The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 1: BUKU LOG DIGITAL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR RASYIQAH AQILAH BINTI RUSDI IPG-Pelajar, 2025-03-14 11:59:56

BUKU LOG PENGAKAP

TUGASAN 1: BUKU LOG DIGITAL

NAMA KELAS 1. CLARICE YUGARANG @ SYLVESTER MZ 2. AMNI FIRZANAH BT MUHAMMAD BADLI SHAM PM2 3. NUR FARAHIYAH BINTI ABDUL RAZAK PM2 4. NUR ALYA AMIRAH BINTI MOHD DAUD PM4 5. MUHAMMAD ASHRAFF BIN AZHAR MZ 6. MUHAMMAD DANIAL SYAMIM B. RAMELI MZ 7. MUHAMMAD ADAM BIN HAZLAN SN NAMA KELAS 1. BRAYEND BRIDGE MZ 2. NUR NAZIRAH BINTI MOHD NAZIR PM2 3. NURUL NAJWA SUHAIMI PM2 4. SITI NORAYSHAH ELYANI BT MOHD NORZAIRI PM2 5. NOR AQILAH BINTI MOHD NAZRI PM4 6. MUHAMMAD FAKRUL AZALY B KHAIRUL FAIZI MZ 7. ZAKRI AMIN BIN ZAINAL FITRI MZ SENARAI SEKAWAN SEKAWAN MERAH SEKAWAN UNGU


PAKAIAN SERAGAM


UNIFORM PENGAKAP


PENGAKAP LELAKI


PENGAKAP PEREMPUAN


KEDUDUKAN LENCANA PADA BAJU


LENCANA KEAHLIAN


LENCANA KEAHLIAN Sebelum dilantik menjadi ahli, seseorang budak akan diuji dalam perkara-perkara yang terkandung dalam silibus Lencana Keahlian. Lencana keahlian ini dianugerahkan kepada seseorang budak sebagai mengakui bahawa dia merupakan seorang ahli dalm Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia yang luas itu. 1.Lambang Pengakap Malaysia 2.Lambang Pengakap Dunia 3.Persetiaan Pengakap 4.Undang-Undang Pengakap 5.Lima Prinsip Rukun Negara 6.Hormat Pengakap 7.Cogan Kata Pengakap 8.Sejarah Pengakap Malaysia 9.Cerita Hutan 10.Istiadat Laung Agung


LENCANA AHLI RENANG Lencana in diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengaku pengetahuan dan kesungguhan dalam berenang dengan mengetahui peraturan keselamatan di air, kemahiran keselamatan diri, menunjukkan pelbagai kaedah berenang seperti kuak lontang, kuak kupu-kupu, gaya bebas dan mengapar menimbulkan diri (mushroom float). Setelah lulus Lencana Keahlian, Ahli Pengakap Kanak-Kanak dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan SATU (1) Lencana WAJIB mengikut minat dan kesukaannnya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut: LENCANA PENUNGGANG BASIKAL Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakul engetahuan dan kesungguhan dalam berbasikal dengan mengetahui undangundang jalanraya. menjaga dan membaiki kerosakan kecil basikal dan mengamalkan peraturan berbasikal yang betul.


LENCANA KEMAJUAN- KERIS GANGSA Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan tentang Persetian Pengakap, Rukun Negara, amalan Keagamaan, kesihatan dan keselamatan serta pengurusan diri dan keluarga. Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap Kanak-kanak itù mestilah mendapatkan Lencana Keahlian dan satu Lencana Wajib terlebih dahulu. Setelah memperolehi Lencana Kemajuan Keris Gangsa, Pengakap Kanakkanak itu dikehendaki meneruskan latihan dan ulian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Kegemaran seperti dibawah mengikut minal dan kesukaannya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut: 1. Ahli Koleksi Hobi 2. Ahli Kraf Tangan 3. Peladang Kecil 4. Pelukis 5. Pembaca Buku LENCANA KEPANDAIAN- KATEGORI KEGEMARAN


AHLI KOLEKSI HOBI Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam mengisi masa lapangnya seperti mengumpul pelbagai setem, matawang asing, sampul surat hari pertama, rantai kunci, lencana-lencana Pengakap dan sebagainya. Memungut dan mengumpulkan bendabenda sebagai hobinya dan menyimpan dengan kemas dan tersusun serta mengetahui sedikit sebanyak mengenai koleksinya. Koleksi hobinya itu hendaklah pilihan Pengakap Kanak-kanak sendiri (bukan dicadangkan oleh Pemimpinnya). AHLI KRAFTANGAN Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan kegemaran dalam membuat dan mereka bahan-bahan kraf seperti tikar anyaman, wogel, penanda buku, alat permainan, layanglayang dan sebagainya.


