The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

analisis perkembangan kanak-kanak (Teori Chomsky)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amelia4110, 2019-09-06 01:47:02

analisis perkembangan kanak-kanak (Teori Chomsky)

analisis perkembangan kanak-kanak (Teori Chomsky)

ANALISIS PERINGKAT-
PERINGKAT

PERKEMBANGAN
KANAK-KANAK

BERDASARKAN TEORI
CHOMSKY

Analisis Peringkat-peringkat Perkembangan Kanak-kanak dan Peranan Guru dalam
Teori Chomsky

Fonologi

Pragmatik Teori Semantik
Bahasa

Tatabahasa

Rajah 2 : Teori Aliran Transformasi Generatif
Rajah dua menunjukkan peringkat-peringkat teori bahasa yang dipelopori oleh
Chomsky dengan memberi penekanan kepada teori aliran transformasi generatif.
Mengikut teori ini, seseorang penutur jati bahasa Melayu mempunyai keupayaan atau
kecekapan yang membolehkannya berbahasa. Kecekapan dikatakan terdiri daripada
set rumus yang membolehkan si penutur memahami dan membina ayat yang infiniti
jumlahnya walaupun ayat itu tidak pernah dibina atau didengarnya. Dalam hal ini,
seorang guru bahasa seharusnya membentuk kecekapan bahasa seseorang murid
berbanding mementingkan perlakuan bahasanya sahaja. Dengan keupayaan atau
kecekapan tersebut, seseorang individu mampu memahami dan membina ayat-ayat
dalam bahasa ibundanya. Misalnya, latih tubi penting untuk menghasilkan struktur
bahasa yang baik dan kecekapan hanya akan tercapai apabila pelajar dapat
menggunakan struktur bahasa yang betul dalam interaksi sosial mereka. Dalam pada
itu, kesalahan-kesalahan yang dibuat dan diperbetulkan oleh ahli masyarakat atau
guru akan memperkukuhkan struktur bahasa dalam pemikiran mereka. Oleh itu,
Pengajaran tatabahasa seseorang guru seharusnya mengajarkan ayat-ayat dasar
terlebih dahulu dan diikuti dengan ayat transformasi yang disusun mengikut aras
kognitif murid. Dalam membicarakan tentang teori aliran transformasi generatif ini,
terdapat sistem bahasa yang berkait rapat dengan perkembangan kanak-kanak iaitu
aspek fonologi, semantik, tatabahasa dan pragmatik.

3.1 Fonologi
Fonologi merupakan satu cabang kajian bahasa yang memberikan
tumpuan kepada aspek bunyi bahasa secara umum dan fungsi bunyi
bahasa dalam sesuatu bahasa tertentu. Fonologi juga melibatkan
peraturan-peraturan tentang struktur dan urutan bunyi ucapan.
Perkembangan fonologi kanak-kanak dilihat bermula dengan tangisan
seorang bayi untuk menyatakan kehendaknya dan senyum untuk
menyatakan perasaan suka terhadap sesuatu perkara. Kemudiannya,
sekitar umur dua hingga empat bulan, bayi mulai membuat bunyi-bunyian
seperti berdekut yang kebanyakannya terdiri daripada bunyi vokal seperti
aa-aa-aa-aa. Dalam lingkungan umur enam bulan, berdekut berubah
menjadi ocehan yang merupakan konsonan dan vokal yang berulang-
ulang dalam sesuatu suku kata. Sekitar satu tahun, bayi sudah boleh
mencantumkan suku kata dan menghasilkan perkataan pertama.
Misalnya, peringkat perkembangan fonologi kanak-kanak beserta peranan
guru dapat dilihat dalam lingkungan umur dua hingga enam tahun.

3.1.1 Peringkat 2 hingga 6 tahun
Pada peringkat ini, perkembangan fonologi kanak-kanak dapat
dilihat apabila kanak-kanak sudah boleh menyebut gabungan
perkataan yang mengandungi tiga hingga lima patah perkataan.
Tambahan pula, kanak-kanak gemar bercakap dan suka bertanya
pada ketika ini. Antara kaedah yang boleh dilakukan oleh seorang
guru bagi mengenal pasti perkembangan fonologi kanak-kanak
dalam kalangan murid adalah pendekatan melalui didik hibur dengan
melibatkan murid secara aktif dalam pengajaran. Misalnya, guru
menggunakan kaedah nyanyian bagi sesuatu topik yang berkait
dengan bahasa dan bunyi. Dalam hal ini, guru meminta murid untuk
menyanyikan lagu vokal iaitu a,e,i,o,u yang bertujuan untuk
memastikan proses penyebutan beserta bunyian huruf vokal disebut
dengan lancar dan betul. Dengan ini, sebutan murid akan bertambah
baik. Perkara ini dikukuhkan lagi dengan pendapat puan X yang
mengatakan bahawa guru perlu mengesan dengan lebih awal
perkataan yang sukar disebut oleh kanak-kanak supaya guru dapat
memperbetulkan segera perbendaharaan kata murid. Misalnya,
ketika usia ini, murid cenderung menggunakan strategi tertentu untuk
menyebut perkataan yang dirasakan rumit dalam proses penyebutan

