KHUTBAH JUMAAT
ABDUL RAHHIM BIN ABDUL WAHAB
FELO PENDIDIK AKADEMI TARBAWI
KHUTBAH JUMAAT
• Khutbah Jumaat adalah ucapan atau syarahan
yang dibaca dan disampaikan sebanyak dua kali
berturut-turut oleh khatib yang biasanya
dilakukan oleh seseorang imam atau oleh orang
yang berkelayakan sebelum menunaikan solat
Jumaat.
KHUTBAH JUMAAT
• Dua Khutbah Jumaat adalah sebahagian daripada
syarat sah solat Jumaat dan tanpanya solat Jumaat
rosak dan tidak sah. Maka, khutbah Jumaat itu
adalah WAJIB.
• Khutbah Jumaat yang dilaksanakan sebelum
mendirikan solat Jumaat, ianya mengandungi
kata-kata pujian, nasihat, peringatan, ilmu
pengetahuan dan pengajaran kepada jemaah
Jumaat yang hadir.
KHUTBAH JUMAAT
• Khutbah terbahagi dua iaitu khutbah pertama dan khutbah ke dua.
Sebelum menunaikan solat Jumaat, biasanya Imam atau Khatib
membacakan dua khutbah yang mana kedua-dua khutbah ini dipisah
dengan Khatib duduk sebentar.
ِاْْلُ ُم َعة يَ ْوَم َيْطُ ُب َو َسله َم َعلَْي ِه ُاَّهلل َصلهى اَّهلِل َر ُسوُل َكا َن َعُْيلَِمَرُسقَاُُثَهل َع ْن ابْ ِن
يَ ُقوم قَائًِما ُُثه
• Dari Ibnu Umar RA meriwayatkan bahawa, “Rasulullah SAW berkhutbah
pada hari Jumaat secara berdiri, kemudian baginda duduk, kemudian
baginda berdiri.” (Hadis riwayat Muslim)
RUKUN KHUTBAH JUMAAT
1. Memuji Allah swt.
2. Berselawat ke atas Nabi Muhammad Saw.
3. Nasihat supaya bertakwa kepada Allah swt.
*(3 rukun di atas merupakan rukun bagi 2 khutbah)
4. Membaca ayat al-quran pada salah satu daripa 2
khutbah
5. Berdoa kepada orang mukmin dalam khutbah
kedua.
Khutbah Pertama
Khutbah pertama mengandungi:
1. Pujian kepada Allah swt.
2. Mengucapkan dua kalimah syahadah
3. Selawat kepada Nabi Muhammad ﷺ.
4. Nasihat taqwa; kata pujian, pengajaran dan ilmu pengetahuan.
5. Membaca sekurang-kurangnya satu ayat dari petikan Al-Quran.
6. Memohon doa dan keampunan bagi kaum muslimin dan muslimat.
Khutbah Ke Dua
Khutbah kedua sekadar membaca:
1. Lafaz ‘Hamdalah’ (Alhamdulillah).
2. Mengucapkan dua kalimah syahadah
3. Selawat ke atas Nabi Muhammad ﷺ.
4. Nasihat supaya jemaah bertaqwa kepada Allah swt.
5. Berdoa untuk orang-orang mukmin pada khutbah ke-dua.
KHUTBAH
PERTAMA
KHUTBAH
KEDUA
https://www.islam.gov.my/ms/e-khutbah
SYARAT SAH KHUTBAH JUMAAT
1. Syarat-Syarat sah Khutbah Jumaat
2. Khutbah disampaikan setelah masuk waktu Zuhur.
3. Dibacakan khutbah dahulu sebelum bersolat Jumaat.
4. Rukun-rukun khutbah hendaklah dibaca dalam ntara Arab.
5. Seseorang Khatib hendaklah duduk sebentar di ntara dua khutbah.
6. Khutbah dibaca dengan suara yang jelas, terang dan nyata.
7. Mu’alat (dilakukan berturut-turut) di ntara 2 khutbah.
8. Mu’alat di ntara dua khutbah dan solat Jumaat.
9. Makmum mencukupi bilangan 40 orang dari mula khutbah hingga akhir solat.
SYARAT SAH KHATIB
1. Syarat-syarat khatib (penyampai khutbah) ketika membaca
khutbah:
2. Khatib hendaklah berpakaian bersih dan menutup aurat.
3. Khatib hendaklah suci daripada hadas besar dan hadas kecil.
4. Khatib hendaklah suci badan, pakaian dan tempat daripada
najis.
5. Khatib mestilah lelaki, tidak sah jika dilakukan orang
perempuan.
