PROFILING
PROCESS
Mesin Pengumai Mudahalih
(Portable Router)
Mesin Router Mudahalih
Pengenalan
• Mesin mudahalih router digunakan untuk
membentuk muka dan tepi kayu serta digunakan
untuk membuat tanggam atau sambungan.
• Seperti yang diketahui kerja yang biasa seperti
membuat lurah, tingkat dan parit.
• Mesin mudahalih router juga boleh membina
tanggam lekap, bajang, lidah dan lurah, lubang
dan puting.
• Dengan menggunakan jig atau template, mesin
mudahalih router boleh juga digunakan untuk
memotong tapak engsel, tanggam bajang, ukiran
dan menebuk lubang dengan tepat untuk pasak.
Bahagian-bahagian mesin
Router
Pelaras Kelajuan Suis
Mesin Pemegang
Pemegang
Pelaras Pemegang
Kedalaman Mata
Pelaras Tapak Jenis mata
Tapak Sisi Router
Jenis – Jenis Mata Router
➢ Disebabkan matanya boleh ditukar ganti, maka
mesin router ini sangat sesuai digunakan dalam
pelbagai pekerjaan.
➢ Mata router boleh didapati dalam dua jenis iaitu:-
1. Mata yang dibuat sekali dengan badan.
2. Mata yang boleh ditanggalkan (jenis mata bersekeru)
➢ Mata-mata router boleh dikelaskan kepada
beberapa kumpulan mengikut jenis kerja yang
dilakukan.
1. Straight Cutters
• Terbahagi kepada 2 jenis iaitu:-
a. Single Flute - Jenis ini hanya mempunyai satu mata sahaja pada
badannya. Digunakan untuk membuat lurah secara kasar dan
memotong bahagian dalam. Saiz diantara 3mm hingga 12mm.
b. Two Flute - Jenis ini mengandungi dua mata dan dua lurah pada
badannya. Digunakan untuk memotong lurah, tingkat, parit dan
memotong bahagian tapak engsel dengan menggunakan
templet, potongannya lebih licin.
Single flute Two flute
2. Edge Forming Cutters
a. Rounding Over – Untuk membuat tepi bulat dari 4mm
hingga 12mm jejari jika diset tinggi dan jika diset rendah
atau kebawah akan menghasilkan tepi bulat dengan
hias tepi.
b. Beading – Untuk membuat hiasan tepi seperti tepi meja
dan bahagian depan laci. Jejarinya 2mm hingga 9mm.
c. Chamfering – Untuk memotong 45º bagi tepi condong.
Jika direndahkan akan menghasilkan condong yang
besar
2. Edge Forming Cutters
d. Cove – Digunakan bagi membuat kumai hiaan tepi
dan untuk membuat tanggam bagi meja yang boleh
dilipat kebawah.
e. Roman Ogee – Digunakan untuk kumai terutama pada
perabot antik
f. Rebating – Digunakan untuk membuat tingkat tanpa
menggunakan pemandu, lebar tingkat yang boleh
dibuat ialah diantara 6mm - 9mm dan dalamnya dari
9mm – 12mm.
3. Grooves Forming Cutters
a. V Grooving Bit – digunakan untuk membuat hiasan
secara freehand saperti membuat tulisan dan lurah
pada papan
b. Veining – Digunakan untuk membuat garisan hiasan.
Garis pusatnya dari 2mm hingga 3mm.
c. Core Box – Digunakan untuk membuat lurah yang
dasarnya separuh bulatan dalam kerja-kerja hiasan
pada jenang tingkap dan memotong bahagian dalam
yang bertingkat
3. Grooves Forming Cutters
d. Dovetail – Untuk mebuat bajang dan parit bajang.
e. Star Routing – Sama dengan mata dovetail tetapi lebih
tegak. Digunakan untuk membuat parit yang lebih
selamat seperti membuat parit untuk anak tangga.
4. Trimming Cutters
a. Flush Trimming – Dengan pemandu ball bearing
untuk memotong tepi laminated
b. Double Flush Trimming – Mempunyai penjarak
yang boleh dilaras untuk memotong bahagian
atas dan bawah laminated dengan sekali potong
c. Bevel Trimming – Digunakan untuk memotong
laminated pada sudut dari 8º-15º
Kaedah Mengumai Dengan
Mesin Pengumai Mudahalih
1. Menggunakan kayu penahan
• Kayu penahan diapit pada permukaan kayu atau
panel. Mesin digerakkan selari dengan kayu penahan.
