Kursus Latihan Khas
Kemahiran Komputer
SMK Alauddin
Microsoft Word 2013
Asas-Pertengahan
Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan
1 Mengenali Antaramuka Microsoft Word 2013
1.1 Pengenalan
Microsoft Word 2013 adalah perisian di dalam keluarga Microsoft Office 2013. Word
merupakan perisian pemproses kata (word processor). Untuk lebih mudah memahaminya,
Word adalah perisian dokumentasi berdasarkan ciri-ciri yang disediakanmenyokong proses
dokumentasi. Perisian ini sangat sesuai untuk menaip surat, laporan atau apa-apa sahaja
jenis dokumentasi yang melibatkan struktur teks secara umum.
Word boleh diaktifkan dengan klik pada butang Start di taskbar à All Program à
Microsoft Office à Microsoft Word 2013.
Sebelum mencipta sebarang dokumentasi, anda perlulah mengenali antaramuka Word dan
cara penggunaannya.
1.2 Antaramuka Word 2013
Title bar
Ribbon
Kawasan kerja
Status bar
Ini adalah antaramuka Word. Ia terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:
a) Title bar
• Memaparkan nama fail dan nama perisian
• Quick Access Toolbar terletak di sini.
b) Ribbon
1
Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan
• Terletaknya kumpulan ikon-ikon dan juga Backstage (tab File) untuk
digunapakai sebagai ciri semasa proses dokumentasi
c) Kawasan kerja
• Kawasan di mana anda dibenarkan untuk memasukkan teks dan objek-objek
lain seperti foto, graf dan jadual.
d) Status bar
• Memaparkan bilangan mukasurat dan maklumat-maklumat lain yang
berkaitan semasa proses dokumentasi di kawasan kerja.
1.3 Ribbon
Ribbon mengandungi tab dan kumpulan ikon-ikon (ciri-ciri) yang digunakan semasa proses
suntingan dokumen anda. Tab-tab ini (Home, Insert, Page Layout, References, Mailings,
Review dan View) yang menyimpan kumpulan ikon-ikon yang boleh digunakan untuk
suntingan dokumen.
1.3.1 Customize Ribbon
Anda boleh mencipta tab anda sendiri seperti langkah-langkah berikut::
Klik File à Options
Klik Customize Ribbon.
Klik pada New Tab.
Pilih New Tab yang baharu dicipta.
Rename New Tab dan New Group kepada nama lain.
2
Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan
Pilih command yang dikehendaki
Klik Add
Command baharu telah dimasukan di ruangan Main Tabs
Klik OK
3
Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan
Hasilnya anda akan lihat tab baharu pada ribbon iaitu My Tab dan group My
Shortcut seperti rajah dibawah.
1.4 Latihan
Sediakan satu tab baharu yang bernama “Personel” dan kumpulan baharu yang
bernama “Ikon Saya”.
Masukkan ikon-ikon berikut ke dalam tab ini:
e) Copy
f) Paste
g) Filter
h) Macros
i) Merge and Center.
4
Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan
2 Mencipta Fail Baharu
Menyunting dokumen adalah proses yang paling penting untuk memastikan bahawa
dokumen tersebut diberikan format dan aturan yang dikehendaki.
2.1 Menaip teks
Apabila anda hendak mula menaip, pastikan kursor anda berada di mukasurat yang betul.
Untuk permulaan, kursor anda terletak di bahagian permulaan mukasurat 1.
Cipta fail baharu dengan klik pada File à New à Create. Anda juga boleh
menekan kekunci Ctrl+N untuk mencipta fail baharu.
Taipkan teks di dalam kotak berikut di mukasurat 1:
Penguasaan Ilmu Pengetahuan
Kemampuan menguasai ilmu pengetahuan secara intergratif boleh
menjadikan kita memiliki kekuatan pengetahuan yang pelbagai dan
semasa supaya kecemerlangan intelektual dapat dikembangkan,
kekuatan peribadi dapat ditampilkan dan ketangkasan jasmani
dapat dibangunkan. Proses ini perlu bagi melahirkan insan
seimbang dan harmonis seperti yang terdapat dalam matlamat
Falsafah Pendidikan Negara kita.
