The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Publications, 2023-01-05 04:34:40

BM Tingkatan 1 (B)_clone

BM Tingkatan 1 (B)

Kandungan

Skrip
Pendengaran

Rekod Pentaksiran Bahasa Melayu Tema 10 Pelancongan
Tingkatan 1.......................................................i – iii
Unit 19 Pesona Malaysia....................................... 35
Tema 1 Amalan Gaya Hidup Sihat Unit 20 Indahnya Bumi Bertuah............................. 37

Unit 1 Sihat Membawa Kebahagiaan........................1 Tema 11 Sejarah dan Warisan
Unit 2 Amalan Kesejahteraan Hidup........................ 3
Unit 21 Sejarah Mengajar Erti Kehidupan................ 38
Tema 2 Beringat Supaya Selamat Unit 22 Seni Warisan Anak Bangsa......................... 39

CONTOHUnit 3 Sayangi Nyawa Anda................................... 5 Tema 12 Sukan dan Rekreasi
Unit 4 Keselamatan di Mana-mana......................... 7
Unit 23 Jasmani Cergas......................................... 40
Tema 3 Cahaya Perpaduan Unit 24 Cergas Aktif.............................................. 41

Unit 5 Serasi Bersama.......................................... 10 Tema 13 Pengantarabangsaan Industri Negara
Unit 6 Perpaduan................................................ 12
Unit 25 Malaysia Hab Industri Makanan.................. 42
Tema 4 Seni Bersendikan Budaya Unit 26 Usahawan Berwibawa................................ 44

Unit 7 Citra Bangsa.............................................. 15 Tema 14 Wadah Ilmu
Unit 8 Tautan Seni Subur Harmoni........................ 17
Unit 27 Menuju Puncak Jaya.................................. 45
Tema 5 Jati Diri dan Kewarganegaraan Unit 28 Pendidikan Bestari Negara Lestari............... 46

Unit 9 Rakyat Berjasa Negara Terbilang.................. 19 Tema 15 Bahasa dan Kesusasteraan
Unit 10 Jasamu Pemimpin ..................................... 21
Unit 29 Bahasa Disulam Sastera Dianyam............... 48
Tema 6 Sains, Teknologi dan Inovasi Unit 30 Merekayasa Bahasa................................... 49

Unit 11 Sinar Masa Depan..................................... 23 Tema 16 Kerjaya
Unit 12 Sains Merentas Kehidupan......................... 24
Unit 31 Kerjaya Impian......................................... 50
Tema 7 Teknologi Amalan Hijau Unit 32 Rentak Kejayaan....................................... 52

Unit 13 Lestarikan Kehijauan Bumi......................... 25 Tema 17 Integriti
Unit 14 Selamatkan Bumi Kita............................... 27
Unit 33 Sempurnakan Diri..................................... 53
Tema 8 Sektor Pertanian Pesat Membangun Unit 34 Tonggak Sejahtera..................................... 54

Unit 15 Pertanian Satu Perniagaan......................... 28 Tema 18 Pentadbiran dan Politik
Unit 16 Dunia Baharu Tani ................................... 30
Unit 35 Dataran Merdeka...................................... 56
Tema 9 Ekonomi dan Pengurusan Kewangan Unit 36 Nilai Demokrasi........................................ 57

Unit 17 Pengurusan Wang Berhemat........................ 31 Jawapan
Unit 18 Urus Tadbir Kewangan............................... 33

Semua laman sesawang dalam

buku ini boleh dicapai pada QR

September 2021

REKOD PENTAKSIRAN
BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

Sekolah : Kemahiran Standard Pembelajaran M.S. TP Tandatangan
Nama : Mendengar dan Guru dan Tarikh
Tingkatan :
Ber tutur S.P.1.1.1 Mendengar dan mengenal sebutan perkataan dan 1
Unit rangkai kata dalam pelbagai ujaran dengan betul
Membaca dan tepat.
UNIT 1CONTOH
Sihat Membawa Mendengar dan S.P.2.1.1 Membaca secara mekanis pengumuman, ikrar, 2
Kebahagiaan Ber tutur iklan dan promosi dengan sebutan dan intonasi
Menulis yang betul, nada yang sesuai serta kepantasan
UNIT 2 yang wajar.
Amalan Kesejahteraan Membaca
Hidup S.P.1.2.1 Mendengar dan memahami perkataan, rangkai 3
Tatabahasa kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai ujaran
UNIT 3 dengan betul dan tepat mengikut konteks.
Sayangi Nyawa Anda Mendengar dan
Ber tutur S.P.3.2.1 Menulis untuk menyatakan sesuatu situasi yang 4
UNIT 4 dibaca, didengar dan ditonton menggunakan ayat
Keselamatan di Menulis yang betul, tepat dan gramatis.
Mana-mana
Membaca S.P.2.2.1 Membaca untuk memahami makna perkataan yang 5
UNIT 5 terdapat dalam pelbagai bahan menggunakan
Serasi Bersama Menulis glosari dan kamus dengan betul dan tepat.

UNIT 6 Mendengar dan S.P.5.1.3 Memahami dan menggunakan kata seru, kata 6
Perpaduan Ber tutur tanya, kata perintah, kata pembenar dan kata
Menulis pangkal ayat dengan betul mengikut konteks.
UNIT 7
Citra Bangsa Mendengar dan S.P.1.3.1 Mendengar dan memahami maklumat, fakta dan 7
Ber tutur idea dalam pelbagai wacana dengan memberikan
respons secara lisan dengan betul, tepat dan
Membaca bermakna.

S.P.3.4.1 Membina kerangka penulisan dengan 8
menyenaraikan isi yang sesuai secara terancang
dan kemas menggunakan bahasa yang tepat.

S.P.2.2.3 Membaca untuk memahami idea keseluruhan 10
dalam pelbagai bahan prosa dengan betul dan
tepat secara luncuran dan imbasan.

S.P.3.4.2 Menulis perenggan pendahuluan dengan 11
menyenaraikan ayat tema, ayat rangsangan dan
ayat arahan secara terancang, tertib dan kemas
menggunakan bahasa yang tepat, indah dan
menarik.

S.P.1.4.1 Berbual tentang kegiatan harian serta hal-hal 12
persendirian menggunakan sebutan dan intonasi
yang betul secara santun.

S.P.3.4.3 Menulis perenggan isi dan kesimpulan yang 13
kemas menggunakan ejaan yang betul dan
bahasa yang tepat.

S.P.1.4.2 Berbicara untuk memulakan dan mengakhiri 15
perbualan, bertanya khabar, serta menyatakan
terima kasih dan penghargaan secara
ber tatasusila.

S.P.2.2.1 Membaca untuk memahami makna perkataan yang 16
terdapat dalam pelbagai bahan menggunakan
glosari dan kamus dengan betul dan tepat.

i

BM Tingkatan 1 Unit 1

Membaca Buku Teks m/s 3

SP: 2.1.1 Membaca secara mekanis pengumuman, ikrar, iklan dan promosi dengan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang sesuai

serta kepantasan yang wajar.
Baca pengumuman di bawah dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Garis panduan baharu di sekolah membabitkan prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi oleh
guru dan murid untuk mengelakkan penularan sebarang penyakit berjangkit. Garis panduan ini juga
menetapkan beberapa peraturan baharu kepada murid bermula sebaik mereka melangkah masuk ke
sekolah, ketika pembelajaran, waktu rehat, dan waktu melangkah keluar dari sekolah.

