The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rosnaniictl, 2021-08-26 10:37:47

Bab 4 Jadual Berkala Unsur

Bab 4 Jadual Berkala Unsur

1. ANTOINE LAVOISIER
-Orang pertama klasifikasikan unsur ke dalam kumpulan berdasarkan logam dan

bukan logam

2. JOHANN W.DOBEREINER
-Bahagi unsur kepada kumpulan berdasarkan sifat kimia yang sama sebagai
Triad Dobereiner.

3. JOHN NEWLANDS
-Susun unsur berdasarkan pertambahan jisim atom.
-Sifat kimia sama diulang setiap lapan unsur – Hukum Oktaf.

4. LOTHAR MEYER
-Plot graf isipadu atom melawan jisim atom - Lengkungan Meyer.
-Unsur sama dengan sifat kimia sama berada kedudukan sama pada lengkungan itu.

5. DMITRI MENDELEEV
-Disusun berdasarkan pertambahan jisim atom relatif.
-Unsur dalam setiap kumpulan mempunyai sifat kimia yang sama.

6. HENRY J.G.MOSELEY
-Disusun berdasarkan pertambahan nombor proton.

Kelebihan unsur disusun dalam jadual berkala :

1. Ahli kimia dapat mengkaji sifat kimia dan fizik semua unsur dan
sebatian secara teratur.

2. Hubungan antara unsur daripada kumpulan yang berbeza boleh
diketahui.

3. Ciri-ciri unsur dan sebatiannya dapat diramalkan berdasarkan
kedudukan unsur dalam jadual berkala.

Pertambahan Nombor Proton

Kumpul Kala
an
Baris melintang jadual
Lajur menegak jadual berkala unsur
berkala unsur
Kala 1 - 7

Nama spesifik kumpulan : Logam mempunyai 1- 3
a) Kumpulan 1 : Logam alkali elektron valens
b) Kumpulan 2 : Logam alkali bumi
c) Kumpulan 3 to 12 : Unsur peralihan mempunyai 4 – 8 elektron
d) Kumpulan 17 : Halogen bukan logam valens (kecuali Helium – 2)
e) Kumpulan 18 : Gas nadir

Sebab bagi setiap nama kumpulan :
a) Kumpulan 1 : Logam alkali mempunyai 1 elektron valens
b) Kumpulan 2 : Logam alkali bumi mempunyai 2 elektron valens
c) Kumpulan 13 mempunyai 3 elektron valens
d) Kumpulan 14 mempunyai 4 elektron valens
e) Kumpulan 15 mempunyai 5 elektron valens
f) Kumpulan 16 mempunyai 6 elektron valens
g) Kumpulan 17 : Halogen mempunyai 7 elektron valens
h) Kumpulan 18 : Gas nadir mempunyai 8 elektron valens kecuali Helium

Sebab untuk kala:
a) Kala 1 : mempunyai 1 petala yang dipenuhi dengan elektron
b) Kala 2 : mempunyai 2 petala yang dipenuhi dengan elektron
c) Kala 3 : mempunyai 3 petala yang dipenuhi dengan elektron
d) Kala 4 : mempunyai 4 petala yang dipenuhi dengan elektron
e) Kala 5 : mempunyai 5 petala yang dipenuhi dengan elektron
f) Kala 6 : mempunyai 6 petala yang dipenuhi dengan elektron
g) Kala 7 : mempunyai 7 petala yang dipenuhi dengan elektron

Latihan : Lengkapkan jadual di bawah.

Unsur Nombor Susunan Bilangan Kumpulan Bilangan Kala
Proton Elektron elektron Petala
H valens
He 1
Li 2
Be 3
B 4
C 5
N 6
O 7
F 8
Ne 9
Na 10
Mg 11
Al 12
13

Monoatom Mempunyai susunan elektron duplet
Stabil

Mempunyai susunan elektron oktet

Gas nadir tidak bertindak balas dengan unsur lain – tidak reaktif
(tidak menderma , menerima atau berkongsi elektron)

1. Takat lebur dan takat didih rendah
2. Tidak mengalirkan arus elektrik
3. Konduktor haba yang lemah
4. Ketumpatan yang rendah
5. Wujud sebagai gas monoatom (susunan elektron oktet dan stabil, tidak

menderma, menerima atau berkongi elektron kecuali helium (duplet))
6. Tidak larut dalam air

