The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PANDUAN PENYEDIAAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK BESAR by JPSM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wLIBRARY, 2022-01-26 21:03:50

PANDUAN PENYEDIAAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK BESAR

PANDUAN PENYEDIAAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK BESAR by JPSM

BAPAHNDAUANN PETNAYEDNIAAANMSTOAK N
POKOK BESAR

JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA



Cetakan Pertama / First Printing, 2018
Hak cipta / Copyright Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, 2018
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk
pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama
ada dengan elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia terlebih dahulu.
All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by
any means, electronic or mechanical, including photocopy, recording, or any information storage and
retrieval system, without permission in writing from Forestry Department Peninsular Malaysia.

Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia,
Jalan Sultan Salahuddin, 50660 Kuala Lumpur,
MALAYSIA

Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by
Alamedia Sdn Bhd
No. 63, Jalan Pendamar 27/90, Seksyen 27,
Taman Perusahaan Berat HICOM,
40400 Shah Alam,
Selangor

ISBN 978-967-0539-38-6

d PANDUAN PENYEDIAAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK BESAR

PRAKATA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan
Maha Penyayang.
Segala Puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.
Selawat serta Salam ke atas Junjungan Besar
Nabi Muhammad S.A.W.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Salam Sejahtera.

Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-
Nya, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
(JPSM) telah berjaya menerbitkan satu Panduan
Penyediaan Stok Bahan Tanaman Pokok Besar
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia yang
akan dijadikan sebagai sumber rujukan kepada
pegawai dan kakitangan JPSM dalam melaksanakan
aktiviti penyediaan stok bahan tanaman pokok besar
melalui penyediaan stok bahan tanaman di tapak semaian dan perolehan stok bahan
tanaman daripada kawasan Hutan Simpanan kekal (HSK) serta mana-mana individu/syarikat
pengusaha tapak-tapak semaian yang melaksanakan aktiviti yang serupa terutamanya
yang melibatkan spesies pokok hutan.

Penyediaan Stok Bahan Tanaman Pokok Besar adalah amat penting bagi pelaksanaan
penanaman pokok bagi tujuan pembangunan kawasan landskap, tanaman restorasi
kawasan terosot dan pemuliharaan spesies hutan yang menjurus kepada penggunaan
bahan tanaman pokok besar (instant tree) bagi mendapatkan kesan penanaman segera.

Panduan ini menerangkan amalan yang sesuai digunakan bagi setiap aktiviti yang terlibat
dalam perancangan, penyediaan, perolehan dan penyelenggaraan stok bahan tanaman
pokok besar di tapak semaian JPSM. Di samping itu, panduan ini juga menerangkan
kaedah pengambilan tanaman liar daripada kawasan berhutan melalui kaedah tabungan
dan kaedah bebola/akar berkarung (root ball/burlapped)

Akhir sekali, saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua pegawai
dan kakitangan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan
menjayakan penerbitan dokumen Panduan Penyediaan Stok Bahan Tanaman Pokok Besar
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.

Sekian, terima kasih.

(DATO’ HAJI NOR AKHIRRUDIN BIN MAHMUD) i
Ketua Pengarah Perhutanan
Semenanjung Malaysia

PANDUAN PENYEDIAAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK BESAR

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pegawai yang memberi sumbangan secara
langsung atau tidak langsung dalam penyediaan buku Panduan Penyediaan Stok Bahan
Tanaman Pokok Besar Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Ribuan terima kasih
dan sekalung penghargaan kepada Ahli Petugas Khas Penyediaan Panduan Penyediaan
Stok Bahan Tanaman Pokok Besar Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia yang terdiri
daripada:

YBhg. Dato’ Hj. Nor Akhirruddin Bin Mahmud
Encik Mohd Rahim Bin Rani
Encik Mohd Jinis Bin Abdullah
Tuan Haji Badrol Hisam Bin Abdul Rahman
Tuan Haji Hamidi Bin Abd. Halim
Encik Mohd Sayuti Bin Yusof
Puan Noor Aida Binti Deros
Puan Nor Hafizah Binti Mustafa
YM Tengku Yuzaimie Idham Bin Tengku Zulkifli
Encik Azamuddin Bin Kassan
Encik Azman Bin Saad
Encik Mokhtar Bin Mohd Lela
Encik Mokhtar Bin Othman
Encik Mohd Nor Firdaus Bin Rahim
Encik Mohd Saman Bin Mohd Sanget
Encik Arifhadi Bin Johari Affandi
Puan Siti Nurulhuda Binti Ahmad Tarmidzi
Prof. Dr. Ahmad Ainuddin Bin Nuruddin (UPM)
Prof. Madya Dr. Mohd Zaki Bin Hamzah (UPM)
Prof. Madya Dr. Mohamad Azani Bin Alias (UPM)
Tuan Haji Adnan Bin Mohamad (FRIM)
Tuan Haji Nor Azam Bin Mohamed Nor (DBKL)

ii PANDUAN PENYEDIAAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK BESAR

ISI KANDUNGAN

PRAKATA i
PENGHARGAAN ii
1.0 PENDAHULUAN 1
2.0 SKOP 2
3.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN 2
2
31. Kriteria Bahan Tanaman 3
3.1.1 Tanaman Restorasi 4
3.1.2 Tanaman Pemuliharaan dan Pemeliharaan Spesies 5
3.1.3 Tanaman Hutan Perbandaran 6
3.1.4 Tanaman Pokok Nadir 6
3.1.5 Tanaman Landskap
8
3.2 Kategori Bahan Tanaman
9
3.3 Pengurusan Bahan Tanaman 9
3.3.1 Sumber Bahan Tanaman 10
3.3.1.1 Sumber Bahan Tanaman daripada Tapak
Semaian 10
3.3.1.2 Sumber Bahan Tanaman Liar daripada Kawasan
Berhutan 11
3.3.1.3 Pokok Besar dari Tapak Pembangunan Projek 11
12
3.3.2 Penyimpanan Stok Bahan Tanaman
3.3.2.1 Tapak Semaian Jabatan Perhutanan 13
Semenanjung Malaysia (JPSM)
3.3.2.2 Tapak Penyimpanan Stok Pokok Besar 14

3.4 Peralatan dan Jentera

4.0 PENYEDIAAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK BESAR 17
4.1 Sumber Bahan Tanaman dari Tapak Semaian 18
4.1.1 Penabungan Semula dan Media Tanaman 18
4.1.1.1 Media Tabungan 19
4.1.1.2 Penabungan 19
4.1.2 Penubuhan Bank Pokok Besar 20
4.1.2.1 Penanaman 21

4.2 Sumber Bahan Tanaman daripada Kawasan Berhutan 22
4.2.1 Pasukan Kerja 22
4.2.2 Kaedah Pengambilan Bahan Tanaman Liar 23
4.2.2.1 Penentuan Kawasan Pengambilan 23
4.2.2.2 Mengenalpasti Bahan Tanaman Liar 23
4.2.2.3 Penyediaan Bahan Tanaman Liar 24
4.2.2.4 Penyelenggaraan Bahan Tanaman Liar 28
secara In-situ
4.2.2.5 Pemindahan Stok Bahan Tanaman Liar 28
4.2.2.6 Penyediaan Stok Bahan Tanaman Pokok 29
Besar
29
4.3 Sumber Pokok Besar daripada Kawasan Pembangunan
31
5.0 PENYELENGGARAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK BESAR 32
5.1 Teduhan 32
5.2 Penyiraman 33
5.3 Sungkupan 33
5.4 Sistem Sokongan Batang 34
5.5 Merumpai 34
5.6 Pembajaan 34
5.7 Pemangkasan 35
5.8 Menukar Tabung 35
5.9 Kawalan Penyakit dan Perosak
36
6.0 PENYIMPANAN REKOD 36
7.0 KEPERLUAN KEWANGAN 36
8.0 PENUTUP 37
RUJUKAN 38
LAMPIRAN

1.0 PENDAHULUAN

Bekalan bahan tanaman yang berkualiti adalah penting dalam pelaksanaan
aktiviti pembangunan, pemeliharaan dan pemuliharaan hutan ke arah pencapaian
pengurusan hutan secara berkekalan. Justeru itu, Jabatan Perhutanan Semenanjung
Malaysia (JPSM) telahpun menubuhkan tapak-tapak semaian bagi menyediakan
bahan tanaman daripada spesies pokok hutan untuk keperluan aktiviti penubuhan
ladang hutan, penghutanan semula, tanaman mengaya, tanaman kawasan lapang,
tanaman restorasi kawasan terosot dan tanaman landskap.

Pada masa ini, pelaksanaan penanaman pokok bagi tujuan pembangunan kawasan
landskap, tanaman restorasi kawasan terosot dan pemuliharaan spesies hutan
telah menjurus kepada penggunaan bahan tanaman pokok besar (instant tree) bagi
mendapatkan kesan penanaman yang segera.

Walau bagaimanapun, ketersediaan stok bahan tanaman pokok besar amat terhad
di tapak semaian yang ditubuhkan oleh JPSM. Dalam hubungan ini, Jabatan masih
bergantung kepada stok bahan tanaman pokok besar daripada tapak semaian
swasta dan keadaan ini melibatkan kos perolehan yang tinggi. Di samping itu,
ketersediaan kepelbagaian spesies pokok hutan di tapak semaian swasta juga
terhad kerana kebanyakan tapak semaian swasta lebih menumpukan kepada
penyediaan stok bahan tanaman spesies hortikultur seperti pokok buahan, teduhan
dan landskap. Penyediaan stok bahan tanaman daripada spesies pokok hutan tidak
diberikan keutamaan.

Penukaran guna tanah hutan bagi tujuan pembangunan aktiviti pertanian,
perlombongan, kuari, penempatan dan perumahan, pembinaan empangan, jaringan
jalan raya/lebuh raya, jaringan talian elektrik, penubuhan pencawang telekomunikasi,
perindustrian dan pembinaan infrastruktur pembalakan telah meninggalkan impak
pemusnahan dan kehilangan besar sumber pokok-pokok hutan yang penting
termasuk juga spesies-spesies pokok yang tergolong dalam kategori Terancam,
Langka dan Hampir Pupus [Endangered, Rare and Threathened (ERT)]. Sekiranya
sumber pokok-pokok hutan yang terlibat ini diselamatkan, ia dapat menyediakan
stok bahan tanaman pokok bersaiz besar dalam kuantiti yang banyak.

