The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by candymunchkin1978, 2021-09-04 06:20:33

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 2

IMAN ZUFAYRI BIN MOHD KHAIRUL ANUAR

SMK SHAHBANDARAYA, KLANG
SELANGOR DARUL EHSAN

KERJA LAPANGAN
TAHUN 2021

TAJUK : 1
PENGANGKUTAN AWAM

TAMAN MESRA
KLANG, SELANGOR

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA : IMAN ZUFAYRI BIN MOHD KHAIRUL ANUAR
NO KAD PENGENALAN : 070912100201
TINGKATAN : 2 JUPITER
GURU MATA PELAJARAN :MUHAMMAD IZZARUDDIN BIN ISMAIL

SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT
3
BIL TAJUK 4
1. Penghargaan 5
2. Pendahuluan
3. Objektif kajian 6-7
4. Kawasan kajian 8
5. Kaedah kajian
6. Hasil kajian 9 - 14
7. Rumusan 15
8. Rujukan 16
9. Lampiran
17 - 19

2

PENGHARGAAN

Saya mengucapkan terima kasih kepada guru mata pelajaran
Geografi, Cikgu Izzarudin kerana telah membimbing saya
menyiapkan kerja lapangan ini. Terima kasih juga diucapkan
kepada rakan-rakan yang bernama Muhammad Zikri Bin Muhd
Azizi dan Muhammad Danish Haqeem Bin Nurul Shahrazie
kerana sering membantu bersama dalam mencari maklumat.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa
saya iaitu Encik Mohd Khairul Anuar dan Puan Norhaslina
kerana memberi sokongan dan semangat kepada saya. Tidak
lupa juga kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu
proses menyiapkan kerja lapangan ini.

3

PENDAHULUAN

Saya Iman Zufayri Bin Mohd Khairul Anuar. Saya murid
Tingkatan 2 Jupiter di SMK Shahbandaraya. Saya telah
menjalankan kerja lapangan bersama-sama rakan-rakan saya
iaitu Muhammad Zikri Bin Muhd Azizi dan Muhammad Danish
Haqeem Bin Nurul Shahrazie. Saya membuat kajian tentang
pengangkutan awam di Taman Mesra, 41000, Klang Selangor.
Saya telah memilih kawasan ini sebagai kawasan kerja
lapangan kerana berhampiran dengan rumah dan sekolah saya.
Melalui kajian ini, saya dapat mengenal pasti jenis-jenis
pengangkutan awam, masalah pengangkutan awam yang
dihadapi oleh penduduk dan cadangan penambahbaikan
pengangkutam awam di Taman Mesra, 41000, Klang Selangor.

4

OBJEKTIF KAJIAN

Diharapkan melalui kajian ini dapat :

a) Menyatakan konsep pengangkutan awam.
b) Menjelaskan jenis-jenis pengangkutan awam di kawasan

kajian.
c) Menjelaskan kepentingan pengangkutan awam di kawasan

kajian.
d) Mengkaji dan menghuraikan masalah pengangkutan awam di

kawasan kajian.
e) Mencadangkan penambahbaikan pengangkutan awam yang

boleh dilaksanakan.

5

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya terletak di Taman Mesra terletak dalam daerah Klang iaitu
salah satu daerah dalam Negeri Selangor, Darul Ehsan. Di kawasan ini terdapat
beberapa buah taman seperti Taman Maznah, Taman Saga, Taman Klang Indah
dan Taman Mewah Jaya.

Jarak mutlak di antara Taman Mesra 41000, Klang Selangor dengan Bandar
Klang ialah 7 kilometer. Jarak relatif masa yang diambil dengan menaiki bas ialah
15 minit ke Bandar Klang.

Pandang darat fizikal kawasan ini terletak di kawasan tanah pamah yang rata,
sesuai untuk pembinaan jalan pengangkutan dan petempatan. Kawasan ini
dahulunya merupakan kawasan kelapa sawit dengan sedikit sahaja petempatan
dan bangunan kedai. Namun kini, ia semakin maju dan berkembang pesat. Antara
pengangkutan awam utama yang terdapat di sini ialah bas, teksi dan e-
pengangkutan seperti grab.

