BAB 7 UDARA
Sains Tingkatan 1 KSSM
Oleh Cikgu Sylvia J.Patric
SMK Sepagaya, Lahad Datu
KOMPOSISI UDARA
Ø Udara ialah campuran beberapa jenis gas, iaitu
nitrogen (78%), oksigen (21%), karbon dioksida
(0.03%) dan gas-gas nadir (0.97%) seperti helium,
argon, neon, xenon dan kripton.
Ø Komponen-komponen lain yang terdapat dalam udara
ialah mikroorganisma, wap air dan habuk. Kuantiti
komponen-komponen ini adalah kecil dan sering
berubah, bergantung pada masa dan tempat.
Ø Sebagai contoh, wap air di kawasan hutan atau selepas
hujan adalah lebih banyak berbanding dengan hari
panas di kawasan gurun
Tahukah anda?
1. Udara ialah campuran beberapa jenis gas.
2. Udara bukan merupakan sebatian kerana gas-gas di dalamnya
tidak berpadu secara kimia.
3. Gas-gas di dalam udara tidak boleh dipisahkan secara kimia.
4. Setiap komponen gas yang di pisahkan menunjukkan ciri-ciri
asal gas itu.
5. Komposisi udara adalah tidak tetap dan akan berubah
mengikut masa, keadaan persekitaran dan aktiviti yang
dijalankan.
6. Komponen-komponennya tidak bercampur dan tidak sama dari
segi kuantiti.
7. Tidak semua gas di dalam udara merupakan unsur.
Aktiviti 7.1 :
(20%)
TAMAT