The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by danialnaqeb, 2022-04-14 02:05:20

Komposisi Etnik Penduduk Malaysia Dalam Kesepaduan Nasional Malaysia

Komposisi Etnik Kumpulan Merlimau MPU21032

Keywords: MPU21032

MPU21032-Penghayatan Etika Dan
Peradaban

Sesi II: 2021/2022 ( eFolio )
Pensyarah: Puan Farahaniza Binti Jaafar

Tajuk 1: Komposisi Etnik Penduduk
Malaysia Dalam Membentuk
Kesepaduan Nasional Malaysia

Ahli-Ahli Kami:
Muhammad Syahir Bin Hamdan (14DKA21F2001)
Muhammad Haidid Aszrilmin Bin Hisam (14DKA21F1800)
Muhammad Firdaus Bin Noryazali (14DKA21F2010)
Muhammad Danial Naqeb Bin Md Noor Afandi (14DKA21F2023)
Thanusha A/P Gobinathan (14DKA21F2029)
Nurshalisa Binti Dorani (14DKA21F2004)

Dari Kumpulan Merlimau

ISI KANDUNGAN

Bil Perkara

1 Pendahuluan

1.1 Kata-Kata Aluan

1.2 Pengenalan

2 Takrif Etnik Dan Kaum

3 Komposisi Penduduk Di Malaysia
• Kaum Melayu
• Kaum Cina
• Kaum India
• Masyarakat Sabah Dan Sarawak

4 Kesimpulan

5 Rujukan

Pendahuluan : 1.1 Kata- Kata Aluan

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya, kami, kumpulan Merlimau
Berjaya menghasilkan E-Folio dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh tenaga pengajar
kami. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pendidik kami iaitu Puan Farahaniza
Binti Jaafar selaku pensyarah kursus Penghayatan Etika Dan Peradaban ( MPU21032 ) yang
banyak memberi tunjuk ajar dan dorongan sepanjang kami melaksanakan tugasan yang
diberi mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Selain itu, tidak lupa juga rakan
seperjuangan yang tidak berputus asa memberi komitmen dalam mengkaji tajuk tugasan ini
serta saling membantu untuk merealisasikan E-Folio ini sehinga siap. Untuk makluman Puan,
segala yang bercetak di dalam E-Folio ini hanyalah sebagai contoh untuk memberi
penerangan lanjut tentang tajuk “ Komposisi Etnik Penduduk Di Malaysia “

1.2 Pengenalan Berkait rapat dengan Satu kelompok
konsep ras dan manusia yang
Hubungan etnik ialah satu aspek bangsa mengamalkan
penting dalam kehidupan budaya yang hampir
manusia kerana keadaan yang Etnik sering berbeza seragam dari segi
aman dan damai mampu berdasarkan ciri adat resam, pakaian,
mewujudkan kestabilan politik, bahasa dan kegiatan
ekonomi dan sosial yang baik. budaya seperti adat
Persaingan dan konflik antara resam, pola ekonomi
etnik, sama ada secara nyata
atau tidak sering berlaku di keluarga, orientasi Konsep
negara-negara yang politik dan kegiatan Etnik
berlatarbelakangkan masyarakat
pelbagai kaum. Oleh itu, ekonomi dan Dapat dikelaskan
perpaduan menjadi cabaran sebagainya melalui pembezaan
dalam pembinaan negara
bangsa budaya

Takrif Etnik Dan Kaum

Etnik selalunya didefinisikan sebagai satu kelompok manusia yang
mempraktikkan atau mengamalkan budaya yang hampir sama, sama ada dari
segi aspek adat resam, Bahasa, pakaian atau kegiatan ekonomi. Dalam konteks
negara Malaysia dan juga perbincangan ini, kumpulan etnik merujuk kepada
pelbagai kaum yang wujud di negara ini seperti di semenanjung Malaysia yang
terdiri daripada Melayu, Cina, India, Sikh dan Siam. Di Sarawak dan Sabah pula
terdiri daripada Melanau, Iban, Dayak, Dusun, Kadazan dan sebagainya.

