The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Fadhilah Ahmad, 2024-01-01 05:17:13

Modul GHS_latest

Modul GHS_latest

48 Teras Pembelajaran UNIT 4: PENGUKURAN KECERGASAN FIZIKAL BERASASKAN KESIHATAN 1. Fokus pembelajaran 1.1 Memerihalkan ujian untuk mengukur kecergasan fizikal berasaskan kesihatan. 2. Objektif pembelajaran Pada akhir teras pembelajaran ini pelajar dapat: 2.1 Mengenalpasti tahap kecergasan fizikal berasaskan kesihatan. 2.2 Menghasilkan laporan ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan. 3. Isi kandungan Unit ini memerihalkan ujian-ujian lapangan untuk mengukur komponen dalam kecergasan fizikal berasaskan kesihatan serta pelaksanaan ujian tersebut. Ujianujian ini tidak memerlukan peralatan yang berteknologi tinggi. Mudah di urus dan dapat dijalankan dalam kalangan pelajar.


49 AKTIVITI 4 : UJIAN KECERGASAN Tajuk: Ujian kecergasan Prosedur am 1) Mengenal pasti sampel yang mempunyai masalah kesihatan atau mempunyai kecederaan lama telah diberi pengecualian bagi mengelakkan risiko kecederaan berlaku. 2) Memastikan sampel bersemangat, bertangungjawab dan mengambil bahagian. 3) Memberikan penerangan berkaitan ujian dan demonstrasi perlakuan diberikan dengan tepat (video) supaya pelajar dapat buat dengan lancar tanpa kekeliruan. 4) Memastikan peralatan ujian dan kemudahan yang digunakan berada dalam keadaan ynag sempurna dan selamat. 5) Memberi taklimat dengan jelas tentang ujian, objektif ujian serta pengisian skor markah secara kendiri. 6) Melakukan aktiviti memanaskan badan, renggangan serta gerak kendur sebelum dan selepas ujian. Persediaan menjalankan ujian Fasa Keterangan Sebelum ujian • Mengenal pasti sampel yang mempunyai masalah kesihatan atau mempunyai kecederaan lama telah diberi pengecualian bagi mengelakkan risiko kecederaan berlaku. • Memastikan sampel bersemangat, bertangungjawab dan mengambil bahagian.


50 • Memberikan penerangan berkaitan ujian dan demonstrasi perlakuan diberikan dengan tepat (video) supaya pelajar dapat buat dengan lancar tanpa kekeliruan. • Memastikan peralatan ujian dan kemudahan yang digunakan berada dalam keadaan ynag sempurna dan selamat. • Memberi taklimat dengan jelas tentang ujian, objektif ujian serta pengisian skor markah secara kendiri. • Melakukan aktiviti memanaskan badan, regangan serta gerak kendur sebelum dan selepas ujian. Semasa ujian • Setiap pelajar diberikan skor ujian untuk isi maklumat peribadi. • Bahagikan kepada beberapa kumpulan dan bermula disetiap stesen ujian masing-masing. • Setiap stesen ujian akan bermula secara serentak dan kemundian bergerak ke stesen ujian mengikut turutan yang teratur. • Pelajar boleh mengisi skor ujian seperti dalam borang ujian dan mengisi borang skor secara online yang telah disediakan dan hantar kepada pensyarah. Selepas ujian • Semua dapatan ujian setiap pelajar perlu dimasukkan dengan teliti dalam perisian komputer. • Hasil analisis akan merujuk kepada norma tempatan yang telah disediakan.


51 PROSEDUR UJIAN KECERGASAN FIZIKALBERLANDASKAN KESIHATAN 1) Daya tahan kardiovaskular PACER (Multistage Fitness Test) PERKARA KETERANGAN Objektif Mengukur daya tahan kardiovaskular dan mengetahui pengambilan oksigen maksimum (VO2 max) Kawasan Ujian Gelanggang / padang yang mempunyai keluasan yang mencukupi (sekurang-kurangnya 30m X 30m) Alatan Skitel, Pita pengukur 30 meter, Radio kaset CD, Cakera padat ujian pacer, Kad skor, Bib bernombor, Jam Randik, kad kuning, kad merah dan Pita Pelekat. Prosedur Ujian PACER 1. Tandakan kawasan ujian mengikut kesesuaian berdasarkan pita rakaman. 2. Bahagikan peserta kepada dua kumpulan . Setiap peserta akan merekodkan keputusan seorang peserta lain yang sedang menjalankan ujian. 3. Ujian ini melibatkan kaedah larian ulang-alik yang berterusan dalam jarak 20 meter mengikut masa ‘beep’ yang dirakam. Masa di antara ‘beep’ akan menjadi lebih pantas pada setiap tahap. 4. Kelajuan permulaan larian adalah 8.5 km/jam. Ianya akan meningkat 0.5 km/jam setiap minit. 5. Pelaku perlu melepasi garisan dan menunggu sehingga ‘beep’ yang berikut untuk meneruskan larian.