Ke arah ini, JPSM telah mengambil inisiatif untuk menyediakan stok bahan tanaman
pokok bersaiz besar di tapak-tapak semaian Jabatan dalam kuantiti yang besar.
Pelaksanaan inisiatif ini adalah bertujuan untuk mencapai objektif berikut:

a. Menyediakan stok bahan tanaman pokok besar yang sesuai bagi aktiviti tanaman 1
restorasi, penyelidikan, perhutanan bandar dan pengindahan landskap;

b. Meminimumkan pembaziran sumber bahan tanaman spesies pokok hutan
daripada kawasan berhutan yang terlibat dengan aktiviti penukaran guna tanah
hutan;

PANDUAN PENYEDIAAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK BESAR

c. Meningkatkan usaha untuk memperkukuh dan mengintegrasikan program
pemuliharaan spesies pokok yang dikategorikan sebagai ERT secara ex-situ;

d. Meningkatkan kutipan hasil hutan kepada Kerajaan Negeri melalui penjualan
stok bahan tanaman pokok besar; dan

e. Meminimumkan kebergantungan JPSM kepada tapak-tapak semaian swasta
dalam perolehan bekalan bahan tanaman pokok besar.

2.0 SKOP

Buku Panduan Penyediaan Stok Bahan Tanaman Pokok Besar ini disediakan untuk
kegunaan dan rujukan pegawai dan kakitangan JPSM dalam melaksanakan aktiviti
penyediaan stok bahan tanaman pokok bersaiz besar. Panduan ini juga boleh
digunakan oleh mana-mana individu/syarikat pengusaha tapak-tapak semaian yang
melaksanakan aktiviti yang serupa terutamanya yang melibatkan spesies pokok
hutan.

Panduan ini menerangkan amalan yang sesuai digunakan bagi aktiviti yang terlibat
dalam perancangan, penyediaan dan penyelenggaraan stok bahan tanaman pokok
besar. Walau bagaimanapun, panduan ini tidak boleh dianggap sebagai muktamad
kerana terdapat perkara-perkara dalam pelaksanaan aktiviti berkaitan yang berubah
mengikut perkembangan teknologi dan keperluan dari masa ke semasa.

3.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN

Perancangan yang rapi amat penting bagi memastikan kejayaan aktiviti penyediaan
stok bahan tanaman pokok besar JPSM. Penyediaan stok bahan tanaman pokok
besar daripada spesies pokok hutan perlu bersesuaian dengan objektif dan sasaran
aktiviti penanamannya.

3.1 Kriteria Bahan Tanaman

Bahan tanaman pokok besar yang disediakan seboleh-bolehnya memenuhi
kriteria sebagaimana berikut:
i) Tanaman Restorasi
ii) Tanaman Pemuliharaan dan Pemeliharaan Spesies
iii) Tanaman Hutan Perbandaran
iv) Tanaman Pokok Nadir
v) Tanaman Landskap

2 PANDUAN PENYEDIAAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK BESAR

3.1.1 Tanaman Restorasi

Tanaman restorasi merupakan suatu rawatan pemulihan hutan di kawasan hutan
terosot, hutan miskin dan kawasan lapang melalui pelaksanaan penanaman
anak pokok bagi mengurangkan kemerosotan kualiti kawasan hutan tersebut.
Kemerosotan kualiti sesuatu kawasan hutan boleh disebabkan oleh faktor alam
semula jadi (seperti kebakaran hutan, banjir, tanah runtuh dan ribut kencang) dan
juga boleh disebabkan perbuatan manusia (seperti pencerobohan dan penerokaan
hutan, amalan pertanian pindah dan pembukaan kawasan hutan tidak mengikut
garis panduan yang ditetapkan).

Di antara kriteria bahan tanaman pokok besar dan spesies yang sesuai untuk aktiviti
tanaman restorasi adalah seperti di Jadual 1.

Jadual 1: Kriteria Bahan Tanaman dan Spesies Yang Sesuai untuk Aktiviti
Tanaman Restorasi

Kriteria Spesies Yang Sesuai

(i) Keutamaan ke atas spesies Meranti tembaga (Shorea leprosula),
tempatan yang berpasaran dan Meranti sarang punai (Shorea parvifolia),
bermutu tinggi; Meranti seraya (Shorea curtisii), Meranti
rambai daun (Shorea acuminata),
(ii) Kadar tumbesaran tinggi di peringkat Keladan (Dryobalanops oblongifolia),
awal pertumbuhan; Kapur (Dryobalanops aromatica),
Sesenduk (Endospermum diadenum),
(iii) Tahan cahaya dan saingan sisi; Meranti temak nipis (Shorea roxburghii),
Kempas (Koompassia malaccensis),
(iv) Berupaya memangkas sendiri (self Kandis (Garcinia parvifolia), Keruing
pruning); kertas (Dipterocarpus chartaceus),
Keruing bulu (Dipterocarpus baudii) dan
(v) Bebas dan berdaya tahan daripada Merawan siput jantan (Hopea odorata).
serangan penyakit, serangga dan
kulat;

(vi) Potensi kehidupan anak benih/anak
pokok yang tinggi; dan

(vii) Kesesuaian spesies dengan tapak
tanaman (species-site matching).

PANDUAN PENYEDIAAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK BESAR 3

3.1.2 Tanaman Pemuliharaan dan Pemeliharaan Spesies

Pelbagai dasar telah digubal dalam melindungi kepentingan flora negara. Dasar-
dasar seperti Dasar Perhutanan Negara 1978 (Pindaan 1992), Dasar Kepelbagaian
Biologi Kebangsaan 2016-2025, Dasar Pertanian Negara Ke-3 (1998-2010) dan
Rancangan Fizikal Negara (2005-2020) merupakan dasar-dasar yang mempunyai
elemen-elemen pemuliharaan spesies tumbuhan negara. Di peringkat antarabangsa
pula, Malaysia adalah terikat kepada beberapa obligasi berkaitan dengan
pemuliharaan habitat dan spesies seperti Konvensyen Kepelbagaian Biologi,
Konvensyen Perdagangan Spesies Fauna dan Flora Liar Terancam (CITES) dan
International Tropical Timber Organization (ITTO).

Perubahan guna tanah kawasan berhutan kepada bukan perhutanan telah
meningkatkan kemusnahan habitat asal pelbagai spesies tumbuhan. Dalam
hubungan ini, aktiviti pemuliharaan bagi memastikan keberkekalan perlindungan
terutamanya bagi spesies flora yang dikatagorikan sebagai terancam, langka
dan hampir pupus (ERT) melalui pemuliharaan secara ex-situ perlu dilaksanakan.
Pemuliharaan secara ex-situ adalah melibatkan pemuliharaan spesies di luar habitat
asalnya seperti penubuhan tapak semaian, arboretum dan taman botani.

Buku Malaysia Plant Red List: Peninsular Malaysian Dipterocarpaceae (FRIM, 2010)
dan Malaysian Threatened and Rare Tree Identification and Landscape Guideline
(FRIM, 2017) telah menyenaraikan pelbagai spesies tumbuhan ERT di Semenanjung
Malaysia seperti di Jadual 2.

Jadual 2: Spesies ERT daripada Kaum Dipterokarpa dan Bukan Dipterokarpa

Kaum Dipterokarpa Kaum Bukan Dipterokarpa

Keruing paya (Dipterocarpus coriaceus), Mangga hutan (Mangifera macrocarpa),
Keruing layang (Dipterocarpus Mempisang (Popowia velutina), Damar
sarawakensis), Keruing padi minyak (Agathis borneensis), Merbatu
(Dipterocarpus semivestitus), Merawan (Atuna racemosa), Mempening
ungu (Hopea bracteata), Merawan (Lithocarpus curtisii), Putat jambu
(Hopea auriculata), Merawan (Hopea (Barringtonia augusta), Cempaka
bilitonensis), Cengal pasir daun besar (Magnolia champaca), Nipis kulit
(Shorea hemsleyana), Meranti telepok (Pternandra coerulescens), Penarahan
(Shorea peltata), Meranti lapis (Shorea arang (Knema hookeriana) dan Karas
lamellata) dan Resak padi (Vatica (Aquilaria malaccensis).
flavida).

4 PANDUAN PENYEDIAAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK BESAR

3.1.3 Tanaman Hutan Perbandaran

Pembangunan fizikal yang seimbang di kawasan perbandaran perlu diberi
keutamaan agar selaras dengan kepentingan penstabilan alam sekitar. Kemerosotan
kualiti alam sekitar di kawasan perbandaran boleh mencetuskan pelbagai masalah
yang mendatangkan kesan negatif kepada keselesaan dan kesejahteraan hidup
masyarakat. Langkah penghijauan melalui aktiviti penanaman pokok adalah antara
tindakan positif yang diambil bertujuan untuk memberi keselesaan dan mewujudkan
suasana persekitaran yang nyaman serta indah di kawasan terlibat. Kriteria bahan
tanaman yang sesuai untuk aktiviti ini seperti di Jadual 3.

Jadual 3: Kriteria Bahan Tanaman dan Spesies Yang Sesuai untuk Aktiviti
Tanaman Hutan Perbandaran

Kriteria Spesies Yang Sesuai

(i) Pokok yang cantik dan memberi Angsana (Pterocarpus indicus), Asam
teduhan yang baik; jawa (Tamarindus indicus), Bintangor
laut (Calophyllum inophyllum), Bunga
(ii) Mudah diselenggara; tanjung (Mimusops elengi), Bungur
(Lagerstroemia floribunda), Cempaka
(iii) Menjadi habitat yang menarik kuning (Michelia Champaca), Gapis
burung (unggas); (Saraca thaipingensis), Hujan-hujan
(Samanea saman), Jati (Tectona grandis),
(iv) Rentan kepada serangan penyakit Jemerlang (Peltophorum pterocarpum),
dan serangga; Penaga (Mesua ferrea), Tembusu
padang (Fagraea fragrans), Kasai daun
(v) Bersesuaian dengan ruang dan saiz besar (Pometia pinnata), Tulang daing
pokok; dan (Callerya atropurpurea), Pulai (Alstonia
angustiloba), Saga (Adenanthera
(vi) Menjadi sumber bahan kayu dan pavonina), Jelutong (Dyera costulata),
buah-buahan. Tecoma (Tabebuia pentaphylla).

Pokok-pokok yang mempunyai ciri-ciri seperti buah yang beracun, gatal, menjadi
tempat pembiakan ulat, mudah tumbang, dahan mudah patah, akar yang boleh
merosakkan jalan dan bangunan serta menggugurkan daun yang terlalu banyak
adalah tidak sesuai dipilih untuk program penanaman ini. Antara spesies pokok
yang tidak sesuai ialah seperti Pong-pong (Cerbera odollam), Rengas (Gluta spp.),
Akasia (Acacia spp.), Ipoh (Antiaris toxicaria), Ketapang (Terminalia catappa), Payung
indonesia (Hura crepitans), Ara (Ficus spp.) dan sebagainya.

