The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syanaa98, 2021-09-19 23:50:54

HARI MALAYSIA

HARI MALAYSIA

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA
16 SEPTEMBER 2021

@ptauitmkelantan

apa maksud
hari malaysia?

ptauitmkelantan perpustakaantengkuanis

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati
penubuhan persekutuan Malaysia pada tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia
menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura bagi
membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun
kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-
sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan
bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan
pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat
bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu memperuntukan masa
membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang
Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung
Malaysia. Tetapi mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua
negeri di Malaysia.

ptauitmkelantan


perpustakaantengkuanis

16 September

detik bersejarah

yang melahirkan

Malaysia

ptauitmkelantan
perpustakaantengkuanis

DETIK BERSEJARAH: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj melaungkan 'Merdeka' sebanyak
tujuh kali diselang seli laungan rakyat yang hadir selepas tamat membaca pemasyhuran

Malaysia pada 17 September, 1963. - Sumber Arkib Negara

ptauitmkelantan perpustakaantengkuanis

Tanggal 16 September 1963, maka lahirlah sebuah negara baharu bernama
Malaysia.
Ia merupakan detik paling bersejarah yang memperlihatkan penyatuan
Persekutuan Tanah Melayu bersama Sabah, Sarawak dan Singapura.
Penyatuan itu bermula selepas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj mencadangkannya pada 27 Mei, 1961 disusuli Mesyuarat Persatuan
Parlimen KOMANWEL Cawangan Tanah Melayu di Singapura pada 23 Julai yang
memutuskan penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia yang
dipengerusikan Tun Mohammad Fuad Stephens.
Penyatuan dan kerjasama-kerjasama itu perlu diadakan terutamanya untuk
menyekat pengaruh komunis yang semakin ketara yang boleh menggugat
kestabilan politik serantau.
Pendirian kerajaan ini adalah berdasarkan kepada perkembangan politik di
Singapura yang memperlihatkan peningkatan pengaruh golongan kiri.
Di samping itu, gagasan ini bertujuan mengimbangi jumlah penduduk,
meningkatkan kemajuan ekonomi dan mempercepat proses kemerdekaan bagi
Singapura, Brunei, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak.

ptauitmkelantan perpustakaantengkuanis

PENGUMUMAN: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengadakan sidang akhbar di kediaman
rasmi beliau pada 6 Julai, 1963 bagi mengumumkan keberangkatan ke London untuk menghadiri

majlis menandatangani perjanjian penubuhan Malaysia. - Sumber Arkib Negara

ptauitmkelantan perpustakaantengkuanis

CETUSAN ILHAM: Tunku Abdul Rahman perpustakaantengkuanis
Putra Al-Haj semasa berucap kepada

wartawan asing di Hotel Adelphi,Singapura
pada 27 Mei, 1961. Pada majlis itu, buat
pertama kalinya Tunku menyuarakan

cadangan penubuhan Malaysia. - Sumber
Arkib Negara

ptauitmkelantan

MESYUARAT: Ahli-ahli Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia bermesyuarat
di Selangor Legislative Assembly Chamber, Kuala Lumpur pada 6 dan 7 Januari 1962.
Jawatankuasa ini ditubuhkan pada bulan Julai 1961 dengan tujuan memberi
penerangan kepada penduduk Borneo Utara, Sarawak dan Brunei mengenai

penubuhan Malaysia. Mesyuarat ini merupakan mesyuarat yang ketiga. - Sumber Arkib
Negara

ptauitmkelantan perpustakaantengkuanis

TINGGAL KENANGAN: Gabenor British di Sarawak yang terakhir Sir
Alexander Waddell serta isterinya Lady Jean Waddell meninggalkan
kediaman mereka Astana menggunakan sampan pada 15 September 1963.

ptauitmkelantan perpustakaantengkuanis

SEPAKAT: Stephen Kalong Ningkan bersama-sama dengan Gabenor Negeri Sarawak
yang baru iaitu Tun Abang Haji Openg berserta dengan wakil dari Persekutuan Tanah
Melayu, Khir Johari memasyhurkan pengisytiharan Pembentukan Malaysia di Padang,

Kuching, Sarawak pada 16 September, 1963. - Sumber Arkib Negara

ptauitmkelantan perpustakaantengkuanis

1.Pada Julai 1963, satu perjanjian penting telah ditandatangani di
Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London.