52 6. Pelaku perlu meneruskan larian mengikut kemampuan sehingga tidak dapat menyaingi bunyi ‘beep’. 7. Apabila pelaku tidak dapat menyaingi ‘beep’ buat kali pertama (tunjuk kad kuning) dan kali kedua (tunjuk kad merah) maka ujian terhadapnya perlu ditamatkan. Kiraan Skor 1. Pelaku dikehendaki berpatah balik serta merta sekiranya tidak dapat menyaingi ‘beep’ pada kali pertama dan cuba meneruskan ujian. 2. Jika pelaku masih tidak dapat melepasi garisan pada kali kedua maka ujian terhadap pelaku itu perlu ditamatkan. Ulangan yang pertama yang tidak sempurna diambil kira di dalam skor Sumber: Baumgartner, T.A., Jackson, A.S., Mahar, M.T. & Rowe, D.A. (2007). Measurement for evaluation in physical education and exercise sciences (8th Ed.). New York: McGraw Hill. Ujian Bleep audio Borang skor Ujian Bleep


53 2) Kekuatan otot Ujian Tekan tubi (Push up) PERKARA KETERANGAN Objektif Mengukur kekuatan otot bahu dan lengan dengan betul. Alatan Jam randik , borang skor, skitel, mat Prosedur Ujian tekan Tubi 1. Pelaku berada dalam kedudukan sokong hadapan dengan tangan lurus di bawah dan tapak tangan di atas lantai. 2. Kaki lurus ke belakang. 3. Seorang pembantu akan berada di hadapan, dan meletakkan tangan di lantai setentang dengan dahi dan sebelah tangan lagi diletakkan di siku pelaku. 4. Arahan ‘sedia’ dan ‘mula’ diberikan untuk memulakan ujian. 5. Pelaku akan menurunkan badan dengan cara membengkokkan siku sebanyak 90° dan sehingga dahi menyentuh tangan pembantu. 6. Kemudian menolak badannya naik ke atas sehingga tangannya lurus. 7. Lakuan ini dilakukan sebanyak yang boleh dalam masa 60 saat. Wisel akan dibunyikan tanda tamat. DUA percubaan sahaja di benarkan. Sumber: Baumgartner, T.A., Jackson, A.S., Mahar, M.T. & Rowe, D.A. (2007). Measurement for evaluation in physical education and exercise sciences (8th Ed.). New York: McGraw Hill.


54 Kiraan skor 1. Kiraan skor adalah dibuat dalam masa 60 saat. 2. Kiraan akan dibuat apabila pelaku turunkan badan sehingga dahi menyentuh tangan pembantu dan kedudukan siku adalah 90°, pelaku naik semula sehingga seluruh tangan lurus. Teruskan perlakuan sehingga masa tamat. Sumber: Baumgartner, T.A., Jackson, A.S., Mahar, M.T. & Rowe, D.A. (2007). Measurement for evaluation inphysical education and exercise sciences (8th Ed.). New York: McGraw Hill.


55 3) Daya tahan otot Ujian Bangkit tubi separa (Curl up) PERKARA KETERANGAN Objektif Mengukur daya tahan otot abdomen dengan betul. Alatan Jam randik, Tilam, Borang skor dan alat tulis. Prosedur Ujian Curl Up 1. Pelaku diminta baring di atas tilam dengan lutut dibengkokkan (tumit kaki sejauh 12 inci hingga 18 inci dari bahagian punggung). 2. Kepala lurus di lantai. 3. Tangan diletakkan menyilang di bahagian dada dengan tapak tangan menyentuh bahu. 4. Pembantu memegang bahagian lutut subjek. 5. Pelaku akan menaikkan badan ke posisi duduk dan siku akan menyentuh bahagian paha. 6. Bahagian siku tidak boleh ditolak ke hadapan supaya menyentuh paha, tetapi pelaku perlu menaikkan badan sehingga menyentuh paha dan kembali ke posisi asal. 7. Arahan ‘sedia’ dan ‘mula’ diberikan untuk memulakan ujian.Teruskan perlakuan selama 60 saat. 8. Lakuan boleh dilakukan sebanyak yang boleh sehingga masa tamat. Wisel penamat akan dibunyikan selepas 60 saat. DUA percubaan sahaja dibenarkan