PANDUAN PENYEDIAAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK BESAR 5

3.1.4 Tanaman Pokok Nadir

Pokok nadir merupakan kumpulan pokok buah-buahan hutan yang sukar ditemui
dan kurang dikenali umum serta amat jarang ditanam secara komersial. Pelaksanaan
penanaman pokok nadir ini akan dapat mengumpulkan dan mengekalkan spesies
pokok-pokok nadir yang mana secara tidak langsungnya dapat membantu
pemuliharaan spesies pokok buah-buahan ini. Selain itu, ianya juga membantu
dalam pemuliharaan dan pemeliharaan spesies fauna yang bergantung hidup
kepada buah-buahan daripada spesies pokok nadir ini. Spesies pokok nadir yang
boleh dipilih untuk penyediaan stok bahan tanaman pokok besar adalah seperti di
Jadual 4.

Jadual 4 : Spesies Pokok Nadir

Kerdas (Archidendron bubalinum), Jering (Archidendron jiringa), Asam gelugor
(Garcinia atroviridis), Redan (Nephelium maingayi), Sentul (Sandoricum koetjape),
Rambai (Baccaurea motleyana), Melinjau (Gnetum gnemon), Mentega (Diospyrus
blancoi).

3.1.5 Tanaman Landskap

Pembangunan landskap yang berkualiti merupakan asas penting yang menyumbang
kepada peningkatan kualiti hidup masyarakat melalui peningkatan kesihatan dan
sosial. Di antara spesies bahan tanaman pokok besar bagi tujuan tanaman kawasan
landskap yang dikeluarkan oleh Jabatan Landskap Negara, Kementerian Perumahan
Dan Kerajaan Tempatan Malaysia melalui Garis Panduan Landskap Negara, 2008
adalah seperti di Jadual 5.

Jadual 5: Spesies-Spesies Tanaman Landskap

Kategori Landskap Spesies Bahan Tanaman

Taman Awam dan Tapak kuda (Bauhinia purpurea), Bintangor laut (Calophyllum
Kawasan Rekreasi inophyllum), Rajah kayu (Cassia fistula), Cassia (Cassia
spectabilis), Medang teja (Cinnamomum iners), Kenanga
(Cananga odorata), Pink mempat (Cratoxylum formosum),
Semarak api (Delonix regia), Jelutung (Dyera costulata),
Dedap (Erythrina spp.), Tembusu (Fagraea fragrans),
Ara/Beringin (Ficus benjamina), Kiara payung (Filicium
decipiens), Merawan siput jantan (Hopea odorata), Khaya
(Khaya senegalensis), Penaga lilin (Mesua ferrea), Cempaka
kuning (Michelia champaca), Bunga tanjung (Mimusops
elengi), Gelam (Melaleuca leucadendron), Hujan-hujan
(Samanea saman), Tecoma (Tabebuia pentaphylla), Bungur
(Lagerstroemia spp).

6 PANDUAN PENYEDIAAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK BESAR

Jalan raya/ Lebuh Kedondong hutan (Andira inemis), Pulai (Alstonia angustiloba),
raya Jelutung (Dyera costulata), Semarak api (Delonix regia), Kelat

jambu laut (Syzygium grandis), Tembusu (Fagraea fragrans),
Khaya (Khaya senegalensis), Merawan siput jantan (Hopea
odorata), Tulang daing (Callerya atropurpurea), Cempaka
kuning (Michelia champaca), Cempaka putih (Michelia
alba) Penaga lilin (Messua ferrea), Batai laut (Pelthoporum
pterocarpum), Tembusu tikus (Pteleocarpa lamponga),
Mahagony (Swietenia macrophylla), Hujan-hujan (Samanea
saman), Jati (Tectonia grandis), Tecoma (Tabebuia rosea).

Perumahan Tapak kuda (Bauhinia purpurea), Tamalan (Dalbergia oliveri),
Kenanga (Cananga odorata), Dedap merah (Erythrina glauca),
Cempaka kuning (Michelia champaca), Jacaranda (Jacaranda
filicifolia), Tanjong (Mimusops elengi), Bungur (Lagerstroemia
rosea), Cempaka kuning (Michelia champaca), Penaga
lilin (Mesua ferra), Batai laut (Pelthophorum pterocarpum),
Plumeria spp., Tecoma (Tabebuia pentaphylla)

Bangunan Awam Tapak kuda (Bouhinia purpurea), Kenanga (Cananga
odorata), Semarak api (Delonix regia), Cempaka kuning
(Michellia champaca), Penaga lilin (Messua ferrea), Tulang
daing (Callerya atropurpurea), Mambu (Mellia indica), Tanjung
(Mimusops elengii), Bungur (Lagerstroemia rosea), Kemboja
putih (Plumeria obtuse), Kemboja merah (Plumeria rubra),
Asoka (Polyathia longifolia), Tecoma (Tabebuia pentaphylla).

Parkir Kenderaan Bintangor laut (Calophyllum inophyllum), Tapak kuda

(Kereta) (Bauhinia blackeana), Semarak api (Delonix regia), Dedap

(Erythrina glauca), Kiara payung (Filicium decipiens), Bungur

(Lagerstroemia floribunda), Penaga lilin (Mesua ferrea),

Tulang daing (Callerya autropurpurea), Kasai (Pometia

pinnata), Khaya (Khaya senegelinsis), Hujan-hujan (Samanea

saman), Tecoma (Tabebuia rosea).

Sungai, Tasik dan Kenanga (Cananga odorata), Kiara payung (Filicium

Pantai decipiens), Bungur (Lagerstroemia speciosa), Tecoma

(Tabebuia pentaphylla), Tulang daing (Callerya atropurpurea),

Tanjung (Mimusops elengi).

PANDUAN PENYEDIAAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK BESAR 7

Perindustrian Buluh (Bambusa spp), Kelapa (Cocos nucifera), Kenanga
(Cananga odorata), Simpoh air (Dillenia suffruticosa),
Kelat jambu laut (Syzygium grandis), Ara / Beringin (Ficus
benjamine), Ara (Ficus elastic), Dedap merah (Erythrina
glauca), Cempaka kuning (Michelia carinata), Merawan
siput jantan (Hopea odorata), Nipah (Nypa spp.), Nibung
(Oncosperma tigillarium), Bungur (Lagerstroemia spp.), Gelam
(Melaleuca leucadendron), Putat (Barringtonia asiatica), Rhu
(Casuarina spp.), Bintangan laut (Colophyllum inophyllum),
Tembusu (Fagraea fragrans), Serdang cina (Livistona
chinensis), Ketapang (Terminallia catappa).

Keupayaan mengadaptasikan kriteria-kriteria bahan tanaman seperti dibincangkan
di atas dapat menentukan kejayaan ke atas usaha-usaha untuk menyediakan stok
bahan tanaman pokok besar JPSM bagi mencapai objektif dan sasaran penanaman
yang dirancang.

3.2 Kategori Bahan Tanaman

Kategori bahan tanaman adalah merujuk kepada kesesuaian saiz kebesaran stok
bahan tanaman yang hendak disediakan. Tiga (3) kategori utama terdiri daripada
kumpulan Pokok Renek, Pokok Utama dan Palma sepertimana ditunjukkan dalam
Jadual 6. Panduan ini hanya akan menumpukan kepada penyediaan stok pokok
besar bagi kategori Pokok Utama. Ini adalah selaras dengan keperluan kepada
bekalan bahan tanaman pokok besar daripada spesies pokok hutan untuk tujuan
penanaman landskap dan hutan perbandaran di samping penanaman restorasi di
kawasan berhutan atau kawasan lapang.

Jadual 6: Kategori Bahan Tanaman Pokok Besar

Kategori Ciri-ciri

Pokok Renek • Ketinggian: minimum 15cm; maksimum 100cm.
• Saiz kanopi: minimum 30cm diameter.

Pokok Utama: • Ketinggian: 210cm – 300cm keseluruhan.
a. Pokok Standard • Kebesaran batang: 2.5cm -7.5cm diameter.
• Saiz polibeg: 60cm x 60cm.
• Batang utama tegak lurus dan mempunyai sistem

percabangan yang baik.

b. Pokok Separa • Ketinggian: 300cm – 500cm keseluruhan.
Matang (semi • Kebesaran batang: 7.5cm – 15cm diameter.
mature/instant) • Saiz polibeg: 750cm x 750cm.
• Batang Utama tegak lurus dan mempunyai sistem
percabangan yang baik.

8 PANDUAN PENYEDIAAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK BESAR

c. Pokok Matang • Ketinggian: melebihi 500cm keseluruhan.

(mature/instant • Kebesaran batang: 7.5cm – 15cm diameter.
tree) • Pokok sihat batang tegak lurus dan mempunyai silara yang

baik.

Palma

a. Palma Batang • Ketinggian: minimum 120cm tinggi batang (trunk height).

Tunggal [diukur dari paras tanah hingga ke ketinggian pangkal

pelepah pertama].

b. Palma • Ketinggian: minimum 75cm tinggi batang (trunk height).
Berkelompok • Minimum tiga (3) batang palma di dalam satu rumpun.

Rujukan: Garis Panduan Landskap Negara, Jabatan Landskap Negara, 2008

3.3 Pengurusan Bahan Tanaman

Pengurusan bahan tanaman pokok besar adalah berkaitan dengan aspek perolehan
sumber bahan tanaman, penyediaan, penyelenggaraan dan penyimpanan stok
bahan tanaman pokok besar.

3.3.1 Sumber Bahan Tanaman

Terdapat empat (4) kelas kebesaran pokok iaitu Anak Benih, Anak Pokok,
Pokok Jaras Kecil dan Pokok Jaras Besar yang boleh digunakan sebagai
bahan tanaman bagi penyediaan stok bahan tanaman pokok besar seperti di
Jadual 7.

Jadual 7: Kelas Kebesaran bagi Sumber Bahan Tanaman

Keterangan Kelas Kebesaran

Anak Benih 15cm tinggi hingga 1.5m tinggi
(walau bagaimanapun, bagi tujuan panduan ini,
ketinggian minimum 45cm tinggi hingga 1.5m tinggi akan
digunapakai untuk kelas kebesaran ‘Anak Benih’).

Anak Pokok Melebihi 1.5m tinggi hingga 5cm diameter.

Pokok Jaras Melebihi 5cm diameter hingga 15cm diameter.
Kecil

Pokok Jaras Melebihi 15cm diameter hingga 30cm diameter.
Besar

Rujukan: Panduan Inventori Pre-F, Manual Perhutanan Jilid III, JPSM

PANDUAN PENYEDIAAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK BESAR 9

Sumber bahan tanaman ini boleh diperolehi daripada punca-punca seperti
berikut:

3.3.1.1 Sumber Bahan Tanaman Daripada Tapak Semaian

Tapak semaian JPSM menyediakan stok anak benih dan anak pokok
yang berkualiti daripada pelbagai spesies pokok hutan yang disediakan
dalam tabung plastik atau polibeg dan amat sesuai digunakan sebagai
sumber bahan tanaman bagi penyediaan stok bahan tanaman pokok
besar.

