The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RAMLAH BINTI JANTAN Moe, 2021-03-04 08:09:43

LATIHAN BM TAHUN 6 - BAHAGIAN A

LATIHAN BM TAHUN 6 - BAHAGIAN A

SEKOLAH KEBANGSAAN
TUN SYED AHMAD SHAHABUDIN

BAHASA MELAYU
PEMAHAMAN

(BAHAGIAN A)

1

LATIHAN 1

Soalan 1 hingga 14
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. “_________________ tidak pernah melihat kamu sebelum ini. Kamu murid
baharu?” tanya Rajesh kepada Sulaiman.

A. Aku C. Kami
B. Saya D. Kita

2. Zuraidah berasa ______________ kerana keputusan peperiksaan Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah akan diumumkan pada minggu
hadapan.

A. gusar C. celaru
B. keliru D. kecewa

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3. Izwan menunjukkan se ____________ rantai yang ditemuinya di tepi
padang permainan.

A. lingkar C. lembar
B. urat D. untai

4. Suasana ___________ di dalam stadium tiba-tiba senyap apabila penyair
itu mendeklamasikan sajaknya.

A. huru-hara C. kucar-kacir
B. kacau-bilau D. hiruk-pikuk

5. _________________, kasihan betul nasib pak cik yang berpakaian
compang-camping itu!

A. Wah C. Aduhai
B. Aduh D. Wahai

2

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6. Pak Jamal _____________ kambingnya pada sebatang pokok agar tidak
terlepas lagi.

A. melilit C. mengikat
B. menambat D. membelit

7. Hukuman yang lebih berat akan dikenakan atas _____________
memberikan rasuah kepada penjawat awam.

A. kesalahan C. kesilapan
B. kecuaian D. kelalaian

8. Sesiapa yang berminat untuk menjayakan teater muzikal terbaharu
arahan pengarah muda itu perlu menjalani _____________ terlebih
dahulu.

A. uji kaji C. temu janji
B. uji bakat D. temu ramah

9. Dia mendapat jawatan itu kerana kelulusannya baik. _______________,
dia mahir menggunakan komputer.

A. Malahan C. Tambahan pula
B. Sebaliknya D. Sehubungan dengan itu

10. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.

Mengapakah mesyuarat antara penduduk di kawasan itu perlu
disegerakan?

A. Mesyuarat itu akan diadakan pada malam ini.
B. Mesyuarat itu melibatkan kaum lelaki sahaja.
C. Mereka telah mencapai kata sepakat setelah bermesyuarat

semalam.
D. Mereka ingin membincangkan masalah pecah rumah yang

berleluasa sekarang.

3

11. Bakul itu hasil daripada _____________ orang buta yang tinggal di rumah
kebajikan itu.

A. bekas tangan C. wang saku
B. buah tangan D. sagu hati

12. Cikgu Khusairy mendesak Fauzan supaya menceritakan perkara
sebenar kes buli yang berlaku kepadanya.

Pilih perkataan sinonim bagi mendesak.

A. merayu C. memaksa
B. merungut D. menyuruh

13. “Tolong kutip sampah yang bertaburan itu,” kata Cikgu Razman
kepada murid-muridnya.

Pilih perkataan antonim bagi kutip.

A. angkat C. pungut
B. buang D. campak

14. ______________ orang murid sekolah itu mengalami muntah selepas
makan makanan yang dijual di gerai berhampiran sekolah.

A. Setiap C. Beberapa
B. Setengah D. Sebilangan

15. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

“Saya mendapat tawaran ke MRSM kerana kecemerlangan saya
dalam bidang kurikulum dan kokurikulum,” kata Jessica.

A. Jessica menerangkan bahawa dia memohon ke MRSM kerana
kecemerlangannya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

B. Jessica memberitahu bahawa dia mendapat tawaran ke MRSM
kerana kecemerlangannya dalam bidang kurikulum dan
kokurikulum.

C. Jessica menyatakan bahawa dia setuju ke MRSM kerana
kecemerlangannya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

D. Jessica mendapat tahu bahawa dia mendapat tawaran ke
MRSM kerana kecemerlangannya dalam bidang kurikulum dan
kokurikulum.