1. Lengai atau tidak reaktif
- kenapa?
- kerana mempunyai bilangan elektron valens oktet kecuali He : 2 (duplet)

Apabila menuruni kumpulan 18 :
1. Saiz atom unsur bertambah

- kenapa?
1) Bilangan proton bertambah
2) Bilangan petala yang dipenuhi elektron bertambah
3) Daya tarikan antara nukleus dan elektron valens semakin lemah
4) Jarak antara nukleus dan elektron valens semakin jauh

2. Takat lebur dan takat didih bertambah
- kenapa?
1) Saiz atom bertambah
2) Daya tarikan antara zarah-zarah semakin kuat
3) Banyak haba yang diperlukan untuk mengatasi daya tarikan
antara zarah-zarah

Gas Nadir Kegunaan

Helium Diisi dalam belon kaji cuaca
Neon Diisi dalam mentol neon
Argon
Krypton Diisi dalam mentol lampu pendaflour
Xenon Diisi dalam mentol flash kamera
Radon Digunakan dalam ubat bius

Digunakan untuk merawat kanser

Logam - Mempunyai 1 elektron valens
- Derma 1 elektron valens untuk

membentuk ion positif ( + )

Semua logam disimpan dalam Minyak Parafin
untuk menghalang bertindak balas dengan udara atau wap air dalam atmosfera

1. Takat lebur dan takat didih rendah
2. Pepejal kelabu dengan permukaan berkilat
3. Konduktor haba dan elektrik yang baik
4. Ketumpatan rendah
5. Logam lembut

Apabila menuruni kumpulan 1 :
1. Saiz atom semakin bertambah

- kenapa?
1) Bilangan proton bertambah
2) Bilangan petala yang dipenuhi elektron bertambah

2. Takat lebur dan takat didih rendah
- kenapa?
1) Saiz atom bertambah
2) Daya tarikan antara zarah-zarah semakin lemah
3) Sedikit haba diperlukan untuk mengatasi daya tarikan antara
zarah-zarah

Semua logam kumpulan 1 mempunyai 1 elektron valens dan telah
mencapai susunan elektron duplet dan oktet serta stabil apabila
menderma elektron untuk membentuk ion positif

Contoh :
Atom Litium, Li : susunan elektron : 2.1 (derma 1 elektron valens)
Li Li+ + e
Susunan elektron ion Li+ = 2 (duplet)

Natrium, Na : susunan elektron : 2.8.1 (derma 1 elektron valens)
Na Na+ + e
Susunan elektron ion Na+ = 2.8 (oktet)

Semua logam kumpulan 1 mempunyai sifat kimia sama kerana
mempunyai bilangan elektron valens sama

Apabila menuruni kumpulan 1 :
1. Kereaktifan logam alkali bertambah.

- kenapa?
1) Saiz atom bertambah
2) Bilangan petala berisi elektron bertambah.
3) Jarak antara nukleus dan elektron valens semakin jauh.
4) Daya tarikan antara nukleus dan elektron valens semakin lemah.
5) Atom lebih mudah menderma elektron valens membentuk ion

positif dan mencapai susunan elektron oktet dan stabil.

Tindak balas Kimia Unsur Kumpulan 1

Logam Kumpulan 1 bertindak balas dengan air menghasilkan larutan
alkali dan gas hidrogen

2X + 2H2O 2XOH + H2

Tulis persamaan kimia : (logam hidroksida)
Li :
Na :
K:

Untuk mengkaji tindak balas litium, natrium dan kalium dalam kumpulan
1 dengan air.

Adakah logam berbeza litium, natrium, kalium menunjukkan perbezaan
kereaktifan apabila bertindak balas dengan air?