Selain daripada itu, sumber bahan tanaman ini juga boleh diperolehi
daripada tapak semaian swasta.

3.3.1.2 Sumber Bahan Tanaman Liar Daripada Kawasan Berhutan

Kawasan berhutan terutamanya kawasan hutan simpanan kekal (HSK)
menyediakan stok bahan tanaman anak benih, anak pokok, pokok jaras
kecil dan pokok jaras besar liar yang terdiri daripada pelbagai kelas
kebesaran dan spesies. Bagi tujuan buku panduan ini, kategori kawasan
HSK yang menjadi keutamaan dalam memperolehi sumber bahan
tanaman liar adalah seperti dalam Jadual 8.

Jadual 8: Kategori Kawasan HSK untuk Perolehan Sumber Bahan
Tanaman Liar

Kategori Maklumat Sumber Bahan
Kawasan Tanaman Liar

HSK

Pembangunan - Kelarian pembinaan - Anak benih, anak
Infrastruktur jalan tuju dan lorong pokok, pokok jaras
Pembalakan penarik kecil dan pokok jaras
besar.
- Kawasan pembangunan
tapak kongsi dan
matau sementara

- Kelarian jalan tuju sedia - Anak pokok, pokok

ada dinaiktaraf kepada jaras kecil tanaman

jalan sekunder oleh pelesen.

- Kelarian lorong penarik - Anak benih, anak

sedia ada dinaiktaraf pokok, pokok jaras

kepada jalan tuju kecil dan pokok jaras

besar.

10 PANDUAN PENYEDIAAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK BESAR

Kawasan - Pembangunan aktiviti - Anak benih, anak
Pembangunan pertanian, perlombongan pokok, pokok jaras
Tanah Bukan dan pengkuarian kecil dan pokok jaras
Perhutanan besar.
- Penempatan dan
perumahan

- Pembangunan industri

Kawasan - Pembinaan utiliti - Anak benih, anak
Pembangunan (empangan, jalan pokok, pokok jaras
Utiliti raya/lebuh raya, talian kecil dan pokok jaras
elektrik, pencawang besar.
telekomunikasi).

Perolehan bekalan bahan tanaman liar ini juga boleh dilaksanakan dalam
kawasan-kawasan berhutan di tanah kerajaan dan tanah berimilik.

Ciri-ciri asas pemilihan bahan tanaman liar daripada kawasan berhutan
adalah:

(i) Bahan tanaman yang mempunyai bentuk kebiasaan (typical shape)
bagi spesies dipilih;

(ii) Pertumbuhan pucuk bahan tanaman yang segar, sihat dan matang
(good vigor and growth). (Pokok yang mempunyai pucuk muda atau
baru harus dielakkan);

(iii) Bahan tanaman yang bebas penyakit dan silara yang sihat; dan
(iv) Batang yang lurus dan tiada kecacatan.

3.3.1.3 Pokok Besar Dari Tapak Pembangunan Projek

Pokok besar yang perlu diselamatkan atau dipindahkan ke lokasi
lain yang lebih sesuai akibat daripada pembangunan sesuatu projek
(contoh: projek pembangunan utiliti awam di kawasan perbandaran).
Pertimbangan perlu diberikan bagi pokok-pokok yang mempunyai
nilai-nilai sejarah/warisan (heritage tree) dan memenuhi kriteria bahan
tanaman pokok besar di bawah panduan ini.

3.3.2 Penyimpanan Stok Bahan Tanaman

Bahan tanaman yang disediakan memerlukan tempoh penyimpanan yang
tertentu sebelum mencapai saiz yang sesuai untuk penanaman.

PANDUAN PENYEDIAAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK BESAR 11

3.3.2.1 Tapak Semaian JPSM

Tapak-tapak semaian yang telah dibangunkan oleh JPSM merupakan lokasi
yang terbaik sebagai tapak penyimpanan stok bahan tanaman pokok besar
kerana mempunyai kawasan yang mencukupi dari segi keluasan serta
prasarana utama tapak semaian yang lengkap dan moden. Terdapat tiga (3)
jenis tapak semaian jabatan yang sesuai untuk tujuan ini seperti di Jadual 9.

Jadual 9: Jenis-jenis Tapak Semaian JPSM

Jenis Tapak Ciri-Ciri
Semaian

Tapak Semaian - Merupakan tapak semaian induk.

Premier - Berperanan sebagai pusat maklumat perolehan

Contoh: bahan tanaman/penyelidikan/kajian

Pusat Perolehan Biji - Terdiri daripada pelbagai spesies pokok hutan.

Benih dan Bahan - Mempunyai prasarana yang lengkap dan moden.

Tanaman Lentang, - Dikendalikan oleh pekerja tetap dan terlatih.

Pahang.

Tapak Semaian Satelit - Merupakan tapak semaian terbesar di negeri-

Contoh: negeri.

Tapak Semaian Air - Terdiri daripada pelbagai spesies pokok hutan.

Ganda, Perak; Tapak - Dilengkapi dengan prasarana utama.

Semaian Changlun, - Dikendalikan oleh pekerja tetap dan terlatih.

Kedah; Tapak

Semaian Mantin,

Negeri Sembilan;

Tapak Semaian

Chalok, Terengganu.

Tapak Semaian - Merupakan tapak semaian di daerah-daerah
hutan.
Sekunder
- Berperanan sebagai tapak semaian sokongan
Contoh: kepada tapak semaian satelit dan premier.

Tapak Semaian - Terdiri daripada pelbagai spesies pokok hutan.
- Dilengkapi dengan prasarana utama.
Lata Tembakah, - Dikendalikan oleh pekerja tetap yang ditugaskan

Terengganu; Tapak dari masa ke semasa mengikut kesesuaian.

Semaian Kg. Gajah,

Kluang, Johor; Tapak

Semaian, Sg. Sam,

Kelantan.

Rujukan: Penubuhan Dan Pengurusan Tapak Semaian Hutan, JPSM 2014.

12 PANDUAN PENYEDIAAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK BESAR

3.3.2.2 Tapak Penyimpanan Stok Pokok Besar

Sekiranya tapak semaian JPSM tidak mempunyai keluasan kawasan yang
mencukupi, kawasan lain dengan keluasan yang sesuai boleh disediakan
sebagai tapak bagi penyimpanan bahan tanaman pokok besar. Faktor utama
yang perlu dipertimbangkan dalam memilih kawasan yang sesuai sebagai
tapak penyimpanan adalah seperti di Jadual 10.

Jadual 10: Faktor bagi Pemilihan Kawasan Tapak Penyimpanan Stok
Bahan Tanaman Pokok Besar

Faktor Maklumat Berkaitan

Lokasi dan Kawasan yang dipilih hendaklah mempunyai
Kemudahsampaian kemudahan prasarana seperti jalanraya bagi
memudahkan perhubungan, penyelenggaraan dan
pengangkutan stok bahan tanaman pokok besar.

Topografi Tapak penyimpanan seboleh-bolehnya dibina di
kawasan yang rata dengan saliran yang baik. Sistem
saliran yang baik perlu dibina supaya tapak simpanan
tidak ditakungi air (waterlogged) terutamanya pada
musim tengkujuh yang boleh mengakibatkan banjir
dan menyebabkan kerosakan ke atas stok bahan
tanaman yang disimpan. Kawasan yang mempunyai
paras air (water table) yang tinggi juga tidak sesuai
kerana mudah mengalami banjir.

Sekiranya kawasan yang dipilih adalah beralun
dan tidak rata, kerja-kerja tanah yang minima bagi
meratakan kawasan tersebut boleh dilaksanakan.

Keseluruhan kawasan simpanan hendaklah
ditambakkan dengan lapisan permukaan (surface
dressing) seperti batu kerikil halus, pasir kasar
atau habuk kuari dengan ketebalan 4cm – 5cm
bagi memudahkan penempatan tabung/kontena
(container) pokok-pokok besar dan juga dapat
menghalang pertumbuhan rumput dan rumpai.

Tanah Nilai pH tanah yang optimum bagi pertumbuhan
spesies pokok hutan tropika adalah di antara 5.7
– 7.5. Julat pH ini diperlukan pagi pertumbuhan
stok pokok besar yang disimpan melalui penubuhan
Bank Pokok Besar.

Tanah di kawasan yang dipilih juga perlu bebas
daripada serangga, kulat dan nematode yang boleh
menyebabkan kerosakan dan kematian stok bahan
tanaman pokok besar.

PANDUAN PENYEDIAAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK BESAR 13

Sumber air Kawasan yang dipilih perlu berdekatan dengan
sumber air bagi memudahkan penyiraman stok bahan
tanaman pokok besar. Sumber air tersebut mestilah
bersih dan bebas daripada agen pencemaran dan
sisa toksik yang boleh menjejaskan tumbesaran
bahan tanaman pokok besar.

3.4 Peralatan dan Jentera

Peralatan dan jentera yang sesuai perlu disediakan bagi melancarkan kerja-kerja
penyediaan bahan tanaman pokok besar. Keperluan peralatan dan jentera adalah
untuk melaksanakan kerja-kerja seperti ditunjukkan di Jadual 11.

Jadual 11: Keperluan Peralatan dan Jentera

Fungsi Pelaksanaan Peralatan Jentera
Kerja

a. Operasi dan • Peralatan asas seperti • Mesin penghancur
pelbagai jenis tabung, tanah.
penyelenggaraan cangkul, kereta sorong,
pam racun, pencakar dan • Mesin pembancuh
tapak semaian dan gunting tunas (secateurs). media tabung.

tapak penyimpanan • Bahan-bahanasasseperti • Mesin menabung
media penabungan • Traktor
stok pokok besar (tanah, pasir, bahan • Lori
organik), baja serta
• Penukaran tabung racun serangga, rumpai
dan kulat.
anak benih/anak
• Sistem pengairan dan
pokok. penyiraman.

• Penyelenggaraan • Nursery tree transporter/
troli.
anak benih/anak

pokok.

• P e r l i n d u n g a n

dan pencegahan

serangan serangga

dan penyakit.

• Menjalankan kajian

dan penyelidikan.

