The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SISTEM PENDIDIKAN DI JERMAN PADA ABAD KE-18 new

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lib.kolejkomunitikb, 2023-10-21 20:14:02

SISTEM PENDIDIKAN DI JERMAN PADA ABAD KE-18 new

SISTEM PENDIDIKAN DI JERMAN PADA ABAD KE-18 new

SISTEM PENDIDIKAN DI JERMAN PADA ABAD KE-18 DAN 19 PEMBENTANGAN INI DISEDIAKAN OLEH ADAM FARHAN BIN A AZIZ 6B UTM


DASAR PENDIDIKAN 1. Menjelang aband ke-18, pentadbiran dan pengurusan sekolah sekolah di Prussia terletak di bawah penguasaan gereja. 2. Semasa pemerintahan Raja Frenderick II, kerajaan mengambil tindakan untuk mengawal pentadbiran sekolah dan telah menggubal Kod undang undang sekolah pada tahun 1763 dan 1765. 3. Mengikut undang undang ini, seorang inspektor dilantik oleh kerajaan pusat untuk menjalankan pemeriksaan tehadapt sekolah sekolah. 4. Selepas melakukan pemeriksaan, laporan pemeriksaan akan dihantar ke Berlin Consitory dan Catholic Silesia. 5. Pada akhir akad ke-18, Lembaga sekolah (Obersshulcollegium) ditubuhkan untuk melaksanakan kawalan pusat terhadap sekolah sekolah menengah dan sekolah tinggi di Prusia. 6. Pada abad ke-19, sistem pendidikan di Jerman berada di bawah kawalan dan penguasaan kerajaan sepenuhnya.


7. Segala hal ehwal yang berkaitan dengan pendidikan terletak di bawah Menteri Pendidikan. Menteri Pendidikan mendapat bantuan daripada Lembaga pengelola sekolah yang ditubuhkan di peringkat wilayah, regency, dan daerah. 8. Kerajaan pusat secara langsung atau tidak langsung tidak langsung akan mengawal segala dasar yang berhubung kait dengan pengurusan sekolah. 9. Bagi memudahkan kawalan kerajaan pusat terhadap institusi pendidikan, Jabatan Pendidikan Awam telah ditubuhkan pada tahun 1809. 10. Kerajaan pusat menetapkan mata pelajaran serta buku buku teks yang digunakan oleh pelajara pelajar di sekolah. 11. Di samping itu, kerajaan pusat juga memainkan peranan dalam pelantikan guru guru serta penyelian sekolah. 12. Semasa pemerintahan Raja Frederick II, kanak kanak yang berumur lima tahun hingga 14 tahun diwajibkan menerima pendidikan.


KOD UNDANG UNDANG PENDIDIKAN 1. Pemerintah mengambil Langkah untuk memastikan sistem pendidikan dijalankan dengan lancar dan teratur. 2. Dalam konteks ini, undang undang berhubung dengan pengurusan dan pentadbiran sistem pendidikan diperkenalkan. 3. Pada tahun 1713, Raja Frederick William I (1713-1740) mengisytiharkan Kod undang undang Pendidikan bagi sekolah sekolah Latin dan sekolah yang dikendali oleh mubaligh. 4. Menjelang tahun 1717, baginda mengeluarkan Advisory Order berhubung dengan pengendalian sekolah sekolah awam. 5. Dalam arahan Advisory Order tersebut, ibu bapa diwajibkan menghantar anak anak ke sekolah. Ibu bapa yang enggan menghantar anak anak akan dikenakan hukuman. 6. Pada tahun 1737, Raja Frederick William I mengisytiharkan undang undang sekolah bagi wilayah Prussia Timur. Undang undang ini mengandungi maklumat terperinci tentang pembinaan sekolah, yuran pengajian, bantuan kerajaan dan gaji guru 7. Semasa pemerintahan Raja Frederick II, Undang undang penyelenggaraan sekolah diperkenalkan. 8. Pada bulan April 1763, baginda telah memperkenalkan undang undang sekolah bagi seluruh Prussia 9. Undang undang tersebut digubal oleh Julius Hecker dan diisytiharkan oleh Raja Frederick II pada 23 September 1763. 10. Undang undang ini dikenali sebagai General Land-Schule Reglement Peraturan sekolah sekolah di Kawasan Pendalaman merupakan undang undang sekolah yang pertama bagi seluruh Prussia dan undang undang ini meletakkan asa bagi pengenalan sistem sekolah rendah di Prussia.


