The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syazzwan.allias, 2021-04-27 03:39:56

PENDIDIKAN ISLAM TING 2 PK

PENDIDIKAN ISLAM TING 2 PK

Minda Aktif
Kenal pasti tugas malaikat berdasarkan gambar di bawah.

Nota • Bimbing murid menjalankan aktiviti perbincangan di dalam kelas. 45
Guru

Laman Kreatif
Permainan Kereta Kecil

Cara Permainan

Sediakan tiga kereta kecil

1 dan 10 cawan kertas yang
disusun pada jarak yang

bersesuaian.

2 Labelkan nama 10 malaikat
pada cawan kertas.

3 Pacu kereta kecil ke arah
cawan kertas sebagai sasaran.

Nyatakan tugas malaikat
4 berdasarkan cawan kertas

yang berjaya dijatuhkan.

5 Semak jawapan di dalam
cawan kertas.

6 Jawapan yang betul akan
diberi markah oleh guru.

46 Nota • Minta murid menjawab soalan tentang tugas malaikat.

Guru











Laman Kreatif

Jejak Minda

Arahan
1. Setiap kumpulan diberi sebatang pen, kertas A4 dan karung kain.
2. Setiap kumpulan diarahkan ke stesen yang berlainan dan bergerak

ke stesen yang lain.
3. Di setiap stesen, murid diminta mencari harta karun berdasarkan petunjuk.
4. Bawa semua harta karun bersama-sama dengan ujian minda

ke stesen penamat.
5. Setiap kumpulan dikehendaki menggunakan peta i-Think yang sesuai

untuk menjawab ujian minda.
6. Kumpulan yang berjaya membawa harta karun dan menjawab ujian

minda dengan tepat dikira sebagai pemenang.

STESEN 1 STESEN 2

P••e• BtB duBeeaanurntanjakdusaupakanablydldeoaaasgnitragi mbkue mrais P•e• t• ByudHa banAabheenjmruealrigapbrkgbiwaetaiiualdnnamynatruhanbtrkiunajauamglnhecutopkbinekeuglrrhainatgn

STESEN 3 STESEN 4
P••e • LttPuauk Bendpmaerjaiymsrubrwuakiuupnayhkaraalandunnaaaagnbrgamebesraalakatlatapiyn ug

5522 Nota • Minta murid menjawab ujian di setiap stesen.
Guru • Minta murid berbincang tentang cara beristinjak bagi setiap bahan

yang dikumpulkan.

• Bimbing murid membuat peta i-Think yang sesuai.

TAYAMUM

Perhatikan dan fikirkan.

Bagaimana Faris
hendak berwuduk,
ustazah?

Nota • Bersoal jawab dengan murid tentang gambar di atas. 53
Guru

BBaaccaaddaannfahahaymatii..

Tayamum diharuskan atas sebab yang tertentu untuk membolehkan seseorang
melaksanakan ibadah yang memerlukan taharah. Tayamum difardukan sebagai
ganti wuduk atau mandi wajib.

Tayamum ialah
perbuatan menyapu
muka dan kedua-dua
belah tangan hingga
siku menggunakan
debu tanah yang
bersih mengikut
syarat-syarat tertentu.

Tayamum diharuskan kerana:
i. Ketiadaan air
ii. Air tidak cukup
iii. Cuaca terlalu sejuk
iv. Keuzuran atau sakit
v. Terhalang kerana bahaya
vi. Air mencukupi untuk minum sahaja

5544 Nota • Bincangkan situasi yang menyebabkan keharusan tayamum 6.2.1
Guru dalam kehidupan.

• Terangkan maksud taharah.

Baca dan hayati.

Tayamum disyariatkan untuk menggantikan wuduk dan mandi wajib bagi
membolehkan seseorang melakukan ibadah seperti solat, tawaf dan beriktikaf
di dalam masjid.

Rukun Tayamum

i. Menyapu debu tanah ke muka berserta niat:





Sahaja aku bertayamum bagi mengharuskan

solat kerana Allah Taala.

ii. Menyapu debu tanah pada kedua-dua belah

tangan hingga siku.

iii. Tertib.

