The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syazasyazwana3, 2021-03-11 14:23:54

Novel Hempasan Ombak

Keywords: 3 Thinker

Tugasan Unit Plan 1 Bahasa
Melayu

Novel Hempasan Ombak

Disediakan oleh:

Nur Syaza Syazwana

Kelas:

3 Thinker

Sekolah:

Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai
IBWS,W.P Labuan

Dibimbing oleh:

Cikgu Sa’adiah

SINOPSIS SETIAP BAB NOVEL HEMPASAN OMBAK

BAB 1(Warisan?)

– Farid seorang pemuda yang berusia 19 tahun yang menggalas tugas yang besar apabila
terpaksa mengambil alih Syarikat Batik Nusantara setelah ayahnya meninggal dunia.

– Kematian ayahnya(Haji Badrul) telah melemahkan perniagaan batik mereka

– Farid berfikir mampukah dia mewarisi atau meneruskan perusahaan batik ayahnya yang akan
malap dengan hutang yang banyak.

– Tidak mungkin ibunya(Hajah Zouyah) yang sudah berumur 56 tahun yang menanggung beban
tersebut,abangnya Lofti yang kian lumpuh terlantar di kerusi roda disebabkan kemalangan 10 lalu

– Manakala abangnya Farhan telah meninggal dunia ketika tahun akhir di UKM.

– Adik-adiknya Hanisyah dan Hisyam terlalu mentah untuk meneruskan perniagaan keluarga
mereka

– Haji Badrul mempunyai kerani yang berdedikasi yang telah bekerja dengannya selama lebih dari
10 tahun,iaitu Kak Tomsiah telah membantu Farid menguruskan syarikat.

– Kak Tom yang memberikan gambaan kedudukan kedududukan perniagaan keluarganya kepada
Farid

– Kak Tom mendegar semua keluhan dari Farid lalu memberikan nombor telefon Encik Mokhsein
yang dapat membantu Farid dalam selok-belok perniagaan.

BAB 2(Menggapai Awan)

– Punca kematian ayahnya(Haji Badrul) disebut-sebut kembali.
– Sesetengah mengatakan ayahnya disantau,dibuat-buat-orang kerana cemburu dengan

perniagaan ayahnya melonjak-lonjak naik di Pantai Timur

– Sudah jelas ayahnya menghidap penyakit barah dalam perut(hypertension) meskipun telah
berubat menggunakan cara tradisional mahupun moden tetap harapan ayahnya untuk hidup
adalah negatif.

– Farid terima takdir Allah

– Farid termampam melihat situasi syarikat yang begitu merisaukannya.

– Farid yakin dirinnya bahawa orang muda sepertinya perlu mencari ilmu dan sabar dalam
perniagaan.

– Farid tercabar degan perwatakan Willy dalam Stone Fox yang berjaya menempuhi dugaan dalam
bidang penternakan dan berjaya menjadi pemilik ladang ternak yang berjaya

– Terdapat sebilangan ejen yang mengambil kesempatan tidak membayar hutang.

– Farid berbual-bual dengan Pak Nik (pekerja batik),menurut beliau menyatakan bahawa kuota
pengeluaran dikecilkan kerana bekalan bahan mentah menghasilkan batik makin kurang.

– Manakala jurujual yang baru balik dari memasarkan kain batik keluraga mereka menyatakan batik
keluaran mereka kurang laris dipasarkan

– Kak Tom menunjukkan Farid fail hutang dan meminta Farid meminta bayaran kepada ejen yang
masih berhutang lagi

BAB 3(Titian Niaga)

– Suatu malam,Hajah Zaoyah mengumpulkan semua anak-anaknya untuk makan malam bersama-
sama dan bercerita benyak perkara.

– Hajah Zaoyah perasan dengan perkembangan tubuh Farid yang semakin susut dan hilang berat
badan kerana memberi terlalu sepenuh tumpuan terhadap kerja sehingga terlupa untuk makan

– Lotfi dan ibunya mendesak Farid menceritakan masalah yang dialaminya semasa menguruskan
perniagaan batik keluarga mereka.

– Lotfi menyalahkan dirinya yang lumpuh sehingga menyebabkan dia tidak mampu membantu
menguruskan syarikat

– Farid dan sekeluarga mengadakan mesyuarat untuk membincangkan masalah hutang syarikat.

