The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kejayaan JAWI sepanjang tahun 2019

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Khairunnisa Bakri, 2019-12-09 01:36:56

Melakar Kejayaan

Kejayaan JAWI sepanjang tahun 2019

Keywords: JAWI

Melakar
Kejayaan

S TINTA PENGARAH JAWIetinggi-tinggi ucapan tahniah dan penghargaan kepada seluruh warga JAWI di atas

kejayaan dan kecemerlangan yang ditunjukkan di dalam penyertaan dan penganjuran pelbagai
program dan aktiviti menyantuni masyarakat dari pelbagai latar belakang khususnya umat
Islam di Wilayah Persekutuan. JAWI sebagai sebuah agensi pentadbiran dan pengurusan hal
ehwal Islam di Wilayah Persekutuan serta pelaksana kepada dasar yang diputuskan oleh
Jabatan Perdana Menteri (JPM) serta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan
terus komited melaksanakan pelbagai program bagi meningkatkan syiar Islam demi
memelihara kemaslahatan ummah.
 
Syukur dan syabas di atas kejayaan JAWI bersama pelbagai rakan strategik menganjurkan
program yang julung-julung kali diadakan iaitu Karnival Rahmah Peringkat Kebangsaan 2019,
kejayaan JAWI muncul sebagai Johan Kategori Non-ICT bagi projek Relau Pelupusan Al-Quran
Berteknologi Tinggi Hijau (R-PAQ) dalam Anugerah Inovasi Jabatan Perdana Menteri (JPM),
serta detik manis kejayaan Kontinjen JAWI merangkul Naib Johan Perarakan Maulidur Rasul
Peringkat Kebangsaan 1441H bagi kategori agensi di bawah JPM.
S  emua kejayaan yang dilakarkan oleh JAWI ini adalah berlandaskan pendekatan bekerja
sebagai sebuah pasukan melalui slogan seperti no more work in silo, melangkah sederap
bersama, I am JAWI JAWI is Me, We Love JAWI serta berteraskan sifat dedikasi dan komitmen
tinggi warga JAWI yang menghayati budaya kerja inklusif, produktif, responsif, dan kreatif.
Kecemerlangan ini juga berasaskan nilai bersama warga JAWI iaitu melaksanakan tugas
berdasarkan maklumat yang jitu (J) dan berkualiti, berkhidmat dengan amanah (A),
berkhidmat dengan wawasan yang jauh dan mampu dicapai (W) serta berkhidmat dengan
integriti yang tinggi (I).
 Segala program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh JAWI adalah bertujuan untuk memberikan
sebanyak mungkin manfaat kepada segenap lapisan masyarakat berasaskan visinya sebagai
peneraju kecemerlangan pengurusan hal ehwal Islam menjelang 2020 serta misi JAWI bagi
melaksanakan pengurusan hal ehwal Islam untuk kemaslahatan masyarakat di Wilayah
Persekutuan melalui pemantapan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, syariah dan akhlak.
 2020 harus menjadi tahun untuk kita berusaha dengan lebih giat bagi menterjemahkan
gagasan pentadbiran hal ehwal Islam di dalam pelbagai program dan aktiviti agar dapat
dihayati dan dirasai oleh semua lapisan masyarakat. Kita juga perlu mengekalkan pengurusan
dan amalan tadbir urus yang baik dalam segenap aspek pengurusan selaras dengan matlamat
Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang dilancarkan oleh kerajaan. Semoga JAWI akan
menjadi sebuah agensi yang sentiasa ke hadapan bagi memimpin kejayaan dan kecemerlangan
dalam pengurusan hal ehwal Islam di Wilayah Persekutuan seiring dengan slogan
JAWI Sentiasa Dicontohi.

Menjadi Jabatan Agama Islam yang dapat memberi
khidmat cemerlang dan menjadi contoh kepada

Jabatan Agama Islam lain di Malaysia

Memantapkan akidah dan mengawal selia isu-isu Meletakkan sistem dan prasarana
agama dan sosial dalam kalangan masyarakat Islam di instusi pendidikan agama di
Wilayah Persekutuan diiktiraf
Wilayah Persekutuan dari semasa ke semasa
dalam arus perdana
Mempelbagaikan medium dakwah
termasuk menggunakan teknologi terkini Menjadikan institusi masjid sebagai
pusat menggerakkan masyarakat
Menjalinkan permuafakatan dan ke arah memantapkan perpaduan
jalinan kerjasama strategik
dengan agensi-agensi lain di dan pembangunan ummah

Wilayah Persekutuan

Memberi khidmat secara atas talian
(online) dan mengaplikasikan
teknologi pendigitalan dalam

perkhidmatan yang ditawarkan

ASPIRASI MASA HADAPAN JAWI

1. JAWI FOOD BANK

Program JAWI FOOD BANK yang
berkonsepkan masjid menyantuni
ummah. Masjid Jamek Sultan Abdul
Samad, Kuala Lumpur menjadi
masjid perintis. Inisiatif ini
bertujuan membantu dan
menyantuni golongan sasar
khususnya di Wilayah Persekutuan
yang memerlukan makanan
serta membantu mengelakkan
pembaziran makanan di sekitar
Wilayah Persekutuan.