56 Kiraan skor: 1. Kiraan skor dibuat dalam masa 60 saat. 2. Kiraan 1 akan dibuat apabila pelaku menaikkan bahagian badan dan siku menyentuh paha kemudian turunkan semula keseluruhan bahagian belakang badan sehingga mencecah lantai. Sumber: Baumgartner, T.A., Jackson, A.S., Mahar, M.T. & Rowe, D.A. (2007). Measurement for evaluation inphysical education and exercise sciences (8th Ed.). New York: McGraw Hill.


57 4) Fleksibiliti Ujian Trunk Lift. PERKARA KETERANGAN Objektif Mengukur kelembutan fleksi bahagian leher dan atas pinggang dengan betul. Alatan Pembaris Makmal 1 Meter, alat tulis dan pembaris 1 kaki. Prosedur UjianTrunk Lift 1. Pelaku meniarap dengan keadaan badan yang lurus. 2. Kedua-dua kaki diluruskan ke belakang dan tangan di belakang paha. 3. Pelaku meniarap di atas lantai dan tapak tangan dibawa ke belakang dan kaki dibuka seluas bahu. 4. Ukur tinggi hujung dagu dari permukaan lantai dengan pembaris dan catatkan bacaan pada 0.5 cm yang terdekat. 5. Arahan ‘sedia’ dan ‘mula’ diberikan untuk memulakan. 6. Dalam keadaan meniarap, cuba angkat badan dan dagu seberapa tinggi yang boleh. 7. Pelaku perlu menahan dalam posisi di (6) dalam masa 5 saat untuk diambil bacaan. 8. Ukur bahagian hujung dagu dari lantai dengan pembaris 1 meter dan catatkan bacaan pada 0.5 terdekat. 9. Pelaku akan membuat ujian sebanyak 2 kali, bacaan tertinggi sahaja akan dikira. Kiraan Skor 1. Bacaan terbaik dari dua percubaan akan diambil kira. 2. Rekodkan bacaan lentikan pada kad skor. Sumber: Baumgartner, T.A., Jackson, A.S., Mahar, M.T. & Rowe, D.A. (2007). Measurement for evaluation inphysical education and exercise sciences (8th Ed.). New York: McGraw Hill.


58 5) Komposisi tubuh badan Ujian Indeks Jisim Tubuh PERKARA KETERANGAN Objektif Mengukur Indeks Jisim Tubuh badan dengan betul. Formula BMI M (Berat) H (Tinggi) X H (Tinggi) Alatan Alat penimbang dan Pengukur Tinggi Prosedur Ujian Indeks Jisim Tubuh 1. Pengukuran tinggi pelaku dikehendaki berdiri dalam keadaan anatomikal. 2. Kaki pelaku hendaklah dirapatkan tumit dan punggung, bahagian belakang badan. 3. Bahagian belakang kepala mesti menyentuh dinding. 4. Kasut dan stokin perlu ditanggalkan. 5. Letakkan / turunkan alat pengukur tahap ketinggian di atas kepala. 6. Pelaku hendaklah merendahkan badan (membengkokkan lutut) apabila keluar. 7. Catatkan bacaan ketinggian pelaku. 8. Bagi pengukuran berat badan pelaku pula, pelaku dikehendaki berdiri di tengah-tengah pelantar penimbang dengan pakaian sesuai. 9. Tegakkan kepala, rapatkan tangan ke paha Bacaan diambil apabila angka ditunjukkan pada jumlah yang muktamad.