KAUM MELAYU

❑ Kaum melayu ialah penduduk asal tanah melayu ,dimana nenek moyang mereka yang datang dari

Indo-China atau Yunnan lebih 3500 tahun dahulu
❑ Walaubagaimanapun,penduduk Melayu kini lebih ramai ekoran kemasukan kelompok masyarakat

Melayu dari kepulauan lain ke tanah melayu
❑ Sejak abad ke 9, berlaku penghijrahan beramai-ramai masyarakat Melayu Indonesia ke Tanah

Melayu. Penghijrahan ini berlaku kerana kedudukan ekonomi, politik dan sosial yang boleh

menjamin keselesaan mereka
❑ Sebelum zaman penjajahan, kegiatan ekonomi utama masyarakat Melayu ialah perdagangan.

Perdagangan utama ialah melalui sungai-sungai utama di negeri Melayu. Justeru itu, kerajaan-

kerajaan Melayu tradisional lebih tertumpu di tepi-tepi sungai.
❑ Penguasaan ekonomi orang Melayu terhadap sektor ekonomi negeri masing-masing semakin

berubah dan merosot setelah campur tangan British dalam hal-ehwal politik tempatan. Kemasukan

buruh-buruh asing juga telah mengubah struktur ekonomi masyarakat Melayu
❑ - Kemasukan buruh asing secara beramai-ramai telah menggalakkan kemunculan Bandar-bandar

baru seperti Taiping, Ipoh, Port Weld, Tapah , Kuala Lumpur, Port Swettenham dan Klang di

Selangor serta Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan.
❑ Walaupun peratusan penduduk bandar meningkat dari semasa ke semasa, namun peratusan kaum

Melayu di bandar-bandar masih lagi kecil.
❑ Akibat daripada perdagangan yang berat sebelah, prestasi ekonomi orang Melayu di zaman

kolonial tidak mencapai sebarang kemajuan, malahan semakin merosot.
❑ British memegang dasar supaya orang Melayu kekal sebagai petani sara diri dan mengusahakan

hasil setakat mampu menyara hidup.
❑ Masyarakat Melayu tidak digalakkan untuk menyertai sektor ekonomi moden. Alasanya ialah agar

adat resam dan tradisi orang Melayu tidak terganggu dengan pemodenan. Ini sebenarnya memberi

lebih ruang kepada buruh asing menguasai sektor ekonomi keseluruhannya

BUDAYA ORANG MELAYU

PAKAIAN TRADISIONAL

BAJU KURUNG BAJU MELAYU

MAKANAN TRADISIONAL ALAT MUZIK TRADISIONAL

RENDANG KETUPAT KOMPANG SERUNAI

KAUM CINA

• Masyarakat cina merupakan penduduk asal tanah besar china yg berhijrah ke tanah melayu sejak zaman
kesultanan melayu melaka lagi.

• Pada abad ke-19 dan ke-20, masyarakat cina berhijrah beramai-ramai ke Tanah Melayu untuk bekerja sebagai
buruh lombong dengan mendapat sokongan British.

• Masyarakat cina menggunakan Bahasa mandarin sebagai Bahasa komunikasi antara sesama kaum walaupun
mereka mempunyai Bahasa dialek yang lain. Antaranya, Bahasa kantonis dan Bahasa Hokkien. Namun,
masyarakat cina menggunakan Bahasa melayu untuk berkomunikasi dengan kaum lain.

• Agama yang dianuti oleh masyarakat cina Malaysia :

• Perayaan tahun baru cina merupakan hari perayaan untuk masyarakat cina sebagai melambangkan titik
permulaan dalam nasib dan kehidupan

• Tarian singa dan naga merupakan tarian tradisional masyarakat cina .

• Tarian naga selalunya akan dipersembahkan pada tahun baharu cina manakala tarian singa pula untuk
upacara meminta tuah dan sebagai hiburan

• Masyarakat cina mempunyai perayaan tersendiri iaitu perayaan tahun baharu cina

• Makanan masyarakat cina ialah yee sang,kuih bakul dan kuih bulan

KAUM INDIA

1. Walaupun kedatangan buruh India ke Tanah Melayu hanya ketara pada abad ke 19
dan ke 20, sebenarnya hubungan antara India dengan Semenanjung Tanah Melayu
telah berlaku lebih awal lagi.

2. Hubungan terawal telah bermula sejak abad pertama Masihi apabila penganut
Hindu-Buddha menyebarkan agama mereka di Nusantara. Hubungan seterusnya
kelihatan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila pedagang-pedagang India
berniaga di pelabuhan Melaka.

3. Penghijrahan masyarakat India ke Tanah Melayu berlaku secara besar-besaran
mulai tahun 1840-an. Kebanyakan buruh India datang dari selatan India. Buruh-
buruh India bermula sebagai pekerja di ladang-ladang tebu dan kopi di Seberang
Prai.

