BASIKAL LAJAK
RAHSIA MALAM HARI
SBLM1023
ADILAH KHALISAH BINTI KHOMIRI
273970
Amir merupakan anak tunggal dari pasangan Hamid dan Hamidah. Mereka tinggal di sebuah
tempat yang diberi nama Kota Damansara, Kuala Lumpur. Hamid yang merupakan seorang arkitek
manakala Hamidah pula seorang usahawan wanita yang berjaya dalam bidang kosmetik. Hal ini
menyebabkan ibu dan bapanya sering pulang lewat dek kekangan berkaitan hal kerja. Kehidupan
mereka sekeluarga dalam keadaan mewah dan tinggal di rumah agam. Terdapat seorang pembantu
rumah yang bernama Siti yang akan menguruskan dan sering meluangkan masa bersama Amir.
Amir seorang murid yang masih bersekolah. Pada tahun ini dia akan menyambut ulang tahunnya
yang ke 9. Sikap Amir yang malas ke sekolah dan menyiapkan kerja sekolah. Oleh itu, namanya
sering kali di panggil sewaktu perhimpunan atau ke bilik guru besar. Surat amaran yang diberikan
guru melalui post untuk kedua ibu bapanya juga tidak disampaikan dengan baik, ia akan dibuang
ke dalam tong sampah oleh Amir. Kerana takut dimarahi dengan kedua ibu bapanya.
Adakah Puan mendapat Seingat saya belum pernah
sampai surat amaran yang lagi saya melihat surat
diberikan pihak sekolah berkenaan. Kalau boleh saya
tahu kenapa ya?
Pada satu hari, guru kelas Amir menelefon Encik Hamid tetapi tidak dijawab kerana dia berada dalam site
kawasan pembinaan. Selepas itu, guru mengenggang telefon untuk melefon Puan Hamidah pula, setelah 3
kali membuat panggilan, kali terakhir baru terdengar suara orang menyahut sebelum talian sambungan
kedengaran. Guru memulakan perbicaraan dengan memperkenalkan dirinya dan memberi tahu tujuan dia
menelefon Puan Hamidah. Puan Hamidah menyambut perbualan itu dengan mesra. Guru bertanya kepada
Puan Hamidah “Adakah Puan mendapat sampai surat amaran yang diberikan pihak sekolah” Puan
Hamidah menjawab “Seingat saya belum pernah lagi saya melihat surat berkenaan. Kalau boleh saya tahu
kenapa ya?” Guru kelas pun menjelaskan perkara tersebut dengan terperinci kepada ibu Amir. Puan
Hamid menamatkan talian dan telefonnya diletakknya di atas meja. Seketika sejenak Puan Hamidah
mengelamun sambil menghadap ke luar jendela.
Setelah sampai di hadapan pintu rumahnya, dia yang dalam keadaan marah sambil memanggil nama
anakknya, Amir. “Amir turun sini, ibu nak cakap sikit” tapi panggilan itu hanya disahut oleh pembantu
rumahnya “Puan, Amir tidak akan dirumah. Dia sudah keluar pergi bermain dengan rakan-rakannya”
dengan menggunakan dialet Indonesiannya. Puan Hamidah menanti kepulangan Encik Amir di dalam
bilik tidur. Lalu menceritakan onar yang dibuat oleh Amir di sekolahnya.
Pada cuti hujung minggu, Hamid dan Hamidah mengambil kesempatan ini untuk berbicara dengan
anaknya, Amir. Hamidah mengetuk pintu bilik Amir, setelah dibuka Puan Hamidah memintanya untuk
turun ke bawah bersama-samanya. Amir hanya menunduk angguk tanda setuju. Semasa menuruni
tangga tangan Puan Hamidah menggengam erat tangan anaknya. Sampai di ruangan tamu, terlihat sosok
tubuh bapanya, Hamid yang hanya memerhati dengan raut wajah yang garang sedang duduk di atas sofa
sambil kakinya disilang. Encik Hamid memulakan perbualan dengan bertanya kepada Amir “Macam
mana keadaan di sekolah? Baik?” Amir yang terkumat kamit cuba menjawab persoalan bapanya “Ya
bapa keadaan di sekolah baik saja”. Belum habis ayat Amir, Encik Hamid bangun berdiri lalu berkata
“Kenapa perlu berbohong, kalau seadainya baik mengapa perlu pihak sekolah perlu menhangtar surat
amaran ke rumah?”. Amir yang berasa marah lalu bangun dan meninggalkan kawasan perumahan
dengan menunggang basikal lajak miliknya. Ibu dan bapanya cuba untuk mengejar tapi Amir telah
hilang dari pandangannya.
