The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wandin1811, 2021-09-21 21:08:54

ESEI TARGET PENGAJIAN PENGGAL 1 2018

ESEI TARGET PENGAJIAN PENGGAL 1 2018

Salmiah binti Ramli (rasahati), Penggal 1, 2018

Salah satu sektor ekonomi yang diberi tumpuan di Malaysia ialah sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
Industri tersebut banyak menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara. Dalam masa yang sama, IKS juga
menghadapi pelbagai cabaran untuk ditangani. Bincangkan.

Pendahuluan
Mendapat perhatian dalam negara semenjak RMK 1, selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebuah
negara perindustrian. IKS terbahagi kepada tiga iaitu industri berskala kecil (segala tugas dilakukan pemilik dan
dibantu oleh keluarga), industri sederhana (pekerja antara 50 – 199 orang) dan industri berskala besar (pekerja
200 orang ke atas).

Bil Isi / Idea Huraian

A – Sumbangan kepada kemajuan ekonomi negara/ kepentingan

1 Penggenap kepada industri ⬄ Membekalkan bahan separa siap yang diperlukan oleh industri berat

besar seperti Proton
⬄ Mengurangkan import komponen kereta nasional dari luar negeri;

jimatkan pertukaran wang asing; kurangkan pergantungan kepada

negara maju
⬄ Kos pengeluaran industri berat diminimumkan

⬄ Keuntungan terjamin

⬄ Industri berat berkembang
⬄ Menuju ke arah negara perindustrian

2 Menyediakan lebih banyak ⬄ IKS menyediakan 44.2% peluang pekerjaan daripada jumlah guna

peluang pekerjaan tenaga kerja dalam sektor perkilangan
⬄ Mewujudkan agihan pendapatan yang lebih baik berbanding dengan

struktur pendapatan dan upah dalam firma besar dan syarikat

antarabangsa yang lain

⬄ Membasmi kemiskinan

3 Mempercepatkan kadar ⬄ Kadar pertumbuhan ekonomi yang pesat iaitu purata 8.5% setahun
pertumbuhan ekonomi sejak 1989 tidak tercapai tanpa sumbangan dan sokongan IKS
negara
⬄ Pada 1994, IKS meliputi 84.1% daripada pertubuhan pengilang
dalam sektor perkilangan di Malaysi dan 48.9% daripada jumlah nilai
keluaran sektor perkilangan

⬄ Peranan dalam sumbangan ini dijangka menjadi semakin penting
untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian.

4 Mewujudkan kepakaran ⬄ Menggalakkan perkembangan perusahaan hasil kesenian

tradisional ⬄ Perkembangan industri ini akan menjadi daya penarik kepada
perkembangan sektor pelancongan. Contohnya industri pertukangan

atau ukiran kayu dan kraftangan. Pusat latihan kemahiran

ditubuhkan untuk pekerja, pengusaha dan bakal pengusaha. IKS
memberikan pendedahan pengetahuan tentang pengurusan,

pengendalian peralatan, kira-kira, pemasaran dan sebagainya.

⬄ Justeru itu dapat melahirkan golongan usahawan baru.
⬄ Dapat mengasah kewibawaan mereka sebelum menceburkan diri ke

dalam industri yang bermodal lebih besar.

5 Pemindahan teknologi ⬄ Kerjasama IKS dengan industri besar akan membolehkan

pemindahan teknoogi melalui latihan, khidmat nasihat, kemahiran
pekerja serta peningkatan kualiti buatan IKS.

⬄ Sebagai pembekal komponen-komponen kecil, mahu atau tidak

mahu, industri besar terpaksa melakukan teknik ini bagi menjamin
komponen yang dihasilkan mempunyai kualiti kerana ia

mempengaruhi produk akhir.

6 Membantu mengurangkan ⬄ Perusahaan ini kebanyakannya tidak mempunyai modal yang tinggi.

kadar inflasi ⬄ Industri ini membantu mempelbagaikan produk di pasaran dan
mengelakkan pergantungan kepada sesuatu produk yang boleh

mendorong kenaikan inflasi sekiranya berlaku kekurangan

Salmiah binti Ramli (rasahati), Penggal 1, 2018

7 Meningkatkan jumlah ⬄ Kebanyakan operasi industri kecil, sejumlah besar sumber kewangan
tabungan dalam ekonomi dan modal disumbangkan oleh pemilik sendiri, saudara mara atau
negara kawan di samping rakan niaga.

8 Kekurangan modal ⬄ Kajian menunjukkan bahawa lebih 70% sumber kewangan dalam IKS
disumbangkan oleh pemilik atau pengusaha masing-masing
9 Persaingan tenaga kerja
10 Persaingan pasaran ⬄ Ini boleh meningkatkan keseluruhan kadar tabungan penduduk
dalam negara dan mengurangkan masalah kenaikan kadar inflasi
11 Kekurangan penggunaan
teknologi B – Cabaran yang dihadapi

12 Hubungan intra - industri ⬄ Kadar pulangan pusingan yang rendah dan tiadanya ekonomi
bidangan kerana IKS beroperasi dalam skil yang kecil

⬄ Sukar mendapatkan kemudahan pinjaman dari sistem perbankan
kerana kurang dipercayai keupayaannya di samping taraf pendidikan
tidak memuaskan

⬄ Bank berhati-hati memberi kredit kerana tidak mahu menanggung
risiko jika hutang tidak terbayar.

⬄ Sukar untuk mempertahankan tenaga buruh mahhir kerana mereka
cenderung untuk bekerja dalam syarikat-syarikat yang besar yang
menawarkan gaji yang besar, faedah dan suasana kerja yang selesa

⬄ Di samping itu juga, persaingan mendapatkan buruh berlaku di
antara sesama IKS

⬄ Barangan keluaran menghadapi persaingan dengan barangan
industri tempatan dan luar negari

⬄ Anggapan bahawa sesetengah barangan IKS kurang berutu
⬄ Persaingan dalam pengeluaran barangan yang semakin meningkat

disebabkan industri-industri yang lebih maju dengan penggunaan
teknologi terkini dapat menghasilkan lebih banyak barangan dan
menawarkan harga yang lebih murah sedangkan IKS tidak mampu
berbuat demikian

⬄ Kurang pendedahan kepada teknologi dan kurang pengetahuan
tentang teknologi

⬄ Hasil dan mutu pengeluaran rendah dan tidak dapat memenuhi
kehendak pasaran kerana teknologi tidak cekap dan ketinggalan
zaman serta penyelenggaraan tidak sempurna

⬄ Rata-rata pengeluaran IKS sekarang lebih cenderung untuk
memenuhi keperluan tempatan, sangat kurang terdedah dengan
pasaran luar

⬄ Justeru itu, peluang mereka di peringkat antarabangsa amat terbatas

⬄ Hubungan IKS dengan industri besar adalah tidak menggalakkan
kerana kurang kepercayaan firma-firma besar kepada IKS khususnya
dalam aspek ‘standard’ dan mutu produk yang rendah

!3 Kehadiran IKS dari negara ⬄ Kemasukan mendadak IKS terutamanya dari Singapura Taiwan dan
asing Korea Selatan telah menyempitkan peluang usahawan tempatan
khususnya bumiputera untuk menjadi pembekal kepada industri
besar atau industri berat

⬄ Kehadiran IKS asing seakan-akan dialu-alukan oleh industri besar
kerana lebih mepercayai firma asing daripada firma tempatan

⬄ Syarikat antarabangsa tidak menunjukkan minat untuk
membangunkan IKS tempatan beranggapan IKS tempatan tidak
mampu membekalkan barangan yang mencapai tahap yang
dikehendaki

KESIMPULAN
Perkembangan IKS amat penting dalam perkembangan ekonomi negara selaras dengan dasar kerajaan ingin
menjadikan Malaysia berstatus negara maju menjelang 2020.

Salmiah binti Ramli (rasahati), Penggal 1, 2018

SOALAN:
Malaysia kaya dengan pelbagai khazanah alam. Selain keistimewaan ini, terdapat produk pelancongan lain yang
boleh meningkatkan sumbangan dalam industri pelancongan Negara. Jelaskan

Pengenalan
Industri pelancongan merupakan penyumbang ketiga pendapatan negara selepas perindustrian dan pembinaan.
Malaysia merupakan antara destinasi pelancongan yang berdaya saing dari segi kos dan produk pelancongan

Bil Idea Huraian

1 Kekayaan dan Keindahan Pelbagai produk pelancongan negara
alam semula jadi
(Isi Wajib)  Malaysia kaya dengan keindahan alam sekeliling-pelbagai gunung seperti
Gunug Kinabalu di Sabah, pelbagai pulau yang indah seperti Pulau Ligitan
dan Pulau Sipadan di Sabah dan air terjun hutan simpan yang
mendamaikan

 Ramai pelancong asing terutama dari Asia Barat memilih Malaysia kerana
keunikan tersebut

 Hutan simpan yang mendamaikan seperti Hutan Taman Negara Pahang
dan Hutan Tasik Kenyir yang indah boleh menjadi tempat penyelidikan
oleh pelancong asing

2 Pelancongan pendidikan  Malaysia mempunyaibanyak institusi pendidikan awam dan swasta

 Antara universiti awam yang telah lama wujud ialah Universiti Malaya
dan Universiti Kebangsaan Malaysia

 Terdapat institusi pendidikan swasta yang berpangkalan di Malaysia dan
juga ada institusi swasta cawangan universiti antarabangsa

 Institusi Pengajian tinggi awam mempunyai pakej pendidikan
terkenal,iaitu pensyarah yang berkelulusan PhD,prasarana terbaik dan
kelulusan yang diiktiraf

 Ramai sahabat serta keluarga mereka datang ke Malaysia sambil
melancong

 Usaha menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan serantau dan dunia
semakin berhasil dengan kemasukan pelajar antarabangsa

3 Pelancongan sejarah dan  Sejarah negara yang melalui pelbagai peringkat dan bentuk merupakan
warisan Negara
asset pelancongan paling berharga

 Terdapat abnyak muzium yang menyimpan khazanah sejarah,selain

bahan sejarah yang masih wujud

 Antara muzium tersebut ialah Muzium Etnologi yang menyimpan
kepelbagaian bahan sejarah etnik pelbagai negara dunia,juga menyimpan

khazanah rumpun Melayu Polensia

 Terdapat juga Muzium Arkeologi Lembah Bujang,Muzium Arkoelogi
Lenggong dan Muzium Kota Kuala Kedah

