang difokuskan dalam pertandingan koir yang dianjurkan oleh Persatuan Pendidikan Muzik SJK(C) Taman Keladi? A Kemerdekaan negara B Kejayaan SJK(C) Taman Keladi C Perpaduan di Malaysia D Persatuan Pendidikan Muzik [1 markah] 5. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. A Persatuan Pendidikan Seni ialah penganjur untuk pertandingan koir di SJK(C) Taman Keladi. B Hafizul dan kawan-kawannya memilih lagu berirama malar segar dalam pertandingan koir. C Kebanyakan ahli kumpulan koir kelas Hafizul kurang memberikan sokongan semasa latihan koir untuk pertandingan koir itu. D Kelas Hafizul yang memakai kostum yang cantik dan persembahan yang menarik telah menjadi johan dalam pertandingan koir itu. [1 markah] 6. Berikut ialah sikap ahli kumpulan koir kelas Hafizul sebelum pertandingan koir berlangsung kecuali A menepati masa semasa berlatih. B menghormati rakan dalam pasukan koir. C rajin berlatih pada setiap hari. D membuat persediaan yang rapi. [1 markah] Set2 Krtas MdelUASA BM6.indd 3 12/04/2023 1:58 PM CONTOH


2.4 UASA Set 2 CARA-CARA MEMBALAS JASA IBU BAPA Mendengar nasihat Menghormati dan menghargai jasa Membuat kerja rumah dengan sempurna Belajar bersungguh-sungguh Memberikan hadiah sebagai tanda penghargaan Meluangkan masa menemani mereka pada masa lapang Soalan 7 hingga 10 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalansoalan yang berikutnya. BAHAN 1 Encik Morgan ialah guru kaunselor SJK (T) Pantai Dalam. Beliau hendak memupuk semangat kasih sayang terhadap keluarga dalam kalangan murid Tahun 6 Gigih. Navin dan Tila telah ditugaskan untuk membentangkan tajuk “Cara-cara Membalas Jasa Ibu Bapa” dalam sesi perkongsian ilmu. Mereka bekerjasama menghasilkan satu peta minda untuk memudahkan pembentangan kumpulan. Antara bahan yang disediakan oleh mereka termasuklah gunting, pensel warna dan gam. Mereka mematuhi kehendak Encik Morgan dan menyelesaikan pembentangan dengan sempurna. BAHAN 2 Set2 Krtas MdelUASA BM6.indd 4 12/04/2023 1:58 PM CONTOH


2.5 UASA Set 2 7. Encik Morgan ingin melahirkan murid-murid yang A mematuhi arahan guru di sekolah. B mempunyai nilai cinta akan keluarga. C membuat pembentangan kumpulan dengan baik. D menghasilkan peta minda yang cantik dan menarik. [1 markah] 8. Antara bahan yang disediakan oleh mereka termasuklah gunting, pensel warna dan gam. Penjodoh bilangan yang sesuai untuk perkataan yang bergaris di atas ialah A biji. B bilah. C botol. D bentuk. [1 markah] 9. Perkataan sempurna dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan A sesuai. B selidik. C sensasi. D sistematik. [1 markah] 10. Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas. A Encik Morgan sangat mementingkan nilai perpaduan dalam kalangan muridmuridnya. B Navin dan kawan-kawannya menyelesaikan pembentangan kumpulan mereka dengan baik. C Kita perlulah mengurangkan masa untuk menemani ahli keluarga pada masa senggang. D Kita perlu belajar dengan tekun sebagai salah satu cara untuk membalas jasa kedua-dua orang ibu bapa. [1 markah] Set2 Krtas MdelUASA BM6.indd 5 12/04/2023 1:58 PM CONTOH