– Farid merasa malu kepada diri sendiri kerana bangsa lain yang sesusia dengannya mampu
mengendalikan perniagaan.

– Hajah Zaoyah bercadang mahu menggadaikan emas dan tanah miliknya.Baginya tidak ada
maknanya jika harta tersebut disimpan jika masalah syarikat tidak dapat diselesaikan

– Farid mempertimbangkan cadangan ibunya dan cuba mencari jalan lain sebelum tidur

– Farid memerlukan khidmat nasihat daripada seseorang yang arif dan teringat akan seseorang
yang Kak Tom minta Farid berjumpa

BAB 4(Azam usahawan Muda)

– Sejak jam 7.00 pagi lagi,Farid sudah berada di pejabat untuk mengambil tindakan ke atas fail
yang diserahkan oleh Tomsiah semalam dan dalam diam-diam,Farid memikir tentang
kemahuannya dan cita-citanya untuk meluaskan prospek perusahan batiknya berdasarkan
keluasan saiz yang sedia ada kerana itu cuma angan-angan yang tidak memadai untuk
membesarkan perusahaannya dan terlalu muluk unggul,kerana dia ialah bayi yang baru belajar
merangkak.

– Pak Nik merasa bangga kerana sifat kerja keras Haji Badrul apa pada Farid.

– Farid ingin mencontohi kawannya Abdul Kabeer berketurunan India Malabor yang mempunyai
kedai kain kecil di Jalan Banggol dan Chew Teck Heng dari Kampung Cina.

– Kawan Farid berniaga kecil-kecilan tetapi berjaya kerana berkat kesabaran dan kecekapan dalam
bidang perniagaan.

– Pada jam 9.00 pagi,Farid mengadakan mesyuarat syarikat buat kali yang pertama yang dihadiri
oleh Tomsiah dan Pak Nik serta lima orang yang hadir juga dalam mesyuarat tersebut.

– Farid melontarkan idea yang bernas iaitu pengeluaran batik dalam bentuk pakaian siap dengan
jenama tersendiri dan dijual melalui peruncit di bandar besar di Pantai Barat,serta memenuhi
permintaan pemborong batik untuk dibekalkan kepada bahan-bahan pertubuhan

– Cadangan Farid disambut baik oleh pekerja-pekerjannya

– Kak Tom mencadangkan asset kurang produktif hendaklah dijual sekali gus unntuk
mengurangkan beban syarikat oleh semua ahli itu dan Farid berasa berterima kasih kepada
ibunya yang sanggup berkorban apa-apa sahaja demi meneruskan operasi syarikat keluarga
mereka

BAB 5(Langkah Pertama)

– Farid mengunjungi ke pejabat pemborong binaan Nadi Zaman di Jalan Tok Lam kepunyaan
Encik Mokhsein,bekas pekerja ayahnya suatu Ketika dahulu.

– Farid mendapat layanan yang baik daripada Encik Mokhsien yang suka merendah diri dan
gaya hidup sederhana.

– Beliau amat tertarik dengan sikap Farid,anak muda yang berjiwa besar,inovatid fan
berpandangan jauh.

– Encik Mokhsein berterus-terang yang dia terhutang budi kepada Haji Badrul yang banyak
mengajarnya tentang selok-belok perniagaan

– Beliau memberitahu sebab beliau berhenti kerja di syarikat Batik Nusantara adalah untuk
memulakan perniagaannya sendiri Ketika syarikat dalam kedudukan kewangan yang
mantap dan terkenal

– Mereka berbincang tentang ilmu perniagaan dan peluang serta penglibatan orang meleyu
kursusnya dalam DEB dan keadaan aliran tunai syarikat tidak lancar

– Dari pendapat Pak Nik dan Encik Mokhsein mengatakan antara punca masalah perniagaan batik
Haji Badrul kerana khianat sesetengah syarikat lain atas kejayaan Haji Badrul

– Dengan itu juga,bagi mengatasi persaingan perusahaan,beliau mencadangan kepada Farid
berani mencari pasaran baharu dan idea-idea yang baik untuk Farid lakukan

BAB 6(Ilham Daripada Zuraida)

– Zuraida terkejut akan kedatangan Farid.

– Farid kagum dengan kegigihan Zuraida

– Selepas 10 tahun mengusahakan perniagaan,rakan sekelasnya itu sejak dari tingkatan 1 lagi
membantu keluarganya mengusahakan kedai pakaian di bazar MARA,Jalan Banggol dekat
dengan stesen bas lama.

