1 BSJ3022: SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN JAWI TUGASAN INDIVIDU (FORUM 1) MARKAH PENUH: 7.5% Ruberik 1. Jawapan lengkap disertakan dua rujukan berwasiat:: 6 - 7.5 2. Jawapan lengkap disertakan dua rujukan berwasiat:: 4 – 5.5 3. Jawapan lengkap disertakan satu rujukan berwasiat : 2 – 3.5 4. Jawapan tidak lengkap dan rujukan tidak berwasit : 0.5 -1.5 Skor ___/7.5 NAMA: NUR AMIRAH BINTI SAIFUDIN NOMBOR MATRIKS: D20192091253 KUMPULAN: A Arahan: Tuliskan sumbangan salah satu daripada tokoh berikut dalam di bidang Jawi. Jawapan perlu merujukan kepada rujukan berwasit (artikel jurnal/ artikel persidangan/buku/lawan web rasmi/laporan penyelidikan) Senarai nama tokoh: i. Muhammad @ Mokhtar Bin Talib (Pak Matlob) ii. Muhammad Bukhari Lubis iii. Hamdan Abdul Rahman iv. Amat Juhari Moain v. Hashim Musa Jadual 1: Sumbangan Muhammad @ Mokhtar bin Talib (Pak Matlob) dalam bidang Jawi Bil Maklumat sumber rujukan (ditulis mengikut gaya APA) Maklumat yang diperoleh daripada artikel tentang sumbangan Muhammad @ Mokhtar bin Talib (Pak Matlob) dalam bidang Jawi 1. Makmur Haji Harun & Muhammad Bukhari Lubis. (2014). Pengajaran Tulisan Jawi Kaedah Za’ba dan Matlob (Rh): Satu Kajian Perbandingan. Diperoleh daripada https://www.researchgate.net/publica tion/283318693_PENGAJARAN_TU LISAN_JAWI_KAEDAH_ZA'BA_DAN _MATLOB_rh_Satu_Kajian_Perbandi ngan Matlob atau nama sebenarnya Muhammad @ Mokhtar bin Talib tidak pernah mengenal erti penat lelah untuk meneruskan usaha memperjuangkan kepentingan dan keperluan tulisan Jawi dengan menganjurkan pelbagai seminar atau bengkel Jawi di mana sahaja tenaga beliau diperlukan. Sosok ketokohan Matlob terlihat kukuh dan gigih memegang azam dalam mengangkat tulisan Jawi sehingga dikenali ramai, sekali gus menjadikan tulisan tersebut khazanah warisan agung bagi orang Melayu. Perjuangannya yang kuat terhadap kemajuan tulisan Jawi telah mengalir dalam tubuhnya sehingga memperkuat keazaman perjuangan beliau melalui pelbagai karya dan tulisan. Oleh itu, Matlob juga aktif dalam pelbagai organisasi dan persatuan, beliau merupakan mantan ketua Unit Pendidikan Jawi dalam akhbar Utusan Melayu (1993-1997). Kemudian sejak bulan Mei 2001, Matlob telah banyak menulis di ruangan “Pintar Jawi” dalam akhbar Berita Minggu. Prinsip dan komitmen penulisan yang telah ditunjukkan oleh Matlob telah mengangkat nama beliau di negara ini, terutamanya dalam pengkaryaan tulisan Jawi yang telah mewarisi karya agung yang dapat dirujuk dan dipelajari dalam pelbagai macam keperluan terutama proses pengajaran dan pembelajaran. Sementara komitmen dan kegigihan Matlob dalam memartabatkan tulisan Jawi telah diakui oleh ramai orang, masyarakat, dan para peminatnya. Matlob juga menjadi salah seorang perunding Jawi apabila DBP melaksanakan ejaan Jawi baharu. Bagi beliau, tulisan Jawi teras dan roh orang Melayu/Islam. Tulisan itu mendekatkan kita pada tulisan Arab di dalam al-Quran. Beliau percaya adalah menjadi tanggungjawab setiap orang Melayu/Islam untuk menguasai tulisan yang satu masa dahulu menjadi tulisan rasmi kesusasteraan, diplomasi, dan perdagangan di rantau ini. Tidak hanya itu, beliau juga tidak pernah berhenti berjuang agar tulisan Jawi tetap hidup sepanjang hayat, dibuktikan dengan kerja kerasnya telah meminta Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil langkah lebih proaktif untuk memperkasa tulisan berkenaan dikalangan pendidik dan pelajar dengan mencadangkan penganjuran kursus khas untuk guru bagi menguasai dan mempelajari kaedah mengajar tulisan tersebut dengan baik. Langkah ini kata beliau perlu dilaksanakan bagi memartabat dan memperkasa lagi tulisan Jawi yang semakin hilang dikalangan masyarakat negara ini khususnya kaum Melayu. Beliau yakin sekirannya kursus intensif diadakan ia mampu melahirkan tenaga pengajar yang mampu mengajarkan tulisan tersebut dengan baik dan berkesan. Malah, beliau sendiri telah menghasilkan 20 judul buku panduan mengajar tulisan Jawi yang sesuai digunakan oleh guru sejak lima tahun di penghujung hayatnya dan 15 daripadanya memberi penekanan