4. Tumpuan masyarakat India ini ialah di kawasan-kawasan utama penanaman getah
di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Catatan menunjukkan dari tahun 1900
sehingga 10 tahun kemudiannya, seramai 48,000 buruh India telah berhijrah ke
Tanah Melayu.

5. Angka ini meningkat secara mendadak 10 tahun kemudiannya, iaitu antara tahun
1911 hingga 1920 apabila dianggarkan seramai 908,000 buruh India berhijrah ke
Tanah Melayu.

Catatan menunjukkan 90% daripada golongan penghijrah ialah orang Tamil yang berasal
dari Chennai, sementara selebihnya ialah Telugu dan Malayalam

Selain orang Tamil, terdapat juga

orang Punjabi dan orang Ceylon.

Kumpulan etnik penduduk India

yang terbesar ialah orang Tamil

yang membentuk 80% daripada

keseluruhan penduduk India di

Tanah Melayu sementara orang

Malayali meliputi 7%. Orang

Telugu pula berjumlah 4%.

Kebanyakan orang-orang Tamil

dan orang-orang Telugu bekerja di Orang Punjabi

estet2 getah sebagai buruh. Ada Orang Tamil
juga di kalangan orang Tamil yang

berkhidmat di jabatan-jabatan

kerajaan pada awal abad ke-20.

Kebanyakan orang India Malaysia beragama Hindu dan
diikuti Kristian dan Islam.Terdapat juga komuniti Punjabi
yang Beragama Sikh. Jumlah penduduk Hindu lebih
kurang 1,904,578 atau 6.93% daripada jumlah penduduk
Malaysia . Terdapat juga 132,379 Kristian, 91,273 Islam
dan 81,870 lain-lain.

Vadai Sari Dhoti
Idli

Thosai

MASYARAKAT SABAH DAN SARAWAK

Masyarakat Sarawak

Kaum majoriti di Sarawak meliputi orang Iban (Dayak Laut), Orang Melayu dan Orang Melanau. Amnya orang Iban tidak mempunyai
agama yang tertentu. Mereka masih lagi berpegang kepada ajaran animisme sejak dahulu dan setelah kedatangan kuasa-kuasa barat,
sebahagian besar masyarakat Iban beragama Kristian. Animisme adalah kepercayaan manusia tentang adanya roh-roh gaib yang
mengatur, menaungi, mengayomi serta mengendalikan kehidupan manusia yang meliputi roh-roh baik dan roh-roh jahat yang harus
dihormati. Ini merupakan definisi animisme secara umum. Kata "animisme" berasal dari bahasa latin anima yang artinya roh atau nyawa
yang mencakup nafas atau jiwa manusia. Kepercayaan ini berawal pada saat kehidupan manusia masih primitif dan muncul secara alami
pada diri manusia dimana manusia mengetahui adanya kematian. Nafas dianggap sebagai wujud fisik dari jiwa, jika nafas terputus maka
jiwa akan berpindah tempat dan alam. Jiwa manusia dipercaya bisa berpindah ke makhluk hidup, benda mati, maupun pohon.

• Roh-roh orang yang telah meninggal dipercaya menjadi penguasa alam dan berhubungan dengan kehidupan manusia yang masih
hidup. Beberapa peneliti menyimpulkan bahwa hal ini merupakan cara orang-orang primitif untuk mengungkap misteri tidur,
mimpi dan kematian.

• Animisme berhubungan erat dengan dinamisme, yaitu kepercayaan manusia tentang adanya benda-benda yang memiliki kekuatan
gaib.

• Bagi masyarakat Melayu di Sarawak, mereka berpegang kepada ajaran Islam.
• Bagi masyarakat Melanau mereka asalnya merupakan pagan (tidak mempunyai pegangan agama), bagaimanapun selepas

pemerintahan kesultanan Brunei dan pemerintahan keluarga Brooke, ramai antara mereka yang memeluk agama Islam dan
Kristian.