 Terdapat juga bangunan bersejarah peninggalan penjajah seperti
bangunan stesen kereta api dan bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala

Lumpur

4 Pelancongan sukan  Malaysia mempunyai reputasi sebagai penganjur sukan bertaraf dunia

 Pada tahun 1998, Malaysia menganjurkan Sukan Komanwel,
menganjurkan pula perlumbaan motorsikal Dunia GP dan paling terkenal
ialah menganjurkan perlumbaan kereta Formula 1 (F1) di Sepang setiap
tahun

 Memiliki bintang sukan bertaraf dunia dalam sukan skuasy,badminton
dan lumba basikal misalnya menjadi kekuatan Malaysia untuk
menganjurkan pertandingan

 Impaknya ialah Malaysia berjaya menarik ramai pelancong asing
melancong ke negara ini

Salmiah binti Ramli (rasahati), Penggal 1, 2018

5 Pelancongan pertanian  Bidang pertanian masih merupakan kegiatan ekonomi yang paling
penting bagi Malaysia
6 Pelancongan seni dan
budaya  Malaysia sentiasa komited melaksanakan penyelidikan pertanian dan
menyediakan insetif tertentu kepada golongan petani

 Antara hasil tanaman yang sukar ditemui di negara luar ialah tanaman
kelapa sawit dan dusun buah-buahan tertentu

 Pelancongan pertanian berlaku melalaui keperluan penyelidikan oleh
pelajar asing,atau sekadar untuk menyaksikan bentuk pertanian negara
seperti tanaman padi

 Hal ini juga membantu menghidupkan perniagaan berasakan rumah
penginapan inap desa (homestay)

 Ramai pelancong turut hadir ke Malaysia sewaktu Pameran Hasil
Pertanian (MAHA)

 Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik dan budaya
 Kepelbagaian berlaku dalam bentuk makanan,pakaian,pekerjaan,tarian

dan sebagainya
 Pelancong asing tertarik dengan kepelbagaian dan keunikan ini
 Pelancong asing dapat menimba pengalaman dan meningkatkan

persahabatan

Kesimpulan
Sektor pelancongan di Malaysia akan terus berkembang dengan usaha-usaha berterusan untuk menambah nilai
produk-produk tersebut. Usaha meningkatkan prasarana seperti aspek pengangkutan dan
perhotelan,perkhidmatan dan penyampaian kerajaan akan berjaya memajukan lagi sektor ini

Format jawapan: 1+4 (fakta 1 wajib+ 4 fakta lain)

Salmiah binti Ramli (rasahati), Penggal 1, 2018

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam perkhidmatan awam mendatangkan pelbagai
manfaat. Jelaskan

Pendahuluan:
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi semakin berleluasa sejajar dengan perkembangan globalisasi
kini. Kerajaan juga mentransformasikan perkhidmatan awam dengan meluaskan pengunaan ICT.

Bil Idea Huraian

Manfaat Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam perkhidmatan awam.

1 Manfaat teknologi maklumat  Memudahkan urusan

 Urusan kerja dilakukan dengan cepat

 Maklumat boleh didapati dengan pantas

 Mudah interaksi

2 Meningkatkan kecekapan • Arahan pentadbiran dpt diberikan secara langsung

sistem pentadbiran negara • Prosedur kerja yang jelas
• Kurang karenah birokrasi

3 Meningkatkan perubahan • Kakitangan awam berminat dlm bidang ICT
sikap positif • Berusaha untuk mencari maklumat
• Meningkatkan pengetahuan dalam bidang ICT

4 Mempengaruhi sistem • Keputusan dibuat dengan cepat
pengurusan dan • Mengurangkan pertindihan kerja
perhubungan • Bidang tugas menjadi lebih jelas

5 Pengurusan maklumat lebih • Meneroka isu atau masalah
efektif • Merancang strategi mendapatkan maklumat

• Mengumpul dan mengurus maklumat secara kendiri

6 Meningkatan kepuasan • Memenuhi kehendak pelanggan
pelanggan • Meningkatkan ekpektasi
• Aduan pelanggan berkurangan

7 Meningkatkan produktiviti • Kerja menjadi lancar
individu • Berlaku penambahbaikan dalam tugas/ meningkatkan kecekapan

• Perlaksanaan tugas menjadi lebih berkesan

8 Meningkatkan ketelusan • Penggunaan teknologi maklumat dapat meningkatkan keyakinan
orang awam terhadap proses pengambilan keputusan dan tindakan
pegawai awam.

• Pengawai awam dapat berkongsi maklumat yang lengkap, tepat dan
jelas dengan pihak berkepentingan supaya tindakan yang diambil
lebih cekap dan berkesan

9 Meningkatkan imej sektor • Mendapat pengiktirafan agensi dan rakyat
awam • Mendapat sokongan
• Persepsi terhadap perkhidmatan meningkat

Penutup :
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi perlu diperluas dalam perkhidmat

Salmiah binti Ramli (rasahati), Penggal 1, 2018

ISU SETINGGAN

A. Definisi
Setinggan merupakan penempatan yang dibina secara rawak dan tanpa kebenaran di atas tanah kerajaan, swasta
dan orang perseorangan. Kewujudan setinggan dikatakan mencemarkan persekitaran kawasan perbandaran
kerana petempatan setinggan sering dikaitkan dengan kemiskinan,ketidak selesaan,kesesakan,kekotoran dan
kekurangan kemudahan asas.

B. Faktor-Faktor Kewujudan Setinggan

1. Wujudnya Kawasan-Kawasan Terbiar
Faktor perdana yang menyumbang kepada berleluasanya penempatan setinggan ialah wujudnya kawasan-
kawasan lapang yang terbiar tanpa kawalan.Kawasan tanah tinggi di tepi landasan kereta api,tebing sungai,tepi
lombong dan tanah terbiar yang terbiar tidak diusahakan merupakan lokasi yang sering menjadi tumpuan untuk
dijadikan penempatan setinggan.Bagi pendatang tanpa izin pula,mereka membina penempatan setinggan “segera”
di tepi sungai dan di lereng-lereng bukit.

2. Kos Hidup Yang Tinggi
Kos hidup yang tinggi serta tidak sejajar dengan pendapatan telah mendorong sebahagian daripada penduduk
meneroka tanah kosong milik kerjaan. Kebanyakan mereka berpendapatan rendah antara RM400 hingga RM600
sebulan kerana bekerja di sector yang bertaraf rendah akibat tidak Mempunyai kelayakan yang tinggi. Kedudukan
setinggan yang berhampiran dengan tempat kerja serta tidak memerlukan kos yang tinggi untuk berulang-alik
menjadikan setinggan sebagai pilihan utama mereka.

3. Kurangnya Rumah Kos Rendah/ Kos Menyewa Rumah Yang Tinggi
Masalah kekurangan rumah kos rendah juga telah menyebabkan kewujudan kawasan setinggan.Penghuni
setinggan tidak mampu menghuni tempat tinggal yang selesa dan sempurna kerana kebanyakan penghuni
setinggan rata-ratanya berpendapatan rendah dan kos hidup pula tinggi.Maka secara mudah kawasan setinggan
yang tidak bersewa dan murah menjadi pilihan.

4. Perpindahan Masyarakat Kampung Ke Kawasan Bandar
Penghijrahan masyarakat luar bandar ke kawasan bandar juga banyak menyumbang kepada berlakunya masalah
setinggan.Kebanyakan mereka berhijrah untuk mencari pekerjaan seperti buruh kasar,tukang kayu,pekerja
kilang,peniaga kecil dan banyak lagi pekerjaan yang berpendapatan rendah.Justeru berpendapatan rendah
mereka lebih suka meneroka tanah-tanah kosong untuk dijadikan tempat tinggal.

C. Kesan-Kesan Kewujudan Setinggan

1. Mengancam Kemajuan Dan Pembangunan Bandar
Petempatan setinggan menimbulkan pelbagai masalah serius yang mengancam kemajuan dan pembangunan
Bandar secara menyeluruh.Antaranya,kawasan setinggan banyak menyumbang kepada pelbagai penyakit social
seperti jenayah ragut,rogol,kegiatan AhLong dan lain-lain.Suasana yang tidak teratur menjadikan kawasan tidak
teratur menjadikan kawasan ini sebagai tempat persembunyian penjenayah kerana ianya amat sukar untuk
dimasuki dan diperiksa oleh pihak berkuasa.Maka,tidak hairanlah jika ada sesetengah pihak yang menjadikannya
sebagai pusat pelacuran,perjudian,perkelahian dan sebagainya.

2. Mengancam Kesihatan Penduduk
Kewujudan setinggan bukan sahaja mendorong kepada berlakunya jenayah, malah ia juga boleh mengancam
kesihatan penduduk sekitarnya dengan jangkitan wabak seperti taun dan denggi. Umpamanya kawasan setinggan
bagi pendatangb asing yang dibina untuk sementara waktu tidak menitikberatkan aspek kesihatan dan sivik.
Mereka membuang sampah sewenang-wenangnya ke dalam sungai sehingga menjejaska alam sekitar. Hal ini akan
mengakibatkan pencemaran udara dan air sekali gus menambahkan lagi risiko wabak yang dibawa oleh vector
pembawab penyakit seperti lalat dan nyamuk.

3. Menimbulkan Masalah Kebakaran Dan Ketidak Selesaan Hidup
Setinggan juga menimbulkan masalah seperti kebakaran dan ketidak selesaan akibat kedudukan rumah yang
rapat.Biasanya,rumah setinggan tidak dibina mengikut spesifikasi yang ditetapkan.Struktur rumah yang
diperbuat daripada papan tidak tersusun serta bersambung bumbung menyebabkan kejadian kebakaran yang
besar sering berlaku di kawasan tersebut sehingga mengorbankan banyak nyawa.

Salmiah binti Ramli (rasahati), Penggal 1, 2018

4. Menyebabkan Polarisasi Antara Kaum Terjejas
Petempatan setinggan juga antara lain menyebabkan polarisasi antara kaum di Negara ini semakin
menebal.Contohnya,di Kuala Lumpur kita boleh melihat sesebuah kaum mempunyai kawasan setinggan mereka
tersendiri.Pengasingan yang wujud di antara pelbagai kaum ini akan merosakkan perpaduan masyarakat yang
berbilang kaum di negara iniHal ini sekaligus akan menjejaskan imej negara kita..