sesuatu perkataan. Sebagai contoh, kanak-kanak menyebut
perkataan ‘mamam’ untuk makan dan ‘akit’ untuk sakit. Dalam hal
ini, guru boleh melakukan proses ulang dan terus mengulang untuk
menyebut perkataan yang sama setiap hari. Apabila murid selalu
mengulang perkataan yang sama, maka alat-alat artikulasi murid
seperti lidah akan bertindak balas dan sebutan murid pasti akan
bertambah baik.

3.2 Semantik

Semantik adalah kajian yang berkaitan dengan makna. Semantik terdiri
daripada kosa kata dan bagaimana konsep dinyatakan melalui kata-kata.
Ini bermaksud kanak-kanak berkebolehan memahami percakapan yang
didengarinya. Dalam peringkat ini juga, mereka mempelajari daripada
konsep konkrit kepada konsep abstrak iaitu mula memahami makna
perasaan sedih, marah dan gembira. Misalnya, jika murid melihat wajah
rakannya muram dan tidak bermaya telah menggambarkan dia sedang
sedih manakala jika wajah rakannya menunjukkan wajah yang garang
dengan dahi yang berkerut pastinya rakannya sedang marah. Walau
bagaimanapun, kanak-kanak pada masa ini banyak melakukan kesilapan
dalam berbahasa. Oleh itu, guru memainkan peranan yang penting dalam
membimbing murid untuk memperbaiki bahasa mereka dari aspek
semantik. Misalnya, peringkat perkembangan semantik kanak-kanak
beserta peranan guru dapat dilihat dalam lingkungan umur tiga hingga
enam tahun.

3.2.1 Peringkat 3 hingga 6 tahun
Pada peringkat ini, kanak-kanak biasanya mengalami kesulitan
menggunakan kata-kata dengan benar. Kanak-kanak di awal usia
tiga tahun menghadapi kesulitan dalam menamakan objek atau
kejadian dan mengkategorikannya. Misalnya, kanak-kanak akan
mengkategorikan semua kenderaan bertayar empat roda termasuk
dalam golongan kereta. Hal ini bertentangan sama sekali dengan
makna kereta yang sebenar. Hal ini kerana, kereta tidak sama
dengan van dan lori meskipun ketiga-tiganya bertayar empat roda.
Dalam hal ini, guru perlu membuat pengukuhan terhadap apa yang
diajarkan kepada murid-murid selepas proses pengajaran dan

pembelajaran berlangsung di dalam kelas. Perkara ini dikukuhkan
lagi dengan pendapat puan X yang mengatakan bahawa guru juga
boleh menggunakan teknik penyoalan kepada murid-murid
mengenai topik yang telah diajarkan. Sebagai contoh, guru
menerangkan secara terperinci tentang kategori kenderaan supaya
murid tidak keliru dengan makna yang hendak disampaikan oleh
guru. Di akhir pengajaran, guru memberi peluang kepada murid
untuk bertanya dan guru juga boleh menyoal semula murid untuk
menguji tahap kefahaman murid terhadap topik yang telah diajarkan.
Dengan ini, dapat meningkatkan tahap kefahaman seseorang murid
terhadap makna sebenar yang ingin disampaikan dalam sesuatu
topik. Ketika usia ini, kanak-kanak sudah boleh memahami lawak
jenaka dan unsur metafora. Dalam hal ini, unsur kecindan
merupakan aspek yang agak penting dalam proses pengajaran
seseorang guru. Kebiasaannya, guru yang bersikap bersahaja
memiliki sifat lawak yang semula jadi dan boleh menghiburkan
murid-murid sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Unsur kecindan dapat dicapai apabila murid
memberikan tindak balas tertentu terhadap jenaka yang
disampaikan seperti tersenyum malahan ada yang tertawa dengan
lawak jenaka seorang guru. Hal ini menunjukkan bahawa murid
memahami makna kecindan yang ingin disampaikan oleh sebab itu
dia memberikan tindak balas.