PEMBUKAAN SEKOLAH
CONTOH
Guru periksa suhu badan Ikut anak panah untuk
murid di pintu pagar laluan ke kelas

Meja/ kerusi dalam kelas
jarak satu meter

Murid diminta rehat sebentar Murid makan dalam kelas
jika suhu tinggi sedikit Waktu rehat berperingkat
daripada 37.5 darjah Celsius (jarak satu meter beratur beli
makanan bungkus di kantin)

Suhu diperiksa sekali lagi (murid 1 METER Belajar di makmal/ bengkel juga
diasingkan dalam bilik khas jika suhu jarak satu meter
masih tinggi/ ada gejala. Guru hubungi
pejabat kesihatan & ibu bapa) Bilik guru juga ada
penjarakan

Semoga semua warga sekolah dapat memberikan kerjasama untuk mematuhi garis panduan yang
diberikan ini. Sekian, terima kasih.

(Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)

TP Pernyataan Pencapaian
1-2 Murid dapat membaca pengumuman dengan sebutan yang betul, tetapi tidak menggunakan intonasi dan nada yang sesuai.
3 - 4 Murid dapat membaca pengumuman dengan sebutan dan intonasi yang betul dan nada yang jelas serta kepantasan yang wajar.
5 - 6 Murid dapat membaca pengumuman dengan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang yakin, jelas serta kepantasan yang sangat memuaskan.

2

BM Tingkatan 1 Unit 2

Menulis Buku Teks m/s 9

SP: 3.2.1 Menulis untuk menyatakan sesuatu situasi yang dibaca, didengar dan ditonton menggunakan ayat yang betul, tepat dan

gramatis.
Berdasarkan maklumat di bawah, tulis satu rencana pendek tentang peranan pengendali makanan dalam
mengelakkan keracunan makanan.

Panduan kepada Pengendali Makanan

CONTOHPilih bahan mentah Simpan bahan Basuh bahan
yang berkualiti. mentah dengan mentah sehingga
cara yang betul.
bersih.

Masak makanan Hidangkan makanan
dengan sempurna. dengan segera dan

bertutup.

Kes keracunan makanan kerap berlaku di negara kita. Secara amnya, keracunan makanan berlaku
apabila seseorang individu termakan makanan yang tercemar. Pencemaran pada makanan boleh berlaku
ketika proses pemilihan bahan mentah, penyediaan, pemprosesan, penyimpanan, penghidangan dan
penghantaran. Oleh itu, pengendali makanan perlu mempunyai pengetahuan dan kesedaran yang tinggi
terhadap pengendalian makanan yang betul.

Pengendali makanan bertanggungjawab memilih bahan mentah yang berkualiti. Pemilihan bahan mentah mesti dilakukan

dengan teliti agar bahan mentah daripada haiwan seperti ayam, ikan, dan daging berada dalam keadaan yang bersih, tidak

busuk dan berbau. Selain itu, bahan mentah perlu disimpan di tempat dan suhu yang betul. Begitu juga, bahan mentah daripada

tumbuhan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan perlu dibersihkan sehingga bersih sebelum dimasak atau dimakan secara

mentah. Seterusnya, makanan perlu dimasak dengan sempurna kerana makanan yang tidak dimasak dengan baik menjadi punca

utama keracunan makanan. Bakteria seperti Salmonella, Baccilus cereus, dan Campylobacter yang menyebabkan keracunan

makanan lazimnya boleh ditemui dalam daging, ayam dan ikan mentah yang tidak dibersihkan dan dimasak dengan sempurna.

Akhir sekali, makanan yang telah dimasak perlu dihidangkan dengan segera dan dalam keadaan bertutup. Makanan yang

dihidangkan pada suhu bilik melebihi empat jam mudah rosak dan tidak sesuai untuk dimakan.

TP Pernyataan Pencapaian
1-2 Rencana tidak lengkap. Murid hanya mampu menulis rencana secara terhad menggunakan maklumat yang diberikan. Penggunaan ayat yang kurang
3-4 gramatis dan penggunaan istilah yang agak terhad.
Rencana lengkap. Murid mampu menulis rencana dengan baik menggunakan maklumat yang diberikan. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila,
5-6 dan penggunaan istilah yang betul.
Rencana lengkap. Murid mampu menulis rencana dengan sangat baik menggunakan maklumat yang diberikan. Murid boleh memberikan contoh
dan mencadangkan penyelesaian dengan tekal, terperinci, dan mampu menjadi rujukan kepada rakan-rakan. Penggunaan ayat yang gramatis,
bertatasusila, dan penggunaan istilah yang luas dan tepat.

4

BM Tingkatan 1 Unit 4

Menulis Buku Teks m/s 20

SP: 3.4.1 Membina kerangka penulisan dengan menyenaraikan isi yang sesuai secara terancang dan kemas menggunakan bahasa

yang tepat.
Bina kerangka karangan berdasarkan gambar dan maklumat yang diberikan. KBAT

Kebelakangan ini sering berlaku kemalangan di kawasan sekolah. Tulis sebuah karangan tentang cara-cara
mengelakkan kemalangan di kawasan sekolah daripada berlaku kepada murid-murid.

Pelan Kecemasan Kebakaran

Padang
(Tempat
berkumpul)
CONTOH
Pelan kecemasan Alat pemadam api Pengawal keselamatan

Sekolah merupakan tempat untuk menuntut ilmu, namun begitu kebelakangan ini kerap berlaku
kejadian kemalangan di kawasan sekolah. Oleh yang demikian, persekitaran sekolah yang selamat penting
dalam mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang baik serta bebas daripada kejadian yang
boleh menjejaskan keselamatan murid.

Isi pertama Pelan kecemasan

Ayat topik Sebuah sekolah yang selamat harus memiliki pelan kecemasan.

Ayat huraian Pelan ini memudahkan murid mengetahui tindakan yang harus diambil dan arah
yang dituju ketika menghadapi sebarang kecemasan.

Ayat contoh Menampalkan pelan tangga kecemasan dan pelan larian ke padang di tempat-
tempat yang mudah dilihat.

Ayat penyimpul Tuntasnya, dengan adanya pelan kecemasan, murid-murid dapat menyelamatkan
diri dalam keadaan tenang dan teratur.

Isi kedua Alat pemadam api
Ayat topik
Alat pemadam api merupakan kemudahan asas yang perlu dimiliki oleh setiap
sekolah.

8

BM Tingkatan 1 Unit 4

Ayat huraian Kebakaran merupakan salah satu kemalangan yang sering berlaku di sekolah.

Ayat contoh Pihak sekolah perlu menyediakan alat pemadam api di setiap bangunan dan
memastikan semua pemadam api boleh berfungsi dan sedia digunakan.

Ayat penyimpul Dengan menyediakan alat pemadam api, kebakaran dapat dikawal sebelum
ketibaan pihak bomba dan penyelamat.

Isi ketiga Pengawal keselamatan

CONTOHAyat topik Sekolah perlu menyediakan khidmat pengawal keselamatan yang
bertanggungjawab.

Ayat huraian Mengawasi dan menjamin keselamatan murid-murid yang keluar masuk ke
kawasan sekolah.