D. Langkah-Langkah Mengatasi Masalah Setinggan

1. Kerajaan Memberikan Imbuhan Kepada Penduduk
Bagi mengekang masalah ini,kerajaan hendaklah memberikan imbuhan kepada penduduk sekiranya kerajaan
meminta untuk mengambil penempatan setinggan untuk dibangunkan.Dalam hal ini,kerajaan harus
bertanggungjawab dengan memberi pampasan yang sewajarnya kepada penduduk setinggan seperti
menyediakan rumah kos rendah demi menjaga kebajikan dan kesejahteraan mereka.Penyediaan ini harus
dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti bekalan elektrik,air,sekolah,klinik dan lain-lain.

2. Menyediakan Rumah Kos Rendah
Pihak Majlis Perbandaran juga haruslah menyediakan kawasan perumahan yang baik serta bersesuaian dengan
penduduk.Contohnya,kawasan perumahan haruslah dibina di kawasan yang strategik supaya tidak membebankan
penduduk untuk mencari rezeki.Pihak tersebut juga haruslah mengurangkan lagi jumlah bayaran sewa rumah
agar penyewa tidak terlalu dibebani dengan pelbagai tanggungan bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka.

3. Menyeru Penduduk Setinggan Memberikan Kerjasama
Pihak kerajaan haruslah menyeru penduduk setinggan memberikan kerjasama kepada usaha kerajaan untuk
mengatasi masalah setinggan.Contohnya,penduduk setinggan haruslah berpindah apabila pihak kerajaan
mengambil penempatan tersebut.Sahutan daripada masyarakat sangat diharapkan dalam menjayakan usaha ini
yang sejajar dengan seruan kerajaan supaya mencapai setinggan sifar.

4. Menyedarkan Penduduk Tentang Keburukan petempatan Setinggan
Pihak kerajaan juga haruslah menyedarkan penduduk setinggan tentang keburukan dan kelemahan tinggal di
kawasan setinggan.Dengan ini,penduduk yang terbuka mata dan mindanya akan sedar kesilapan mereka.Mereka
akan berpindah ke kawasan yang telah disediakan.Jika keadaan berterusan,usaha-usaha untuk membersihkan
kawasan setinggan menjelang tahun 2010 disediakan.Jika keadaan berterusan,usaha-usaha untuk membersihkan
kawasan setinggan menjelang tahun 2010

Salmiah binti Ramli (rasahati), Penggal 1, 2018

PELANCONGAN KESIHATAN
Soalan:
Pelancongan kesihatan merupakan sumber baru pertumbuhan ekonomi Malaysia. Sejak tahun 1998 hingga Jun
2000, sekitar 400,000 orang pelancong asing mendapat rawatan di negara ini. Bincangkan peranan pelancongan
kesihatan dalam konteks tersebut dan masalah-masalah yang mungkin timbul daripada aktiviti pelancongan
kesihatan.

Pengenalan
Pelancongan kesihatan ditakrifkan sebagai lawatan atau melancong ke sesebuah negara sambil menjalani atau
untuk mendapatkan rawatan. Pelancongan kesihatan mempunyai peranan yang penting dalam memajukan
ekonomi negara.

Pelancongan kesihatan juga dimaksudkan apabila seorang individu atau pesakit yang melancong ke negara lain
untuk mendapatkan rawatan atau perkhidmatan kesihatan. Perkhidmatan tersebut biasanya mrangkumi
prosedur-prosedur elektif dan juga prosedur-prosedur kompleks dan pakar seperti pembedahan kardiak,
pembedahan pergigian, dan pembedahan kosmetik.

Perkhidmatan–perkhidmatan lain seperti rawatan psikiatri, perubatan alternatif, dan juga perkhidmatan

pengebumian boleh didapati di luar negara.
Sehingga kini, terdapat 50 buah negara yang telah mengenal pasti industri pelancongan kesihatan sebagai satu
industri nasional. Walau bagaimanapun pengakreditan dan cara penilaian kualiti perkhidmatan terhadap
perkhidmatan yang diberikan adalah berbeza

Bil Idea Huraian

Peranan Pelancongan Kesihatan kepada Ekonomi

1 Menjana tukaran asing  Pelancong bersama keluarga membawa masuk wang ke negara ini untuk

melancong dan rawatan.

 Meningkatkan pendapatan negara

2 Peningkatan bilangan  Penyediaan perkhidmatan kepakaran yang bertaraf dunia serta

hospital swasta bertaraf dilengkapi dengan peralatan dan prasarana yang canggih.

dunia  Memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

3 Menggalakkan  Terdapat pelancong (terutama dari Eropah) yang memilih menggunakan

perkembangan perubatan perubatan tradisional.
tradisional/berasaskan
 Struktur muka bumi Malaysia yang kaya dengan flora dan fauna di
herba samping amalan tradisi mampu menarik pelancong untuk berubat malah

mempelajari bahan perubatan tradisional.

4 Meningkatkan industri  Menggalakkan pelancong membeli kemudahan insurans.
insurans  Pelancong menikmati kos rawatan yang murah dan mudah kerana kos

5 Menyalahgunakan perbelanjaan ditanggung oleh syarikat insurans
pas/visa/dokumen Masalah yang timbul
lawatan
 Rakyat asing mengambil kesempatan bekerja di pusat kesihatan dan spa
sebagai tukang urut atau pelacur.

 Tanggapan salah terhadap industri pelancongan kesihatan.
 Mengembangkan aktiviti tidak bermoral.

6 Kekurangan pegawai  Doktor dan jururawat kerajaan telah ditawarkan pendapatan yang
perubatan lumayan oleh pihak hospital swasta.
kerajaan/kehilangan
kepakaran  Hospital swasta akan mengenakan bayaran rawatan yang lebih tinggi
bagi menampung kos. Hospital kerajaan pula akan kekurangan pakar
perubatan.

7 Pengamal kesihatan yang  Pusat kesihatan dan kecantikan yang tidak sah. Operasi pusat kesihatan
tidak diiktiraf/tidak sah yang tidak bertanggungjawab dan hanya mengaut keuntungan peribadi.

 Menawarkan pelbagai pakej yang mutu rawatannya meragukan.

Pelancongan kesihatan telah membantu meningkatkan industri pelancongan di Malaysia dan seterusnya sebagai

pemangkin ekonomi negara.

Salmiah binti Ramli (rasahati), Penggal 1, 2018

Soalan:
Walaupun wujud pelbagai cabaran, namun usaha terus dilakukan oleh kerajaan untuk memajukan sektor
pelancongan negara. Jelaskan pernyataan ini.

Cabaran dalam sektor pelancongan negara:-
1. Kemelesetan ekonomi negara
2. Serangan wabak penyakit
3. Demontrasi jalanan
4. Keadaan cuaca
5. Keadaan politik di negara jiran

Usaha kerajaan meningkatkan sektor pelancongan negara:
1. Melonggarkan syarat kemasukan
2. Mengadakan pelbagai festival atau aktiviti
3. Mewujudkan Kementerian khusus
4. Mempelbagaikan konsep pelancongan
5. Insentif kepada rakyat
6. Menambah destinasi penerbangan

Salmiah binti Ramli (rasahati), Penggal 1, 2018

PUNCA SEMANGAT NASIONALISME SEMAKIN LUNTUR

Nasionalisme memperlihat sikap mental, dan tingkah laku individu atau masyarakat yang merujuk
terhadap kesetiaan atau pengabadian terhadap bangsa dan negara. Semangat nasionalisme perlu dipupuk
dan dihayati dalam segenap lapisan masyarakat, terutamanya golongan remaja. Ini adalah kerana remaja
merupakan golongan yang mendukung nasib bangsa, hala tuju sesebuah negara. Kita sebagai generasi era
pasca modenisme, dilimpahi dengan bermacam nikmat dan kesenangan. Kita perlu sedar segala apa yang
kita nikmati sekarang ini adalah daripada pengorbanan dan jerih perih yang ditempuhi oleh para pejuang
dan rakyat demi mencapai kemerdekaan suatu ketika dahulu. Semangat nasionalisme semakin kurang
penghayatan khususnya golongan remaja. Banyak faktor-faktor yang mendorong kepada lunturnya
semangat dan penghayatan nasionalisme dalam masyarakat dewasa ini.

Kepentingan Diri Sendiri
Masyarakat kini lebih mementingkan kerjaya mereka, sibuk dengan urusan harian mereka yang
menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain. Bagi mereka perkara yang penting dalam hidup
adalah berusaha untuk menambahkan pendapatan dan mencari kekayaan semata-mata. Hal-hal lain
kurang diberi perhatian, semangat dan penghayatan nasionalisme kian pudar dalam kalangan
masyarakat. Masyarakat kini tidak lagi menitikberatkan semangat nasionalisme. Aktiviti seperti kempen-
kempen kesedaran dan juga sambutan hari kebangsaan tidak lagi mendapat sambutan.

Tiada Perasaan Cinta akan Negara
Masyarakat kini khususnya golongan remaja tidak disemai dengan nilai-nilai cintakan negara dan
semangat nasionalisme. Mereka kurang mendapat pendedahan tentang perjuangan dan pengorbanan
jasa-jasa golongan terdahulu yang telah bersusah payah menuntut kemerdekaan. Masyarakat kini tidak
merasai kesusahan hidup semasa zaman penjajahan dulu. Kita seharusnya bersyukur dapat hidup aman
damai atas pengorbanan dan jasa golongan terdahulu. Semangat nasionalisme, cinta akan negara perlu
ada dalam segenap masyarakat kerana siapa lagi yang akan mempertahan dan memperjuang nasib
bangsa, negara jika bukan diri kita sendiri, rakyat Malaysia. Walaupun kita terdiri daripada pelbagai
kaum dan etnik, semangat dan perjuangan kita tetap sama kerana kita semua adalah rakyat Malaysia.

Terpengaruh dengan Budaya Barat
Walaupun Malaysia sudah bebas merdeka, tidak lagi dijajah oleh kuasa barat, dalam tidak sedar mereka
sebenarnya sudah mula menguasai kita. Mereka tidak lagi menjajah dengan kuasa mahupun peperangan
yang melibatkan pertumpahan darah, sebaliknya dengan pengaruh budaya yang dibawa ke negara kita.
Budaya barat banyak mempengaruhi golongan remaja dan pemikiran mereka.
Mereka terikut-ikut dengan gaya berpakaian, pergaulan bebas, dan bermacam aktiviti yang lain yang
mendorong kepada gejala sosial yang serius. Budaya dan semangat nasionalisme terhadap negara tidak
lagi diberi perhatian kerana lebih gemar mengikuti budaya dan pengaruh daripada barat kerana
menganggap mereka perlu berubah seiring dengan peredaran zaman. Isu ini perlu diberi lebih penekanan
kerana semakin lama dibiarkan, semakin ia melarat. Semangat nasionalisme kian pudar dan lebih
memburukkan keadaan mereka lebih mengagungkan budaya luar daripada cinta akan budaya negara
sendiri.