2.Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia itu telah
ditandatangani wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah
Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.

3.Persetujuan telah diperolehi untuk menubuhkan Malaysia pada
31 Ogos, 1963.

4.Bagaimanapun, penubuhan Malaysia yang dirancang pada tarikh
tersebut terpaksa ditangguhkan kerana laporan Setiausaha PBB
hanya dapat disiapkan pada 14 September.

5.Malaysia akhirnya diisytiharkan pada 16 September 1963.




ptauitmkelantan perpustakaantengkuanis

Biodata Tunku Abdul Rahman,
Bapa Kemerdekaan

ptauitmkelantan perpustakaantengkuanis

Almarhum Tunku Abdul Rahman atau
nama penuhnya, Almarhum Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum
Sultan Abdul Hamid Shah merupakan
Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu
dari 1955, dan Perdana Menteri Malaysia
pertama sejak kemerdekaan pada tahun
1957 sehingga 1970.

ptauitmkelantan perpustakaantengkuanis

ptpatuaiutimtmkkeellaanttaann Kehidupan
Peribadi Tunku
Abdul Rahman

ppeerrppuussttaakkaaaanntteennggkkuuaanniiss

Dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana
Pelamin, Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada
Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-24.

Bondanya Cik Menyelara, seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak berdarah gahara,
ialah anak perempuan Luang Naraborirak (Kleb), seorang pegawai daerah Thailand.

Kelahiran Tunku disambut secara biasa sahaja kerana beliau bukan bakal pengganti Sultan
Kedah. Pengganti Sultan Kedah, Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid, telah pun
berumur 30 tahun ketika itu.

Semasa kecil, Tunku dipanggil Awang kerana rupa parasnya yang tidak sesegak adik-
beradiknya yang lain. Beliau bebas bermain di luar istana dan pernah membentuk pasukan
bola sepak kampung. Tunku biasa mengendap burung dan melastik, serta bermain lumpur
sehingga menghidapi penyakit puru di kakinya.

ptauitmkelantan perpustakaantengkuanis

Pendidikan perpustakaantengkuanis
Tunku
Abdul
Rahman

ptauitmkelantan

Tunku bermula pendidikannya pada 1909 di sebuah sekolah rendah Melayu di Jalan Baharu, Alor
Setar. Biasa berbahasa Siam di rumah, beliau belajar bahasa Melayu di sekolah itu.

Seorang guru pula datang ke rumahnya untuk mengajar bahasa Inggeris. Tunku kemudian
berpindah ke sebuah sekolah kerajaan bahasa Inggeris yang kini dinamakan Kolej Sultan Abdul
Hamid. Di sini, beliau belajar di sekolah pada waktu siang dan membaca Al-Quran pada waktu
petang.

Pada tahun 1913 sewaktu berumur 10 tahun, Tunku dihantar ke Bangkok untuk menetap
bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, abang sulungnya, dan belajar di Sekolah
Thebsirintrawat (Debsirindir School). Pada tahun 1915, Tunku pulang dan meneruskan
pendidikannya di Penang Free School. Antara gurunya ialah HR Cheeseman dan SM Zainal
Abidin. Seorang yang aktif, beliau menyertai Pengakap dan Kor Kadet.

Pada tahun 1919 ketika berumur 16 tahun, Tunku menerima Biasiswa Negeri Kedah untuk
melanjutkan pendidikannya di Kolej St Catharine di Universiti Cambridge. Beliau merupakan
penuntut pertama untuk menerima pendidikan di United Kingdom dibawah tajaan Kerajaan
Negeri Kedah. Ketika Tunku tidak dibenarkan tinggal di asrama St Catharine kerana dasar
aparteid (‘kulit berwarna’) masih diamalkan, beliau membantah kepada William Peel, Penasihat
British kepada Kedah. Akhirnya, pengetua sekolah itu terpaksa meminta maaf.

ptauitmkelantan perpustakaantengkuanis

Pada tahun 1927, Tunku dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di
Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu.

