The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azidah.amniya, 2021-06-28 21:48:59

1.4:MENGETAM KAYU (JOINTER 2)

JOINTER 2

JOINTING PROCESS

JOINTING PLANNER

MESIN KETAM PELURUS

MESIN KETAM PELURUS

➢Jentera ini biasanya digunakan untuk
mengetam muka kasar serta tepinya untuk
dipotong.

➢Biasanya mengetam pada dua permukaan
sahaja iaitu muka lebar dan muka tepi (S2S –
surfaced on two side).

➢Juga digunakan untuk mengetam bahagian
yang kiat, menggeleding dan melengkong
serta juga untuk membuat tingkat (rebate)

BAHAGIAN-BAHAGIAN MESIN

PELARAS PAGAR MEJA SUAP MASUK
PENGADANG MATA
PELARAS SUDUT
PAGAR SUIS

PAGAR

MEJA SUAP LUAR
RODA PELARAS
MEJA

MATA KETAM DAN BLOK
MATA

BILAH MATA

BLOK MATA

PAGAR

• Fungsi pengadang tepi sama seperti mesin
gergaji piring iaitu memandu benda kerja
semasa operasi mengetam.

MEJA SUAP HADAPAN

• Untuk menyorong bendakerja dari hadapan

MEJA SUAP LUAR

• Menerima bendakerja yang disorong dari
meja suap masuk.

• Untuk mengetam dengan baik meja belakang
hendaklah tepat-tepat sama tinggi dengan
mata pisau. Jika meja belakang tinggi ia akan
mengetam serong manakala jika rendah,
ketamannya akan berbentuk ‘snipe’.

Roda Pelaras Meja hadapan

• Melaras tinggi rendah meja untuk tujuan
mengetam kepada kedalaman yang
dikehendaki

RODA PELARAS MEJA
BELAKANG

• Melaras tinggi rendah meja supaya ia kekal
berada pada posisi searas dengan sisian tajam
bilah mata.

PENGADANG MATA

• Menutup bilah mata semasa operasi
mengetam sebagai langkah keselamatan

SUIS

• Dipasang ditepi badanya supaya senang
digunakan untuk menghidupkan dan
mematikan motor

Arahan : Labelkan bahagian-bahagian mesin
ketam pelurus di bawah

JENIS KETAMAN YANG
DILAKUKAN OLEH MESIN

KETAM PELURUS

1. Mengetam rata permukaan
2. Mengetam lurus sisi kayu
3. Mengetam hujung kayu
4. Membuat tetingkat
5. Mengetam serong

1. Mengetam Rata Permukaan

2. Mengetam Lurus Sisi Kayu

3. Mengetam Hujung Kayu

4. Membuat Tetingkat

5. Mengetam Serong

TAYANGAN VIDEO

Langkah-langkah Operasi
Mengetam Dengan Ketam Pelurus

• Pastikan posisi badan dalam keadaan sesuai dan selesa
Berdiri di sebelah kiri meja hadapan dengan kaki kiri ke
hadapan. Terdapat 2 cara pengetaman :

• Pertama
i. Jauhkan tangan daripada zon bahaya iaitu di atas blok

mata pada setiap masa
ii. Mulakan mengetam . Tekan dan rapatkan dengan

kemas pada muka meja dan pengadang tepi dengan
kedua belah tangan.
iii. Sorongkan bendakerja hingga melepasi mata ketam.
Elakkan tangan melalui atas mata ketam semasa
menyorong.

Langkah-langkah Operasi

Mengetam Dengan Ketam

• Kedua Pelurus

i. Guna tangan kiri untuk memandu
bendakerja.pegang bendakerja dengan kemas
pada meja dan pengadang tepi.

ii. Tangan kanan menolak bendakerja ke hadapan .
Bendakerja hendaklah bergerak di bawah
tangan kiri pada keseluruhan jarak ketaman dan
tangan kanan menyempurnakan ketaman.(
alihkan tangan supaya tidak berada diatas mata
yang sedang berputar )

MENGETAM SISI KAYU

i. Set kedudukan pengadang tepi supaya bersudut tepat
denga meja.

ii. Laraskan kedalam ketaman (1.5mm)
iii. Dengan permukaan benda kerja yang rata dirapatkan

pada pengadang tepi,sorongkan benda kerja kepada
blok mata . Tekanan yang kemas perlu diberikan
supaya bendakerja sentiasa rapat pada meja
iv. Apabila bendakerja berada di atas meja
belakang,kedua –dua belah tangan hendaklah
menekan ke bawah dan ke sisi bagi memastikan
benda kerja sentiasa rapat pada meja dan pengadang
tepi.