Dalam mana-mana sejarah masyarakat yang maju dan bertamadun
ianya tidak akan berlaku tanpa menjadikan ilmu sebagai
sumbernya. Tamadun Baghdad dan Tamadun Andalusia menjadi
contoh nyata bagaimana ilmu yang integratif mampu menyumbang
ke arah pembangunan tamadun Barat dan Timur.
Dalam menghadapi cabaran globalisasi dan cabaran semasa, faktor
ilmu intergratif, kemajuan sains dan teknologi sewajarnya menjadi
fokus bagi melahirkan sumber tenaga manusia yang bukan sahaja
mempunyai ilmu dan ketrampilan tetapi juga memiliki nilai-nilai
murni yang sifatnyamenyumbang terhadap pembangunan negara,
bangsa dan manusia sejagat.
2.2 Menyimpan Fail
Sebelum ini, MS Word 2003 menggunakan format .doc untuk fail dokumennya. Untuk versi
2007-2013, MS Word telah menggunakan format-format baharu berikut:
5
Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan
Format Kegunaan
.docx Format dokumen Word yang biasa tanpa macro atau kod program
(‘x’ bermaksud xml)
.dotx
.docm Format template Word tanpa macro atau kod program
.dotm
Format dokumen Word yang biasa dengan macro atau kod program
Format template Word yang biasa dengan macro atau kod program
Untuk menyimpan fail, klik File à Save atau Save As. Kekunci Ctrl+S (Save) atau
kekunci F12 (Save As) juga boleh digunakan.
Klik pada My Documents atau klik Browse untuk mendapatkan folder yang
dikehendaki.
6
Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan
Taipkan nama fail di ruangan File name sebagai Laporan_Terkini.
Klik butang Save
2.3 Latihan
Klik butang Save untuk menyimpan fail Laporan_Terkini kepada format-format
berikut:
a. Word 97-2003 Document
b. PDF
Perhatikan saiz dan ikon yang diberikan untuk format-format ini di
Documents/folder anda.
7
Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan
3 Mencipta Dokumen Daripada Template
Template adalah dokumen yang mempunyai format layout yang tersedia untuk digunakan
oleh pengguna. Microsoft Word 2013 menyediakan template yang boleh digunakan oleh
kita sebagai dokumen. Sebilangan besar daripada template ini memerlukan talian internet
untuk mencapainya. Dokumen yang diambil daripada template ini boleh digunakan sebagai
dokumen sendiri kerana template asal masih lagi kekal di dalam laman sesawang Microsoft.
3.1 Template Brochure
Klik File à New.
Taip Brochures pada kotak carian.
Tekan Enter.
8
Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan
Klik pada pilihan Brochure yang kedua. Klik butang Create.
9
Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan
Satu dokumen baharu yang tersedia format dan layout di dalam dokumen
dipaparkan.
Simpan fail anda sebagai Latihan1.docx.
3.2 Latihan
Sediakan template Business Card dan Save As Name Card.docx.
10
Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan
4 Menyunting Teks
Teks yang telah disediakan di dalam MS Word boleh disunting (edit) dengan mudah
menggunakan ikon-ikon yang disediakan di Ribbon atau menggunakan kekunci pintas
(shortcut keys).
Berikut adalah beberapa jalan pintas semasa menaip teks:
Pergerakan kursor Kekunci
Permulaan baris HOME
Penghujung baris END
Permulaan dokumen CTRL+HOME
Akhir dokumen CTRL+END
4.1 Menyelit Teks (Fungsi Cut/Copy & Paste)
Teks boleh diselit di antara teks sedia ada dengan cara-cara berikut:
Menaip Teks:
Klik kursor pada tempat teks hendak ditambah.
Taipkan terus teks tersebut
Salin dan Tampal Teks:
Pilih teks yang berkenaan.
Klik Copy pada tab Home.
Klik kursor di mana teks tersebut hendak diletakkan, kemudian klik kanan dan
pilih Paste.
Potong dan Tampal Text:
Pilih teks yang berkenaan.
Klik Cut pada tab Home.
Klik kursor di mana teks tersebut hendak diletakkan, kemudian klik kanan dan
pilih Paste.
11
Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan
Mengalih Teks:
Pilih teks yang hendak dialihkan.
click+hold teks untuk mengalihkan teks ke lokasi baharu.
Jika Anda ingin mengubah tampilan teks yang ditempel, klik tombol Paste Options
disebelah teks yang ditempel dan pilih satu dari opsi berikut:
Keep Source Formatting, menggunakan format teks aslinya.