Beliau lulus semester pertama dalam jurusan undang-undang di Inner Temple pada tahun
1930. Selepas pemulangannya, Tunku bertugas sebagai Pegawai Latihan di Pejabat Penasihat
Undang-Undang Kedah pada tahun 1931, dan dilantik sebagai Pegawai Jajahan untuk Kuala
Nerang pada tahun berikutnya.

Pada tahun 1938, Tunku pergi semula ke England buat kali yang ketiga untuk menyambung
pelajaran undang-undangnya. Antara temannya ialah Sardon Haji Jubir. Beliau kembali ke
Kedah pada tahun 1939 kerana terdapatnya berita bahawa perang akan meletus di Eropah.
Pada 1940, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am
Selatan Kedah.

Seorang yang bersemangat kesukanan, Tunku memulakan pertandingan bola sepak
antarabangsa yang digelar “Pesta Bola Merdeka” pada tahun 1957. Pada tahun berikutnya,
beliau dipilih sebagai presiden pertama untuk Konfederasi Sepak Bola Asia (AFC), sebuah
jawatan yang beliau memegang sehingga 1976.

ptauitmkelantan perpustakaantengkuanis

ptauitmkelantan Keluarga Tunku
Abdul Rahman

perpustakaantengkuanis

Pada tahun 1933, Tunku berkahwin dengan Mariam, seorang wanita kacukan Cina-Siam
yang merupakan anak perempuan tauke lombong di Alor Star. Beliau dikurniakan dengan
dua cahaya mata, iaitu Tunku Ahmad Nerang Putra dan Tunku Khadijah. Mariam
meninggal dunia pada tahun 1934 kerana menghidapi penyakit malaria di Kuala Nerang,
Kedah.

Tunku mengalami nasib yang sama seperti Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid.
Dititahkan untuk menceraikan Violet oleh Pemangku Raja Kedah, Tunku kemudian
berkahwin dengan Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah, seorang saudara jauh yang
juga merupakan adik Syed Omar Barakbah, rakan sekuliahnya di England, pada tahun
1939. Perkahwinan ini direstui kerana berketurunan Arab yang ternama dan kaya di
Kedah.

Oleh sebab perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun, mereka mengambil tiga
anak angkat iaitu Faridah, Sulaiman dan Mariam. Tunku juga telah mengahwini seorang
yang berbangsa Cina pada tahun 1963 dengan rahsia dan telah mendapat dua orang
cahaya mata perempuan yang diberi nama Tunku Noor Hayati dan Tunku Mastura.

ptauitmkelantan perpustakaantengkuanis

Kerjaya perpustakaantengkuanis
Politik Tunku
Abdul Rahman

ptauitmkelantan

Selepas pemulangannya ke Malaya pada tahun 1949, Tunku ditugaskan untuk bekerja di
sebuah pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Beliau kemudian meminta
perpindahan ke Kuala Lumpur di mana beliau menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan
selepas itu, dilantik sebagai Yang Dipertua Mahkamah Seksyen.

Pada tempoh itu, semangat nasionalisme bertambah hebat di kalangan kaum Melayu di
tengah-tengah pengisytiharan penubuhan Malayan Union oleh Britain.