Pembinaan Sekolah 1. Semasa pemerintahan Raja Frederick William I , sekolah sekolah didirikan diseluruh Jerman. Lebih kurang 1000 sekolah rendah dan 8000 sekolah baharu telah didirikan di Prussia. 2. Baginda memperuntukkan sejumlah besar wang bagi tujuan pembinaan bangunan sekolah. 3. Raja Frederick William I mengambil inisiatif untuk mendirikan sekolah di wilayah Pomeranin yang ditawan oleh Sweden. 4. Dalam pada itu, usaha untuk membina sekolah sekolah di Prussia diteruskan oleh Raja Frederick II. 5. Baginda turut memberi penekanan kepada usaha membangunkan institusi institusi pendidikan. 6. Selain membina sekolah sekolah baharu, baginda turut menempatkan guru guru ke sekolah tersebut.


BANTUAN KEWANGAN 1. Kerajaan turut memberikan bantuan kewangan untuk menyediakan kemudahan dan prasarana di sekolah. 2. Raja Frederick William I memberikan sumbangan kewangan untuk menyediakan prasarana dan peralatan di sekolah. Bantuan sebanyak 50000 Thaler diberikan untuk membina bangunan sekolah dan membaiki bangunan yang using. 3. Di samping itu, baginda juga mengurniakan tanah yang luas untuk tujuan pembinaan sekolah. SISTEM PENDIDIKAN 1. Sistem pendidikan yang diamalkan di Jerman pada abad ke 18 dan 19 terdiri daripada beberapa peringkat. 2. Menjelang abad ke 19, terdapat sistem pendidikan di peringkat rendah, menengah, dan teknikal. 3. Perkembangan sistem pendidikan di peringkat peringkat ini adalah yang seperti berikut.


PENDIDIKAN RENDAH 1. Menjelang akhir abad ke-18, sekolah sekolah rendah telah ditubuhkan di seluruh Prussia. 2. Semasa pemerintahan Raja Frederick William I, lebih kurang 1000 sekolah rendah di bina di seluruh negara. 3. Selain itu, lebih kurang 1800 sekolah baharu didirikan diseluruh negara atas inisiatif Raja Frederick William I. 4. Menjelang awal abd ke-19, langkah langkah telah diambil untuk memantapkan sistem pendidikan rendah di Jerman. 5. Selepas mengalami kekalahan dalam peperangan dengan Napoleon, Raja Frederick William III mengalihkan perhatian terhadap usaha membangunkan sisteem pendidikan di Jerman. 6. Baginda turut mendapat sokongan padu daripada menteri menteri yang berwibawa dan berkebolehan. 7. Sekolah sekolah di Jerman dikenali sebagai volksschulen terbuka keada semua lapisan penduduk di Jerman. 8. Kanak kanak yang berumur tujuh tahun dikehendaki mendaftar di sekolah sekolah rendah.


9. Pendidikan di sekolah sekolah rendah akan berlanjutan hingga kanak kanak mencapai umur 14 tahun. 10. Pengajian di sekolah sekolah rendah meliputi pembelajaran seprti agama, membaca, meulis, mengira, geografi, sejarah dan gymnastic. 11. Dasar kerajaan mewajibkan kanak kanak menerima sistem pendidikan menyebabkan kadar buta huruf amat rendah di Jerman.


Pendidikan Menengah 1. Pendidikan di peringkat menengah terdiri daripada dua aliran iaitu : • sekolah gymnasium • sekolah awam ( normal school ) 2. Pengajian di gymnasium memberi keutamaan kepada pembelajaran dalam bahasa Latin dan Greek. 3. Sekolah gymnasium ditubuhkan untuk menyediakan pelajar pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. 4. Sekolah sekolah awam pula memberikan penekanan kepada pembelajaran bahasa ibunda, matematik, sains tabii, dan bahasa bahasa moden. 5. Matlamat sekolah sekolah awam adalah melahirkan pelajar pelajar yang dapat menjalani kehidupan seharian secara teratur. 6. Kerajaan Jerman di bawah pimpinan Raja Frederick William III memberi penekanan kepada sekolah sekolah awam. 7. Pengajian di sekolah sekolah menengah termasuk gymnasium dan sekolah awam meliputi jangka masa sembilan tahun. 8. Pelajar pelajar mendaftar di sekolah menengah pada umur sembilan tahun. 9. Pelajar pelajar sekolah menengah dikehendaki membayar yuran pengajian sebanyak lima hingga 27 dolar.