Syarat tayamum:
i. Telah masuk waktu solat
ii. Cari air selepas masuk waktu solat
iii. Menghilangkan najis terlebih dahulu
iv. Menggunakan debu tanah yang tidak bercampur

dengan bahan lain seperti tepung atau kapur
v. Tentukan arah kiblat sebelum bertayamum

6.2.2 Nota • Bincangkan syarat tayamum dengan murid. 55
6.2.3 Guru • Tunjukkan cara bertayamum dengan betul.

Baca dan amalkan.
Lakukan tayamum secara amali.

1 23

• Dimulakan dengan • Menekap kedua-dua • Menipiskan debu tanah
bacaan basmalah. belah tapak tangan pada kedua-dua belah
pada debu tanah. tapak tangan.
• Menghadap kiblat.

456

• Menyapu debu tanah • Tekap semula • Menipiskan debu
sekali ke muka kedua-dua belah tanah pada
berserta niat. tapak tangan pada kedua-dua belah
debu tanah. tapak tangan.

7 Satu tayamum hanya boleh
digunakan untuk sekali
• Menyapu debu tanah solat fardu dan beberapa
pada kedua-dua belah solat sunat sahaja.
tangan hingga siku.

5566 Nota • Bimbing murid melakukan tayamum secara amali. 6.2.3
Guru • Bincangkan sunat-sunat tayamum.

Minda Aktif
Senaraikan semula rukun dan syarat dalam tayamum.

a. Rukun i. __________________________
tayamum ii. __________________________
iii. __________________________

Tayamum b. Syarat i. __________________________
tayamum ii. __________________________
iii. __________________________
iv. __________________________
v. __________________________

Nota • Jalankan aktiviti secara individu atau berkumpulan. 57
Guru

Laman Kreatif
Farhan berada di hospital kerana kakinya patah akibat kemalangan.
Nyatakan cara Farhan bertayamum?

Debu tayamum boleh didapati di kedai-kedai yang
menjual peralatan haji dan umrah. Di hospital, kita
boleh mendapatkannya daripada pembekal yang
ada di hospital tertentu.
5588 Nota • Minta murid melakukan simulasi cara bertayamum dengan sempurna.

Guru

SUCIKAN DIRIMU

Baca dan fahami. 1

2 Mandi ialah Farhana, sebutkan
perbuatan pengertian mandi.
mengalirkan air
ke seluruh
anggota badan.

6.3.1 Nota • Minta murid menceritakan perihal mandi berdasarkan pengalaman 59
Guru sedia ada.

Baca dan fahami.

JENIS MANDI

Mandi Wajib Mandi Sunat Mandi Harus
Hukum: Wajib Hukum: Sunat Hukum: Harus

Jimak Solat Jumaat Mandi untuk
menyegarkan badan
Keluar mani Hari raya
Mandi untuk
Haid Gerhana menghilangkan

Wiladah Memakai ihram bau badan

Nifas Selepas memandikan
Mati selain mayat
mati syahid

i. Mengapakah disunatkan mandi Rukun mandi wajib:
sebelum solat Jumaat? i. Niat mesti ketika air sampai

ii. Mengapakah diwajibkan mandi ke mana-mana anggota
selepas haid? badan
ii. Meratakan air ke seluruh
badan, kulit dan rambut

6600 Nota • Bincangkan jenis-jenis mandi dengan pengalaman sedia ada murid. 6.3.2

Guru

Baca dan fahami.
Orang yang berhadas besar perlu menyucikan diri dengan mandi wajib.

Cara Mandi Wajib

Memulakan mandi Membersihkan Berwuduk
dengan bacaan kotoran atau najis sebelum mandi.
basmalah. yang menghalang
air sampai ke kulit.

Niat mandi wajib ketika Meratakan air ke seluruh
air mula sampai pada anggota badan, iaitu
di celah-celah kuku,
anggota badan. jari kaki dan tangan,
rambut, bulu,
kemaluan dan kulit.

