ISI KANDUNGAN Ms.
1
Bil Perkara
.
1. Kata alu-aluan Guru Besar
2. Atur Cara Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-47 dan ke-48, 2021 2
3. Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG Kali 3
ke-47 & 48
4. Agenda Mesyuarat 4
5. Minit Mesyuarat Agung Kali ke-46 5-9
6. Laporan Kewangan PIBG Berakhir 31 Disember 2020 10
7. Jawatankuasa PIBG Sesi 2019/2020 11
8. Penghargaan 12
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya dapatlah sekali lagi kita
mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali yang ke – 47 dan ke- 48, tahun 2021. Semoga majlis ini akan
mendapat keberkatan daripadaNya.
Selaras dengan kepentingan pendidikan dan matlamat negara dalam melahirkan generasi yang
dinamik, progresif dan insan kamil, maka kesungguhan dan dedikasi guru-guru dengan kerjasama yang
padu daripada ibu bapa amat diperlukan dalam menjayakan wawasan negara. Justeru, marilah kita
bersama-sama menggembleng tenaga dan berkongsi idea ke arah meningkatkan kecemerlangan
pendidikan dan sahsiah anak-anak kita.
Saya bagi pihak warga sekolah, mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang
Dipertua dan AJK PIBG yang sentiasa memberikan kerjasama yang padu dan jitu dalam semua aspek ke
arah meningkatkan pencapaian kecemerlangan sekolah ini.
Akhir kata, terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua pihak yang telah sama-
sama menjayakan majlis mesyuarat pada hari ini.
Sekian, wassalam.
………………………………….
ABD. ALIM BIN ALI AMAT
Guru Besar,
SK. Sultan Ibrahim (1)
17000 Pasir Mas, Kelantan.
1
ATUR CARA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU ( PIBG ) KALI KE- 47 DAN KE- 48,
2021
9.00 pagi : Pendaftaran ibu bapa / penjaga secara online
9.30 pagi :
9.35 pagi : Ketibaan Tetamu Kehormat secara online
9.40 pagi :
Bacaan Doa
9.55 pagi :
Ucapan alu-aluan YBhg Dato’ Muhamad Azmi bin Alwi,
10.10 pagi : Yang Dipertua PIBG SK. Sultan Ibrahim (1)
10.30 pagi : Ucapan En. Abd Alim bin Ali Amat,
12.30 tgh. hari : Guru Besar SK. Sultan Ibrahim (1)
Ucaptama dan Perasmian Oleh,
Tn. Haji Bahari bin Daud,
Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Mas.
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke- 47 dan ke- 48 dimulakan
Majlis Bersurai
2
JAWATANKUASA INDUK DAN JAWATANKUASA KERJA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 47 dan KE-48,
2021
JAWATANKUASA INDUK
Penasihat :
En. Abd. Alim bin Ali Amat ( Guru Besar )
Pengerusi :
YBhg. Dato’ Muhamad Azmi bin Alwi ( YDP PIBG )
Timbalan Pengerusi
YBhg. Tuan Haji Abdul Rahim bin Otsman ( NYDP PIBG )
En. Mohd Tajwi b. Che Ismail (PKP)
En. Che Aszahar b. Che Kar (PK HEM)
En. Mohd Hussain bin Mat Daud ( PK KO )
Setiausaha :
En. Ibrahim bin Yahya
Bendahari :
Tn. Hj. Azuran bin Abdullah
JAWATANKUASA KERJA
AJK BUKU PROGRAM/ BANNER JURUACARA
1. En. Ibrahim bin Yahya 1. En. Mohd Hussain bin Mat Daud
2. Tn. Hj. Azuran b. Abdullah
3. En. Mohd Yuddin bin Daud
BACAAN DOA GOOGLE MEET
1. Tn. Hj. Azuran bin Abdullah 1. Pn. Nur Salehah bt Ibrahim
2. Pn. Azizah bt Abd Rashid
