The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alya syahirah, 2023-09-03 07:16:34

TUGASAN INDIVIDU (LOCAL DELICACY......

TUGASAN INDIVIDU (LOCAL DELICACY......

1 TUGASAN INDIVIDU KAEDAH MEMASAK DAN PERBEZAAN GULA SPT30193 LOCAL DELICACY DISEDIAKAN UNTUK: ENCIK SHAWAL FIKRI BIN SIHAB DISEDIAKAN OLEH: NUR ALYA SYAHIRAH BINTI SAHIDI (A12SPT22F008)


2 TUGASAN SPT 30193 LOCAL DELICACY TUGASAN BERTULIS Soalan 1 .Anda dikehendaki untuk mencari kaedah memasak haba lembap seperti di bawah beserta gambar: Kaedah memasak haba lembap terdiri daripada kaedah mengukus,merebus ,mereneh,merendidih dan mencelur .Makanan dimasak dengan wap dari air mendidih. Penutup pengukus ditutup rapat sepanjang masa memasak untuk mengelakkan wap air terkeluar. Memanggang(roasting) -Antara kaedah memasak yang sihat kerana kurang menggunakan minyak,kaedah ini sesuai untuk memasak daging,ayam dan ikan.Ia juga,boleh menaikkan aroma makanan dan jusnya.Memasak makanan menggunakan api terbuka atau ketuhar untuk makanan pejal dan berlemak seperti sate,ikan panggang,ayam dan daging. Kebaikan Memanggang -Makanan cepat masak -Makanan kurang berminyak Kelemahan Memanggang -Penjagaan rapi diperlukan supaya makanan tidak hangus.


3 Berbeku (Barbeque) -Barbeque merupakan hidangan yang dimasak di atas bara api,rasanya segar dan semulajadi tanpa bahan perasa tambahan jika pandai mengolah rasa masakan dengan dengan tepat.Selain makanan laut ,daging,ayam dan bahan masakan lain boleh digunakan adalah buah-buahan dan sayur -sayuran tertentu. -Satay adalah antara makanan yang tergolong dalam kategori BBQ.Kaedah memasak satay di atas bara api yang menyala adalah sama dengan kaedah memasak di atas bara BBQ walaupun kaedah memasak itu berasal dari barat. Kaedah BBQ ialah kaedah masakan yang sihat kerana tidak perlukan minyak yang menyumbang kepada lemak .Tetapi jika air dari bahan-bahan yang dimasak itu menitis ia akan menghasilkan api dan asap yang menyebabkan makanan itu sedikit hangus. -Apabila anda makan makanan yang dipanggang ,anda dinasihatkan agar membuang bahagian yang hangus.Selain itu anda perlu banyakkan memakan timun kerana timun dapat serap gas kasinogen .


4 Menggril (grill) Menggril adalah sejenis kaedah memasak yang melibatkan penggunaan haba kering kepada permukaan makanan ,Selalunya dari atas atau bawah .Menggril biasanya melibatkan sejumlah besar haba dan sering digunakan untuk memasak daging dengan cepat Kebaikan Menggril -Makanan cepat masak. -Makanan kurang berminyak Keburukan Menggril -Makanan perlu dimakan segera kerana cepat kering.


5 Membakar (baked) Membakar merupakan kaedah memasak makanan yang menggunakan haba kering berlarutan melalui perolakan daripada sinaran Cahaya,biasanya di dalam ketuhar ,tetapi juga dalam abu yang panas atau di atas batu panas. Contoh makanan yang dibakar -Kek,Patri,Pai puding dan Biskut Kelebihan membakar -Memerlukan sedikit perhatian dan dapat menjimatkan masa dan tenaga -Bentuk asal makanan dikekalkan. -Makanan mudah dicerna.


6 Menggoreng minyak penuh (deep fry) Menggoreng ialah kaedah memasak makanan dalam minyak atau lemak yang telah dipanaskan.Terdapat 3 cara menggoreng ,iaitu menggoreng kering,menggoreng tohor,dan menggoreng dalam minyak penuh. Maksud menggoreng dengan minyak yang penuh ialah menggoreng dengan minyak yang meliputi seluruh makanan yang terdapat di dalam kuali.Terdapat banyak makanan yang boleh digoreng menggunakan minyak yang penuh.Antara makanan tersebut ialah,ayam goreng,pisang goreng,ikan goreng,karipap dan kentang goreng. -Kebaikan menggoreng dalam minyak penuh ialah zat makanan tidak hilang. -Keburukan menggoreng menggunakan minyak yang penuh ialah memerlukan banyak perhatian apabila menggoreng makanan.Selain itu,makanan yang digoreng menggunakan minyak yang penuh susah untuk dihadam kerana kandungan lemak yang tinggi.