2.6 UASA Set 2 PEMAHAMAN PETIKAN DAN TATABAHASA SERTA RESPONS KRITIS DAN KREATIF Soalan 1 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Cuaca pada pagi Sabtu itu sangat cerah. Kah Meng dan datuknya telah menyertai Kempen Jom Sihat yang dianjurkan oleh Kelab Rekreasi Ipoh di Taman Tasik Indera. Pada pagi Sabtu itu, mereka telah mengikuti acara senamrobik dengan gembira. Mereka juga melakukan pemeriksaan kesihatan dan mengunjungi pameran kesihatan yang dijalankan oleh kakitangan Klinik Kesihatan Ipoh. Pegawai kesihatan yang berada di Taman Tasik Indera itu juga turut berkongsi pelbagai kaedah penjagaan kesihatan. Mereka juga mempromosikan produk organik yang berkhasiat dan baik untuk kesihatan. Kah Meng dan datuk berasa amat gembira kerana memperoleh ilmu pengetahuan yang bermanfaat. “Datuk teringin berkongsi ilmu pengetahuan tentang penjagaan kesihatan ini kepada nenek kamu,” ujar datuk kepada Kah Meng. 1. (a) Penganjur Kempen Jom Sihat yang diadakan di Taman Tasik Indera ialah . [1 markah] (b) Apakah aktiviti yang telah dilakukan oleh Kah Meng dan datuknya semasa Kempen Jom Sihat? [2 markah] Set2 Krtas MdelUASA BM6.indd 6 12/04/2023 1:58 PM CONTOH


2.7 UASA Set 2 (c) Gariskan satu kata penguat yang terdapat dalam ayat yang diberikan. Kah Meng dan datuk berasa amat gembira kerana memperoleh ilmu pengetahuan yang bermanfaat. [1 markah] (d) Pilih dan tandakan (✓) pada ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. “Datuk teringin berkongsi ilmu pengetahuan tentang penjagaan kesihatan ini kepada nenek kamu,” ujar datuk kepada Kah Meng. Datuk memberitahu Kah Meng bahawa dia berhasrat untuk memberitahu cara-cara penjagaan kesihatan kepada nenek. Kah Meng menyatakan bahawa datuknya akan membantu nenek meningkatkan tahap kesihatan dengan perkongsian ilmu pengetahuan tersebut. [1 markah] Set2 Krtas MdelUASA BM6.indd 7 12/04/2023 1:58 PM CONTOH


2.8 UASA Set 2 Soalan 2 Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Dalam perjalanan bercuti ke Melaka, adik yang duduk di tempat duduk belakang kereta ayah tidak memakai tali pinggang keledar. Bukan itu sahaja, adik juga memainkan lagu melalui telefon pintarnya dengan bunyi yang kuat sehingga mengganggu tumpuan ayah semasa memandu kereta. Sebagai abang, apakah tindakan yang akan kamu lakukan? [5 markah] Bahagian B Set2 Krtas MdelUASA BM6.indd 8 12/04/2023 1:58 PM CONTOH


2.9 UASA Set 2 PENULISAN PERENGGAN C Grafik di bawah menunjukkan aktiviti bergotong-royong yang dilakukan oleh sebuah keluarga. Tuliskan pendapat kamu tentang kebaikan aktiviti bergotong-royong. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Set2 Krtas MdelUASA BM6.indd 9 12/04/2023 1:58 PM CONTOH


2.10 UASA Set 2 [10 markah] Set2 Krtas MdelUASA BM6.indd 10 12/04/2023 1:58 PM CONTOH


2.11 UASA Set 2 PENULISAN KARANGAN Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. PERSEDIAAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN Set2 Krtas MdelUASA BM6.indd 11 12/04/2023 1:58 PM CONTOH