2 kepada cara pembacaan Jawi untuk kanak-kanak. Selain itu, beliau juga telah menghasilkan buku mengenai modul Pintar Jawi yang memberi penekanan kepada Pandai Jawi dan Pandai Khat. Perjuangan beliau sudah bermula ketika menjadi guru pada 1963 iaitu ketika mengajar di Sekolah Convent Batu Pahat dengan mengajar cara membaca dan menulis tulisan Jawi kepada murid-murid yang buta Jawi pada waktu rehat secara sukarela. Tidak dapat disangkal lagi bahawa perjuangan Matlob yang meskipun telah bersara sebagai guru, namun beliau masih aktif memperjuangkan tulisan tersebut dengan menyertai syarikat akhbar Utusan Melayu dan Utusan Zaman sebagai Pengarang Pendidikan mulai tahun 1993. Dalam tempoh itu, kedua-dua akhbar yang menggunakan tulisan Jawi itu telah diberi nafas baru dengan mewujudkan ruangan khas, antaranya program Jawi Arab Amali untuk pembaca muda, iaitu memberikan pedoman mengenai cara menulis khat dan bahasa Arab. Pengelolaan ruangan belajar Jawi, pandai Jawi dan belajar Jawi dalam akhbar Utusan Malaysia, bertujuan memberikan pendedahan mengenai sistem ejaan Jawi mutakhir dan membantu meningkatkan kemahiran menulis Jawi dalam kalangan pembaca. Lebih mengagumkan, beliau yang pada beberapa tahun terakhirnya sebelum kepergiannya banyak menyumbangkan tulisan dan membantu penerbitan Utusan Melayu Mingguan. Kegigihan beliau sehingga tahun-tahun terakhir kehidupannya memperjuangkan tulisan warisan orang Melayu itu terbukti apabila sanggup datang dari Semerah ke Ibu Pejabat Utusan Melayu di Kuala Lumpur untuk menghantar sendiri hasil karyanya kepada akhbar Jawi Utusan Melayu Mingguan. Beliau membuktikan juga terhadap kecintaannya kepada tulisan Jawi jelas tergambar apabila sanggup mengeluarkan wang sendiri sebagai hadiah pertandingan tulisan Jawi yang dianjurkannya dengan kerjasama akhbar tersebut. Di samping itu, beliau berpengalaman luas dalam disiplin tulisan Jawi mengetengahkan beberapa ilmu dan petua melalui karyanya yang ke400. Beliau menghasilkan buku ini untuk tatapan dan bekalan generasi baru agar ilmu orang tua tidak hilang, bahkan dapat diwarisi secara turun-temurun. Walaupun buku itu kelihatan ringkas, namun banyak kegunaannya termasuk dapat melakukan ramalan terhadap jodoh melalui kaedah abjad Jawi yang tidak diperoleh melalui kursus di mana-mana sekalipun. Sebetulnya "buku” ini dihasilkan dengan tujuan utamanya untuk mengembangkan tulisan Jawi secara praktik selepas mendapat maklum balas daripada generasi muda ketika beliau mengendalikan kursus Jawi. Melalui pelbagai karya, kemudian beliau pernah menyatakan bahawa beliau mendapat ilham daripada ceramah tulisan Jawi, dan mencuba menghasilkan buku ini dalam tempoh dua tahun. Hasilnya, buku terbabit yang turut mengandungi rumus dengan huruf Jawi, rumus jodoh, rumus menang kalah, dan rumus bintang sangat berguna bagi meluaskan pengetahuan generasi masa kini. Muhammad Bukhari Lubis menyatakan Matlob pernah bermati-matian akan menerbitkan akhbar bertulisan Jawi sehingga pernah suatu ketika beliau datang berkali-kali ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk berbincang dengannya. Matlob turut mendesak Muhammad Bukhari Lubis untuk menyediakan esei ringkas tentang asal perkataan Jawi, untuk dimasukkan ke dalam sebuah akhbar Jawi yang bakal diterbitkan. Akhirnya, esei tersebut dapat ditulis, namun rancangan suci tersebut hanyalah tinggal kenangan. Seterusnya berikut bukti nyata kesungguhan Matlob dalam memartabatkan tulisan Jawi yang boleh dilihat melalui karya buku-buku beliau sebagai bukti perjuangan dan kegigihannya dalam mengangkat tulisan tersebut sehingga ke penghujungnya. Antara karya tersebut seperti Mari mengenal, Jawi rendah, Bacaan Jawi, Bimbingan anak-anak (Jawi), Ilmu Jawi, Alam dan manusia (Jawi), Asuhan Islamiah (Jawi), Klasik pilihan (Jawi), dan Cerita teladan (Jawi).