Ayat contoh Tidak membenarkan orang yang tidak membawa pas masuk daripada memasuki
kawasan sekolah dan memastikan setiap pelawat yang memasuki sekolah
mendaftarkan diri.

Ayat penyimpul Perkhidmatan pengawal keselamatan perlu diwujudkan di setiap sekolah untuk
menjaga keselamatan murid.

Kesimpulannya, sekolah yang selamat perlu diwujudkan oleh setiap sekolah dengan kolaborasi
bersama-sama pihak ibu bapa, sekolah, masyarakat, dan kerajaan ibarat berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing. Penekanan terhadap aspek keselamatan murid diharapkan dapat memastikan keselamatan murid
ketika berada di sekolah terjamin dan mengelakkan berlaku insiden yang tidak diingini. Jika diabaikan,
sesuatu tragedi hanya menunggu masa untuk berlaku. Kempen Sekolah Selamat harus diuar-uarkan supaya
keselamatan anak-anak terjamin. Semua pihak harus melihat keselamatan murid-murid melebihi segala-
galanya.

Aktiviti PAK-21 Meja Bulat

1 Guru membahagikan murid kepada kumpulan yang terdiri daripada tiga orang.
2 Sekeping kertas diedarkan kepada setiap kumpulan.
3 Setiap kumpulan dikehendaki menulis tiga isi yang berkenaan “Ciri-ciri Sekolah Selamat”.
4 Tetapkan masa 15 minit kepada setiap kumpulan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.
5 Murid menulis satu isi secara bergilir-gilir di atas kertas yang sama.
6 Setelah selesai menulis isi, setiap kumpulan membentangkan hasil kolaboratif mereka sebagai perkongsian dengan kumpulan yang

lain.
7 Hasil daripada sesi perbincangan yang dilakukan, guru memberikan tugasan kepada murid, iaitu menulis kerangka karangan bagi tajuk

yang dibincangkan.

TP Pernyataan Pencapaian
1-2 Murid boleh mendengar dan memahami maklumat dengan agak terhad. Murid boleh menyampaikan maklumat tentang langkah-langkah menyelamatkan
3-4 diri apabila berlaku kebakaran dengan agak terhad. Penggunaan ayat yang kurang gramatis dan penggunaan istilah yang agak terhad.
Murid boleh mendengar dan memahami maklumat dengan yakin, baik, dan memuaskan. Murid boleh menyampaikan maklumat tentang langkah-
5-6 langkah menyelamatkan diri apabila berlaku kebakaran dengan baik dan memuaskan. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan
penggunaan istilah yang betul.
Murid boleh mendengar dan memahami maklumat dengan yakin, baik, dan jelas. Murid boleh menyampaikan maklumat tentang langkah-langkah
menyelamatkan diri apabila berlaku kebakaran dengan tekal, terperinci, dan mampu menjadi rujukan kepada rakan-rakan. Penggunaan ayat yang
gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang luas dan tepat.

9

BM Tingkatan 1 Unit 1 Serasi Bersama

Unit 5 Tema 3 Cahaya Perpaduan

Membaca Buku Teks m/s 27

SP: 2.2.3 Membaca untuk memahami idea keseluruhan dalam pelbagai bahan prosa dengan betul dan tepat secara luncuran dan

imbasan.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

Penganjuran rumah terbuka dalam kalangan rakyat Malaysia sudah menjadi lumrah semasa
menyambut perayaan. Sebenarnya, amalan rumah terbuka memberikan pelbagai kesan positif kepada
negara dan masyarakat. Penganjuran rumah terbuka dapat meningkatkan imej negara pada mata dunia.
Malaysia terkenal dengan keunikannya tersendiri, iaitu rakyatnya yang terdiri daripada berbilang
kaum dan berbeza agama tetapi masih dapat hidup dalam suasana yang aman dan harmoni. Keunikan
budaya ini secara tidak langsung dapat menjadikan Malaysia salah satu destinasi pelancongan terkenal
yang kaya dengan pelbagai budaya.
Selain itu, penganjuran rumah terbuka menyumbang dalam usaha memupuk perpaduan kaum.
Masyarakat kini lebih sibuk bekerja dan tidak mempunyai masa untuk beramah mesra dengan kaum
lain. Justeru itu, rumah terbuka berpotensi menjadi medium perhubungan yang baik antara rakyat.
Hal ini dikatakan demikian kerana rumah terbuka memberikan ruang dan peluang kepada masyarakat
untuk berkenalan, bertegur sapa, dan bersua muka dengan kaum lain.
Di samping itu, penganjuran rumah terbuka ini membuka ruang kepada rakyat untuk mengenali
budaya kaum lain. Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri daripada bangsa Melayu, Cina, India,
Sikh, Kadazandusun, dan sebagainya berkumpul untuk menyambut satu perayaan. Hal ini dapat
meningkatkan kefahaman dan pengetahuan tentang budaya kaum lain.

Dipetik dan diubah suai daripada “Manfaat Penganjuran Rumah Terbuka”,
Nabilah Shuhaimi, Dewan Siswa, Jun 2018
CONTOH
1 Berdasarkan petikan, berikan maksud rangkai kata menjadi lumrah?
Maksud rangkai kata menjadi lumrah ialah menjadi kebiasaan/ kelaziman.

2 Berikan dua kebaikan amalan rumah terbuka yang terdapat dalam petikan.
Antara kebaikan amalan rumah terbuka ialah dapat meningkatkan imej negara pada mata dunia. Selain
itu, penganjuran rumah terbuka juga dapat memupuk semangat perpaduan antara kaum.

3 Amalan rumah terbuka dapat memupuk semangat perpaduan antara kaum di Malaysia.
Pada pendapat anda, selain penganjuran majlis rumah terbuka, apakah aktiviti lain yang dapat memupuk

perpaduan? KBAT

Pada pendapat saya, selain rumah terbuka, gotong-royong dan sambutan hari keluarga juga antara
aktiviti yang dapat memupuk perpaduan.

TP Pernyataan Pencapaian
1-2 Murid mampu membaca, namun kurang memahami dan hanya dapat menjawab soalan yang diberikan secara umum dengan menggunakan ayat
3-4 yang kurang gramatis.
5-6 Murid mampu membaca, memahami, dan menjawab soalan yang diberikan dengan baik menggunakan ayat yang gramatis.
Murid mampu membaca, memahami, dan menjawab soalan yang diberikan dengan tepat dan rasional di samping melahirkan idea di luar bahan sedia
ada.

10

BM Tingkatan 1 Unit 1 Perpaduan

Unit 6 Tema 3 Cahaya Perpaduan

Mendengar dan Bertutur Buku Teks m/s 31

SP: 1.4.1 Berbual tentang kegiatan harian serta hal-hal persendirian menggunakan sebutan dan intonasi yang betul secara santun.

Dengar pantun di bawah dengan teliti. Berdasarkan pantun tersebut, huraikan cara-cara memupuk
perpaduan. KBAT

CONTOH Pantun Empat Kerat (Muhibah dan Perpaduan)

Petang hari pergi ke pekan, Tuan Puteri dari kayangan,
Pulang membawa sebungkus laksa; Senyuman manis seperti madu;
Hidup muhibah perlu diamalkan, Bermacam-macam keturunan bukan halangan,
Di negara Malaysia berbilang bangsa. Untuk membina bangsa yang padu.

