Siri bacaan kanak-kanak
Cetakan Pertama tahun 2024 Naina Publication (Mas Ainaa) 2024 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa jua bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Jabatan, Jatabatn Pengajian Melayu (JPM) IPGM Kampus Sultan Mizan, Kota Putera (Kampong Raja), 22200, Besut, Terengganu, Malaysia. Perundingan tertaluk pada perkiraan royalti atau honorarium Perpustakaan Al-Basuti, IPGKSM Naina Publicat SKUNK BEREKOR MERAK/AYAHKU YANG TERCINTA Dicetak oleh: BM 3 ART PUBLISHER, No.3 suku,Jalan Keluang,Kota Putra (Kampong Raja), 22200,Besut,Terengganu.
Pada zaman dahulu,di dalam hutan yang tebal ada seekor skunk bernama Jori yang hidup bersama haiwan-haiwan lain.Jori mempunyai bulu yang berwarna hitam dan putih yang terlihat seperti garisan yang lurus di badannya.
Jori bersahabat baik dengan seekor merak bernama Kasturi yang mempunyai ekor yang sangat cantik apabila dikembangkan dan berbau wangi manakala Jori mempunyai bau yang sangat busuk .Disebabkan bau busuk dari badan jori,tiada seekorpun haiwan di hutan mahu berkawan dengannya hanya Kasturi sahaja yang sudi berkawan dengan Jori.
Pada suatu hari ketika Jori dan Kasturi sedang bersiar-siar di hutan Jori melihat Kasturi melebarkan ekornya yang cantik dan wangi itu lalu haiwan-haiwan yang berjalan berdekatan dengan mereka terkesima dan takjub dengan kecantikan kasturi dan hal ini demikian menyebabkan Jori iri dengan kecantikan dan keistimewaan Kasturi.
Jori meminta kepada Kasturi untuk memiliki ekor Kasturi yang cantik itu kerana ekornya tidak cantik dan busuk jadi haiwan lain tidak mahu berkawan dengannya dan Kasturi membalas dengan berkata “Jika kamu ingin mengambil ekorku bagaimana pula dengan ku?” Jori pun meminta lagi kepada Kasturi “Kasturi aku ingin pinjam sehari sahaja ekor kamu nanti aku pulangkan semula kepada kamu” .
Pada ketika itu Kasturi rungsing dan pelik dengan sikap Jori itu lalu dia pun berkata kepada Jori “ wahai Jori mengapa kamu mau ekor aku? Jika kamu kata bahawa bau badan kamu busuk dan tidak menarik itu tidak penting kerana kadang-kadang apa yang kamu tidak suka itu akan mendatangkan kebaikan kepada kamu. ” setelah Kasturi berkata begitu Jori tidak berpuas hati kerana dia masih mahu memiliki ekor Kasturi.
Lalu pada malam hari ketika Kasturi sedang tidur Jori datang ke tempat Kasturi dengan niat ingin mencuri ekor Kasturi dan ingin disambungkan kepada ekornya tanpa pengetahuan Kasturi.Apabila Jori berjaya mencuri ekor merak dia pun bersorak teruja dan berkata di dalam “Wah, Akhirnya aku berjaya mengambil ekor Kasturi" .
Keesokan paginya Jori cuba untuk memakai ekor Kasturi dan berjumpa dengan penduduk di hutan dan apabila Jori mendekati yang lain mereka mengejek Jori kerana kelihatan sangat pelik dan buruk apabila memakai ekor Kasturi di tambah pula dengan bau badan Jori yang sangat busuk.Mereka pun berkata Jori tidak guna jika ekor kamu cantik tapi bau badanmu tetap busuk.dan dari kejauhan Kasturi datang menangis-nangis kerana ekornya hilang dan Kasturi tidak lagi mahu berkawan dengan Jori yang telah mengkhianati dirinya.
Jori pun membawa diri ke pinggir hutan kerana tidak ada seekor pun haiwan di hutan itu mahu berkawan dengannya. Setibanya dia di pinggir hutan, Jori berjalan-jalan lalu terpijak satu perangkap yang telah dipasang oleh pemburu dan apabila pemburu datang melihat perangkapnya alangkah gembiranya pemburu tersebut tetapi pemburu tersebut terbau sesuatu yang sangat busuk daripada badan Jori. Lalu pemburu tersebut berkata, “tidak berbaloi jika aku menangkap haiwan ini kerana baunya sangat busuk dan buruk” .
Lalu si pemburu melepaskan semula Jori. Jori pun teringat akan pesanan Kasturi lalu dia menyedari apa yang dikatakan Kasturi benar dan dia menyesal atas apa yang telah dia lakukan kepada sahabat baiknya Kasturi dan dia ingin memohon maaf kepada Kasturi atas kesilapannya.
Pengajaran yang terdapat di dalam cerita skunk berekor merak ini ialah kita perlulah bersyukur dengan apa yang telah tuhan kurniakan kepada kita.Hal ini demikian kerana perkara yang kita sangkakan kelemahan dalam diri kita merupakan kelebihan yang akan membantu kita. Seterusnya kita hendaklah mengelakkan diri daripada perbuatan mencuri kerana itu merupakan satu perbutan keji dan akan memberikan kesan yang buruk terhadap diri kita.
Skunk - Skunk ialah haiwan kecil berbulu, mempunyai tanda hitam putih yang tersendiri.Haiwan ini terkenal kerana cecair berbau busuk yang disemburkannya apabila ketakutan atau berada dalam bahaya. Baunya sukar hilang, dan kekal berhari-hari lamanya.
Kehidupan Jori yang dahulu sangat baik hati walaupun tiada haiwan lain yang mahu berkawan dengannya di hutan kerana bau badannya yang busuk walau bagaimanapun Kasturi tetap mahu berkawan dengannya kerana Jori seorang yang baik hati. Pada suatu malam Jori mencuri ekor Kasturi untuk kelihatan cantik. Apakah kesudahan kisah Jori dan Kasturi adakah benar Jori akan mempunyai ekor Kasturi?
Duhai ayahku yang tercinta, Kaulah hero dalam hidupku, Menyinari daku dari kegelapan dunia. Penat lelahmu sering kau sembunyi Melayani si bongsu tanpa jemu Duhai ayahku yang tercinta, pengorbananmu besar jelas tak terkata Menjadikan aku insan yang berani Mengejar impian tanpa berhenti. Nasihat tak pernah berhenti kau beri Supaya aku menggapai cita Duhai ayahku yang tercinta, Ku sangka dikau dapat melihat kejayaanku, Tapi kini kau telah meninggalkanku. Walau tanpa dirimu disisi, Aku tetap melangkah maju, Untuk menunaikan janji terakhirku kepadamu. Duhai ayahku yang tercinta , Anakanda lakarkan satu cerita, Tentang kasihmu,cintamu terhadap anakmu, Tentang dikau Heroku yang pertama dan selamanya.
Kita mestilah mencapai kejayaan walau apapun cabaran yang dihadapi.Sebagai contoh penulis masih menuntut ilmu dan berusaha mencapai kejayaan walaupun orang tersayang telah pergi meninggalkannya. Seterusnya,kita juga hendaklah menghargai segala pengorbanan ibu dan ayah kita kerana mereka telah banyak berkorban untuk kita.
SEMOGA MEMPEROLEH ILMU YANG BERKAT