PENCATAT MAJLIS PERASMIAN JURUTEKNIK
1. Pn. Ainun Farah bt Jaafar 1. En. Zainuddin b. Mohd Zain
2. Cik Nurhaslini bt Hassan 2. En. Mohd Yuddin b. Daud
PENCATAT MINIT MESYUARAT AGUNG RAKAMAN/ JURUFOTO
1. Cik Nurul Asma bt Ahmad 1. En. Mokhtar b. Ismail
2. Pn. Nurul Izzati bt Yaacob 2. En. Mohd Akram b. Hassan
HEBAHAN:
1. Guru Kelas
2. Guru-guru
3
AGENDA MESYUARAT
1. Ucapan Yang Dipertua PIBG
2. Menerima dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Yang Lepas
3. Perkara- perkara Berbangkit
4. Menerima dan Mengesahkan Penyata Kewangan Yang Berakhir Pada 31 Disember
2019
5. Membahaskan Usul-usul ( jika ada )
6. Pemilihan Jawatankuasa PIBG 2021/2022
6.1 Yang Dipertua
6.2 Naib Yang Dipertua
6.3 7 orang AJK daripada ibu bapa
7. Hal-hal lain
8. Ucapan Penangguhan
4
MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN IBRAHIM (1)
KALI KE- 46 TAHUN 2019
TARIKH : 14 MAC 2019
HARI : KHAMIS
MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN SERI CAHAYA, SK SULTAN IBRAHIM (1)
PERASMI : YBhg. DATO’ MUHAMAD AZMI BIN ALWI
KEHADIRAN PENGERUSI EKSEKUTIF, NOVAMI HOLDINGS SDN. BHD
JUMLAH DERMA : 553 ORANG
: RM 1010
MAJLIS PERASMIAN
1. UCAPAN ALU-ALUAN TUAN GURU BESAR (TN HJ KAMARUZAMAN BIN ABDULLAH)
a. Merakamkan ucapan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Muhamad Azmi Bin Alwi,
Pengerusi Eksekutif, Novami Holdings Sdn. Bhd.,Tn. Hj. Abdul Rahim bin Otsman,
Naib YDP PIBG En .Muhammad Kamil Bin Ahmad, Pegawai Fasi Linus PPD Pasir
Mas, , Pegawai Perhubungan Sekolah, Sarjan Mohamad Sidek Bin Hj Omar, barisan
pentadbir, guru-guru dan ibu bapa kerana sudi hadir ke majlis mesyuarat agung
PIBG kali ke-46 ini.
b. Kehadiran semua pihak pada hari ini melambangkan rasa tanggunggjawab dan
keprihatinan terhadap pendidikan anak-anak.
c. PIBG adalah rakan kongsi antara guru-guru dan ibu bapa. Naib YDP PIBG Tn. Hj.
Abdul Rahim bin Otsman kerap datang ke sekolah untuk melawat dan berbincang
tentang hal-hal yang berkaitan persekolahan anak-anak.
d. Gotong-royong bersama ibu bapa akan diadakan pada tarikh yang akan diberitahu
kelak.
e. Laluan untuk menghantar dan mengambil anak telah disediakan untuk
memudahkan ibu bapa, namun ada sesetengah ibu bapa yang tidak mematuhi
peraturan seperti berhenti di depan pagar sekolah dan tidak menggunakan laluan
yang betul.
f. Mengharapkan kerjasama ibu bapa untuk menyiapkan anak-anak sebelum ke
sekolah seperti alat tulis, buku dan sebagainya. Ini akan memudahkan proses
pembelajaran anak-anak di dalam kelas.
g. Terlalu ramai ibu bapa yang ingin mendaftar anak untuk masuk ke sekolah ini. Pihak
sekolah terpaksa menapis murid-murid kerana sekolah ini adalah Sekolah Kluster.
h. Masih ramai lagi murid-murid yang datang lewat ke sekolah. Diharapkan tiada lagi
masalah berkaitan kehadiran lewat pada masa akan datang.
i. Pihak sekolah mengadakan program “Amalan Terbaik” pada setiap hari sebelum
pelajar masuk kelas seperti Perhimpunan Disiplin, Program Bahasa Inggeris, Kawad
Kaki , Bacaan Yaasin dan sebagainya.