Nyatakan contoh benda
yang boleh menghalang air
daripada sampai ke kulit?

Niat mandi wajib:

Sahaja aku mengangkat hadas besar
kerana Allah Taala.

6.3.3 Nota • Bimbing murid memahami cara mandi wajib yang sempurna. 61
Guru

Perhatikan dan fahami. Sunat mandi wajib:
Penjelasan Mandi Wajib i. Menghadap kiblat
ii. Membaca basmalah
iii. Membasuh kedua-dua tangan
iv. Berwuduk
v. Menggosok seluruh anggota badan

Memulakan mandi Membersihkan kotoran atau 3 Disunatkan berwuduk
1 dengan bacaan 2 najis yang menghalang air sebelum mandi.

basmalah. sampai ke kulit.

Sahaja aku
mengangkat hadas

besar kerana
Allah Taala.

Niat mandi wajib ketika Meratakan air ke seluruh
4 air mula sampai pada 5 anggota badan.

anggota badan.

62 Nota • Minta murid menyatakan semula cara-cara mandi wajib dengan sempurna. 6.3.3

Guru

Minda Aktif

1. Tulis jenis mandi berdasarkan situasi yang diberikan.

Situasi Jenis mandi

1 Isteri Ustaz Khalid telah selamat _____________________________
melahirkan anak mereka yang ketiga. _____________________________

Situasi Jenis mandi

2 Izzuan membersihkan diri sebelum _____________________________
menunaikan solat Jumaat. _____________________________

Situasi Jenis mandi

3 Aiman mandi selepas pulang _____________________________
dari sekolah. _____________________________

Situasi Jenis mandi

4 Shahrul membersihkan diri selepas _____________________________
bermain bola. _____________________________

Situasi Jenis mandi

5 Najiha mandi setelah kering _____________________________
darah haidnya. _____________________________

Situasi Jenis mandi

6 Abang membersihkan diri sebelum _____________________________
solat hari raya Aidiladha. _____________________________

2. Berikan maksud niat mandi wajib di bawah:

Maksudnya:

_______________________________________________________________

Nota • Minta murid membentangkan hasil perbincangan. 63
Guru

Laman Kreatif

Kerusi Ilmuwan

Sebutkan niat
mandi wajib.

Cara Permainan

1. Guru memilih dua orang murid atau murid menawarkan diri secara sukarela.
2. Murid yang terpilih akan duduk di atas kerusi yang disediakan.
3. Murid ini menjadi pakar atau watak yang akan menjawab soalan-soalan

yang dikemukakan oleh murid lain.
4. Setiap soalan yang dapat dijawab oleh pakar akan diberi markah oleh guru.
5. Guru akan mengumpul dan mengira markah untuk menentukan pemenang.

Soalan Soalan MARKAH Ilmuwan
Ilmuwan (Farhana)
1. Sebutkan lafaz niat mandi wajib. 1
2 . Nyatakan satu contoh benda yang 2 (Faris) 3
3 3 3
menghalang air sampai ke kulit. 4
3 . Apakah hukum mandi setelah haid? 5 3
4. Berikan satu contoh mandi sunat. 6
5 . Nyatakan satu contoh amalan Jumlah

sunat ketika mandi wajib.
6. Apakah jenis air yang boleh

digunakan untuk mandi wajib?

6644 Nota • Berikan peluang kepada murid lain untuk duduk di atas Kerusi Ilmuwan.
Guru • Galakkan murid membina soalan sendiri untuk aktiviti ini.

SAYIDINA ABU BAKAR AL-SIDDIQ

Baca dan fahami.

Abu Bakar mendapat gelaran
al-Siddiq kerana beliau
sentiasa membenarkan
segala kata-kata dan tindakan
Rasulullah SAW. Beliau juga
sentiasa bersikap jujur
dan bercakap benar.

7.1.2 Nota • Bersoal jawab dengan murid tentang maklumat di atas. 65

Guru

Mari berpantun.
Khalifah Agung

Kitab dibuka buat rujukan,
Ilmu disuluh sahabat taulan;
Abu Bakar al-Siddiq nama julukan,
Menjadi sejarah sepanjang zaman.