14 PANDUAN PENYEDIAAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK BESAR

b. Perolehan dan • Peralatan asas seperti • Back hoe/jengkaut.
pelbagai jenis tabung • Lori pancuan empat
penyelenggaraan (core drain), cangkul/
pengali, alat pengukur roda (mempunyai
anak pokok/pokok tinggi dan diameter, GPS, kemudahan kren, tail
kompas, kereta sorong, lift dan tipper).
jaras kecil liar kabel dawai (lump), chain • Kenderaan pancuan
lock. empat roda (4WD).
• Mencari anak pokok/ • Tree spade.
• Peralatan bebola akar
pokok jaras kecil/ seperti root pruning,
looper, guni pembalut/
pokok jaras besar hessian cloth, wrapping
film, jarum dan tali
liar. menjahit, polypipe, jaring
pembalut silara.
• Penyediaan bebola
• Peralatan/bahan untuk
akar (root ball). pedding (tayar, tiub
getah).
• Penyelenggaraan

lapangan (in-situ).

• P e n g a n g k u t a n

dan pemunggahan

(pekerja dan bahan

tanaman)

c. Keselamatan dan Personal Protective Equipment (PPE) seperti goggle,
kesihatan pekerjaan sarung tangan, first aid kit, topi keselamatan, kotak
simpanan peralatan dan perkakasan.

d. Perekodan maklumat • Kamera.
• Buku catatan dan borang-borang berkaitan.

PANDUAN PENYEDIAAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK BESAR 15

16 PANDUAN PENYEDIAAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK BESAR

4.0 PENYEDIAAN STOK
BAHAN TANAMAN
POKOK BESAR

PANDUAN PENYEDIAAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK BESAR 17

4.0 PENYEDIAAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK
BESAR

Penyediaan stok bahan tanaman pokok besar yang berkualiti dan tersedia dari
segi kuantiti merupakan aspek yang penting dalam mencapai sasaran penanaman
yang dirancangkan. Terdapat dua (2) pendekatan yang boleh digunapakai dalam
penyediaan stok bahan tanaman pokok besar iaitu:

(i) Penggunaan sumber bahan tanaman sedia ada daripada stok anak benih dan
anak pokok di tapak semaian jabatan/swasta; dan

(ii) Perolehan anak pokok, pokok jaras kecil dan pokok jaras besar liar daripada
kawasan berhutan.

4.1 Sumber Bahan Tanaman Dari Tapak Semaian

Sumber bahan tanaman spesies hutan yang dihasilkan di tapak semaian
kebiasaannya menggunakan tabung plastik. Anak benih dan anak pokok
ditabung dengan ramuan media tabung terdiri daripada campuran tanah atas
(top soil) dan pasir sungai mengikut nisbah tertentu. Hanya anak benih dan
anak pokok tabung dari kumpulan anak benih atau anak pokok berkualiti
yang menepati Kriteria Bahan Tanaman (rujuk Para 3.1) dipilih sebagai sumber
bahan tanaman.

4.1.1 Penabungan Semula dan Media Tabungan

Kerja-kerja penabungan semula anak benih dan anak pokok
dilaksanakan bagi memberi ruang pembesaran bahagian akar untuk
meningkatkan kadar kemandiriannya. Pelbagai jenis tabung boleh
digunakan termasuklah polibeg, tabung/kontena (container), core drain
dan lain-lainnya.

Aktiviti penabungan semula melibatkan penukaran saiz tabung anak
benih/anak pokok kepada tabung bersaiz yang lebih besar bagi
menyediakan stok pokok besar mengikut saiz yang diperlukan. Saiz
tabung yang digunakan adalah mengikut tempoh penyimpanan dan
kadar pertumbuhan anak benih/anak pokok di tapak semaian serta
kategori bahan tanaman pokok besar yang hendak dihasilkan. Tempoh
penyimpanan anak benih/anak pokok dan saiz tabung yang sesuai
digunakan seperti di Jadual 12.

18 PANDUAN PENYEDIAAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK BESAR

Jadual 12: Tempoh Penyimpanan dan Saiz Tabung

Tempoh Anak Benih/ Saiz Tabung
Anak Pokok di Tapak Semaian (diameter x tinggi)

Sehingga 6 bulan 8 - 10cm x 17 - 20cm

Sehingga 1 tahun 12 - 15cm x 20 - 25cm

Sehingga 4 tahun 20 - 25cm x 30 - 35cm

Melebihi 4 tahun Melebihi 35 x 40cm

Rujukan: Manual Perhutanan Jilid III, JPSM

4.1.1.1 Media Tabungan

Tabung-tabung penukaran semula diisi dengan media tabung
yang terdiri daripada bahan organik (kebiasaannya sabut kelapa),
tanah permukaan dan pasir dengan nisbah campuran iaitu
3:2:1. Media campuran ini berfungsi sebagai sokongan kepada
mencepatkan pertumbuhan dan perkembangan akar anak pokok
dalam tabung. Di samping itu, media campuran ini membekalkan
nutrien kepada anak pokok dan berupaya menyimpan air atau
kelembapan yang diperlukan oleh anak pokok tabungan.

Walau bagaimanapun, media tabung ringan (lightweight
potting media) seperti sekam padi, tanah gambut juga sesuai
digunakan.

4.1.1.2 Penabungan

Penabungan semula anak benih/anak pokok ke tabung yang
lebih besar dilaksanakan seperti berikut:

(i) Sebelum proses penabungan semula, sumber bahan
tanaman yang terdiri daripada anak benih/anak pokok
diberikan siraman air yang secukupnya;

(ii) Akar-akar anak benih yang berlingkar di bahagian bawah
tabung perlu dileraikan dan diserakkan dengan baik di
dalam lubang tabung. Akar yang terlalu banyak perlu
dipotong bagi mengelakkan sistem akar bergelung dan
terikat sesama sendiri. Begitu juga, akar-akar rerambut
dan akar tunjang yang terkeluar daripada tabung asal
perlu dipangkas. Pemotongan atau pemangkasan akar
perlu dibuat menggunakan alatan pemangkasan akar
yang sesuai;

PANDUAN PENYEDIAAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK BESAR 19

(iii) Pastikan bahan tanaman dikeluarkan daripada tabung
asal dengan berhati-hati supaya media tabung asal
tidak terlerai/pecah. Semasa memindah bahan tanaman
seharusnya tidak hanya memegang batang bahan
tanaman tetapi perlu juga memegang media tabung asal;

(iv) Campuran media tabung diisikan 1/3 daripada kedalaman
tabung. Bahan tanaman diletakkan ditengah-tengah
tabung baharu dan campuran media tabung ditambahkan
sehingga berada sama aras dengan kolar akar bahan
tanaman. Siraman air dilakukan bagi memendap dan
memampatkan media tabung agar tiada rongga di dalam
tabung; dan

(v) Bahan tanaman yang baru dipindahkan ke tabung perlu
diikat dengan longgar pada kayu pancang bagi tujuan
menegakkan kedudukan bahan tanaman dalam tabung.
Saiz dan ketinggian kayu pancang adalah bergantung
kepada saiz bahan tanaman yang dipindahkan tersebut.
Kayu pancang hendaklah dipacak berdekatan batang
bahan tanaman dan perlu mengelakkan kecederaan
pada akar. Batang bahan tanaman perlu diikat kepada
kayu pancang menggunakan bahan yang lembut seperti
getah untuk mengelakkan kecederaan pada batang.

4.1.2 Penubuhan Bank Pokok Besar

Dalam konteks panduan ini, Bank Pokok Besar adalah dirujuk sebagai stok simpanan
pokok-pokok jaras/besar yang disediakan melalui kaedah penanaman secara langsung
sumber bahan tanaman anak benih atau anak pokok ke tanah.

Penubuhan Bank Pokok Besar
dilaksanakan di kawasan tapak semaian
atau lokasi simpanan stok bahan tanaman
pokok besar yang telah dikenalpasti
sesuai (rujuk Para 3.3.2.2).

Pemilihan sumber bahan tanaman bagi
penubuhan Bank Pokok Besar adalah
berdasarkan kepada anak benih atau
anak pokok sedia ada di tapak semaian
(rujuk Para 4.1).

20 PANDUAN PENYEDIAAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK BESAR

4.1.2.1 Penanaman

Penanaman bahan tanaman di tapak Bank Pokok Besar
dilaksanakan sebagaimana berikut:

(i) Saiz sumber bahan tanaman minimum di antara 45cm
tinggi hingga 2m tinggi;

(ii) Sumber bahan tanaman ditanam secara barisan (line
planting) dengan jarak tanaman 2m x 2m, 2.5m x 2.5m
atau 3m x 3m bergantung kepada saiz dan bentuk stok
pokok besar yang dihendaki;

(iii) Selang di antara dua (2) barisan tanaman, disediakan
ruang sekurang-kurangnya 3m untuk memudahkan
kemasukan jentera bagi tujuan penyelenggaraan,
pengalian semula, pemunggahan dan pengangkutan
stok pokok besar;

(iv) Sebelum proses penanaman, bahan tanaman diberikan
siraman air yang secukupnya;

(v) Akar-akar anak benih yang berlingkar di bahagian bawah
tabung perlu dileraikan dan diserakkan dengan baik di
dalam lubang tanaman. Akar yang terlalu banyak perlu
dipotong bagi mengelakkan sistem akar bergelung dan
terikat sesama sendiri.

Begitu juga, akar-akar rerambut dan akar tunjang
yang terkeluar daripada tabung asal perlu dipangkas.
Pemotongan atau pemangkasan akar perlu dibuat
menggunakan alatan pemangkasan akar yang sesuai;

(vi) Pastikan bahan tanaman dikeluarkan daripada tabung
asal dengan berhati-hati supaya media tabung asal
tidak terlerai/pecah. Semasa memindah bahan tanaman
seharusnya tidak hanya memegang batang bahan
tanaman tetapi perlu juga memegang media tabung
asal;

(vii) Lubang tanaman digali sekurang-kurangnya 2 atau 3
kali ganda saiz tabung bahan tanaman dan ditaburkan
dengan baja perlepasan perlahan (slow release fertilizer)
berunsurkan phosphate di dalamnya. Penanaman bahan
tanaman sebaiknya dengan keadaan kolar akar bahan
tanaman separas atau beberapa sentimeter lebih tinggi
daripada paras permukaan tanah. Tanah yang digali
perlu ditimbus semula dan dipadatkan dengan lembut
di sekeliling bahan tanaman untuk mengurangkan

kewujudan rongga tanah di dalam lubang tanaman; dan

PANDUAN PENYEDIAAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK BESAR 21

(viii) Bahan tanaman yang baru ditanam perlu diikat
dengan longgar pada kayu pancang bagi tujuan
membolehkannya tumbuh dengan tegak. Saiz dan
ketinggian kayu pancang adalah bergantung kepada
saiz bahan tanaman yang ditanam. Kayu pancang
hendaklah dipacak berdekatan batang bahan tanaman
mengikut arah tiupan angin dan perlu mengelakkan
kecederaan akar bahan tanaman.