4

16. Pilih ayat yang mengunakan perkataan bergaris dengan betul.

I. Humairah mengacau air kopi yang dibancuh sebelum
meminumnya.

II. Bunyi bising jentera berat itu mengacau ketenteraman hidup
penduduk.

III. Ayah tidak dapat tidur kerana fikirannya mengacau teringatkan
kerja yang belum selesai.

IV. Johari telah mengacau masa yang ada dengan melakukan
perkara yang tidak berfaedah.

A. I dan II C. III dan IV
B. II dan III D. I dan IV

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan surat di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

Amirul bin Rashid,
No. 7, Jalan DBI 4,
Desa Bukit Indah,
47000 Selayang,
Selangor.

18 April 2019.

Menemui Saudara Syafik yang kini berada di Tuaran, Sabah. Semoga saudara dalam
keadaan sihat sejahtera.

Saudara,
Surat saudara bertarikh 20 Mac 2019 telah saya terima. Terima kasih saya

ucapkan. Namun begitu, saya memohon maaf kerana kelewatan membalas surat
saudara. Sebenarnya sudah lama saya menerima surat saudara, iaitu lima hari
selepas surat itu ditulis. Pada minggu itu, saya terlalu sibuk dengan ujian bulanan.
Kemudian, saya terlibat dengan program motivasi yang dijalankan di pusat rekreasi
Pantai Morib, Sepang, Selangor.

Motivasi UPSR yang dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah
saya merupakan satu daripada pelbagai usaha pihak sekolah untuk menarik minat
dan memberi galakan kepada murid-murid supaya belajar bersungguh-sungguh
agar mencapai kecemerlangan dalam akademik. Seramai 130 orang calon UPSR
dan 18 orang guru terlibat dengan program tersebut.

Saya sungguh tertarik dengan Kempen Menabung Syiling Lima Sen yang
dilancarkan oleh sekolah saudara. Bukan itu sahaja, langkah pihak sekolah saudara
yang menggalakkan murid-murid membawa bekalan makanan ke sekolah juga

5

telah menyebabkan saya terdorong untuk berbuat demikian. Langkah itu patut
kitateladani kerana dapat melatih kita mengamalkan cara hidup berjimat cermat.

Untuk pengetahuan saudara, kampung saya telah dikunjungi oleh 25 orang
mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia. Mereka menjalankan Projek Khidmat
Masyarakat selama dua minggu. Saya rasa bertuah kerana mendapat ilmu
pengetahuan dan pengalaman semasa terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang mereka
jalankan. Ini menambahkan semangat saya untuk mengikut jejak langkah mereka ke
menara gading. Program tersebut berakhir pada 25 Mac 2019.

Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan untuk tatapan saudara.
Sehingga kita berjumpa lagi. Salam mesra kepada saudara sekeluarga.

Sahabatmu,

Amirul

17. Apakah aktiviti yang dijalankan di sekolah Syafik?

A. Program Motivasi UPSR
B. Program Khidmat Masyarakat
C. Kempen Menabung Syiling Lima Sen
D. Kempen Menabung

18. Mengapakah Amirul memohon maaf daripada sahabatnya itu?

A. Tidak membalas surat Syafik.
B. Terlalu lama menyimpan surat Syafik.
C. Tidak bertanya khabar tentang rakannya itu.
D. Agak lambat membalas surat Syafik.

19. Semua pernyataan berikut adalah benar tentang isi surat tersebut
kecuali

A. Amirul bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.
B. Amirul menyokong langkah berjimat cermat membawa bekalan

ke sekolah.
C. Semua peserta menaiki bas semasa mengikuti program motivasi.
D. Amirul menyokong Program Khidmat Masyarakat.

20. Dalam petikan, menara gading bermaksud _________________.

A. maktab
B. universiti
C. madrasah
D. kolej

************************************

6

LATIHAN 2

Soalan 1 hingga Soalan 16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. ____________ hendak ke taman dan bersendirian di sana, ” titah Puteri
Cempaka Sari kepada dayangnya .

A Patik C Saya
B Beta D Hamba

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2. Nurhazirah duduk ____________ di ruang tamu sambil menonton
rancangan televisyen kegemarannya.