Kurang Menghayati Perjuangan Tokoh-Tokoh Tempatan
Generasi kini kurang menghayati semangat nasionalisme kerana mereka tidak merasai kepayahan hidup
dan pengorbanan para pejuang dahulu demi mencapai kemerdekaan. Masyarakat tidak mengenang jasa
tokoh-tokoh terdahulu. Malaysia kita yang aman dan makmur ini hasil daripada segala usaha mereka
demi menuntut kemerdekaan. Tokoh-tokoh tempatan kurang dikenali di kalangan masyarakat walaupun
telah banyak berjasa kepada negara. Pihak kerajaan, dan media massa seharusnya memberi pendedahan
atas jasa tokoh-tokoh tempatan agar mereka tidak dilupakan oleh generasi akan datang.

Leka Dengan Lambakan Hiburan
Di era serba moden dan canggih ini, kita disajikan dengan lambakan hiburan yang menyeronokkan.
Berhibur tidak menjadi suatu kesalahan jika kita tahu menjaga batas-batas dalam berhibur. Akan tetapi
hiburan yang melalaikan banyak mempengaruhi masyarakat khususnya golongan remaja terbabit dengan
pelbagai aktiviti sosial yang tidak sihat sehingga akhirnya meruntuhkan akhlak diri. Semangat
nasionalisme semakin luntur dalam diri mereka. Generasi muda sewajarnya lebih banyak membaca dan
mencari maklumat berkaitan sejarah negara.

Salmiah binti Ramli (rasahati), Penggal 1, 2018

Pihak berwajib, kerajaan, dan juga swasta seharusnya berkerjasama antara satu sama lain untuk
menganjurkan program-program berunsurkan nasionalisme. Contohnya, seperti kuiz kenegaraan,
syarahan atau syair kemerdekaan dan sebagainya. Usaha-usaha seperti ini sedikit sebanyak dapat
membantu menggalakkan minat generasi muda agar lebih menghayati dan memahami semangat
nasionalisme. Sebagai pendukung masa depan negara, generasi muda yang terdiri daripada golongan
remaja seharusnya menanam semangat nasionalisme dalam diri dan lebih memahami erti agar dapat
mendukung dan menjulang nama bangsa dan negara di persada dunia.

Nasionalisme Berasaskan Kaum
Malaysia umum mengetahui terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa. Secara kasarnya Malaysia terdiri
daripada kaum Melayu, Cina, dan India. Kepelbagaian kaum seharusnya bukan menjadi faktor dalam
mencapai kesepakatan dan perpaduan. Semangat nasionalisme ini haruslah berasaskan kepada semangat
setia dan cinta akan negara.
Kaum, bangsa mahupun agama seharusnya bukan menjadi penghalang kerana kita semua adalah rakyat
Malaysia. Kita seharusnya berbangga kerana walaupun dalam kepelbagaian bangsa dan agama, kita masih
hidup dalam keadaan aman dan damai. Dengan memahami dan menghayati semangat nasionalisme,
hubungan sesama kaum akan lebih erat, dapat mennyatupadukan semua kaum dan mengutuhkan
perpaduan.

Pengaruh Media Cetak / Media Massa / Internet
Medium yang menyampaikan maklumat, berita dan sebagainya, seperti media cetak, media massa, dan
juga internet seharusnya dikawal dan ditapis. Hal ini kerana masyarakat mudah terpengaruh dengan apa
yang mereka baca bahkan melalui media cetak, media massa mahupun blog-blog ataupun halaman-
halaman di internet. Zaman teknologi yang berkembang pesat ini, banyak medium di internet yang telah
disalahgunakan oleh individu tidak bertanggungjawab bagi memburukkan martabat negara, dan
memecahbelahkan kaum. Mereka membuat fitnah dengan sewenang-wenangnya, kerana mereka tahu
tiada siapa akan dapat mengambil tindakan yang tegas terhadap mereka. Pihak kerajaan seharusnya
memperkasakan undang-undang dan mengawal hal ini supaya pihak yang tidak bertanggungjawab ini
dikenakan tindakan yang setimpal atas perbuatan mereka. Media massa dan media cetak juga seharusnya
menyalurkan saluran maklumat yang telus kerana sebagai rakyat, kita berhak mendapatkan informasi
yang benar. Media cetak dan media massa juga seharusnya menyisipkan ruangan informasi berkenaan
sejarah negara kita, bukan hanya setakat memberi liputan berkenaan hal dan isu semasa sahaja.
Pembacaan secara tidak langsung ini sekaligus dapat menyemarakkan dan membangkit semangat
nasionalisme dalam segenap masyarakat di Malaysia.

AKTIVITI DI SEKOLAH YANG DAPAT MEMUPUK PERPADUAN

Menerapkan prinsip-prinsip Rukun Negara.
Buku latihan sekolah perlu mempunyai Rukun Negara supayapelajar dapat membacanya dengan senang.
Pihak sekolah perlu memastikanpelajar-pelajar dapat menghafal prinsip-prinsip Rukun Negara.
Contohnya,pelajar dikehendaki melafazkan prinsip-prinsip Rukun Negara dalamperhimpunan mingguan
sekolah. Dengan ini, mereka akan mengetahui prinsip-prinsip yang terkandung didalam Rukun Negara.
Ini akan menjadikan pelajar-pelajar saling hormat-menghormati serta memahami kebudayaan kaum lain
danhidup secara yang muhibah. Keadaan ini secara langsung telah menanam unsurperpaduan dan
intergrasi nasional didalam diri pelajar melalui Rukun Negarayang dihafal dan diamalkan oleh mereka.
Keempat adalah pihak sekolah dapat menggalakkan perpaduan dikalangan pelajar dengan melancarkan
kempen, ceramah, seminar dan kem-kemmotivasi yang berfokuskan perpaduan dan intergrasi national.
Melalui pelancaranini, pelajar-pelajar akan didedahkan kepada kepentingan perpaduan di negarakita
yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum dan etnik. Contohnya,pelajar digalakkan menyertai kem-
kem motivasi yang dianjurkan supaya dapatmempelajari dan memahami konsep perpaduan yang cuba
diterapkan oleh pihaksekolah. Melalui kem-kem motivasi ini, pelajar akan tahu akan kepentingan
perpaduan dan intergrasi nasional kepada negara dan sekali gus akanmengamalkannya. Kelima adalah
memberi pelajar-pelajar menggunakan kemudahan-kemudahan di sekolah tanpa mengira kedudukan dan
kaum pelajar yangberbeza. Kemudahan seperti pusat sumber perlulah diberikan kepada pelajartanpa
mengambil kira latar belakang kaum mereka. Semua pelajar patut diberikebenaran untuk menggunakan

Salmiah binti Ramli (rasahati), Penggal 1, 2018

pusat sumber. Keadaan ini akan menunjukkanbahawa perpaduan dan intergrasi nasional telah dipupuk
dengan tidakmendiskriminasikan pelajar mengikut kaum untuk menggunakan pusat sumber.

Mengadakan sambutan perayaan pelbagai kaum
Seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali dan lain-lain di sekolah. Melalui cara ini, setiap
pelajar dapat mempelajari adat resamserta kepercayaan kaum-kaum didalam Malaysia. Ini akan
menimbulkan rasahormat di kalangan pelajar terhadap kaum yang lain selain dapat
mengeratkanpersefahaman diantara pelajar-pelajar yang berlainan kaum. Salah faham danperbezaan
pendapat antara kaum akan dapat dielakkan kerana pelajar-pelajartelah memahami budaya kaum lain.
Keadaan ini telah menunjukkan wujudnyaperpaduan dan intergrasi national didalam diri pelajar dimana
mereka telahmengetahui budaya kaum-kaum di Malaysia

Sekolah Penyayang
Satu program yang dilaksanakan di sekolah dengan menekankan konsep ”Sekolahku Syurgaku” dan ”Yang
Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi” dengan penyertaan bersama ibubapa pelajar melalui Persatuan
Ibubapa dan Guru. Amalan ini dapat mewujudkan golongan pelajar yang cinta kepada sekolah,
membentuk peribadi pelajar yang suka menolong dan menghormati orang lain, berbudi pekerti mulia,
serta menimbulkan perasaan kasih sayang dan hubungan mesra antara warga sekolah dan sesama
ibubapa para pelajar.

Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)
Sebagai sebuah sekolah berasrama penuh yang majoriti pelajarnya terdiri dari pelajar Melayu, namun
mereka berasal dari daerah dan negeri yang berlainan termasuk dari Sabah dan Sarawak. Program
RIMUP secara kelompok turut diadakan di mana pelajar-pelajar dari sekolah ini terlibat dengan program
yang dirancang bersama dengan sekolah–sekolah lain yang, mempunyai pelajar berbilang kaum.
Jawatankuasa RIMUP peringkat sekolah dan kelompok dianggotai kaum yang pelbagai. Kesan penglibatan
pelajar dan warga sekolah dalam program ini adalah sangat baik. Ia membolehkan mereka berinteraksi
dan bergaul secara lebih erat dan mesra seterusnya menyumbang kepada perpaduan dan integrasi rakyat
yang lebih erat.

Penyertaan Dalam Kokurikulum
Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam persatuan, permainan dan pakaian seragam.
Penyertaan aktif dalam kokurikulum dan pembabitan mereka dalam perkhemahan, persembahan dan
pertandingan di pelbagai peringkat akan mendedahkan mereka kepada situasi yang berlainan dan
beragam. Terdapat peraturan dan disiplin tetrtentu semasa mengikuti program-program yang dijalankan.
Pemilihan ahli jawatankuasa dilakukan secara demokrasi dengan bimbingan guru penasihat dan jurulatih
dari pelbagai agensi. Mereka dapat berinteraksi secara sihat serta mematuhi peraturan dan disiplin yang
ditentukan. Hasil dari penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan adalah sangat
memuaskan terutama dalam usaha untuk membentuk dan membina kehidupan masa depan pelajar dan
sebuah masyarakat yang berdisiplin, berharmoni bersatu padu dan berintegrasi.