4.2 Sumber Bahan Tanaman Liar daripada Kawasan Berhutan

Sumber bahan tanaman yang sesuai daripada kawasan berhutan terdiri
daripada anak benih, anak pokok, pokok jaras kecil dan pokok jaras besar.
Bahan tanaman ini terdapat dengan banyak dan akan berlaku pembaziran
sekiranya tidak digunakan secara maksimum terutamanya bagi kawasan
berhutan yang dibangunkan bukan untuk tujuan perhutanan. Sumber
bahan tanaman ini perlu diselamatkan dan dikeluarkan daripada kawasan
pembangunan projek dan dipulihara sebagai stok bahan tanaman di lokasi
yang lain.

4.2.1 Pasukan Kerja

Sebaik-baiknya satu pasukan kerja bagi mendapatkan sumber bahan
tanaman daripada kawasan berhutan terdiri daripada lima (5) orang ahli
sebagaimana tugasan yang ditunjukkan dalam Jadual 13.

Jadual 13: Senarai Tugas Pasukan Kerja

Pasukan Kerja Tugasan

Ketua Pasukan • Menyediakan program penentuan
Diketuai oleh seorang kawasan untuk pengambilan bahan
Pegawas Hutan yang tanaman liar dan lawatan ke kawasan
berpengalaman. tersebut untuk pengambilan.

• Menentukan semua persediaan,
peralatan dan jentera yang diperlukan
disediakan secukupnya.

• Memastikan jenis-jenis bahan tanaman
liar yang diambil dan kualitinya mengikut
kriteria yang ditentukan.

• Menyelaras kerja pengambilan bahan
tanaman liar di kawasan pengambilan
dan mengisi Borang Pengambilan
Bahan Tanaman Liar seperti di
Lampiran 3.

22 PANDUAN PENYEDIAAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK BESAR

Pembantu Awam • Seorang Pembantu Awam
(3 orang)
berpengalaman bertindak sebagai
Pemandu Kenderaan
Penolong Ketua Pasukan membantu

kerja-kerja Pengawas Hutan yang

mengetuai kumpulan kerja.

• Melaksanakan pengambilan bahan

tanaman liar di lapangan.

• Menyelenggara bahan tanaman liar di

lapangan.

• Menentukan keadaan kenderaan dalam
keadaan yang baik.

• Memandu kenderaan dengan cermat
dan selamat.

• Membantu tugas-tugas ahli kumpulan
kerja yang lain apabila dikehendaki.

Pasukan kerja ini boleh dibantu oleh pasukan sokongan (sekiranya
perlu) terutamanya dalam operasi pemunggahan dan pengangkutan
keluar bahan tanaman liar ke tempat penyimpanan stok bahan tanaman
pokok besar.

4.2.2 Kaedah Pengambilan Bahan Tanaman Liar

Kaedah pengambilan bahan tanaman liar melibatkan aktiviti seperti
berikut:

4.2.2.1 Penentuan Kawasan Pengambilan

Kawasan berhutan yang dipilih bagi pengambilan bahan
tanaman liar sebolehnya mempunyai laluan akses untuk
memudahkan penggunaan kenderaan dan jentera
terutamanya bagi aktiviti pemunggahan dan pengangkutan
bahan tanaman ke tempat penyimpanan. Pemilihan kawasan
bertopografi yang landai dan tidak bercerun perlu diberikan
keutamaan.

Maklumat asas berhubung lokasi pengambilan perlu
direkodkan menggunakan Borang Pengambilan Bahan
Tanaman Liar.

4.2.2.2 Mengenalpasti Bahan Tanaman Liar

Bahan tanaman liar yang menepati kriteria pemilihan stok
bahan tanaman pokok besar ditanda dengan riben/tag pada
batangnya. Maklumat spesies, saiz kebesaran (diameter) dan
ukuran tinggi direkodkan dalam Borang Pengambilan Bahan
Tanaman Liar.

PANDUAN PENYEDIAAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK BESAR 23

4.2.2.3 Penyediaan Bahan Tanaman Liar

Bahan tanaman liar disediakan melalui dua (2) kaedah iaitu
Kaedah Tabungan dan Kaedah Bebola Akar/Berkarung (root
ball/burlapped).

a. Kaedah Tabungan

Pengambilan bahan tanaman liar dari kelas
kebesaran anak benih dan anak pokok adalah sesuai
menggunakan kaedah tabungan. Penggunaan kaedah
ini mengurangkan kecederaan dan tekanan (stress) pada
akar serta memudahkan pengendalian dan pemindahan
bahan tanaman.

Saiz dan jenis tabung yang digunakan perlulah sesuai
dengan kebesaran bebola akar bahan tanaman liar
yang diambil. Alat tabungan dari jenis polibeg dan core
drain yang boleh laras (adjustable container) sesuai
digunakan. Penyediaan tabungan dibuat di lapangan di
kawasan pengambilan bahan tanaman liar. Media tabung
boleh menggunakan tanah asal kawasan pengambilan
atau media lain yang lebih sesuai seperti lightweight
potting media.

Kaedah Tabungan melibatkan aktiviti-aktiviti berikut:

(i) Bahan tanaman liar yang dikenalpasti digali dengan
cermat bagi membentuk bebola akar. Tanah pada bebola
akar perlu dipastikan tidak terurai dan masih melekat
kepada akar-akarnya;

(ii) Media tabung diisikan 1/3 daripada kedalaman
tabung. Bebola akar yang telah digali dimasukkan ke
dalam tabung ke atas media tabung. Media tabung
ditambahkan sehingga berada sama aras dengan kolar
akar bahan tanaman dan elakkan bebola akar daripada
tenggelam. Siraman air dilakukan bagi memendap dan
memampatkan media tabung agar tiada rongga di dalam
tabung;

(iii) Pemindahan bahan tanaman liar ke dalam tabung
hendaklah dibuat dengan berhati-hati bagi mengelakkan
bebola akar pecah dan boleh menyebabkan kecederaan
akar. Semasa mengangkat bahan tanaman seharusnya
tidak hanya memegang batang bahan tanaman tetapi
perlu juga memegang bebola akarnya; dan

24 PANDUAN PENYEDIAAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK BESAR

(iv) Bahan tanaman liar yang baru dipindahkan ke tabung
perlu diikat dengan longgar pada kayu pancang bagi
tujuan menegakkan kedudukan bahan tanaman dalam
tabung. Ketinggian kayu pancang adalah bergantung
kepada saiz bahan tanaman liar tersebut. Kayu pancang
hendaklah dipacak berdekatan batang bahan tanaman
liar dan perlu mengelakkan kecederaan pada akar.
Batang bahan tanaman perlu diikat kepada kayu pancang
menggunakan bahan yang lembut seperti getah untuk
mengelakkan kecederaan pada batang.

b. Kaedah Bebola Akar/Berkarung (Root Ball/Burllaped)

Penggunaan kaedah ini amat sesuai bagi pengambilan bahan
tanaman liar daripada kelas kebesaran anak pokok, pokok
jaras kecil dan pokok jaras besar. Kaedah ini adalah merujuk
kepada penyediaan bebola akar dimana bebola akar dibalut
seperti karung bagi melindungi akar dan mengurangkan
kehilangan tanah.

Kaedah Bebola Akar/Berkarung melibatkan aktiviti-aktiviti
berikut:

(i) Penggalian yang melibatkan pembinaan parit di
sekeliling pangkal bahan tanaman liar dilaksanakan
bagi membentuk bebola akar. Sebelum parit dibina,
penandaan zon pengakaran (saiz bebola akar) bahan
tanaman liar perlu dilakukan (rujuk Gambar rajah 1).
Pada asasnya saiz bebola akar disediakan berkadaran
10 kali ganda saiz diameter batang bahan tanaman liar
yang dipilih (contoh: 2.5cm diameter batang, 25cm saiz
bebola akar). Penggalian boleh dilaksanakan secara
manual atau mekanikal (penggunaan jentera/jengkaut
yang sesuai) bergantung kepada kesesuaian lokasi
penggalian dan kebesaran bebola akar/karung yang
disediakan;

PANDUAN PENYEDIAAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK BESAR 25

Gambar rajah 1: Penandaan zon pengakaran (saiz bebola akar) bahan tanaman liar

(ii) Sebelum penggalian dijalankan, zon pengakaran bahan tanaman liar disiram
dengan air bagi melembutkan tanah dan menggurangkan tekanan pada akar. Walau
bagaimanapun, sekiranya tanah kawasan pengambilan bahan tanaman liar dalam
keadaan lembap, siraman air tidak perlu dilakukan;

(iii) Pembinaan parit dilakukan secara manual dengan menggunakan penyodok rata
dimana arah cucukan mata penyodok rata perlulah membelakangkan bahan
tanaman liar bagi tujuan mengurangkan kerosakan tanah bebola akar. Kedalaman
penggalian adalah berdasarkan kedalaman zon akar tunjang. Kelebaran parit
bergantung kepada keselesaan melaksanakan kerja oleh pasukan kerja;

(iv) Jengkaut atau jentera yang sesuai boleh juga digunakan bagi membantu
membina parit dalam keadaan dimana penyediaan bebola akar adalah besar
(rujuk Gambar rajah 2);

26 PANDUAN PENYEDIAAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK BESAR

Gambar rajah 2: Pembinaan parit mengunakan jengkaut yang sesuai untuk menyediakan bebola akar

(v) Pemangkasan akar (root pruning) perlu dilakukan dengan menggunakan peralatan
yang sesuai seperti root cutter. Bagi pemangkasan akar yang bersaiz besar seperti
akar tunjang, penggunaan gergaji tangan/gergaji berantai perlu dilaksanakan dengan
berhati-hati. Akar-akar pada bebola akar dilembapkan dengan semburan air yang
halus (soft spraying);

(vi) Bebola akar yang telah dibentuk, dibalut/dikarung menggunakan bahan balutan/
berkarung yang sesuai seperti guni jut, kain (hessian cloth) atau plastik pembungkus
(wrapping film) di sekelilingnya. Balutan bebola akar perlu diketatkan dengan
menggunakan bahan ikatan yang sesuai seperti tali, tiub getah tayar dan sebagainya;

(vii) Kayu pancang hendaklah dipacak berdekatan batang bahan tanaman liar dan perlu
mengelakkan kecederaan pada akar dalam bebola akar/berkarung. Batang bahan
tanaman perlu diikat kepada kayu pancang menggunakan bahan yang lembut seperti
getah untuk mengelakkan kecederaan pada batang; dan

(viii) Bahan tanaman liar dengan bebola akar/berkarung yang tersedia dikeluarkan
daripada kawasan penggalian dengan berhati-hati agar bebola akar tidak pecah.