3 2. Makmur Haji Harun & Muhammad Bukhari Lubis.(2014). Komitmen dan Kegigihan Berterusan Pak Matlob dalam Memartabatkan Tulisan Jawi. Diperoleh daripada https://www.researchgate.net/publica tion/283318504_KOMITMEN_DAN_ KEGIGIHAN_BERTERUSAN_PAK_ MATLOB_DALAM_MEMARTABATK AN_TULISAN_JAWI Pak Matlob atau nama sebenarnya adalah Muhammad @ Mokhtar bin Talib seorang pejuang tulisan Jawi yang gigih dan tangguh, selain menjadi penulis pelbagai genre kanak-kanak dan remaja. Kepelbagaian buku dan tulisan yang telah beliau sumbangkan sebagai karya abadi yang nyata sebagai bukti komitmen dan kegigihan beliau dalam memperjuangkan tulisan tersebut. Perjuangan beliau dibuktikan dengan terus berkarya, terus menulis, terus semangat dan tidak pernah kenal lelah dalam memartabatkan tulisan Jawi. Penghasilan karya yang telah beliau wariskan kepada bangsa dan negara ini, sebagai bukti kecintaan beliau terhadap tulisan ini. Tulisan-tulisan beliau terus meluas ke seluruh wilayah nusantara yang tidak hanya sekadar sebagai hiasan indah dalam buku semata-mata tetapi juga menjadi khazanah keilmuan dan pengetahuan, bahkan juga menjadi karya tulisan media pengantar pengajaran dan pembelajaran di sekolah, pejabat, intitusi, masjid, rumah dan lain sebagainya berpola pengajaran dan pebelajaran Jawi yang berkesan. Karya dan tulisan beliau penuh simbol dan falsafah tersendiri mencerminkan kekayaan khazanah dan budaya masyarakat Melayu. Melihat betapa kukuhnya disiplin dan prinsip hidup yang dipegang Pak Matlob dalam mengangkat tulisan Jawi sehingga dikenali ramai, sekali gus menjadikan tulisan tersebut khazanah warisan agung bagi orang Melayu. Prinsipnya yang mendalam terhadap tulisan Jawi telah mengalir dalam tubuhnya sehingga memperkuat lagi keazaman perjuangan beliau melalui karya dan tulisan. Komitmen dan kegigihan Pak Matlob dalam memartabatkan tulisan Jawi telah diakui oleh ramai orang, masyarakat, dan para peminatnya melalui beberapa karya buku beliau. Sesungguhnya, semangat jitu yang beliau tonjolkan dalam memartabatkan tulisan Jawi yang boleh dilihat melalui karya buku-buku di bawah ini sebagai bukti nyata perjuangan dan kegigihan beliau dalam mengangkat tulisan Jawi ini sehingga ke akhir hayatnya, Berikut adalah karya-karya yang beliau hasilkan. Mari Mengenal 1. Mari mengenal huruf Jawi. 1996. Petaling Jaya: Eastview Publications. 2. Mari mengenal tulisan Jawi. 1996. Petaling Jaya: Eastview Publications. 3. Mari mengenal ejaan Jawi. 1996. Petaling Jaya: Eastview Publications. Siri Jawi Rendah 1. Jawi rendah asas. 1999. Singapura: Pustaka Nasional. 2. Jawi rendah satu. 1999. Singapura: Pustaka Nasional. 3. Jawi rendah dua. 1999. Singapura: Pustaka Nasional. Siri Bacaan Jawi 1. Jawi bacaan Pak Matlob. (1-12). 2008-2009. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Jawi tambahan j-QAF. (1-20). 2006-2008. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Siri Bimbingan Anak-anak (Jawi) 1. Allah. 1991. Melaka: Mayabakti. 2. Rasul Allah. 1991. Melaka: Mayabakti. 3. Mari sembahyang. 1991. Melaka: Mayabakti. 4. Hari dan bulan. 1991. Melaka: Mayabakti.