Cantik bergugus buah papaya, Enak nian air kelapa,
Masak dipetik satu per satu; Penawar sakit mujarab sekali;
Walaupun berlainan bangsa budaya, Kebudayaan asal tidak dilupa,
Kerana muhibah hidup bersatu. Kebudayaan nasional mereka banggai.

Air mengalir dalam terusan, Koleksi Pantun Berjimat Cermat, 2007
Mengairi sawah beratus relung; Edu Tech Publisher
Bekerjasama segala urusan,
Tanda bersatu bergotong-royong. Audio 1

Kita boleh mengadakan aktiviti gotong-royong di taman-taman perumahan untuk
memupuk perpaduan kaum. Selain itu, kita juga boleh mengamalkan amalan
kunjung-mengunjung ke rumah rakan-rakan yang berlainan bangsa sempena
hari perayaan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat
berbilang kaum di Malaysia seperti perayaan Hari Raya Aidilfitri, Deepavali,
Tahun Baharu Cina, Hari Gawai, dan lain-lain lagi. Selanjutnya, kita boleh
menyertai sambutan hari keluarga dan jamuan tahunan yang diadakan oleh
organisasi atau pertubuhan kerajaan untuk mempererat hubungan antara
pemimpin dengan penduduk tempatan.

TP Pernyataan Pencapaian
1-2 Murid tidak dapat berbual tentang cara-cara memupuk perpaduan dengan baik/ terhad. Intonasi yang digunakan kurang sesuai dan ayat yang
3-4 digunakan bercampur aduk dan tidak gramatis.
5-6 Murid dapat berbual tentang cara-cara memupuk perpaduan dengan baik. Intonasi yang digunakan sesuai dan ayat yang digunakan gramatis.
Murid dapat berbual tentang cara-cara memupuk perpaduan dengan sangat yakin dan mampu mengemukakan idea baharu. Intonasi yang digunakan
sangat sesuai, bervariasi, dan bertatasusila. Ayat yang digunakan gramatis dan mampu menjadi teladan.

12

BM Tingkatan 1 Unit 6

Menulis Buku Teks m/s 33

SP: 3.4.3 Menulis perenggan isi dan kesimpulan yang kemas menggunakan ejaan yang betul dan bahasa yang tepat.

Tulis perenggan isi dan kesimpulan bagi karangan yang bertajuk langkah-langkah untuk menghidupkan
kembali semangat kejiranan yang semakin renggang berdasarkan maklumat yang diberikan.

Di dalam kehidupan bermasyarakat, kita tidak terlepas daripada mempunyai jiran. Jiran penting
kerana mereka merupakan orang pertama yang membantu kita apabila kita menghadapi kecemasan. Jadi,
semangat kejiranan tidak harus dipandang enteng oleh masyarakat dan perlu dijaga agar keharmonian dan
keselamatan berkekalan. Pada zaman dahulu, hubungan sesama jiran sangat akrab, namun begitu hubungan
sesama jiran semakin renggang pada masa ini. Sikap mementingkan diri semakin menebal. Justeru itu,
langkah-langkah drastik hendaklah dilakukan bagi memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara.
Jika hal ini dibiarkan berlarutan tanpa sebarang usaha dilakukan, semangat kejiranan akan terhapus dan
menjejaskan perpaduan negara.
CONTOH
aktiviti gotong-royong – berkumpul Amalan bergotong-royong sememangnya aktiviti yang dapat
dan berbincang – mengenali jiran menghidupkan semangat kejiranan. Hal ini demikian kerana masyarakat
dengan lebih dekat yang berbilang kaum akan berkumpul dan berbincang tentang aktiviti
yang akan dilakukan untuk membersihkan taman perumahan mereka.
Mereka akan menggembleng tenaga untuk membersihkan kawasan
perumahan atau membaik pulih dan mengecat alatan mainan di taman
permainan. Pembahagian tugas semasa aktiviti bergotong-royong yang

dijalankan dapat membangkitkan semangat bersatu padu. Dengan

usaha yang sangat mudah ini, masyarakat dapat mengenali jiran dengan

lebih dekat melalui perbualan dan berinteraksi. Seyogianya, aktiviti

bergotong-royong harus diadakan untuk menghidupkan semangat

kejiranan yang semakin longgar itu.

majlis rumah terbuka – membentuk Dari aspek yang lain, semangat kejiranan dapat dihidupkan melalui
ikatan silaturahim – memperkukuh majlis rumah terbuka. Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim
semangat kejiranan dan memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat.
Sambutan hari perayaan seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun
Baharu Cina, Hari Deepavali dan Krismas hendaklah dijadikan acara
tahunan. Melalui majlis rumah terbuka, jiran-jiran dapat berpeluang
untuk berkumpul dan bertanya khabar sambil menikmati juadah yang
disediakan oleh tuan rumah. Pendek kata, majlis rumah terbuka mampu
mengeratkan hubungan kejiranan dan memupuk semangat kejiranan
dalam kalangan masyarakat.

13

BM Tingkatan 1 Unit 6

budaya ziarah-menziarahi – Selain itu, semangat kejiranan dapat disemarakkan dengan budaya
mengetahui masalah dan kesusahan ziarah-menziarahi dalam kalangan rakyat. Dalam hidup bermasyarakat,
– meringankan beban kita digalakkan menziarahi jiran kita. Melalui aktiviti ini, kita akan
mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita.
Sebagai contoh, kita perlu melawat jiran di hospital jika kita mendapat
berita bahawa jiran kita dimasukkan ke hospital kerana menghidap
sesuatu penyakit atau ditimpa kemalangan. Dengan cara ini, kita dapat
meringankan beban yang dialami oleh jiran kita. Jelaslah bahawa amalan
ziarah-menziarahi mampu menyemarakkan semangat kejiranan dalam
kalangan masyarakat kita.
CONTOH
menghidupkan semula program Langkahlainuntukmemupuksemangatkejirananialahmenghidupkan
rukun tetangga – bergilir-gilir semula program rukun tetangga di kawasan perumahan. Hal ini demikian
bertugas meronda – jalinan kerana program rukun tetangga berfungsi sebagai perisai untuk mengawal
hubungan yang mesra keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam hari. Anggota
rukun tetangga membabitkan semua pihak tanpa mengira kaum kerana
masing-masing bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan diri dan
keluarga. Sebagai contohnya, anggota rukun tetangga akan bergilir-gilir
bertugas meronda kawasan tanpa mengira usia, agama, dan status. Secara
tidak langsung, senario ini akan mewujudkan jalinan hubungan yang mesra
bagai isi dengan kuku sekali gus memupuk semangat kejiranan yang hakiki.

Tuntasnya, langkah menghidupkan kembali semangat kejiranan perlu dijalankan secara proaktif dan
berterusan untuk mewujudkan semangat kejiranan yang tinggi dalam kalangan masyarakat. Kata bidalan, orang
berbudi kita berbahasa, orang memberi, kita merasa harus dipraktikkan dalam kehidupan kita sehari-hari.
Dengan itu, negara kita akan sentiasa aman, sejahtera dan harmoni sekiranya semua pihak bersatu hati dalam
semua usaha yang dapat meningkatkan semangat kejiranan.