Merge Formatting, mengkombinasikan format asli dengan format tujuan.
Keep Text Only, menghilangkan format aslinya dan hanya mengaplikasikan format
tujuan.
Anda juga boleh menggunakan menu Clipboard pada tab Home.
4.2 Menghapuskan Blok-blok Teks (Fungsi Delete & Backspace)
Untuk menghapuskan teks atau membetulkan kesilapan teks, anda boleh menggunakan
• kekunci Backspace dengan meletakkan kursor di penghujung teks yang
hendak dihapuskan.
• kekunci Delete dengan meletakkan kursor di pangkal teks tersebut.
Untuk menghapuskan blok teks, anda perlu pilih teks tersebut dan tekan kekunci
Backspace atau Delete.
4.3 Cari dan Ganti Teks
Cari dan Ganti (Search & Replace) adalah satu ciri yang amat berguna di dalam MS Word
terutama sekali apabila anda ingin membuat penukaran nama khas secara sistematik.
• Untuk mencari sesuatu perkataan, and boleh menggunakan ikon Find di tab
Home.
12
Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan
• Untuk menukar sesuatu teks, anda boleh menggunakan ikon Replace di tab
Home.
Contoh: Menukarkan “dan” kepada “&”
Pastikan fail Laporan_Terkini dipaparkan.
Klik pada ikon Replace di tab Home.
Taipkan “dan” pada ruangan Find what:
Taipkan “&” pada ruangan Replace with:
Klik butang More > >
Anda akan diberikan pilihan tambahan untuk memperincikan lagi pencarian
perkataan anda.
13
Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan
Mencari teks pada
keseluruhan dokumen
Mencari teks dalam
bentuk perkataan,
bukannya suku kata
Pastikan pilihan Search adalah All untuk pencarian keseluruhan dokumen.
Pilih Whole Words Only supaya hanya perkataan tunggal “dan” sahaja yang
ditukarkan kepada “&”, bukannya perkataan sambungan seperti perba”dan”an.
Anda boleh klik pada butang Replace All sekiranya anda yakin untuk menukar
kesemua perkataan “dan” dengan aksara “&”. Sekiranya anda tidak mahu
menukar semuanya sekaligus, klik butang Find Next dan anda boleh menentukan
pertukaran perkataan berkenaan dengan klik pada butang Replace.
Save fail anda.
4.4 Latihan
Laksanakan perkara-perkara berikut:
Copy perenggan terakhir di dalam fail dan Paste pada mukasurat baharu.
Gantikan perkataan “ilmu” kepada “pengetahuan”.
14
Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan
5 Rekaletak Mukasurat (Page Layout)
Rekaletak mukasurat adalah di antara bahagian yang terpenting untuk penghasilan sesuatu
dokumen yang mudah dibaca apabila dicetak kelak.
5.1 Menukar Margin
Langkah-langkah berikut menunjukkan cara untuk menukar margin pada dokumen anda:
Buka fail Laporan Terkini.docx
Klik tab Page Layout pada Ribbon.
Klik ikon Margins. Senarai margin dipaparkan.
Daripada senarai margin, pilih Custom Margins.
Tukarkan margin seperti gambarajah berikut:
15
Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan
Pada ruangan Margins, ada item yang diberi nama Gutter. Gutter adalah satu
kawasan yang disediakan khas untuk binding. Gutter dibiarkan sebagai 0.
Klik butang OK apabila selesai.
5.2 Menyediakan Kotak Sempadan dan Warna Mukasurat
Untuk menambahkan dekorasi pada dokumen anda, anda boleh memasukkan kotak
sempadan dan warna seperti berikut::
Klik pada tab Design
Klik pada Page Borders untuk memasukkan kotak sempadan.
Klik pada ruangan Art dan pilih pilihan yang pertama.
Klik OK.
Mukasurat anda akan kelihatan seperti berikut:
16
Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan
Klik pada Page Color untuk memberi warna yang berlainan pada dokumen anda.
17
Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan
Page Color hanya digunakan untuk memberikan anda paparan dokumen sekiranya
anda menggunakan kertas berwarna untuk cetakan.
Sekiranya anda memilih Page Color dan kekal di dokumen, cetakan anda akan
mencetak warna tersebut.