– Sebelum mendapat gerai,selama tiga tahun dia berniaga menjual minuman dan makanan ringan
tanpa lesen sehingga sering Zuraida diburu oleh penguatkuasa Majlis Perbandaran Kuala
Terengganu(MPKT)

– Ketika zaman persekolahan,Zuraida menelaah pelajaran dan menyiapkan kerja rumah yang
diberikan oleh guru ketika membantu ibunya berniaga di kedainya,mencuri waktu sementara
menunggu pelanggan datang

– Zuriada tetap merendah diri dan mengatakan perniagaan kecil di kaki lima tidak sehebat
perusahaan Batik Nusantara yang lebih 20 tahun bertapak kukuh dalam bidang perniagaan
industri batik asli.

– Zuraida memberikan pandangan dalam perniagaan bahawa dia banyak bermodulkan petua
ibunya supaya sabar dab bermanis muka semasa melayan pelanggan

– Tiba-tiba,perbualan antara sahabat tersebut terhenti,pelanggan menjenguk masuk dan membeli
barangan yang hendak dibeli tetapi Zuraida tetap melayan pelanggan tersebut dengan baik
walaupun air mukanya jatuh ketika melayan pelanggan yang cerewet dan banyak ragam.

– Setelah tiga jam bersembang,Farid balik semula ke pejabatnya dan bercerita dengan Kak Tom
bahawa dia semalam berjumpa dengan Encik Mokhsein dan hari ini dengan Zuraida.

– Bagi pandangan Farid,dia kagum dengan zuraida dan Encik Mokhsein merupakan usahawan
yang gigih dan perlu dicontohi

BAB 7(Batik,Cinta)

– Semingu selepas Farid terserempak dengan Zuraida,Farid berkunjung lagi ke gerai Zuraida untuk
mempelawa Zuraida makan tengah hari di Restoran Mail,di seberang JalanBonggol.

– Ketika mereka berdua tengah makan,Zaharah,(adik kepada Zuraida) menjaga kedai tersebut.

– Ketika sedang makan,Zurai berasa bangga terhadap Farid kerana daripada seramai 40 orang murid
Tingkatan 5 Sastera 1,Sekolah Menengah Seri Budiman Faris sahaja yang menjadi pengarahsyarikat.

– Farid merendah diri terhadap kata-kata Zuraida tadi sambal berkata kepada Farid bahawa syarikat
tengah menghadapi krisis dan memerlukan bantuanseseorang.

– Kemudian,Zuraida berjanji ingin menolong Farid dengan menjualkan batik di gerainya tanpa
mengenakan sebarang komisen atau balasan kerana hasil jualan pakaian di gerainya berjaya dijuallebih
daripada 400 helai pada hari biasa.

– Zuraida juga mencadangkan Farid memodenkan atau menukar corak terkini batik keluarannyaagar
pasaran luas,mampu bersaing dan memenuhi cita rasa pelanggan.

– Zuraida telah memberikan pelbagai idea yang berguna dan perubahan untuk Farid supayamelakukan
perlahan-lahan demi menarik minat pelanggan khasnya yang berkunjung ke Kuala Terengganu dan
singgah untuk melihat proses-proses menghasilkan batik asli seiring dengan minatpelancong.

– Setelah selesai makan bersama-sama,mereka balik menuju ke kedai Zuraida dan Farid tersedarakan
perasaan cinta terhadap Zuraida.

BAB 8(Corak Baharu)

– Di pejabatnya,Farid membelek-belek batik asli Cap Sarang keluaran syarikatnya dan rancak
memikirkan corak batik yang baharu dan agak moden.

– Dalam pertemuan yang ketiga,Zuraida memberi cadangan menggunakan batik canting yang agak
moden mengikut minat pelanggan.

– Kak Tom memberikan respons yang baik terhadap cadangan tersebut tetapi kos pengeluarannya
agak tinggi kerana batik itu perlu dibuat di atas kain sutera.

– Farid menghubungi Encik Mokhsein dan ingin meminta bantuan beliau bagi memberikan
pandangan tentang projek memodenkan pengeluaran batiknya.

– Farid meyiapkan kertas kerja “Projek Pembesaran Keupayaan Pengeluaran Batik Cap dan
Perintis Batik Lukis Syarikat Batik Nusantara”.

