5 Nur Diyana Halim 5Tahun 5 Dicetak oleh: Swan Printing Sdn. Bhd. (274710-X) Lot 5249, Jalan BS7/1, Kawasan Perindustrian Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Sel. D.E. Lot 1 & 2, Jalan BS 7/1A, Taman Bukit Serdang, Seksyen 7, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. • Bhg. Penjualan: 03 – 8959 2001/ 3001/ 4003 • Faks: 03 – 8957 3611 • Bhg. Editorial: 03 – 6150 3009 • Faks: 03 – 6150 1007 • E-mel: [email protected] • Laman Web: www.pep-publications.com Sem. M’sia: RM6.50 Sabah/ S’wak: RM6.90 ISBN 978-629-7560-35-9 9 786297 560359 1 set Kertas Model UPSA (Ujian Pertengahan Sesi Akademik) 4 set Kertas Model UASA (Ujian Akhir Sesi Akademik) KSSR Semakan Kertas Model 3 Format 3 Persembahan 3 Standard soalan UASA TERKINI Koleksi kertas model ini ditulis khas untuk murid-murid Tahun 4, 5 & 6 yang bakal menduduki peperiksaan UASA. Ciri-ciri unggul © PEP Publications Sdn. Bhd. Semua hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula atau dipindahkan dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, baik dengan cara elektronik, mekanik, penggambaran ataupun sebaliknya tanpa izin yang bertulis terlebih dahulu daripada PEP Publications Sdn. Bhd. Dicetak oleh: Swan Printing Sdn. Bhd. (274710-X) Lot 5249, Jalan BS7/1, Kawasan Perindustrian Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. PEP Publications Sdn. Bhd. (811705-T) Lot 1 & 2, Jalan BS 7/1A, Taman Bukit Serdang, Seksyen 7, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. • Bhg. Penjualan: 03 – 8959 2001/ 3001/ 4003 • Faks: 03 – 8957 3611 • Bhg. Editorial: 03 – 6150 3009 • Faks: 03 – 6150 1007 • E-mel: [email protected] • Laman Web: www.pep-publications.com Dicetak oleh: Swan Printing Sdn. Bhd. (274710-X) Lot 5249, Jalan BS7/1, Kawasan Perindustrian Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Sel. D.E. Lot 1 & 2, Jalan BS 7/1A, Taman Bukit Serdang, Seksyen 7, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. • Bhg. Penjualan: 03 – 8959 2001/ 3001/ 4003 • Faks: 03 – 8957 3611 • Bhg. Editorial: 03 – 6150 3009 • Faks: 03 – 6150 1007 • E-mel: [email protected] • Laman Web: www.pep-publications.com Sem. M’sia: RM6.50 Sabah/ S’wak: RM6.90 Judul-judul dalam siri ini Bahasa Melayu English Matematik (dwibahasa) Sains (dwibahasa) Sejarah Subjek Tahun Berorientasikan format UASA 100% Berdasarkan topik-topik dalam buku teks Boleh dileraikan dan dikerjakan secara berasingan Jawapan lengkap BAHASA MELAYU BAHASA MELAYU Tahun Kertas Model 4 5 6 Ujian Akhir Sesi Akademik Ujian Akhir Sesi Akademik Kertas Model 00-Cv Kertas Model UASA BM.indd 2 20/4/2023 10:16:55 AM
1.1 UPSA Set 1 BAHASA MELAYU – TAHUN LIMA UJIAN PERTENGAHAN SESI AKADEMIK (UPSA) (Tema 1 – Tema 5) Kertas ujian ini mengandungi 12 halaman bercetak. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1 – 10 10 B 1 5 2 5 C 1 10 D 1 20 JUMLAH 50 1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan nama kelas kamu pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan kamu hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas ujian ini. 4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. ARAHAN: Set1 Krtas MdelUASA BM5 (SK) .indd 1 12/04/2023 3:52 PM CONTOH