5.3 Header & Footer
Header & Footer adalah kawasan di mana anda boleh meletakkan nombor mukasurat,
tarikh, tajuk dokumen pada header (di bahagian top margin dokumen) atau nama syarikat
pada footer (di bahagian bottom margin dokumen). Sekiranya dokumen tersebut
mengandungi seksyen yang sama, setiap mukasurat akan menggunakan header & footer
yang sama.
Untuk memasukkan Header & Footer:
Klik tab Insert
Klik ikon Header atau Footer
Pilih style yang hendak digunakan
18
Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan
Tab Header/Footer Design akan dipaparkan di Ribbon
Pilih maklumat yang anda ingin masukkan pada Header & Footer, kemudian klik
pada butang Close Header and Footer.
Nota: Penggunaan Header & Footer akan menyebabkan teks pada dokumen anda tidak
boleh disunting buat sementara waktu. Oleh itu, setelah selesai menggunakan Header &
Footer, pastikan anda klik pada butang Close Header and Footer untuk meneruskan
suntingan dokumen anda.
5.4 Mencipta Page Break dan Section Break
Page break digunakan apabila anda ingin mencipta mukasurat yang baharu tanpa perlu
memenuhi mukasurat sebelumnya dengan data.
5.4.1 Page Break
Untuk mencipta mukasurat baharu menggunakan Page Break:
19
Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan
Pastikan anda berada pada penghujung perenggan yang terakhir pada mukasurat
berkenaan
Klik tab Page Layout
Klik ikon Breaks
Klik Page
5.4.2 Section Break
Section Break memberi peluang kepada pengguna untuk mencipta seksyen baru di dalam
dokumen. Ini bermaksud bahawa dokumen (analogi: rumah) mempunyai banyak ruang-
ruang seksyen (analogi: bilik-bilik) yang berasingan supaya rekaletak (layout) setiap seksyen
boleh diubahsuai secara individu.
Terdapat 4 jenis Section Break:
a) Next Page: Mukasurat baharu dan seksyen baharu akan dicipta.
b) Continuous: Seksyen baharu akan diberikan tanpa mencipta mukasurat
baharu.
20
Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan
c) Even Page: Seksyen baharu akan dicipta di mukasurat genap.
d) Odd Page: Seksyen baharu akan dicipta di mukasurat ganjil.
Berikut adalah langkah-langkah untuk mencipta Section Break dengan mukasurat baharu:
Pastikan anda berada pada penghujung perenggan yang terakhir pada mukasurat
berkenaan
Klik tab Page Layout.
Klik ikon Breaks.
Klik Next Page.
5.5 Menyelit Mukasurat Kosong
Untuk memasukkan mukasurat kosong:
Pastikan kursor anda pada baris terakhir dokumen dengan menekan kekunci
Ctrl+End.
Tekan Enter.
21
Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan
Klik tab Insert
Klik ikon Blank Page
Nota: Blank Page mempunyai konsep yang sama dengan Page Break
5.6 Menukar Orientasi Muka Surat
Klik tab Page Layout.
Klik ikon Orentation à Landscape.
22
Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan
5.7 Penggunaan Columns
Klik pada mukasurat 2 di dalam fail Laporan Terkini.docx.
Taipkan seperti berikut (pastikan anda menekan Enter 2 kali selepas Jus Pegaga):
23
Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan
Pilih kesemua teks, daripada Makanan sehingga Jus Pegaga.
Klik tab Page Layout.
Klik ikon Column à Two.
Paparan akam kelihatan seperti berikut:
Untuk memastikan bahawa tajuk Minuman berada pada column kedua, letakkan
kursor pada permulaan tajuk Minuman.
Klik tab Page Layout.
Klik ikon Breaks à Column.
24
Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan
Paparan akan kelihatan seperti berikut:
5.8 Memasukkan Page Number
Klik pada mukasurat 1.
Klik pada tab Insert.
Klik pada ikon Page Number à Bottom of Page à Plain Number 2.
25
Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan
Mukasurat akan terhasil di footer mukasurat.
Sekiranya ingin menukar format mukasurat, klik tab Insert.
Klik ikon Page Number à Format Page Number.
26
Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan
Tetingkap Page Number Format dipaparkan.
Sekiranya anda menggunakan Heading 1 sebagai style untuk tajuk bab anda, klik
pada pilihan Include chapter number.
Klik butang Cancel.