Azan Subuh alunan sunah,
Tersentuh hati kalimah benar;
Khalifah pertama pilihan ummah,
Abdullah bin Abi Qahafah nama sebenar.

Tinta emas nama diukir,
Dalam hati tersemat indah;
Tahun 572 Masihi dirinya lahir,
Di tanah Mekah bumi bertuah.

Harta melimpah peribadi memikat,
Hidup beramal sentiasa sihat;
Jadi pedagang kerjaya hebat,
Bantu umat silaturahim terpahat.

63 tahun usia penuh keimanan,
Bintang hilang sering dikenang;
Sahabat taulan rasa kehilangan,
Wafat khalifah tokoh gemilang.

Nukilan: MalaMS

6666 Nota • Bacakan pantun dengan intonasi yang betul. 7.1.1
Guru • Minta murid menyebut dan menyenaraikan biodata Abu Bakar al-Siddiq.

BMaacrai bdearnahsayyida.ti.

Peribadi Unggul

Abu Bakar al-Siddiq nama gelaran,
Sahabat nabi yang paling akrab
Perjalanannya penuh berkat
Terkesan di dalam hati umat

Minda cergas dan ilmu yang tinggi
Bijak al-Quran dan juga sunah
Sering musyawarah tiada jemu
Akhirat dicita sehingga mati

(korus)
Sifatmu keberanian
Sifatmu kekuatan
Sifatmu sungguh dermawan
Sifatmu membentuk persaudaraan
(ulang)

Mari semua mari saudara
Kita contohi Abu Bakar
Khalifah pertama dalam sirah Islam
Tokoh sepanjang zaman

7.1.2 Nota • Nyanyikan nasyid mengikut rentak lagu Maal Hijrah. 67
Guru • Rujuk irama lagu Maal Hijrah daripada Internet.

Baca dan fahami.

Abu Bakar al-Siddiq merupakan pemimpin yang wajar diteladani oleh pemimpin
masa ini. Sumbangan beliau menjadi sejarah dalam perjuangan Islam.

SUMBANGAN
ABU BAKAR
AL-SIDDIQ

1. Menjadi khalifah pertama selepas
kewafatan Rasulullah SAW.

2. Berusaha untuk mengumpulkan
ayat-ayat al-Quran.

3. Memerangi golongan yang
enggan membayar zakat.

4. Memerangi Musailamah
al-Kadzab yang mendakwa
dirinya sebagai nabi.

6688 Nota • Minta murid menyebut sumbangan Abu Bakar al-Siddiq. 7.1.3
Guru • Senaraikan sumbangan Abu Bakar al-Siddiq sebelum menjadi khalifah.

BaMcaindanAhkatiyfati. SUMBANGAN ABU BAKAR
Meja Bulat AL-SIDDIQ

Arahan

1 Murid duduk dalam
kumpulan kecil.

Sediakan empat batang
2 pen penanda dan

sekeping kad manila.

3 Guru menyediakan
satu tajuk.

Setiap murid diminta

4 mencatat satu idea
berkaitan dengan tajuk

yang diberikan secara

bergilir-gilir.

Hasil dapatan
5 dibentangkan kepada

guru dan rakan.

Nota • Berikan tajuk yang berbeza pada setiap sesi untuk percambahan 69
Guru minda murid.

Laman Kreatif
Eksplorasi Tokoh

Hentian Hentian
1 2

Hentian Hentian
4 3

Cara Permainan

1. Sediakan empat hentian (H) yang berlainan.
2. Setiap hentian mempunyai maklumat yang berbeza.
H 1 – Biodata Abu Bakar al-Siddiq
H2 – Sifat keperibadian Abu Bakar al-Siddiq
H3 – Sumbangan Abu Bakar al-Siddiq
H4 – Tempat penamat
3. Setiap kumpulan diminta mencari maklumat berdasarkan

arahan pada setiap hentian.
4. Kumpulan yang paling cepat, tepat dan lengkap dalam

pengumpulan maklumat diambil kira sebagai pemenang.

