INDUKSI
Perkenalkan diri anda dan nyatakan ciri-ciri atau
sifat yang ada pada diri anda……
JENIS-JENIS BAHAN
MENTAH
BAHAN KAYU
1. Kayu Bergergaji
1. Merupakan produk akhir yang diperoleh
daripada pemprosesan kayu balak.
2. Kayu balak dipilih mengikut kekuatan dan
kelurusan.
3. Kayu yang telah dikeringkan mempunyai
kandungan lembapan di bawah 12%.
4. Kayu boleh berubah kandungan lembapannya
jika cuaca menjadi sejuk atau panas.
Contoh Kayu Bergergaji
2. Papan Lapis/Plywood
1. Papan lapis diperbuat daripada lapisan kayu
nipis venir yang dilekatkan dengan perekat (glu)
secara bertindih berselang-seli.
2. Bilangan lapisannya ganjil,iaitu sama ada
tiga,lima atau tujuh lapisan. Ira kayu papan lapis
bertindihan dan bersudut tepat antara satu
sama lain.
3. Papan lapis dan LVL perlu diletakkan di atas
pallet atau kayu pengalas untuk
mengelakkannya daripada melendut dan
melengkung.
Kegunaan Papan Lapis
a) Perabot
b) Kotak bentuk
c) Dinding
d) Lantai
e) Pembinaan
Contoh Plywood
3. MDF
1. Medium Density Fibreboard (MDF)
2. Sensitif kepada air dan lembapan.
3. Ia akan mengembang atau rosak apabila
terkena air.
4. MDF mudah pecah apabila skru dipasang tanpa
terlebih dahulu menebuknya.
5. Tidak mempunyai buku atau urat menjadikan ia
lebih seragam berbanding kayu padu semasa
mengerjakannya
Contoh MDF
4. Chipboard
1. Serpihan kayu dihasilkan oleh pengisaran
balak kecil dan pulpa kayu menjadi kepingan
kecil.
2. Lazimnya permukaan papan di tutupi dengan
laminat plastik atau venir
3. Mudah rosak disebabkan oleh lembapan/air.
4. Merupakan satu daripada bahan yang digunakan
oleh tukang kayu untuk menghasilkan kerja
hiasan dalaman yang berkualiti.
Contoh Chipboard
5. Veneer
1. Veneer dibuat oleh sama ada mengupas atau
penghirisan alat pengupas berkualiti tinggi
log untuk menghasilkan kepingan nipis.
2. Venir digunakan dalam pembuatan papan
lapis dan kayu venir berlapis.
Contoh Veneer
Latihan
Murid diminta untuk mencari bahan-bahan kayu
yang telah dipelajari dalam masa 10 minit.
Kandungan Lembapan Kayu
(MC)
1. Pengeringan Kayu adalah proses
mengeluarkan air di dalam kayu melalui
kaedah-kaedah tertentu.
2. Kandungan lembapan dalam kayu sebelum
dikeringkan adalah tinggi antara 25%-30%.
3. Kandungan kelembapan kayu yang baik
adalah sebanyak 12%
Kepentingan Pengeringan Kayu
• Mengawal pengecutan & pergerakan kayu.
• Memudahkan proses mengetam.
• Memudahkan proses perekatan.
• Menghindar serangan kulat & serangga.
• Kayu menjadi ringan.
• Meningkatkan percantuman (paku, skrew).
• Meningkatkan kekuatan fizikal.
• Kemasiapan menjadi lebih baik.
Kaedah Pengeringan
1. Pengeringan Udara
2. Pengeringan Tanur
1. Pengeringan Udara
1. Menggunakan sepenuhnya tenaga angin dan
matahari di bawah tempat yang berbumbung
2. Kebaikan adalah kos awalan yang rendah
3. Keburukan adalah proses pengeringan tidak
dapat dikawal.
4. Lazimnya bagi kayu keras ia akan mengambil
masa kira-kira 12 bulan dan kayu lembut 6
bulan untuk setiap 25mm tebal kayu
Pengeringan Udara
2. Pengeringan Tanur
1. Pengeringan yang dijalankan di dalam bilik
yang tertutup.
2. Mempunyai sistem kawalan peredaran udara,
kelembapan bandingan dan juga suhu.
3. Kebaikan- proses pengeringan boleh dikawal
dan tempoh lebih singkat.
4. Keburukan- kos awalan tinggi.
Pengeringan Tanur
Kecacatan Pengeringan
1. Pecah hujung (End splits)
2. Retak hujung (End checks)
3. Retak permukaan (Surface checks)
4. Rekah dalam (Honeycombing)
5. Lengkung sabut / seludang
6. Genjangan (Diamonding)
7. Lentik (Spring / bowing)
8. Pintalan (Twisting)
Pecah Hujung
Retak Hujung
Kecacatan Semulajadi
Kecacatan Semulajadi
Kecacatan Belahan
Latihan
1. Murid diminta mencari 5 kecacatan pada
kayu yang ada di dalam bengkel Funiture Maker.
2. Murid perlu melukis kecacatan kayu tersebut
dan nyatakan jenis kecacatannya.