– Ketika perbincangan pada petang tersebut,mereka berdua meneliti penyata akaun Syarikat Batik
Nusantara,Encik Mokhsein kagum dan memuji Farid kerana hutang-hutang dapt dikutip secara
maksimum dan modal meningkat hasil jualan kenderaan,gadai,tanah dan barang kemas

– Menurut beliau,walaupun Farid cuma lepasan SPM yang masih muda mempunyai potensi untuk
berjaya dalam perniagaan dan beliau yakin Farid dapat menaikkan maruah bangsa dan martabat
industri kampung.

– Farid perlu banyak pengetahuan untuk mengembangkan projek yang diperoleh daripada khidmat
nasihat dari MARA dan MIDA

– Beliau berjanji akan membantu Farid dari aspek pasaran agar produk tidak jatuh ke tangan ejen
yang tidak bertanggunjawab.

– Selepas dari itu,Encik Mokhsein kerap bertanya tentang perkembangan projek.

– Farid tidak bercadang untuk menamatkan pengeluaran batik tradisi tetapi dimodenkan untuk
pasaran terkini.

BAB 9(Batik Sumber Rezeki)

– Sebagai seorang usahawan yang berjaya,Encik Mokhsein diundang untuk merasmikan
bangunan bengkel batik moden.

– Majlis dijalankan secara sederhana dengan doa selamat dan jamuan makan kesyukuran
turut dihadiri oleh 200 orang penduduk kampung.

– Pada hari tersebut,Encik Mokhsein membawa sepupunya yang bernama Hartini Noor,dia
diberi tanggungjawab untuk mereka corak batik,selain membimbing pekerja baharu
berkaitan batik canting.

– Zuraida merasa cemburu terhadap kehadiran Hartini Noor sehingga dia meninggalkan
majlis tersebut kerana Hartini Noor merupakan graduan lepasan UiTM dan kemudiannya
melanjutkan lagi pelajarannya di sebuah akedemik seni tampak di Australia.

– Seterusnya,Encik Mokhsein mencadangkan kepada Farid mengambil belia-beliawanis
tempatan sahaja sebagai pekerja bagi mengurangkan kos,sebagai tambahan kepada 50
orang pekerja yang sedia ada.

– Dengan bantuan Atan,tujuh orang sudah disenaraikan namanya oleh Farid.

– Pada hari yang lain,Farid meninjau kerja-kerja di bengkel.Dia berasa kagum melihat lukis yang
dibuat oleh Hartini Noor.

– Hartini meminta dirinya dipanggil kakak oleh Farid dan menceritakan Farid tentang kaedah ,corak
dan sejarah batik asli(serung) serta pengalamannya belajar.

– Menurut Hartini Noor juga,kerja-kerja mencanting oleh pekerja baharu seramai tujuh orang itu
amat membanggakan.

– Pak Nik pula mengingatkan Farid tentang gaji Hartini Noor yang sewajarnya setimpal dengan
usaha yang dilakukannya.

– Hartini Noor menghabiskan masa selama lapan jam di bengkel.Banyak corak batik moden telah
dihasilkan.Lima orang pekerja ditambah.Farid mahu memasarkan batik tersebut menerusi ejen
yang bahru.

– Farid yakin yang batik modennya mampu bersaing dengan syarikat batik lain dan tidak
melupakan janjinya hendak meletakkan batiknya dijual di gerai Zuraida.

BAB 10(Maafkan Aku,Eda)

– Zuraida terkejut akan kedatangan Farid di gerainya pada pukul 10.15 padi.

– Dia tidak menyangka Farid mempunyai banyak masa untuk berjumpa dengannya walaupun
ada buah hati di batik modennya.

– Tujuan Farid mengunjungi Zuraida adalah kerana menghilangkan rasa cemburu di jiwa
rakannya itu dan menjelaskan bahawa Hartini Noor sudah bertunang dengan pereka bentuk
dalaman serta umurnya 25 tahun sehingga Farid memanggilnya kakak dan bekerja secara
kontrak selama sebulan sahaja di syarikatnya.

– Hartini Noor berjaya membimbing pekerja-pekerja Farid dan kerja mencanting yang
dilakukannya sangat halus.

– Kemudian,Farid mengajak Zuraida mengelilingi beberapa negeri untuk memperkenalkan
dan seterusnya melantik ejen baharu untuk memasarkan batik keluaran syarikatnya.

