THICKNESSING
PROCESS
TAYANGAN VIDEO
KEGUNAAN
Mesin ini digunakan untuk mengetam
permukaan kayu supaya licin dan
mendapatkan tebal yang dikehendaki.
Mesin ini didapati dalam dua jenis iaitu kepala
tunggal dan kepala kembar.
Pengetam tunggal bertujuan mengetam
permukaan atas sahaja dan pengetam
berpasang mengetam kedua-dua
permukaan atas dan bawah.
MESIN KETAM
PENEBAL
THICKNESSING
PLANNER
BAHAGIAN KERJA
MESIN
ROLA SUAPAN MASUK DAN KELUAR
Gegulung bergelugur dipasang pada atas dan
bawah meja suapan untuk menarik kayu masuk dan
menolak kayu keluar
RODA PELARAS MEJA
Tujuan : Melaras turun-naik mata bagi mengawal
ketebalan ketaman
SUIS TEKAN BERMEGNET
Terdiri daripada pengawal bergerak bermagnet
Apabila suis ditekan, motor blok pemotong dan
gegulung suapan akan berhenti dengan perlahan
dan mesin dimatikan dalam beberapa saat.
ALAT KAWAL KELAJUAN
SUAPAN
Mengawal kelajuan kayu yang bergerak masuk .
Biasanya suapan laju untuk kayu lembut dan
suapan perlahan untuk kayu keras
BLOK DAN MATA KETAM
PENEBAL
Keedudukan blok mata Blok mata pemotong
MELARAS MESIN KETAM
PENEBAL
1. Penentuan bagi mendapatkan ketebalan kayu
menggunakan mesin ketam penebal dibuat
dengan melaras ketinggian meja suapan.
2. Pelarasan dilakukan dengan memutar Roda
Pelaras Meja bagi menurun atau menaikkan
meja suapan sehingga kepada ketebalan yang
diperlukan.
3. Periksa pada skala pada mesin. Kuncikan Roda
Pelaras Meja bagi mengelakkan berlaku
pergerakan meja suapan.
LANGKAH-LANGKAH OPERASI MENGETAM
DENGAN MESIN KETAM PENEBAL
1. Bagi mengetam sisi, salah satu sisi kayu
hendaklah diluruskan dengan ketam
pelurus.
2. Tentukan urat kayu dan pastikan ketaman
mengikut urat kayu
3. Ukur ketebalan kayu dan laraskan ketinggian
meja bagi mendapatkan ketebalan kayu yang
diperlukan
LANGKAH-LANGKAH OPERASI MENGETAM
DENGAN MESIN KETAM PENEBAL
4. Hidupkan suis dan tunggu sehingga blok mata
berputar maksimum.
5. Sorongkan kayu kepada gegulung suapan
masuk. Berdiri disebelah dan bukan di
belakang kayu bagi mengelakkan tendang
balik.
6. Ketam berulang kali sehingga kepada
ketebalan yang diperlukan. Setiap ketaman
adalah antara 1.5mm -3mm.
LANGKAH-LANGKAH OPERASI MENGETAM
DENGAN MESIN KETAM PENEBAL
7. Jika papan tebal perlu diketam banyak kali,
maka kedua-dua belah muka papan hendaklah
diketamkan berselang-seli supaya tebal
buangan sama banyak pada kedu-dua belah
muka itu. Ini adalah bertujuan mencegah
papan mengeleding yang berlaku akibat
kandungan lembapan yang tidak seimbang
pada muka papan selepas diketam.
8. Jika kayu terlekat atau tersepit semasa
mengetam,matikan suis dan turunkan meja.
PERATURAN KESELAMATAN
MESIN KETAM PENEBAL
1. Biasakan diri dengan alat kawalan seperti suis
dan roda pelaras meja supaya mesin dapat
dimatikan cepat terutama jika berlaku masalah.
2. Jauhkan jari dari bahagian bawah bendakerja
semasa ia bergerak ke suapan masuk.
3. Elakkan berdiri dibelakang bendakerja.
4. Pastikan ketaman tidak melebihi had yang
dibenarkan bagi setiap ketaman.
5. Jangan melihat ke dalam pengetam semasa
mesin sedang berkerja.
PERATURAN KESELAMATAN
MESIN KETAM PENEBAL
6. Jangan mengetam sisi sebelum sebelah sisi
yang lain tidak diluruskan terlebih dahulu.
7. Matikan suis sebelum sebarang pelarasan
dibuat.
8. Jangan memaksa bendakerja masuk ke dalam
suapan masuk.
9. Jangan menurunkan meja jika benda kerja tidak
dapat melepasi terus atau terlekat. Matikan suis,
tunggu mata berhenti berputar dan lakukan
pelarasan yang sepatutnya
10. Sentiasa mengetam mengikut urat kayu
LATIHAN