Sambutan Bulan Patriotisme dan Kemerdekaan
Setiap tahun sekolah mengadakan pelbagai program sempena memperingati hari ulangtahun
kemerdekaan negara. Jawatankuasa sambutan peringkat sekolah ditubuhkan dengan kerjasama Kelab
Rukun Negara, Unit Bimbingan Dan Kaunseling, Kelab Guru dan Kakitangan, Persatuan Sejarah dan
Persatuan-persatuan pelajar. Sekolah juga turut melibatkan penyertaan PIBG, Alumni, tokoh-tokoh dan
sejarawan, Agensi dan Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan dalam aktiviti yang dilaksanakan. Acara yang
dilaksanakan ialah seperti ceramah kemerdekaan, tayangan gambar berbentuk patriotik, pembacaan
sajak, sketsa, pentomen, kibaran ”Jalur Gemilang”, hiasan bilik darjah dan asrama, pidato, forum,
penulisan esei, derma darah, pameran, melukis potret tokoh negara, perbarisan dan perarakan serta
sambutan detik kemerdekaan. Pelajar juga terlibat dengan program sambutan yang dianjurkan oleh pihak
lain di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Penyertaan pelbagai pihak dalam menjayakan program
ini dapat membina keyakinan semua warga sekolah berkaitan pembinaan bangsa Malaysia yang merdeka
dan bertanggungjawab, bersifat patriotisme yang tinggi dan cintakan kehidupan bersatupadu dan
kestabilan negara.

Lawatan dan ziarah di peringkat sekolah
Sekolah menggalakan para pelajar membuat program lawatan ke tempat-tempat bersejarah, Parlimen,
Putrajaya, Bandaraya Melaka, Memorial, Tugu Negara, Muzium Negara, Rumahrumah kebajikan, asrama

Salmiah binti Ramli (rasahati), Penggal 1, 2018

anak-anak Yatim dan miskin, Penjara, Rumah perlindungan kanakkanak, asrama orang kurang upaya,
sekolah, universiti dan sebagainya. Pelbagai acara diadakan semasa lawatan dan ziarah tersebut diadakan
seperti perbincangan, gotong royong, persembahan kesenian dan kebudayaan, pertukaran maklumat dan
sebagainya. Kesan dari program lawatan dan ziarah ini sangat bermakna dan memberi kesedaran kepada
pelajar peri pentingnya berbudi bahasa, mengamalkan toleransi dan perhubungan baik sesama rakyat
berbilang kaum dan keturunan.

Perkhemahan Bina Insan bagi pelajar sekolah
Program ini melibatkan semua pelajar dan guru-guru serta sebahagian kakitangan sokongan sekolah.
Kerjasama diperolehi dari pelbagai pihak seperti Kerajaan Negeri, Bomba, Polis dan sebagainya. Acara-
acara yang dijalankan ialah seperti ceramah motivasi, pembinaan jati diri, kerohanian, kembara, ikhtiar
hidup, kewarganegaraan dan riadah. Suasana perkhemahan yang dijalankan di luar kawasan sekolah
sangat menyeronokkan para pelajar. Selain dari mendapat maklumat dan kemahiran baru, mereka dapat
merasai keindahan alam Malaysia, nikmat kehidupan dalam sebuah negara yang aman dan damai.

USAHA MASYARAKAT SETEMPAT UNTUK MENINGKATKAN PERPADUAN

Program Pemuafakatan Masyarakat
Program pemuwafakatan antara masyarakat setempat boleh diadakan melalui program-program ilmiah
seperti ceramah motivasi, aktiviti keagamaan, Makan Beradab, gotong royong, majlis perkahwinan dan
sebagainya.

Hari Keluarga dan Sukan Rakyat
Program yang melibatkan seluruh ahli masyarakat boleh diadakan. Pelbagai acara dijalankan melibatkan
semua peserta. Selain dapat menghilangkan perasaan tertekan dengan bebanan tugas, program ini dapat
membina persefahaman, keteguhan perpaduan dan perasaan kasih sayang dalam kalangan seluruh warga
masyarakat.

Acara kebudayaan dan kesenian
Pelbagai acara berbentuk kebudayaan dan kesenian rakyat boleh diadakan seperti permainan tradisi,
boria, dikir barat, persembahan kebudayaan setiap kaum di Malaysia dan lain-lain lagi yang disertai oleh
anggota masyarakat. Selain dapat berhibur, semua yang terlibat dapat memahami dan mematuhi
peraturan yang digariskan.

Sambutan perayaan semua kaum
Majlis Sambutan Hari Raya, Ucapan Tahun Baru Cina dan Hari Deepavali
Setiap kali menjelang hari perayaan, masyarakat melalui pertubuhan atau organisasi seperti JKKK atau
NGO mengatur program yang melibatkan seluruh warga masyarakat. Beraneka jenis makanan yang
dihidang dinikmati bersama. Sumbangan yang diperolehi dari pelbagai pihak disampaikan kepada
mereka yang kurang berkemampuan. Ucapan selamat yang diberikan, disambut dengan penuh
kemesraan dan dapat membentuk perasaan kasih sayang dan perpaduan rakyat berbilang kaum dalam
komuniti tempatan.

Aktiviti Riadah
Seterusnya, kerajaan perlu menggalakkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam pelbagai
program yang dianjur pelbagai pihak seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Belia Malaysia, Jabatan
Agama Islam, Rakan Muda, INMIND dan sebagainya. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah
senamrobik, mencari harta karun, larian, Perarakan Sambutan Maulidur Rasul dan Ma’al Hijrah, Larian
Merdeka dan sebagainya. Setiap ahli masyarakat dapat berinteraksi dengan peserta dari pelbagai kaum
dan lapisan masyarakat. Mereka dapat memahami dengan lebih mendalam erti perpaduan dan perasaan
hormat menghormati sesama masyarakat.

Salmiah binti Ramli (rasahati), Penggal 1, 2018

PUNCA PERUBAHAN SISTEM KEHIDUPAN MASYARAKAT:-

1. Sikap materialistik
 Masyarakat mementingkan kebendaan akan mewujudkan masyarakat yang mementingkan diri
sendiri dan pencapaian sendiri
 Hilang buadaya tolong menolong dalam kalangan masyarakat
 Sikap ego hanya membawa kesan buruk kepada hubungan antara kaum

2. Perkembangan teknologi
 Teknologi moden berkembang mewujudkan masyarakat antisosial
 Gajet peranti berhubung antara satu sama lain
 Dalam khalayak,lebih suka melayari internet atau bermain permainan digital
 Manusia semakin terasing dalam kehidupan masyarakat

3. Kesibukan pekerjaan
 Masing-masing sibuk dengan pekerjaan dan kesuntukan masa
 Perhubungan antara kaum menjadi terbatas persefahaman antara kaum turut terjejas.
 Budaya melawat jiran juga tidak dapat dijalankan kerana kesibukan

4. Jurang perbezaan taraf hidup
 Golongan kaya lebih kaya dan golongan miskin kekal dalam kemiskinan
 Jurang perbezaan antara kaum menjadi lebih lebar akibat pengagihan yang tidak adil
mengakibatkan orang miskin atau sederhana tiada peluang untuk meningkatkan taraf hidup
 Kehidupan semakin terasing akibat gaya hidup yang berbeza

5. Migrasi dan urbanisasi
 Dalam proses perbandaran, sesebuah kawasan luar Bandar yang bercirikan tradisional akan
lenyap dan digantikan oleh kawasan Bandar yang bercirikan kemewahan.
 Proses perbandaran mewujudkan mentaliti masyarakat yang mengabaikan nilai-nilai tradisional
seperti saling bantu-membantu, gotong royong
 Keharmonian masyarakat terancam

Penutup:
Perpaduan dan integrasi antara kaum sangat penting bagi mewujudkan keharmonian sesebuah
negara. sehubungan dengan itu, kesan-kesan negatif akibat perubahan sistem kehidupan perlu
diselesaikan segera supaya tidak mengancam kedaulatan negara

KEPENTINGAN SEMANGAT KEJIRANAN

1. Asas kewujudan institusi masyarakat
• Jiran adalah asas kewujudan masyarakat
• Masyarakat terhasil melalui hubungan rapat antara manusia yang saling berjiran
• Masyarakat tidak akan berfungsi dengan baik tanpa nilai-nilai murni dalam kehidupan
• Konteks ini penting dalam kehidupan masyarakat majmuk

2. Mewujudkan perpaduan kaum
• Dengan semangat kejiranan, semua aktiviti dilakukan tanpa mengira warna kulit
• Amalan ambil peduli atau prihatin terhadap keadaan atau masalah masyarakat boleh membantu

mengatasi kemelut serta kesulitan
• Kerjasama dan persefahaman yang wujud boleh membentuk perpaduan masyarakat
• Bertepatan dengan konsep 1Malaysia
• Hubungan kejiran berlainan bangsa dan agama menuntut sikap saling memahami dan

mengetahui sedikit sebanyak mengenai jiran

3. Menyemai nilai-nilai murni
• Semangat kejiranan boleh membawa kepada penerapan nilai-nilai murni seperti bantu-

membantu, hormat-menghormati, jujur dan menghindari sikap yang buruk

Salmiah binti Ramli (rasahati), Penggal 1, 2018

• Jiran boleh menjadi tempat meluahkan masalah atau meminta bantuan apabila diperlukan
• Jiran boleh menghadiri majlis kenduri-kendara, rumah terbuka atau ziarah kematian

4. Membendung masalah sosial setempat
• Kegagalan masyarakat mengamalkan semangat kejiraan menjadi punca peningkatan jenayah dan

budaya tidak sihat setempat
• Penjenayah mengeksplotasi kelemahan masyarakat dalam memahami dan mengamalkan

semangat kejiranan untuk melakukan aktiviti mereka kerana mereka sukar dikesan

ANCAMAN UNTUK MENCAPAI PERPADUAN

1. Pengasingan / berlainan agama
 Agama berlainan mewujudkan kepercayaan yang berlainan juga
 Kepercayaan yang berbeza menimbulkan masalah kerana pantang larang, adat dan amalan yang saling

bercanggahan.
 Kerajaan terpaksa mengamalkan dasar yang proaktif demi memastikan pelbagai kaum di negara ini saling

menghormati kepercayaan dan agama kaum lain

2. Masalah komposisi penduduk dan kawasan penempatan
• Lokasi dan penempatan yang berbeza
• Tinggal di bandar dan luar bandar dan penempatan mewah, sederhana atau rumah murah
• Menyebabkan rakyat tidak dapat berkomunikasi dengan baik

3. Terdapat pelbagai persatuan kaum
• Banyak persatuan hanya menonjolkan identiti dan semangat perkauman masing-masing
• Walaupun mengendalikan aktiviti sosial secara tidak langsung menyebabkan polarisasi kaum

4. Pengaruh keadaan politik negara
 Masalah kepelbagaian pengaruh dan pegangan politik rakyat menyukarkan usaha memupuk perpaduan

rakyat
 Terdapat ideologi atau fahaman politik yang berlainan
 Demi mencapai cita-cita politik isu perkauman dieksplotasikan
 Menagih sokongan mutlak kaum sendiri dengan berdiri atas isu perkauman.
 Memberikan kesan sampingan dan menjurus kepada masalah pengasingan hubungan rakyat

5. Tedapat akhbar pelbagai bahasa
 Terdapat akhbar diterbitkan khusus untuk tatapan sesuatu kaum menimbulkan syak wasangka kaum lain
 Setiap ahkbar akan memaparkan berita, budaya dan apa-apa jua perkembangan dengan menggunakan

huruf atau bahasa yang tidak difahami oleh kaum lain.
 Akhbar ini tidak mampu membantu kerajaan dalam menyemai semangat kecintaan kepada negara

6. Perkembangan media alternatif
 Tindakan blogger yang menyokong dan taasub melulu kepada sebuah parti sering menyerang parti lain

dengan isu sentitif
 Penggunaan media alternatif secara tidak bersemuka, tidak boleh ditegah hanya boleh diambil tindakan

turut menyemarakkan isu perkauman
 Isu sensitif dimanipulasi bagi menjatuhkan atau mengangkat seseorang pemimpin.

