TOKOH PEMIMPIN JOHOR
Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail
BUKU SKRAP DIGITAL
MAKLUMAT PESERTA
Nama Peserta: LEONG LI BING
Kelas: 5 EINSTEIN
Alamt E-mail: [email protected]
Nama Sekolah: SMK TAMAN JOHOR JAYA 2
Alamat Sekolah: Jalan Teratai 32, Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor
Gambar:
PENDAHULUAN
Johor ialah salah satu negeri bagi negara kita di Semenanjung Malaysia. Kesultanan Johor-
Riau berkembang menjadi Johor pada hari ini di bawah pemerintahan pemimpin-pemimpin
yang bijaksana. Pemerintahan tokoh-tokoh pemimpin telah membawa negeri Johor menuju
ke arah maju dan stabil. Sumbangan dan jasa mereka tidak boleh diabaikan dan dilalaikan
oleh segenap strata sosial. Rentetan daripada itu, kita seyogialah mempelajari iktibar dan
nilai-nilai murni daripada pemerintahan tokoh-tokoh. Generasi muda sekarang sewajarnya
menerapkan nilai-nilai dalam lubuk jiwa untuk menjadi pemimpin pada masa depan.
BIODATA TOKOH PEMIMPIN
Nama Tokoh : Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail
Gelaran hormat:
• Gaya panggilan: Duli Yang Maha Mulia
• Gaya pertuturan: Duli Yang Maha Mulia
• Gaya pilihan: Tuanku
Umur : 77 tahun
Keputeraan : 8 April 1932 (Istana Semayam, Johor Bahru)
Kemangkatan : 22 Januari 2010
Ayahanda : Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim
Ibunda : Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Paduka Bena Sri Maharaja Utama
Ahmad
Isteri : Josephine Trevorrow (Cornwall, United Kingdom)
Tengku Zanariah (kerabat diraja Kelantan)
Anakanda:
1. Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah
2. Tunku Besar Zabedah Aminah Maimunah Iskandariah
3. Tunku Ibrahim Ismail
4. Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
5. Tunku Mariam Zahrah
6. Tunku Norani Fatimah
7. Tunku Maimunah Ismailiah
8. Tunku Abdul Majid
9. Tunku Muna Najiah
10.Tunku Aminah Kalsom
PENDIDIKAN TOKOH YANG DIPILIH
1. Sekolah Rendah Kebangsaan Ngee Heng, Johor Bahru
2. Maktab Sultan Abu Bakar (Maktab Inggeris: English College Johor Bahru), Johor Bahru
3. Trinity Grammar School, Australia (1952-1953)
4. Isle of Wight,United Kingdom (Upper Chime School)
KERJAYA TOKOH
1. Tunku Mahkota Johor (1959 – 1961)
2. Raja Muda (1966 - 1981)
3. Tunku Mahkota (29 April 1981)
4. Pemangku Sultan Johor (10 Mei 1981) berikutan kemangkatan ayahandanya
5. Canselor Universiti Teknologi Malaysia (12 Disember 1981)
6. Sultan Johor ke-24, Sultan Johor Moden ke-IV (11 Mei 1981 - 22 Januari 2010)
7. Yang Di-Pertuan Agong Malaysia yang kelapan (26 April 1984 – 25 April 1989)
8. Juruterbang yang terlatih untuk mengendali pesawat dan helikopter ringan dan sederhana
SUMBANGAN TOKOH
1. Baginda telah menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Johor di Tanah Melayu pada
tahun1956.
2. Baginda menjadi pegawai kadet yang bertanggungjawab atas hal ehwal dalam Jabatan
Hal Ehwal Daerah, Tanah dan Perbendaharaan.
3. Baginda telah menganjurkan acara rumah terbuka di kediaman rasminya di Istana Bukit
Serene atau di Istana Besar.
4. Baginda dan putera sulungnya Tunku Mahkota mengadakan sesi khas untuk bertemu
mesra dengan rakyat Johor.
