KETAM
KETAM
PENGENALAN
TUJUAN MENGETAM KAYU:
• meratakan
• mengurangkan ketebalan
• membuat permukaan kayu menjadi lebih halus
• Mengetam kayu merupakan asas dalam kerja kayu
yang menentukan kualiti produk yang dihasilkan.
• Apabila kayu yang diketam tidak rata, ia akan
mempengaruhi ketepatan proses- proses berikutnya
seperti penyambungan, membuat profile, membuat
alur, dan lain-lain.
JENIS-JENIS MESIN PENGETAM
MESIN KETAM PELURUS/ MESIN KETAM PENEBAL/ THICKNESSER
PENYAMBUNG (JOINTER)
MESIN KETAM PELURUS/ PENYAMBUNG
(JOINTER)
➢ Mesin ini beroperasi dengan memutarkan blok mata pada kelajuan 3500 rpm
hingga 4500 rpm.
➢ Kelicinan ketaman bergantung kepada jumlah bilah mata, kelakuan putaran dan
cara mengetam.
➢ Berfungsi secara seperti mesin mudah alih Meja hadapan dan belakang boleh
diturun dan dinaikan secara mendatar dengan memutarkan roda pelaras.
➢ Hanya meja hadapan sahaja yang perlu dilaras untuk kedalaman ketaman. Meja
belakang dibiarkan tetap dengan memastikan ianya searas dengan sisi tajam
bilah mata.
➢ Sesetengah mesin mempunyai meja hadapan dan belakangyang tetap dan
pelarasannya hanya pada blok mata.
➢ Saiz mesin ditentukan oleh panjang bilah mata atau lebar maksima kayu yang
boleh diketam.
BAHAGIAN-BAHAGIAN MESIN
MEJA SUAP PENGADANG TEPI
BELAKANG
MEJA SUAP
HADAPAN
RODA PELARAS
MEJA BELAKANG
PENGADANG RODA PELARAS
MATA MEJA HADAPAN
a. Pengadang Tepi
Fungsi pengadang tepinya sama seperti mesin gergaji piring iaitu memandu benda kerja semasa
operasi mengetam.
b. Meja Suap hadapan ( Front infeed table)
Untuk menyorong bendakerja dari hadapan
c. Meja suap Belakang( Rear outfeed table)
Menerima bendakerja yang disorong dari meja suap hadapan
d. Roda Pelaras Meja hadapan
Melaras tinggi rendah meja untuk tujuan mengetam kepada kedalaman yang dikehendaki
e. Roda Pelaras Meja Belakang bilah
Melaras tinggi rendah meja supaya ia kekal berada pada posisi searas dengan sisian tajam
mata.
f. Pengadang Mata (Front Guard)
Menutup bilah mata semas operasi mengetam sebagai langkah keselamatan.
OPERASI MESIN
KEGUNAAN MESIN KETAM PELURUS
1. MENGETAM RATA PERMUKAAN LURUS
2. MENGETAM LURUS SISI KAYU
3. MENGETAM HUJUNG KAYU
4. MEMBUAT TETINGKAT
5. MENGETAM SERONG
LANGKAH-LANGKAH OPERASI MENGETAM
Untuk ketaman tepat,meja belakang hendaklah sama aras
dengan sisian tajam bilah mata.
Jika meja belakang lebih tinggi, ia akan mengetam serong
Jika lebih rendah ia akan mengetam lekuk pada hujung kayu
apabila sorongan sampai dihujung.
CARA MELARAS MATA MESIN
i) Pusingkan blok mata hingga satu matanya pada posisi teratas
i) Longgarkan kekunci tombol meja belakang dan gerakkan sehingga permukaannya
terkebawah dari garisan pusingan ketaman untuk menentukan tiada mana-mana
skru yang menahan apabila pelarasan terakhir dibuat.
iii) Letak pembaris keluli atau sesiku L di atas permukaan meja dengan
merentanginya blok mata.
iv) Laraskan meja sehingga searas dengan bilah mata dengan bantuan pembaris.
v) Uji mata kedua atau ketiga untuk memastikan ianya terunjur pada kadar
yang sama.
vi) Kuncikan tombol setelah pelarasan selesai.
Melaras Kedalaman Ketaman
Pelarasan dibuat bagi menentukan kedalam ketaman yang bergantung kepada
tinggi atau rendah meja hadapan.
Cara Melaras
i) Longgarkan kekunci tombol meja suap hadapan dan turunkan aras posisi meja untuk
mengetam 3mm. Ia ditunjukkan pada skala yang terpasang pada mesin.
ii) Hidupkan mesin dan biarkan putaran hingga maksima.
iii) Mulakan ketaman pada kayu skrap bagi menguji ketaman.
iv) Pastikan kedalaman ketaman tidak melebihi 3mm. Ketaman biasa adalah pada
kedalaman 1.5mm bagi
setiap pusingan.