AHLI PELADANG KECIL Lencana ini diberikan kepada kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam menjaga tanaman, memelihara haiwan ternakan, berkebun dengan kaedahkaedah yang betul. PELUKIS Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam mengisi masa lapangnya dengan melukis, kaedah mewarna yang betul,membina arca dan mempunyai koleksi lukisan yang menarik.


AHLI PEMBACA BUKU Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Капак-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan mereka dalam membaca dengan cekap pelbagai jenis buku seperti buku sastera kanakkanak, kamus, ensaiklopedia dan menjadi Ahli Perpustakaan Sekolah atau Tempatan. PENGHIBUR Lencana ini diberi kepada Ahi Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam berhibur dengan menyanyi, bermain alat muzik, menari dan menjadi Juruacara Persembahan


LENCANA KEMAJUAN- KERIS PERAK Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan tentang Persetian Pengakap, Rukun Negara, amalan Keagamaan, kesihatan dan keselamatan serta pengurusan diri dan keluarga. Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap Kanak-kanak itù mestilah mendapatkan Lencana Keahlian dan Lencana Wajib terlebih dahulu. Setelah memperolehi Lencana Kemajuan Keris Gangsa, Pengakap Kanakkanak itu dikehendaki meneruskan latihan dan ulian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Pengetahuan mengikut minal dan kesukaannya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut: 1. Ahli Olahraga 2. Ahli Pasukan Permainan 3. Ahli Sains 4. Pencinta Alam Semulajadi 5. Pembaca Peta 6. Pemelihara Alam Sekitar 7. Pengembara LENCANA KEPANDAIAN- KATEGORI PENGETAHUAN


AHLI OLAHRAGA Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Капак-kanak sebagai mengakui telah mahir pengetahuan dan kesungguhan dalam bidang kesukanan dan olahraga dengan mengambil bahagian dalam acara seperti berlari, melompat tinggi, melontar peluru. Penglibatan sekurang-kurangnya di peringkat Sekolah, Daerha, Negeri mahupun Kebangsaan serta mengetahui sedikit sebanyak tentang acara yang disertai. AHLI PASUKAN PERMAINAN Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Капак-kanak sebagai mengakui telah mahir pengetahuan dan kesungguhan dalam bidang pasukan permainan seperti bola sepak, bola tampar, sepak takraw, bola baling, hoki, pingpong, permainan dalaman dan sebagainya dan mewakili di dan olahraga dengan mengambil bahagian dalam acara seperti ber Sekolah, Daerah, Negeri mahupun Kebangsaan serta mengetahui sedikit sebanyak tentangpermainan yang disertai.


AHLI SAINS Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Капак-kanak sebagai mengakui telah mahir pengetahuan dan kesungguhan dalam ilmu sains seperti membuat ujikaji, membuat kamera lubang halus, menyambung wayar, elektro magnet dan sebagainya. PENCINTA ALAM SEMULAJADI Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Капак-kanak sebagai mengakui telah mahir pengetahuan dan kesungguhan dalam menjaga dan mencintai alam semulajadi seperti membersihkan kawasan sungai, mengutip sampah di tepi pantai dan sebagainya.


PEMBACA PETA Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Капак-kanak sebagai mengakui telah mahir pengetahuan dan kesungguhan dalam ilmu geografi seperti arah mata angin, bearing, jenis-jenis peta dan tahu menggunakan kompas. PEMELIHARA ALAM SEKITAR Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Капак-kanak sebagai mengakui telah mahir pengetahuan dan kesungguhan dalam memelihara, menjaga dan mencintai alam sekitar seperti membersihkan taman rekreasi, kawasan sekolah dan mengamalkan kaedah kitar semula.


