The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aniesahsalleh, 2021-05-27 00:16:20

LITERASI MAKLUMAT AIDILFITRI

INFO AIDILFITRI

SMK DATO’ SHAMSUDIN NAIN RANTAU, NEGERI SEMBILAN

SALAM AIDILFITRI

DARI WARGA
SMK DATO’
SHAMSUDIN NAIN

Hari Raya Aidilfitri (Arab: ‫فطر ال يد‬
; '‫ع‬Ayd al-Fiṭr; "perayaan fitrah")
disambut pada 1 Syawal tahun
Hijrah. Perayaan tersebut juga
dikenali sebagai Hari Raya Puasa,
Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran.
Hari Raya Aidilfitri merupakan
perayaan yang dirayakan oleh
umatIslam di seluruh dunia tidak
kira bangsa sama ada
Melayu,India-Muslim dan lain-lain
bangsa di seluruh dunia yang
beragama Islam bagi menandakan
berakhirnya bulan Ramadhan yang
mana umat Islam telah menjalani
ibadat puasa dengan tekun



• Ia merupakan antara dua
perayaan terbesar bagi umat
Islam, selain Hari Raya Aidiladha
(Hari Raya Korban). Hari Raya
Puasa bermula melalui dua cara;
iaitu melalui rukyah (melihat
anak bulan) ataupun secara
hisab(kiraan). Sekiranya melalui
rukyah, apabila anak bulan
kelihatan, ini menandakan
bermulanya bulan Syawal, iaitu
bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah
Islam



PERKARA SUNAT PADA PAGI HARI RAYA

❖MANDI SUNAT RAYA
❖SOLAT SUNAT HARI RAYA
❖BERTAKBIR DAN BERTAHMID
❖MEMAKAI PAKAIAN YANG

PALING BARU DAN CANTIK
❖MEMAKAI WANGI-WANGIAN
❖MAKAN SEBELUM

MENUNAIKAN SOLAT HARI
RAYA



• Hari Raya Adalah Hari Untuk
Bergembira Sebagai Tanda
Kemenangan Umat Islam Yang
Telah Berjaya Menjalani Ibadah
Puasa Selama Sebulan, Bermaaf-
maafan, Dan Hari Untuk
Mengeratkan Tali Persaudaraan
Dikalangan Umat Islam



ZAKAT FITRAH

Kebiasaannya orang Islam juga akan mula
membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa

bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti
dikutip apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan.
Oleh itu, pada kebiasaannya solat sunat Aidilfitri

dilewatkan sedikit berbanding solat sunat
Aidiladha. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat

sunat Aidilfitri adalah bagi membenarkan
peluang bagi mereka yang belum membayar

zakat menunaikan kewajipan mereka dan
disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke

masjid.



PENUTUP

• Sebahagian daripada hukum-hakam dan
amalan yang disunnahkan ketika menyambut

bulan Ramadan al-Mubarak dan Hari Raya
Aidilfitri menurut al-Quran dan sunnah yang

sepatutnya dijadikan contoh ikutan bagi
seluruh umat Islam. Mudah-mudahan,
sambutan hari rayaAidilfitri yang menjelma
disambut dengan penuh keikhlasan,
kemeriahan dan selari dengan perintah Allah

serta Rasul-Nya s.a.w.

• “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu
diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal,
seolah-olah dia telah berpuasa setahun.” – Hadis
riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1164


Click to View FlipBook Version