PENDIDIKAN TEKNIKAL 1. Kerajaan Jerman turut memberikan keutamaan terhadap pendidikan dalam bidang teknologi. 2. Penekanan diberikan pada bidang teknologi selaras dengan usaha untuk membangunkan sektor perindustrian dan perdagangan di Jerman. 3. Perkembangan ini telah menyebabkan sistem pembelajaran tradisional telah diubah suai untuk memberi penekanan untuk mata pelajaran teknikal. 4. Selaras dengan ini, sekolah sekolah Teknik seperti Politeknik dan sekolah sekolah perdagangn telah ditubuhkan.


universiti 1. Kerajaan Jerman turut memberikan penekanan kepada penubuhan institusi pengajian tinggi atau universiti. 2. Kebanyakan institusi pengajian tinggi di Jerman ditubuhkan oleh kerajaan kerajaan negeri yang diberi dana dan bantuan kewangan. 3. Pengajian di universiti dibahagikan kepada empat fakulti, iaitu teologi, undang undang, perubatan, dan falsafah. 4. Pengajian di fakulti falsafah turut meliputi matematik, sejarah, geografi, kesusasteraan, sains tabii dan filologi. 5. Pentadbiran universiti akan dikendalikan oleh seorang rektor yang dipilih oleh profesor. 6. Universiti Berlin merupakan universiti yang tersohir dan terbesar di Jerman yang mempunyai 2000 profesor dan 5000 pelajar. 7. Idea asal penubuhan universiti tersebut dating daripada Fitchete, seorang profesor daripada Universiti Jena dan mendapat sokongan daripada Humboldt yang merupakan Menteri Pengajian Awam. 8. Penubuhan Universiti Berlin mendapat kelulusan daripada Kabinet dan kerajaan memberikan geran kewangan untuk memulakan operasi.


9. Sarjana sarjana yang tersohir dari pelbagai lapangan ilmu pengetahuan dijemput untuk berkhidmat di universiti tersebut. 10. Universiti Berlin turut memberikan penekanan kepada penyelidikan dalam pelbagai lapangan ilmu pengetahuan. 11. Universiti ini melahirkan ramai sarjana yang mempunyai kepakaran dalam bidang penyeledikan. Pentadbiran sekolah 1. Langkah langkah juga diambil untuk mewujudkan sistem pentadbiran pusat yang seragam bagi sekolah sekolah di Prussia. 2. Semasa pemerintahan Raja Frederick Ii, pentadbiran sekolah sekolah diletakkan di bawah pengawasan Berlin Consistory. 3. Sistem pentadbiran pusat meletakkan asas bagi kelahiran sekolah sekolah Gymnasien yang menggantikan sekolah Latin.


KURIKULUM KURIKULUM SEKOLAH RENDAH 1. Pendidikan di sekolah sekolah rendah berasakan kepada teori yang dikemukakan oleh Pestalozzi. 2. Dalam konteks inii, penekanan diberikan kepada perkembangan mental kanak kanak dan latihan menggunakan deria. 3. Kanak kanak diajar mata pelajaran Geografi, Sejarah dan Bahasa Jerman bagi melahirkan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar. 4. Di samping itu, penekanan juga diberikan kepada mata pelajaran Muzik. 5. Kemahiran dalam muzik membantu pelajar pelajar apabila mengambil bahagian dalam pertandingan lagu lagu patriotik. 6. Selain itu, penekanan juga diberikan dalam mata pelajaran Lukisan, Matematik dan Latihan Jasmani. 7. Pelajar pelajar juga mempelajari mata pelajaran agama terutamanya tetang nilai nilai moral hormat menghormati, dan rendah diri.


KURIKULUM SEKOLAH MENENGAH 1. Menjelang tahun 1816, langkah langkah telah diambil untuk menyeragamkan pembelajaran di sekolah sekolah menengah. 2. Antara mata pelajaran di sekolah sekoah tersebut ialah Bahasa Latin, Bahasa Greek, Bahasa Jerman, Matematik, Sejarah, Geografi, Agama, dan Lukisan. 3. Selepas tahun 1837, penekanan diberikan pada matapelajaran Kemanusiaan (Humanisme) KURIKULUM PERINGKAT UNIVERSITI 1. Pengajian di peringkat universiti menekankan pengkhususan dalam pelbagai lapangan ilmu pengetahuan. 2. Universiti Berlin merupakan universiti tersohor di Jerman yang menjalankan pengkhususan dalam pelbagai cabang ilmu pengetahuan. 3. Kajian dan penyelidikan dijalankan dalam pelbagai Philologi, Egiptologi, Sejarah, Falsafah, Psikologi, Undang undang, Anatomi, Zoologi, Kimia dan Fizik.