Kaedah ini sesuai untuk mengumai lurus
Kaedah Mengumai Dengan
Mesin Pengumai Mudahalih
2. Menggunakan aksesori pemandu lurus atau
lengkok
• Ia merupakan alat tambah mesin yang dipasang
dengan jarak roda pemandu dilaras pada jarak yang
betul dengan mata pemotong.. Gerakkan mesin akan
berpandu kepada roda pemandu yang dirapatkan
pada sisian kayu.
Kaedah Mengumai Dengan
Mesin Pengumai Mudahalih
3. Menggunakan mata pemotong yang mempunyai
pemandu hujung /roda.
• Pemandu hujung atau roda pemandu telah siap
terpasang pada mata pemotong untuk disandarkan
kepada sisian kayu atau panel.
Kaedah Mengumai Dengan
Mesin Pengumai Mudahalih
4. Menggunakan acuan
Acuan dibentuk dengan tepat dengan bahan papan
lapis atau papan gantian tebal 32mm. Acuan dipaku
pada permukaan panel yang hendak dikumai. Gunakan
mata pemotong lurus atau suku bulatan/rounding over .
Mata pemotong hendaklah dipasang bersama-sama
dengan plat pemandu yang dipasang pada tapak.
Semasa operasi, plat ini yang akan disandarkan pada sisi
acuan dan bergerak mengikut bentuk acuan tersebut
Kaedah Mengumai Dengan
Mesin Pengumai Mudahalih
5. Cara bebas
• Pengumaian sisi dilakukan tanpa bantuan pemandu
atau alat tambah. Biasanya kaedah ini diguna untuk
kerja mengukir. Kerja pemotongan yang dilakukan
mestilah tidak melebihi kedalaman 3mm.
MELARAS MESIN
PENGUMAI MUDAHALIH
1. Naikkan motor ke atas supaya jaraknya lebih jauh dari tapak
atau keluarkan motor dari tapak dengan melonggarkan nut
kekunci.
2. Pilih mata pemotong yang sesuai untuk kerja yang hendak
dilakukan.
3. Longgarkan bindu/chuck.
4. Masukkan pangkal batang mata pemotong ke dalam bindu
sekurang-kurangnya 12mm
5. Kuncikan pergerakan bindu dan ketatkan bindu dengan
spanar.
6. Laraskan kedalaman pemotongan dengan menurunkan
motor sehingga hujung mata menyentuhi muka kerja atau
sehingga pemotongan yang dikehendaki diperolehi
7. Kunci motor dengan nut kekunci supaya ia tiada bergerak.
8. Buat potongan percubaan pada kayu skrap sebelum
dilakukan pada potongan
Penjagaan
1. Mata pemotong hendaklah sentiasa tajam.
Matanya dicanai samada dengan tangan atau
mesin pencanai
2. Pastikan perjalanan udara dalam mesin bebas dari
habuk.
3. Periksa karban brush setiap kali menggunakan
mesin.
4. Ball bearing hendaklah sentiasa diminyak atau di
grease selalu.
Keselamatan
Mesin mudah alih router boleh dikatakan mudah dan
selamat digunakan, walau bagaimanapun peraturan
keselamatan mestilah diberi perhatian seperti:-
1. Pegang mesin dengan kemas dengan kedua-dua
belah tangan.
2. Jauhkan tangan dari bahagian yang bergerak
3. Pastikan mata pemotong yang digunakan adalah
dalam keadaan baik
4. Pastikan mata pemotong tidak menyentuh
bendakerja sebelum suis dihidupkan
5. Pastikan mata pemotong dipasang dengan kemas.
Keselamatan
6. Berhati-hati dengan arah pusingan mata dengan
arah pergerakkan bendakerja.
7. Suis hendaklah ditutup dan biarkan mata
pemotong berhenti sebelum membuat pelarasan.
8. Jangan sentuh mata pemotong selepas operasi ini
kerana ia masih panas.
9. Elakkan dari memotong benda-benda yang boleh
merosakkan mata pemotong