A berlunjur C bersila
B bersimpuh D berteleku

3. Shamsudin kelihatan __________ apabila memakai baju Melayu semasa
ke masjid.

A jelita C segak
B indah D anggun

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

.4. Cikgu meminta kami _________ tangan semasa latihan senaman itu.

A menjulurkan C mendepakan
B mengangkat D menghulurkan

7

5. “ _____ saya yang mengambil duit Raju,” kata Siva kepada Cikgu Samat.

A Bukan C Adalah
B Tidak D Ialah

6. Rumah banglo itu kelihatan _________ kerana sudah lama tidak
diduduki.

A tua C usang
B lama D suram

7. “Hadiah ini _________ ibu _________ rakan karib karib kamu,” ujar Puan
Seri kepada anaknya.

A daripada …... untuk C kepada …….. dari
B dengan …….. pada D daripada .….. ke

8. Ayah menghadiahkan _______ anting-anting dan _______ rantai
kepada ibu.

A sepasang ......seutas C sebiji ....sebutir
B seutas ......sebentuk D sepasang .....serumpun

9. Perahu itu ________ dipukul ombak.

A ber buai-buai C beroleng-oleng
B bolak-balik D lintang-pukang

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10. Puan Azizah sedang ________ ubi kayu di dapur untuk membuat kuih
lepat ubi.

A mengisar C menyagat
B mengikis D mengukur

11 Dia meneruskan perjalanan dengan bas dari utara ke selatan tanah air.
Perkataan berlawan bagi meneruskan ialah _________.

A melewatkan C memendekkan
B melengahkan D menangguhkan

8

12. Samat meletakkan seberkas kayu api di perdu pokok mangga itu.
Perkataan seerti bagi perdu ialah

A pucuk C batang
B pangkal D dahan

13. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

Fakhrul meminta izin daripada ibunya untuk menyertai perkhemahan
itu.

A “Fakhrul akan menyertai perkhemahan itu,” kata Fakhrul kepada
ibunya.

B “Perlukah saya meminta izin untuk menyertai perkhemahan itu?”
tanya Fakhrul kepada ibu.

C “Saya telah pun menyertai perkhemahan itu? tanya Fakhrul
kepada ibu.

D “Bolehkah saya mengikuti perkhemahan itu?” tanya Fakhrul
kepada ibunya.

14. Pilih ayat yang menggunakan kata yang bergaris dengan betul.

A Ceramah itu adalah untuk memberikan kesedaran kepada
orang ramai tentang kebersihan.

B Pengumuman itu ialah untuk semua murid.
C Kisah seram yang diceritakannya itu ialah benar .
D Adalah dimaklumkan bahawa esok ialah Hari Raya Aidiladha.

Soalan 15 hingga Soalan 16
Pilih ayat yang betul.

15. A Baju-baju itu telah dilipat oleh saya semalam.
B Pelbagai-bagai kemudahan disediakan di kawasan perumahan
itu.
C Ibu menghadiahi ayah seutas jam tangan yang agak mahal
harganya sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
D Para-para nelayan mendapat pampasan setelah bot mereka
rosak dipukul ribut.

16. I Keropok lekor ini enak dimakan bersama sos tomato.
II Rafik memberi susu ke kucing kesayangannya.
III Farah menghadiahkan Cikgu Fariza senaskhah buku cerita.
IV Setengah-setengah murid suka membaca pada waktu rehat.

A I dan II C III dan IV
B II dan III D I dan IV

9

Soalan 17 hingga Soalan 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pada cuti persekolahan yang lalu, saya telah berpeluang menghadiri dan
menyaksikan majlis pelancaran Citrawarna Malaysia 2010 yang diadakan
dengan penuh meriah dan berwarna-warni di Dataran Putrajaya. Pelancaran
pesta tersebut telah disempurnakan oleh Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim
Mu’adzam Shah. Orang ramai mula membanjiri Dataran Putrajaya seawal
pukul 6.30 petang untuk menyaksikan pelancaran Citrawarna 2010.

Saya dan keluarga juga tidak ketinggalan bersama-sama ribuan
masyarakat yang berbilang kaum untuk menyaksikannya. Seramai lebih kurang
50,000 orang termasuk pelancong asing dan tetamu antarabangsa telah hadir
memeriahkan acara yang bertemakan “Alam Flora dan Fauna Malaysia” itu.
Majlis pelancaran bermula pukul 9.00 malam itu dimulakan dengan pertunjukan
lampu berwarna-warni yang diselang seli dengan alunan muzik yang
menggambarkan keindahan alam semula jadi dan kepelbagaian budaya di
negara ini.

