The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azidah.amniya, 2021-06-21 22:17:00

1.3:MEMOTONG KAYU(RADIAL ARM SAW)

MESIN GERGAJI LENGAN(MEMOTONG KAYU)

MESIN GERGAJI
LENGAN
(RADIAL ARM SAW)

PENGENALAN

1. Gergaji lengan adalah mesin yang digunakan secara
meluas di dalam bengkel- bengkel kerana ia boleh
memotong dengan tepat, cepat dan mudah
mengendalikannya.

2. Selain dari memotong dan membelah , mesin ini boleh
membuat kerja-kerja tambahan yang lain seperti
mengumai, menebuk lubang, mengosok kertas pasir dan
melarik.

FUNGSI MESIN

1. Pengunaan utamanya ialah bagi semua jenis keratan sama ada keratan
kasar atau keratan penyudah.

1. Jenis-jenis keratan adalah:
i. Keratan lurus, keratan rencong,serong,parit dan tetingkat
ii. Membelah dengan melaras posisi mata piring kepada posisi selari dengan

pengadang tepi.
iii. Membuat tanggam seperti tanggam parit/dado dan dado buntu
iv. Mengumai,menebuk,melelas dan membentuk dengan bantuan aksesori

tambahan

JENIS-JENIS KERATAN

POTONGAN LURUS

POTONGAN RENCONG

POTONGAN SERONG

POTONGAN PARIT

POTONGAN TETINGKAT

JENIS-JENIS TANGGAM

BAHAGIAN MESIN

Mitre scale Lengan (Radial Arm)
Tiang (Column/post)
suis
Pengadang Mata
Pengadang jejari
tendang balik

(Anti kick-back finger)

OPERASI MENGERAT

Untuk keratan lurus, pastikan lengan mesin (radial arm)
berada dalam posisi bersudut tepat dengan pengadang tepi. Ia
boleh ditentukan dengan skala 0 yang ditunjukkan pada miter
scale

LANGKAH-LANGKAH
OPERASI MENGERAT

1. Laraskan kedalaman potongan supaya mata piring berada pada posisi
1.5mm terkebawah daripada permukaan meja.

2. Laraskan pengadang mata supaya selari dengan permukaan bawah motor.

3. Set jejari pengadang tendang balik (anti- kickback finger)

4. Tolakkan gergaji ke belakang sehingga ke tiang mesin.

5. Tandakan garisan keratan pada bendakerja.

6. Letakkan bendakerja di atas meja dengan merapatkannya pada pengadang
tepi.

7. Laraskan posisi bendakerja supaya garisan tandaan berada selari dengan
mata piring.

8. Hidupkan suis dan biarkannya berputar hingga maksimum.

9. Dengan tangan kiri memegang kemas bendakerja yang dirapatkan pada
pengadang, tangan kanan pula dengan perlahan menarik pemegang lengan
mengerat benda kerja.

10. Setelah selesai, tolak pemegang ke belakang. Mata gergaji akan berada
pada posisi asal.

11. Matikan suis

CARA PENGGUNAAN

PERATURAN KESELAMATAN
MESIN GERGAJI LENGAN

1. Untuk semua jenis keratan, benda kerja hendaklah dipegang rapat pada
pengadang tepi bagi mengelakkan tendang balik.

2. Pastikan mata gergaji cukup tajam.
3. Tentukan pengadang berada pada posisinya apabila beroperasi.
4. Pastikan semua pengapit dan kekunci diketatkan.
5. Sentiasa menolak gergaji ke belakang selepas selesai memotong

PERATURAN KESELAMATAN
MESIN GERGAJI LENGAN

6. Matikan suis dan tunggu sehingga mata berhenti sebelum melakukan
sebarang pelarasan

7. Gunakan kayu penolak untuk membuang bongkah dan reja-reja kayu di
atas meja.

8. Selalu menjauhkan tangan daripada garisan potongan.
9. Apabila membelah, selalulah menggunakan kayu penolak untuk menolak

kayu hingga kehujung.

SEKIAN


Click to View FlipBook Version