59 Kiraan skor Berat Badan (M) kg Ketinggian (H) m Ketinggian x Ketinggian m 2 Pengiraan BMI Berat ( kg ) = Tinggi x Tinggi ( m2 ) = kg m-2 Sumber: Baumgartner, T.A., Jackson, A.S., Mahar, M.T. & Rowe, D.A. (2007). Measurement for evaluation inphysical education and exercise sciences (8th Ed.). New York: McGraw Hill. Video pelaksanaan ujian kecergasan fizikal https://drive.google.com/file/d/19E95ShW4lxXAr2AkMET86xx9Z6Xr_na/view?usp=drive_link


60 Jadual pengambilan VO2 max ujian pacer Borang ujian kecergasan (diisi oleh pelajar) VO2 MAX UJIAN PACER.pdf BORANG SKOR UJIAN KECERGASAN.docx


61 Norma Ujian Kecegasan berasaskan kesihatan Norma untuk pelajar Lelaki Norma untuk pelajar Perempuan Sumber: Saidil Mazlan (2019). Penilaian kecergasan fizikal dan pengetahuan asas sains sukan terhadap kemasukan pelajar tingkatan 6 jurusan sains sukan. Tesis Doktor Falsafah, Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tahap Ujian Cemerlang (5) Sangat Baik (4) Baik (3) Sederhana (2) Lemah (1) Pacer 42 ke atas 36 - 41 29 - 35 23 -28 22 ke bawah Curl Up 55 ke atas 42 - 54 29 - 41 16 - 28 15 ke bawah Push Up 90 45 ke atas 32 - 44 19 - 31 7 -18 6 ke bawah Trunk Lift 36 ke atas 29 - 35 20 - 28 12 -19 11 ke bawah BMI 18.5 – 24.9 18.5 ke bawah 25 -29.9 30 – 34.9 35 – 39.9 40 ke atas Tahap Ujian Cemerlang (5) Sangat Baik (4) Baik (3) Sederhana (2) Lemah (1) Pacer 30 ke atas 27 - 29 23 - 26 21 -22 20 ke bawah Curl Up 41 ke atas 30 - 40 19 - 29 8 - 18 7 ke bawah Push Up 90 20 ke atas 13 - 19 6 - 12 2 -5 1 ke bawah Trunk Lift 41 ke atas 32 - 40 22 - 31 14 -21 13 ke bawah BMI 18.5 – 24.9 18.5 ke bawah 25 -29.9 30 -34.9 35 – 39.9 40 ke atas


62 Keputusan keseluruhan ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan JUMLAH SKOR KESELURUHAN GRED KETERANGAN 21 hingga 25 A Pelajar mempunyai tahap kecergasan fizikal berasaskan kesihatan yang cemerlang. 16 hingga 20 B Pelajar mempunyai tahap kecergasan fizikal berasaskan kesihatan yang sangat baik. 11 hingga 15 C Pelajar mempunyai tahap kecergasan fizikal berasaskan kesihatan yang baik. 6 hingga 10 D Pelajar mempunyai tahap kecergasan fizikal berasaskan kesihatan yang sederhana. 1 hingga 5 E Pelajar mempunyai tahap kecergasan fizikal berasaskan kesihatan yang lemah. Sumber: Saidil Mazlan (2019). Penilaian kecergasan fizikal dan pengetahuan asas sains sukan terhadap kemasukan pelajar tingkatan 6 jurusan sains sukan. Tesis Doktor Falsafah, Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.


PANDUAN PENTAKSIRAN HASIL PEMBELAJARAAtribut 1 : Kemahiran interpersonal - Kerja Berpasukan Atribut 2 : Kemahiran Etika dan Profesionalisme Atribut 1 : Kerja Berpasukan ATRIBUT SUB ATRIBUT SANGAT LEMAH ( 1 – 3 ) LEMAH ( 4 – 6 ) Bekerja dalam pasukan kolaboratif dalam pasukan Kebolehan berkolaboratif antara pemimpin dan ahli pasukan adalah sangat minimum dan tidak berupaya menunjukkan fungsi sebagai satu pasukan. Kurang berkebolehan berkolaboratif antara peranan pemimpin dan ahlpasukan serta kelebihan individutidak dimanfaatkadengan baik. Peranan dalam pasukan Tidak memahami peranan dan tidak berupaya memainkan peranan dalam pasukan. Kurang memahamperanan dan kuranberupaya memainkan peranadalam pasukan.


63 AN MEMUASKAN ( 7 – 9 ) BAIK ( 10 – 12 ) SANGAT BAIK ( 13 – 15 ) li u n Berkebolehan untuk berkolaboratif antara pemimpin dan ahli pasukan dengan efektif. Berkebolehan untuk berkolaboratif antara pemimpin dan ahli pasukan dengan bekerjasama memainkan tugas serta peranan setiap ahli pasukan secara berkesan. Sangat berkebolehan menunjukkan kolaboratif yang bermakna antara pemimpin dan ahli pasukan serta menyedari kepentingan untuk mencapai matlamat pasukan secara kolektif. mi ng an Memahami peranan dan berupaya memainkan sebahagian besar peranan dengan baik dalam pasukan. Memahami peranan dan berupaya memainkan peranan dalam pasukan dengan baik. Sangat memahami peranan dan berupaya memainkan peranan dalam pasukan dengan aktif dan cemerlang.