70 Nota • Jalankan permainan ini secara individu, berpasangan atau berkumpulan.
Guru • Bimbing dan pantau murid sepanjang aktiviti ini dijalankan.

• Sediakan kertas maklumat pada setiap hentian.

SAYIDINA UMAR AL-KHATTAB

Baca dan fahami.

7.2.1 Nota • Ceritakan tentang keislaman Umar al-Khattab berdasarkan maklumat 71
Guru di atas kepada murid.

Baca dan ingat.

Biodata Sayidina Umar al-Khattab

Nama penuh Tarikh lahir

Umar bin al-Khattab Tahun 584 Masihi,
bin Nufail bin Abdul Uzza 13 tahun selepas kelahiran
Nabi Muhammad SAW

Keturunan Gelaran
Bani Adi, Quraisy Al-Faruq

Tempat lahir Wafat
Mekah al-Mukarramah Tahun 23 Hijrah
Umur 60 tahun
Dibunuh oleh Abu Lukluah

Sayidina Umar al-Khattab digelar al-Faruq
yang bermaksud pemisah antara yang
hak dan yang batil.

7722 Nota • Mengadakan aktiviti menulis dan mewarna khat nama Umar al-Khattab. 7.2.1
Guru • Minta murid bercerita tentang biodata Umar al-Khattab dalam

kumpulan kecil.

Mari amalkan.
Keperibadian Umar al-Khattab

Apakah sifat Umar
al-Khattab yang
kamu ketahui?

Berani.

Kuat.

Gagah.

7.2.2 Nota • Ceritakan tentang sifat keperibadian Umar al-Khattab ketika zaman 73
Guru pemerintahannya kepada murid.

Baca dan fahami.

Sumbangan Umar al-Khattab

1. Penggunaan tahun hijrah 4. Menguatkan angkatan tentera.
dalam kalendar Islam.
5. Memperbesar Masjid
2. Menubuhkan Baitulmal. Nabawi dan mendirikan
masjid-masjid yang lain.
3. Menubuhkan majlis syura.

Majlis Syura ialah pusat perancangan
yang melibatkan pentadbiran negara
dan urusan umat Islam.

7744 Nota • Minta murid menyenaraikan sumbangan Umar al-Khattab menggunakan 7.2.3
Guru perisian Microsoft Word.

• Bincangkan sumbangan Umar al-Khattab sebelum menjadi khalifah.

Minda Aktif
Lengkapkan teka silang kata di bawah.

1

34
5

6

Melintang Menegak

1. Pusat kewangan Islam yang 1. Umar al-Khattab terkenal
ditubuhkan oleh Umar al-Khattab. dengan sifat ini.

3. Bapa kepada Umar al-Khattab 2. Sifat Umar al-Khattab.
_______________. 4. Umar al-Khattab dibunuh oleh

6. Umar al-Khattab berketurunan ______________.
Arab ____________. 5. Umar al-Khattab berjaya

menakluki dan membangunkan
kota-kota besar seperti
_______________.

Nota • Bimbing murid melengkapkan teka silang kata di atas. 75
Guru

Laman Kreatif

Kamu diminta membuat folio berkaitan dengan Umar al-Khattab. Gunakan maklumat
yang kamu pelajari dan maklumat tambahan daripada sumber-sumber lain.

1. Sediakan alat dan 2. Cari maklumat tentang 3. Taip dan cetak
bahan seperti Umar al-Khattab maklumat tentang
kertas A4, gam daripada pelbagai Umar al-Khattab
dan gunting. bahan bacaan dan seperti biodata, sifat
sumber pendidikan. keperibadian dan
sumbangan beliau.

4. Gunting dan tampal 1. Muka hadapan 6. Jilidkan semua
maklumat yang telah 2. Isi kandungan maklumat
dicetak pada kertas 3. Objektif dengan lengkap.
pelbagai warna. 4. Pengenalan
5. Biodata tokoh
6. Sifat keperibadian tokoh
7. Penutup
8. Penghargaan
9. Lampiran

5. Susun folio seperti
susunan di atas.

7766 Nota • Bimbing murid menghasilkan folio mengikut kreativiti masing-masing.

Guru

SAYANGI RAKAN

Lihat dan fikirkan.