7. Usaha mengubah status quo
 Sikap tolak ansur antara kaum sudah lama terjalin , namun atas politik sempit sanggup mempersoalkan

perkara yang sudah dipersetujui bersama
 Penerimaan terhadap agama, bahasa, kedudukan raja-raja, hak istimewa suatu kaum dan banyak perkara

lagi semakin berani dipersoalkan dan dikritik dengan lantang
 Keberanian untuk mengubah kedudukan sedia ada yang telah diterima bersama akan menimbulkan rasa

curiga dan kemarahan suatu kaum terhadap kaum yang mempersoalkan status quo yang telah diterima
bersama
 Situasi ini mengancam perpaduan dan keharmonian kaum

Salmiah binti Ramli (rasahati), Penggal 1, 2018

LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN DALAM PELBAGAI BIDANG

1. Menerusi bidang pendidikan
 Sistem pendidikan boleh membentuk perpaduan melalui pelbagai cara.
 Sistem persekolahan yang sama bagi semua masyarakat pelbagai kaum
 Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.
 Kurikulum yang sama
 Sukatan pelajaran yang seragam
 Peperiksaan yang seragam
 Kegiatan kokurikulum

2. Menerusi bidang Kebudayaan
 Melalui Dasar Kebudayaan Kebangsaan
 Dasar ini menjadi panduan pembentukan dan pengekalan identiti rakyat Malaysia.
 Memelihara keperibadian kebangsaan di samping mengekalkan kepelbagaian kebudayaan kaum.

3. Menerusi bidang Sukan
 Menyemarakkan semangat patriotik rakyat.
 Mengeratkan perpaduan kaum dan hubungan antara negeri.

4. Menerusi bidang ekonomi
 Dalam aspek ekonomi perkara asas kepada perpaduan negara serta intergasi nasional ialah
melalui Dasar Ekonomi Baru(DEB).
 Strategi yang dilaksanakan melalui dasar ini ialah mengurangkan serta membasmi kemiskinan
dengan menambahkan peluang –peluang pekerjaan kepada semua rakyat-rakyat Malaysia serta
mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat.

5. Menerusi bidang politik
 Permuafakatan politik juga diwujudkan.
 Melalui perpaduan politik ini juga pertikaian asas yang berlaku dapat diatasi dan sebuah negara
aman dan makmur dapat diwujudkan.

Kesimpulan
 Perpaduan harus diberi penekanan dan keutamaan dalam setiap agenda perdana negara. Semua

pihak perlu bekerjasama agar nilai perpaduan terus terpelihara dari masa ke masa.

Salmiah binti Ramli (rasahati), Penggal 1, 2018

ISU KESTABILAN POLITIK

Faktor Penentu Kestabilan Politik:

1. Integrasi Kaum
Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India dan kaum-kaum peribumi yang lain.
Kesanggupan semua rakyat untuk hidup bersama antara kaum dan berkongsi kemudahan yang
disediakan oleh pemimpin dapat melahirkan keharmonian antara kaum.
Hal ini demikian akan secara tidak langsung mewujudkan suasana yang aman dalam politik.

2. Pemimpin yang bertanggungjawab
Pemimpin yang bertanggungjawab untuk membina negara berlandaaskan visi yang khusus. Sebagai
contoh menjadi negara maju menjelang tahun 2020.
Misi Nasional dalam RMK-9 membuktikan tanggungjawab pemimpin negara kita untuk meningkatkan
tahap hidup rakyat secara adil.

3. Keupayaan Memimpin
Keupayaan pemimpin rakyat yang pelbagai kaum merupakan aset yang paling berharga dalam
mewujudkan kestabilan politik.
Kebijaksanaan pemimpin negara kita telah berjaya mengurus negara yang terdiri daripada pelbagai kaum
dan agama, Tunjang utama yang dipegang adalah kesepakatan dalam mentadbir negara.

4. Amalan Demokrasi
Negara kita mengamalkan demokrasi dalam pemilihan pemimpin iaitu melalui piihan raya.
Parti yang menang majoriti akan dilantik menjadi Perdana Menteri.
Setiap kaum akan diwakili oleh parti politik masing-masing seperti UMNO, MCA, MIC, dan Gerakan telah
bergabung dan dikenali sebagai Barisan Nasional.
Keadaan ini dapat mengurangkan raasa tidak berpuas hati dalam kalangan rakyat yang berbilang bangsa
kerana suara mereka disalurkan melalui parti-parti politik masing-masing.

5. Modal insan berkualiti
Kerajaan telah melaksanakan pelbagai program pendidikan, motivasi, Bina Negara bagi melahirkan
generasi penerus mampu membangunkan negara.
Keupayaan dan kemampuan modal insan dalam pelbagai bidang merupakan aset penting kepada
ketamadunan Malaysia.
Negara juga tidak perlu bergantung kepada tenaga kerja asing kerana warga asing boleh mempengaruhi
pemikiran rakyat tempatan dari segi amalan agama, politik dan sebagainya.

Kesan ketidakstabilan politik

1. Keselamatan rakyat terancam
Pergolakan politik akan menyebabkan rakyat mengadakan tunjuk perasaan jalanan. Ucapan yang berapi-
api oleh pemimpin akan membakar perasaan penyokongnya. Pemimpin mungkin menghasut
penyokongnya melakukan keganasan. Akibatnya, mereka yang menyertai tunjuk perasaan akan bertindak
liar seperti merosakkan dan membakar kenderaan serta bangunan. Tunjuk perasaan jalanan boleh
menjatuhkan kerajaan yang memerintah. Pertempuran antara penunjuk perasaan dengan pihak yang
berkuasa boleh berlaku.

2. Menghalang pertumbuhan ekonomi
Oleh sebab pergolakan yang berlaku, pelabur tidak mahu melabur di negara yang dilanda pergolakan
politik. Sebagai contohnya, di Indonesia dan Filipina. Pelabur -pelabur menghentikan operasi dan
meninggalkan negara tersebut. Akibatnya, sistem ekonomi negara tersebut runtuh dan menyebabkan
krisis ekonomi di kawasan serantau.

3. Pembangunan negara terjejas
Keadaan huru-hara dan tegang tidak dapat melakarkan pembangunan infrastruktur. Ekonomi negara
yang terjejas melambatkan pemabangunan. Kesukatan ini akan mendorong kepada ketidakpuasaan hati
rakyat.

Salmiah binti Ramli (rasahati), Penggal 1, 2018

4. Industri pelancongan terjejas
Industri pelancongan merupakan sumber pendapatan bagi kebanyakan negara. Serangan pengganas
terhadap WTC di Amerika Syarikat menjejaskan industri pelancongan. Terdapat lapangan terbang yang
ditutup sementara waktu. Orang ramai takut untuk menaiki kapal terbang. Banyak negara mengalami
kemerosotan kedatangan pelancong dan hal ini menyebabkan industri yang ada kaitan dengan sektor
pelancongan terjejas.

5. Semangat rakyat terjejas
Rusuhan dan tunjuk perasaan menjejaskan semangat rakyat. Mahasiswa dan pekerja asyik mengadakan
tunjuk perasaan. Mereka telah mengabaikan tanggungjawab asal mereka sehingga wujudnya suatu
kumpulan pelampau. Mereka menghasut remaja menyertai kumpulan militan dan dilatih untuk
melakukan keganasan serta menjadi skuad berani mati.

Penutup

Kesimpulannya, pergolakan politik menghalang perpaduan dan kemajuan negara. Oleh itu, semua
pihak harus sentiasa mengambil iktibar daripada negara asing yang hancur akibat pergolakan supaya
negara kita aman damai.

Salmiah binti Ramli (rasahati), Penggal 1, 2018

CIRI-CIRI PEMIMPIN YANG BERINTEGRITI TINGGI

Pendahuluan
• Pemimpin politik hendaklah mempunyai integriti yang tinggi dalam memimpin sebuah organisasi, negeri

ataupun sebuah negara.
• Hanya pemimpin yang berintegriti mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju menjelang

tahun 2020

1. Mempunyai visi dan misi yang jelas
• dapat memudahkan para pegawai pelaksana menjalankan tugas mengikut bidang masing-masing dengan

bersungguh-sungguh
• Slogan 1malaysia “rakyat didahulukan pencapaian diutamakan”telah menampak hasil yang jelas dalam

usaha kerajaan membantu rakyat pelbagai golongan berpendapatan rendah
• Pemimpin politik hendaklah bertindak secara professional dalam pengagihan bantuan kepada rakyat

tanpa mengira keturunan dan parti mana yang dianggotainya.