TP Pernyataan Pencapaian
1-2 Karangan tidak lengkap. Murid hanya mampu menulis perenggan isi dan kesimpulan menggunakan maklumat yang diberikan secara terhad. Penggunaan
3-4 ayat yang kurang gramatis dan penggunaan istilah yang agak terhad.
Karangan lengkap. Murid mampu menulis perenggan isi dan kesimpulan menggunakan maklumat yang diberikan dengan baik. Penggunaan ayat yang
5-6 gramatis, bertatasusila dan penggunaan istilah yang betul.
Karangan lengkap. Murid mampu menulis perenggan isi dan kesimpulan menggunakan maklumat yang diberikan dengan sangat baik. Murid boleh
memberi contoh dan mencadangkan penyelesaian dengan tekal, terperinci, dan mampu menjadi rujukan kepada rakan-rakan. Penggunaan ayat
yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang luas dan tepat.

14

Unit 8 BM Tingkatan 1 Unit 1

Tautan Seni Subur Harmoni

Tema 4 Seni Bersendikan Budaya

Mendengar dan Bertutur Buku Teks m/s 43

SP: 1.4.3 Menceritakan pengalaman diri dan orang lain dalam pelbagai situasi dengan sebutan dan intonasi yang betul secara

santun.

Gunakan maklumat di bawah. Ceritakan pengalaman anda ketika bercuti di rumah datuk dan nenek di
Dungun, Terengganu. i-THINK

Digemari
budak

perempuan
CONTOHMain diInfo 2 Video 2 Video 3 Main di atas
serambi lantai

Guli/ buah Permainan Batu kecil
getah tradisional

Dua orang Congkak Mengisi Batu seremban Dua/ lebih
pemain masa lapang pemain

Semasa berada di sana, sepupu saya telah mengajar saya cara bermain dua
jenis permainan tradisional, iaitu congkak dan batu seremban. Kedua-dua jenis
p er mainan ini digemari oleh kanak-kanak perempuan dan selalunya dimainkan pada waktu lapang.

Batu seremban biasanya dimainkan oleh dua orang atau lebih. Batu kecil yang dikenali sebagai buah
digunakan dalam permainan ini. Batu seremban selalunya dimainkan di permukaan lantai yang rata.
Kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai. Sebiji buah diambil untuk
dijadikan ibu, dan ibu hendaklah dilambung ke udara. Dalam masa yang sama, sebiji lagi buah hendaklah
dikutip. Jumlah buah yang dapat disambut ialah jumlah mata.
Congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang pemain dan duduk secara menghadap. Congkak selalunya dimainkan di serambi
rumah. Guli atau buah getah akan dijadikan buah dalam permainan ini. Kami memulakan permainan secara serentak dengan mengambil
semua buah dalam rumah sendiri dan bergerak mengikut pusingan jam. Kemudian, genggaman biji itu dilepaskan satu demi satu pada
setiap lubang. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir. Pemain yang mempunyai buah yang terbanyak dikira sebagai pemenang.

TP Pernyataan Pencapaian
1-2 Murid boleh menceritakan pengalaman diri dengan agak terhad. Penggunaan ayat yang kurang gramatis dan penggunaan istilah yang agak
3-4 terhad.
5-6 Murid boleh menceritakan pengalaman diri dengan yakin dan baik. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang
betul.
Murid boleh menceritakan pengalaman diri dengan yakin, baik dan jelas, serta mampu menjadi rujukan kepada rakan-rakan. Penggunaan ayat
gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang luas dan tepat.

17

BM Tingkatan 1 Unit 1

Unit 9 Rakyat Berjasa Negara Terbilang
Tema 5 Jati Diri dan Kewarganegaraan

Seni Bahasa Buku Teks m/s 53

SP: 4.1.2 Memahami dan mengapresiasi karya puisi dengan memberikan respons peribadi tentang bentuk, huraian maksud dengan

betul, rasional dan penuh penghayatan.

Deklamasikan sajak di bawah dengan gaya, intonasi, dan nada yang betul. Kemudian, huraikan bentuk dan
maksud sajak. KBAT

CONTOH Sajak Warkah kepada Generasi Maksud Sajak
Generasi sekarang amat bertuah kerana dapat
Generasiku tercinta hidup sejahtera di sebuah negara merdeka
kalian adalah kelompok bertuah sebagai bangsa yang bermaruah. Perjuangan
yang sempat berteduh di langit alaf baru tokoh terdahulu yang setia kepada negara
dengan keberanian sebagai bangsa bermaruah dan sanggup berkorban demi negara telah
di tanah merdeka milik abadi kita. membebaskan negara daripada belenggu
penjajah. Oleh itu, generasi sekarang harus
Generasiku yang bijak bestari memelihara kedaulatan negara tercinta.
ini bumi suci perjuangan nenek moyang
yang bersumpah setia memartabatkan bangsa
mendaulatkan tanah air, mencipta kebebasan
membina istana merdeka yang kalian diami.

Penutup warkah ini
ingin kuingatkan: jangan biarkan akar sejarah
tercabut dari bumi bertuah ini.

Amiruddin Md. Ali Hanafiah
Anak Warisan, 2006
Dewan Bahasa dan Pustaka

(a) Terdapat tiga rangkap dalam sajak.

Bentuk (b) Jumlah baris dalam setiap rangkap
Sajak Rangkap 1 – 5 baris; Rangkap 2 – 5 baris; Rangkap 3 – 3 baris
(c) Jumlah perkataan bagi setiap baris ialah 2 hingga 6 patah perkataan

Aktiviti (d) Jumlah suku kata bagi setiap baris ialah 7 hingga 16 suku kata

PAK-21

(e) Rima akhir
Rangkap 1 a, b, c, b, a ; Rangkap 2 a, b, c, d, a ; Rangkap 3 a, b, a

TP Pernyataan Pencapaian
1-2 Murid hanya mampu membaca sajak di atas dengan kebolehan dan kreativiti yang rendah. Murid tidak menunjukkan kefahaman tentang bentuk
3-4 dan maksud sajak dengan betul.
5-6 Murid mampu membaca sajak di atas dengan kebolehan dan kreativiti yang baik. Murid menunjukkan kefahaman tentang bentuk dan maksud sajak
dengan betul dan rasional.
Murid mampu membaca sajak di atas dengan kebolehan dan kreativiti yang sangat baik. Murid dapat menunjukkan kefahaman tentang bentuk dan
maksud sajak dengan tepat. Murid menggunakan ayat yang gramatis, contoh yang tepat dan rasional.

19

BM Tingkatan 1 Unit 10

Seni Bahasa Buku Teks m/s 58

SP: 4.1.3 Memahami dan mengapresiasi karya sastera dengan memberikan respons peribadi dari aspek pengulangan kata dan

singkatan kata dengan betul dan penuh penghayatan.
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut. KBAT

PUSAKAKU

Megah tersergam
menara condong
menara kembar
menara telekomunikasi
jejari langit kebanggaanku.

Wawasan 1 Malaysia
Wawasan 2020
laungan semarak
cita-cita kita, aspirasi kita.

Duka lara demonstrasi virus
nila setitik merosakkan budaya
wahai pencinta pertiwi
tanah tumpahnya darah ini
bonda kita, pusaka kita.

MUHAMMAD SHUHAILY MOHD. JASMANY
(Ogos 2013), Dewan Siswa
CONTOH Aktiviti

PAK-21

Nyatakan contoh-contoh gaya bahasa berikut berdasarkan sajak di atas.

