The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENDIDIKAN ISLAM (TAHUN 4) SIRAH: JANJI SETIA PENDUDUK YATHRIB

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SITI RAFINA BT RAHIM Moe, 2020-12-19 08:34:08

JANJI SETIA PENDUDUK YATHRIB: PERJANJIAN AQABAH

PENDIDIKAN ISLAM (TAHUN 4) SIRAH: JANJI SETIA PENDUDUK YATHRIB

Keywords: Perjanjian Aqabah Pertama,Perjanjian Aqabah Kedua

PERJANJIAN AQABAH

Disediakan oleh:
USTAZAH SITI RAFINA BINTI RAHIM
GURU PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

SK DESA TUN HUSSEIN ONN

APAKAH DIA Perjanjian taat setia (baiah) antara Rasulullah
PERJANJIAN SAW dan beberapa orang penduduk Madinah;

AQABAH Bertujuan untuk menunjukkan kesetiaan
kepada Rasulullah SAW dan agama Islam;

Berlaku di sebuah bukit bernama Aqabah;

Perjanjian Aqabah dibuat sebanyak dua kali
iaitu:

• Perjanjian Aqabah Pertama berlaku pada tahun ke-12
Kenabian (621 Masihi);

• Perjanjian Aqabah Kedua berlaku pada tahun ke-13
Kenabian (622 Masihi).

KEDUDUKAN AQABAH

• Aqabah terletak di antara
Makkah dan Mina

Aqabah

LATAR Penduduk Madinah
BELAKANG
• Terdiri daripada kabilah Arab dan kabilah Yahudi
• Pekerjaan utama ialah bertani dan berdagang
• Kebanyakan mereka menyembah berhala

Kabilah Arab

• Terdiri daripada kaum Aus dan kaum Khazraj

Kabilah Yahudi

• Terdiri daripada Bani Nadhir, Bani Quraidzah dan Bani Qainuqa’
• Menguasai kegiatan ekonomi di Madinah
• Mendakwa akan lahir seorang Nabi dalam kalangan Yahudi

Suasana di Madinah tidak aman kerana kabilah Arab dan Yahudi bersengketa
dan berperang

Pada musim haji tahun ke-11 Kenabian (620 Masihi), seramai 6 orang dari
kabilah Arab telah menunaikan haji di Makkah. Di sana mereka telah memeluk
agama Islam.

KEDUDUKAN MADINAH (dulu dikenali sebagai YATHRIB)

• Pada zaman Rasulullah SAW,
jarak antara Makkah dan
Madinah (Yathrib) ialah 450
batu, iaitu bersamaan 724km;

• Makkah dan Madinah
dihubungkan oleh JALAN DARAT
atau JALAN UNTA. Ia digunakan
oleh para pedagang di mana
mereka harus melalui padang
pasir, kota-kota kecil atau
perkampungan.

PERJANJIAN AQABAH PERTAMA

Tidak mensyirikkan Allah Berlaku pada bulan
Tidak mencuri Zulhijjah, tahun ke-12
Tidak berzina Kenabian (621 Masihi)
Tidak membunuh anak perempuan
Tidak melakukan fitnah Perjanjian taat setia antara
Setia kepada Rasulullah SAW Rasulullah SAW dan 12
orang lelaki daripada
Madinah

KESAN Orang-orang Islam Madinah mesti meninggalkan
PERJANJIAN penyembahan berhala dan segala amalan
jahiliah;
AQABAH
PERTAMA Apabila mereka kembali ke Madinah, Rasulullah
SAW mengutuskan Mus’ab bin Umair pergi
bersama-sama mereka;

Mus’ab bin Umair ditugaskan untuk mengajar
tentang agama Islam di Madinah;

Agama Islam mula berkembang di Madinah.

PERJANJIAN AQABAH KEDUA

Mentaati Rasulullah SAW Berlaku pada bulan
Membelanjakan harta ke jalan Allah Zulhijjah tahun ke-13
Kenabian (622 Masihi)

Mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran

Tabah menghadapi celaan orang kafir Perjanjian taat setia antara
Melindungi Rasulullah SAW Rasulullah SAW dan 70
orang lelaki serta 2 orang

wanita daripada Madinah

KESAN Orang-orang Islam Madinah mesti
PERJANJIAN berjuang untuk mempertahankan
Rasulullah SAW dan agama Islam
AQABAH dengan nyawa dan harta benda
KEDUA mereka;

Merupakan salah satu sebab
berlakunya peristiwa Hijrah ke
Madinah.

RUJUKAN

• Buku teks Pendidikan Islam Tahun 4;
mukasurat 138-141 “JANJI SETIA
PENDUDUK YATHRIB”


Click to View FlipBook Version