– Pada petang itu,Zuraida melihat kerja-kerja mencanting di bengkel Farid.Dia menutup
gerainya pada hari itu.Pada kesempatan itu,Zuraida bersembang dengan Hartini
Noor.Zuraida berasa kagum melihat hasil kerja Hartini Noor yang pelbagai corak untuk
pelbagai kegunaaan seperti scarf,sapu tangan,alas meja dan sarung kusyen.

– Hartini merendah diri dan dia tidak mahu dianggap dirinya primadona malah upah pun dia tidak
mau ambil kerana percubaan untuk mengangkat martabat batik.

– Selepas itu,Zuraida berkenal mesra dengan keluarga Farid.Lewat petang,Farid menghantar
Zuraida balik dengan kereta Peugeot peninggalan arwah ayahnya.

BAB 11(Bara Dendam)

– Mukhtar berasa marah apabila mendapat laporan daripadaejennya di Seremban bahawa batk keluaran
sayrikatnya,Syarikat Batik Rajawali tidak mendapat sambungan yang baik kerana alasan batik
keluarannya bercorak lama.Sebelum ini dilaporkan,batiknya tidal dapat dijual di Johor Bahru.

– Modal sudah banyak dikeluarkan,stok batik masih banyak yang tidak dijual,dan ejen pula diberi komisen
sebanyak 35%.Jika masalah itu tidak diselesaikan,Syarikat Batik Rajawali boleh gulung tikar.

– Dia berpuas hati apabila melihat perniagaan batik Haji Badrul musnah selepas kematian Haji Badrul.

– Menurut pandangan seorang ejennya,jika syarikat memberi komisen 50% sekalipun,batik tidak dapat
dijual kerana pengguna lebih tertarik dengan batik bercorakbaharu.

– Mokhtar yakin,batik pilihan pengguna sekarang adalah keluaranpesaingnya iaitu Syarikat Batik
Nusantara

– Mokhtar mengganggap Farid budak mentah yang tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyelesaikan
masalah syarikat arwah ayahnya.

– Bagaimanapun,Mukhtar mula berasa risau apanila mendapat tahu Farid pernah berjumpa dengan
Mokhsein dan berkenalan dengan anak saudaranya,Zuraida.

– Mukhtar kemudiannya pergi ke gerai anak saudaranya,Zuraida.Dia mendapati terdapat banyak corak
batik dari Nusantara .

– Setelah mendesak anak saudarnya itu,akhirnya Zuraida membuka mulut dan memberitahu
dirinya merupakan ejen yang menjual batik syarikat Farid.

– Mukhtar melarang dan memarahi Zuraida kerana menjual batik keluaran syarikat batik
Nusantara dan berlaku pergaduhan antara Zuraida dan Mukhtar.

– Akhirnya,Mukhtar memberi amaran kepada Zuraida bahawa dia tidak dibenarkan menjual batik
syarikat Farid dan jika masih berkeras kepala,dia akan merobohkan gerai Zuraida.

– Zuraida mula terpikir,mungkin Mukhtar merupakan dalang sebalik batu kepada kemusnahan
syarikat milik keluarga Farid pada masa dahulu.

– Farid menerima amaran keras dalam bentuk surat layang.Dalam surat tersebut,dia diingatkan
agar memutuskan hubungannya dengan Zuraida dan memastikan batik keluarannya tidak
menguasai pasaran.Dia juga diingatkan,jika surat amaran tersebut dipandang serong
sahaja,padah yang lebih besar akan menanti.

– Hal tersebut telah membimbangkan dan merisaukan keluarga Farid tetapi dia tidak takut kerana
dia sedar ugutan tersebut adalah kerana cemburu dengan bengkel baharunya yang berupaya
menghasilkan corak yang lebih moden.

– Ibunya mahu perkara tersebut dilaporkan dan disiasat kepada pihak polis.

BAB 12(Samseng)

– Sebelum pergi ke tempat kerja pada pagi tersebut,Farid mendapat panggilan daripada Zuraida.

– Zuraida menelefon Farid kerana dia ingin mengajak farid berjumpa dengannya kerana ada orang
mengugut gerainya akan dirobohkan sekirannya menjual batik moden syarikat Farid.