7 Menggoreng Tohor (Sauteing) Goreng tohor adalah sejenis bentuk menggoreng yang dicirikan oleh penggunaan minyak yang cukup untuk melicinkan kuali.Menggoreng tohor bergantung pada minyak/lemak sebagai medium pemindahan haba dan pada suhu dan masa yang betul untuk tidak terlebih masak atau menghanguskan makanan. Makanan biasanya dibalik sekurang-kurangnya sekali untuk memastikan kedua-dua dimasak,menggoreng tohor memerlukan haba yang lebih rendah supaya bahagian luar makanan tidak terlebih masak . Goreng tohor telah berfungsi untuk mengekalakn kelembapan dalam makanan seperti daging,ikan dan makanan laut.Kelebihan menggoreng tohor ialah menggunakan minyak yang sedikit.Suhu menggoren tohor ialah 180- hingga 185 darjah celcius.Kelemahan ,makanan perlu dibalik-balikkan kerana cepat hangus.


8 Pan fry Untuk Teknik memasak ini ,hanya sedikit minyak yang diperlukan untuk melincirkan kualai.Sekiranya makanan berminyak seperti daging ,minyak atau lemak tidak perlu ditambah.Teknik ini bergantung pada minyak atau lemak sebagai medium pemindahan haba dan pada suhu dan masa yang betul untuk tidak memasak atau membakar secara berlebihan.Makanan biasanya dibalik sekurang -kurangnya sekali untuk memastikan keduadua belah dimasak dengan betul.Contoh hidangan yang menggunakan teknik ini ialah lempeng,daging dan telur dadar. Shallow frying Teknik ini secara amnya menggunakan minyak hingga 1/3 atau separuh daripada bahan makanan seperti,daging,ikan,kuih-muih dan beberapa jenis makanan lain.Selalunya makanan jenis ini disalut dengan tepung atau diperap.Untuk hasil yang dimasak secara merata,bahan yang dimasak perlu dibalikkan beberapa kali.


9 Stir-Frying Jenis teknik ini serupa dengan menumis kerana menggunakan api yang besar,tetapi menggunakan lebih banyak minyak .Secara amnya Teknik ini digunakan untuk memasak masakan cina menggunakan kuali.Dalam Teknik ini,kepanasan memasak makanan kebanyakannya dipindahkan dari cecair dalam makanan.


10 Soalan 2 Anda dikehendaki untuk mencari kaedah memasak haba kering seperti di bawah beserta gambar. Mengukus (Steaming) -Mengukus ialah kaedah memasak yang menggunakan wap daripada air mendidih ,kaedah mengukus mengambil masa memasak yang lebih berbanding dengan kaedah menggoreng dan merebus.Air yang dikukud hendaklah sentiasa mendidih dan air yang mendidih perlu ditambah untuk mengekalkan suhu air mengukus. Kebaikan mengukus -Boleh mengurangkan kehilangan khasiat makanan ,makanan dimasak dengan menggunakan haba daripada wap.Cara ini sesuai untuk masak sayur-sayuran ,ikan,dan ayam serta dapat mengekalkan kelazatan semula jadi makanan. -Makanan lebih ringan dan mudah dihadam,kaedah yang menjimatkan kerana menggunakan api yang perlahan.Contoh makanan yang dikukus,Apam,Pau,Pulut kuning dan lain-lain. Kelemahan Mengukus -Perisa perlu ditambahkan kerana rasa makanan agak tawar -Memerlukan air yang secukupnya untuk mengukus


11 Merebus (boiling) Merebus ialah kaedah memasak makanan dalam air mendidh 100 darjah celcius dan dibiarkan masak secara mereneh sehingga lembut.Cecair daripada makanan yang direbus mengandungi nutrient yang boleh digunakan untuk membuat sos,kuah,sup dan air rebusan. -Bagi makanan yang hendak dimasak dengan cepat ,makanan itu hendaklah dipotong nipis dan kecil sebelum merebusnya,makanan seperti daging dan karangan laut seharusnya dimasukkan setelah air mendidih supaya lapisan luaranya membeku. Kelebihan -Cecair rebusan boleh dijadikan sup,sos,kuah atau air ebusan. -Mudah dan tidak memerlukan perhatian. Kelemahan -Makanan protein akan mengecut pada haba tinggi dan jika berterusan akan menjadi liat. -Makanan menjadi terlalu lembut dan mudah hancur Makanan hilang rasa jika menggunakan air yang banyak. -Makanan kehilangan nutrien.


12 Mencarak (Poaching) Rebus carak adalah sejenis Teknik pemanasan lembap yang melibatkan memasak dengan membenamkan makanan dalam cairan,seperti air,susu,stok atau win.Rebus carak dibezakan daripada kaedah memasak panas seperti mereneh,merendidih kerana ia menggunakan suhu yang agak rendah. Mencarak sering dianggap kaedah memasak yang sihat kerana ia tidak menggunakan lemak untuk memasak .Telur carak ialah telur yang dimasak secara mencarak,iaitu dengan direnehkan dalam cecair,Kaedah penyediaanya amat mudah kerana mengambil masa yang amat singkat.