Gaya Bahasa Contoh

anafora menara condong Wawasan 1 Malaysia
menara kembar Wawasan 2020
menara telekomunikasi

Pengulangan
Kata

epifora cita-cita kita, aspirasi kita.
bonda kita, pusaka kita.

Sinkope jejari langit kebanggaanku.

TP Pernyataan Pencapaian

1-2 Murid mampu membaca sajak di atas dengan kebolehan dan kreativiti yang rendah. Murid tidak dapat menjawab soalan yang disediakan dengan baik.

3 - 4 Murid mampu membaca sajak di atas dengan kebolehan dan kreativiti yang baik. Murid dapat menjawab soalan yang disediakan dengan baik.

5 - 6 Murid mampu membaca sajak di atas dengan kebolehan dan kreativiti yang sangat baik. Murid dapat menjawab soalan yang disediakan dengan tepat.

22

BM Tingkatan 1 Unit 1

Unit 13 Lestarikan Kehijauan Bumi
Tema 7 Teknologi Amalan Hijau

Mendengar dan Bertutur Buku Teks m/s 74

SP: 1.6.2 Menyampaikan maklumat dalam bentuk ucapan dan pengumuman dengan betul, tepat, jelas, intonasi yang sesuai dan

berkesan menggunakan ayat yang gramatis.

Guru kelas telah memaklumkan kamu tentang kempen 1 Murid 1 Pokok yang akan diadakan. Selaku ketua
kelas, kamu dikehendaki menyampaikan maklumat seperti yang terdapat dalam poster di bawah di hadapan
kelas dengan betul, tepat, jelas, intonasi yang sesuai dan berkesan. KBAT

Kempen 1 Murid 1 Pokok

Tarikh : 3 April 2022 (Ahad)
Masa : 8:30 pagi – 10:30 pagi
Tempat : Hadapan Blok Pentadbiran Sekolah Menengah Yahya Petra
CONTOH
Pokoolekhdsiseekdoilaakhan

Alat : bakul, cangkul
Dengan kerjasama : Jabatan Alam Sekitar

Ibu Bapa Dijemput Hadir untuk Memeriahkan Kempen Ini

Murid-murid sekalian, sila ambil perhatian. Cikgu Nor Hidayah telah memberitahu
bahawa sekolah kita akan mengadakan kempen 1 Murid 1 Pokok. Kempen ini
akan diadakan pada 3 April 2022, iaitu hari Ahad di hadapan blok pentadbiran
sekolah. Semua murid dikehendaki datang ke sekolah sebelum pukul 8:30 pagi.
Aktiviti menanam pokok akan berakhir pada pukul 10:30 pagi. Pihak sekolah akan
menyediakan pokok yang akan ditanam. Murid-murid hanya perlu membawa
cangkul dan bakul. Ibu bapa dijemput hadir. Datanglah beramai-ramai untuk
memeriahkan kempen ini. Sekian, terima kasih.

TP Pernyataan Pencapaian
1-2 Murid tidak dapat menyampaikan maklumat dalam bentuk pengumuman dengan baik/ terhad. Intonasi yang digunakan kurang sesuai dan ayat yang
3-4 digunakan bercampur aduk dan tidak gramatis.
5-6 Murid dapat menyampaikan maklumat dalam bentuk pengumuman dengan baik. Intonasi yang digunakan sesuai dan ayat yang digunakan gramatis.
Murid dapat menyampaikan maklumat dalam bentuk pengumuman dengan sangat yakin. Intonasi yang digunakan sangat sesuai, bervariasi, dan
bertatasusila. Ayat yang digunakan gramatis dan mampu menjadi teladan.

25

BM Tingkatan 1 Unit 1

Unit 17 Pengurusan Wang Berhemat

Menulis Tema 9 Ekonomi dan Pengurusan Kewangan

Buku Teks m/s 100

SP: 3.4.4 Menulis karangan berdasarkan bahan rangsangan dan cerita menggunakan ejaan yang betul dan bahasa yang tepat,

indah serta menarik.

Maklumat di bawah menunjukkan manfaat menabung. Berdasarkan maklumat yang diberikan, tulis sebuah
karangan yang panjangnya lebih daripada 180 patah perkataan. KBAT i-THINK

Manfaat Menabung Memupuk sikap Proses menabung ambil masa yang
sabar dan konsisten lama – mengasuh sikap sabar
CONTOH
Kegunaan Mengeluarkan simpanan yang ditabung
kecemasan – menghadapi kecemasan

Menambahkan Wang ditabung di bank meningkat –
simpanan kesenangan hidup terpelihara

Memupuk sikap Tidak bergantung pada saraan ibu bapa
berdikari – menampung pengajian

Amalan menabung merupakan sifat terpuji dan mulia. Dengan menabung, seseorang itu dapat
merancang masa hadapan. Dengan itu, perbelanjaannya dapat direncana dengan baik dan efisien.
Banyak manfaat yang dapat diperoleh diri sendiri dan keluarga jika amalan menabung ini diasuh sejak
kecil lagi. Walaupun proses menabung atau mengumpul wang sedikit demi sedikit ini mengambil masa
yang agak lama, namun begitu amalan ini mampu mengasuh seseorang itu supaya sentiasa sabar selain
konsisten untuk berusaha. Seperti kata pepatah Melayu ‘sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain’.
Kata pepatah ini sewajarnya digunakan sebagai galakan kepada kanak-kanak untuk kerap menabung sejak
kecil.
Tabiat menabung ini seharusnya diteruskan sepanjang hayat. Hal ini demikian kerana apabila seseorang
itu menghadapi masalah kewangan atau waktu kecemasan, mereka dapat mengeluarkan simpanan yang
ditabung untuk menghadapi kecemasan. Ibarat pepatah Melayu ‘sediakan payung sebelum hujan’. Menabung
mampu menampung hal kecemasan pada masa hadapan.

Faedah lain amalan menabung ialah kita dapat menambahkan simpanan kita. Apabila kita menjimatkan
perbelanjaan, wang yang tidak dibelanja dan ditabungkan di institusi kewangan akan meningkat jumlahnya,
bak kata pepatah ‘sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit’. Oleh yang demikian, bukan sekadar wang tabung

31

BM Tingkatan 1 Unit 17

kita bertambah malah kesenangan hidup terpelihara untuk jaminan masa hadapan.
Selain itu, amalan menabung akan mendidik seseorang individu untuk berdikari dan menghargai.
Kita tidak perlu bergantung pada saraan ibu bapa ataupun subsidi kerajaan untuk mendapatkan bantuan
kewangan ataupun biasiswa demi menampung pengajian kita di menara gading kelak. Oleh itu, amalan
menabung perlulah dipupuk untuk kita hidup berdikari pada masa hadapan.
Konklusinya, amalan menabung perlu menjadi rutin harian semua pihak agar dapat membentuk
ekonomi yang lebih mapan pada masa akan datang.