Suasana Dataran Putrajaya terang-benderang bermandikan cahaya
lampu yang berwarna-warni diserikan lagi dengan persembahan kebudayaan
masyarakat tempatan, teater dan pertunjukan laser menggunakan teknologi
terkini. Seramai 1,600 orang peserta terdiri daripada belia dan beliawanis
mengambil bahagian dalam persembahan kebudayaan yang melibatkan
pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina, India, Orang Asli, Punjabi, Portugis dan
Siam serta peribumi Sabah dan Sarawak.

Kemuncak acara pada malam itu ialah pertunjukan bunga api pelbagai
corak dan warna selama lima minit. Orang ramai yang menyaksikan majlis itu
amat terhibur dengan persembahan kebudayaan yang ditunjukkan oleh para
peserta. Upacara sebegini dapat menyatupadukan masyarakat majmuk di
negara ini. Pelancaran Citrawarna 2010 pada kali ini agak istimewa kerana
telah disiarkan secara langsung di negara Australia, China, Hong Kong,
Indonesia, Jepun, Macau , New Zealand, Filipina, Singapura dan Taiwan.

Majlis pelancaran itu berakhir pada pukul 11.30 malam. Pengalaman ini
amat bermakna bagi diri saya dan keluarga kerana julung-julung kali
menyaksikan majlis Citrawarna Malaysia 2010 yang diadakan di negara ini.

10

17. Apakah tema Citrawarna Malaysia 2010?
A Masyarakat Majmuk Malaysia
B Alam Flora dan Fauna Malaysia
C Memelihara Flora dan Fauna Malaysia
D Keindahan Alam Semula jadi Malaysia

18. Mengapakah pelancaran Citrawarna 2010 dikatakan istimewa?
A Disertai oleh semua kaum
B Diadakan di Dataran Putrajaya
C Dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah
D Disiarkan secara langsung ke beberapa buah negara luar

19. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan di atas.
A Persembahan kebudayaan disertai oleh semua kaum kecuali
peribumi Sabah dan Sarawak.
B Pertunjukan laser merupakan acara kemuncak sambutan majlis
Citrawarna Malaysia 2010.
C Seramai 50,000 orang pelancong dan tetamu asing telah
menyaksikan pelancaran Citrawarna Malaysia 2010.
D Acara Citrawarna Malaysia 2010 berjaya mewujudkan
perpaduan masyarakat yang berbilang kaum di negara ini.

20. Kata ”julung-julung kali” dalam petikan bermaksud
A kerap kali
B kali terakhir
C kali pertama
D beberapa kali

*************************************

11

LATIHAN 3

Soalan 1 hingga Soalan 16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. ______ bertiga bermain bola bersama-sama pada setiap petang.

A. Mereka C. Dia
B. Kamu D. Kalian

2. “______ akan pastikan negeri Melaka ini sentiasa aman dan damai,” kata
Laksamana Hang Tuah kepada Sultan Mahmud.

A. Patik C. Hamba
B. Beta D. Tuan hamba

3. Ibu Badrul sedang _______ baja pada pokok cili.

A. menanam C. membubuh
B. membawa D. menuai

4. Hubungan antara Zaidah dan Puteri tetap ______ walaupun jarang
berjumpa.

A. dekat C. renggang
B. jauh D. erat

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5. Izzudin berasa _______ setelah menerima hadiah daripada ibunya.

A. kuat C. bangga
B. girang D. sedih

6. “_______ kamu dapat hadir ke majlis hari lahir saya nanti,” kata Suzie.

A. Harap C. Tolong
B. Jangan D. Sila

12

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

7. Datuk dan nenek saya gemar ________ pada waktu petang.

A. berkebun C. berehat
B. bersenam D. berbual-bual

8. ______ daripada kuih karipap itu sudah pun basi dan tidak boleh
dimakan lagi.