5
j. KPM telah melancarkan Program Ziarah Cakna, di mana pihak sekolah akan ke
rumah murid-murid untuk berbincang dan menyelesaikan masalah atau hal -hal
yang berkaitan.
k. Masih ada murid yang tidak menghadirkan diri ke program-program yang telah
disediakan pihak sekolah. Diharapkan ibu bapa dapat memberi kerjasama erat
dalam menjayakan program-program yang dirangka oleh pihak sekolah.
l. Merakamkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa dalam menjayakan
program-program sekolah.
m. Sekolah mengalami masalah tandas dan PIBG telah membantu menguruskan
peruntukan untuk baik pulih tandas sekolah.
n. Pihak sekolah juga sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah longkang
tersumbat di sekitar sekolah ekoran dari banjir 2014 dahulu.
o. Ada ibu bapa merungut tentang waktu Fardu Ain, namun waktu Fardu Ain telah
ditetapkan oleh pihak Kementerian. Buat masa sekarang, kita kena akur dengan apa
yang telah ditetapkan.
p. Isu pelajar membeli daripada penjaja di luar sekolah dalam pengetahuan pihak
sekolah. Ustaz dan Ustazah bertugas telah menghalang pelajar dari membeli dari
penjaja luar, namun dimarahi oleh penjaja. Isu ini akan dibawa ke pihak polis jika
berlarutan.
q. Merakamkan jutaan terima kasih kepada Dato’ Muhamad Azmi Bin Alwi kerana
telah banyak menyumbang kepada pihak sekolah.
2. UCAPAN NAIB YANG DIPERTUA PIBG (TN. HJ. ABDUL RAHIM BIN OTSMAN)
a. Mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir.
b. Ibu bapa perlu mengambil berat tentang program -program yang telah disediakan
untuk kecemerlangan anak-anak.
c. Sekolah Sultan Ibrahim (1) adalah sekolah yang cemerlang dari segi akademik,
sukan dan juga sahsiah. Ini adalah kerana kesungguhan pihak sekolah dan
kerjasama erat ibu bapa.
d. Naib Yang Dipertua PIBG, Tn. Hj Abdul Rahim Bin Otsman kerap datang ke sekolah
pada waktu pagi untuk berkomunikasi dengan pelajar.
e. SK Sultan Ibrahim (1) adalah sekolah magnetik. Ramai pelajar yang tinggal jauh
dengan sekolah datang bersekolah di sini.
f. Mutu pengajaran guru-guru di sini adalah yang terbaik. Guru-guru telah meletakkan
murid-murid di landasan yang betul. Semoga usaha guru-guru diberkati oleh Allah.
g. Pilih jawatankuasa PIBG yang baik untuk kecemerlangan sekolah.
h. Menyarankan ibu bapa agar memberikan sokongan kepada PIBG untuk membantu
kecemerlangan anak-anak.
i. Tekankan soal-soal agama terhadap anak-anak. Hantar anak-anak ke kelas Fardhu
Ain untuk memastikan mereka mendapat pendedahan agama yang secukupnya.
6
j. Dato’ Muhamad Azmi adalah tokoh yang berwibawa dan juga seorang alumni
sekolah ini. Beliau adalah ahli perniagaan yang berjaya dan
berasal dari Pasir Mas. Beliau merupakan tokoh yang amat bertepatan untuk
menyandang jawatan Yang Dipertua PIBG SK Sultan Ibrahim (1).
k. Mendoakan agar program-progam yang dirancang berjalan lancar dan memohon
maaf atas segala kekhilafan.
3. UCAPTAMA DAN PERASMIAN OLEH YBhg. DATO’ MUHAMAD AZMI BIN ALWI,
PENGERUSI EKSEKUTIF, NOVAMI HOLDINGS SDN. BHD
a. Mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir.
b. Mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana menjemput beliau
untuk merasmikan Mensyuarat Agung PIBG SK Sultan Ibrahim (1).
c. Ini adalah kunjungan kali ketiga ke sekolah SK Sultan Ibrahim (1).
d. Konteks dalam PIBG adalah guru-guru dan ibu bapa berpisah tiada. Kerjasama erat
ini amat diperlukan untuk kecemerlangan sekolah.
e. Diharapkan Guru Besar yang akan datang adalah sama hebat atau lebih hebat
daripada Guru Besar sekarang untuk bersama-sama menggembleng tenaga dalam
memacu kecemerlangan sekolah.
f. Jawatan YDP adalah satu tanggungjawab dan amanah yang besar dan ini
memerlukan komitmen yang tinggi. Beliau akan berusaha sehabis baik untuk
menjalankan amanah yang diberikan.