CONTOHAktiviti PAK-21Bulatan Suara

1 Guru mengarahkan murid membentuk kumpulan yang terdiri daripada enam orang ahli.
2 Ketua daripada setiap kumpulan tampil ke hadapan untuk memilih kad tugasan (isi-isi penting berkaitan topik perbincangan).
3 Berdasarkan kad tugasan yang diperoleh, murid diberi topik perbincangan, iaitu “Manfaat Amalan Menabung”.
4 Murid-murid dalam setiap kumpulan melontarkan idea secara bergilir-gilir berdasarkan kad tugasan yang diperoleh kumpulan mereka.
5 Ketua bagi setiap kumpulan diminta tampil ke hadapan kelas dan membentangkan hasil dapatan.
6 Murid daripada kumpulan yang lain dibenarkan mengembangkan idea yang dibentangkan.
7 Guru mengulas idea-idea yang dibentangkan oleh setiap kumpulan.
8 Berdasarkan hasil perbincangan tersebut, guru memberikan tugasan kepada murid-murid. Murid-murid dikehendaki menulis karangan

tentang tajuk yang dibincangkan.

TP Pernyataan Pencapaian
1-2 Karangan tidak lengkap. Murid hanya mampu menulis karangan berkaitan manfaat menabung menggunakan maklumat yang diberikan secara terhad.
3-4 Penggunaan ayat yang kurang gramatis dan penggunaan istilah yang agak terhad.
Karangan lengkap. Murid mampu menulis karangan berkaitan manfaat menabung menggunakan maklumat yang diberikan dengan baik menggunakan
5-6 maklumat yang terdapat di dalam bahan-bahan di atas. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila dan penggunaan istilah yang betul.
Karangan lengkap. Murid mampu menulis karangan berkaitan manfaat menabung menggunakan maklumat yang diberikan dengan sangat baik
menggunakan maklumat yang terdapat di dalam dan di luar bahan-bahan di atas. Murid boleh memberi contoh dan mencadangkan penyelesaian
dengan tekal, terperinci dan mampu menjadi rujukan kepada rakan-rakan. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila dan penggunaan
istilah yang luas dan tepat.

32

Unit 18 BM Tingkatan 1 Unit 1

Membaca Urus Tadbir Kewangan

Tema 9 Ekonomi dan Pengurusan Kewangan

Buku Teks m/s 104

SP: 2.2.2 Membaca untuk memahami maklumat daripada arahan dalam pelbagai bahan dengan memberikan respons yang betul dan

tepat.
Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Bahan 1

Permohonan kad kredit yang lebih mudah dengan syarat yang longgar menjadi punca golongan
muda terjebak dengan masalah hutang. Hal ini menjadikan mereka mudah mendapatkan kad kredit
untuk digunakan dalam perbelanjaan harian. Sememangnya penggunaan kad kredit amat mudah
kerana tidak perlu menyediakan wang tunai untuk berbelanja, namun jika digunakan secara tidak
terkawal boleh menyebabkan mereka muflis.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Golongan Muda dan Amalan Berhutang’
oleh Muhammad Farkhan Kamarolzaman, Dewan Siswa, Bil. 11/ 2018
CONTOH
Bahan 2

Sikap boros dan suka berbelanja menggunakan kad kredit antara penyumbang ke arah perbelanjaan
tidak sihat sehingga pengguna diisytiharkan muflis. Kebanyakan kes berlaku dalam kalangan orang muda
yang ingin kelihatan bergaya walaupun pendapatan tidak seberapa. Bak kata pepatah, 'biar papa asalkan
bergaya' menyebabkan penggunaan kad kredit sebagai alternatif pembayaran sering disalahgunakan.
Kebanyakan golongan muda terjebak dengan penggunaan kad kredit sebagai pembayaran perbelanjaan
daripada semua perkara termasuk barangan keperluan, minyak kereta, belanja harian, dan sebagainya.
Tindakan berbelanja menggunakan kad kredit tanpa had akan menyebabkan mereka tidak mampu
membuat pembayaran balik.

Sumber : Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

1 Nyatakan dua nilai yang sama yang terdapat dalam kedua-dua bahan.
Dua nilai yang sama ialah rasional dan bijak merancang perbelanjaan.

2 Kad kredit mempunyai kelebihan, namun kita akan terjerumus dengan hutang yang banyak jika tidak
digunakan dengan bijak.

Pada pendapat anda, apakah cara bijak menggunakan kad kredit? KBAT

Pada pendapat saya, cara bijak menggunakan kad kredit ialah kad kredit digunakan sewaktu kecemasan

dan bayaran tersebut harus dibayar dengan segera untuk mengelakkan dikenakan caj tambahan. Selain
itu, membayar bil kad kredit sepenuhnya dalam tempoh yang ditetapkan.

TP Pernyataan Pencapaian
1-2 Murid mampu membaca mana-mana bahan di atas dengan kebolehan dan kreativiti yang rendah. Murid tidak dapat menjawab soalan dengan tepat dan
3-4 tidak menunjukkan kefahaman terhadap isu pengurusan kewangan yang dibincangkan.
5-6 Murid mampu membaca mana-mana bahan di atas dengan kebolehan dan kreativiti yang baik. Murid mampu menjawab soalan dengan betul dan
menunjukkan kefahaman terhadap isu pengurusan kewangan yang dibincangkan dengan baik.
Murid mampu membaca mana-mana bahan di atas dengan kebolehan dan kreativiti yang baik. Murid mampu menjawab soalan dengan betul dan
menunjukkan kefahaman mendalam terhadap isu pengurusan kewangan yang dibincangkan dengan memberikan contoh yang tepat dan rasional.

33

BM Tingkatan 1 Unit 1 Usahawan Berwibawa

Unit 26 Tema 13 Pengantarabangsaan Industri Negara

Tatabahasa Buku Teks m/s 155

SP: 5.5.1 Memahami dan membina ayat berdasarkan pola ayat inti dengan betul dan tepat mengikut konteks.
Kenal pasti pola ayat dasar di bawah. Kemudian, bina ayat yang lain berdasarkan pola ayat yang dikenal pasti.

Haji Rosli Haji Adam, 55 tahun, usahawan yang berjaya. Beliau lulusan ijazah Sarjana Muda
Agribusiness. Setelah menamatkan pengajian daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun
1989, beliau terus membina kerjaya sebagai usahawan ekoran minat berniaga yang dipupuk sejak di
bangku sekolah lagi. Beliau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan sebagai kontraktor binaan
pada tahun 1990. Kemudian, pada tahun 1994, syarikat beliau terus berkembang dengan mengorak
langkah menceburi perniagaan baharu, iaitu mengeluarkan produk kalis air dan cat lapisan gelanggang
sukan. Sejak itu, beliau tidak menoleh ke belakang lagi, sebaliknya terus memacu syarikatnya sehingga
menjadi pengeluar cat terkemuka negara dan setaraf dengan produk jenama syarikat antarabangsa.
Berkat kegigihannya dan bijak menghidu peluang, syarikat Bina Paint Industries Sdn. Bhd. berjaya
menyaingi cat jenama antarabangsa, sekali gus meluaskan rangkaian perniagaan ke seluruh pelosok
tanah air. Syarikat beliau memiliki kilang pengeluaran sendiri. Kilang pengeluarannya di Bandar Baru
Bangi, Selangor. Meskipun berdepan dengan saingan sengit daripada pengeluar cat antarabangsa, Haji
Rosli sentiasa optimis dan berpandangan jauh bahawa cat keluaran syarikatnya mampu menambat
hati pengguna berdasarkan permintaan yang semakin meningkat.
Haji Rosli tidak lokek untuk berkongsi pengalamannya sepanjang 29 tahun berkecimpung dalam
dunia perniagaan. Menurutnya, seseorang yang ingin berjinak-jinak sebagai ahli perniagaan perlu
memiliki ilmu keusahawanan. Ilmu keusahawanan sangat penting bagi membina dan membentuk
seseorang usahawan berjaya.
CONTOH
1 Beliau lulusan ijazah Sarjana Muda Agribusiness.
Pola Ayat : Frasa Nama + Frasa Nama
Pola lain : Kamal Sarjana Muda Pertanian.