Bagaimanakah adab kamu
semasa menziarahi rakan
yang sakit?

8.1.1 Nota • Lakukan sumbang saran tentang cara beradab dengan rakan. 77

Guru

Baca dan amal.

Adab dengan Rakan

2 1 3
Mengasihi rakan seperti Sentiasa senyum
mengasihi diri sendiri. Kawan-kawan, boleh dan bersangka baik
nyatakan adab-adab terhadap rakan.
4 bersama-sama
Bertolak ansur dan dengan rakan? 5
bekerjasama.
Ringan tulang
6 apabila diperlukan.

Bertutur dengan 7
bahasa yang sopan Memelihara dan
dan tidak menyakiti menutup aib rakan.
hati orang lain.

7788 Nota • Minta murid melakonkan adab dengan rakan mengikut situasi. 8.1.1

Guru

Baca dan fahami.

Kelebihan beradab Diberkati Allah SWT dan
dengan rakan memperoleh keredaan-Nya

Diri terdorong melakukan kebaikan
dan meninggalkan kejahatan.

Diri terhindar daripada gejala
yang tidak baik.

Dapat membentuk diri menjadi
individu yang berakhlak mulia.

8.1.2 Nota • Lakukan sumbang saran tentang kelebihan beradab dengan rakan. 79

Guru

Baca dan hayati. 2 Subhanallah,
Rakan yang Beradab
cantik sungguh
1 ciptaan Allah SWT ini!

Sepanjang perjalanan ke puncak Bukit
Broga, mereka menikmati pelbagai
Hakim, Harith dan Farhan bersahabat keindahan alam ciptaan Allah SWT.

baik sejak di bangku sekolah rendah. 4

Mereka sering menjalani aktiviti
bersama untuk mengeratkan lagi
hubungan persahabatan.

3

Setelah menghayati keindahan Dalam perjalanan pulang, kaki Hakim
panorama di puncak bukit, mereka tercedera. Rakan-rakan Hakim cuba
berhenti rehat bagi menghilangkan merawat kecederaan kakinya serta
keletihan serta berkongsi makanan membantu Hakim menuruni bukit
untuk mengalas perut. dengan berhati-hati.

80 Nota • Terangkan sifat rakan yang baik kepada murid. 8.1.3
Guru • Minta murid melakonkan cara beradab dengan rakan berdasarkan

situasi dalam gambar di atas.

Minda Aktif
Semak adab dengan rakan.

SENARAI SEMAK

TARIKH: _______________________
NAMA MURID: ___________________
KELAS: _______________________

TANDAKAN (✓) PADA PETAK YANG DISEDIAKAN:

BIL. PERKARA YANG DINILAI YA TIDAK

1. Mengucapkan salam ketika
bertemu dengan rakan.

2. Memberikan nasihat yang baik
kepada rakan.

3. Menziarahi rakan yang sakit.

4. Mengamalkan tingkah laku
yang baik semasa bergaul.

5. Saling bermaafan apabila
melakukan kesalahan.

6. Tidak menyakiti hati kawan.

7. Menjaga maruah kawan.

8. Mengasihi rakan seperti
mengasihi diri sendiri.

Nota • Bantu murid mengisi borang senarai semak setiap perkara yang telah 81
Guru biasa dilakukan.

Laman Kreatif

Hasilkan sebuah buku skrap tentang anda dan rakan anda.

1 Sediakan bahan 2 Masukkan maklumat
yang diperlukan. diri dan tampal
gambar anda.

Isi

• Butiran anda
• Gambar anda
• Biodata dan gambar rakan
• Hobi rakan
• Pengalaman dengan rakan
• Gambar dengan rakan

Isikan maklumat 4 Hias buku skrap dengan
cantik dan menarik.
3 rakan mengikut butiran
yang diperlukan.

