The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azidah.amniya, 2021-06-22 20:13:14

1.3:MEMOTONG KAYU (TABLE SAW)

MESIN TABLE SAW(MEMOTONG KAYU)

TABLE
SAW/GERGAJI
PIRING

Fungsi Mesin gergaji piring mempunyai mata
mesin berbentuk bulat yang boleh dilaraskan
ketinggiannya. Mesin ini mempunyai pelbagai
fungsi dalam kerja perabot.

Antara fungsi utama mesin gergaji piring adalah:

a. Membelah kayu

b. Memotong kayu

c. Membuat lurah

Bahagian-bahagian mesin

Operasi mesin

 1. MEMBELAH

Operasi mesin Melurah

2. MELURAH

Operasi mesin Membelah Serong

3. MEMBELAH
SERONG

Langkah Operasi Memotong
Kayu

a. Laraskan kedudukan pengadang tepi dengan menjarakkan dari
mata gergaji mengikut saiz lebar kayu yang akan dibelah

b. Laraskan tinggi-rendah mata piring mengikut unjuran ditetapkan.
c. Hidupkan mesin dan biarkan putaran mata mencapai maksimum.
d. Letakkan benda kerja di atas meja dan sorongkan dengan merapatkan sisi

benda kerja pada pengadang.
e. Apabila sampai ke hujung kayu,tolakkan dengan menggunakan kayu

penolak (push stick)
f. Setelah selesai kerja pemotongan, matikan suis mesin.

Peraturan Keselamatan menggunakan
mesin.

Kerja pemotongan merupakan kerja yang berbahaya. Langkah
keselamatan sangat perlu diambil perhatian semasa pengendalian
mesin. Berikut adalah peraturan untuk menggunakan mesin tersebut:
a. Pastikan diri dalam keadaan bersedia untuk kerja memotong.
b. Memakai kasut
c. Memakai pelindung mata.
d. Memakai penutup hidung
e. Menggunakan mata gergaji yang tajam.
f. Merancang tanda benda kerja sebelum dipotong

g. Memotong hanya sekeping papan pada satu masa
h. Matikan suis sebelum membuat sebarang pemasangan dan kerja lain
i. Pastikan mata gergaji dan pemasangan lain diketatkan dengan betul

sebelum memulakan kerja
j. Laraskan mata dan pengadang pada kedudukan yang sesuai untuk

kerja.
k. Jaga mesin supaya bersih terutamanya pada permukaan meja
l. Tumpukan penuh perhatian dan pastikan tangan tidak dekat sangat

pada mata gergaji yang sedang berputar
m. Gunakan kayu penolak bagi menolak kayu yang hampir dengan mata.

SEKIAN


Click to View FlipBook Version