Si Tanggang Farzana Muhammad BM5
Si Tanggang tinggal berdua bersama-sama ibunya yang sudah tua di sebuah kampung. Mereka hidup miskin dan hanya mengharapkan hasil jualan kuih baulu yang dijual oleh ibunya. Namun, jualan kuih baulu itu tidak mendapat sambutan yang baik. Si Tanggang berasa kasihan melihat ibunya. “Aku perlu bekerja untuk membantu ibu, ” kata Si Tanggang dalam hati. “Ibu, Tanggang ingin mencari kerja di pekan, ” beritahu Tanggang kepada ibunya. “Kerja apa yang kamu mahu cari, Tanggang?” tanya ibu kepada Tanggang. “Apa-apa sahaja kerja. Tanggang ingin membantu ibu dan tidak mahu kita hidup susah, ” jawab Tanggang.
Pada keesokan pagi, Si Tanggang bangun awal pagi untuk mencari kerja di pekan. Dia memakai baju biru dan seluar hitam yang sedikit lusuh kerana dia tidak mempunyai pakaian yang baharu untuk dipakai. Ibunya memberi kuih baulu sebagai bekal untuk Si Tanggang sebagai alas perut. Si Tanggang berjalan kaki selama lima belas minit untuk tiba di pekan. Dia berehat sebentar kerana kepenatan. Dia makan kuih baulu yang dibawa sehingga habis.
Si Tanggang mula mencari kerja di kedai-kedai makan yang berhampiran. Namun, semua kedai makan tidak menerima Si Tanggang sebagai pekerja. “Mereka tidak mahu menerima aku sebagai pekerja kerana pemakaianku. Mungkin aku perlu cuba mencari kerja di kedai runcit pula, ” kata Si Tanggang dalam hati. Tanpa berlengah, dia terus mencari kedai runcit di sekitar pekan. Tetapi, dia masih belum dapat tawaran bekerja. Si Tanggang berasa hampa. “Penatnya berjalan. Semua kedai tidak mahu menerima aku untuk bekerja, ” keluh Si Tanggang. Dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. KEDAI MAKAN MAK JAH RESTORAN MI
KEDAI RUNCIT KEDAI PAK TAM Sewaktu berjalan pulang, dia ternampak seorang lelaki tua sedang mengangkat kotak-kotak ke dalam kedai runcit. Dia bergegas ke arah lelaki tua itu dan membantunya mengangkat kotak-kotak. “Terima kasih kerana menolong pak cik. Jemput minum air teh ini, ” pelawa lelaki tua itu setelah mereka selesai mengangkat kotak. “Samasama pak cik. Saya memang akan membantu orangorang yang memerlukan bantuan, ” jawab Si Tanggang dengan sopan santun. KEDAI RUNCIT KEDAI PAK TAM
“Apakah yang kamu lakukan di pekan seorang diri?” tanya lelaki tua itu kepada Si Tanggang. “Saya ingin mencari kerja, pak cik, ” kata Si Tanggang. Lelaki tua itu terus menawarkan pekerjaan kepada Si Tanggang sebagai pekerja di kedai runcit. Tambahan pula, dia sudah tua dan tidak mampu melakukan semua pekerjaan sendirian. Sekurangkurangnya dia tidak perlu mengangkat barang-barang lagi jika Si Tanggang ingin bekerja di kedai runcitnya. KEDAI RUNCIT
KEDAI RUNCIT Si Tanggang terus bersetuju dan melompat kegembiraan. Dia tidak menyangka bahawa dia akan mendapat kerja. “Akhirnya, aku dapat membantu ibuku” , kata Si Tanggang dalam hati dengan gembira. Setelah mereka selesai berbual, Si Tanggang meminta diri untuk pulang ke rumah. Dia sudah tidak sabar untuk memberitahu ibunya.
Si Tanggang berjalan pulang ke rumah dengan pantas. Apabila dia tiba di rumah, dia menjerit memanggil ibunya yang sibuk memasak. “Ibu, Tanggang sudah mendapat kerja!” beritahu Si Tanggang dengan teruja. “Wah, baguslah kalau begitu. Jangan kamu terlalu gembira sehingga mengabaikan pekerjaan kamu, ” pesan ibu.
Keesokan pagi, Si Tanggang bergerak ke pekan untuk bekerja di kedai runcit. Dia bernyanyi-nyanyi sambil berjalan ke pekan. Apabila dia tiba di kedai, dia menyapa lelaki tua itu dan memulakan kerja. Dia menyapu sampah supaya kedai itu kelihatan bersih. Kemudian, dia menyusun barang-barang di rak mengikut kategori dengan teratur. Pada waktu petang, dia akan memastikan kedai ditutup dalam keadaan bersih dan kemas. Si Tanggang pulang ke rumah kepenatan. “Aku perlu pulang segera dan berehat secukupnya, ” kata Si Tanggang dalam hati.