PANDUAN PENYEDIAAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK BESAR 27

4.2.2.4 Penyelenggaraan Bahan Tanaman Liar secara
In-situ

Stok bahan tanaman liar yang disediakan sama ada
secara Tabungan atau Bebola Akar/Berkarung perlu
diselenggarakan secara in-situ (di kawasan pengambilan)
sebelum ianya diangkut keluar ke tapak penyimpanan tetap
di tapak semaian jabatan. Penyelenggaraan ini dilaksanakan
sebagaimana berikut:

(i) Dahan dan daun bahan tanaman perlu dilaksanakan
pemangkasan (pruning) (tidak melebihi 1/3 silara) bagi
mengurangkan kehilangan air daripada permukaan
daun. Pemangkasan daun perlu dilakukan dengan hati-
hati bagi mengelakkan tekanan (stress) ke atas bahan
tanaman;

(ii) Tabungan atau bebola akar/berkarung stok bahan
tanaman liar disusun secara tegak di bawah naungan
silara pokok-pokok besar di kawasan pengambilan.
Pepara perlu disediakan sebagai sokongan kepada
stok bahan tanaman liar agar tidak tumbang ditiup
angin kencang. Dalam keadaan dimana tiada pokok-
pokok besar di kawasan pengambilan yang boleh
memberikan naungan kepada stok bahan tanaman liar,
struktur lindungan/naungan daripada jaring hitam perlu
disediakan pada kadar ketelusan cahaya 60%;

(iii) Daun-daun kering (forest litter) boleh dimasukkan dalam
tabung di atas paras media tabung sebagai sungkupan
(mulching). Daun-daun kering juga mengandungi
microrhiza yang boleh membantu pertumbuhan akar
bahan tanaman liar; dan

(iv) Penyiraman secara berkala perlu dilaksanakan bagi
penyegaran bahan tanaman liar sepanjang tempoh
penyimpanan di tapak simpanan sementara in-situ. Pada
asasnya tempoh penyimpanan in-situ adalah selama dua
(2) minggu.

4.2.2.5 Pemindahan Stok Bahan Tanaman Liar

Stok bahan tanaman liar yang telah tamat tempoh pengerasan
di kawasan pengambilan (in-situ) perlu dipindahkan ke tapak
semaian JPSM ataupun lokasi penyimpanan kekal (ex-situ)
yang telah dikenalpasti. Pemindahan stok bahan tanaman liar
dilaksanakan dengan menggunakan jentera pengangkutan
yang sesuai seperti lori pancuan empat roda yang mempunyai
kemudahan kren, tail lift dan tipper dengan bantuan jentera
jengkaut bagi mengangkat/menurunkan stok bahan tanaman
liar yang besar.

28 PANDUAN PENYEDIAAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK BESAR

Semasa melaksanakan aktiviti pemunggahan/penurunan
(loading/unloading) perkara-perkara yang perlu diberikan
perhatian, antaranya adalah:

(i) Tabungan atau bebola akar/berkarung hendaklah
dilembapkan sebelum proses pemindahan dilaksanakan;

(ii) Sentiasa mengangkat bahan tanaman liar di bahagian
bawah tabungan atau bebola akar/berkarung;

(iii) Elakkan tabungan atau bebola akar/berkarung daripada
terjatuh atau terhempas semasa mengangkat;

(iv) Sekiranya jentera jengkaut digunakan untuk mengangkat
stok bahan tanaman, pastikan bahagian batang stok
bahan tanaman yang diikat perlu dibalut dengan guni
jut atau bahan-bahan yang sesuai bagi mengelakkan
kecederaan pada kulit batang bahan tanaman (stem
protection);

(v) Tabungan yang besar boleh diangkat menggunakan
jentera forklift/jengkaut dengan meletakkan tabungan di
atas palet kayu atau plastik;

(vi) Bebola akar/berkarung juga boleh diangkat
menggunakan jaring pengangkat barang (heavy duty)
seperti yang digunakan di pelabuhan;

(vii) Dahan-dahan stok bahan tanaman yang menganjur
hendaklah diikat untuk mengelakkan daripada patah/
sekah; dan

(viii) Menyediakan sokongan kepada stok bahan tanaman liar
semasa di atas jentera pengangkut dengan penyediaan
bahan-bahan yang boleh menyerap hentakan seperti
tayar, tiub getah dan sebagainya.

4.2.2.6 Penyediaan Stok Bahan Tanaman Pokok Besar

Di tapak semaian JPSM atau tapak penyimpanan, bahan
tanaman liar yang disediakan secara bebola akar/berkarung
perlu disediakan selanjutnya sama ada secara tabungan,
simpanan dengan bebola akar/berkarung atau penanaman
di Bank Pokok Besar (rujuk Para 4.1.1 dan 4.1.2). Bebola akar/
berkarung yang menggunakan bahan balutan yang reput
terus boleh ditanam langsung ke tabungan yang lebih besar
atau dalam lubang tanaman di tapak Bank Pokok Besar.

4.3 Sumber Pokok Besar daripada Kawasan Pembangunan Projek

Pada asasnya proses pengambilan atau pemindahan sumber pokok besar daripada
kawasan pembangunan adalah sama sepertimana proses pengambilan sumber
bahan tanaman liar daripada kawasan berhutan. Namun begitu, pengambilan atau

PANDUAN PENYEDIAAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK BESAR 29

pemindahan pokok daripada kawasan pembangunan melibatkan bahan tanaman
bersaiz diameter yang besar (pokok matang) dan secara langsung memberikan
impak kepada kaedah penyediaan bebola akar/berkarung. Untuk pokok yang
matang, pemangkasan akar biasanya memerlukan beberapa peringkat yang berbeza
yang memerlukan minimum satu (1) bulan untuk akar tumbuh semula di antara setiap
peringkat tersebut. Kaedah penggalian bagi menyediakan bebola akar melibatkan
empat (4) peringkat iaitu:

(i) Peringkat Pertama (v) Peringkat-peringkat penggalian
• Melibatkan penggalian dua penyediaan bebola akar/
(2) parit secara bertentangan berkarung bagi pengambilan atau
di kawasan yang telah pemindahan pokok besar seperti
ditanda. ditunjukkan di Lakaran Gambar
rajah 3.
(ii) Peringkat Kedua
• Selepas tidak kurang dari (iv) Peringkat Keempat
satu (1) bulan dari masa • Selepas tidak kurang dari satu (1)
pemangkasan akar yang bulan dari masa pemangkasan
pertama dilakukan, galikan akar yang ketiga dilakukan,
parit di kawasan yang sediakan bebola akar dan
bersebelahan dengan dua potong bahagian bawah
(2) parit yang telah digali bebola akar tersebut dan diikuti
sebelum ini. dengan proses pemindahan
dan penanaman semula.
(iii) Peringkat Ketiga
• Selepas tidak kurang dari (vi) Tatacara seterusnya dalam
satu (1) bulan dari masa penyediaan bebola akar/
pemangkasan akar yang berkarung (Root Ball/burldeped)
kedua dilakukan, gali parit boleh merujuk kepada Para
di kawasan bersebelahan 4.2.2.3.b.
dengan dua (2) parit yang
telah digali.

Gambar rajah 3:
Peringkat-peringkat
penggalian
penyediaan bebola
akar/berkarung bagi
pengambilan atau
pemindahan pokok
besar

30 PANDUAN PENYEDIAAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK BESAR

5.0 PENYELENGGARAAN
STOK BAHAN
TANAMAN POKOK
BESAR

PANDUAN PENYEDIAAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK BESAR 31

5.0 PENYELENGGARAN STOK BAHAN TANAMAN
POKOK BESAR

Stok bahan tanaman pokok besar perlu diselenggarakan untuk menjamin
pertumbuhan, kesuburan dan kemandirian yang tinggi. Aktiviti-aktiviti yang terlibat
adalah seperti berikut:

5.1 Teduhan

Stok bahan tanaman yang baru disediakan perlu dilindungi daripada
pancaran cahaya matahari dan hujan lebat. Penggunaan struktur teduhan
daripada jaring hitam atau bahan dari jenis tidenet yang berupaya mengawal
60% kemasukan cahaya adalah sesuai untuk memberikan teduhan kepada
stok bahan tanaman yang ditabungkan atau disediakan secara bebola akar/
berkarung bagi satu tempoh masa yang sesuai. Proses pengurangan tahap
teduhan cahaya dikurangkan secara berperingkat sebelum stok bahan
tanaman sedia didedah kepada pencahayaan matahari penuh tanpa naungan.

5.2 Penyiraman

Penyiraman hendaklah dijalankan dua (2) kali sehari iaitu pada sebelah
pagi dan petang bagi memastikan stok bahan tanaman menerima air yang
mencukupi pada peringkat awal pertumbuhan. Siraman hendaklah sampai ke
bahagian akar atau bebola akar/berkarung dan bukan hanya pada permukaan
daun atau permukaan tabung sahaja. Penyiraman boleh dijalankan secara
manual atau secara renjisan automatik. Proses penyiraman dikurangkan
secara berperingkat sehingga bahan tanaman sedia untuk dikeluarkan ke
kawasan tanaman.

Pada musim hujan, penyiraman boleh dikurangkan kerana air siraman yang
berlebihan akan menyebabkan kehadiran tumbuhan kulat dan lumut pada
permukaan tanah
tabungan dan berbola
akar/berkarung,
boleh mengakibatkan
tumbesaran akar yang
rendah.

32 PANDUAN PENYEDIAAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK BESAR

5.3 Sungkupan (mulching)

Permukaan tanah di sekeliling

tabung dan bebola akar/

berkarung sebaik-baiknya

ditutup atau disungkup

menggunakan daun-daun

kering atau bahan-bahan

yang sesuai. Sungkupan

penting bagi mengekalkan

kelembapan tanah, membaiki

struktur tanah dan mengawal

pertumbuhan rumpai.

Sungkupan boleh disediakan

menggunakan bahan-bahan

seperti hampas kelapa sawit,

sabut kelapa/padi, rumput dan

daun-daun kering, jerami padi

serta habuk dan serpai kayu.

5.4 Sistem Sokongan Batang

Sistem sokongan batang yang terdiri daripada kayu pancang dan tali
penegang diperlukan sekiranya stok bahan tanaman pokok besar disimpan
atau ditanam di kawasan yang berangin dan sekiranya pokok tidak tumbuh
dengan tegak. Batang bahan tanaman perlu diikat kepada kayu pancang
sekurang-kurangnya dua (2) ikatan menggunakan bahan yang lembut seperti
getah untuk mengelakkan kecederaan pada batang anak pokok. Kayu
pancang dan tali penegang perlu dibuang apabila bahan tanaman yang
ditanam telah membesar dan kelihatan teguh (kebiasaannya selepas setahun
penanaman).

