KATA TUGAS
Kata Bilangan
• Sedikit
Terdapat sedikit luka pada siku adik
kerana terjatuh basikal.
• Satu
Hanya tinggal satu kotak sahaja yang
perlu diangkat.
• Semua
Semua buah yang ada, Airil telah
mengagihkan sama banyak kepada
adik-adiknya.
Kata Bantu
➢ Telah
“Ibu,saya telah membantu ibu
menghidang makanan diatas meja”
➢ Sudah
Aiman sudah memberi kucing
kesayangannya makanan.
➢ Pernah
Rizal pernah membantu Haikal
membuat kerja sekolah.
Kata Sendi Nama
❖Dari
Hanis,saya melihat kamu dari tadi asyik
termenung saja.
❖Di
Boleh saya tahu, di mana arah ke Sekolah
Kebangsaan Alam Damai.
❖Pada
Ayu, sila beri pen ini pada Aisyah.
Kata Arah
o Atas
Dari pemerhatian,permukaan atas sekali
adalah minyak kerana minyak akan
terapung di atas air.
o Bawah
Di bawah meja ada seekor kucing.
o Tepi
Dibahagian tepi kereta terdapat sedikit
kerosakan akibat kemalangan.
Kata Tanya
✓ Siapa
Siapakah yang mengambil buku Hadi?
✓ Apa
Apakah pekerjaan ibu bapa kamu?
✓ Mengapa
Mengapakah kamu menanggis Sarah?
Kata Seru
▪ Wahai
Wahai anakku, tidurlah sekarang!
▪ Cis
Cis, berani kau menconteng buku aku!
▪ Oh
Oh, ini kakak kau!
Penjodoh Bilangan
1. Falisha membeli sekaki payung.
2. Adam membawa beberapa helai kertas
warna.
3. Irwan menjual sepasang kasut
berwarna hitam.
4. Laila memberi dua ikat sayur bayam
kepada Aminah.
5. Raihana membeli sebatang penyapu.
SIMPULAN BAHASA
• Berhutang budi
Maksud : Membalas kebaikan seseorang
dengan kebaikan juga
Ayat : Razif berhutang budi dengan
keluarga angkatnya kerana menjaganya
sejak dari kecil.
• Cahaya Mata
Maksud : Anak
Ayat : Ibu saudara saya bakal
menimang cahaya mata pertamanya
tidak lama lagi.
• Cakar ayam
Maksud :Tulisan yang buruk
Ayat : Cikgu Zaim menegur Hakimi
bahawa tidak dapat membaca apa yang
ditulis Hakimi kerana tulisannya
seperti cakar ayam.
• Tangkai Jering
Maksud : Orang yang kedekut
Ayat : Haji Bakhil adalah seorang yang
tangkai jering.
• Tajam akal
Maksud : Orang yang bijak dan pandai
Ayat : Zharfan adalah seorang pelajar
yang tajam akal kerana memperolehi
semua A dalam subject di sekolahnya.
PERIBAHASA
❖ Seperti belut pulang ke lubuk
Maksud : Orang yang pulang ke tempat
asal sukar untuk merantau lagi.
Contoh ayat : Faiz seperti belut pulang
ke lubuk setelah 15 tahun bekerja di
Amerika dan sekarang beliau ingin
menetap di kampungnya.
❖Bagai anjing dengan kucing
Maksud : Bergaduh apabila berjumpa
Contoh ayat : Ayah memarahi adik dan
abang kerana selalu bergaduh bagaikan
anjing dengan kucing.
❖Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri
Maksud : Tidak mendengar nasihat
Contoh ayat : Kerana tidak mendengar
nasihat ibunya untuk fokus dalam
pelajarannya seperti masuk telinga
kanan, keluar telinga kiri maka Syifa
gagal dalam peperiksaannya.
❖Antan patah lesung hilang
Maksud : Kemalangan bersilih ganti
menimpa seseorang
Contoh ayat : Nasib Fahim bagaikan
antan patah lesung hilang kerana
setelah kematian ibunya pada minggu
lepas,hari ini dia kehilangan adiknya
pula.
❖Ayam tambatan
Maksud : Orang harapan dalam sesuatu
pertandingan
Contoh ayat : Faqih menjadi ayam
tambatan sekolahnya dalam sukan bola
sepak.
Penghargaan
Syukur kepada Allah, dengan izinnya
saya, Muhammad Thaqif Razzuq Bin
Mohd Ridzuan dari kelas 4 Dinamik
berjaya menghasilkan Buku Skrap
Bahasa Melayu.
Terima kasih saya ucapkan kepada
guru-guru Persatuan atau Kelab Bahasa
Melayu yang banyak memberi contoh
dan idea kepada saya. Terima kasih
juga kepada ibubapa saya yang banyak
membantu saya dalam menyiapkan
Buku Skrap Bahasa Melayu ini.
Sekian, Terima kasih .