PENGEMBARA Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Капак-kanak sebagai mengakui telah mahir pengetahuan dan kesungguhan dalam mengambil bahagian pelbagai jenis pengembaraan dan mengetahui cara-cara berkhemah. Setelah lulus Lencana Kepandaian - Kategori Pengetahuan, Ahli Pengakap Kanak-kanak dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Perkhidmatan mengikut minat dan kesukaannnya dalam aktiviti-aktiviti tersebut: 1.Penyelamat Nyawa 2.Pertolongan Cemas 3.Pekerja Am 4.Pengurus Rumah


PENYELAMAT NYAWA Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Капак-kanak sebagai mengakui t pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan nyawa seperti memulihkan pernafasan CPR, berenang, memadam kebakaran dan meminta pertolongan pihak BOMBA DAN PENYELAMAT, POLIS dan APM. PERTOLONGAN CEMAS Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Капак-kanak sebagai mengakui t pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan pertolongan cemas seperti memberhentikan pendarahan, membalut luka, menjaga peti pertolongan cemas dan membalut anduh.


PEKERJA AM Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Капак-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan dalam perkara pekerjaa am seperti menyusun atur peralatan pertukangan, membersihkan alat perkebunan, mencuci pakaian, mengecat dan sebagainya. PENGURUS RUMAH Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Капак-kanak sebagai mengakui t pengetahuan dan kesungguhan dalam perkara pengurusan rumah seperti menyediakan minuman panas, memasak nasi, menyiapkan hidangan, menyapu sampha, mengemas bilik tidur dan sebagainya.


PEKERJA AM Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Капак-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan dalam perkara pekerjaa am seperti menyusun atur peralatan pertukangan, membersihkan alat perkebunan, mencuci pakaian, mengecat dan sebagainya. PENGURUS RUMAH Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Капак-kanak sebagai mengakui t pengetahuan dan kesungguhan dalam perkara pengurusan rumah seperti menyediakan minuman panas, memasak nasi, menyiapkan hidangan, menyapu sampha, mengemas bilik tidur dan sebagainya.


Sebelum layak lulus Lencana Keris Emas, seseorang Pengakap Kanakkanak mestilah lulus Lencana Keris Perak dan Lencana Kepandaian (DUA Lencana Kategori Pengetahuan daNn DUA Lencana Kategori Perkhidmatan) terlebih dahulu. LENCANA KEMAJUAN PENGAKAP KANAK-KANAK Setelah lulus Lencana Kemajuan Keris Emas dan TUJUH Lencana Kepandaian (SATU Lencana Wajib, DUA Lencana Kegemaran, DUA Lencana Pengetahuan dan DUA Lencana Perkhidmatan. Pengakap Kanak-kanak itu layak memakai Tanda Cemerlang Rambu Pengakap Kanak-kanak (Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri). TANDA CEMERLANG RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK


PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN


PENTADBIRAN KUMPULAN 1, MENUBUH KUMPULAN 2. BILANGAN ANGGOTA 3. PENDAFTARAN 4. YURAN PENDAFTARAN 5. TAULIAH PEMIMPIN 6. KEGIATAN 7. PENTADBIRAN 8. JAWATANKUASA KUMPULAN 9. TUGAS MAJLIS PEMIMPIN 10. BUTIRAN PERIBADI ANGGOTA 11. REKOD-REKOD 12. BILIK PERJUMPAAN


PENTADBIRAN KUMPULAN 1, MENUBUH KUMPULAN Satu kumpulan bagi sebuah sekolah Boleh ditubuhkan beberapa pasukan dalam kumpulan tersebut 2. BILANGAN ANGGOTA PENDAFTARAN Sekurang-kurangnya 18 orang. Maksimum 48 orang. Dengan dua pemimpin Jika melebihi 48 orang, anggota perlu dipecahkan kepada dua pasukan


PENTADBIRAN KUMPULAN 3. PENDAFTARAN Setiap kumpulan perlu didaftarkan dengan PPM Gunakan beberapa jenos borang seperti: BORANG PPM 8 (PENDAFTARAN KUMPULAN) 1. BORANG PPM 1A (PENDAFTARAN ANGGOTA) 2. BORANG PPM 1B (BORANG KAWALAN) 3. BORANG PPM 9A (PERMOHONAN TAULIAH PEMIMPIN/PENOLONG) 4. BORANG DARIPADA PESURUHJAYA DAERAH, NEGERI ATAU IBU PEJABAT 5.