2.12 UASA Set 2 [20 markah] Set2 Krtas MdelUASA BM6.indd 12 12/04/2023 1:58 PM CONTOH


J1 Ujian Pertengahan Sesi Akademik (UPSA) Set 1 1. C 2. C 3. B 4. C 5. B 6. A 7. A 8. A 9. B 10. D 1. (a) Terengganu (b) Cara ayah Amirul memeriksa keadaan kereta sebelum bertolak ialah ayahnya memeriksa tekanan angin semua tayar dan lampu keretanya berfungsi dengan baik. Ayah Amirul juga membuka bonet kereta untuk memeriksa bahagian enjin kereta. (c) rosak (d) 3 2. Sebagai kawan baiknya, saya akan sentiasa menemani Wilson yang murung itu. Saya juga akan menasihatinya supaya mengurangkan pemakanan yang tidak sihat dan mengambil makanan yang seimbang agar tubuhnya sihat. Pada pendapat saya, cara-cara untuk mengeratkan hubungan dengan jiran ialah kita memberikan bantuan kepada mereka seperti membantu jiran mengangkat barang yang berat semasa mereka berpindah. Kita patutlah bertegur sapa dengan jiran supaya saling mengenali sesama jiran. Kita juga wajarlah mengamalkan budaya ziarah-menziarahi semasa perayaan agar merapatkan hubungan sesama jiran tetangga. Karangan Berformat Sabtu, 25 Mac 2023 7.00 pagi Saya membersihkan diri selepas bangun daripada tidur. Selepas itu, saya membantu ibu menyediakan sarapan bersama-sama dengan keluarga saya. 7.15 pagi Saya menumbuk cili merah sebagai ramuan untuk memasak sambal di dapur. Ibu memasak bubur yang enak sebagai sarapan kepada ahli keluarga. 7.30 pagi Adik menyusun pinggan di atas meja makan dengan berhati-hati. Kakak pula menghiris bawang dengan cermat sebelum memasak telur dadar. 7.45 pagi Ayah pula membancuh jus buah-buahan yang berkhasiat di dalam jag untuk kami. Saya berasa sangat gembira kerana dapat bersarapan bersamasama pada hujung minggu itu. Karangan Tidak Berformat Pada hari Sabtu itu, saya bangun pada pukul 7.00 pagi. Selepas mandi, saya membantu ibu menyediakan sarapan bersama-sama dengan keluarga saya. Adik menyusun pinggan di atas meja makan dengan berhati-hati. Kakak pula menghiris bawang dengan cermat sebelum memasak telur dadar. Saya menumbuk cili merah sebagai ramuan untuk memasak sambal. Ibu memasak bubur yang enak sebagai sarapan kepada kami sekeluarga. Ayah pula membancuh jus buah-buahan yang berkhasiat di dalam jag untuk kami. Saya berasa sangat gembira kerana dapat menjamu selera bersama-sama. Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Set 2 1. B 2. A 3. B 4. C 5. D 6. A 7. B 8. C 9. D 10. D 1. (a) Kelab Rekreasi Ipoh. (b) Aktiviti yang telah dilakukan oleh Kah Meng dan datuknya semasa Kempen Jom Sihat ialah mereka telah membuat senamrobik, melakukan pemeriksaan kesihatan dan mengunjungi pameran kesihatan. (c) amat (d) 3 2. Sebagai abang, saya akan meminta adik memakai tali pinggang keledar dengan segera untuk tujuan keselamatan. Saya akan menasihatinya merendahkan bunyi lagu supaya ayah dapat memberikan tumpuan memandu kereta ke Melaka. Set6 Jawapan SJKC UASA BM6.indd 1 12/04/2023 1:25 PM CONTOH