6. Khatib hendaklah berdiri pada kedua-dua khutbah itu, jika
mampu.
PERMASALAHAN
1. Rukun-rukun khutbah hendaklah dibaca dalam Bahasa Arab, tidak boleh dibaca
dalam bahasa ibunda seperti membaca salawat Nabi dalam Bahasa Melayu.
2. Khatib duduk sebentar setelah selesai khutbah pertama sebelum memulakan
khutbah kedua. Jika Khatib tidak mampu berdiri dan dalam keadaan duduk, maka
ia boleh pisahkan di antara dua khutbah itu dengan diam sebentar.
3. Khutbah didengar oleh 40 orang yang bermukim sekalipun tidak memahami
Bahasa yang digunakan untuk menyampaikan khutbah.
4. Mualat bukan hanya antara 2 khutbah sahaja, ia juga perlu dilakukan secara
berturut-turut di antara segala rukunnya dan antara khutbah dengan solat
Jumaat.
SUNAT-SUNAT KHUTBAH
Perkara sunat khutbah yang perlu dilakukan oleh khatib ialah;
1. Berdiri di atas mimbar atau tempat tinggi.
2. Memandang dan menghadap ke arah jemaah.
3. Memberi salam kepada jamaah pada permulaan khutbah.
4. Memegang tongkat, tombak, pedang atau seumpamanya.
5. Duduk sebentar di atas mimbar selepas mengucapkan salam.
6. Membaca Surah Al-Ikhlas ketika duduk di antara dua khutbah.
7. Memendekkan penyampaian khutbah daripada tempoh melakukan solat.
8. Rasulullah ﷺbersabda: “Panjangnya solat seseorang serta pendek khutbahnya,
menunjukkan tanda kefakihannya (kefahaman terhadap okum agama).” (Hadis
Riwayat Ahmad dan Muslim r.a.)
PERHATIAN
Khatib perlu berupaya melahirkan rangsangan para jemaah untuk memberi
tumpuan, suara yang jelas, membaca dengan betul dan tepat pada setiap
baris ayat-ayat al-Quran dan hadis.
Sistem pembesar suara yang baik, kandungan khutbah perlu mantap,
sesuai dan terkini.
Teks khutbah hendaklah disediakan terlebih awal bagi tujuan kelancaran
dan tidak menyentuh kehormatan, perasaan dan sesitiviti orang lain.
AMARAN BERCAKAP KETIKA KHUTBAH
• Nabi Muhammad ﷺbersabda: “Sesiapa yang bercakap-cakap ketika imam sedang
membaca khutbah (solat Jumaat), maka dia bagaikan seekor keldai yang membawa
kitab-kitab dan sesiapa yang berkata ‘diam’ (kepada rakannya yang bercakap), sia-
sialah pahala Jumaatnya, maka tiadalah Jumaat baginya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
• Berbual dan sikap tidak menumpukan perhatian ketika khatib membaca khutbah adalah
sikap buruk yang menyerupai sikap orang kafir Quraisy pada zaman dulu.
• Firman Allah سبحانه وتعالى.:
• “Dan orang kafir berkata: “Janganlah kamu mendengar akan al-Quran ini dan
tentanglah dia (dengan nyanyian dan jeritan riuh rendah serta tepuk sorak) supaya
kamu berjaya (mengganggu bacaan atau menenggelamkan suara pembacanya. Maka
demi sesungguhnya, kami akan merasakan kepada orang yang kafir itu azab seksa yang
seberat-beratnya, dan kami akan membalas mereka dengan seburuk-buruk balasan bagi
apa yang mereka telah kerjakan.” (Surah Fussilat, ayat 26 dan 27.)
• Amalan tidak memberi tumpuan terhadap khutbah adalah kesalahan yang menyerupai
pengabaian terhadap bacaan al-Quran apabila ia dibaca. Hal ini kerana salah satu daripada
rukun khutbah adalah membaca al-Quran.
HIKMAT KHUTBAH JUMAAT
1. Menambahkan pengetahuan umat Islam.
2. Menerima nasihat dan tunjuk ajar berguna.
3. Menyedari dan menginsafi kekhilafan diri.
4. Meningkatkan rasa ketaqwaan kepada Allah سبحانه وتعالى.
5. Dapat mendengar dan mengambil pengajaran daripada khutbah.
6. Rasulullah ﷺ: “Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya,
kemudian mendatangi solat Jumaat, terus mendengar dan berdiam
diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari
lagi. Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga
tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah
melakukan kelalaian, yakni bersalah.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)