82 Nota • Bimbing murid menghasilkan buku skrap.

Guru

SUBURKAN AMANAH

Lihat dan fikirkan.

Amanah bermaksud kepercayaan
yang diberikan kepada seseorang.
Amanah tersebut wajib
dilaksanakan dengan penuh
tanggungjawab dan berintegriti.

Sebagai pengawas, apakah “Tidak sempurna iman bagi orang yang
yang perlu kamu lakukan jika tidak beramanah dan tidak diterima
rakan baik kamu melakukan solat orang yang tidak bersuci dan tidak
kesalahan? Bincangkan. sempurna agama orang yang tidak
diterima solatnya.”

(Riwayat al-Thabrani)

8.2.1 Nota • Bimbing murid memahami maksud amanah dan integriti. 83

Guru

Baca dan fahami.
Kepentingan Bersifat Amanah

manfaat ◗ Mendapat kepercayaan
rakan-rakan.

◗ Disayangi dan dihargai orang.

◗ Memperoleh kenaikan pangkat
dan ganjaran lain.

◗ Mendapat ganjaran di akhirat dan
hidup dalam keredaan Allah SWT.

◗ Hilang peluang menjadi pemimpin. AKIBAT

◗ Hilang kepercayaan orang.

◗ Dipandang serong oleh masyarakat.

◗ Amanah yang tidak ditunaikan
akan dituntut di akhirat dan
hidup tidak diberkati.

8844 Nota • Bimbing murid memahami kepentingan sifat amanah. 8.2.2

Guru

Baca dan hayati.
Kebaikan Bersifat Amanah

1

Diredai oleh
Allah SWT.

6 2

Berakhlak Terhindar
mulia. daripada

dosa.

5 3

Dimuliakan Membentuk
dan dihormati. sikap yang
bertanggungjawab.

4

Mendapat
kepercayaan

orang.

8.2.2 Nota • Bersoal jawab tentang kebaikan bersifat amanah. 85
Guru

Perhatikan dan amalkan.
Cara Perlakuan Bersifat Amanah

Amanah terhadap ibu bapa. Amanah terhadap jiran.
• Belajar bersungguh-sungguh. • Menjaga rumah jiran

dengan sebaik-baiknya.

Farah, ini wang
yang awak minta
saya simpankan
minggu lepas.

Amanah terhadap masyarakat. Amanah terhadap rakan.
• Menegur kelakuan yang • Menjaga amanah rakan.

tidak baik.

86 Nota • Minta murid melakonkan situasi di atas. 8.2.3

Guru

Minda Aktif

Cari perkataan berkaitan dengan sifat amanah berdasarkan senarai di bawah.

1. AMANAH 5. JUJUR 8. PERCAYA
2. TANGGUNGJAWAB 6. IKHLAS 9. YAKIN
3. INTEGRITI 7. SAHSIAH 10. BERANI
4. TEGAS

AB E R I MBA S L AB B

K I BERAN I ASEAD

Y S M I K H L A S WW S J

A T S O K HD C K AWS U

K AMANAHD J AAN J

I AA EMAGGANGN U

YLUSENNUJ E I UR

AWA U U U R E T G A G A

KSGGGT I RGLTN I

I SGG I NTEGR I T I

NNNBP E RCA Y AAM

I ACUNTEGASAHS

TLSAHS I AHTSAY

Nota • Bimbing murid mengaitkan perkataan di atas dengan sifat amanah. 87
Guru

Laman Kreatif

Mana Pilihanmu?

Cara Permainan Maaf, anda tidak
beramanah
1. Permainan ini boleh dimainkan oleh
sekurang-kurangnya dua orang murid. • Dibenci orang Tahniah, anda
Sila kembali beramanah
2. Pergerakan permainan ditentukan ke stesen
mengikut giliran. sebelumnya • Disukai orang
apabila sampai Taubat
3. Kad soalan disediakan oleh guru bagi giliran anda. • Soalan
menentukan laluan pergerakan. Lalai Apakah yang perlu dilakukan
jika rakan meminta tolong?
4. Kad soalan akan dibaca dan dijawab Ikhlas a. Tidak mengendahkannya.
pada tiga stesen kuning sahaja. b. Menolong dengan ikhlas.