1. Pegangan agama/moral yang kukuh
• Hal ini penting supaya para pemimpin dapat menjalankan tugas dengan penuh kejujuran, ikhlas,

bertanggungjawab, tidak mengira masa dan cekap
• Mereka menganggap tugas yang dijalankan sebagai ibadah dan perkara ini dapat mengelakkan kegiatan-

kegiatan negative seperti rasuah dan penyelewengan kuasa untuk kepentingan peribadi
• Mereka tidak akan menggunakan agama sebagai alat politik untuk mencapai matlamat atau tujuan politik

2. Mendengar dan menerima kritikan
• Pemimpin politik yang berintegriti tinggi akan mendengar semua pendapat orang bawahan atau rakyat

biasa. Pendapat yang baik akan diterima dan pendapat yang tidak baik akan diberi penjelasanmengapa
pendapat merekatidak diterima
• Pemimpin mesti bersedia bila-bila masa untuk mendengar rintihan dan permasalahan yang dihadapi oleh
mereka
• Tindakan segera hendaklah dilaksanakan sekiranya perkara tersebut melibatkan kepentingan atau
keselamatan orang ramai

3. Matang dalam menangani sesuatu isu
• Pemimpin politik hendaklah berpegang teguh kepada prinsip-prinsip integrity seperti kejujuran,

keikhlasan, tidak mudah dipengaruhi, keadilan dan bertanggungjawab dalam melaksanakan semua tugas
yang diamanahkan kepadanya
• Kepentingan orang yang diipimpin lebih diutamakan berbanding kepentingan peribadi atau kepentingan
keluarganya
• Keadilan dalam menyelesaikan sebarang masalah tanpa mengira kaum hendaklah ada dalam diri
seseorang pemimpin politik di Malaysia kerana negara mempunyai pelbagai bangsa dan kaum yang hidup
bersama dalam sebuah negara yang aman serta makmur

4. Bersih luar dan dalam
• Seseorang pemimpin mestilah bersih dari segi akhlak dan perbuatannya. Pemimpin politik hendaklah

ditapis terlebih dahulu sebelum menjadi seorang calon pilihan raya supaya seseorang tersebut benar-
benar bersih
• Hal ini penting supaya rakyat tidak tersalah pilih calon yang tidak bersih seperti rasuah, berlakunya
penyelewengan, dan mementingkan diri sendiri
• Hanya pemimpin yang benar-benar bersih dan ikhlas dapat memberikan khidmat terbaik kepada rakyat
tanpa mengira keturunan dab taraf mereka

5. Mesra dengan rakyat
• Pemimpin hendaklah selalu mendampingi rakyat telah memilih mereka sebagai wakil mereka di dewan

rakyat atau dewan undangan negeri
• Pemimpin wajib rajin turun padang untuk mendengar masalah rakyat hadapi di kawasan mereka dan

masalah tersebut hendaklah diambil tindakan segera
• Sikap mesra pemimpin dan mengambil berat masalah rakyat akan menjadikan mereka sebagai pemimpin

yang disenangi oleh rakyat

Salmiah binti Ramli (rasahati), Penggal 1, 2018

6. Berilmu dan berpengetahuan luas
• Seseorang untuk menjadi pemimpin mestilah mempunyai kelayakan yang tinggi supaya mereka dapat

merangka program yang dapat memajukan negara
• Pemimpin yang berilmu akan mempunyai wawasan yang jauh untuk memajukan negara dalam pelbagai

bidang
• Pemimpin yang berilmu pengetahuan yang tinggi juga penting untuk mereka mengadakan rundingan dan

kerjasama dengan negara-negara lain di dunia terutamanya negara-negara maju dalam bidang politik,
social dan ekonomi
• Hanya pemimpin yang berilmu sahaja dapat memajukan ekonomi negara

Kesimpulan
• Kita sangat bernasib baik kerana mempunyai para pemimpin yang berintegriti tinggi yang dapat

memajukan Malaysia dalam pelbagai bidang
• Kita sebagai rakyat biasa hendaklah memberi sokongan kepada para pemimpin

Salmiah binti Ramli (rasahati), Penggal 1, 2018

Berita tentang penganiayaan kanak-kanak terpapar di dada akhbar. Fenomena ini berpunca
daripada pelbagai faktor dan perlu ditangani suapaya tidak berleluasa. Bincangkan.

Pengenalan
Penganiayaan kanak-kanak sering diperkatakan dalm media massa sama ada di media elektronik ataupun
media cetak. Perbuatan ini boleh dibendung dengan usaha-usaha tertentu.

Bil Idea Huraian

1 Konflik / kepincangan dalam  Kemiskinan/ kesempitan hidup
kekeluargaan/keluarga
 Penceraian dan mempunyai keluarga tiri.

 Pergaduhan antara ibu dan bapa

 Anak-anak menjadi alat sebagai melepaskan kemarahan.

2 Tekanan hidup/ stres  Dibelenggu dengan hutang.

 Banyak kerja yang perlu diselesaikan

 Tekanan di tempat kerja.

 Terlalu mengikut perasaan tanpa berfikir panjang

 Terlalu fokus kepada pekerjaan menyebabkan ibu bapa

menghadapi tekanan hidup yang membawa kepada penderaan
anak-anak.

 Keperluan material seperti hidup mewah akan mendorong
kepada bebanan hutang yang menyebabkan tekanan hidup.

 Keadaan rumah yang sempit dan persekitaran keluarga yang
ramai, perbelanjaan isi rumah yang tinggi akan menyebabkan

tekanan hidup.

3 Kurang penghayatan  Mereka tidak mempunyai ilmu agama yang boleh menjadi

agama/moral panduan hidup

 Kurang nilai-nilai agama dalam kehidupan.

 Ibu bapa tidak memainkan peranan sebagai teladan yang baik.

4 Pengaruh dadah  Kurang pertimbangan dalam membuat sesuatu perkara.

 Mengalami ketagihan.

5 Ketidaktanggungjawaban ibu  Ibu bapa yang mementingkan/ bersikap materialistik,
dan bapa / ibu bapa yang kemewahan dan kehidupan sosial.
tidak bertanggungjawab
 Ibu bapa tidak memahami dan menghayati sepenuhnya
tanggungjawab sebagai ibu atau bapa, tidak menganggap anak

sebagai amanah dan mesti ditunaikan tanggungjawabnya.

 Ibu bapa kurang prihatin, tiada belas kasihan yang
menyebabkan ibu bapa mudah melakukan penderaan ke atas

anak-anak.

6 Konflik / kepincangan dalam  Kemiskinan/ kesempitan hidup
kekeluargaan/keluarga
 Penceraian dan mempunyai keluarga tiri.

 Pergaduhan antara ibu dan bapa

 Anak-anak menjadi alat sebagai melepaskan kemarahan.

Usaha Menangani

7 Memperkasa undang-undang  Hukuman yang berat/denda/hukuman sebat

 Membentuk pasukan keselamatan yang berkualiti.

 Menggubal undang-undang berkaitan kanun keseksaan dan

Akta kanak-kanak serta peruntukan undang-undang di bawah
bidang kuasa Mahkamah Juvana.

 Menghukum ibu bapa yang mendera anak-anak dengan
hukuman yang setimpal sebagai pengajaran dan peringatan

kepada yang lain.

8 Melaksanakan program  Edar risalah / guna media massa untuk elemen sebaran.
pemulihan  Pameran tentang mangsa-mangsa penganiayaan.

 Dilaksanakan oleh pakar pulih karektor seperti pakar motivasi
dan terapi diri.

Salmiah binti Ramli (rasahati), Penggal 1, 2018

9 Bimbingan dan kaunseling  Program pemulihan dilaksanakan secara berkala dan
professional.
10 Meningkatkan kerjasama
masyarakat  Mengadakan kempen kesedaran terhadap penganiayaan /
penderaan kanak-kanak.
11 Memperkasa undang-undang
 Ibu bapa dihantar kepada pihak kaunselor untuk mendapat
nasihat.

 Mengikuti modul keibubapaan yang baik
 Mengadakan bengkel tentang keluarga bahagia.

 Jiran ambil peduli tentang keadaan sekeliling
 Saling membantu dalam masyarakat
 Melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa

 Hukuman yang berat/denda/hukuman sebat
 Membentuk pasukan keselamatan yang berkualiti.
 Menggubal undang-undang berkaitan kanun keseksaan dan

Akta kanak-kanak serta peruntukan undang-undang di bawah
bidang kuasa Mahkamah Juvana.
 Menghukum ibu bapa yang mendera anak-anak dengan
hukuman yang setimpal sebagai pengajaran dan peringatan
kepada yang lain.

Kesimpulan
Manusia berhak mendapat kehidupan yang sempurna. Justeru, elakkan diri daripada melakukan jenayah.

Salmiah binti Ramli (rasahati), Penggal 1, 2018

INOVASI
Pengenalan
Manusia hari ini lebih selesa dengan pengeluaran pelbagai gajet sains dan teknologi yang telah merubah
sebahagian besar aktiviti manusia. Gajet seperti komputer riba, iphone dan sebagainya telah
memudahkan lagi kehidupan manusia seharian.

Bil Idea Huraian

Manfaat inovasi untuk kehidupan manusia

1 Memperoleh maklumat  Maklumat lebih mudah diteroka dengan menggunakan komputer
terkini dengan mudah riba yang boleh dibawa ke mana-mana. Komputer riba dicipta

untuk memudahkan pengguna mengakses internet melalui capaian

jalur lebar tanpa batasan waktu.

 Komputer riba kebanyakannya dilengkapi juga dengan kamera

untuk memudahkan lagi maklumat yang akan disampaikan.

 Pengguna juga boleh menggunakan internet melalui iphone untuk

mengakses maklumat dengan cepat dan pantas. Misalnya berita
/peristiwa yang berlaku di seluruh pelusuk dunia dapat dilihat atau

dibaca dalam beberapa saat sahaja.

2 Menjana pendapatan  Penggunaan Telekonferens telah memudahkan

individu/syarikat /negara persidangan/mesyuarat antara ahli-ahli perniagaan yang memiliki

rangkaian perniagaan seluruh dunia.

 Penghantaran pesanan boleh dilakukan hanya dalam beberapa saat
melalui email dan katalog jualan boleh dihantar kepada pembeli

dengan segera untuk pengesahan jualan.

 Peniaga dapat menjimatkan masa dan seterusnya mengurangkan

kos operasi. Keadaan ini membolehkan peniaga bersaing dengan
pengeluar lain dari segi harga.

 Seterusnya keuntungan syarikat individu dapat dimaksimumkan
dan seterusnya pendapatan negara meningkat

3 Memudahkan  Jurang digital antara penduduk luar bandar dan bandar telah dapat

perhubungan/komunikasi dikurangkan dengan adanya pelbagai kemudahan peralatan sains

dan teknologi.

 Misalnya, syarikat-syarikat komunikasi seperti CELCOM, MAXIS
telah menyediakan capaian tanpa wayar di kawasan luar bandar

untuk memudahkan komunikasi.