Datuk Onn Jaafar mengetuai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk
menentangi Malayan Union (sila lihat: Sejarah Malaysia) dan Tunku menyertai partinya.
Pada Ogos 1951, suatu krisis di dalam UMNO memaksakan Datuk Onn meletakkan
jawatan sebagai presiden parti dan Tunku dilantik sebagai presiden yang baru. Beliau
memegang jawatan itu selama 20 tahun.




ptauitmkelantan perpustakaantengkuanis

SEJARAH PENCIPTAAN JALUR
GEMILANG

ptauitmkelantan perpustakaantengkuanis

KENALI REKA BENTUK
JALUR GEMILANG

Bintang Pecah 14 Jalur Putih
Melambangkan Melambangkan
kesucian, keikhlasan
jumlah 13 negeri dan dan kesungguhan
Wilayah Persekutuan

di negara

Bulan Sabit Biru Tua Kuning Jalur Merah
Melambangkan agama Melambangkan Melambangkan Bukti keberanian dan
Islam sebagai agama perpaduan rakyat kedaulatan Raja kesiapsiagaan dalam
rasmi bagi persekutuan dalam negara yang Berpelembagaan menghadapi pelbagai
berbilang kaum rintangan dan cabaran.
dan negara
perpustakaantengkuanis
ptauitmkelantan

ptauitmkelantan MOHAMED BIN HAMZAH
(5 MAC 1918 - 19 FEBRUARI 1993)

Jalur Gemilang direka oleh Mohamed Bin
Hamzah pada tahun 1947. Pada 23 februari
1950, bendera rekaan beliau telah dipilih dan
mendapat perkenan oleh Mesyuarat Majlis
Raja-Raja Melayu.



Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan
Persekutuan meluluskan rekaan beliau dan
akhirnya pada 26 Mei 1950, buat pertama
kalinya bendera Jalur Gemilang dikibarkan di
Istana Selangor.




perpustakaantengkuanis

Pada 29 November 1949, Majlis Raja-Raja dengan kerjasama Majlis Perundangan
Persekutuan telah mengadakan pertandingan untuk memilih reka bentuk
bendera bagi kerajaan yang bakal dibentuk pada Mei 1948 dan seramai 373
karyawan telah mengambil bahagian. Pada 15 November 1949 hanya tiga reka
bentuk yang berjaya dipilih ke peringkat akhir dan ciptaan Encik Mohamed bin
Hamzah (arkitek Jabatan Kerja Raya Negeri Johor) telah dipilih sebagai
pemenang. Penciptaan Bendera mengalami beberapa fasa perubahan reka
bentuk.

Reka bentuk bendera tersebut telah dibuat beberapa pindaan iaitu bulan sabit
dan bintang yang pada asalnya berwarna putih digantikan dengan warna kuning
bagi melambangkan warna diraja. Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat
kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950. Pada 26 Mei 1950, buat pertama
kalinya Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan di perkarangan
Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan
pegawai-pegawai King George VI.

ptauitmkelantan


perpustakaantengkuanis

Pertama Kali Bendera Malaysia

Dikibarkan


Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dan berkibar

secara rasmi pada 31 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor
seiring dengan berkumandangnya lagu Negaraku yang buat kali
pertama diperdengarkan kepada umum.Bendera Persekutuan
Tanah Melayu yang sebelum ini berjumlah 11 jalur melintang
berwarna merah dan putih telah bertambah jalurnya kepada 14
jalur sebaik sahaja kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura
dalam Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

ptauitmkelantan perpustakaantengkuanis

Bendera Malaysia Jalur

Gemilang




Setelah berkibar megah sejak tahun 1950, pada malam 31 Ogos 1997
sempena sambutan 40 tahun kemerdekaan negara, Tun Dr. Mahathir
Mohammad yang merupakan Perdana Menteri Malaysia ketika itu
telah mengukir sejarah dengan mengumumkan nama baharu bagi
bendera Malaysia iaitu sebagai Jalur Gemilang.

ptauitmkelantan perpustakaantengkuanis

LOGO DAN TEMA HARI KEBANGSAAN 2021

ptauitmkelantan perpustakaantengkuanis

Pada tahun 2021 ini, Malaysia akan menyambut hari
kemerdekaan yang ke-64. Tema dan Logo Hari Kebangsaan
serta Hari Malaysia 2021 adalah 'MALAYSIA PRIHATIN' dan
ia dikekalkan sepertimana yang diperkenalkan pada tahun
lepas (2020).