1

Sebuah mekanisme mempertingkatkan
kualiti tadbir urus masjid meliputi aspek
pengurusan organisasi, pengimarahan,
kemudahan prasarana dan persekitaran,
ke arah merealisasikan aspirasi masjid
RAHMAH (Ramah, Aman, Harmoni, Mesra,
Alami, Hormat).

2. Pelancaran Manual Standard
Penarafan Masjid di Wilayah Persekutuan
(SPMWP)

2

3.

Mesin ATM Beras

Sebuah inisiatif menempatkan Mesin ATM Beras di
masjid al-Akram Kg. Datuk Keramat sebagai
perintis dalam usaha menyantuni asnaf sekaligus
merealisasikan fungsi masjid yang mesra kepada
semua golongan.

3

4.

Program
Subuh Perdana

Masjid Khalid Ibnu Al Walid, Kuala Lumpur sebagai
perintis. Sebuah inisiatif bagi menggiatkan aktiviti
keilmuan dan pengimarahan masjid.

4

5.

Dialog Harmoni

Sebuah inisiatif yang menghimpunkan
ketua-ketua pelbagai agama serta menyediakan
ruang dialog secara harmoni di Masjid Wilayah
Persekutuan dalam semangat kesepaduan di
dalam kepelbagaian.

5

Pelancaran Masjid RAHMAH
Peringkat Wilayah Persekutuan
melalui penjenamaan masjid-
masjid di Wilayah Persekutuan
(Masjid Ilmu, Masjid Pelancongan,
Masjid Pertanian, Masjid Digital,
Masjid Hijau, Masjid Dalam
Taman).

6.

Pelancaran
Masjid RAHMAH
Peringkat
Wilayah Persekutuan

6

7.

World Convention
Al-Kahf

Sempena Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran
Peringkat Antarabangsa Ke-61. Pendekatan
membudayakan tadabbur ayat al-Quran sebagai
amalan harian.

7

8. Town Hall Maqasid Syariah Peringkat
Wilayah Persekutuan

Town Hall Maqasid Syariah Peringkat Wilayah Persekutuan bersama YB
Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Sebuah medium penjelasan dan perbincangan berkaitan dasar semasa
kerajaan (Maqasid Syariah) melibatkan pelbagai pihak berkepentingan
di Wilayah Persekutuan.

8

9. Program Rehlah Islahiyyah
@ SPAA dan Pelancaran
Skuad Sukarelawan
Street Dakwah Putrajaya

Sebuah inisiatif bagi menggalakkan penglibatan
masyarakat sebagai sukarelawan untuk menyampaikan
dakwah dan menyantuni masyarakat secara santai bagi
mendekati masjid serta memahami Islam dengan lebih
mendalam.

9

Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 2019. Masjid
Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur sebagai
masjid perintis di dalam membudayakan amalan
hijau.

10. Kempen RAHMAH Masjid Alami (Masjid Lestari Hijau)

10

11. Program
Bubur Lambuk Perdana
Masjid-Masjid Di
Wilayah Persekutuan

Bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Raja Permaisuri Agong. Masjid-masjid di Wilayah Persekutuan
berkumpul menyantuni jemaah sempena bulan Ramadan.

11

12.

Pelancaran Program
Waqaf al-Quds

Sebuah inisiatif mewujudkan tabung waqaf oleh
masjid- masjid di Wilayah Persekutuan untuk
pembangunan semula al-Aqsa.

12

13.

Program Jelajah
RAHMAH

Inisiatif masjid turun ke lapangan bagi menyantuni
golongan gelandangan dan mereka yang terlibat
dengan isu sosial. Masjid Jamek Sultan Abdul Samad,
Kuala Lumpur menjadi masjid perintis.

13

14.

Solidariti Kedamaian (Solidarity For Peace)

Terlibat sebagai urusetia bersama dalam
penganjuran perhimpunan bagi menzahirkan
mesej keharmonian sempena tragedi
Christchurch, New Zealand.

14

15.

Pelancaran Program E-Wallet Touch & Go

Projek rintis dilaksanakan di Masjid Ar-Rahah dan 6 buah
masjid pusat zon. Menyahut seruan mengaplikasikan teknologi

terkini seiring perkembangan Revolusi Industri 4.0.