Melaras Pengadang tepi
Untuk semua operasinya, pengadang hendaklah bersudut tepat dengan meja. Ia
boleh dilakukan dengan melonggarkan tombol pelaras yang terletak di belakang
pengadang. Terdapat skala pada mesin untuk menentukan ketepatan pelarasan
tetapi adalah lebih baik menguji dengan sesiku L. Pengadang boleh dilaras
condong untuk mengetam serong. Kedudukan pengadang perlu sentiasa dilaras
untuk menyesuaikan saiz kayu yang diketam.
Operasi Mengetam Dengan Ketam Pelurus
1. Kaedah Memegang Bendakerja semasa mengetam
❖ Pastikan posisi badan dalam keadaan sesuai dan selesa.
❖ Berdiri disebelah kiri meja hadapan dengan kaki kiri kehadapan.
❖ Terdapat 2 cara pengetaman.
CARA PERTAMA CARA KEDUA
1. Jauhkan tangan daripada zon 1. Guna tangan kiri untuk memandu
bahaya iaitu di atas blok mata bendakerja.pegang bendakerja
pada setiap masa dengan kemas pada meja dan
pengadang tepi.
2. Mulakan mengetam.Tekan dan
rapatkan dengan kemas pada 2. Tangan kanan menolak bendakerja ke
muka meja dan pengadang tepi hadapan. Bendakerja hendaklah
dengan kedua belah tangan. bergerak di bawah tangan kiri pada
keseluruhan jarak ketaman dan
3. Sorongkan bendakerja hingga tangan kanan menyempurnakan
melepasi mata ketam. Elakkan ketaman. (alihkan tangan supaya tidak
tangan melalui atas mata ketam berada diatas mata yang sedang
semasa menyorong. berputar)
Mengetam Permukaan kayu
i) Luruskan salah satu sisi kayu.mm
ii) Laraskan kedalaman ketaman kira-kira 1.5
iii) Pegang kemas hadapan bendakerja pada meja hadapan dengan
tangan kiri. Tangan kanan memegang belakang bendakerja.
iv) Sorongkan bendakerja sehingga melepasi mata ketam.
v) Guna blok kayu penolak bagi menolak hujung bendakerja
Mengetam Sisi Kayu
i) Set kedudukan pengadang tepi supaya bersudut tepat denga meja.
ii) Laraskan kedalam ketaman (1.5mm)
iii) Dengan permukaan bendakerja yang rata dirapatkan pada pengadang
tepi,sorongkan bendakerja kepada blok mata . Tekanan yang kemas perlu diberikan
supaya bendakerja sentiasa rapat pada meja
iv) Apabila bendakerja berada di atas meja belakang,kedua-dua belah tangan
hendaklah menekan ke bawah dan ke sisi bagi memastikan bendakerja sentiasa rapat
pada meja dan pengadang tepi.
Mengetam Hujung Kayu
Mengetam hujung kayu lebih rumit kerana terpaksa memotong hujung ira kayu yang boleh
menyebabkan serpih pada hujung ketaman. Oleh itu ketaman ringan dan kaedah yang
betul harus dilakukan.
i) Lakukan pelarasan mesin yang diperlukan.
ii) Mulakan dengan ketaman ringan dan pendek kira-kira 25mm pada hujung kayu.
iii) Pusingkan kayu tersebut dan ketamkan sebelah lagi hingga selesai. (Ketaman selesai
pada bahagian ketaman pendek 25mm. Elakkan Ketaman hingga ke hujung untuk
mengelakkan serpih)
Peraturan Keselamatan Mesin Ketam
Pelurus
i) Periksa permukaan kayu.Elakkan dari mengetam kayu yang berbuku ataui
mengalami kecacatan.
ii) Pasti mata ketam sentiasa tajam. Mata yang tumpul akan menyebabkan tendang
balik dan menghasilkan ketaman yang tidak memuaskan.
iii) Sentiasa memastikan putaran blok mata hingga maksima sebelum memulakan
ketaman.
iv) Jangan sekali-kali menekan bendakerja dengan tangan mengadap pada blok mata
yang sedang berputar.
v) Sentiasa menggunakan berus untuk membersih mesin dan tidak dengan tangan.
vi) Elakkan mengetam kayu yang panjang kurang dari 300mm.
... Sambungan Peraturan Keselamatan
Mesin Ketam Pelurus
vii) Gunakan pengadang keselamatan setiap masa.
viii) Guna kayu penolak apabila mengetam kayu nipis atau mengetam permukaan.
ix) Pereksa semua bahagian mesin untuk memastikan anggota, perkakasan mesin
diketatkan dengan kemas.
x) Pegang kayu dengan kemas dan rapatkannya pada peda pengadang tepi dan meja.
xi) Ketaman maksima yang boleh dilakukan ialah 3mm pada satu masa.
xii) Sentiasa berdiri disebelah kiri mesin.
xiii)Ketam mengikut urat kayu.
xiv)Elakkan mengetam hujung kayu pada kayu halus kurang dari 250mm/10” lebar.
xv) Jauhkan jari dari blok mata yang sedang berputar.