PANDUAN PENYEDIAAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK BESAR 33

5.5 Merumpai
Rumpai di dalam tabung bahan tanaman dan di sekeliling pangkal tanaman
Bank Pokok Besar perlu dikawal secara manual bagi mengelakkan persaingan
dalam mendapatkan nutrien.

5.6 Pembajaan
Pembajaan perlu dilaksanakan bagi membekalkan nutrien kepada stok bahan
tanaman. Pembajaan boleh dilaksanakan dengan bergilir-gilir di antara baja
kimia dan baja jenis organik. Baja yang perlu digunakan adalah daripada jenis
butiran sebatian NPK dan senang larut. Kadar pembajaan adalah berdasarkan
kepada keperluan stok bahan tanaman pokok besar. Pembajaan dibuat
secara berkala pada setiap 3 bulan.

5.7 Pemangkasan
Pemangkasan dahan dilaksanakan bagi menggalakan pertumbuhan pucuk
baharu dan mendapatkan bentuk silara stok bahan tanaman yang baik. Akar-
akar yang terkeluar daripada tabung dan bebola akar/berkarung juga perlu
dipangkas.

34 PANDUAN PENYEDIAAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK BESAR

5.8 Menukar Tabung

Penukaran tabung stok bahan tanaman perlu dilakukan apabila terdapat
keperluan ruang yang lebih besar untuk mengelakkan akar berpintal dalam
tabung asal. Penggunaan semula media tanaman daripada tabung-tabung
yang dilupuskan tidak digalakkan bagi menghindarkan jangkitan penyakit.

5.9 Kawalan Penyakit dan Perosak

Kawalan penyakit dan perosak dilakukan sekiranya perlu setelah terdapat
tanda-tanda awal serangan berlaku. Kawalan boleh dilakukan dengan
penggunaan racun kimia dan membersihkan kawasan serangan. Penggunaan
racun mestilah mengikut arahan seperti yang disyorkan oleh pihak pengeluar.
Sukatan racun yang berlebihan akan memudaratkan stok bahan tanaman
manakala sukatan racun yang berkurangan tidak akan memberi kesan.
Penggunaan sesuatu jenis racun perlu dilaksanakan secara berselang seli
dengan jenis yang berlainan bagi mengekalkan keberkesanan penggunaan
racun tersebut.

PANDUAN PENYEDIAAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK BESAR 35

6.0 PENYIMPANAN REKOD

Maklumat asas berhubung stok bahan tanaman pokok besar yang disediakan
hendaklah direkod dan disimpan dengan sempurna. Penyimpanan maklumat asas
ini amat penting untuk dijadikan rujukan pada masa hadapan.

Maklumat-maklumat tersebut termasuklah spesies, tarikh penyediaan, tarikh
pengambilan bahan tanaman, lokasi pengambilan, kaedah pengambilan (tabungan,
bahan tanaman liar, bebola akar), kadar kehidupan, saiz kebesaran (diameter/tinggi),
ahli pasukan penyediaan yang terlibat serta maklumat-maklumat lain yang berkaitan
Penyimpanan maklumat disediakan dalam borang-borang seperti di Lampiran 1 - 3.

7.0 KEPERLUAN KEWANGAN

Peruntukan kewangan yang mencukupi dapat membantu dalam melancarkan
pelaksanaan kerja-kerja penyediaan Stok Bahan Tananaman Pokok Besar oleh
JPSM. Keperluan kewangan diperlukan bagi membiayai perbelanjaan seperti
berikut:

(i) Kos pengurusan Pasukan Kerja;
(ii) Perolehan media tanaman;
(iii) Perolehan bahan kimia dan peralatan operasi;
(iv) Perolehan dan penyelenggaraan jentera;
(v) Penyelenggaraan bahan tanaman;
(vi) Bayaran utiliti; dan
(vii) Lain-lain kos yang berkaitan.

8.0 PENUTUP

Buku panduan ini akan dapat memberikan panduan dan penerangan yang terperinci
berhubung kerja-kerja penyediaan Stok Bahan Tanaman Pokok Besar di lapangan.

Penyediaan stok bahan tanaman pokok besar yang mengikut prosedur dan piawaian
ditetapkan dapat menjamin kualiti bahan tanaman dan seterusnya mencapai objektif-
objektif pelaksanaan aktiviti pembangunan, pemeliharaan dan pemuliharaan hutan
ke arah pencapaian pengurusan hutan secara berkekalan. Di samping itu, ia dapat
memenuhi keperluan bahan tanaman untuk penanaman kawasan landskap dan
perbandaran ke arah kestabilan persekitaran dan peningkatan kesejahteraan hidup
masyarakat.

36 PANDUAN PENYEDIAAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK BESAR

RUJUKAN

Malaysia Plant Red List: Peninsular Malaysian Dipterocarpaceae (FRIM, 2010);

Malaysian Threatened and Rare Tree Identification and Landscape Guideline (FRIM, 2017)

Manual Perhutanan Jilid III, 2005. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.

Penubuhan dan Pengurusan Tapak Semaian Hutan, 2014. Jabatan Perhutanan Semenanjung
Malaysia.

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, 1998. Projek Kerjasama Malaysia-ITTO:
Panduan Kutipan, Penabungan Dan Penyelenggaraan Anak Liar Bagi Sebilangan Jenis
Meranti.

Jabatan Landskap Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia,
2008. Panduan Penanaman Pokok Teduhan

Manual Kerja Luar Sistem Pengurusan Memilih (Selective Management System). Jabatan
Perhutanan Semenanjung Malaysia 1997.

Penyediaan Stok Bahan Tanaman Untuk Tumbuhan Darat dan Akuatik di Lembangan Tasik
Chini, 2016. Kajian Teknikal Usaha Sama NRE, JPSM dan FRIM.

Garis Panduan Penubuhan Ladang Hutan, 2017. Jabatan Perhutanan Semenanjung
Malaysia.

PANDUAN PENYEDIAAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK BESAR 37

38 PANDUAN PENYEDIAAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK BESAR BORANG PENYEDIAAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK BESAR Lampiran 1
(SUMBER BAHAN TANAMAN DARIPADA TAPAK SEMAIAN) CATATAN

Jabatan Perhutanan Negeri :
Tapak Semaian ;
Ketua Pasukan :

PENABUNGAN SEMULA NO. ID BAHAN SAIZ KEBESARAN SUMBER
TANAMAN BAHAN TANAMAN
BIL SPESIES
TARIKH SAIZ TABUNGAN TINGGI
DIAMETER (cm) (m)
ASAL BARU

BORANG PENYEDIAAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK BESAR Lampiran 2
(SUMBER BAHAN TANAMAN LIAR DARIPADA KAWASAN BERHUTAN) CATATAN

Jabatan Perhutanan Negeri :
Ketua Pasukan :

TARIKH LOKASI PENGAMBILAN NO. ID BAHAN KAEDAH PENGAMBILAN KEBESARAN BAHAN TANAMAN
BIL PENGAMBILAN TANAMAN LIAR
SPESIES
BAHAN TANAMAN SAIZ DIAMETER TINGGI
HSK/TK/TM* KOORDINAT TABUNGAN SAIZ BEBOLA AKAR (cm) (m)

PANDUAN PENYEDIAAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK BESAR * Bagi kawasan HSK sila nyatakan maklumat kompartmen

39

40 PANDUAN PENYEDIAAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK BESAR Lampiran 3

REKOD PENYIMPANAN DAN PENYELENGGARAAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK BESAR

Jabatan Perhutanan Negeri :

Tapak Semaian :

PENYELENGARAAN PENABUNGAN

NO. ID BAHAN PEMBAJAAN PEMANGKASAN KAWALAN SERANGGA PEROSAK SAIZ TABUNGAN SAIZ KEBESARAN SUMBER
TANAMAN BAHAN TANAMAN
BIL. SPESIES CATATAN

TARIKH KUANTITI (g) TARIKH TARIKH JENIS RACUN ASAL BARU DIAMETER TINGGI
(cm) (m)

PROSES PENYEDIAAN BEBOLA AKAR PENYEDIAAN BAHAN
TANAMAN LIAR

1 Kawasan di sekeliling

pangkal pokok hendaklah
dibersihkan terlebih dahulu
bagi mengenalpasti kawasan
zon pengakaran.

2 Sebelum parit dibina,

penandaan zon pengakaran
(saiz bebola akar) bahan
tanaman liar perlu dilakukan
(rujuk Gambar rajah 1). Pada
asasnya saiz bebola akar
disediakan berkadaran 10
kali ganda saiz diameter
batang bahan tanaman liar
yang dipilih (contoh: 2.5cm
diameter batang, 25cm saiz
bebola akar).

3 Sebelum penggalian

dijalankan, zon pengakaran
bahan tanaman liar disiram
dengan air bagi melembutkan
tanah dan menggurangkan
tekanan pada akar. Walau
bagaimanapun, sekiranya
tanah kawasan pengambilan
bahan tanaman liar dalam
keadaan lembap, siraman air
tidak perlu dilakukan.

PANDUAN PENYEDIAAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK BESAR 41

4 Pembinaan parit dilakukan secara manual

dengan menggunakan penyodok rata
dimana arah cucukan mata penyodok rata
perlulah membelakangkan bahan tanaman
liar bagi tujuan mengurangkan kerosakan
tanah bebola akar.

5 Penggalian boleh

dilaksanakan secara
manual atau mekanikal
(penggunaan jentera/
jengkaut yang sesuai)
bergantung kepada
kesesuaian lokasi
penggalian dan
kebesaran bebola akar/
karung yang disediakan.

6 Kedalaman penggalian

adalah berdasarkan
kedalaman zon akar
tunjang. Kelebaran
parit bergantung
kepada keselesaan
melaksanakan kerja
oleh pasukan kerja

42 PANDUAN PENYEDIAAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK BESAR

7 Bebola akar yang telah dibentuk,

dibalut/dikarung menggunakan
bahan balutan/berkarung yang
sesuai seperti guni jut, kain
(hessian cloth) atau plastik
pembungkus (wrapping film) di
sekelilingnya.

Sebagai contoh, guni jut
berbentuk T digunakan untuk
membuat balutan pada bebola
akar.

8 Balutan bebola akar

mestilah dibalut dengan
kemas dan dapat
memegang struktur
tanah dengan kemas
dan tidak merosakkan
bebola akar tersebut.

9 Balutan bebola akar

perlu diketatkan dengan
menggunakan bahan
ikatan yang sesuai
seperti tali, tiub getah
tayar dan sebagainya.

PANDUAN PENYEDIAAN STOK BAHAN TANAMAN POKOK BESAR 43


Click to View FlipBook Version