27
Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan
Setelah memilih format yang diberikan, klik ikon Close Header/Footer untuk
kembali ke dokumen.
5.9 Penggunaan watermark
Tanda Air (Watermark) adalah penanda hamper lutsinar di bahagian tengah setiap
mukasurat dokumen anda untuk mengelakkan dokumen anda diciplak.
Klik tab Design.
Klik ikon Watermark à Custom Watermark.
28
Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan
Di dalam tetingkap Printed Watermark, anda boleh memilih untuk meletakkan
gambar atau teks sebagai watermark dokumen anda.
Tukarkan teks watermark seperti berikut:
Klik butang OK.
Paparan watermark adalah seperti berikut:
29
Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan
5.10 Latihan
Tukarkan margin untuk keseluruhan fail kepada 3.5 cm setiap bahagian.
Sediakan 2 mukasurat kosong iaitu sebelum mukasurat pertama dan selepas
mukasurat akhir.
30
Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan
6 Memformat Teks
6.1 Styles
Styles adalah satu ciri yang menyimpan format teks dalam bentuk jenis font, saiz font, efek,
warna dan sebagainya sebagai satu kumpulan. Styles terdapat di dalam tab Home.
Styles boleh digunakan secara terus kepada teks. Kebaikan menggunakan Styles adalah
teks anda lebih mudah diurus dan sebarang pertukaran format dapat dibuat secara
serentak.
Style yang telah disediakan secara default adalah Normal.
Untuk menukar style:
Pastikan fail Laporan_Terkini masih dipaparkan.
Tri-klik pada Tajuk “Penguasaan Ilmu Pengetahuan”.
Klik pada Heading 1 pada kumpulan Styles di tab Home.
6.2 Untuk menukar jenis font:
Pilih blok teks “Falsafah Pendidikan Negara”.
Klik anak panah di sebelah nama font dan pilih Verdana.
Sekiranya anda ingin mencuba jenis font yang lain tanpa memilihnya, gerakkan
kursor anda di atas senarai jenis font tersebut.
31
Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan
6.3 Menukar Saiz Font
Dengan blok teks yang sama, klik pada anak panah di sebelah saiz font dan pilih
saiz 14.
Untuk menambah atau mengurangkan saiz font mengikut pola yang disediakan
oleh MS Word, klik pada ikon Grow Font atau ikon Shrink Font.
6.4 Menukar Warna Teks
Untuk menukar warna teks:
Dengan menggunakan blok teks yang sama, klik pada anak panah di sebelah ikon
Font Color dan pilih warna ungu.
Sekiranya anda ingin mengembalikan teks tersebut kepada warna asal, ulangi
proses 1 dan pilih Automatic pada Font Color.
6.5 Menggunakan Change Case
Pilih tajuk “Penguasaan Ilmu Pengetahuan”.
Klik pada tab Home.
Klik pada ikon Change Case à UPPERCASE.
32
Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan
Kesemua huruf di dalam tajuk menjadi huruf besar.
6.6 Menggunakan Strikethrough, Subscript dan Superscript
6.6.1 Strikethrough
Pilih perkataan ‘pengetahuan’ pada baris pertama perenggan pertama.
Klik pada ikon Strikethrough.
Teks akan dipaparkan seperti berikut:
33
Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan
6.6.2 Subscript
Buka fail Jenis Font.docx.
Pilih aksara ‘2’ di antara H dan O.
Klik pada ikon Subscript.
Teks akan dipaparkan seperti berikut:
6.6.3 Superscript
Pilih aksara ‘2’ selepas X.
Klik pada ikon Superscript..
34
Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan
Teks akan dipaparkan seperti berikut:
6.7 Menyalin Format
Sekiranya anda mempunyai satu blok teks yang telah diformatkan berasingan daripada
format teks disekelilingnya, anda boleh memformatkan teks yang lain dengan cara berikut:
Pilih teks “Falsafah”.
Klik pada ikon Format Painter di tab Home.
Pilih teks “Sejarah”. Anda akan dapati bahawa format untuk teks “Sejarah” adalah
sama dengan format teks “Falsafah”.
35
Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan
6.8 Latihan
Cipta fail baharu dan simpan sebagai Gosip.docx.