Apabila menuruni logam kumpulan 1 (litium, natrium, kalium), kereaktifan
logam bertindak balas dengan air bertambah

Manipulasi : Jenis logam
Bergerak balas : Kereaktifan logam
Malar : Air

Litium, natrium, kalium, kertas litmus, air, kertas turas, besen, forsep,
pisau kecil, jubin putih

1. Potong litium dalam saiz kecil menggunakan pisau kecil dan forsep.
2. Keringkan minyak pada permukaan litium dengan kertas turas.
3. Letakkan litium dengan perlahan ke atas permukaan air dalam besen.
4. Uji larutan dengan kertas litmus merah.
5. Perhati dan rekod tindak balas yang berlaku.
6. Ulang eksperimen menggunakan natrium dan kalium.

Unsur Pemerhatian
Litium
Litium bergerak__________ atas permukaan air dan
Natrium menghasilkan nyalaan______ dan bunyi ____. Warna larutan
tanpa warna yang terhasil menukarkan kertas litmus merah
Kalium kepada _____

Natrium bergerak__________ atas permukaan air dan
menghasilkan nyalaan______ dan bunyi ____. Warna larutan
tanpa warna yang terhasil menukarkan kertas litmus merah
kepada _____

Kaliium bergerak____________ atas permukaan air dan
menghasilkan nyalaan _______dan bunyi ____. Warna larutan
tanpa warna yang terhasil menukarkan kertas litmus merah
kepada _____

Apabila menuruni unsur kumpulan 1, kereaktifan logam bertindak
balas dengan air bertambah

Lithium , Sodium , Potassium

1. Pakai sarung tangan dan kaca mata keselamatan
2. Guna logam dengan saiz yang kecil
3. Guna forsep

Uji dengan fenolftalein:
Pemerhatian : Tanpa warna ke

merah jambu
Sebab : Kehadiran ion OH-

(larutan alkali)

Logam kumpulan 1 bertindak balas dengan oksigen
membentuk logam oksida

4X + O2 2X2O (logam oksida)
X2O + H2O 2XOH (logam hidroksida)

Tulis persamaan kimia :

Li :

Na :

K:

1. Potong litium dalam saiz kecil menggunakan pisau kecil dan forsep.
2. Keringkan minyak pada permukaan litium dengan kertas turas.
3. Letakkan litium dalam sudu balang gas.
4. Panaskan litium sehingga mula terbakar.
5. Masukkan dengan cepat ke dalam balang gas yang megandungi

oksigen.
6. Apabila tindak balas selesai, tambah 10.0 cm3 air ke dalam balang

gas dan goncangkan.
7. Catat pemerhatian.
8. Ulang eksperimen menggunakan natrium dan kalium.

Unsur Pemerhatian
Litium
Natrium -Litium terbakar__________ dengan nyalaan _______
Kalium menghasilkan ________________
-Li2O larut dalam air membentuk larutan LiOH

Natrium terbakar__________ dengan nyalaan
_______menghasilkan ________________
-Na2O larut dalam air membentuk larutan NaOH

-Kalium terbakar__________ dengan nyalaan _______
menghasilkan ________________
-K2O larut dalam air membentuk larutan KOH

Apabila menuruni unsur kumpulan 1, kereaktifan logam dengan oksigen
bertambah

Litium , Natrium , Kalium

Logam kumpulan 1 bertindak balas dengaan klorin
membentuk logam klorida

2X + Cl2 2XCl (logam klorida)
Tulis persamaan kimia:

Li :

Na :

K:

1. Potong litium dalam saiz kecil menggunakan pisau kecil dan forsep.
2. Keringkan minyak pada permukaan litium dengan kertas turas.
3. Letakkan litium dalam sudu balang gas.
4. Panaskan litium sehingga mula terbakar.
5. Masukkan dengan cepat ke dalam balang gas yang megandungi

oksigen.
6. Apabila tindak balas selesai, tambah 10.0 cm3 air ke dalam balang

gas dan goncangkan.
7. Catat pemerhatian.
8. Ulang eksperimen menggunakan natrium dan kalium.

