The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Leynee Razali, 2021-10-24 07:20:21

SOALAN PERTENGAHAN TAHUN TING 2PSV KERTAS 2

PSV KERTAS 2 TINGKATAN 2

TINGKATAN 2

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN

TAHUN 2021

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUDAT II
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUDAT
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENDIDIKAN SENI VISUAL

KERTAS 2
MASA: 2 JAM

________________________________________________________

1. Kertas ini mempunyai lima Soalan
2. Jawab satu soalan sahaja

Arahan kepada calon

a) Kertas soalan ini hendaklah dibawa ke tempat peperiksaan pada hari yang ditetapkan.Tuliskan dengan terang Nama,
Tingkatan, No. Soalan dan sediakan ruang Markah mengikut susunan yang ditetapkan di sudut kanan sebelah
atas muka belakang lukisan anda (lihat gambar rajah di bawah).

Sudut kanan sebelah atas muka belakang lukisan anda

5 cm NAMA:
TINGKATAN:
NO. SOALAN:
MARKAH:

8 cm

b) Hasil kerja anda hendaklah yang asli.
c) Hasil kerja anda itu hendaklah memenuhi atau hampir memenuhi kertas lukisan itu.
d) Keseluruhan hasil kerja hendaklah diwarnakan
e) Anda tidak boleh menggunakan bahan pengilat atau syelek pada pemukaan hasil kerja yang sudah siap.
f) Hasil kerja anda hendaklah dalam bentuk 2D sahaja

Jawab satu soalan sahaja
1. Di atas sebuah meja terdapat beberapa ketul kuih pelbagai jenis di dalam pinggan, sebuah jug berisi air

dan gelas minuman untuk sarapan pagi. Gambarkan situasi ini dari jarak dekat dengan memberi
penekanan kepada bentuk , jalinan dan ruang.

2. Di atas hamparan tikar terdapat pelbagai jenis buah-buahan pelbagai jenis. Gambarkan suasana berikut
dengan menekankan aspek unsur-unsur seni dan prinsip rekaan.

3. Beberapa ekor ikan sedang berebut makanan yang ditaburkan di atas permukaan air.
Gambarkan suasana tersebut di atas permukaan air dengan menunjukkan kepelbagaian pergerakan ikan
dan kocakan air

4. Gambarkan Beberapa jenis buah-buahan seperti rambutan, durian, manggis dan lain-lain, sedang
bermain alat muzik di atas pentas. Gambarkan suasana meriah itu.

5. Anda sedang menyertai satu rombongan melawat sambil belajar ke sebuah Zoo yang dipenuhi pelbagai
jenis hidupan liar.
Gambarkan suasana tersebut dengan menekankan aspek-aspek unsur seni dalam karya anda.

Disediakan oleh :
………………………………………
(NORLEYNEE BT RAZALI)
GURU PENDIDIKAN SENI VISUAL


Click to View FlipBook Version