2 Beliau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan sebagai kontraktor binaan pada tahun 1990.
Pola Ayat : Frasa Nama + Frasa Kerja
Pola lain : Kamal memulakan penternakan ikan dalam sangkar selepas tamat pengajian di sekolah.

3 Ilmu keusahawanan sangat penting bagi membina dan membentuk seseorang usahawan berjaya.
Pola Ayat : Frasa Nama + Frasa Adjektif
Pola lain : Penguasaan ilmu yang berkaitan aspek pemasaran sangat penting bagi penternak.

TP Pernyataan Pencapaian
1-2
3-4 Murid hanya mampu memahami dan mengenal pasti pola bagi ketiga-tiga jenis ayat yang terdapat dalam bahan serta dapat membina ayat bagi setiap
5-6 jenis pola tetapi tidak gramatis.
Murid mampu memahami dan berjaya mengenal pasti pola bagi ketiga-tiga jenis ayat yang terdapat dalam bahan dan dapat membina ayat bagi setiap
jenis pola dengan gramatis.
Murid mampu memahami dan berjaya mengenal pasti pola bagi ketiga-tiga jenis ayat yang terdapat dalam bahan dan membina ayat bagi setiap jenis
pola dengan gramatis dan terperinci.

44

Jawapan

Unit 2 Amalan Kesejahteraan HidupCONTOH Tatabahasa

Mendengar dan Bertutur Kata Seru – Eh, Oh, Wah
Kata Tanya – Apakah, Bagaimanakah, Mengapakah
Antara cara saya mengamalkan gaya hidup sihat ialah 1 Wah, cantiknya baju kebaya awak!
mengamalkan pemakanan yang seimbang berpandukan 2 Oh, di sini kamu rupanya!
piramid makanan. Pemakanan yang seimbang bermaksud 3 Apakah kerjaya pilihan kamu?
pemakanan yang mengandungi ketujuh-tujuh kelas makanan 4 Bagaimanakah anda mengisi masa lapang?
dalam kadar yang bersesuaian, iaitu karbohidrat, protein,
vitamin, mineral, lemak, air serta serat. Saya akan mengelakkan Unit 4 Keselamatan di Mana-mana
makanan segera dan berlemak untuk mengelakkan obesiti. Di
samping itu, saya akan membuat pemeriksaan kesihatan secara Mendengar dan Bertutur
berkala agar mampu mengesan sesuatu penyakit ketika masih
di peringkat awal. Selain itu, saya juga akan mengutamakan Ragut merupakan suatu jenayah yang sudah tidak asing lagi
kebersihan dan kesihatan diri serta persekitaran. Saya menjaga buat masyarakat pada hari ini. Oleh itu, kesedaran tentang
kebersihan dan kesihatan diri dengan mencuci tangan sebelum jenayah ragut ini penting demi menjaga keselamatan kita di
makan dan mengetip kuku untuk memastikan saya terhindar tempat awam. Antara cara mencegah jenayah ragut ialah kita
daripada sebarang penyakit. Saya juga akan membuang perlu menggunakan jalan yang selalu dilalui orang ramai. Selain
sampah ke dalam tong sampah untuk memastikan persekitaran itu, elakkan meletakkan beg tangan atau barang berharga
bersih. Amalan ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen di dalam bakul membeli-belah atau di atas kaunter semasa
pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya. membuat pembayaran. Cara yang lain ialah silangkan beg tangan
kita di bahu dan berjalan di sebelah kanan jalan. Seterusnya,
Menulis berjalanlah di atas kaki lima kedai supaya dapat mengelakkan
diri daripada diragut oleh pembonceng motosikal. Di samping
Pengendali makanan bertanggungjawab memilih bahan itu, elakkan daripada berjalan sendirian di kawasan sunyi dan
mentah yang berkualiti. Pemilihan bahan mentah mesti jika ada orang yang mencurigai mengekori anda, cuba menuju
dilakukan dengan teliti agar bahan mentah daripada haiwan segera ke tempat yang ada ramai orang. Akhir sekali, elakkan
seperti ayam, ikan, dan daging berada dalam keadaan yang memakai barang kemas berlebihan termasuk memakaikan anak-
bersih, tidak busuk dan berbau. Selain itu, bahan mentah anak dengan barang kemas kerana boleh mengundang padah.
perlu disimpan di tempat dan suhu yang betul. Begitu juga,
bahan mentah daripada tumbuhan seperti sayur-sayuran Menulis
dan buah-buahan perlu dibersihkan sehingga bersih sebelum
dimasak atau dimakan secara mentah. Seterusnya, makanan Isi Pertama
perlu dimasak dengan sempurna kerana makanan yang Ayat Huraian
tidak dimasak dengan baik menjadi punca utama keracunan Pelan ini memudahkan murid mengetahui tindakan yang harus
makanan. Bakteria seperti Salmonella, Baccilus cereus, dan diambil dan arah yang dituju ketika menghadapi sebarang
Campylobacter yang menyebabkan keracunan makanan kecemasan.
lazimnya boleh ditemui dalam daging, ayam dan ikan mentah Ayat Contoh
yang tidak dibersihkan dan dimasak dengan sempurna. Menampalkan pelan tangga kecemasan dan pelan larian ke
Akhir sekali, makanan yang telah dimasak perlu padang di tempat-tempat yang mudah dilihat.
dihidangkan dengan segera dan dalam keadaan bertutup. Isi Kedua
Makanan yang dihidangkan pada suhu bilik melebihi empat Ayat Topik
jam mudah rosak dan tidak sesuai untuk dimakan. Alat pemadam api merupakan kemudahan asas yang perlu
dimiliki oleh setiap sekolah.
Unit 3 Sayangi Nyawa Anda Ayat Huraian
Kebakaran merupakan salah satu kemalangan yang sering
Membaca berlaku di sekolah.
Ayat Contoh
1 Mengambil gambar foto dengan usaha sendiri menggunakan Pihak sekolah perlu menyediakan alat pemadam api di
kamera telefon pintar atau kamera digital. setiap bangunan dan memastikan semua pemadam api boleh
berfungsi dan sedia digunakan.
2 Akibat. Isi Ketiga
3 Memberi tempat untuk (orang). Ayat Topik
4 Mati kerana tidak boleh bernafas (tenggelam dalam air). Sekolah perlu menyediakan khidmat pengawal keselamatan
5 Dibawa oleh aliran. yang bertanggungjawab.
6 Gerakan air yang cepat sekali. Ayat Huraian
7 Kejadian. Mengawasi dan menjamin keselamatan murid-murid yang
8 Gerakan, kegiatan. keluar masuk ke kawasan sekolah.
Ayat Contoh
J1 Tidak membenarkan orang yang tidak membawa pas masuk
daripada memasuki kawasan sekolah dan memastikan setiap
pelawat yang memasuki sekolah mendaftarkan diri.


Click to View FlipBook Version