13 Mereneh (Simmering) -Mereneh adalah Teknik penyediaan makanan di mana makanan dimasak dalam cecair panas yang dikekalkan tepat di bawah titik didih air iaitu 100 darjah celcius atau lebih tinggi daripada suhu rebus carak,Kaedah ini memerlukan haba yang rendah .Simmering dianggap sebagai salah satu daripada empat Teknik memasak yang penting untuk menegkalkan renehan. Kebaikan Mereneh -Khasiat makanan tidak hilang kerana air rebusan dijadika kuah. -Tidak memerlukan perhatian penuh semasa memasak. -Kaedah memasak yang menjimatkan kerana menggunakan api yang perlahan. Kelemahan Mereneh -Tidak sesuai untuk sayuran berdaun hijau -Lama


14 Merendidih (braising) Merendidih ialah kaedah memasak dalam cecair dan suhunya lebih rendah daripada 100 darjah celcius di dalam periuk yang bertutup.Cara ini paling sesuai untuk potongan daging yang liat dan menggunakan cecair yang secukup Sahaja.Merendidih boleh dilakukan di atas api atau di dalam ketuhar. Air yang direbus boleh digunakan untuk masak sesuatu makanan,kaedah merendidih sesuai untuk potongan daging yang paling liat menjadi lembut dan berjus dengan kaedah pemanasan Memasak makanan dengan api yang sederhana dalam masa yang lama.Contohnya merendidih rendang dan ketupat. Kebaikan Merendidih -Khasiat makanan tidak hilang kerana air rebusan dijadikan kuah. -Menjimatkan kerana menggunakan api yang perlahan. -Makanan lembut dan mudah dicernakan


15 3. Cari perbezaan gula: Gula Pasir Teksturnya halus ,ia sesuai untuk tujuan baking,teksturnya gula pasir ini sangat halus dan gula jenis ini mudah cair.Jadi ia perlu disimpan pada suhu bilik dan jauhi dari api. Kristal halus dalam gula pasir jenis ini tidak melekat dan sesuai ditaburkan atas makanan atau dilarutkan dalam minuman. Gula pasir ini sesuai untuk kegunaan harian,gula ini sesuai untuk membuat kuih contohnya,Cek mek molek,kek sarang semut kerana gulanya agak kasar dan halus.


16 Gula Kabung Gula Kabung dari segi fizikal nampak agak keras ,gula kabung biasanya digunakan untuk membuat kuih tradisional.Gula ini dikenali dengan nama Gula Nisan dan berbentuk silinder dan keras,gula ini diperbuat dari nira atau tuak daripada pohon kelapa. Ia telah diasaskan oleh masyarakat Pantai Timur dan digunakan dalam pelbagai jenis masakan,terutamanya pencuci mulut,gula ini boleh digunakan dalam masakan khususnya sambal untuk menyeimbangkan kepedasan dan kemanisan sambal.


17 Gula Melaka -Gula melaka pula lebih dikenali sebagai coconut palm sugar.Ia merupakan sejenis gula yang diperbuat daripada air sap bunga kelapa yang turut dikenali ramai dengan nama air nira kelapa. Tekstur gula ini agak keras berbanding gula yang lain,ia biasanya dilarutkan dengan cara dimasak dengan air ketika membuat sesuatu hidangan.Gula ini digunakan sebagai kuah bagi kuih seperti lompat tikam dan sangat sedap sebagai bahan pemanis untuk bubur manis,bubur kacang hijau,pengat pisang dan pengat labu.


18 Gula Nira Air nira yang diambil dari pohon kelapa ini akan diproses secepat yang mungkin bagi mengelakkan ianya menjadi masam.Kemudian ia akan dimasak dalam kuali atau kawah besar sebelum dituangkan ke dalam bekas acuan yang telah ditetapkan. Rata-rata penduduk Pantai timur sering menggunakan Nisang ini sebagai makanan tambahan yang menggantikan gula.Dengan memasukkan bahan ini ke dalam masakan ,masakan akan menjadi lebih enak,sedap serta berlemak. Nira ialah sejenis cairan dan rasa manis yang dapat diekstrak daripada batang tanaman seperti kelapa,tebu,sagu,kurma dan sebagainya.


19 Gula Merah Gula ini juga mempunyai tekstur yang lebih halus berbanding gula pasir biasa.Ini kerana ia telah dikisar agar senang larut dan memudahkan proses membuat kuih,biskut atau kek. Gula ini sebenarnya adalah sejenis molases yang merupakan produk hasil sampingan daripada proses pembuatan gula tebu putih.Ia mengandungi antara 25 hingga 40% kandungan sukrosa dan sangat rendah kandungan protein. Gula ini terdiri daripada 2 jenis iaitu jenis coklat terang dan juga coklat gelap,gula yang bewarna coklat gelap mempunyai rasa gula perang yang lebih kuat berbanding gula yang lain.


Click to View FlipBook Version