PENTADBIRAN KUMPULAN 4. YURAN PENDAFTARAN Kumpulan/anggota yang baru perlu didaftarkan dan anggota/kumpulan yang lama perlu diperbaharui pendaftaran kumpulan dengan PPM Kumpula/anggota yang tidak menjelaskan yuran tidak dibenarkan menjalankan aktiviti pengakap Kadar bayaran: 1.Kumpulan = RM30.00 Anggota Pengakap = RM 5.00 (setahun) 2. PEMIMPIN DAN PENOLONG = RM 10.00 (setahun) 3.


PENTADBIRAN KUMPULAN 5. TAULIAH PIMPINAN Setiap pemimpin wajib memiliki 2 jenis tauliah daripada PPM: Tauliah sementara (diberikan kepada pemimpin yang telah lulus kursus kepimpinan manikayu satu dan dua) 1. Tauliah tetap (diberikan kepada pemimpin yang telah lulus kursus kepimpinan manikayu peringkat tiga) 2.


PENTADBIRAN KUMPULAN 6. KEGIATAN Semua kegiatan dijalankan berdasarkan SKIM LATIHAN yang dikeluarkan PPM seperti: PROGRAM LATIHAN PKK UNTUK MURID SEKOLAH RENDAH 1. PROGRAM LATIHAN PM UNTUK MURID TINGKATAN 1 HINGGA 3 2. PROGRAM LATIHAN PR UNTUK PELAJAR TINGKATAN 4 HINGGA 5 3. PROGRAM LATIHAN PK UNTIK PELAJAR TINGKATAN 6 DAN REMAJA 4. Semua kegiatan luar sekolah perlu mendapat kelulusan dari kuasa penganjur.


PENTADBIRAN KUMPULAN 7. PENTADBIRAN KUMPULAN Dilaksanakan oleh kuasa penganjur. Surat menyurat dibuat secara rasmi. Anggota tidak dibenarkan menjalankan urusan pentadbiran 8. JAWATANKUASA KUMPULAN Jawatankuasa kumpulan Jawatankuasa Pemimpin Kumpulan Jawatankuasa Majlis Ketua Patrol (bagi budak-budak Pengakap)


PENTADBIRAN KUMPULAN 9. TUGAS MAJLIS PEMIMPIN Memeriksa dan menyemak buku lof kumpulan Mengambil kedatangan ahli. Memeriksa stok alatan kumpulan Membuat persediaan mengajar 10. BUTIRAN PERIBADI ANGGOTA PENGAKAP NAMA & NO. KAD PENGENALAN NAMA IBU BAPA/PENJAGA ALAMAT & NO. TELEFON IBU BAPA/PENJAGA TARIKH LAHIR BANGSA DAN AGAMA KESIHATAN MINAT


PENTADBIRAN KUMPULAN 11. REKOD-REKOD REKOD KEHADIRAN REKOD PRESTASI REKOD PERANCANGAN SEMSTER DAN MINGGUAN REKOD KEWANGAN FAIL SURAT MENYURAT LAPORAN AKTIVITI 12. BILIK PERJUMPAAN CARTA ORGANISASI GAMBAR/POSTER BUKU RUJUKAN MODEL-MODEL HASILAN PERALATAN LATIHAN PERLATAN PERKHEMAHAN MEJA DAN KERUSI UNTUK BERMESYUARAT


PRANCANGAN TAKWIM YANG BERORIENTASIKAN SEKOLAH RENDAH


LAPORAN PERJUMPAAANAKTIVITI


Minggu 1: Pendaftaran & Pengenalan Pengakap Tempat: Dewan sekolah Objektif: Memperkenalkan ahli dengan asas dan struktur organisasi Pengakap Aktiviti: Taklimat oleh pemimpin Pengakap mengenai sejarah dan etika Pengakap. Sesi perkenalan antara ahli baru dan lama. Pembahagian kumpulan dan pemilihan AJK. Ice-breaking untuk mengeratkan hubungan. Refleksi: Minggu pertama memberikan pendedahan awal kepada ahli baru mengenai asas Pengakap. Aktiviti icebreaking membantu meningkatkan keselesaan dalam kalangan ahli.