2 Bulan
Pada hari ulang tahunnya, Amir meminta basikal lajak sebagai hadiah untuknya. Ibu dan bapanya hanya
mengikuti permintaan anaknya itu tanpa memikirkan akibatnya. Sejak dari hari itu, Amir lebih gemar
berlepak dengan group basikal lajaknya. Mereka semuanya berada dalam linkungan umur dari 3-6 tahun.
Disebabkan terlalu leka akan keseronokkan dan kebebasan tersebut, Amir meninggalkan pelajaran dan
sering pulang ke rumah pada larut malam. Kekadang sampai pukul tiga pagi masih berada di atas jalan
bersama roda duanya tanpa memikirkan nasib dirinya.
Hamid dan Hamidah hanya mampu duduk berdiam sambil memikirkan kesalaha mereka yang sangat
memanjakan anaknya tanpa memikirkan akibat yang akan menimpa anaknya. Hal ini, menyebabkan ibu
bapanya mati akal bagaimana cara untuk merubah anaknya itu.
Jam 12 malam
Amir seperti biasa yang ingin keluar dari rumah. Kakinya melangkah dengan laju tapi secara diam-
diam supaya tidak diketahuai oleh ibu bapanya. Semasa Amir membuka pintu rumahnya, seakan
angin yang menyapa ke mukanya. Hal ini membuatkan bulu roma Amir terangkat semuanya dan
badannya terasa dingin tapi dia tetap berjalan menuju ke basikalnya. Sambil Amir ingin menaiki
basikal lajaknya untuk keluar dari perkarangan rumah, matanya terlihat pada sosok tubuh yang
bersembunyi di belakang semak. Dia hanya menggangap itu hanya khayalannya saja. Semasa
menunggang basikal. Tetiba dia terdengar suara tapak kaki yang mengejarnya, Amir terus menoleh
kebelakang. Dia terkaku terkejut melihat sosok orang-orang seperti di sawah padi yang tubuhnya
dibaluti dengan pakaian sangat lusuh dan bau yang tidak menyenangkan. Manakala, disebelah tangan
kirinya memegang belon tengkorak. Hal ini membuatkan Amir terus mengayuh tanpa menoleh
kebelakang.
Malangnya, Amir hilang kawalan lalu terjatuh. Kini, orang-orang itu berdiri tegak di hadapan Amir
sambil menjerit di hadapan mukanya “Kemana kau ingin pergi, aku mencari budak lelaki seperti
engkau yang kutu rayau untuk aku jadikan makananku. Aku laparrrrrr!!!” Amir yang pada waktu
itu cuba untuk menjerit meminta tolong tapi ibarat lidah dan suaranya terkunci. Amir yang dalam
ketakutan cuba mengesotkan tubuhnya tetapi kesakitan yang dirasai membuatkan dia hanya
mampu terduduk kaku. Orang-orang tersebut menarik kakinya, Amir mencuba sedaya upaya untuk
melepaskan kakinya. Mulut orang-orang itu terbuka luas dan air liurnya mula membasahi baju
Amir seperti sudah bersedia ingin memakan Amir.
Puan Hamidah cuba menitiskan air ke atas muka Amir menyebabkan Amir yang tadinya terjerit-jerit dan
ketakutan tersedar dari lena tidurnya. Pagi itu, Amir berjanji tidak akan lagi bermain hingga larut malam
dan akan belajar dengan bersungguh-sungguh. Amir berangkat ke sekolah bersama bapanya, Encik
Hamid dengan penuh semangat untuk berubah menjadi murid yang rajin dan mendengar kata ibu
bapanya.
Pengajaran yang dapat kita pelajari dalam cerita ini ialah sebagai ibu bapa, memegang amanah yang besar
dalam menjaga anak-anak. Jangan kerana kerja sehingga anak-anak terabai akan kasih saying kita.
Sebagai kanak-kanak, kita mempunyai tanggungjawab sebagai anak dan murid sekolah. Sebagai anak,
kita hendaklah mendengar dan mentaati ibu bapa kita manakala sebagai murid, kita haruslah belajar
dengan bersungguh-sungguh.