MENGETAM HUJUNG KAYU

• Mengetam hujung kayu lebih rumit kerana terpaksa
memotong hujung ira kayu yang boleh menyebabkan
serpih pada hujung ketaman. Oleh itu ketaman ringan
dan kaedah yang betul harus dilakukan.

i. Lakukan pelarasan mesin yang diperlukan.
ii. Mulakan dengan ketaman ringan dan pendek kira-kira

25mm pada hujung kayu.
iii. Pusingkan kayu tersebut dan ketamkan sebelah lagi

hingga selesai. (Ketaman selesai pada bahagian
ketaman pendek 25mm . Elakkan Ketaman hingga ke
hujung untuk mengelakkan serpih)

MELARAS KEDALAMAN
KETAMAN

• Pelarasan dibuat bagi menentukan ke dalam ketaman yang
bergantung kepada tinggi atau rendah meja hadapan.

Cara Melaras
1. Longgarkan kekunci tombol meja suap hadapan dan

turunkan aras posisi meja untuk mengetam 3mm . Ia
ditunjukkan pada skala yang terpasang pada mesin.
2. Hidupkan mesin dan biarkan putaran hingga maksimaum
3. Mulakan ketaman pada kayu skrap bagi menguji ketaman.
4. Pastikan kedalaman ketaman tidak melebihi 3mm.
Ketaman biasa adalah pada kedalaman 1.5mm bagi setiap
pusingan.

MELARAS KEDALAMAN KETAMAN

MELARAS PENGADANG TEPI

• Untuk semua operasinya, pengadang hendaklah
bersudut tepat dengan meja.

• Ia boleh dilakukan dengan melonggarkan tombol
pelaras yang terletak di belakang pengadang

• Terdapat skala pada mesin untuk menentukan
ketepatan pelarasan tetapi adalah lebih baik
menguji dengan sesiku L .

• Pengadang boleh dilaras condong untuk
mengetam serong.

• Kedudukan pengadang perlu sentiasa dilaras
untuk menyesuaikan saiz kayu yang diketam.

MELARAS PENGADANG TEPI

• Sudah menjadi kebiasaan, tiap-tiap kayu yang
diproses tidak semestinya lurus dan sama rata.

• Kadang-kadang ianya melengkung mengikut
urat (bow), melengkung tengah melintang urat
(cup), kiat (twist) dan melengkung tengah
disatu bahagian sahaja (crook).

• Jadi kayu-kayu ini perlu diketam dengan ketam
pelurus untuk mendapatkan potongan yang
sama rata dan lurus.

KECACATAN KAYU

Melengkung mengikut urat (bow) Melengkung bahagian hujung (crock)

Kiat (twist) melengkung tengah disatu bahagian (crock)



LANGKAH KESELAMATAN

1. Pastikan kayu yang hendak diketam bebas dari paku, pasir,
minyak, simen, mata kayu dan buku kayu yang longgar.

2. Jangan mengetam kayu yang kurang dari 12” panjang.
Gunakan push stick jika perlu.

3. Gunakan pengadang keselamatan.
4. Pastikan skru pengikat mata itu kuat.
5. Pegang benda kerja dengan kuat, kemas dan selamat
6. Berdiri dengan tegak di sebelah kiri meja depan. Pakaian

hendaklah kemas.
7. Jangan ketam hujung kayu yang yang kurang dari 10” panjang.
8. Ketam hendaklah mengikut urat kayu dan dalam matanya

tidak lebih dari 1/8”.
9. Guna kayu penolak apabila mengetam kayu nipis atau

mengetam permukaan.

LATIHAN

Arahan : Pelajar menjawab semua soalan Kertas
Tugas yang diedarkan


Click to View FlipBook Version