Minggu 2: Sejarah & Prinsip Pengakap Tempat: Bilik mesyuarat sekolah Objektif: Memahami latar belakang dan prinsip asas pergerakan Pengakap Aktiviti: Tayangan video tentang sejarah Pengakap dunia dan Malaysia. Diskusi berkumpulan mengenai nilai dan undang-undang Pengakap. Latihan memahami dan menghafal ikrar Pengakap. Refleksi: Ahli dapat memahami sejarah serta nilai utama Pengakap, menjadikan mereka lebih menghargai peranan sebagai seorang Pengakap.


Minggu 3: Kawad Kaki Asas Tempat: Padang sekolah Objektif: Meningkatkan disiplin dan ketahanan fizikal Aktiviti: Demonstrasi asas kawad kaki oleh pemimpin Pengakap. Latihan individu dan berkumpulan. Ujian asas kawad untuk menilai penguasaan ahli. Refleksi: Latihan kawad kaki meningkatkan disiplin dan keupayaan bekerja dalam kumpulan. Ahli menunjukkan kesungguhan dalam menguasai kawad.


Minggu 4: Ikatan & Simpulan Tempat: Bilik Aktiviti Kokurikulum Objektif: Menguasai kemahiran asas dalam penggunaan tali dan simpulan Aktiviti: Pembelajaran mengenai jenis simpulan dan kegunaannya. Latihan praktikal secara individu dan berkumpulan. Pertandingan membuat simpulan dalam masa yang ditetapkan. Refleksi: Aktiviti ini membantu ahli dalam mempelajari kemahiran penting dalam Pengakap, yang berguna dalam situasi perkhemahan dan ikhtiar hidup.


Minggu 5: Isyarat Pengakap & Kompas Tempat: Kawasan lapang sekolah Objektif: Memahami komunikasi dalam Pengakap dan kemahiran navigasi Aktiviti: Pengenalan kepada isyarat tangan dan bunyi Pengakap. Demonstrasi cara menggunakan kompas. Aktiviti mencari lokasi menggunakan peta dan kompas. Refleksi: Ahli memperoleh pengetahuan penting dalam navigasi dan isyarat tangan yang dapat membantu dalam situasi luar.


Minggu 6: Aktiviti Ikhtiar Hidup Tempat: Kawasan perkhemahan sekolah Objektif: Mengajar teknik asas bertahan dalam situasi kecemasan Aktiviti: Demonstrasi mencari makanan dan air dalam keadaan kecemasan. Latihan membina tempat perlindungan sementara. Simulasi bertahan di hutan selama beberapa jam. Refleksi: Latihan ini meningkatkan daya tahan ahli serta memberikan pengalaman praktikal dalam bertahan di luar persekitaran biasa.


Minggu 7: Pertolongan Cemas Asas Tempat: Bilik Kesihatan sekolah Objektif: Mengajar teknik asas pertolongan cemas Aktiviti: Demonstrasi CPR dan rawatan kecederaan ringan. Latihan membalut luka dan mengendalikan kecemasan. Simulasi situasi kecemasan dan peranan ahli dalam memberi bantuan. Refleksi: Aktiviti ini meningkatkan keyakinan ahli dalam menangani kecemasan serta kesedaran mengenai kepentingan pertolongan cemas.


Minggu 8: Kembara Pengakap Tempat: Taman Rekreasi berhampiran Objektif: Melatih ahli dalam navigasi dan ketahanan fizikal Aktiviti: Pengembaraan pendek menggunakan peta dan kompas. Cabaran mencari lokasi tertentu berdasarkan petunjuk yang diberikan.


Minggu 9: Kemahiran Memasak di Luar Tempat: Tapak Perkhemahan sekolah Objektif: Melatih ahli dalam memasak secara survival Aktiviti: Demonstrasi memasak menggunakan dapur lapangan dan kayu api. Pertandingan memasak dengan bahan terhad.


Minggu 10: Projek Khidmat Masyarakat Tempat: Kawasan sekolah dan taman awam Objektif: Memupuk semangat kesukarelawanan Aktiviti: Gotong-royong membersihkan sekolah dan taman awam. Aktiviti penanaman pokok. Ceramah kesedaran alam sekitar.


BUKU LOG PENGAKAP BUKU LOG PENGAKAP MPU3062- KOKURIKULUM UNIT BERUNIFORM MPU3062- KOKURIKULUM UNIT BERUNIFORM


Click to View FlipBook Version