A. Banyak C. Sebahagian
B. Segelintir D. Segala

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

9. Rambut pengemis itu ________ dan badannya berbau busuk.

A. kelam-kabut C. kusut-masai
B. compang-camping D. koyak-rabak

10. Para peserta perlu mendaftarkan nama kepada _______ sebelum
menyertai pertandingan itu.

A. mata pelajaran C. urus setia
B. atur cara D. reka cipta

11. Pak Cik Zainal ______ untuk menyara keluarganya yang seramai lapan
orang itu .

A. mandi peluh C. titik peluh
B. mandi kerbau D. buah tangan

13

12. Dia berasa sangsi akan kematian pemuda di kampungnya.
Perkataan seerti bagi sangsi ialah __________.

A. geram C. waswas
B. cemas D. pasti

13. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.
Bagaimanakah keadaan nenek awak di kampung?

A. Saya yang merawat nenek di kampung.
B. Doktor tidak membenarkannya bekerja.
C. Nenek saya sudah beransur sembuh.
D. Nenek saya sudah lama sakit.

14. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.
Balan menendang bola itu dengan kencang ke arah pintu gol pihak
lawan.

A. Balan disepak ke pintu gol lawan dengan kencang.
B. Bola itu dengan kencang ditendang ke arah Balan ke pintu gol pihak

lawan.
C. Bola itu ditendang oleh Balan ke arah pihak lawan dengan pintu gol

kencang.
D. Bola itu ditendang oleh Balan ke arah pintu gol pihak lawan dengan

kencang.

15. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I Parang itu tajam setelah diasah.
II Pendengaran Tuk Wan masih tajam walaupun sudah lanjut usia.
III Suara penyanyi itu sungguh tajam menusuk kalbu.
IV Pemuda itu merenung tajam ke arah kakak saya.

A. I, II dan III C. I, III dan IV
B. I, II dan IV D. II, III dan IV

16. Pilih ayat-ayat yang betul.

I Kita perlu saling hormat-menghormati antara satu sama lain.
II Para guru-guru sedang bermesyuarat di bilik gerakan.
III Pak Uda bekerja keras demi menyara keluarganya.
IV Wahai cucu-cucuku, janganlah kamu bercakap kasar dengan

ibu dan bapa!

A. I dan II C. II dan IV
B. I dan III D. III dan IV

14

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Hari ini ialah 31 Ogos. Awal pagi lagi, saya sekeluarga sudah bersiap kerana
teruja mahu menyaksikan sambutan Hari Kemerdekaan yang gilang-
gemilang di Stadium Negara.

Sewaktu kami tiba, orang ramai sudah memenuhi tempat duduk di
dalam stadium. Pemerintah-pemerintah negara yang tiba disambut
dengan alunan muzik yang dimainkan oleh kumpulan pancaragam.
Upacara bermula dengan ucapan daripada Perdana Menteri.

Kemudian, upacara perbarisan bermula. Acara ini disertai oleh
pasukan berpakaian seragam seperti polis, tentera, kadet dan sebagainya.
Selepas itu, acara perarakan kereta berhias bermula. Acara terakhir pada
hari itu ialah persembahan tarian tradisional oleh beratus-ratus orang
pelajar.

Pelbagai jenis tarian tradisional masyarakat dipersembahkan. Acara
ini sangat menarik perhatian para penonton. Kami berpuas hati dengan
persembahan pada hari ini. Selain itu, kami berasa bangga kerana tinggal
di sebuah negara yang merdeka.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

17. Sambutan Hari Kemerdekaan diadakan pada
A. 30 Ogos
B. 31 Ogos
C. 1 September
D. 2 September

15

18. Bagaimanakah cara pemerintah negara disambut apabila tiba di
stadium?
A. dengan alunan muzik dimainkan oleh kumpulan pancaragam
B. dengan alunan muzik dimainkan oleh kumpulan muzik
C. orang ramai memenuhi tempat duduk di dalam stadium
D. upacara dimulakan

19. Siapakah yang memulakan ucapan pada hari tersebut?
A. Perdana Menteri
B. Menteri Besar
C. Guru besar
D. Polis

20. Perkataan gilang-gemilang dalam petikan bermaksud
A. gembira
B. meriah
C. indah
D. cantik

******LATIHAN TAMAT******

16


Click to View FlipBook Version