2.1 UASA Set 2 BAHASA MELAYU – TAHUN LIMA UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) Kertas ujian ini mengandungi 12 halaman bercetak. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1 – 10 10 B 1 5 2 5 C 1 10 D 1 20 JUMLAH 50 1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan nama kelas kamu pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan kamu hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas ujian ini. 4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. ARAHAN: Set2 Krtas MdelUASA BM5 (SK) .indd 1 14/04/2023 4:26 PM CONTOH
2.2 UASA Set 2 Soalan 1 dan 2 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1. Kai Jun ________ biola mengiringi persembahan Farisha ketika mendeklamasikan sajak “Nusaku Tercinta”. A memalu B memetik C menggesek D menggoncang [1 markah] 2. Mak Intan sedang memetik terung di kebunnya _______ hujan turun pada petang itu. A tatkala B apabila C kerana D sementara [1 markah] Soalan 3 Pilih ayat yang betul. 3. A Pasukan koir itu menyanyi sambil saling berpegang-pegangan tangan. B Mereka memakai jaket keselamatan sebelum menaiki bot ke Taman Negara. C Sofea menyusuri Internet untuk mencari maklumat tentang Tokoh Perpaduan Negara. D Puan Sabariah menghidangkan goreng pisang untuk minum petang keluarganya. [1 markah] Set2 Krtas MdelUASA BM5 (SK) .indd 2 14/04/2023 4:26 PM CONTOH
2.3 UASA Set 2 Soalan 4 hingga 6 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Dalam kedinginan pagi, ibu sudah menyiapkan nasi lemak kukus jualannya. Ibu menjual nasi lemak kukus itu untuk menyara kami dua beranak selepas kematian ayah. Aku membantu ibu memasukkan bekas sambal ikan bilis, hirisan timun, dan telur rebus ke dalam bakul. Kemudian, aku membuka gerai jualan di hadapan rumah kami. Aku juga mengelap meja jualan dengan kain lap. Seterusnya, aku menyusun bekas sambal ikan bilis, bekas hirisan timun, dan bekas telur rebus di atas meja. Kertas pengalas nasi lemak juga sudah aku lapik dengan daun pisang. Ibu akan memulakan tugas menjual nasi lemak pada pagi itu sebelum aku berbasikal ke sekolah. 4. Apakah yang dilakukan oleh ibu “aku” pada awal pagi? A Menyiapkan tempahan nasi lemak B Membeli nasi lemak untuk sarapan pagi C Memasak nasi lemak kukus untuk jualan pada waktu pagi D Meletakkan nasi lemak jualannya di gerai mereka [1 markah] 5. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. A Aku membantu ibu menyiapkan nasi kukus jualan pada waktu pagi. B Aku berbasikal ke sekolah setelah membuka gerai jualan ibunya. C Ibu yang memasukkan sambal ikan bilis, hirisan timun dan telur rebus ke dalam bakul. D Aku membantu ibu menjual nasi lemak kukus selepas pulang dari sekolah. [1 markah] 6. Berikut ialah tugasan “aku” berdasarkan petikan kecuali A memasak nasi lemak kukus untuk jualan. B mengelap meja jualan dengan kain lap. C membuka gerai jualan nasi lemak kukus di hadapan rumah. D mengalas kertas pengalas nasi lemak dengan daun pisang. [1 markah] Set2 Krtas MdelUASA BM5 (SK) .indd 3 14/04/2023 4:26 PM CONTOH