TENAGA PENGAJAR 1. Menjelang abad ke 18 guru guru mempunyai kedudukan yang rendah dalam masyarakat Jerman. Malah bilangan guru yang berkhidmat di luar bandar dan kawasan pendalaman amat kurang. 2. Selain itu, golongan seperti tukang kasut, tukang jahit, pengawal keselamatan dan gembala diberikan latihan untuk mendidik kanak kanak. 3. Semasa pemerintahan Raja Fenderick William I, seorang pesuruhjaya dilantik bagi menangani masalah kekurangan guru. 4. Pada tahun 1722, baginda mengambil langkah untukmembekalkan tenaga pengajarterlatih untuk mengajardi kawasan luar bandar. 5. Semasa pemerintahan Raja Fenderick II, guru guru yang berwibawa direkrut untuk berkhidmat di sekolah sekolah. 6. Kod undang undang yang digubal semasa pemerintahan Raja Frederick II mengandungimaklumat tentang syarat syarat pemilihan dan kelayakan guru. 7. Undang undang tersebut menyatakan bahawa guru guru yang tidak mempunyai kebolehan akan dipecat daripada jawatan.


LATIHAN PERGURUAN 1. Kerajaan memberikan langkah untuk memberikan latihan kepada guru guru yang terlibat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 2. Latihan diberikan bagi melahirkan tenaga pengajar yang mahir dan mempunyai pengetahuan. 3. Latihan perguruan bagi guru guru di Jerman diadakan julung kali di Halle pada tahun 1693dan dianjurkan oleh tokoh pendidik yang terkenal. 4. Pada tahun 1738, Johann Julius Hecker telah menganjurkan seminar bagi guru guru di Prussia. 5. Seminar ini diadakan bagi melatih pelajar pelajar daripada aliran teologi untuk menjadi guru guru di sekolah Latin. 6. Pada tahun 1747, Johann Julius Hecker menubuhkn pusat latihan guru yang dikenali sebagai Lehrerseminar di Berlin. 7. Kejayaan yang dicapai oleh pusat latihan guru tersebut menyebabkan Raja Frenderick II memberikan dana kepada institusi tersebut.


9. Kejayaan Johaan Julius Hecker menyebabkan muncul pusat pusat latihan guru di seluruh Jerman. 10.Menurut Kod Silesia (1765), Raja Frenderick II menyatakan enam institusi sebagai sekolah latihan guru. 11. Selepas Prussia, pusat latihan perguruan ditubuhkan di wilayah wilayah Jerman yang lain, iaitu Austria (1771), Saxe Weimar (1783), dan Saxony (1788)


KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Menjelang tahun 1808, Jabatan Pendidikan Awam telah ditubuhkan untuk mengendalikan hal ehwal pendidikan di Jerman. 2. Tindakkan pertama jabatan ini adalah menghantar 17 orang guru dari Prussia ke Switzerland. Guru guru tersebut dihantar untuk mempelajari idea dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dianjurkan oleh Pestalozzi. 3. Pada tahun 1809, Carl August Zella dijemput oleh kerajaan untuk mengendalikan bengkel kaedah pengajaran dan pembelajaran Pestalozzi kepada guru guru 4. Di samping itu, tokoh tokoh yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran Pestalozzi di Switzerland dilantik sebagai pengarah institut latihan perguruan. 5. Di samping itu, tokoh tokoh yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran baharu turut diundang untuk melatih guru guru di Jerman. 6. Gustavus Friendrich Dinter ( Pengetua Pusat Latihan Saxony ) telah dilantik sebagai pesuruhjaya pendidikan bagi wilayah timur Prussia. 7. Perkembangan ini telah menyebabkan idea Pestalozzi digunakan secara meluas dalam pengajaran di sekolah sekolah rendah.


YURAN PENGAJIAN 1. Menjelang abad ke 18, khususnya semasa pemerintah Raja Frederick I (1713-1740) pelajar pelajar dikehendaki membayar yuran persekolahan. 2. Dalam pada itu, pelajar pelajar daripada kalangan keluarga miskin mendapat bantuan daripada tabung kebajikan kanak kanak miskin. 3. Semasa pemerintahan Raja Frederick II, yuran persekolahan bagi semuasekolah di Prussia telah diseragamkan.


TAMAT SEKIAN TERIMA KASIH !


Click to View FlipBook Version