Sila taipkan teks berikut di dalam mukasurat 1:
Promosi Duyung sudah bermula
FILEM Duyung terbitan KRU Films Sdn. Bhd. yang akan menemui
penonton di pawagam mulai 6 Mac depan mula mengorak langkah
dengan mengatur strategi pemasaran dan promosinya.
Beberapa sesi promosi bertemu peminat telah pun diatur bagi memberi
peluang kepada khalayak untuk bertemu dengan lebih dekat lagi para
pelakon utama dalam filem tersebut.
Pada 23 Februari ini khalayak yang tinggal berdekatan Selayang Mall,
Selangor berpeluang untuk bertemu dengan para pelakon filem Duyung
serta Penerbit Eksekutif Duyung, Norman Abdul Halim.
Petikan dipetik dari Utusan Malaysia Online, Bahagian Hiburan, 16
Februari 2008
URL:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0215&pub=Utusan_Malaysia&se
c=Hiburan&pg=hi_03.htm
Tukarkan Font untuk Tajuk kepada Tahoma dan saiznya 15.
Pastikan margin untuk fail ini adalah 2.54cm (1 inci) untuk setiap bahagian.
Simpan fail anda.
36
Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan
7 Memformat Perenggan
Memformat perenggan adalah salah satu cara untuk memberikan kemudahan kepada
rekaletak dokumen anda supaya mudah dibaca apabila dicetak kelak. Anda boleh
mencapai ciri format perenggan ini dengan klik pada tab Home atau Page Layout.
7.1 Menukar Jajaran (Alignment) Perenggan
Jajaran perenggan adalah cara untuk menyusun atur perenggan anda pada kedudukan
tertentu seperti jajaran kiri atau kanan. Untuk menukar jajaran perenggan:
Klik tab Home
Pilih ikon yang sesuai untuk jajaran anda seperti berikut:
a) Align Left: Teks akan dijajarkan ke kiri
b) Center: Teks akan dijajarkan di tengah-tengah margin
c) Align Right: Teks akan dijajarkan ke kanan
d) Justify: Teks akan dijajarkan mengikut kiri dan kanan margin.
7.2 Pelekukan/Inden (Indentation) Perenggan
Inden membenarkan anda meletakkan teks pada margin yang berbeza. Terdapat 4 pilihan
inden:
a) First Line: Mengawal jajaran kiri untuk barisan pertama di dalam perenggan
b) Hanging: Mengawal jajaran kiri untuk setiap barisan di dalam perenggan
kecuali pada perenggan pertama
37
Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan
c) Left: Mengawal jajaran kiri untuk setiap barisan di dalam perenggan
d) Right: Mengawal jajaran kanan untuk setiap barisan di dalam perenggan
Untuk inden perenggan anda:
Pastikan fail Gosip.docx masih dibuka.
Klik pada perenggan kedua artikel anda (Beberapa sesi…)
Klik ikon Increase Indent untuk menambah jajaran jauh dari margin kiri.
Klik ikon Increase Indent berulang kali untuk menambahkan lagi jajaran seperti
yang diperlukan.
Selain menggunakan ikon di atas, anda juga boleh menggunakan kotak dialog Paragraph
untuk inden perenggan dengan lebih terperinci lagi.
Klik anak panah pada kumpulan Paragraph
Klik tab Indents and Spacing
Tambah nilai pada Indentation: Left sebanyak 1”.
38
Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan
7.3 Menukar ruangan di antara baris dan perenggan
Pada bahagian Spacing, masukkkan nilai Before ialah 6pt dan After ialah 6pt.
Pada bahagian Line Spacing, pilih 1.5 Lines.
7.4 Latihan
Buka fail Gosip.docx.
Pada perenggan pertama, sediakan alignment sebagai Justify, Left Indentation 4
cm dan Right Indentation 4 cm.
39
Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan
8 Senarai
Senarai membenarkan anda menyusun dan memformat teks anda dalam bentuk sistem
indeks pernomboran, poin-poin atau outline.
8.1 Bulleted dan Senarai Bernombor
Senarai bullets mengandungi data dalam bentuk poin-poin.
Untuk menyediakan senarai pada teks:
Pilih teks yang berkenaan
Klik tab Home
Klik ikon Bulleted atau Numbered Lists
Untuk mencipta senarai baharu:
Letakkan kursor pada tempat untuk memulakan senarai berkenaan
Klik ikon Bulleted atau Numbered Lists
Mulakan menaip di sebelah poin atau nombor berkenaan.