2.4 UASA Set 2 Soalan 7 hingga 10 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalansoalan yang berikutnya. BAHAN 1 Program Kem Cintai Alam Sekitar Daerah Gombak 2023 Anjuran: Jabatan Pendidikan Daerah Gombak dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Bertempat: Kem Perah, FRIM Objektif Kem: • Memberi kesedaran alam sekitar kepada setiap lapisan masyarakat • Menanam rasa tanggungjawab dalam kalangan masyarakat untuk mengambil bahagian dalam menjaga alam sekitar • Memupuk kerjasama dan membina keyakinan diri kepada peserta semasa melakukan aktiviti kembara hutan yang mencabar Sasaran: Murid-murid Tahap Dua sekolah rendah di daerah Gombak BAHAN 2 Pada pagi Sabtu itu, Rubini dan ahli Kelab Rekreasi sekolah sedang mengikuti aktiviti kembara di Taman Alam Kuala Selangor. Aktiviti itu bertujuan untuk mendedahkan habitat semula jadi burung, ketam, dan monyet di kawasan paya bakau kepada murid-murid. Peserta aktiviti kembara alam itu menyusuri denai bersimen menuju ke kawasan pantai untuk melihat kawasan pokok bakau. Rubini menemukan pelbagai spesies flora dan fauna yang menarik. Rubini juga merakamkan gambar burung berhijrah yang singgah di situ dengan kamera digitalnya di menara pemerhatian. Set2 Krtas MdelUASA BM5 (SK) .indd 4 14/04/2023 4:26 PM CONTOH
2.5 UASA Set 2 7. Program Kem Cintai Alam Sekitar daerah Gombak 2023 akan berlangsung di A Taman Alam Kuala Selangor. B Jabatan Pendidikan Daerah Gombak. C Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. D Kem Perah, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. [1 markah] 8. Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan yang bergaris di atas ialah A berkas. B potong. C batang. D rumpun. [1 markah] 9. Perkataan kembara dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan A inap. B jelajah. C lawatan. D kunjungan. [1 markah] 10. Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas. A Rubini merakamkan gambar burung berhijrah dengan menggunakan telefon pintar. B Ahli Kelab Alam Sekitar yang mengikuti aktiviti kembara di Taman Alam Kuala Selangor. C Murid Tahap Satu dan Tahap Dua sekolah rendah di daerah Gombak boleh menyertai kem tersebut. D Jabatan Pendidikan Daerah Gombak dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia merupakan penganjur bersama kem tersebut. [1 markah] Peserta aktiviti kembara alam itu menyusuri denai bersimen menuju ke kawasan pantai untuk melihat kawasan pokok bakau. Set2 Krtas MdelUASA BM5 (SK) .indd 5 14/04/2023 4:26 PM CONTOH
2.6 UASA Set 2 PEMAHAMAN PETIKAN DAN TATABAHASA SERTA RESPONS KRITIS DAN KREATIF Soalan 1 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Selepas bersarapan dengan cucur udang dan air teh, aku menyiapkan latihan Matematik yang diberi oleh Cikgu Rosma. Usai menyiapkan latihan Matematik, aku mengemaskan meja studiku dengan rapi. Kemudian, aku duduk di atas kerusi lalu membaca majalah Dewan Pelajar keluaran terbaharu. Tiba-tiba, kedengaran bunyi mesin jentuai padi di sawah ayah di belakang rumah. Aku meletakkan majalah Dewan Pelajar di atas meja studiku. Aku menjenguk ke luar tingkap bilik untuk melihat relung sawah ayah yang baru dituai oleh mesin jentuai. Ayah berdiri di atas batas sawah sambil tersenyum kerana pada musim ini padinya membuahkan hasil yang lumayan. 1. (a) “Aku” duduk majalah Dewan Pelajar selepas mengemaskan meja studinya. [1 markah] (b) Mengapakah ayah “aku” berdiri di atas batas sawah sambil tersenyum? [2 markah] Set2 Krtas MdelUASA BM5 (SK) .indd 6 14/04/2023 4:26 PM CONTOH