4 Ilmu Jawi 1. Rahsia belajar Jawi. 1989. Kuala Lumpur: Pustaka Antara. 2. Sistem tulisan Jawi (bersama Dr. Mohd. Hussein Baharuddin). 1998. Kuala Lumpur: Global Grafik. Siri Alam dan Manusia (Jawi) 1. Kisah anak-anak pekerja (1). 1991. Johor Bahru: Badan Book Store. 2. Kisah anak-anak pekerja (2). 1991. Johor Bahru: Badan Book Store. 3. Kisah anak-anak pekerja (3). 1991. Johor Bahru: Badan Book Store. 4. Kisah anak-anak pekerja (4). 1991. Johor Bahru: Badan Book Store. Asuhan Islamiah (Jawi) 1. Syahadah dan salat. 1991. Johor Bahru: Badan Book Store. 2. Berpuasa di bulan ramadhan. 1991. Johor Bahru: Badan Book Store. 3. Mengeluarkan zakat. 1991. Johor Bahru: Badan Book Store. 4. Menunaikan haji. 1991. Johor Bahru: Badan Book Store. Siri Klasik Pilihan (Jawi) 1. Hang Tuah. 1979. Kuala Lumpur: Pustaka Antara. 2. Tun Fatimah. 1991. Kuala Lumpur: Pustaka Antara. 3. Kamal al-Arifin dengan perempuan. 1991. Kuala Lumpur: Pustaka Antara. 4. Pengembaraan Badrul Muin. 1991. Kuala Lumpur: Pustaka Antara. Siri Cerita Teladan (Jawi) 1. Pak Pandir turun ke sawah. 1991. Johor Bahru: Badan Book Store. 2. Siapa ke tali gantung. 1991. Johor Bahru: Badan Book Store. 3. Si hidung panjang. 1991. Johor Bahru: Badan Book Store. 4. Menunggu rambut puteri bulan. 1991. Johor Bahru: Badan Book Store. 3. Zulkifli Abdullah. ‘Pak Matlob-Pejuang Sejati Perkembangan Tulisan Jawi,’ Utusan Malaysia, 9 September 2013, 11. Diperoleh daripada http://myrepositori.pnm.gov.my/handl e/123456789/1104 Melalui keratan akhbar ini, dirungkaikan bahawa mungkin masih ramai yang tidak mengenali Mohamad @ Mokhtar Talib, tetapi apabila disebut Pak Matlob, ramai yang mengetahui bahawa beliau ialah tokoh ternama dalam bidang tulisan jawi dan sastera kanak-kanak. Lebih mengagumkan anak kelahiran Kampung Laut, Semerah, Batu Pahat, Johor ini merupakan pejuang sejati tulisan jawi dan telah menghasilkan lebih 400 buah buku dalam pelbagai bidang, kebanyakkannya dalam tulisan jawi. Dalam bidang penulisan Jawi, tokoh pejuang jawi ini banyak memberi sumbangan berharga kepada akhbar dan majalah. Buktinya, beliau pernah mengelolakan ruangan Pandai Jawi dan Belajar Jawi di Utusan Malaysia. Sumbangan beliau turut dapat dikenalpasti apabila pernah bertugas sebagai Ketua Unit Pendidikan Jawi untuk Utusan Melayu sekitar tahun 1993 sehingga 1998. Selain itu, Pak Matlob menghasilkan 11 novel remaja dan 107 novel kanak-kanak selain mengeluarkan 30 jenis bahan bacaan dan penyelidikan berhubung tulisan jawi moden dalam tempoh tiga tahun. Di peringkat negeri, tokoh gemilang jawi ini dipilih menerima Anugerah Tokoh Pejuang Jawi daripada Persatuan Penulis Johor. Kegigihan Allahyarham sehingga tahun-tahun terakhir kehidupannya memperjuangkan tulisan warisan orang Melayu itu terbukti apabila sanggup datang dari Semerah ke Ibu Pejabat Utusan Melayu di Kuala Lumpur untuk menghantar sendiri hasil karyanya kepada akhbar jawi Utusan
5 Melayu Mingguan. Kecintaannya kepada tulisan Jawi jelas tergambar apabila sanggup mengeluarkan wang sendiri sebagai hadiah pertandingan tulisan jawi yang dianjurkannya dengan kerjasama Utusan Melayu Mingguan. Jasa dan pengorbanan beliau telah meninggalkan nama beliau sebagai pejuang sejati tulisan jawi di negara ini.