Atribut 2 : Etika dan Profesionalisme ATRIBUT SUB ATRIBUT SANGAT LEMAH ( 1 – 3 ) LEMAH ( 4 – 6 ) Etika dan professionalisma Tanggung jawab Kerja Tidak menjalankan tugas yang diberi walaupun dengan pengawasan Menjalankan tuyang diberimengikut skop dengan pengawasanEtika kerja Tidak mengamalkan budaya kerja yang baik seperti berakhlak, menepati waktu, cekap, berhemah dan produktif dan mempunyai masalah disiplin semasa menjalankan tugasan Kurang mengamalkabudaya kerja ybaik sepertberakhlak, menwaktu, cekapberhemah daproduktif


64 MEMUASKAN ( 7 – 9 ) BAIK ( 10 – 12 ) SANGAT BAIK ( 13 – 15 ) ugas i kerja n. Menjalankan tugas yang diberi mengikut skop kerja yang memenuhi jangkaan Menjalankan tugas yang diberi mengikut skop kerja yang melebihi jangkaan Menjalankan tugas yang diberi melebihi skop kerja dan melangkaui jangkaan an yang i epati p, an Mengamalkan budaya kerja yang baik seperti berakhlak, menepati waktu, cekap, berhemah dan produktif Mengamalkan budaya kerja yang baik seperti berakhlak, menepati waktu, cekap, berhemah dan produktif pada kebanyakan masa Sentiasa mengamalkan budaya kerja yang baik seperti berakhlak, menepati waktu, cekap, berhemah dan produktif


Atribut 3 : Kognitif – Pemikiran Kritis ATRIBUT SUB ATRIBUT SANGAT LEMAH ( 1 – 3 ) LEMAH ( 4 – 6 ) Pemikiran Kritis Mengaplikasi pengetahuan / kemahiran / konsep Tidak berkebolehan mengaplikasikan pengetahuan / kemahiran / konsep Pemikiran Komputasional menggunakan kemahiran berfikir. Berkebolehmengaplikaspengetahuakemahiran / koPemikiranKomputasiodalam konteksterhad. Menganalisis maklumat / data dan membuat perkaitan Tidak berkebolehan membuat perkaitan dan menganalisis pola, trend atau kesamaan data berasaskan maklumat. Berkebolehmembuat perkdan menganapola, trend akesamaan dberasaskamaklumat tekurang tepaSumber: Rubrik penilaian kursus Kokurikulum (WK002), BahagiaInstitute Pendidikan Guru, KPM. 2019,Edisi kemas kini 2022.


65 MEMUASKAN ( 7 – 9 ) BAIK ( 10 – 12 ) SANGAT BAIK ( 13 – 15 ) han ikan an / onsep n onal s yang Berkebolehan mengaplikasikan pengetahuan/ kemahiran / konsep Pemikiran Komputasional dalam pelbagai konteks. Berkebolehan mengaplikasikan pengetahuan / kemahiran / konsep Pemikiran Komputasional dalam pelbagai konteks secara terperinci dan jelas. Sangat berkebolehan mengaplikasikan pengetahuan / kemahiran / konsep Pemikiran Komputasional dalam pelbagai konteks secara terperinci dan jelas. han kaitan alisis atau data an etapi at. Berkebolehan membuat perkaitan dan menganalisis pola, trend atau kesamaan data berasaskan maklumat. Berkebolehan membuat perkaitan dan menganalisis pola, trend atau kesamaan data berasaskan maklumat dengan jelas, saintifik dan tepat. Sangat berkebolehan membuat perkaitan dan menganalisis pola, trend atau kesamaan data berasaskan maklumat dengan jelas, saintifik dan tepat. n Matrikulasi, KPM 2022 & Buku Panduan Kemahiran Insaniah