Masyarakat Sabah

Masyarakat Kadazan di Sabah juga mempunyai berbagai adat resam budaya yang berkait dengan kematian,
kelahiran.
Kaum Kadazandusun ini memiliki banyak budaya yang boleh diwarisi contohnya dari segi asal-usul, lagenda
dan perkembangan suku kaum Kadazandusun, bahasa, pakaian tradisional, muzik berunsurkan tradisional,
corak kehidupan masyarakatnya, tarian tradisional dan kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya
Kadazandusun ialah Perayaan Pesta Kaamatan yang diadakan pada setiap tahun.
Dalam aspek asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun menjelaskan tentang kelahiran
kaum Kadazandusun dan lagenda kelahiran kaum ini bermula dari "Nunuk Ragang" sehinggalah kepada
perkembangan dan penyebaran sukukaum ini ke seluruh pelusuk negeri Sabah yang telah banyak
mempengaruhi sosio budaya mereka mengikut tempat yang baru, contohnya dari aspek bahasa dan corak
kehidupan mereka.

Mengikut statistik, terdapat lebih kurang 40 etnik yang terdapat dalam suku kaum Kadazandusun. Dari aspek
bahasa, perbezaan loghat, sebutan dan ejaan banyak dipengaruhi mengikut etnik tertentu.

BUDAYA DAN AGAMA

Masyarakat Sarawak terdapat sejenis budaya lama yang popular iaitu dipanggil "perburuan kepala". Masyarakat iban
tinggal di rumah panjang. Masyarakat Iban mempunyai adat adat khas dalam upacara kematian serta kelahiran bayi.
Jenis tarian mereka adalah ngajat, bepencaha, berkuntau, main kerichap dan main chekak. Kaum Iban pula terkenal
dengan tarian perang yang dikenali sebagai "ngajat"
Masyarakat Kadazandusun di Sabah pula mempunyai kebudayaan dan adat resam tersendiri. Misalnya apabila berlaku
kematian, proses pengebumian melibatkan seluruh masyarakat. Apabila kelahiran bayi pula, proses memberi nama
bayi juga melibatkan perbincangan dengan ahli keluarga. Bagi masyarakat Bajau pula terdapat empat kategori norma
atau nilai iaitu hubungan lelali dengan perempuan, pertunangan, perkahwinan dan perceraian. Masyarakat
kadazandusun juga mahir dalam seni menghasilkan kraf tangan.

KESIMPULAN

1. Mempelajari tajuk ini telah membantu ahli kumpulan ini bagi mengenali sejarah serta
latar belakang etnik berbeza yang tinggal di Malaysia. Kami belajar untuk menghargai
kelebihan serta kekurangan setiap etnik termasuklah bangsa kami sendiri.

2. Di samping itu, kami sedar akan pentingnya elemen perpaduan dan intergrasi dalam
mewujudkan keharmonian serta menyatupadukan semua etnik di Malaysia. Setiap
perbezaan perlu dilihat dalam aspek akan memberikan kelebihan kepada negara
bukannya pemisahan kerana terdapatnya perbezaan tersebut.

3. Segala amalan baik/ contoh teladan darpada kaum tersebut boleh dijadikan ikutan selagi
tidak bercanggah dengan kepercayaan agama. Contohnya sikap rajin kaum cina dalam
perniagaan wajar diikuti. Tambahan pula, disebabkan kepelbagaian serta perpaduan
kaum merupakan salah satu sebab Malaysia dikenali di mata dunia.

4. Akhir sekali, kami sebagai generasi baharu negara ini sedar akan kepentingan
mengekalkan keamanan yang generasi terdahulu telah bersusah payah untuk kekalkan.
Salah satu caranya adalah dengan, menjaga hubungan baik antara kaum –kaum yang
lain.” Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh “

RUJUKAN

1. http://natasyafaiqahamna.blogspot.com/
2.
3. http://kemasyarakatandanperpaduan.blogspot.com/
4. https://pengajianmalaysiaknowledge.blogspot.com/2016/08/komposisi-etnik-

penduduk-malayisa.html
5. https://pengajianmalaysiaknowledge.blogspot.com/2016/08/komposisi-etnik-

penduduk-malayisa.html
6. https://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Melayu_Malaysia#Pakaian_Tradisional
7. https://englshmima.blogspot.com/2021/04/jumlah-penduduk-malaysia-2017-

mengikut.html
8. https://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Cina_Malaysia
9. https://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baru_Cina
10. http://syurgamakanan-malaysia.blogspot.com/2016/09/makanan-traditional-kaum-cina-

1.html
11. https://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_India_Malaysia
12. https://pakaiantradisionaldimalaysia.weebly.com/india.html
13. https://saji.my/makanan-tradisional-india/


Click to View FlipBook Version