8.2 Senarai Bersarang
Senarai bersarang (nested list) adalah satu cara di mana anda boleh membina tahap-tahap
poin atau sistem pernomboran yang berbeza.
Klik pada teks yang telah mengadungi senarai
Klik ikon Increase atau Decrease Indent
40
Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan
8.3 Memformat Senarai
Untuk mengubah jenis poin atau sistem pernomboran berbeza:
Pilih keseluruhan senarai berkenaan.
Klik pada anak panah sebelah ikon Bullets atau Numbering
Klik pada jenis poin atau sistem pernomboran yang di kehendaki
8.4 Latihan
Buka fail Gosip.docx.
Sediakan satu mukasurat kosong pada penghujung fail.
Sediakan senarai berikut:
Makanan
Nasi Lemak
Roti Jala
Ubi Rebus
Mee Goreng
41
Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan
9 Grafik
MS Word 2013 memberi banyak kemudahan untuk grafik untuk komplemen dengan teks
yang telah disediakan.
9.1 Symbol dan Aksara Khas
Aksara khas adalah tanda sengkang, jarak, aksara berasaskan grafik atau aksara yang tidak
dibekalkan secara umum pada papan kekunci. Simbol pula adalah seperti tanda hakcipta.
Untuk memasukkan simbol atau aksara:
Letakkan kursor di tempat yang hendak dimasukkan simbol berkenaan.
Klik tab Insert
Klik butang Symbol dalam Symbols Group
Pilih simbol ©.
9.2 Memasukkan Gambar
9.2.1 Memasukan gambar mengunakkan ikon Picture
Untuk memasukkan gambar:
Letakkan kursor di mana gambar akan dimasukkan
Klik tab Insert
Klik ikon Picture
42
Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan
Klik pada fail Jellyfish.jpg di folder /My Documents/My Pictures/Sample Pictures.
Klik butang Insert.
Gambar tersebut akan dipaparkan di dokumen anda.
43
Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan
9.2.2 Memasukkan gambar menggunakan ikon screenshot
Buka laman sesawang www.pmo.gov.my à Bahasa Malaysia.
Kembali ke Microsoft Word.
Letakkan kursor pada mukasurat kosong.
Klik tab Insert à Screenshot à Pejabat Perdana Menteri.
Skrin untuk laman sesawang tersebut dipaparkan seperti berikut:
Save fail ini sebagai gambar.docx.
9.3 Menggunakan Tab Format Untuk Menyunting Gambar
9.3.1 Resize dan Penggunaan Crop
Buka fail gambar.docx.
44
Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan
Klik pada gambar.
Klik kanan pada gambar à Size and Position...
Tukarkan Height kepada 30%.
Klik OK.
45
Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan
Gambar dikecilkan paparannya menjadi 30% daripada saiz asal.
Klik tab Format à Crop.
Kecilkan saiz kawasan paparan gambar dengan mengubahsuai bingkai Crop
tersebut.
Klik pada kawasan di luar gambar menyelesaikan perlaksanaan Crop.
46
Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan
9.3.2 Menggunakan Picture Style, Picture Border, Picture Effect dan Picture
Layout
Klik pada gambar.
Pilih salah satu Picture Styles di tab Format seperti berikut:
Klik tab Format à Picture Border à Dark Blue.
9.3.3 Menggunakan Wrap Text
Buka fail Laporan_Terkini.docx
Klik pada permulaan perenggan kedua.
Klik tab Insert à Pictures à Hydrangeas.jpg.
47
Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan
Klik Insert.
Klik Format à Wrap Text à Tight.
Paparan gambar anda adalah seperti berikut:
9.4 SmartArt
Smart Art ialah koleksi grafik yang terbaharu di dalam MS Word 2007. Ia memudahkan
anda menyusun atur gambar atau merekabentuk aliran proses dengan cara yang lebih
menarik. Ia terbahagi kepada timelines, processes, dan workflow.
Untuk memasukkan SmartArt
Letakkan kursor di mana gambar akan dimasukkan
Klik tab Insert
48
Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan
Klik ikon SmartArt
Klik pada Hierarchy
Klik OK.
Klik pada anak panah sebelah kiri untuk memasukkan teks dan klik pada ikon
gambar untuk memasukkan gambar.
Taipkan teks seperti berikut:
49