Tema: Malaysia Prihatin

Malaysia Prihatin membawa pengertian kesepaduan seluruh
rakyat Malaysia memerangi COVID-19 tanpa mengira
peringkat masyarakat serta kepedulian kerajaan melalui
inisiatif PRIHATIN yang mengutamakan kesejahteraan
rakyat.

ptauitmkelantan
perpustakaantengkuanis

Logo yang digunakan untuk sambutan hari kebangsaan ke-64 pada
tahun ini adalah berbentuk hati. Ia merupakan kali yang keenam
digunakan selepas 1994, 1997, 2015, 2016 dan 2020
Warna yang digunakan pula adalah mengambil inspirasi daripada
warna jalur gemilang iaitu merah, kuning, biru dan putih.
Pemilihan rekabentuk ini sesuai dengan suasana negara yang masih
lagi berhadapan dengan pandemik Covid-19. Rekabentuk ini juga
melambangkan keprihatinan kerajaan Malaysia terhadap masyarakat
pelbagai kaum di negara ini.

ptauitmkelantan perpustakaantengkuanis

Maksud Logo Hari Kebangsaan 2021
Malaysia Prihatin

ptauitmkelantan perpustakaantengkuanis

Warna Biru Tua:

Kesatuan hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum hidup dalam keadaan aman dan harmoni



Bulan sabit:

Islam sebagai agama rasmi Persekutuan



Bintang Pecah 14:
Perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan Persekutuan



7 Jalur Merah Putih Berbentuk Hati:
Terjalin keberanian dan ketersediaan dalam menghadapi segala rintangan dengan keikhlasan dan kesungguhan



Logo Berbentuk Hati:
Melambangkan keprihatinan Kerajaan Malaysia terhadap masyarakat berbilang kaum



Stigma Bunga Raya:
Membawa negara menuju ke mercu kejayaan



5 Titik Merah:
Sebagai simbolik kepada 5 kelopak bunga raya yang menggambarkan 5 prinsip Rukun Negara yang menjadi kunci
perpaduan yang berbilang bangsa




ptauitmkelantan perpustakaantengkuanis

Senarai Tema Sambutan Hari
Kemerdekaan (Kebangsaan)

Malaysia



ptauitmkelantan perpustakaantengkuanis

2000-2006 2007
Keranamu Malaysia Malaysiaku Gemilang





2008 2009
Perpaduan Teras 1Malaysia – Rakyat
Didahulukan, Pencapaian
Kejayaan

Diutamakan

ptauitmkelantan perpustakaantengkuanis

2010 2011
1Malaysia Menjana Transformasi 1Malaysia.
Transformasi Berjaya,

Rakyat Sejahtera

2012

1Malaysia. Janji
2013
Ditepat Malaysiaku

Berdaulat: Tanah
Tumpahnya Darahku
ptauitmkelantan



perpustakaantengkuanis

2014 2015-2016
Malaysia... Di Sini Sehati Sejiwa
Lahirnya Sebuah Cinta




2018
2017 Sayangi Malaysiaku
Negaraku Sehati


Sejiwa

perpustakaantengkuanis

ptauitmkelantan

2019 2020-2021
Sayangi Malaysiaku: Malaysia Prihatin

Malaysia Bersih





ptauitmkelantan perpustakaantengkuanis

RUJUKAN

https://www.mof.gov.my/ms/berita/video/tema-dan-logo-hari-kebangsaan-2021



https://theinspirasi.my/logo-dan-tema-hari-kebangsaan-malaysia/



https://nadz.my/biodata-tunku-abdul-rahman/



https://www.mkn.gov.my/web/ms/2020/09/22/sejarah-penciptaan-jalur-gemilang/



https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/3190/2016/01/114227/negarawan-budiman



https://akuanakpahang.blogspot.com/2012/09/apa-maksud-hari-malaysia-dan-selamat.html



https://www.utusanborneo.com.my/2019/09/16/16-september-detik-bersejarah-yang-
melahirkan-malaysia

ptauitmkelantan
perpustakaantengkuanis


Click to View FlipBook Version