2.7 UASA Set 2 (c) Gariskan satu kata kerja tak transitif yang terdapat dalam ayat yang diberikan. Ayah berdiri di atas batas sawah sambil tersenyum kerana pada musim ini padinya membuahkan hasil yang lumayan. [1 markah] (d) Pilih dan tandakan (✓) pada ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. Aku meletakkan majalah Dewan Pelajar di atas meja studiku. Di atas meja studiku, aku diletakkan oleh majalah Dewan Pelajar. Majalah Dewan Pelajar aku letakkan di atas meja studiku. [1 markah] Set2 Krtas MdelUASA BM5 (SK) .indd 7 14/04/2023 4:26 PM CONTOH
2.8 UASA Set 2 Soalan 2 Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Hari ini hari Selasa. Tinesh dan pemain pasukan badminton sekolah akan menjalani latihan intensif badminton sebelum bertanding pada minggu hadapan. Namun, Tinesh terlupa membawa raket badminton untuk mengikuti latihan badminton pada petang itu kerana terlewat bangun pada pagi tadi. Pada pendapat kamu, apakah tindakan yang perlu diambil oleh Tinesh? [5 markah] Set2 Krtas MdelUASA BM5 (SK) .indd 8 14/04/2023 4:26 PM CONTOH
2.9 UASA Set 2 PENULISAN PERENGGAN C Grafik di bawah menunjukkan tentang aktiviti sebuah keluarga pada hujung minggu. Tuliskan pendapat kamu tentang aktiviti keluarga tersebut. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Set2 Krtas MdelUASA BM5 (SK) .indd 9 14/04/2023 4:26 PM CONTOH
2.10 UASA Set 2 [10 markah] Set2 Krtas MdelUASA BM5 (SK) .indd 10 14/04/2023 4:26 PM CONTOH
2.11 UASA Set 2 PENULISAN KARANGAN Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. DI KAMPUNG Set2 Krtas MdelUASA BM5 (SK) .indd 11 14/04/2023 4:26 PM CONTOH
2.12 UASA Set 2 [20 markah] Set2 Krtas MdelUASA BM5 (SK) .indd 12 14/04/2023 4:26 PM CONTOH
J1 Ujian Pertengahan Sesi Akademik (UPSA) Set 1 1. C 2. B 3. D 4. C 5. D 6. B 7. A 8. B 9. A 10. D 1. (a) dijangkiti (b) Pak Ayob mengasingkan ayam ternakannya yang sihat di dalam reban yang lain untuk mengelakkan jangkitan penyakit hawar ayam. (c) murung (d) Petugas jabatan veterinar memberikan ubat kepada ayam-ayam yang tidak dijangkiti oleh penyakit hawar itu. ( 3 ) 2. Tindakan yang akan saya lakukan ialah mencuba bertenang. Kemudian, saya akan menghubungi bilik kawalan untuk mendapatkan pertolongan. Kami akan duduk di atas lantai lif sementara menunggu pasukan bomba menyelamatkan kami. Cara-cara untuk memupuk semangat kejiranan adalah dengan melibatkan diri dalam aktiviti kejiranan seperti gotong-royong. Dengan ini, mereka saling mengenali semasa mengikuti aktiviti itu. Selain itu, sambutan hari keluarga di kawasan perumahan akan merapatkan hubungan sesama jiran. Malahan, penganjuran majlis rumah terbuka perayaan membolehkan penduduk berbilang kaum meraikan sambutan tersebut. Karangan Berformat Laporan Temasya Permainan Tradisional Taman Mawar 2023 Pada 11 Mac 2023 yang lalu, Persatuan Penduduk Taman Mawar telah menganjurkan Temasya Permainan Tradisional Taman Mawar 2023. Temasya itu diadakan di padang komuniti Taman Mawar. Objektif utama temasya itu adalah untuk memperkenalkan permainan tradisional kepada generasi muda. Selain itu, untuk memastikan permainan tradisional itu tidak lenyap ditelan zaman. Pelbagai permainan tradisional yang dimainkan semasa temasya itu. Antaranya ialah batu seremban, congkak, gasing dan sepak raga bulatan. Penduduk Taman Mawar telah mengambil bahagian dalam permainan tradisional yang menyeronokkan itu. Mereka teruja bermain permainan tradisional pelbagai kaum itu. Sesungguhnya, temasya permainan tradisional itu telah mencapai matlamatnya. Laporan disediakan oleh, 15 MAC 2023. Nurul Anis Sofiyah (NURUL ANIS SOFIYAH BINTI SOFFIAN) Setiausaha, Persatuan Penduduk Taman Mawar. Karangan Tidak Berformat Pada pagi Ahad itu, aku pergi ke padang komuniti Taman Mawar. Persatuan Penduduk Taman Mawar menganjurkan Temasya Permainan Tradisional Taman Mawar. Temasya itu diadakan bertujuan untuk memperkenalkan permainan tradisional kepada generasi muda. Selain itu, untuk mengeratkan hubungan sesama jiran. Pelbagai aktiviti yang dijalankan semasa temasya permainan tradisional itu berlangsung. Antaranya pertandingan batu seremban, congkak, serta demonstrasi bermain gasing dan sepak raga bulatan. Penduduk Taman Mawar yang berbilang kaum mencuba bermain pelbagai permainan tradisional itu. Mereka sungguh seronok mencuba permainan tradisional itu. Temasya itu berakhir pada pukul 1:00 petang. Peserta yang memenangi pertandingan yang dianjurkan menerima hadiah masing-masing. Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Set 2 1. C 2. A 3. B 4. C 5. B 6. A 7. D 8. C 9. B 10. D Set6 Jawapan SJKC UASA BM5 (SK).indd 1 12/04/2023 1:35 PM CONTOH
J2 1. (a) membaca (b) Ayah “aku” berdiri di atas batas sawah sambil tersenyum kerana pada musim ini padi di sawahnya mengeluarkan hasil yang lumayan. (c) berdiri (d) Majalah Dewan Pelajar aku letakkan di atas meja studiku. ( 3 ) 2. Tindakan yang perlu diambil oleh Tinesh ialah memberitahu jurulatih badminton bahawa dia terlupa membawa raket badmintonnya pada hari itu. Dia boleh meminjam raket rakannya untuk berlatih badminton pada petang itu. Pada pendapat saya, aktiviti yang dilakukan oleh keluarga ini ialah ayah membaca surat khabar di sofa untuk mengetahui berita semasa. Abang duduk di atas lantai sambil membaca majalah kegemarannya. Kakak duduk di sebelah ibu sambil memerhatikan ibu mengait alas meja. Salina bermain anak patung beruang bersamasama adik bongsunya dengan riang. Karangan Berformat No. 37, Jalan BM 1/2B, Taman Bukit Mahkota, 42700 Banting, Selangor Darul Ehsan. 9 Mac 2023. Menemui sahabatku, Dayangku Muhaini yang berada di Kuching, Sarawak. Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saudari, Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya balik ke kampung datuk pada minggu lalu. Kepulangan saya ke kampung disambut oleh datuk dan nenek dengan gembira. Saya langkah kanan kerana durian di dusun datuk telah gugur. Saya membantu datuk mengutip buah durian yang gugur ke dalam bakul. Saya juga membantu datuk menjual buah durian itu di gerai buah. Banyak pembeli yang membeli buah durian yang kami jual. Pada sebelah petangnya, datuk memberikan upah kepada saya. Duit upah itu akan saya simpan di dalam bank. Sekian, terima kasih. Salam ingatan, Azalea Karangan Tidak Berformat Pada hari Sabtu itu, saya pulang ke kampung datuk. Datuk dan nenek menyambut kepulangan saya dengan gembira. Selepas bersarapan, saya dan datuk ke dusun. Saya membantu datuk mengutip buah durian yang gugur ke dalam bakul. Datuk menjual buah durian itu di gerai buah di tepi jalan. Buah durian itu dibeli oleh banyak pelanggan. Kemudian, datuk memberikan duit upah kepada saya. Saya akan menyimpan duit itu di bank. Saya berasa gembira semasa bercuti di kampung. Percutian itu sungguh bermakna buat saya. Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Set 3 1. A 2. C 3. D 4. C 5. B 6. B 7. D 8. A 9. C 10. B 1. (a) meragut (b) Sang Kerbau mengangkat bebanan di atas badan Sang Buaya dengan menggunakan tanduknya. (c) menangkap; memakannya (d) Sang Buaya menjerit untuk meminta bantuan Sang Kerbau kerana batang kayu ara jatuh menimpa badannya. ( 3 ) 2. Dengan berbekalkan ilmu pengakap yang kami pelajari, kami mencari tempat untuk bermalam. Kami membuat pangkin untuk dijadikan tempat tidur dan membuat unggun api untuk mengelakkan kesejukan dan menghalau haiwan buas. Cara-cara untuk mengelakkan kemalangan jalan raya adalah dengan memastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik sebelum Set6 Jawapan SJKC UASA BM5 (SK).indd 2 12/04/2023 1:35 PM CONTOH
J3 memulakan pemanduan. Selain itu, pastikan bahawa pemandu tidak mengantuk semasa memandu. Sekiranya mengantuk, berehatlah di kawasan rehat dan rawat yang disediakan. Akhir sekali, pemandu tidak boleh menggunakan telefon bimbit semasa memandu untuk mengelakkan kemalangan. Karangan Berformat SEREMBAN, Sabtu – Kelab Sains SK Taman Murni telah mengadakan gotong-royong membersihkan Taman Sains sekolah. Tujuan aktiviti gotong-royong itu adalah untuk mendidik ahli kelab agar bertanggungjawab terhadap Taman Sains. Malahan, untuk mengindahkan Taman Sains yang dijadikan tempat belajar di luar kelas. Ahli kelab dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan melakukan tugasan mereka dengan baik. Antara tugasan mereka adalah membersihkan kolam ikan, menyiram sayur dan bunga, dan memetik sayur. Ada juga yang memberikan makanan kepada burung di dalam sangkar. Ahli Kelab Sains berasa gembira kerana dapat bergotong-royong di Taman Sains. Persekitaran Taman Sains itu semakin cantik dan ceria. Karangan Tidak Berformat Pada pagi Sabtu itu, Alia dan ahli Kelab Sains telah bergotong-royong membersihkan Taman Sains. Mereka memakai pakaian sukan untuk membersihkan Taman Sains. Mereka telah dibahagikan kepada empat kumpulan sebelum aktiviti dimulakan. Kumpulan Satu bertugas membersihkan kolam ikan. Mereka membersihkan kolam ikan yang licin dengan berhati-hati. Kumpulan Dua menyapu dedaun yang gugur di Taman Sains. Mereka juga menyiram pokokpokok bunga dengan penyiram. Kumpulan Tiga bertugas menyiram pokok cili. Mereka juga memetik buah cili yang sudah matang. Kumpulan Empat ditugaskan membersihkan sangkar burung. Mereka juga memberikan makan kepada burung di dalam sangkar. Mereka berasa gembira dapat membersihkan Taman Sains. Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Set 4 1. B 2. A 3. C 4. D 5. C 6. B 7. C 8. A 9. B 10. D 1. (a) lawatan (b) Juliana dan ahli Kelab Rekreasi melengkapkan nama tumbuhan di dalam buku skrap yang dibekalkan kepada mereka dengan berpandukan nama pokok yang terdapat di Taman Botani itu. (c) jurupandu lawatan; buku skrap (d) Juliana memuji kecantikan “Floral Garden” yang ditanami dengan pelbagai jenis bunga dari seluruh pelosok dunia. ( 3 ) 2. Kumar perlu menyelesaikan latihan Matematik yang sukar itu dahulu jika ingin menerima ajakan Danial untuk bermain futsal. Ini bagi mengelakkan dia dimarahi oleh guru Matematik jika tidak menyiapkan latihan Matematik. Langkah-langkah untuk menjaga keselamatan diri semasa musim banjir adalah kita hendaklah menutup semua suis utama elektrik sebelum meninggalkan rumah untuk mengelakkan litar pintas. Kita juga mestilah melarang anak-anak bermain air banjir kerana berbahaya kepada