3.3 Tatabahasa

Aspek tatabahasa dalam konsep perkembangan kanak-kanak ini
mementingkan konsep sintaksis dan morfologi. Sintaksis merupakan
peraturan di mana kata-kata disusun menjadi ayat manakala morfologi
ialah penggunaan membuat tatabahasa iaitu proses penyebutan melalui
pengimbuhan. Peringkat perkembangan tatabahasa kanak-kanak boleh
dilihat dari umur satu hingga dua tahun di mana kanak-kanak mulai
menggunakan ucapan yang mempunyai dua ayat. Misalnya, kanak-kanak
sudah boleh menyebut perkataan seperti ‘ayah bola’ dan ‘ini Ani’. Selain
itu, dalam lingkungan umur tiga sehingga lima tahun, kanak-kanak terus
meningkatkan tatabahasa morfologi secara berperingkat dalam
menghasilkan struktur tatabahasa yang kompleks. Dalam konteks

pengajaran seorang guru, pendedahan terhadap proses penyebutan
melalui pengimbuhan amat penting dalam memastikan setiap murid
mampu menguasai konsep tatabahasa. Dalam hal ini, guru berperanan
untuk mengenal pasti sama ada murid mahir atau tidak membaca dan
menyebut sesuatu perkataan dengan lancar. Sebagai contoh, guru
memberikan peluang kepada setiap murid untuk menyebut kata dasar
sesuatu perkataan yang mudah sebelum menyebut perkataan yang lebih
kompleks seperti menyebut perkataan kata tunggal dua suku kata, tiga
suku kata mahupun empat suku kata. Dengan ini, dapat memudahkan
peranan guru untuk mengenal pasti dan membimbing murid yang lemah
dalam berbahasa. Perkara ini diperkukuhkan lagi dengan pendapat puan
X yang mengatakan bahawa aras kognitif setiap murid berbeza mengikut
peringkat umur. Oleh itu, guru perlu bijak dalam menyesuaikan bahan
pengajaran mengikut tahap kognitif murid. Jika guru melaksanakan aktiviti
penyebutan kata dasar seperti makan dan tidur kepada murid tahun 2, guru
tidak sepatutnya melaksanakan kaedah pengajaran yang sama apabila
masuk ke dalam kelas murid tahun 6. Hal ini kerana, aras kognitif murid
tahun 6 lebih tinggi berbanding murid tahun 2. Oleh itu, guru perlulah
melakukan kaedah transformasi dengan menukarkan corak pengajaran
daripada mudah kepada yang lebih mencabar kognitif murid tahun 6 seperti
guru menjalankan aktiviti berkumpulan untuk membina ayat berdasarkan
gambar rajah yang telah disediakan. Daripada binaan ayat yang dibuat oleh
murid, guru dapat mengenal pasti kesalahan susunan ayat pelajar dan
dapat memperbetulkannya bersama pelajar semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung. Kesannya, murid akan lebih memahami
akan bentuk pengajaran yang disampaikan oleh guru.

3.4 Pragmatik

Menurut George Yule (1997), beliau mendefinisikan pragmatik sebagai
suatu kajian makna yang melibatkan dua pihak iaitu penyampai dan
penerima seperti pengucap dan pendengar dan penulis atau pembaca.
Pada peringkat ini, berlaku interaksi dua hala atau pelbagai hala kerana ia
melibatkan orang di sekeliling. Hal ini dapat dibuktikan dengan merujuk
kepada lingkungan umur kanak-kanak tiga hingga empat tahun di mana
kanak-kanak mula mengambil bahagian dalam perbualan kecil ketika
bermain atau aktiviti kelas. Dalam hal ini, penglibatan kanak-kanak secara
aktif dalam ahli kumpulan amat digalakkan kerana dapat membantu proses
komunikasi pelbagai hala. Oleh itu, guru mestilah mengadakan aktiviti
berkumpulan seperti gallery walk sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung di dalam kelas. Hal ini dapat memupuk nilai
kerjasama di samping wujudnya perbincangan antara kumpulan dengan
menerapkan penggunaan bahasa Melayu yang betul. Pada ketika ini juga,
kanak-kanak gemar berinteraksi dengan orang di sekeliling terutamanya
rakan sebaya. Peranan guru dilihat apabila guru bertanggungjawab untuk
menegur kesalahan sebutan kanak-kanak semasa mereka sedang
berkomunikasi antara satu sama lain. Misalnya, Cikgu Zaki menegur
Ahmad yang menyebut perkataan ‘akit’ yang sepatutnya disebut dengan
bahasa yang betul iaitu sakit. Dalam pada itu, pendapat daripada puan X
mengatakan bahawa kanak-kanak lebih gemar berkomunikasi ketika
mereka mencecah umur lima hingga enam tahun. Hal ini kerana, pada
peringkat ini, kanak-kanak mula berkomunikasi dalam kelompok orang
besar. Sebagai contoh, kanak-kanak mula selesa untuk bergaul dengan
menceritakan hari-harinya kepada orang yang lebih tua. oleh sebab itu,
tidak hairanlah jika ketika ini kanak-kanak sangat rapat dengan guru-
gurunya. Peranan guru pula boleh dilihat dari segi layanan mesra kepada
semua anak muridnya. Apabila murid mula berinteraksi atau memberikan
tindak balas terhadap pengajaran yang disampaikan, guru mestilah
memberikan penghargaan seperti puji-pujian kepada murid. Dengan ini,
murid akan berasa lebih dihargai dan bersemangat untuk belajar.


Click to View FlipBook Version