g. Alumni SK Sultan Ibrahim (1) akan dikumpul untuk membantu pihak sekolah.
h. Tiada peruntukan secara langsung dari mana-mana parti politik. Namun begitu,
peruntukan boleh dipohon daripada Kementerian-kementerian yang berkenaan
untuk membantu membaik pulih infrastruktur sekolah.
i. Anak-anak akan mengikut contoh daripada ibu bapa. Ibu bapa perlu berubah
menjadi lebih baik dahulu sebelum menyuruh anak-anak berubah.
j. Merasmikan Majlis Mesyuarat PIBG dan sekali lagi merakamkan jutaan terima kasih
kepada semua yang hadir.
7
MESYUARAT AGUNG DIJALANKAN MENGIKUT AGENDA (DIPENGERUSIKAN OLEH NAIB
YDP
1. UCAPAN NAIB YANG DIPERTUA PIBG
a. Sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru yang
tidak meninggalkan dewan.
MENERIMA DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG YANG LEPAS
b. En. Ibrahim Bin Yahya selaku setiausaha PIBG sekolah telah membentangkan minit
mesyuarat yang lepas (2018).
c. En. Zainudin telah mencadangkan minit mesyuarat diterima dan disahkan dan
disokong oleh En. Wan Mohd Zain.
2. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
a. Tiada
3. MENERIMA DAN MENGESAHKAN PENYATA AKTIVITI PIBG 2018/2019
a. En. Jilani mencadangkan agar Penyata Aktiviti PIBG 2018/2019 diterima dan
disahkan. En. Zainudin telah menyokong cadangan tersebut.
4. MENERIMA DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN YANG BERAKHIR PADA 31
DISEMBER 2018
a. Ustaz Azuran Bin Abdullah selaku Bendahari PIBG SK Sultan Ibrahim (1)
membentangkan penyata kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2018.
b. Tn, Hj Jaafar menyatakan jumlah wang masuk dan wang keluar tidak sama pada
penyata kewangan.
c. Bendahari memohon maaf dan menjelaskan bahawa jumlah yang sebenar ialah RM
72912.69 dan ianya adalah kesilapan teknikal.
d. En. Hafiz Bin Adnan mencadangkan penyata kewangan untuk disemak dan akan
dibentangkan semula dalam mesyuarat AJK untuk pengesahan.
5. MEMBAHASKAN USUL-USUL
a. Usul daripada AJK PIBG : Mengusulkan sumbangan sebanyak RM 30.00 bagi setiap
orang murid iaitu RM 10.00 untuk tabung PIBG dan RM 20.00 bagi aktiviti
Peningkatan Akademik Murid (pembelian kertas pendua, dakwat mesin riso dan
mesin fotostat, pembelian kertas soalan Latihan Kecemerlangan dan lain-lain. Pn.
Hjh Che Rahimah mencadangkan usul diterima. Pn. Aspalela menyokong usul
tersebut.
b. NYDP menyimpulkan semua usul dari ibu bapa: Ibu bapa mempersoalkan tentang
tandas. Pihak sekolah akan berusaha untuk membaik pulih tandas.
c. Ibu bapa mencadangkan agar membina jejantas. Namun begitu pihak JKR
menyatakan bahawa kawasan berkenaan adalah tidak selamat kerana kawasannya
8
sempit. Lampu isyarat juga tidak dapat dipasang kerana apabila ianya dipasang di
depan sekolah, dikhuatiri akan menyebabkan kesesakan lalulintas.
d. Ibu bapa menyatakan bahawa beg sekolah anak mereka terlampau berat. Pihak
sekolah akan berusaha untuk memastikan beg sekolah murid-murid tidak lebih
daripada 5kg.
e. En. Mohd Roslan mencadangkan PIBG untuk mengadakan tabung untuk membantu
pelajar miskin
6. PEMILIHAN JAWATANKUASA PIBG 2019/2020
a. NYDP membubarkan Jawatankuasa yang lepas.
b. En. Wan Mohd Zain mencadangkan agar mantan NYDP untuk mepengerusikan
pemilihan Jawatankuasa PIBG 2019/2020
c. Sesi pemilihan dijalankan.
