i-Guru Malaysia
  • 3
  • 0
BUKU PROFIL i-GURU (Edisi 2024)
Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana buku profil Ikatan Guru Muslim Malaysia (i-GURU) ini berjaya dihasilkan. Buku profil ini memaparkan visi dan misi i-Guru sebagai sebuah pertubuhan pendidikan yang berjuang membela nasib warga guru dan mendidik generasi murid-murid. Buku ini juga mengandungi koleksi gerak kerja lapangan i-Guru, bukan sekadar menjalankan kerja-kerja kebajikan, malah menjadi suara pendesak dalam isu-isu pendidikan.<br><br>Dengan slogan ‘Pembela Guru Pembina Generasi’ ,i-GURU yang telah diasaskan pada Januari 2014 melangkah ke hadapan membawa aspirasi perjuangan pendidikan demi mengangkat martabat para guru. Penubuhan Takaful Kifayah Muallim pada tahun 2019 adalah salah satu produk perlindungan kepada ahli-ahli i-GURU selain kewujudan Akademi Bina Insan (ABI) i-GURU sebagai pusat pendidikan kepada komuniti setempat.<br><br>Semoga buku profil ini dapat memperkenalkan serta menjelaskan hasrat besar perjuangan i-Guru kepada warga pendidik dan masyarakat awam. Semoga Allah memberkati dan merahmati perjuangan ini.
View Text Version Category : 47
  • Follow
  • 0
  • Embed
  • Share
  • Upload
Related publications