J2 Pada pendapat saya, kebaikan aktiviti bergotongroyong ialah aktiviti tersebut dapat meningkatkan tahap kebersihan dan keceriaan di sekeliling rumah. Aktiviti ini akan merapatkan hubungan antara ahli keluarga kerana mereka bekerjasama menyempurnakan sesuatu tugasan. Akhir sekali, aktiviti ini dapat menjamin kesihatan kita kerana suasana yang bersih mampu melahirkan tubuh badan yang sihat. Karangan Berformat 19, Jalan Tun Hilman, 50050 City Jaya One, Kuala Lumpur. 17 Ogos 2023. Menemui adindaku Jeffrey yang berada di Alor Setar, Kedah. Semoga berada dalam selamat sejahteranya. Adinda, Kakanda telah membantu sekolah melakukan persediaan sambutan Hari Kemerdekaan pada hari Jumaat yang lalu. Murid Tahun 6 telah menghias pentas dengan bendera Malaysia secara tersusun. Murid perempuan meletakkan pasu bunga yang berwarnawarni di bawah dewan. Beberapa orang murid pula menyusun kerusi agar kelihatan kemas untuk menyambut Hari Kemerdekaan. Mei Xuan membantu guru menggantungkan Jalur Gemilang pada tepi pintu dewan untuk menceriakan suasana. Terdapat juga murid yang menampalkan poster bertema kemerdekaan pada dinding dewan. Keadaaan di dalam dewan itu sungguh cantik. Sampai di sini sahaja warkah kakanda pada kali ini. Sekian, terima kasih. Salam sayang, Jasmine Karangan Tidak Berformat Hari ini hari Sabtu. Sekolah saya telah melakukan persediaan untuk sambutan Hari Kemerdekaan. Kami telah dibahagikan tugasan di dewan sekolah. Murid Tahun 6 telah menghias pentas dengan bendera Malaysia secara tersusun. Murid perempuan pula meletakkan pasu bunga yang berwarna-warni di bawah dewan. Beberapa orang murid pula menyusun kerusi agar kelihatan kemas untuk menyambut Hari Kemerdekaan. Mei Xuan membantu guru menggantungkan Jalur Gemilang pada tepi pintu dewan. Terdapat juga murid yang menampalkan posterposter bertemakan kemerdekaan pada dinding dewan. Dewan sekolah sungguh cantik untuk sambutan Hari Kemerdekaan itu. Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Set 3 1. D 2. C 3. C 4. B 5. D 6. D 7. B 8. C 9. D 10. C 1. (a) pencemaran alam sekitar. (b) Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar ialah sikap masyarakat yang tidak bertanggungjawab, pembakaran hutan secara haram yang berleluasa, dan kelemahan undang-undang sedia ada. (c) sengsara (d) 3 2. Sebagai pengawas sekolah, saya akan mengarahkan mereka supaya senyap dan berdiri tegak sebagai tanda menghormati guru besar. Saya juga akan mencatat nama mereka dan melaporkan perkara tersebut kepada guru bertugas. Pada pendapat saya, permainan tradisional Malaysia penting untuk melambangkan identiti sesuatu kaum kerana permainan tersebut diwarisi oleh nenek moyang sejak zaman dahulu. Permainan ini menyatupadukan masyarakat berbilang kaum melalui proses permainan di sekolah atau di luar sekolah. Malahan, permainan ini penting kerana berjaya menarik perhatian warga asing melancong ke Malaysia. Karangan Berformat No. 17, Jalan Bahagia 1/2, Taman Bahagia, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman. 17 Februari 2023. Menemui sahabatku Ai Ling yang berada di Kuala Lumpur dengan selamat sejahteranya. Set6 Jawapan SJKC UASA BM6.indd 2 12/04/2023 1:25 PM CONTOH


J3 Saudari, Semalam saya telah mengunjungi Pameran Sains dan Teknologi di sekolah. Setelah kami memasuki dewan, petugas telah mengedarkan risalah kepada kami. Kami melihat Encik Tan sedang menerangkan tentang bingkai gambar digital kepada murid-murid. Cikgu Nong pula menanyakan soalan dengan sopan kepada petugas di kaunter pertanyaan. Sementara, murid-murid pula menonton rancangan televisyen yang berkaitan dengan ilmu astronomi dengan penuh minat. Selain itu, Encik Wong pula menerangkan keistimewaan mesin penyedut habuk kepada pengunjung. Kami berasa sangat gembira pada hari itu. Sampai di sini sahaja yang dapat saya ceritakan. Sekian, terima kasih. Yang benar, Jia Wei Karangan Tidak Berformat Pada hari Rabu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan Pameran Sains dan Teknologi. Saya dan rakan-rakan telah mengunjungi pameran tersebut di dewan sekolah. Setelah kami memasuki dewan, petugas mengedarkan risalah kepada kami. Kami melihat Encik Tan sedang menerangkan tentang bingkai gambar digital kepada murid-murid. Cikgu Nong pula menanyakan soalan dengan sopannya kepada petugas di kaunter pertanyaan. Murid-murid pula menonton rancangan televisyen yang berkaitan dengan ilmu astronomi dengan penuh minat. Manakala, Encik Wong menerangkan keistimewaan mesin penyedut habuk kepada pengunjung-pengunjung. Kami berasa sangat gembira pada hari itu. Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Set 4 1. D 2. B 3. C 4. C 5. D 6. A 7. D 8. B 9. D 10. C 1. (a) tablet (b) Perkara yang akan dilakukan oleh Jie Ying selepas balik dari sekolah ialah dia asyik melayari Internet dan bermain permainan dalam talian. (c) menyiapkan; diberikan (d) 3 2. Saya akan meninggalkan kelas tuisyen dan memberitahu ayah saya tentang kebakaran itu. Kemudian, saya akan meminta ayah saya menghubungi talian kecemasan 999 untuk bantuan pihak bomba untuk memadamkan kebakaran itu. Pada pendapat saya, kepentingan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kehidupan kita adalah dapat menambah ilmu pengetahuan tentang isu-isu semasa melalui enjin carian Google. Kita dapat menjimatkan wang dan masa seperti menghantar e-mail penting secara percuma kepada seseorang. Kita juga dapat mengeratkan hubungan dengan keluarga melalui panggilan video dalam talian. Karangan Berformat Laporan Pertandingan Kuiz Keusahawanan Pada 23 Mac 2023, Persatuan Keusahawanan SJK(C) Serdang telah mengadakan pertandingan kuiz keusahawanan di dewan besar. Pertandingan itu berlangsung dalam suasana yang meriah. Sebelum kuiz bermula, guru bertugas telah menyusun hadiah di atas meja untuk pemenang. Peserta-peserta beratur untuk membuat pendaftaran nama di kaunter pendaftaran. Pada pukul 9.00 pagi, guru bertugas mengedarkan kertas-kertas soalan kuiz kepada murid-murid. Selepas itu, murid-murid mengeluarkan alat tulis dari kotak pensel sebagai persediaan menjawab soalan kuiz. Guru bertugas mengambil gambar murid sebagai kenang-kenangan. Pertandingan tersebut tamat pada pukul 11.00 pagi. Laporan disediakan oleh, 24 MAC 2023. Gavin (GAVIN ENG ) Setiausaha, Persatuan Keusahawanan SJK(C) Serdang. Karangan Tidak Berformat Sekolah saya telah mengadakan pertandingan kuiz keusahawanan pada minggu lepas. Murid-murid melibatkan diri secara aktif dalam pertandingan tersebut. Set6 Jawapan SJKC UASA BM6.indd 3 12/04/2023 1:25 PM CONTOH