– Disebabkan itu,Zuraida terpaksa menutup gerainya dan mengajak Farid ke rumahnya di
Kampung Tanjung untuk menceritakan hal yang rahsia.

– Ibu Zuraida suka akan Farid berkawan dengan anaknya dan berharap Mukhtar,bapa saudara
kepada Zuraida tidak menganggu hubungan anaknya.

– Farid risau dan berasa bersalah kerana hubungannya dengan Zuraida menimbulkan kemarahan
Mukhtar dan bunyinya hampir sama dengan surat layang.

– Di bengkel Farid,Mahmood membuat kekacauan kononnya sebelum ini Masri dan Azmi yang
merupakan bekas pekerja syarikat majikannya yang dirampas oleh Syarikat Batik Nusantara.

– Hartini Noor yang ketakutan meminta bantuan Pak Nik.

– Mahmood yang hilang sabar kemudiannya mencekik leher baju Azmi.Mahmood yang seakan-
akan hilang akala tau dirasuk mahu memasukkan kepala Azmi ke dalam kawah yang
mengandungi lilin panas

– Masri mempunyai tiada pilihan lain untuk menyelamatkan Azmi dari cengkaman Mahmood,dia
menerpa ke arah Mahmood lalu mencurahkan lilin panas dari canting ke muka Mahmood.

– Mahmood lari terhuyung-hayang menjerit kepanasan.

– Pak nik bercadang untuk melaporkan kepada pihak polis.
– Kepulangan Farid,disambut dengan kekecohan yang berlaku di bangsal batiknya.Pak Nik

menceritakan hal tersebut.

BAB 13(Api)

– Pada jam 2 pagi tersebut,keluarga Hajah Zaoyah terjaga daripada bunyi letupan yang kuat .

– Alangkah terkejutnya,mereka mendapati bengkel tempat pengeluran batik moden terbakar.

– Tiga Lembaga berlari meninggalkan kawasan itu dan menuju ke keretanya lalu memecut pergi
meninggalkan bangsal batik Farid.

– Farid berusaha memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api tetapi gagal.
– Jiran-jirannya mebantu Farid memadamkan bangasal tersebut sebelum kedatangan pasukan

bomba datang.

– Farid berasa sedih melihat bengkel batiknya modennya musnah dan sebahagian besar
bengkelnya tinggal rangka.

– Siasatan mendapati 75% harta bendanya musnah dijilat api.
– Dalam kesedihan,Farid menyakinkan abangnya bahawa kebakaran bangsal batik modennya

mempunyai kaitan dengan ugutan surat layang yang diterimanya.

– Lofti teringat,semalam ibunya,Hajah Zaoyah menyerahkan surat layang tersebut kepada Pak Nik
untuk dilaporkan kepada pihak polis.

– Ibunya dan abangnya menasihati Farid untuk menerima takdir Tuhan selepas solat subuh.

– Keesokan paginya,kawasan kebakaran menjadi tumpuan pekerja-pekerja Syarikat Batik
Nusantara.

– Semua terkejut.Pekerja-pekerja bahagian batik asli diminta bekerja seperti biasa.

– Hartini Noor kagum melihat ketenangan dan kesabaran Farid.
– Inspektor Ruzman menjelaskan bahawa Mukhtar,Syarikat Batik Rajawali punca semua terjadi

berlaku dan telas memberkas Mahmood di sebuah klinik ketika lelaki itu sedang menerima
rawatan kerana tersiram lilin batik.

– Mahmood mempunyai rekod jenayah dan merupakan pekerja Syarikat Batik Rajawali.
– Pemilik syarikat tesebut ialah Mukhtar bin Yusof dan kini pihak polis berusaha untuk

memberkasnya.

– Pada tengah hari selepas pulang dari balai polis,Zuraida datang melawat keluarga Farid dan
bersimpati atas perkara yang berlaku.

BAB 14(Ombak)

– Penangkapan Mukhtar atas tuduhan membakar bengkel kepunyaan Farid telah disiarkan oleh
akhbar.Mukhtar didakwa mengupah tiga orang samseng untuk melakukan perbuatantersebut.Rayuan
Mukhar untuk diikat jamin telah ditolak oleh hakim.

– Tiga hari selepas peristiwa bengkel tersebut,Mokhsein datang ke bengkel sekembalinya dari Farid.