15

16. “Street Raya”
Masjid dan Surau Jumaat
di Wilayah Persekutuan

Masjid-masjid di Wilayah Persekutuan berkumpul
menyantuni masyarakat serta menyebarkan mesej
keharmonian. JAWI telah menerima pengiktirafan
Malaysia Book of Record bagi kategori “Penganjuran
Masjid Terbanyak Dalam Acara Rumah Terbuka”.

16

Inisiatif agihan makanan bermasak kepada asnaf di 6 buah masjid
terpilih di Wilayah Persekutuan. Menyerlahkan peranan masjid
menyantuni ummah sekaligus merealisasikan program masjid
RAHMAH.

17.

Program
Agihan Makanan
Asnaf 2019

17

18. Persidangan Sesi percambahan idea di dalam merancang dan
Pengerusi-Pengerusi melaksanakan tadbir urus masjid yang baik.
Masjid Peringkat
Wilayah Persekutuan

18

19. Kuliah Dhuha Perdana bersama
Kebawah Duli Yang Maha Mulia SPBYDA
Membudayakan majlis ilmu disamping mendekatkan
rakyat dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong (SPBYDA) dengan rakyat melalui aktiviti keilmuan
dan bantuan kepada asnaf.

19

20. Karnival
Rahmah 2019 @ KR19

Memanifestasikan gagasan Rahmatan Lil ‘Alamin
melalui pelbagai aktiviti yang sesuai dengan
semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum,
bangsa dan agama.

20

21.

Kelab Kebajikan, Sukan
dan Rekreasi JAWI

Mengaktifkan semula Kelab Kebajikan, Sukan
dan Rekreasi JAWI (KKSR) melalui pelbagai
aktiviti dan kegiatan kebajikan, sukan dan
rekreasi melibatkan warga JAWI.

21

Menginisiatifkan Alumni
JAWI sebagai ruang
interaksi, ukhuwah dan
aktiviti bersama warga
yang pernah berkhidmat

di JAWI.

22.

Alumni JAWI

22

23.

SPBYDA Santuni Asnaf

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong (SPBYDA) berkenan menyantuni
asnaf dan golongan gelandangan di Masjid Jamek
Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur.

23

24.

Surau Utama Istana Negara
sebagai Surau Diri
Solat Jumaat

Surau Utama Istana Negara dimasyhurkan sebagai
Surau Diri Solat Jumaat dan diimarahkan dengan
aktiviti keilmuan, solat berjemaah dan Solat Jumaat
secara berterusan.

24

25.Bantuan Kemanusiaan
ke Palu melalui sumbangan
masjid-masjid

Inisiatif pengumpulan dana bagi misi bantuan kemanusiaan
ini telah dilaksanakan di peringkat Wilayah Persekutuan
melalui masjid dan surau di bawah pentadbiran JAWI. Tabung
sumbangan telah digerakkan di semua 84 masjid, 110 surau
Jumaat dan 524 surau di seluruh Wilayah Persekutuan bagi
meringankan beban mangsa bencana alam.

25

26.

JAWI muncul Johan
Kategori Non-ICT
Anugerah Inovasi JPM

Penyertaan JAWI di dalam Anugerah Inovasi JPM melalui projek
Relau Pelupusan Al-Quran dan Sistem Penuaian Air Hujan.
JAWI muncul Johan Kategori Non-ICT bagi projek Relau Pelupusan
Al-Quran Berteknologi Tinggi Hijau (R-PAQ).

26

27.

Ceramah Perdana
Ustaz Abdul Somad

Mengimarahkan masjid dengan aktiviti
keilmuan berskala besar.

27

28. Penetapan Pengarah JAWI
sebagai Ketua Perkhidmatan Guru SRA

Penetapan Pengarah JAWI sebagai
Ketua Perkhidmatan Guru Sekolah
Rendah Agama (SRA) melibatkan
guru-guru SRA di Wilayah Persekutuan.

28

29.

Konvensyen Pegawai
Penguatkuasa Agama
dan Pendakwa Syarie
Seluruh Malaysia

Konvensyen Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) dan
Pegawai Pendakwa Syarie (PPS) Seluruh Malaysia
anjuran bersama JAKIM dan JAWI yang menghimpunkan
PPA dan PPS dari negeri-negeri bagi membincangkan isu
Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah.

29

30.Sesi Dialog bersama kumpulan yang
mempunyai kaitan dengan Fahaman Syiah
bagi mengawal gejala penyelewengan akidah.

31. Kerjasama Strategik Bersama Agensi Sahabat
Penguatkuasaan Wilayah Persekutuan
bertujuan bagi perkongsian maklumat dan tindakan bersepadu.