d. En. Zainudian mencadangkan Dato’ Muhamad Azmi Bin Alwi sebagai Yang Dipertua
PIBG. Pn. Mimi Haliza menyokong cadangan tersebut dan mendapat sokongan
penuh daripada ibu bapa.
e. Tn. Hj Jaafar mencadangkan agar jawatan NYDP dan Ahli Jawatankuasa yang lepas
dikekalkan pada tahun 2019.
f. Pengerusi mencadangkan AJK yang tidak hadir diganti oleh AJK yang baru.
g. En. Jilani mencadangkan Datuk Hj Mohd Rosdi untuk menjadi Ahli Jawatankuasa
namun calon tiada di dalam dewan dan pencalonan dibatalkan.
h. En . Muhammad Kamil mencadangkan En Wan Zuhairi b. Wan Yusof dan disokong
oleh En. Hafiz.
i. Pn. Nik Anis Anita mencadangkan Pn . Adrianna Binti Che Din dan disokong oleh Pn.
Mimi Haliza
j. En Kamil mencadangkan Pn. Hjh Rahimah Jusoh dan disokong oleh En. Mohd Akram.
k. Ketiga-tiga calon diterima sebagai AJK yang baru kerana tiada pencalonan yang lain.
7. UCAPAN PENANGGUHAN
a. NYDP mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru yang hadir.
b. Mengharapkan agar SK Sultan Ibrahim (1) akan terus cemerlang dengan kerjasama
yang erat daripada semua pihak.
c. Memohon maaf atas segala kekhilafan.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam5.00 petang.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
………………………………….. …………………………………………………………
(IBRAHIM BIN YAHYA) (DATO’ MUHAMMAD AZMI BIN ALWI)
Setiausaha PIBG, Yang Dipertua PIBG,
SK Sulatan Ibrahim (1), SK Sultan Ibrahim (1),
17000, Pair Mas, Kelantan. 17000 Pasir Mas, Kelantan.
9
10
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN IBRAHIM (1)
17 000 PASIR MAS, KELANTAN
JAWATANKUASA PIBG SESI 2019/2020
Penasihat : En. Abd. Alim bin Ali Amat
Yang Dipertua : YBhg. Dato’ Muhamad Azmi bin Alwi
Naib Yang Dipertua : Tn. Hj Abdul Rahim bin Otsman
Setiausaha : En. Ibrahim bin Yahya
Bendahari : En. Azuran bin Abdullah
Ahli Jawatankuasa : En. Mohd Tajwi bin Che Ismail
: En. Che Aszahar bin Che Kar
Pemeriksa Kira-kira 1 : En. Mohd Hussain bin Mat Daud
Pemeriksa Kira-kira 2 : En. Noor Azam bin Mahmad
: Tn. Hj Wan Norjik b Wan Hamat
: En. Wan Zuhairi bin Wan Abdullah
: Pn. Siti Maryam bt Sulaiman
: Pn. Hjh Rahimah bt Jusoh
: Pn. Adrianna bt Che Din
: Pn. Fazma bt Abdullah
:Tn. Hj Mohd Jilani b. Jaffar
: Pn. Zarini @ Norliza bt Ibrahim
11
SEKALUNG BUDI SEIKHLAS HATI
Jawatankuasa Pengelola Mesyuarat Agung PIBG SK. Sultan Ibrahim (1) kali
ke- 47 dan ke- 48, 2021 dengan sukacitanya ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada :
Yang Berusaha,
Tn. Haji Bahari bin Daud
Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Mas.
Yang Berusaha,
En. Abd . Alim bin Ali Amat
Guru Besar SK. Sultan Ibrahim (1).
Yang Berbahagia,
Dato’ Muhamad Azmi bin Alwi
Yang Dipertua PIBG
SK. Sultan Ibrahim (1).
Naib Yang Dipertua serta AJK PIBG 2019/2020.
Penolong-penolong Kanan, Guru-guru serta Seluruh Warga
SK. Sultan Ibrahim (1).
Semua ibu bapa/ penjaga murid-murid SKSIS serta
semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung
dalam menjayakan majlis Mesyuarat Agung PIBG SKSIS kali ke- 47 & ke- 48,
2021 dengan jayanya.
Terima kasih……semoga sumbangan YBhg. Dato’, tuan/ puan akan mendapat
ganjaran yang setimpal daripadaNya jua, insya-Allah.
12