The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

HKB 319 - FIKSYEN SAINS KANAK-KANAK-ditukar (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ineza Melanie Binti Mohd Tahir, 2021-06-29 22:54:25

HKB 319 - FIKSYEN SAINS KANAK-KANAK-ditukar (1)

HKB 319 - FIKSYEN SAINS KANAK-KANAK-ditukar (1)

FIKSYEN
SAINS

KANAK-KANAK

Apakah yang
dimaksudkan dengan
Fiksyen Sains Kanak-
kanak??

Fiksyen Sains kanak-kanak Kanak-kanak yang mula membaca karya sastera
adalah sebuah karya yang ini adalah mereka yang berumur dari 7-12 tahun .
bertemakan sains, teknologi (Othman Puteh, 1998)
dan mempunyai maklumat Kanak-Kanak juga dibahagikan kepada peringkat
yang berinfomatif tetapi prasekolah dan sekolah rendah, juga meningkat
menggunakan bahasa yang kepada peringkat remaja, iaitu melalui tahap
mudah. menengah rendah dan menengah asas.
Kanak-kanak juga biasanya akan melalui tahap
perkembangangan berperingkat iaitu peringkat
Pembangunan kognitif , peringkat pembangunan
sosial dan emosi, peringkat pembangunan ucapan
dan bahasa. Salmah Ayob (1981) turut
menyatakan
bahawa kanak-kanak sentiasa mencari sesuatu
yang baru dalam hidup mereka, menghayati
fantasi,dan mampu mencabar daya imaginasi

Fiksyen Sains kanak-kanak dikaitkan Ciri-Ciri
juga dengan kesusasteraan
Biasanya, penghasilan buku fiksyen sains
Menurut Nijhar (1984), kesusasteraan kanak-kanak kanak-kanak dilakukan dalam bentuk tulisan
merangkumi semua jenis penulisan kreatif dan dan ilustrasi. Buku kanak-kanak
imaginatif yang dikhususkan untuk bacaan, hiburan yang dihasilkan mestilah dapat merangsang
dan penilaian kanak-kanak. imaginasi, bahasa yang mudah difahami dan
yang memberi maklumat dan manfaat . Tema
berkaitan dengan sains, ciptaan teknologi,
bintang satelit dan sebagainya.

Contoh Karya Fiksyen Sains Kanak-kanak

Komik, Katun, Cerita ataupun novel ringkas, laman web

EKSPRESI EMOSI KANAK-
KANAK

Kesusasteraan kanak-kanak merupakan jenis sastera genre yang mengungkapkan persoalan tentang dunia
kanak-kanak yang disampaikan secara lisan mahupun tulisan. Sastera kanak-kanak merangkumi semua
jenis penulisan berbentuk kreatif dan imaginatif yang khususnya dibaca, dihiburkan, dan dinilai kanak-
kanak. Mereka mempunyai banyak keinginan semula jadi. Antaranya mereka memerlukan jaminan
keselamatan dari segi materi, emosi, rohani. sastera kanak-kanak adalah antara salah satu medium yang
dapat mendidik dan menghiburkan kanak-kanak. Hal ini kerana hubungan sastera dengan kanak-kanak
tidak dapat dipisahkan kerana keduanya saling melengkapi. Sebagaimana menurut Sohaimi Abdul Aziz
(1997), hal ini disebabkan kehidupan masyarakat dalam pelbagai bentuk dan ragam menjadi ilham kepada
pengarang untuk berkarya. Emosi merujuk kepada perasaan atau reaksi afektif yang
berpunca daripada empat komponen iaitu fisiologi, kognitif, tingkah laku dan pengalaman subjektif.
Keempat-empat komponen ini akan mewujudkan reaksi kepada individu. Perubahan emosi kanak-kanak
dalam lingkungan usia tujuh hingga lapan tahun, dapat dilihat dan diteliti melalui ekspresi wajah, cara
berinteraksi (luahan vokal) dan bagaimana mereka melayani kehendak diri sendiri. Kanak-kanak pada usia
begini sudah mula bergaul dengan kanak-kanak lain dan mereka akan mengendalikan emosi mereka
sendiri. Gerakan emosi positif memperlihatkan emosi kanak-kanak berkembang dengan baik.

Dunia penulisan sastera kanak-kanak di
Malaysiasedang berkembang dengan pesatnya.
Namun perkembangan penulisan yang pesat ini
tidak diiringi usaha pengkajian yang serius oleh
para penyelidik sastera. Rentetan itu, kajian ini
cuba melihat dengan lebih dekat lagi
pembentukan emosi sekali gus dapat melahirkan
ekspresi emosi dalam kalangan kanak-kanak
melalui bahan bacaan sastera kanak-kanak. Hal
ini kerana emosi menjadi antara salah satu
aspek penting khususnya dalam
perkembanganpsikologi kanak-kanak.

KARYA FIKSYEN SAINS
KANAK-KANAK

Captain Ren’s Trip to Mars – There’s a Hole in my Galaxy- The Little Alien – Joe
Space theme early reader Ananya Dasgupta Corcoran

Umur 2 – 5 tahun Umur 6-9 tahun Umur 10-13 tahun

Karya Fiksyen Kanak-kanak Bahasa Inggeris

Novel Aurora Morgana- Rosli Komik Budak Robot - Kaher
Morgana

Aurora Morgana Novel ini merupakan novel remaja dan kanak-kanak kerana ia sesuai dibaca
untuk mereka yang berumur 10-13 tahun. Cerita fiksyen sains Aurora Morgana
ini mengisahkan Ir. Danial, jurutera yang bertugas dengan Kor Kejuruteraan
Komunikasi dihantar ke Stesen Angkasa Lepas (SAL) Suvarnabumi. Ir. Danial
dihantar dari Dunia Keempat bagi membantu mengesan semula bumi yang
mati dan musnah akibat letupan nuklear. Ir. Danial juga mempunyai misi
peribadi, iaitu mengesan kapal KMBarzakh yang menempatkan mayat
penghuni bumi yang mati dalam peperangan dan perjalanan ke Stesen
Angkasa Lepas Suvarnabumi. lr. Danial berazam untuk mengebumikan mayat
ibu dan bapanya di bumi. Walau bagaimanapun, Ir. Danial
menghadapimasalah dengan Komander Herman, pemerintah Stesen Angkasa
Lepas (SAL) Suvarnabumi yang kecewa dan menyalahkan Tuhan atas kematian
anaknya.Komander Herman yang sentiasa bertindak atas kepentingan peribadi
telah membuat perjanjian yang tidak sepatutnya dengan Aurora Morgana.
Perjanjian untuk membawa seberapa ramai manusia kepada Aurora Morgana
untuk dijadikan korban.Penulis bijak memainkan peranan Ir. Danial dalam
merungkai setiap misteri dan masalah yang berlaku di stesen tersebut. Penulis
turut menggabungkan dan menerapkan elemen ketuhanan dalam fakta sains
yang dipaparkan.


Click to View FlipBook Version