32.Pewujudan Garis Panduan Penarafan
Pusat Kursus Pra Perkahwinan Islam, JAWI

30

33.

Penerbitan buku
Di Sebalik Tabir Rumahtang�a:
Koleksi Kes- Kes Rundingcara

sebagai panduan kepada Pegawai Runding Cara
dan masyarakat awam.

34.Penerbitan buku Ilaj Syarie:
Pengenalan Dan Panduan Umum
sebagai panduan kepada masyarakat umum.

35.Penerbitan buku SOP Perkahwinan
Luar Negara dan Warga Asing
31

PUSPANITA berjaya mendapatkan Geran Penubuhan TASKA Di Tempat

Kerja Awam (TTKA) bagi kemudahan penjagaan dan kebajikan

36. anak-anak warga JAWI.

PUSPANITA berjaya mendapatkan Geran Penubuhan TASKA

32

Kongres Ekonomi dan Pengimarahan Masjid 2019
menjadi medan percambahan idea dalam usaha
pemberdayaan masjid sebagai pusat kegemilangan
ummah.

37. Kongres Ekonomi dan
Pengimarahan Masjid
33

38. Penilaian Berasaskan Bilik Darjah (PBD)
menggantikan sistem peperiksaan bagi Tahap 1 di Sekolah Rendah Agama (SRA), Sekolah Integrasi
Rendah Agama JAWI (SIRAJ), dan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di bawah JAWI.

39. Berjaya mendapatkan Kod peperiksaan bagi
4 SIRAJ yang menduduki UPSR

34

40.Perasmian Sekolah Intergrasi Rendah Agama
JAWI (SIRAJ) Abdullah Ibn Mas'ud
pada 24 Oktober 2019 yang menyediakan kemudahahan pendidikan rendah Agama kepada

41. penduduk sekitar Putrajaya.
Johan Tilawah Peringkat

Wilayah Persekutuan (KPM)

Seorang peserta dari Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Saidina Uthman muncul
sebagai Johan Tilawah Peringkat Wilayah Persekutuan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan
menjadi wakil ke Peringkat Kebangsaan manakala seorang peserta dari sekolah yang sama
menjadi Johan Pertandingan Khat Peringkat Wilayah Persekutuan.

35

42.

Seorang pelajar SIRAJ
Saidina Uthman Bin Affan
mewakili Malaysia
dalam kejohanan
Taekwando Antarabangsa
di Bandung Indonesia

Muhd Alif Qayyim Bin Muhamad Hafiz,
Pelajar tahun 4.

36

Program Cegah Jenayah Syariah 3rd Gear yang 43.
mempromosikan pendekatan nasihat, pemantauan,
dan penguatkuasaan bagi golongan yang masih Program
ingkar. Cegah Jenayah Syariah
3rd Gear

37

Menaik taraf Surau Jumaat kepada status
Masjid bagi Masjid Mahmoodiah Putrajaya,
Masjid Nurul Islam dan Masjid Hijrah,
Labuan.
Perasmian Masjid Bilal bin Rabah serta
Perasmian dan Penamaan semula Masjid
Al-Mahmudiyyah kepada Masjid Sultan
Muhammad V, Labuan.

44.

Perasmian Masjid serta
Menaik Taraf Surau Jumaat Kepada Status Masjid

38

Kempen Cintai Jabatan ‘I am JAWI JAWI is Me’
bagi menyemarakkan dan membudayakan
semangat kerja berpasukan.

45.

Kempen Cintai Jabatan ‘I am JAWI JAWI is Me’

39

46.

Masjid Wilayah
Open Day
“Rahmah 4 All”

Masjid Wilayah Open Day “Rahmah 4 All”
yang mempromosikan Islam sebagai
agama keharmonian melalui penyertaan
masyarakat pelbagai latar belakang
agama, bangsa dan budaya.

40

47. Kontinjen JAWI merangkul
Naib Johan Perarakan Maulidur Rasul
Peringkat Kebangsaan 1441 H bagi kategori agensi di bawah JPM.

41

Program 13 episod yang diterbitkan di TV Al-Hijrah
berkonsepkan hiburan mendidik jiwa melalui
alunan ayat al-Quran, zikir, nasyid dan qasidah.

45.

Program Ma'idatul Quran di TV Al-Hijrah

42

LAMAN WEB RASMI FACEBOOK INSTAGRAM TWITTER YOUTUBE FLICKR
www.jawi.gov.my JAWIWP jawi_kl myJAWI myJAWIKL myjawikl

Diterbitkan Oleh:
Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana
50676 Kuala Lumpur


Click to View FlipBook Version