Unsur Pemerhatian
Litium
- Litium terbakar__________ dengan nyalaan
Natrium _______menghasilkan pepejal_______

Kalium - Natrium terbakar__________ dengan nyalaan
_______menghasilkan pepejal_______

- Kalium terbakar__________ dengan nyalaan
_______menghasilkan pepejal_______

Apabila menuruni unsur kumpulan 1, kereaktifan logam dengan klorin
bertambah

Litium , Natrium , Kalium

Molekul Gas kuning muda
dwiatom Gas kuning kehijauan
Cecair perang kemerahan
dua atom berkongsi Pepejal ungu kehitaman
sepasang elekron valens
untuk mencapai susunan
elektron oktet dan stabil

- Mempunyai 7 elektron valens
- Menerima 1 elektron membentuk ion negatif ( - )
- Kongsi elektron (untuk mencapai susunan elektron

oktet dan stabil)

1. Tidak mengkonduksikan haba dan elektrik
dalam semua keadaan

2. Takat lebur dan takat didih rendah
3. Ketumpatan rendah
4. Berbau sengit dan beracun
5. Molekul dwiatom

Apabila menuruni kumpulan 17:
1. Saiz atom bertambah

- kenapa?
1) Bilangan proton bertambah
2) Bilangan petala berisi elektron bertambah

2. Takat lebur dan takat didih bertambah
- kenapa?
1) Saiz atom bertambah
2) Daya tarikan antara molekul (Daya Van der Waals)
semakin kuat
3) Lebih banyak haba diperlukan untuk mengatasi daya tarikan
antara molekul

Halogen mempunyai 7 elektron valens dan mencapai susunan elektron
oktet dengan menerima 1 elektron membentuk ion negatif

Contoh :

Atom Florin, F : susunan elektron : 2.7 (terima 1 elektron)

F+e F-

Susunan elektron ion F- = 2.8 (oktet)

Atom Klorin, Cl : susunan elektron : 2.8.7 (terima 1 elektron)
________________
Susunan elektron _______________

Semua unsur kumpulan 17 mempunyai sifat kimia yang _________
kerana mempunyai elektron valens ________

Apabila menuruni unsur kumpulan 17:
1. Kereaktifan halogen berkurang

- kenapa?
1) Saiz atom bertambah
2) Jarak antara nukleus dengan elektron valens semakin jauh
3) Daya tarikan antara nukleus dengan elektron valens semakin

lemah
4 ) Atom lebih sukar menerima elektron membentuk ion

negatif dan mencapai susunan elektron oktet dan stabil

Contoh :
Banding kereaktifan antara atom klorin dan atom bromin. Terangkan
jawapan anda.
1) Atom klorin lebih reaktif daripada atom bromin
2) Saiz atom klorin lebih kecil daripada atom bromin
3) Jarak antara nukleus dan elektron valens atom klorin lebih dekat
4) Daya tarikan antara nukleus dan elektron valens atom klorin lebih
kuat
5) Atom klorin lebih mudah menerima elektron membentuk ion
negatif dan mencapai susunan elektron oktet dan stabil

Contoh :
Banding kereaktifan antara atom florin dan bromin. Terangkan
jawapan anda.
1) Atom florin lebih reaktif daripada atom bromin
2) Saiz atom bromin lebih besar daripada atom florin
3) Jarak antara nukleus dengan elektron valens atom bromin
semakin jauh
4) Daya tarikan antara nukleus dan elektron valens atom bromin
semakin lemah
5) Atom bromin lebih sukar menerima elektron membentuk ion
negatif dan mencapai susunan elektron oktet dan stabil

Tindak balas kimia unsur kumpulan 17

Halogen bertindak balas dengan air dengan kereaktifan berbeza

X2 + H2O HX + HOX
(larutan berasid)
Tulis persamaan kimia :
Cl :
Br :
I:

Apabila menuruni unsur kumpulan 17 :
1. Keterlarutan berkurang daripada klorin ke iodin

Tindak balas kimia unsur kumpulan 17

Halogen bertindak balas dengan natrium hidroksida dengan kereaktifan
berbeza

X2 + 2NaOH NaX + NaOX + H2O

Tulis persamaan kimia:
Cl :

Br : Kereaktifan
I: berkurang

Tindak balas kimia unsur kumpulan 17

Halogen bertindak balas dengan wul besi panas membentuk pepejal
perang, ferum(III) halida

2Fe + 3X2 2FeX3

Tulis persamaan kimia:
Cl :

Br : Kereaktifan
I: berkurang

Unsur Na Mg Al Si P S Cl Ar
Nombor Proton 11 12 13 14 15 16 17 18
Susunan Elektron
Bilangan petala

Sifat-sifat unsur apabila merentasi kala :

Apabila merentasi kala, saiz atom berkurang. Kenapa?
1) Bilangan proton bertambah
2) Bilangan elektron valens dan bilangan cas positif dalam nukleus

bertambah
3) Daya tarikan antara nukleus dengan elektron valens semakin kuat

Contoh :
Bandingkan saiz atom klorin dan natrium. Terangkan jawapan anda.

