ASSALAMUALAIKUM
Tajuk:Usahawan
Berjaya
Biodata
Nama: Ramly bin Mokni
Nama Gelaran: Dato’ Dr. Haji
Ramly bin Mokni
Tempat Lahir: Sekinchan,
Selangor
Usahawan melayu yang paling
dikagumi, jawapannya adalah Datuk
Ramly Mokni yang famous dengan
burgernya, RAMLY. Ramly ni ‘media
shy’ sikit sebab itu JARANG SANGAT
kita baca kisah-kisah beliau dalam
media. Ramly ni asal dari Tanjung
Piandang, Perak (dibesarkan di
Selangor) dan ada 16 adik beradik!
Segalanya bermula pada tahun 1978 bila negara kecoh isu halal haram
daging burger ni sebab kebanyakan burger masa tu diimport dari luar
negara, jadi Ramly ambil keputusan buat sendiri burger daging di rumah
bersama isterinya. Dengan modal RM2,000, mereka buat sendiri burger
daging secara manual (tanpa mesin) di flat Jalan Haji Hussein, Kampung
Baru. Mula-mulanya tak dapat sambutan sebab orang Melayu tak banyak
makan burger, tapi perlahan-lahan Ramly buka banyak stall burger dekat
area Chow Kit dan sejak itu permintaan daging burgernya bertambah.
Akhirnya dari hanya 200 keping daging
sehari, mereka mula mendapat tempahan
sehingga 3,000 keping sehari. Tahun 1980
mereka mula buka syarikat dan hanya empat
tahun kemudian, mereka telah berjaya buka
kilang di Bandar Tun Razak dengan
menghasilkan kira-kira 10,000 keping
sehari!
Cabaran Ramly paling besar masa tu sebab
MARA tolak permohonan pinjaman mereka
dengan alasan orang Malaysia tak ramai
makan burger, tetapi Bank Pembangunan pula
yang luluskan permohonan mereka. Lepas tu
timbul fitnah pula burgernya tidak halal
hingga beliau terpaksa buat report polis.
Kemudian ada pula yang fitnah kononnya
mereka dah jual bisnes kat orang lain. Semua
fitnah tu buat beliau dan keluarganya lebih
tabah dan berusaha membuktikan mereka
bukan seperti mana yang difitnahkan.
Dan sekarang jualan tahunan mereka dah cecah RM1
billion, daging saja mereka guna hampir 1.5 tan
sehari untuk menghasilkan pelbagai jenis burger,
pergh! Kini, jenama Ramly bukan lagi sekadar
mengeluarkan daging burger, malah sosej, nuget,
bebola daging, daging kisar, sos cili dan banyak lagi
turut dihasilkannya.
Steady Datuk Ramly, Ini baru champion!
Sumber rujukan :
http://www.ramly.com.my/
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0510&sec=Korporat&pg=ko_02.h
tm
http://greenboc.blogspot.com/2011/12/cubaan-sabotaj-frankfurter-ramly-gagal.html
http://prezi.com/wudtyhaev4sy/ramly-burger/
http://usahawanterbilang-berjaya.blogspot.com/2011/12/haji-ramly-bin-mokni.html
http://www.scribd.com/doc/172439020/Keusahawanan-Assignment-Raya-
2#http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pegangprinsip__8216_Halal_BersihdanBer
mutu__8217_/Article
http://boisanerd.blogspot.com/2009/12/ramly-burger-is-now-dato-ramly-burger.html
http://group9-apk.blogspot.com/2012/10/syarikat-ramly-burger-dan-permasalahan.html
http://dwnekonomi.dbp.my/wordpress/?p=315
http://group9-apk.blogspot.com/2012/10/syarikat-ramly-burger
http://group9-apk.blogspot.com/2012/10/syarikat-ramly-burger-dan-
permasalahan.html-dan-permasalahan.html
http://www.pendapatanda.com/2012/01/sosej-lembu-ramly-ada-dna-babi-siapa.html
http://iksprofile.blogspot.com/2012/05/ramly-food-processing-sdnbhd.html
http://makanan-gddotcom.blogspot.com/