mereka. Malahan, kita hendaklah berpindah ke pusat pemindahan sementara dengan segera apabila diarahkan oleh pihak berwajib. Karangan Berformat Ana : Wah, ramainya orang beriadah di taman rekreasi ini pada pagi ini! Apakah kebaikan aktiviti riadah kepada kita, Julie? Julie : Benar, Ana. Aktiviti riadah ini banyak kebaikannya. Aktiviti riadah ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan apabila kita berjoging bersama-sama keluarga. Ana : Aktiviti senaman juga dapat mengeluarkan peluh. Ini menjadikan tubuh kita sihat dan otak kita cerdas. Set6 Jawapan SJKC UASA BM5 (SK).indd 3 12/04/2023 1:35 PM CONTOH
J4 Julie : Aktiviti bermain papan luncur pula mendidik kita agar menjaga keselamatan diri semasa bermain. Ini dapat mengelakkan kecederaan semasa bermain. Ana : Aktiviti riadah seperti bermain lompat tali menguji kesihatan fizikal kita. Julie : Malahan, aktiviti riadah ini dapat merehatkan otak kita selepas penat belajar. Karangan Tidak Berformat Cuaca pada pagi Ahad itu cerah. Saya dan ayah beriadah di taman rekreasi. Kami berjoging di laluan joging di taman rekreasi itu. Terdapat pengunjung yang berjalan kaki dan menyorong anak dengan kereta sorong di laluan joging. Sekumpulan wanita pula sedang melakukan senamrobik. Mereka bersenamrobik sambil diiringi oleh muzik. Beberapa orang remaja lelaki bermain papan luncur di gelanggang. Mereka memakai pakaian keselamatan sambil bermain dengan riang. Beberapa orang kanak-kanak perempuan bermain lompat getah. Terdapat juga warga emas yang duduk di atas bangku sambil membaca akhbar. Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Set 5 1. C 2. D 3. B 4. C 5. D 6. A 7. A 8. D 9. C 10. B 1. (a) manfaat (b) Segelintir masyarakat di bandar kurang mengamalkan amalan bergotongroyong kerana mereka bersikap mementingkan diri, malah mungkin ada kalangan masyarakat di bandar saling tidak mengenali walaupun berjiran serta sibuk bekerja. (c) masih (d) Hubungan dalam kalangan masyarakat setempat dapat dieratkan melalui aktiviti ini. ( 3 ) 2. Tindakan yang akan saya lakukan adalah melaporkan kejadian buli itu kepada guru disiplin dengan segera. Selain itu, saya akan menasihati rakan supaya tidak takut akan ugutan mereka itu. Grafik menunjukkan amalan gaya hidup sihat yang harus diamalkan dalam kehidupan sehariharian seperti mencuci tangan, mandi, berjoging, dan makan makanan seimbang. Kebaikankebaikan yang diperoleh daripada amalan-amalan ini adalah dapat mencegah jangkitan kuman dan penyakit yang berbahaya. Selain itu, fizikal dan mental kita juga akan cergas dan cerdas. Karangan Berformat HULU LANGAT, Sabtu - Sekumpulan sukarelawan menjalankan program gotong-royong di Sungai Congkak. Program ini dianjurkan oleh Kelab Alam Sekitar. Aktiviti ini berlangsung dari pukul 8:00 pagi hingga 3:00 petang. Mereka menyapu dan mengaut sampah yang hanyut serta menanam pokok. Tujuan gotong-royong ini diadakan adalah untuk memupuk kesedaran tentang penjagaan alam sekitar. Aktiviti ini juga bertujuan memupuk nilai bertanggungjawab. Antara faedah yang diperoleh adalah dapat menjaga kebersihan sungai dan mencegah penularan penyakit. Pokok-pokok yang ditanam dapat mengindahkan kawasan sungai. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuang sampah ke dalam sungai. Sungai hendaklah dijaga demi kebaikan semua. Karangan Tidak Berformat Sekumpulan sukarelawan membersihkan kawasan sungai. Mereka menyapu dan mengaut sampah yang hanyut serta menanam pokok. Banyak faedah yang diperoleh oleh mereka. Menjaga kebersihan kawasan sungai dapat mencegah penularan penyakit berjangkit. Hidupan akan mendapat sumber air yang bersih jika kebersihan sungai dijaga. Air yang bersih penting sebagai minuman dan melakukan kerja-kerja harian. Pokok-pokok yang ditanam juga mengekalkan keindahan kawasan sungai. Ini dapat menarik kunjungan pengunjung untuk berkelah di sungai. Kesimpulannya, sungai hendaklah dijaga demi kebaikan semua. Jangan sesekali membuang sampah ke dalam sungai. Set6 Jawapan SJKC UASA BM5 (SK).indd 4 12/04/2023 1:35 PM CONTOH
5 Nur Diyana Halim 5Tahun 5 Dicetak oleh: Swan Printing Sdn. Bhd. (274710-X) Lot 5249, Jalan BS7/1, Kawasan Perindustrian Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Sel. D.E. Lot 1 & 2, Jalan BS 7/1A, Taman Bukit Serdang, Seksyen 7, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. • Bhg. Penjualan: 03 – 8959 2001/ 3001/ 4003 • Faks: 03 – 8957 3611 • Bhg. Editorial: 03 – 6150 3009 • Faks: 03 – 6150 1007 • E-mel: [email protected] • Laman Web: www.pep-publications.com Sem. M’sia: RM6.50 Sabah/ S’wak: RM6.90 ISBN 978-629-7560-35-9 9 786297 560359 1 set Kertas Model UPSA (Ujian Pertengahan Sesi Akademik) 4 set Kertas Model UASA (Ujian Akhir Sesi Akademik) KSSR Semakan Kertas Model 3 Format 3 Persembahan 3 Standard soalan UASA TERKINI Koleksi kertas model ini ditulis khas untuk murid-murid Tahun 4, 5 & 6 yang bakal menduduki peperiksaan UASA. Ciri-ciri unggul © PEP Publications Sdn. Bhd. Semua hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula atau dipindahkan dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, baik dengan cara elektronik, mekanik, penggambaran ataupun sebaliknya tanpa izin yang bertulis terlebih dahulu daripada PEP Publications Sdn. Bhd. Dicetak oleh: Swan Printing Sdn. Bhd. (274710-X) Lot 5249, Jalan BS7/1, Kawasan Perindustrian Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. PEP Publications Sdn. Bhd. (811705-T) Lot 1 & 2, Jalan BS 7/1A, Taman Bukit Serdang, Seksyen 7, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. • Bhg. Penjualan: 03 – 8959 2001/ 3001/ 4003 • Faks: 03 – 8957 3611 • Bhg. Editorial: 03 – 6150 3009 • Faks: 03 – 6150 1007 • E-mel: [email protected] • Laman Web: www.pep-publications.com Dicetak oleh: Swan Printing Sdn. Bhd. (274710-X) Lot 5249, Jalan BS7/1, Kawasan Perindustrian Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Sel. D.E. Lot 1 & 2, Jalan BS 7/1A, Taman Bukit Serdang, Seksyen 7, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. • Bhg. Penjualan: 03 – 8959 2001/ 3001/ 4003 • Faks: 03 – 8957 3611 • Bhg. Editorial: 03 – 6150 3009 • Faks: 03 – 6150 1007 • E-mel: [email protected] • Laman Web: www.pep-publications.com Sem. M’sia: RM6.50 Sabah/ S’wak: RM6.90 Judul-judul dalam siri ini Bahasa Melayu English Matematik (dwibahasa) Sains (dwibahasa) Sejarah Subjek Tahun Berorientasikan format UASA 100% Berdasarkan topik-topik dalam buku teks Boleh dileraikan dan dikerjakan secara berasingan Jawapan lengkap BAHASA MELAYU BAHASA MELAYU Tahun Kertas Model 4 5 6 Ujian Akhir Sesi Akademik Ujian Akhir Sesi Akademik Kertas Model 00-Cv Kertas Model UASA BM.indd 2 20/4/2023 10:16:55 AM CONTOH