6

PETA KAWASAN KAJIAN

7

KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul dan memperoleh
maklumat yang diperlukan dalam kajian ini. Kaedah yang telah digunakan ialah:

a) Kaedah pemerhatian
Saya telah melawat kawasan kajian saya iaitu Taman Mesra. Saya

mengumpul data dan maklumat jenis-jenis pengangkutan awam yang terdapat
di Taman Mesra melalui pemerhatian saya.

b) Temu bual
Saya menggunakan kaedah ini untuk mengetahui kepentingan

pengangkutan awam di kawasan kajian. Selain itu, kaedah ini digunakan untuk
mengetahui masalah pengangkutan awam dan cadangan mengurangkan
masalah pengangkutan awam.

c) Rujukan internet dan buku rujukan
Saya telah melayari internet dan merujuk buku-buku untuk mencari

maklumat tentang kawasan kajian serta maklumat tambahan.

8

HASIL KAJIAN

a) Konsep pengangkutan awam
Menurut Kamus Dewan dan Pustaka (Edisi Keempat), pengangkutan awam
dapat didefinisikan sebagai sistem pengangkutan bermotor seperti teksi, bas dan
kereta api yang digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dengan kadar
tambang yang telah ditetapkan. Pengguna dikehendaki membayar tambang bas
sekurang-kurangnya RM 2.00.

b) Jenis pengangkutan awam di kawasan kajian
Daripada pemerhatian yang saya lakukan di Taman Mesra, Klang terdapat
beberapa jenis pengangkutan awam yang digunakan iaitu teksi, bas dan e-
pengangkutan.

c) Kepentingan pengangkutan awam di kawasan kajian

i. Meningkatan mobiliti penduduk
Melalui pemerhatian saya, didapati pengangkutan awam di kawasan kajian

dapat meningkatkan mobiliti penduduk. Penduduk yang tidak mempunyai kereta
sendiri bergantung kepada pengangkutan awam untuk bergerak kemana sahaja
seperti pergi ke kerja dan membeli barang keperluan.

9

Oleh sebab itu, pengangkutan awam sangat penting kepada semua penduduk.

ii. Menjimatkan kos
Melalui pemerhatian saya, kos menaiki pengangkutan awam lebih murah

berbanding menaiki kereta sendiri sebagai kepentingan pengangkutan awam. Ini
kerana pengguna tidak perlu mengeluarkan duit untuk mengisi minyak kenderaan
mereka, mereka hanya perlu membayar tambang untuk pengangkutan awam yang
digunakan sahaja. Impaknya, penduduk atau pengguna dapat berjimat cermat
dengan menaiki pengangkutan awam untuk ke destinasi yang dituju.

iii. Mengelakkan kesesakan jalan raya
Melalui pemerhatian saya, penggunaan pengangkutan awam dapat

mengelakkan kesesakan jalan raya kerana kurangnya penggunaan kenderaan lain
seperti kereta dan motorsikal. Sebagai contoh, menggunakan bas awam untuk
pergi ke kerja bersama rakan sekerja untuk menjimatkan kos serta dapat
mengurangkan kesesakan lalu lintas.

10

d) Masalah pengangkutan awam di kawasan kajian

i. Jangka masa menunggu yang lama

Melalui temubual saya dengan Encik Maniam jangka masa menunggu
lama adalah masalah utama pengangkutan awam di Taman Mesra.
Antaranya, bas terperangkap dalam kesesakan lalu lintas pada waktu puncak.
Masa ketibaan bas yang tidak menentu menyebabkan pengguna perlu
menunggu dalam jangka masa yang lama. Selain itu, masa menunggu
computer juga memakan masa yang lama. Impaknya, pengguna perlu
menunggu dalam jangka masa yang agak lama untuk mengguna atau menaiki
pengangkutan awam.

ii. Penipuan
Melalui temubual saya dengan Puan Su, penipuan sebagai masalah

pengangkutan awam. Sikap sesetengah pemandu teksi atau e-panggilan yang
tidak bertanggungjawab iaitu penipuan dengan meningkatkan harga tambang
yang tidak berpatutan. Kesannya, pengguna perlu membayar tambang lebih
daripada bayaran tambang yang sepatutnya.