1) Saiz atom klorin lebih kecil daripada atom natrium
2) Bilangan proton atom klorin lebih banyak daripada atom natrium
3) Bilangan elektron valens dan bilangan cas positif dalam nukleus

atom klorin lebih tinggi
4) Daya tarikan antara nukleus dengan elektron valens atom klorin

lebih kuat

Sifat-sifat unsur apabila merentasi kala :

Apabila merentasi kala, keelektronegatifan unsur bertambah.
Kenapa?
1) Saiz atom unsur semakin kecil
2) Bilangan cas positif dalam nukleus bertambah
3) Atom lebih mudah menerima elektron untuk mencapai susunan

elektron oktet dan stabil

Na2O MgO Al2O3 SiO2 P2O5 SO2 Cl2O7

Oksida bes Amfoterik Oksida asid

Sebagai semikonduktor
Digunakan dalam industri mikroelektronik

Ciri-ciri unsur peralihan:
Sama dengan ciri-ciri logam :
1) Berkilat
2) Boleh ditempa
3) Boleh mengkonduksi haba dan elektrik
4) Takat lebur dan ketumpatan tinggi

1) Sebagai mangkin
2) Mempunyai sebatian berwarna
3) Mempunyai ion kompleks
4) Mempunyai nombor pengoksidaan berbeza

Latihan

Unsur Na Mg Al Si P S Cl
2.8.5 2.8.6 2.8.7
Susunan 2.8.1 2.8.2 2.8.3 2.8.4
elektron 110

Jejari 186 160 143 118 104 100
atom

a. Kala yang manakah unsur itu terletak?

b. Nyatakan unsur yang wujud sebagai molekul dwiatom.

c. Nyatakan unsur yang boleh membentuk oksida amfoterik.

d. Unsur yang manakah ialah separa logam.

e. Merujuk kepada perubahan jejari atom, terangkan mengapa
keelektronegatifan bertambah merentasi kala dari kiri ke kanan.

f. Natrium terbakar dalam oksigen membentuk natrium oksida.
i. Tulis persamaan kimia bagi tindak balas itu.
ii. Natrium oksida larut dalam air membentuk larutan. Nyatakan perubahan
warna pada kertas litmus apabila dimasukkan ke dalam larutan itu.

Latihan

A, B, C, D, E, F, G dan H bukan simbol bagi unsur. Berdasarkan rajah di atas :
a. Tulis susunan elektron bagi atom-atom A, D dan F.
b. Nyatakan satu unsur peralihan.
c. Senaraikan dua ciri istimewa unsur peralihan.
d. Apakah nama lain bagi unsur kumpulan 18?
e. Nyatakan kedudukan unsur E dalam Jadual Berkala Unsur.
f. Bandingkan saiz atom D dan F. Terangkan jawapan anda.

Latihan

Apabila seketul natrium dan kalium masing-masing diletakkan di permukaan
air dalam sebuah besen, pemerhatian seperti dalam jadual di bawah.

Eksperimen Unsur Pemerhatian
I Natrium Natrium bergerak cergas di atas permukaan air
II Kalium Kalium bergerak sangat cergas atas permukaan air

a. Terangkan perbezaan pada pemerhatian dalam eksperimen I dan II.
b. Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas yang berlaku antara natrium

dan air. Berdasarkan persamaan kimia, nyatakan nama bagi hasil yang
terbentuk.
c. Klorin wujud sebagai molekul dwiatom manakala argon wujud sebagai
monoatom. Terangkan mengapa.
d. Tindak balas antara gas klorin dengan besi adalah lebih reaktif berbanding
tindak balas antara gas bromin dengan besi. Jelaskan mengapa.

TAMAT


Click to View FlipBook Version