 Maklumat terkini dapat disebarkan secara menyeluruh kepada
setiap lapisan masyarakat

4 Meningkatkan mutu  Bidang fotografi lebih mudah dan canggih kerana setiap gambar
bidang fotografi dan yang diambil boleh diedit supaya lebih menarik seperti bidang

animasi/perfileman pengiklanan. Gambar-gambar dapat dipindahkan terus ke

komputer dalam bentuk digital tanpa menggunakan ‘USB’

 Bidang perfileman/animasi pula telah wujud pelbagai kaedah
menarik seperti penggunaan 3D dalam filem Avatar.

 Kaedah stereoscopic 3D terbukti menarik, lebih bermutu dan ‘real’

 Evolusi USB 3.0 dijangka mencapai kelajuan 10 kali ganda lebih

pantas dan pemindahan fail sekitar 400Mbps.Berdozen gigabait
aplikasi, muzik,filem dapat dipindahkan dengan lebih pantas

5 Memudahkan bidang  Selain itu, pelajar dan tenaga pengajar dapat berhubung antara
pendidikan satu sama lain tanpa perlu bersua muka. Segala permasalah dalam

pengajaran dapat diatasi dengan segera. Penghantaran email lagi

memudahkan komunikasi antara kedua-dua pihak.

 Guru juga boleh menyediakan blog-blog untuk pendidikan dan
boleh dilayari dengan mudah oleh pelajar.

 Proses P&P dapat berjalan dengan lancar dan jelas apabila
penggunaan bahan seperti LCD,video dan dan sebagainya.

 Inovasi peralatan ini dapat meningkatkan lagi pengetahuan pelajar
serta dapat menjimatkan masa.

Salmiah binti Ramli (rasahati), Penggal 1, 2018

6 Penyebaran fitnah Kesan negatif Inovasi Kepada Manusia
/gambar porno
 Penulis yang terlibat menyebarkan fitnah dan gambar porno tidak
7 Penipuan menghiraukan etika penyiaran dan kebanyakannya hanya untuk
suka-suka sahaja.
8 Pembaziran wang
 Kemudahan internet, handfon,wifi dan lain-lain gajet akan
memudah maklumat yang berbentuk fitnah disebarkan kepada
orang ramai.

 Maklumat seperti gambar porno akan tersebar dalam sekelip mata.
Kemudahan blutooth memudahkan lagi kegiatan tidak bermoral ini
beroperasi. Kemudian gambar –gambar ini akan dimuatnaik ke
Youtube dan dapat ditontoni seluruh dunia.

 Broadband mudahalih yang diperkenalkan membolehkan
pengguna mengakses internet di lokasi yang lebih luas, dan
menggalakkan lagi penyebaran fitnah/ gambar-gambar porno.

 Kebanyakan pengguna mudah tertipu dengan maklumat yang
disebarkan melalui handfon, internet dan lain-lain gajet.

 Pengguna selalu mendapat maklumat palsu yang menyebabkan
kerugian beribu-ribu ringgit.

 Keghairahan untuk memiliki gajet terkini seperti kamera, komputer
riba menyebabkan pengguna tertipu dengan barang-barang tiruan
yang dikeluarkan oleh syarikat yang tidak bertanggungjawab.

 Misalnya, produk Blueberry telah diciplak oleh negara China
walaupun baru 4 hari berada dalam pasaran.

 Kebanyakan pengguna terlalu terikut-ikut dengan perubahan gajet
baru yang dikeluarkan oleh pengeluar. Mereka berebut-rebut
untuk memiliki produk baru.

 Akitiviti ini akan membazirkan wang dan merugikan diri kerana
harga produk lama telah turun secara mendadak.

 Lebih buruk lagi apabila pembelian dibeli secara kredit, pihak
penjual dan pihak bank akan mengaup keuntungan yang tinggi.

 Permintaan yang tinggi telah mendorong peniaga menaikkan harga
dengan sewenang-wenangnya.

Penutup
Kemajuan dalam penghasilan gajet sains dan teknologi perlu dimanfaatkan dengan baik supaya tidak
memudaratkan pengguna.Justeru, pihak kerajaan perlumengawal kemasukan dan penggunaan gajet
untuk menjamin kesejahteraan masyarakat dan negara.

Salmiah binti Ramli (rasahati), Penggal 1, 2018

ISU REMAJA
Contoh Soalan:
Kekuatan pegangan moral dan agama menentukan penglibatan remaja dalam kegiatan sosial yang tidak
sihat. Dalam aspek yang lain, kemajuan pesat sangat ditekankan dalam proses pembangunan negara.
Kegagalan untuk menyeimbangkan pembangunan material dengan pembangunan rohani akan
menyebabkan masalah sosial terus berlaku.
Cadangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah keruntuhan moral dalam kalangan remaja.

Pengenalan
• Ketandusan pegangan moral dan agama menyebabkan remaja terlibat dalam masalah sosial
• Ketidakseimbangan pegangan moral dengan kemajuan pembangunan memberi kesan negatif

kepada perkembangan fizikal dan rohani remaja
• Penyelesaian diperlukan untuk melahirkan generasi muda Malaysia yang maju dan mempunyai

sahsiah terpuji

Langkah-Langkah Untuk Mengatasi Masalah Keruntuhan Moral Dalam Kalangan Remaja

1. Mempraktikkan kandungan mata pelajaran Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam
• Penerapan nilai-nilai murni untuk membentuk tingkah laku yang baik
• Akhlak yang baik menjamin disiplin seseorang
• Menekankan pengajaran berbentuk praktikal dan bukan secara teori - supaya lebih
berkesan

2. Kawalan tempat-tempat hiburan
• Pusat hiburan sebagai sarang keruntuhan akhlak
• Kawalan remaja bawah umur daripada mengunjungi pusat hiburan
• Operasi membanteras penjualan pil ekstasi atau jenis dadah lain di pusat hiburan
• Mengalihkan perhatian remaja dari pusat hiburan kepada program positif; program Rakan
Muda

3. Ibu bapa mengawal tingkah laku anak- anak
• Walaupun sibuk bekerja ibu bapa tidak mengabaikan anak-anak
• Pantau kegiatan anak-anak di rumah dan di luar
• Anak-anak berasa diri disayangi
• Memberi sokongan anak-anak menyertai aktiviti yang berfaedah
• Membantu anak-anak menyelesaikan masalah

4. lnstitusi pendidikan / sekolah sering memantau tingkah laku pelajar
• Guru perlu diberi kuasa yang lebih untuk menangani masalah disiplin pelajar
• Guru tingkatan memahami tingkah laku dan masalah pelajar dalam kelasnya
• Guru kaunseling bersedia memberi bimbingan dan panduan ( hala tuju)
• Penekanan seimbang ; pelajar cemerlang – bukan tumpuan akademik semata-mata

5. Media massa berperanan sebagai saluran maklumat positif
• Maklumat yang diterima memberi impak besar; positif atau negatif
• Menyiarkan lebih banyak rancangan berbentuk ilmiah / pembangunan rohani
• Membuat tapisan rancangan; kesesuaian dengan norrna ketimuran
• Menetapkan masa tayangan yang sesuai dangan tahap umur / golongan penonton

6. Peranan kerajaan dan NGO
• Meningkatkan jati diri remaja rnelalui PLKN, Rakan Muda
• Menganjurkan program khidmat masyarakat dan kem motivasi - Kelab Rotary, Kelab Sahabat
Alam Malaysia

7. Peranan masyarakat
• Memberi teguran dan melaporkan sekiranya berlaku kegiatan tidak bermoral
• Mengamalkan semangat kejiranan dan prihatin

Salmiah binti Ramli (rasahati), Penggal 1, 2018

KEBAIKAN LAMAN WEB SOSIAL KEPADA REMAJA

1. Berkomunikasi:
 Boleh menghubungi teman lama yang terpisah. Mempertemukan sahabat lama terpisah. Kita boleh

mencari kembali rakan-rakan sekolah melalui jaringan antara satu sama lain.
 Sambil berhubung boleh mengenang kembali kisah lama. Kisah manis, masin, pahit, tawar dan

sebagainya.
 Talian hubungan dapat dikekalkan.
 Mengeratkan tali silatulrahim, mengikuti perkembangan aktiviti pemimpin seperti Twitter PM Dato

Sri Najib, bertanya khabar dengan cara paling menjimatkan, berbincang, nasihat menasihati,
berkongsi pengalaman dan petua.

2. Membantu Mempromosi Sesuatu.
 Melalui laman sosial, entri terbaru boleh dikhabarkan kepada rakan-rakan di laman sosial.
 Barangan dan perkhidmatan yang baik dapat disebarkan.
 Misalnya masakan restoran yang enak dan murah dapat diketahui dengan meluas.
 Jenis kamera yang terbaik untuk nilai wang ringgit dapat dibincangkan.

3. Mudah Menyebarkan Maklumat.
 Sebagai contoh, di waktu dulu ketika ingin melakukan majlis jemputan kahwin perlu mencari alamat

rakan-rakan masing-masing.
 Tapi kini dengan kecanggihan laman sosial, kad kahwin boleh di letakkan di sana dan dimaklumkan

kepada rakan-rakan.
 Mudah dan cepat.
 Permintaan bantuan cemas seperti derma darah jens tertentu untuk membantu pesakit tenat juga

dapat disebarkan.
 Kes-kes penipuan dan wajah penjenayah dapat disebarkan dalam usaha membanteras jenayah.

4. Perkongsian maklumat/ilmu.
 Kalau kita bijak mencari kawan yang sesuai, kita akan mendapat maklumat terkini dengan cepat.
 Ada rakan-rakan yang rajin berkongsi berita dan maklumat untuk dikongsi bersama.
 Sebagai contoh, laman sosial dapat menggantikan tv untuk mengetahui berita terkini. Malah

perbicaraan mahkamah diketahui dengn serta merta melalui twitter dan laman web tertentu.
 Peristiwa terkini dapat diketahui serta merta. Ilmu dalam bidang perubatan, teknologi dan

sebagainya juga dapat disebarkan.

Keimpulan
Laman web sosial seperti ini sebenarnya dapat memberikan banyak kebaikan kepada remaja
sekiranya digunakan dengan betul. Tetapi kebanyakannya tidak manfaatkan kemudahan seperti ini
dengan sebaik-baiknya sehinggakan ada di antara mereka yang salah guna sehingga mencetuskan
kontroversi seperti ugutan kepada individu tertentu.

- Moga bermanfaat -


Click to View FlipBook Version