The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-10401379, 2021-09-14 03:29:27

Tokoh-Tokoh Kemerdekaan

Tunku Abdul Rahman

PERTANDINGAN BUKU
SKRAP DIGITAL
TOKOH-TOKOH

KEMERDEKAAN DI
MALAYSIA

BIODATA PELAJAR

▪ Nama : Rubatarshini A/P S.Mahendran
▪ Umur : 12
▪ Sekolah : SJK(T)TamanTunAminah
▪ Tahun : 6
▪ Agama : Hindu
▪ Warganegara : Malaysia

Tandatangan Pelajar;
Ruba

BIODATA TOKOH

 Nama Tokoh : Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul
Hamid Halim Shah

 Tarikh Lahir : 8 Februari 1903
 Tempat Lahir : Alor Star
 Pendidikan : 1.Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar (1911)

2.Penang Free School, Penang (1916)

3.Cambridge University (1924)

4.Inner Temple, London (1926)
 Tarikh Meninggal : 6 Disember1990 (umur 87)
 Parti : UMNO, Parti Perikatan (Barisan Nasional)
 Jawatan : Perdana Menteri Pertama Malaysia
 Gelaran : Bapa Kemerdekaan
 Kerjaya : Ahli politik di Malaysia, Menteri Malaysia, Peguam Malaysia

RASIONALISASI PEMILIHAN TOKOH

Semua orang mesti mengenali Bapa Kemerdekaan ini. Setiap tahun kita dapat
melaungkan sorakan “Merdeka! Merdeka! Merdeka!” hasil usaha dan penat
jerih negarawan ulung ini dalam merealisasikan pembebasan negara daripada
cengkaman penjajah dan juga dalam pembentukan Malaysia sehingga ke hari
ini.Sepanjang kehidupan Tunku Abdul Rahman Putra,kepimpinan dan sifat
murni beliau telah berjaya memberikan impak dan teladan dalam kehidupan
setiap rakyat Malaysia. Sebagai contohnya, walaupun dilahirkan dalam
keluarga diraja, Tunku merupakan seorang yang berjiwa rakyat. Semasa
membesar,Tunku sangat gemar bermain bola bersama anak-anak kampung dan
tidak begitu suka dikawal oleh pengasuh istana.Ketika menyambungkan
pelajaran di Universiti Cambridge juga Tunku dengan mudah berkawan
dengan ramai orang. Tunku tidak sukakan diskriminasi dan sentiasa
memperjuangkan persamaan hak sesame manusia.

Sejurus pulang ke tanah air, Tunku bekerja sebagai penjawat awam menjadi
kadet di Pejabat Penasihat Undang-undang di Alor Setar sebelum bertugas
sebagai Pegawai Daerah. Dari situ, Tunku dapat mendengar sendiri masalah
rakyat dan membantu mereka memperbaiki kehidupan

Sikap berhati baik dan mudah disenangi Tunku membuatkan Tunku sangat
popular sehingga dilabel sebagai “Man of Peace”.Oleh hal yang demikian,
sebagai rakyat yang rasional, kita haruslah mempelajari sifat dan nilai tersebut
dan mengaplikasikan dalam kehidupan seharian.

KELEBIHAN TOKOH

 “Ilmu pelita hidup”. Kata-kata hikmat ini menunjukkan bahawa ilmu merupakan
elemen yang amat penting dalam kehidupan dan dapat menjadikan kehidupan
seseorang itu lebih sempurna. Tanpa ilmu pengetahuan kita mudah dipermainkan oleh
pihak yang lebih maju yang cuba mengambil kesempatan. Kelebihan Tunku Abdul
Rahman ialah beliau telah menguasai banyak ilmu pengetahuan. Jika dilihat secara
dalam, semasa usia Tunku tujuh belas tahun, beliau dihantar oleh keluarganya ke
seberang laut untuk menuntut pelajaran di St. Catherine’s College, Universiti
Cambridge, England. beliau adalah orang Melayu yang pertama dari Kedah yang lulus
dari sesebuah Universiti Inggeris pada tahun 1925 dengan mendapat Ijazah Sarjana
Muda dalam Undang-undang dan Sejarah dari Universiti Cambridge. Pada tahun 1926
beliau pulang ke Tanah Melayu tetapi empat bulan kemudian, kakandanya Tunku
Ibrahim, Raja Muda Kedah ketika itu menghantarnya kembali ke England untuk
melanjutkan pelajaran undang-undangnya di Inner Temple bagi membolehkan beliau
mendapat kelayakan menjadi peguam atau majistret.Latar belakang Tunku yang hidup
di kalangan orang barat khususnya semasa melanjutkan pelajaran di United Kingdom
telah membolehkan beliau mengenali dengan lebih dekat budaya dan gaya hidup
Inggeris. Ini memberi kelebihan "soft power" bagi membuktikan keberkesanan politik
kepada kemahiran diplomasi dan rundingan serta memahani aspek permainan
psikologi pihak penjajah semasa proses rundingan dijalankan.

BUKTI KREDIBILITI TOKOH

 Pada tahun 1951, Tunku telah dilantik untuk mengambil alih tampuk kepimpinan UMNO daripada Dato' Onn yang
mengundur diri pada Mesyuarat Agung Tahunan UMNO pada tahun tersebut. Tunku menjalankan rundingan
diplomatik dengan pihak British sehingga berjaya menarik pemimpin-peminpin kaum Cina dan India untuk
membentuk kerajaan gabungan pelbagai kaum dengan Parti Perikatan. Dalam memastikan kejayaan rundingan, Tunku
telah berusaha mendapatkan sokongan semua pemimpin kaum bukan Melayu di negara ini dan mengundang mereka
bersatu, menyertai rombongan rundingan kemerdekaan Tanah ke London. Tunku bukan sahaja telah berjaya
menyatupadukan penduduk Tanah Melayu(Kaum Melayu, Cina dan India) malah menyediakan asas kepada
keharmonian negara.