J4 Pertandingan tersebut dijalankan di dewan sekolah. Terdapat beberapa orang guru menyusun hadiah di atas meja untuk para pemenang. Peserta-peserta beratur untuk membuat pendaftaran nama di kaunter pendaftaran. Cikgu Lim mengedarkan kertas-kertas soalan kuiz kepada murid-murid. Selepas itu, murid-murid mengeluarkan alat tulis mereka sebagai persediaan menjawab soalan kuiz. Cikgu Muadz mengambil gambar murid-murid di dewan sebagai kenang-kenangan. Pertandingan tersebut tamat pada pukul 11.00 pagi. Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Set 5 1. D 2. C 3. A 4. C 5. B 6. D 7. C 8. D 9. D 10. D 1. (a) dompet (b) Sikap Ying Xuan sebagai pengawas sekolah ialah dia menjalankan tugasnya secara bertanggungjawab dan jujur. (c) berintegriti (d) 3 2. Sebagai rakan sekelas, saya akan terus mengangkat tangan untuk melaporkan perbuatan mereka kepada guru bertugas kerana mereka meniru. Selepas itu, saya akan menasihati mereka tidak mengulangi kesalahan ini lagi. Pada pendapat saya, kesan tidak belajar dengan tekun di sekolah ialah kita tidak dapat memahami pengajaran guru di dalam kelas. Selain itu, kita akan gagal mencapai keputusan yang memuaskan dalam peperiksaan kerana sikap malas belajar. Malahan, kita akan melukakan hati ibu bapa dengan sikap tidak belajar bersungguhsungguh semasa belajar di sekolah. Karangan Berformat Sabtu, 22 April 2023 8.00 malam Kami telah menyiapkan juadah yang enak untuk tetamu. Kami menunggu kedatangan saudara-mara dan rakanrakan di ruang tamu. 8.15 malam Ayah telah menyambut kedatangan tetamu dengan mesra di hadapan pintu rumah. Adik dan sepupu saya bermain bunga api dengan gembiranya di halaman rumah. 8.30 malam Para tetamu mencedok makanan dengan menggunakan senduk. Saudara-mara saya berbual-bual sambil menikmati hidangan yang disediakan dengan berselera. Saya bersalam lalu menerima duit raya daripada ibu. 11.00 malam Saya menolong ibu mengemaskan ruang tamu selepas para tetamu pulang. Saya berasa sangat gembira dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan ahli keluarga dan jiran tetangga saya. Karangan Tidak Berformat Kami sekeluarga telah merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada minggu lalu. Keluarga saya telah mengadakan jamuan Hari Raya Aidilfitri pada malam raya pertama. Ayah telah menjemput kedatangan tetamu dengan mesra di hadapan pintu rumah. Adik dan sepupu saya bermain bunga api dengan gembiranya di halaman rumah. Para tetamu mencedok makanan dengan menggunakan senduk. Saudara-mara saya berbualbual sambil menikmati hidangan yang disediakan dengan berselera. Saya bersalam lalu menerima duit raya daripada ibu. Menjelang pukul 11.00 malam, saya membantu ibu mengemaskan makanan di ruang tamu. Saya berasa sangat gembira dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan ahli keluarga dan jiran tetangga. Set6 Jawapan SJKC UASA BM6.indd 4 12/04/2023 1:25 PM CONTOH