5. Murid yang menjawab dengan betul • Pilih kasih
akan bergerak melalui rel oren. Sila kembali ke stesen
sebelumnya apabila
6. Murid yang memberikan jawapan sampai giliran anda.
yang salah akan bergerak melalui
rel merah.

• Menjalankan tugas
dengan baik

• Soalan Tidak ikhlas
Apakah tindakan kamu jika
mendapati rakan kamu
melakukan kesalahan?
a. Melepaskannya tanpa

mengambil sebarang
tindakan.
b. Menahan dan
mengambil
tindakan.

• Sombong dan angkuh • Menghormati
guru
Sila kembali ke stesen
sebelumnya apabila
sampai giliran anda.

Menerima tugasan • Soalan
sebagai ketua Apakah yang perlu dibuat
apabila berjumpa guru?
Anda a. Mengucapkan salam.
di sini b. Mengelakkan diri.

88 Nota • Bimbing murid berbincang tentang sifat amanah.
Guru • Penyediaan soalan bergantung pada kreativiti guru.

GLOSARI

ain dapat dilihat dengan mata kasar.
air mutlak air yang suci dan dapat menyucikan.
hijrah perpindahan Nabi Muhammad SAW dan umat Islam dari Mekah ke

Madinah.
iktikaf duduk di dalam masjid untuk mengingati Allah SWT.
integriti kejujuran.
kamil sempurna atau lengkap.
khalifah pengganti kepada Nabi Muhammad SAW; gelaran bagi ketua agama

atau raja yang memerintah di beberapa buah negara Islam.
kudrat kuasa (Allah SWT).
riyak sifat atau sikap suka menunjuk-nunjukkan amal ibadah atau sesuatu

kebaikan dengan tujuan mendapat pujian atau sanjungan daripada orang
lain, bukan kerana Allah SWT.
ringan tulang rajin bekerja.
syumul bersifat menyeluruh dan sempurna.
taharah menurut bahasa bermaksud bersih atau suci, manakala dari segi istilah
pula ialah perbuatan menyucikan badan, pakaian dan tempat daripada
hadas dan najis dengan cara yang telah ditetapkan oleh syariat Islam.
tawaf berjalan mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali sambil berdoa.
talaqqi dan musyafahah murid berjumpa atau berhadapan dengan guru dan
belajar al-Quran dengan memerhati gerak bibir guru untuk mendapatkan
makhraj yang betul.
ujub kagum terhadap diri sendiri, angkuh, bongkak atau ego.
wahyu firman atau kalam Allah SWT yang dibacakan kepada nabi dan rasul
melalui perantaraan malaikat.

89

RUJUKAN

Al-Quran Karim.
Al-Mubarak Puri, Safi al-Rahman, 1999. Al-Rahiq al-Makhtum. Beirut: Muassasatul

Rayyan.
Md. Hashim Yahaya, 2011. Ensiklopedia Solat. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.
Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha dan Ali Asy-Syarbaji, 2015. Al-Fiqh

al-Manhaji Ibadat dalam Fiqh al-Syafi‘i. Diterjemah oleh Zulkifli Mohamad
al-Bakri. Selangor: Darul Syakir Enterprise (teks Asal dalam bahasa Arab).
Ibn Hisyam, Abu Muhammad Abd Malik Ibn Hisyam al-Muafiri. Al-Sirah
al-Nabawiyah. Jilid 1. Beirut: Darul Jalil.
Imam Al-Sayuti, 2015. Tarikh Khulafa’ Sejarah Para Khalifah. Jakarta: Qisthi Press.
Imam Ghazali, 1979. Bimbingan Mukmin. Kaherah: Al-Maktabah al-Tijjariyyah
al-Kubra.
Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Quran. Kuala Lumpur: Darul Fikir.

9900


Click to View FlipBook Version