– Mokhsein memberitahu bahawa punca segalannya berlaku kerana sifat hasat dengkidan dia juga pernah
menerima surat ugutan daripada Mukhtar agar tidak membantu perniagaan Farid.Kemudian,Mokhsein
memberitahu khabar gembira,iaitu dua buah butik di Singapura dan Kuala Lumpur mahu melanggani
batik moden keluaran Farid.Encik Mokhsein merancang mencarikan Farid mengadakan pertunjukan
keseniaan anjuran Perbadanan Kemajuan kraftanganMalaysia.

– Farid terhutang budi dengan Encik Mokhsein,Zuraida dan Hartini Noor yang banyak membantunya.

– Mokhsein berjanji akan membantu Farid menjadi pembekal pakaian siap.Kata-kata itu memberi
semangat semula ke dalam jiwa Farid.

– Zuraida pula menjelaskan,dia kurang ilmu dari segi perniagaan dan mengikuti kursusluar kampus dalam
bidang Perniagaan di UiTM Dungun pada setip hujung minggu.Zuraida mencadangkan agar Farid
menimba ilmu lagi memandangkan terdapat banyak kolej di Kuala Terengganu

– Pada siang hari,dia bermimpi menemui Mukhtar yang ingin meminta maaf kepadanya dan Farid
memaafkan kesalahan lelaki tersebut.

– Apabila dia terjaga,ibunya memaklumkan bahawa Mukhtar kini berada di Penjara Marang dan
dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun oleh Mahkamah Rendah Kuala Terengganu

– Farid membeli syarikat kepunyaan Mukhtar yang hamper dilelong oleh bank
– Kemudian,Farid dan Zuraida serta isteri Mokhsein mengikuti Mokhsein menghadiri majlis

perkahwinan Hartini Noor di Kuantan.

SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL HEMPASAN OMBAK

– Farid seorang pemuda yang berusia 19 tahun menggalas tugas yang besar apabila terpaksa
mengambil alih Syarikat Batik Nusantara setelah ayahnya meninggal dunia.Dia yang tiada pegalaman
berasa kurang yakin untuk menguruskan syarikat tersebut.Namun,Kak Tom atau Tomsiah,kerana
syarikatnya banyak memberi tunjuk ajar kepadanya.

– Farid merasakan bahawa kematian ayahnya akibat barah dalam perut telah meninggalkan amanah
kepadanya untuk menguruskan perniagaan.Tambahan pula,abangnya,Lofti lumpuh.Untuk
memulihkan perniagaan,Farid berdepan dengan pelbagai cabaran.Antaranya,stok untuk
menghasilkan kain batik semakin berkurangan,kain batik mereka tidak laku dan mereka juga
berdepan dengan maslah kewangan.

– Farid mula memikirkan strategi untuk mengatasi masalah kewangan yang dihadapi oleh
syarikatnya.Antara strategi itu adalah dengan memperbesar bangsal dan menghasilkan batik
bercorak moden hasil daripada kreativiti Hartini.

– Sambutan terhadap batik bercorak baharu ini menyebabkan batik keluaran Syarikat Batik Rajawali
tidak mendapat sambutan.Hal ini menyebabkan Mukhtar merupakan pemilik Syarikat Batik Rajawali
berdendam terhadap Farid.Mukhtar melakukan beberapa rancangan.Dia mendesak Zuraida,anak
saudaranya agar tidak menjual batik keluaran syarikat Farid di kedainya.Dia juga mengirimkan surat
laying berbaur ugutan kepada Farid.Mukhtar juga megupah samseng yang bernama Mahmood
untuk mebuat kacau di bangsal batik moden Farid.Kemuncaknya,dia telah mengupah orang
membakar bangsal batik moden milik Farid pada waktu malam menyebakan bangsal itu
musnah.Hasil siasatan daripada pihak bomba mendapati bahawa kejadian tersebut merupakan
sabotaj.

– Mukhtar akhirnya ditangkap polis atas tuduhan mengupah tiga orang samseng membakar bangsal
batik moden milik Farid.Atas kesalahannya itu,Mukhtar dihukum penjara selama tiga tahun
.Mokhsein yang kembali dari Singapura membawa khabar bahawa ada dua buah butik yang mahu
melanggan batik keluaran syarikat Farid.

SUMBER RUJUKAN

– Buku Novel Hempasan Ombak
– Buku rujukan Bahasa Melayu PT3

terima kasihkerana
menonton


Click to View FlipBook Version