The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azidah.amniya, 2021-07-29 19:29:45

MEMBELAH KAYU

RIPPING PROCESS

Keywords: MEMBELAH KAYU

RIPPING PROCESS /
MEMBELAH KAYU

Mesin Gerggaji Piring
(Circular Saw/ Table Saw)

MESIN OPERASI
MEMBELAH

MESIN GERGAJI PIRING/ MESIN BELAH
CIRCULAR SAW RIP SAW

1. MESIN GERGAJI
PIRING/CIRCULAR SAW

PROSEDUR MEMBELAH
MENGGUNAKAN MESIN

1. Menanda bahagian
2. Penyediaan mesin dan peralatan

i. Fungsi mesin
ii. Kaedah pemotongan
iii. Melaras mesin
iv. Mata pemotong

3. Membelah kayu pada tandaan

Operasi Membelah

➢ Bagi operasi membelah, pengadang yang selari
dengan mata gergaji digunakan.

➢ Ia bagi tujuan memandu untuk memastikan
ketepatan saiz lebar kayu yang akan dibelah.

➢ Pencerai hendaklah berada pada posisinya bagi
tujuan meluaskan bukaan parit gergaji seterusnya
dapat mengelakkan mata dari tersepit.

➢ Oleh sebab kayu perlu dirapatkan pada pengadang,
sisinya hendaklah betul-betul lurus bagi mengelakkan
pemotongan tidak selari yang boleh menjejaskan saiz
lebar kayu.

Langkah-langkah Operasi

Membelah

1. Laraskan kedudukan pengadang tepi dengan menjarakkan
dari mata gergaji mengikut saiz lebar kayu yang akan
dibelah.

2. Laraskan tinggi-rendah mata piring mengikut unjuran
ditetapkan.

3. Hidupkan mesin dan biarkan putaran mata mencapai
maksimum.

4. Letakkan bendakerja di atas meja dan sorongkan dengan
merapatkan sisi bendakerja pada pengadang.

5. Apabila sampai ke hujung kayu,tolakkan dengan
menggunakan kayu penolak (push stick).



Push Stick/Kayu Penolak

2. Mesin Gerggaji Belah Lurus
(Straight Line Rip saw)

Bahagian-Bahagian Utama Mesin

1 Catepillar Chain Menerima dan menggerakkan bendakerja kepada
mata gergaji dengan suapan seimbang.
2 Double V guide rail
Landasan kepada Catepillar Chain. Ia memastikan
3 Centralised Lubrication operasi membelah pada garisan lurus.
System
Membekal pelincir antara rantai dan landasan
4 Gandar gergaji /Saw arbor secara automatik

Memutarkan mata gergaji (kira-kira 4500 rpm)

5 Automatik Yielding Gauge Memandu bendakerja bagi kerja membelah
6 Peralatan keselamatan kepada sisian paling nipis

7 Kerangka dan meja kerja Mengandungi 2 set penutup atas dan 1 set jejari
pengadang tendang balik. Roda suapan , bahagian
hadapan mesin dan atas mata gergaji ditutupi
sepenuhnya.

Fungsi Mesin

1. Mesin ini kegunaannya khas untuk membelah.
2. Dengan binaan dari keluli mampat dan bahagian atas yang

menutupi keseluruhan mata, ai amat berkesan dan
selamat digunakan.
3. Ia direka bentuk khas untuk tujuan membelah dengan
tepat dan cepat. Berupaya membelah sisi kayu pada kadar
paling nipis sehingga 1/16” dengan kayu terbuang paling
minima kerana mata bergaris pusat kecil dan belahan
mata (kerf) yang nipis yang digunakan.
4. Ketepatan komponen yang dilengkapi dengan trek suap
pelincir automatik akan memastikan operasi
disempurnakan dengan baik.

Kaedah Pemotongan

Terdapat dua cara operasi pemotongan
i. Jenis pembelahan bawah yang mana
posisi mata sama dengan gergaji
piring Catepillar Chain adalah
suapan berkuasa yang membawa
bendakerja kepada mata pembelah.
ii. Jenis pembelahan atas di mana
posisi mata terpasang pada gandar di
sebalah atas

Melaras mesin

1. Proses pembelahan dilakukan dengan
melaras matanya untuk memberi unjuran
sekadar melepasi bendakerja yang
dibelah. Unjuran yang paling minimum ialah
dapat mengurangkan mata dari cepat tumpul.

2. Kedalaman mata piring tidak perlu dilaras
bagi menghasilkan unjuran pada setiap
bendakerja yang berbeza ketebalannya.

Peraturan Keselamatan

Mesin gergaji belah

O Pastikan dan periksa keadaan mesin supaya dalam keadaan
baik dan selamat

O Pastikan saiz mata piring sesuai untuk saiz kayu yang dibelah.

O Sentiasa memastikan putaran mata gergaji hingga maksimum
sebelum memulakan pembelahan.

O Letakkan bendakerja di atas rantai lingkar yang sedang
berputar dengan dirapat sisinya pada pengadang sisi dengan
cermat.

O Pengadang tepi hendaklah terpasang kemas.

O Pastikan pengadang belakang dalam posisi yang betul supaya
kayu tidak tersangkut.

O Elakkan letak tangan di atas rantai lingkar yang sedang
berputar.

O Sentiasa berdiri di sebelah kiri mesin.

LATIHAN

Murid diminta untuk menjawab soalan kertas
tugasan yang diedarkan.


Click to View FlipBook Version