Dicetak oleh: Swan Printing Sdn. Bhd. (274710-X) Lot 5249, Jalan BS7/1, Kawasan Perindustrian Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Sel. D.E. Lot 1 & 2, Jalan BS 7/1A, Taman Bukit Serdang, Seksyen 7, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. • Bhg. Penjualan: 03 – 8959 2001/ 3001/ 4003 • Faks: 03 – 8957 3611 • Bhg. Editorial: 03 – 6150 3009 • Faks: 03 – 6150 1007 • E-mel: [email protected] • Laman Web: www.pep-publications.com Sem. M’sia: RM6.50 Sabah/ S’wak: RM6.90 6 年 级 掌握UASA模拟测验 SesiAkademik Ujian Akhir Kertas Model Vision Sulaiman bin Anwar Jeffrey Ng 6 ISBN 978-629-7560-50-2 9 786297 560502 Kertas Model Vision UASA 1 set Kertas Model UPSA (Ujian Pertengahan Sesi Akademik) 4 set Kertas Model UASA (Ujian Akhir Sesi Akademik) Berdasarkan topik-topik dalam buku teks. Jawapan yang lengkap disediakan. 掌握UASA模拟测验 SesiAkademik Ujian Akhir Kertas Model Vision KSSR Semakan Format Terkini UASA BAHASA 国文 MELAYU © PEP Publications Sdn. Bhd. Semua hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula atau dipindahkan dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, baik dengan cara elektronik, mekanik, penggambaran ataupun sebaliknya tanpa izin yang bertulis terlebih dahulu daripada PEP Publications Sdn. Bhd. Dicetak oleh: Swan Printing Sdn. Bhd. (274710-X) Lot 5249, Jalan BS7/1, Kawasan Perindustrian Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. PEP Publications Sdn. Bhd. (811705-T) Lot 1 & 2, Jalan BS 7/1A, Taman Bukit Serdang, Seksyen 7, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. • Bhg. Penjualan: 03 – 8959 2001/ 3001/ 4003 • Faks: 03 – 8957 3611 • Bhg. Editorial: 03 – 6150 3009 • Faks: 03 – 6150 1007 • E-mel: [email protected] • Laman Web: www.pep-publications.com Dicetak oleh: Swan Printing Sdn. Bhd. (274710-X) Lot 5249, Jalan BS7/1, Kawasan Perindustrian Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Sel. D.E. Lot 1 & 2, Jalan BS 7/1A, Taman Bukit Serdang, Seksyen 7, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. • Bhg. Penjualan: 03 – 8959 2001/ 3001/ 4003 • Faks: 03 – 8957 3611 • Bhg. Editorial: 03 – 6150 3009 • Faks: 03 – 6150 1007 • E-mel: [email protected] • Laman Web: www.pep-publications.com Sem. M’sia: RM6.50 Sabah/ S’wak: RM6.90 PEP PUBLICATIONS SDN BHD (811705 – T) 本系列书籍 Judul-judul dalam siri ini: 国文 Bahasa Melayu 英文 English 华文 Bahasa Cina 数学 Matematik 科学 Sains 历史 Sejarah 科目 Subjek 年级 Tahun 4 5 6 年 级 Tahun 国文 Setiap set boleh dileraikan 00-Cv KM Vision UASA BM amend.indd 3 2/5/2023 1:18:31 PM CONTOH


Click to View FlipBook Version