Dia tiba di rumah dan menyapa ibunya yang sedang berehat sebelum membersihkan diri. Setelah beberapa bulan bekerja, gaji yang diperoleh diberikan sedikit kepada ibunya dan selebihnya dia membeli baju baharu untuk dipakai sewaktu bekerja. Dia juga menghadiahkan baju baharu untuk ibunya. “Bangganya aku dengan anak lelakiku ini” , bisik hati ibu melihat sikap anaknya.
Pada keesokan petang, ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah, dia terdengar suara seorang wanita menjerit meminta tolong. Dia melihat seorang wanita sedang bergelut dengan seorang peragut yang berpakaian serba hitam. Peragut itu cuba melarikan beg tangan wanita itu. Tanpa berfikir panjang, dia terus membantu wanita itu dengan mengejar peragut itu. Si Tanggang berjaya mengejar peragut itu, namun berlaku pergelutan. Akhirnya, Si Tanggang berjaya mendapatkan beg tangan itu dan memulangkan semula kepada wanita itu. Wanita itu terhutang budi lalu menawarkan kerja kepada Si Tanggang sebagai pengawal peribadinya. Dia terus menerimanya apabila mengetahui gaji yang diperoleh lebih tinggi daripada gajinya yang sekarang.
Dia pulang ke rumah dan segera memberitahu ibunya. Tetapi Si Tanggang perlu tinggal di rumah yang disediakan oleh majikannya itu. Walaupun ibu berasa sedih kerana dia akan tinggal bersendirian, tetapi ibu tetap membenarkan Si Tanggang untuk bekerja. Si Tanggang terus bergerak ke rumah barunya yang cantik dan berhampiran dengan rumah majikannya. Dia terpegun melihat rumah majikannya yang besar dan cantik.
Si Tanggang mula berasa seronok bekerja kerana merasa kemewahan hidup. Setiap hari dia akan mengikut majikannya ke mana-mana sahaja bagi memastikan keselamatan majikan terjamin. Dia juga berkemampuan membeli barangan mewah hasil daripada gaji yang diperolehnya. Dia mula berangan menjadi lelaki kaya seperti majikannya. “Ibu rindu akan kamu, Tanggang, ” bisik ibu kesedihan sambil merenung ke luar tingkap. Sudah lama Si Tanggang tidak pulang ke rumah untuk menjenguknya. Ibu mengambil keputusan untuk mencari Si Tanggang di pekan. Tiba-tiba, ibu terlihat Si Tanggang bersama wanita itu di sebuah restoran mewah. Ibu segera mengejar Si Tanggang untuk memujuknya pulang ke rumah.
Si Tanggang terkejut melihat ibunya di situ dan berasa malu melihat pakaian ibu yang lusuh. Dia tidak mahu majikannya tahu bahawa dia berasal daripada keluarga yang susah. Si Tanggang segera menolak dan menghalau ibunya dengan kasar sehingga ibu terjatuh ke tanah. “Aku tidak kenal siapa kau dan aku tidak mempunyai ibu yang miskin, ” kata Si Tanggang dengan angkuh. “Sanggup kamu bercakap kasar kepada ibu. Kamu sudah berubah dan ibu kecewa dengan kamu, Tanggang, ” kata ibu kepada Si Tanggang sambil menangis teresak-esak. Ibu terus bangun dan berjalan pulang dalam kesedihan. Majikan Si Tanggang yang melihat kejadian itu segera menegur perbuatan Si Tanggang. Apabila pulang ke rumah, Si Tanggang teringat kembali perbuatannya yang tidak baik serta nasihat yang diberikan oleh majikannya. RESTORAN
Dia berasa kesal dan bersalah. Si Tanggang terus pulang ke rumah untuk berjumpa ibunya dengan menunggang motosikal yang baru dibeli. Dia melihat ibunya sedang duduk di beranda lalu dia meminta maaf atas perbuatannya itu. “Ibu maafkan kamu. Janganlah kamu ulangi perbuatan tersebut, ” kata ibu sambil tersenyum melihat anaknya. Si Tanggang terus mengajak ibunya membonceng motosikal ke pekan untuk ke kedai makan dan membeli barangan keperluan. Sejak kejadian itu, Si Tanggang selalu pulang melawat ibunya pada hujung minggu dan ibunya tidak perlu menjual kuih baulu kerana Si Tanggang mampu menyara ibunya. Mereka hidup bersederhana dan bahagia berdua. Tamat
Pengajaran : Kita hendaklah menghormati ibu bapa kita. Glosari : alas perut = sarapan sekadar menghilangkan rasa lapar sopan santun = sikap lemah lembut pelawa = mengajak bergelut = berkelahi peragut = orang yang melarikan sesuatu barang yang dibawa oleh seseorang gaji = bayaran tetap untuk pekerjaan membonceng = menumpang naik motosikal