The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Teks Bercerita Kisah daripada Al Quran Surah An nisa

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by miss.syuhadanuar, 2024-05-31 05:36:23

Teks Bercerita Kisah daripada Al Quran Surah An nisa

Teks Bercerita Kisah daripada Al Quran Surah An nisa

Keywords: teks cerita

TEKS BERCERITA KISAH AL QURAN SURAH AN NUR Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT Yang dimuliakan, tuan pengerusi majlis, panel hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang siap siaga, seterusnya hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Dengarkan…. Kisah ku persembahkan…. Dari Al Quran…. Jadikan pengajaran…. (irama syair) Tajuk cerita yang akan saya persembahkan hari ini daripada Surah An Nur iaitu PERISTIWA FITNAH TERHADAP AISYAH R.A. Ya kawan-kawan, Akhir zaman menyaksikan begitu banyak fitnah dan penipuan berleluasa. Ada pihak yang tuduh menuduh tanpa bukti yang kukuh dan ada pihak yang begitu dangkal mempercayai berita yang tiada pucuk pangkalnya. Nabi SAW pernah memberikan amaran kepada sesiapa yang suka bercakap tentang perkara yang tidak diketahui kebenarannya. Ingatlah kawan-kawan firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 191, ِۚ ﴿ ِ ل ۡ ت َ ق ۡ ٱل ِمنَ ُّ د َ ش َ أ ُ ة َ ن ۡ ِفت ۡ ٱل َ و ﴾ Maksudnya, dan Fitnah itu lebih kejam daripada membunuh! Diciptakan seorang insan Lembut hati bak redup pandangan Pabila berkata Seluruh alam menyaksikan kesyahduan Bagai tersentuh rasa percaya Tika terdengarkan (lagu Nirmala) Ummul Mukminin Sayyidah Aisyah RA merupakan puteri kepada Sayyidina Abu Bakar, seorang Wanita yang cantik yang digelar “Al Humaira”. Beliau juga merupakan seorang yang cerdas dan telah meriwayatkan ribuan hadis Nabi SAW. Pada kebiasaaannya, apabila Rasulullah SAW pergi keluar untuk berperang atau bermusafir, Baginda SAW akan membuat undian bagi memilih isteri yang akan menemani Baginda SAW dalam permusafiran tersebut. Semasa permusafiran Baginda SAW ke peperangan Bani Mustaliq, undian tersebut memihak kepada Saidatina Aisyah R.Anha dan beliau terpilih untuk menemani Baginda SAW.


Malam pun tiba, rombongan berhenti di suatu tempat untuk berehat seketika. Aisyah RA keluar bagi menunaikan hajatnya dengan memakai rantai di lehernya. Setelah itu, Aisyah RA kembali ke rombongan kaum muslimin lagi. Setelah dia pulang daripada menunaikan hajat, dia mendapati rantai di lehernya hilang tanpa disedari olehnya. Oleh itu, dia kembali ke tempat itu semula untuk mencari rantai yang hilang. Setelah menemukan rantai itu, Aisyah RA pun kembali menuju untanya namun beliau mendapati tiada siapa pun di sana kerana rombongannya telah meninggalkannya. Mereka tidak menyedari bahawa ada orang yang tertinggal. Saidatina Aisyah RA menunggu di tempat itu kerana hari sudah malam dan apabila rombongan tersebut menyedari ketiadaan Saidatina Aisyah R.Anha, mereka akan kembali mencarinya di tempat tersebut. Kemudian, Safwan bin Mu'aththal datang menemui Aisyah RA tertidur di tempat itu. Beliau pun bergegas membangunkannya dan melanjutkan perjalanan dengan Aisyah RA yang menunggangi unta sedangkan dia menjadi pemandunya. Akhirnya, sebelum matahari terbit, kedua-duanya menyusul rombongan orang muslim. Namun, kehadiran keduanya malah menjadi bahan fitnah oleh orang-orang munafik. Benar! Orang yang pertama menyebarkan fitnah adalah Abdullah bin Ubay. Dia berkata, "Demi Allah, tentu Aisyah RA tidak selamat dari Safwan, dan Safwan tentu tidak akan selamat dari Aisyah juga. Perempuan nabimu bermalam dengan seorang lelaki sampai ke pagi hari." Orang mula percaya dengan perkataan Abdullah bin Ubay. Dia menambahkan pertanyaan seperti, "Mengapa Aisyah pulang lambat dan datang bersama dengan Safwan, pemuda yang dipercayai Nabi Muhammad?" (sajak) Wahai Rasulullah, Terguris hatimu, Kekasih yang kau kasihi, Dikhabarkan berpaling darimu, Namun dengan bijaksana, Dalam keliru dan buntu,


Mencari cahaya disebalik Kepercayaan Nabi Muhammad SAW akhirnya ikut goyah. Baginda bertanya terlebih dahulu kepada sahabat dan pembantu Aisyah RA. Mereka teguh membela Sayyidatina Aisyah. Kemudian, Rasulullah bertemu dengan Aisyah RA di rumah bapa mertua baginda. Dalam linangan air mata, Saidatina Aisyah menafikan tuduhan tersebut! Tentu saja Aisyah RA adalah perempuan yang solehah dan suci. Tidak mungkin beliau melakukan maksiat tersebut. Akhirnya Allah SWT menurunkan ayat 11 Surah An Nur kepada Rasulullah SAW untuk menjelaskan semuanya. ﴿ َ و ُ ه ۡ ل َ ب ۖ م كُ َّ ا ل ُ ش َّٗر وه ُ ب سَ ۡ َ َت َ َل ۡۚ ۡ م ِنكُ ر م ٞ ة َ ب صۡ ُ ِك ع ۡ ِف ۡ ِٱۡل و ب ُ ء ٓ ا َ ج ِينَ َّ ٱَّل َّ ِن إ ۥ ُ ه َۡ ٰ كِۡب َّ َّل َ و َ ِي ت َّ ٱَّل َ م و ِِۚ ۡ ث ِ ۡ ٱۡل ِمنَ بَ سَ َ ت ا ٱكۡ َّ م م ُ ه ۡ ِن ر ي م ِٕٖ ر ۡ ٱم ِ لِك ُر ۡۚ ۡ م كُ َّ ل ٞۡ ۡي َ خ ٞ ِظيم َ ع ٌ اب َ ذ َ ۥ ع ُ َ َل ۡ م ُ ه ۡ ِمن ﴾ "Sesungguhnya, orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu (juga). Janganlah kamu mengira berita itu buruk bagi kamu bahkan itu baik bagi kamu. Setiap orang dari mereka akan mendapat balasan dari dosa yang diperbuatnya. Dan barangsiapa di antara mereka yang mengambil bagian terbesar (dari dosa yang diperbuatnya), dia mendapat azab yang besar (pula)." Sesungguhnya Allah SWT telah membersihkan nama Saidatina Aisyah R.Anha daripada fitnah itu dengan turunnya wahyu tersebut. Kawan-kawan, Pengajaran daripada kisah ini ialah kita perlu bersangka baik sebelum mengetahui cerita yang sebenar. Selain itu, kita perlulah bersabar ketika menghadapi ujian Allah. (pantun) Sabar dan Iman tak boleh diwarisi, Itulah tuntutan dari Ilahi, Sifat Rasulullah perlu dicontohi, Agar hidup selalu diberkati. Sekian Wabillahitaufiq wal Hidayah Wassalamualaikum WBT


Click to View FlipBook Version