 Tunku telah menjalankan rundingan secara diplomasi, Tunku telah berjaya menganjurkan Rundingan Baling antara
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Parti Komunis Malaya(PKM) pada 28 dan 29 Disember 1955.
Rundingan ini bertujuan untuk melumpuhkan kuasa komunis di Tanah Melayu.Selain itu, Ahli rombongan Rundingan
Kemerdekaan yang mewakili Parti Perikatan terdiri daripada Tunku, Tun Abdul Razak, H.S Lee dan T.H Tan, Tan
Cheng Lock, V.T Sambanthan dan E.E.C Thuraisingham. Di samping itu, Tunku turut berjaya menarik penyertaan
wakil Raja Melayu walaupun pada mulanya Raja-Raja Melayu tidak yakin dengan kebolehan Tunku untuk
mendirikan kerajaan sendiri. Wakil Raja-Raja terdiri daripada Dato' Abdul Wahab Abdul Aziz(Dato' Panglima Bukit
Gantang-Menteri Besar Perak), Abdul Aziz Abdul Majid(Menteri Besar Selangor), Dato' Wan Idris Wan
Ibrahim(Timbalan Menteri Besar Johor) dan Dato' Nik Ahmad Kamil(bekas Menteri Besar Kelantan).

 Setelah mencapai kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj berjaya menyusun pentadbiran yang stabil
dengan menarik penyertaan pelbagai kaum dengan kabinet Kerajaan Persekutuan. Pentadbiran Tunku diperkuatkan
lagi oleh tiga tokoh politik terkemuka tanah air iaitu Tun Abdul Razak selaku Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr.
Ismail selaku Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Tan Siew Sien sebagai Menteri Kewangan. Pada November 1961,
Tunku telah melawat London dan berbincang dengan British tentang penubuhan Malaysia. Sebuah suruhanjaya khas
iaitu Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan untuk membuat pungutan suara bagi penduduk Borneo Utara(Sabah &
Sawarak).

 Selain itu, beliau memperkenalkan Musabaqah Membaca Al-Quran peringkat Kebangsaan dan antarabangsa, menjadi
tuan rumah Persidangan Negara-Negara Islam (OIC) pertama yang diadakan pada tahun 1969.Tunku menubuhkan
PERKIM pada tahun 1970 untuk membantu orang-orang Cina yang baru menganut agama Islam dan menjadi Presiden
yang pertama.

JASA DAN SUMBANGAN TOKOH

 Sumbangan pertama beliau ialah untuk memupuk kerjasama di antara kaum dan dalam masa yang sama menjaga
keutuhan bangsa Melayu seperti hak-hak istimewa bagi orang-orang Melayu, penerimaan Bahasa Melayu sebagai
Bahasa Kebangsaan dan asas dasar pelajaran kebangsaan dan Islam sebagai agama rasmi. UMNO berkerjasama
dengan MCA dan MIC dan membentuk konsensus dalam Perikatan dan pemimpin-pemimpin Perikatan mengadakan
rombongan pertama Perikatan ke London pada tahun 1954 tetapi tidak beroleh kejayaan.Pada Julai tahun 1955,
pilihanraya umum pertama diadakan di Malaysia dan Perikatan mencapai kejayaan cemerlang dengan mendapat 51
daripada 52 kerusi yang ditandingi. Dengan majoriti yang diperolehi, Perikatan melakukan rombongan kali ke dua ke
London dan ia diketuai oleh Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri dan Menteri Dalam Negeri. Dalam
rombongan ini Tunku Abdul Rahman berusaha untuk menamatkan keganasan komunis secara damai.

 Pada 9 September 1955, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan pengampunan bagi komunis yang menyerah diri.
Rundingan Baling telah diadakan pada 28 hingga 29 Disember 1955 di antara Parti Komunis Tanah Melayu dengan
kerajaan. Parti Komunis Tanah Melayu telah diwakili oleh Chin Peng, Chin Tien dan Rashid Maidin sementara
Kerajaan pula diwakili oleh Tunku Abdul Rahman danTun Tan Cheng Lock. Namun rundingan ini gagal apabila Chin
Peng menolak cadangan Tunku agar komunis meletakkan senjata tanpa syarat. Tunku Abdul Rahman berjaya
mengalahkan komunis lima tahun kemudian.Pada tahun 1956, Tunku mengetuai rombongan ke London untuk
berbincang dengan Kerajaan British mengenai Kemerdekaan Tanah Melayu. Kali ini beliau membawa empat orang
wakil Raja-raja Melayu dan empat orang wakil Parti Perikatan.

 Akhirnya beliau berjaya mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu dan tarikh Kemerdekaan ditetapkan pada 31
Ogos 1957.Akhirnya pada 30 Ogos 1957, tepat pukul 12 tengah malam bendera Tanah Melayu pun dinaikkan bagi
menggantikan bendera Union Jack. Keesokan harinya di Stadium Merdeka, Tunku membaca Pengisytiharaan
Kemerdekaan dan kedengaran pekikan “Merdeka!” sebanyak tiga kali oleh Tunku Abdul Rahman. Setelah
kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri yang pertama.Di antara usaha pertama beliau sebagai
Perdana Menteri ialah untuk menyatu-padukan rakyat dan meningkatkan kemajuan ekonomi. Tunku Abdul Rahman
memperkenalkan Rancangan Malaya yang pertama pada tahun 1956 dengan fokus untuk membangunkan Tanah
Malaya. Pada tahun 1960, darurat selama 12 bulan diisytiharkan tamat apabila komunis berjaya dihentikan.


Click to View FlipBook Version