66 Kriteria Pentaksiran Tugasan aktiviti disemak berdasarkan Rubrik Pentaksiran 1. CLO 1 dinilai melalui dua (2) subatribut iaitu Interaksi dan kolaboratif dalam pasukan (SA1) dan peranan dalam pasukan (SA2). 2. CLO 2 dinilai melalui dua (2) subatribut Tanggungjawab Kerja (SA3) dan etika Kerja (SA4). 3. Kemahiran Kognitif dinilai melalui dua (2) subatribut iaitu Mengaplikasi pengetahuan / kemahiran / konsep (SA5) dan menganalisis maklumat / data dan membuat perkaitan (SA6). 4. Pemberatan markah 100% melalui tugasan berkumpulan di mana CLO 1 adalah 100% ditambah dengan CLO 2 adalah 100%. Contoh pengiraan ; A1 SA1 + SA2 30 X 100 = 100 % Contoh : 14 + 14 30 X 100 = 91.1 % A2 SA3 + SA4 30 X 100 = 100% Contoh : 14 + 14 30 X 100 = 91.1 %


67 A3 SA5 + SA6 30 X 100 = 100 % Contoh : 14 + 14 30 X 100 = 91.1 % A1+A2+A3 A1 + A2 + A3 300 X 100 = 100% Contoh : 91.1 + 91.1 + 91.1 300 X 100 = 91.1 % Maka jumlah markah yang diperolehi ialah 91.1 %


68 Keputusan keseluruhan pentaksiran topik gaya hidup sihat JUMLAH SKOR KESELURUHAN GRED KETERANGAN 80 hingga 100 A Menguasai sekurang-kurangnya 80% ke atas kemahiran kerja berpasukan, etika dan profesionalisme dan pemikiran kritis. 65 hingga 79 B Menguasai sekurang-kurangnya 65% ke atas kemahiran kerja berpasukan, etika dan profesionalisme dan pemikiran kritis. 50 hingga 64 C Menguasai sekurang-kurangnya 50% ke atas kemahiran kerja berpasukan, etika dan profesionalisme dan pemikiran kritis. 35 hingga 49 D Menguasai sekurang-kurangnya 35% ke atas kemahiran kerja berpasukan, etika dan profesionalisme dan pemikiran kritis. 34 ke bawah E Menguasai sekurang-kurangnya 34% ke bawah kemahiran kerja berpasukan, etika dan profesionalisme dan pemikiran kritis. Sumber: Gred penilaian kursus Kokurikulum (WK002), Bahagian Matrikulasi, KPM


69 Borang penilaian Borang laporan ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan Borang penilaian aktiviti MoGHS https://docs.google.com/spreadsheet s/d/16H8gRqsF3ekEYxP1LGLYhelv7 WHanq2X/edit?usp=drive_link&ouid= 105168301981433974853&rtpof=true& sd=true https://docs.google.com/spreadsheet s/d/1qNWo5FLsRoY_yrfTL2J7n3r70eBAY9a/edit ?usp=drive_link&ouid=105168301981 433974853&rtpof=true&sd=true


70 Rujukan 1. Baumgartner, T.A., Jackson, A.S., Mahar, M.T. & Rowe, D.A. (2007). Measurement for evaluation inphysical education and exercise sciences (8th Ed.). New York: McGraw Hill. 2. Buku nota poket: Panduan diet Malaysia 2020, Kementerian Kesihatan Malaysia. 3. Gunathevan Elumalai, et. al, (2019), Physical fitness norm for form six sports science students in Kedah, International Journal of Advanced and Applied Sciences, 6(10) 2019, Pages: 89-93 4. Hatta Sidi, Mohamed Hatta Shaharom (2020), Mengurus stres: pendekatan yang praktikal, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 5. Junaidy Mohamad Hashim, et. al, (2021), Modul pembelajaran kecergasan fizikal (Asas Senaman & Kecergasan), Jabatan PJK IPGKSAH. 6. Mazlan Aris (2016). Pengurusan stres: Memahami stres dari Teknik mengawal stres, Sasbadi Sdn Bhd, Petaling Jaya. 7. Modul aerobic 1m1s (2013), Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. 8. Nelfianty Mohd Rashid, et. al, (2022), Sains Sukan Tingkatan 5, Attin Press Sdn Bhd. 9. Panduan Kemahiran Insaniah Institute Pendidikan Guru, KPM. 2019, Edisi kemas kini 2022. 10.Pentaksiran kursus Kokurikulum (WK002), Bahagian Matrikulasi, KPM 11.Saidil Mazlan (2019). Penilaian kecergasan fizikal dan pengetahuan asas sains sukan terhadap kemasukan pelajar tingkatan 6 jurusan sains sukan. Tesis Doktor Falsafah, Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.


Click to View FlipBook Version