5. Baginda mengurniakan anugerah kehormat kepada rakyat Malaysia yang mempamerkan
sumbangan dan pencapaian cemerlang.
6. Baginda mengeluarkan usul agar Orang Asli digolongkan sebagai "Bumiputera Asli",
kerana baginda berpendapat bahawa Orang Asli ini berbeza sekali identitinya dari orang
Melayu kerana kebanyakan mereka bukan umat Islam.
7. Baginda sanggup mendermakan gaji baginda untuk jawatan Yang di-Pertuan Agong
kepada berbilang lembaga biasiswa yang dibuka kepada semua kaum di Malaysia.
8. Baginda menjalin hubungan erat dengan Singapura. Pada bulan Julai 1988, kunjungan
Sultan Iskandar ke Singapura merupakan kali pertama Yang di-Pertuan Agong melawat
negara pulau tersebut sejak tahun 1957.
9. Sultan Iskandar juga menjalin hubungan erat dengan Sultan Hassanal
Bolkiah dari Brunei. Pada tahun 2006, kedua-dua sultan disaksikan bersama di khalayak
ramai, ketika Sultan Hassanal Bolkiah bercemar duli ke negeri Johor.
10. Baginda mendermakan keseluruhan elauns sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong dan Raja Permaisuri Agong sepanjang menduduki takhta kepada sebuah NGO,
Yayasan Iskandar untuk membantu pembiayaan pelajar yang kurang berkemampuan.
NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI OLEH GENERASI SEKARANG
1. Keprihatinan baginda terhadap rakyat jelata
a. Baginda mengeluarkan usul agar Orang Asli digolongkan sebagai "Bumiputera
Asli" dan disanjung tinggi oleh ramai, khususnya orang Melayu dan Orang Asli.
2. Ketegasan terhadap disiplin
a. Baginda sanggup meluahkan pendapat peribadi mengenai perihal kerajaan.
3. Ramah mesra dan pemurah
a. Rakyat taklukan pernah menghadap Sultan Iskandar pada akhir hayat sebelum
kemangkatan pada 22 Januari 2010 di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru.
b. Baginda menjalinkan hubungan luar yang baik dengan negara jiran Malaysia
seperti Singapura dan Brunei.
4. Kepatuhan terhadap pagangan agama
a. Pada Disember 2008, baginda memperkenan kerajaan negeri untuk mewartakan
usul perundangan yang melarang umat Islam daripada mengamalkan
senaman yoga yang mengandungi unsur agama Hindu yang melanggar ajaran
Islam.
5. Bertanggungjawab
a. Baginda bertanggungjawab dalam menjalankan peranan sendiri semasa
memegang setiap jawatan seperti Raja Muda, Sultan Johor dan Yang di-Pertuan
Agong Malaysia.
6. Kasih sayang terhadap flora dan fauna
a. Baginda pernah membela beraneka jenis haiwan belaan, terutamanya burung
merak, di perkarangan Istana Bukit Serene.
PENUTUP
Tuntasnya, terdapat banyak sumbangan Sultan Iskandar kepada negeri Johor. Baginda telah
memerintah negeri Johor dan membawa kemakmuran kepada kita. Nilai-nilai murni pada
Sultan Iskandar haruslah disemai dan dibajai di dalam jiwa golongan belia yang akan
menentukan hala tuju negeri Johor pada masa kelak. Jasa baginda akan diingat dan disimpan
dalam benak fikiran setiap lapisan masyarakat. Peribahasa Melayu pernah berkata hidup
pokok biarlah berbuah, hidup manusia biarlah berjasa. Jadinya, marilah kita menghargai jasa
tokoh-tokoh pemimpin dan meneruskan sumbangan kepada negeri Johor.
SUMBER RUJUKAN
1. Internet
a. https://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Iskandar_ibni_Almarhum_Sultan_Ismail
b. https://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/01/22/sultan-iskandar-raja-berjiwa-
rakyat/
c. https://kemahkotaan.johor.gov.my/pengenalan/sejarah-kesultanan-johor/