11

iii. Kekurangan parkir di stesen komuter

Melalui pemerhatian saya, Daerah Klang mempunyai dua
stesen komuter iaitu di Bukit Badak dan Bandar Klang Selatan.
Kekurangan parkir di stesen komuter adalah masalah
pengangkutan awam di sini. Hal ini berlaku kerana terlalu ramai
pengguna meletakkan kereta mereka di parkir stesen tersebut
untuk menggunakan komuter. Jelaslah bahawa penduduk Daerah
Klang ramai yang menggunakan pengangkutan awam seperti
komuter untuk menuju ke destinasi.

12

e) Cadangan penambahbaikan pengangkutan awam

i. Menambah lebih banyak bas
Antara cadangan yang boleh diambil untuk mengatasi

masalah pengangkutan awam di Taman Mesra, Klang ialah
menambah lebih banyak bas. Langkah ini boleh
meningkatkan kekerapan bas yang lalu di kawasan yang
memerlukan lebih banyak bas oleh kerana penduduk di situ
kerap menggunakan bas sebagai pengangkutan awam
mereka. Impaknya, tiada lagi penumpang atau penduduk
yang perlu menunggu bas dengan masa yang agak lama
disebabkan kekurangan bas di kawasan tersebut.

ii. Menguatkuasakan undang-undang
Menamatkan permit pemandu teksi yang didapati

bersalah melakukan penipuan terhadap penumpangnya. Hal
ini dikatakan demikian, untuk memperoleh pemandu teksi
yang lebih bertanggungjawab dan amanah dalam melalukan
tugasnya.

13

iii. Membina tempat parkir bertingkat

Majlis Perbandaran Klang boleh membina tempat
parkir bertingkat atau pihak Kereta Api Malaysia
Berhad (KTMB) boleh membina parkir bertingkat di
stesen Bukit Badak, Klang. Kesannya, jika mempunyai
tempat parkir bertingkat, penumpang KTM boleh
meletakkan kenderaan mereka di situ dengan senang.
Kemudahan itu akan menyenangkan ramai pengguna di
kawasan tersebut. Tiada lagi kes parkir penuh di stesen
tersebut.

14

RUMUSAN

Setelah tugasan kerja lapangan ini selesai disiapkan, saya telah menemui
beberapa dapatan tentang pengangkutan awam di Taman Mesra 41000, Klang
Selangor. Pengangkutan awam ialah pengangkutan umum yang digunakan oleh
sesetengah penduduk di kawasan tertentu untuk menuju ke destinasi yang diingini.
Jenis pengangkutan awam yang terdapat di Taman Mesra ialah teksi, bas, e-
pengangkutan seperti grab. Pengangkutan awam penting kerana ia akan
memudahkan penduduk di sekitar kawasan itu yang tidak mempunyai kenderaan
sendiri untuk bergerak kemana sahaja. Walau bagaimanapun, penduduk di Taman
Mesra menghadapi masalah berkaitan pengangkutan awam seperti perlu
menunggu bas dalam jangka masa yang lama. Saya mencadangkan beberapa
langkah untuk mengurangkan masalah-masalah tersebut seperti menambah lebih
banyak bas di kawasan tersebut. Saya berasa gembira kerana pihak kerajaan
sentiasa berusaha memperbaiki perkhidmtan pengangkutan awam di Taman
Mesra, Klang.

15

SUMBER RUJUKAN

Abdul Aziz bin Abdul Rahman Lim Jin Choon dan Ratnam
Karuppiah Servai, 2003, Buku Teks Geografi Tingakatan 2, Kuala

Lumpur, Percetakan Rina Sdn.Bhd.

Surat Khabar : Utusan Malaysia 3 Mac 2015
Orang Sumber : Cik Nur Insyirah Khalysha , 18 tahun, , 19 Lorong Samarinda 18b/ks7

Taman Mesra 41000, Klang Selangor
Buku : Abdul Aziz bin Abdul Rahman Lim Jin Choon dan Ratnam Karuppiah Servai, 2003,

Buku Teks Geografi Tingakatan 2, Kuala Lumpur, Percetakan Rina Sdn.Bhd.
Internet :

https://www.google.com/maps/search/peta+No+17+lorong+samarinda+18b%2Fks7+ta
man+mesra+41000+klang+selangor/@3.0228194,101.4728278,17z/data=!3m1!4b1

16

LAMPIRAN

Gambar semasa melakukan kaedah pemerhatian

17

BORANG TEMU BUAL KERJA LAPANGAN

18

BORANG TEMU BUAL KERJA LAPANGAN

19


Click to View FlipBook Version