UNIT 3 PERMAINAN PJPK TINGKATAN 2 KSSM PJ
KATEGORI OLEH CIKGU SYLVIA J.PATRIC
SERANGAN SMK SEPAGAYA LAHAD DATU
BOLA BALING
BOLA BALING oBola baling merupakan
permainan yang dimainkan
oleh dua pasukan yang terdiri
daripada tujuh orang pemain
sepasukan.
oKemahiran bola baling
melibatkan kemahiran
menghantar, menangkap,
mengelecek, mengadang,
mengacah dan menjaga
gawang.
oPermainan ini melibatkan
aspek kecergasan fizikal
terutamanya komponen
ketangkasan, kekuatan otot dan
kapasiti aerobik.
GELANGGANG BOLA BALING.
BOLA BALING.
BALINGAN JUARA oHantaran atas bahu
merupakan kemahiran yang
sering digunakan dalam
permainan bola baling.
oHantaran ini menggunakan
sebelah tangan dominan
untuk melakukan hantaran
dan biasanya digunakan
semasa membuat balingan
jarak jauh menuju ke sasaran
HANTARAN ATAS
BAHU.
oHantaran bawah lengan
hanya menggunakan
sebelah tangan dominan
untuk membuat balingan.
oHantaran ini sesuai
digunakan untuk
hantaran jarak dekat.
BALINGAN JUARA
HANTARAN
BAWAH LENGAN
BALINGAN PADU oDalam permainan
bola baling, hantaran
sisi dilakukan secara
menyisi ke sasaran.
oHantaran ini
menggunakan
sebelah tangan
dominan untuk jarak
dekat.
HANTARAN SISI.
oHantaran aras dada pula
menggunakan kedua-dua
belah tangan untuk hantaran
jarak dekat.
oPemain perlu menggerakkan
tangan dan siku dengan
pantas ke hadapan sambil
ikut lajak.
BALINGAN PADU
HANTARAN ARAS
DADA
LANTUNAN WIRA
oHantaran lantun
merupakan sebahagian
daripada kemahiran
hantaran dalam permainan
bola baling.
oHantaran ini digunakan
untuk jarak dekat dengan
cara melantunkan bola
kepada rakan sepasukan.
HANTARAN LANTUN
oKemahiran
Mengadang
oKemahiran
Mengacah
GAGAH TANGKAS
KEMAHIRAN MENGADANG oMengadang
merupakan kemahiran
mengawal
pergerakan pemain
lawan daripada
menyerang atau
menjaringkan gol.
oMelalui kemahiran
mengadang,
matlamat pihak
lawan untuk
menyerang dan
menjaringkan gol
mungkin tidak akan
berhasil.
KEMAHIRAN MENGACAH oMengacah merupakan lakuan
gerakan mengelirukan pihak
lawan.
oKemahiran mengacah
memerlukan fokus dan tahap
kepantasan yang baik untuk
mengubah arah bagi
mengelirukan pihak lawan
dan untuk menjaringkan gol.
GAGAH TANGKAS
BOLOS GAWANG oKemahiran menjaring
merupakan kemahiran yang
amat penting bagi seseorang
pemain bola baling untuk
mendapatkan jaringan dan
seterusnya mencapai
kemenangan.
o Terdapat pelbagai cara yang
boleh digunakan untuk
menjaringkan gol.
oAntaranya jaringan atas
kepala, jaringan lantun,
jaringan junam dan jaringan
sisi.
BOLOS GAWANG oKetika membuat
jaringan, daya
diperlukan bagi
menambah kelajuan
bola, kekuatan balingan
dan ketepatan sasaran.
oPrinsip utama dalam
kemahiran menjaring
ialah keyakinan diri,
keseimbangan,
penumpuan, menepati
sasaran dan kecekapan
mencari ruang kosong.
KEMAHIRAN MENJARING
TAMAT